Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Sarkozy, Bruni asmara dulu





2010/05/11

SARKOZY-Bruni, sering 'berasmara' terlebih dulu dan rela membiarkan ketua negara menunggu lama.
SARKOZY-Bruni, sering 'berasmara' terlebih dulu dan rela membiarkan ketua negara menunggu lama.
Ketua negara terpaksa tunggu sebelum jumpa pasangan pertama Perancis 

PARIS: Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni dan suaminya Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, membiarkan seorang ketua negara menunggu mereka kerana mengadakan hubungan seks terlebih dulu, dakwa sebuah buku terbaru.
Didedahkan Bruni sendiri, bekas supermodel berusia 42 tahun kepada Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, mencetuskan spekulasi pembesar negara itu mungkin Ratu Britain.
Sarkozy bermalam di Istana Windsor beberapa minggu selepas perkahwinan mereka dua tahun lalu apabila melakukan lawatan rasmi ke United Kingdom. 

Buku itu mendedahkan, Bruni dan Michelle membincangkan kehidupan seks me- reka ketika pertemuan di Amerika. Namun, Bruni mengakui kehidupan cintanya dengan Sarkozy, 55, sering melewatkan program rasmi mereka. 

“Bruni mahu tahu jika sama seperti Sarkozy, Michelle dan Obama membiarkan semua orang menunggu seperti itu,” tulis Jonanthan Alter, wartawan Amerika berpengaruh dalam sebuah buku baru mengenai jawatan Barack Obama. 

“Michelle tergelak dan berkata tidak,” tambah Alter, mengetengahkan sisi personaliti Bruni yang tidak diketahui ramai. 
Pasangan Sarkozy terkenal kerana sering tiba lewat ke acara rasmi. Pada 2008, mereka menyebabkan Putera Charles menunggu hampir 10 minit pada sambutan ke-90 pertempuran Verdun ketika Perang Dunia Kedua. 

Penulis itu amat yakin bahawa ‘seorang ketua negara’ dibiarkan menunggu ketika pasangan pertama Perancis itu beraksi, mungkin Ratu Elizabeth. 

Apabila Sarkozy dan Bruni tiba di Britain pada Mac 2008, mereka baru berkahwin sebulan sebelumnya dan walaupun agak berusia, mereka seperti pasangan muda baru bercinta, berkucupan dan berpelukan. 

Sarkozy juga lewat 10 minit untuk satu acara makan malam rasmi di Downing Street ketika kunjungan ke London tahun lalu, tetapi tidak ditemani Bruni. 

Sumber diplomatik di Paris berkata: “Sarkozy selalu lewat hadiri mesyuarat dan sering menimbulkan perasaan marah di kalangan pegawai kanan kerajaan di seluruh dunia kerana perkara ini. Ya! Mungkin baginda Ratu dibiarkan menunggu, namun beliau amat bersopan santun tanpa merujuk isu itu.” 

Sebelum berkahwin dua tahun lalu selepas pertemuan singkat 80 hari, Bruni-Sarkozy terkenal kerana sering bertukar katil, mengakui dalam satu temuramah ‘monogami membosankan saya.’ – Agensi

Cetak . Emel Rakan . Berlusconi, isteri setuju cerai




2010/05/11

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi terselamat daripada kerugian £43 juta (RM205 juta) setahun, tuntutan penyelesaian perceraian isterinya. 

Jutawan media Berlusconi, 73, berpisah dengan isterinya, Veronica Lario, 53, selepas didedahkan beliau menghadiri parti hari lahir ke-18 model pakaian dalam, tahun lalu.
Lario, ibu tiga anak, memulakan prosiding cerai selepas tidak tahan lagi bersama Berlusconi yang digelarnya seorang lelaki ‘sakit kerana ada hubungan dengan remaja bawah umur.’
Hujung minggu lalu, mereka bertemu buat kali pertama dalam tempoh beberapa bulan pada perbicaraan perceraian tengah hari Sabtu lalu di Milan, yang berakhir selama lima jam. 

Sumber perundangan kedua-duanya malam tadi berkata: “Satu perjanjian antara mereka semakin hampir.” 

