KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 orang berhimpun membantah kelulusan lesen bertaruh Piala Dunia dan penganjuran sebuah konsert, di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini petang ini.
Polis menahan seorang lelaki dalam lingkungan 30an yang cuba menghalang polis meleraikan perhimpunan itu yang diadakan selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Sedikit kekecohan berlaku apabila lelaki itu enggan menyerahkan pembesar suara yang dipegangnya tetapi polis berjaya meleraikan perhimpunan itu pada pukul 2.30 petang.
Pemangku Ketua Pemuda Pas Wilayah Herman Samsudeen ketika ditemui mendakwa pihaknya meminta tempoh lima minit dari polis untuk mengadakan demonstrasi secara aman namun tiba-tiba ia bertukar sebaliknya.
"Kami hanya berhimpun secara aman untuk melahirkan rasa tidak puashati terhadap kelulusan lesen judi dan konsert itu sahaja," katanya.-Bernama