Lario, bekas aktres pada mulanya meletakkan sasaran tinggi menuntut lebih £3 juta (RM14.32 juta) sebulan, selain rumah untuk anak mereka dari Berlusconi yang juga lelaki kedua terkaya di Itali. 

Perbicaraan awal terhenti dengan Lario meminta sejumlah besar wang perbelanjaan bulanan, namun Berlusconi dan pasukan pembelaannya membalas dan berkata mereka hanya akan menawarkan £3.6 juta (RM17.19 juta) setahun atau £300,000 (RM1.43 juta) sebulan. 
Perbicaraan itu yang bermula jam 4 petang Sabtu lalu dan berakhir sehingga 9 malam, diadakan di hadapan hakim sivil Gloria Servetti. 

Akhbar harian utama Corriere Della Sera meletakkan berita itu pada muka hadapan dengan tajuk Veronica and Silvio find and agreement, (Veronica dan Silvio mencapai kata sepakat) dan menggambarkan bagaimana ia adil untuk semua pihak. 

Sementara itu, akhbar Repubblica menyatakan pasangan itu menghabiskan masa lima jam untuk berdepan antara satu sama lain dan bagaimana semuanya berbeza daripada sebulan lalu apabila tiada harapan untuk mencapai satu persetujuan. – Agensi

Lelaki gagal seludup wayar, elektrik, bateri





2010/05/11

KARACHI: Pakistan menahan seorang lelaki di lapangan terbang di sini selepas bateri dan litar elektrik tersembunyi ditemui dalam kasutnya ketika cuba menaiki pesawat, kata pihak berkuasa, semalam. 

Lelaki berjambang itu yang dikenal pasti sebagai Faiz Mohammad, 30, dan baru menaiki pesawat Thai Airways ke Muscat lewat kelmarin apabila peralatan itu ditemui ketika pemeriksaan keselamatan rutin.
Dia tidak membawa apa-apa bahan letupan atau barangan lain mencurigakan ditemui padanya atau dalam bagasinya, kata pegawai keselamatan lapangan terbang. Polis berkata, mereka sedang menyiasat.
“Suspek memberitahu kami ia tiada apa kecuali alat mengurut, namun kami sedang meneliti semua sudut termasuk aktiviti pengganas,” kata pegawai kanan polis Tanveer Alam Odho. 

Pada lewat 2001, seorang militan Islam British, Richard Reid cuba meletupkan sebuah pesawat di atas Lautan Atlantik dengan bahan letupan dalam kasutnya. – Reuters

84 maut keganasan gegar Iraq




2010/05/11

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh dan lebih 170 lagi cedera dalam beberapa serangan bom dan 20 serangan dipercayai disasarkan kepada pasukan keselamatan dan masjid puak Syiah di Iraq, keganasan paling buruk dalam tempoh dua minggu di negara itu. 

Jurucakap pasukan keselamatan di Baghdad, Mejar Jeneral Qassim Atta, berkata serangan itu disyaki sengaja dirancang, ketika kerajaan berusaha membentuk kerajaan baru, dua bulan selepas pilihan raya.
Angka korban terbesar dicatat di bandar Hilla apabila kira-kira 45 terbunuh dan 140 lagi dilaporkan cedera dalam dua serangan bom kereta yang meletup ketika pekerja sebuah kilang mula pulang.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, pertumpahan darah bermula di Baghdad, apabila tujuh orang ditembak mati di enam pusat pemeriksaan polis dan tentera di timur serta barat bandaraya itu menggunakan senjata automatik. 

Dua anggota polis pula terbunuh dalam tiga kejadian letupan bom di selatan dan barat Baghdad. 

“Serangan bermula pada jam 6.30 pagi dan berakhir jam 8 pagi,” kata pegawai itu yang menambah hampir semua yang cedera adalah anggota keselamatan. 

Dua serangan bom berhampiran sebuah masjid di Suwayrah, 60 kilometer ke tenggara ibu negara Iraq itu menyebabkan 11 orang terbunuh manakala 70 yang lain cedera. 
Empat serangan bom turut dilaporkan di beberapa buah rumah di Fallujah, bekas kubu kuat puak Sunnah di barat Baghdad, tiga daripadanya kepunyaan pegawai keselamatan. 

Polis dan doktor hospital di Fallujah mengesahkan empat orang terbunuh dan 11 lagi cedera dalam serangan terbabit. – AFP/AP

Perkeso akan lupus saham dalam syarikat Carlsberg

Pertubuhan tunggu tawaran berpatutan elak pencarum rugi

PUTRAJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melupuskan pegangan sahamnya di dalam syarikat minuman keras Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg), sekiranya harga yang ditawarkan adalah berpatutan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, K Selvarajah.
Katanya, beliau juga sudah diberi mandat oleh Lembaga Pengarah untuk melupuskan saham itu tetapi ia bergantung kepada keadaan pasaran semasa.
“Saham ini (Carlsberg) dibeli secara berperingkat-peringkat pada 2005 kerana dividen yang diterima adalah tinggi dan menguntungkan.

“Bagaimanapun, setahun selepas itu panel penasihat pelaburan memutuskan melupuskan pegangan saham dalam syarikat minuman keras itu, namun keadaan pasaran tidak mengizinkan kami berbuat demikian ketika itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selvarajah berkata, keadaan diburukkan lagi apabila kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada 2008 menyebabkan harga saham merosot.

Justeru, katanya, Perkeso terpaksa mengambil langkah berhati-hati sebelum melupuskan saham Carlsberg itu, bagi mengelakkan pencarum menanggung kerugian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan pihak tertentu yang mahu Perkeso, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, itu menarik balik pelaburannya dalam syarikat minuman keras Carlsberg.

Malah, Perkeso juga diminta memberi penjelasan berhubung pembabitannya sebagai pemegang saham dalam syarikat berkenaan memandangkan 90 peratus kakitangannya dan sebahagian besar pencarumnya adalah beragama Islam.

Difahamkan laporan tahunan Perkeso bertarikh 25 Februari lalu, mencatatkan agensi itu mempunyai sebanyak 2,155,700 saham dalam Carlsberg, menjadikannya sebagai pemegang saham yang kelima terbesar daripada 30 syarikat.

Sehubungan itu, Selvarajah meminta semua pihak tidak mensensasikan isu terbabit berikutan ia adalah isu lapuk dan Perkeso sendiri sudah lama memutuskan untuk tidak terbabit dalam syarikat seumpama itu.

Rumah menggelongsor



Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2010/05/11

KEADAAN persekitaran rumah   yang menggelongsor ke tebing Sungai Tebobon di  Menggatal, pagi semalam.
KEADAAN persekitaran rumah yang menggelongsor ke tebing Sungai Tebobon di Menggatal, pagi semalam.
Tiga beradik nyaris maut kediaman ditimpa tanah runtuh 

KOTA KINABALU: Tiga beradik nyaris maut selepas rumah didiami di lereng bukit Kampung Tebobon, Menggatal, dekat sini, menggelongsor ke tebing Sungai Tebobon ditimpa tanah runtuh dipercayai kesan banjir kilat di kampung itu, kira-kira jam 6 pagi semalam.
Rohaizah Amit, 14, cedera di kaki kiri kerana dihempap almari dan masih trauma dengan kejadian itu manakala abangnya, Rahmat, 20, hampir terhumban ke sungai selepas terjatuh dari katil.
Kakak mereka, Rohaimi, 22, yang terkunci di bilik pula nekad untuk terjun dari tingkap ke sungai deras berhampiran bagi menyelamatkan diri tetapi sempat dihalang oleh teriakan Rahmat. 

Rahmat yang pantas keluar dari bilik menyelamatkan Rohaizah yang tersepit di bawah almari sebelum menendang pintu bilik kakaknya sebelum semuanya bergegas keluar menyelamatkan diri ke kaki bukit. 

Ketika kejadian, bapa mereka, Amit Alan, 55, dan ibu, Amidah Awang Hamid, 48, secara kebetulan keluar bagi melihat keadaan kereta yang dipindahkan petang kelmarin selepas Kampung Tebobon dilanda banjir kilat. 

Pasangan itu yang menerima panggilan daripada sepupu Amidah, Sailan Safari, 45, bergegas pulang dan bersyukur sebaik melihat anak mereka selamat. 
Amit berkata, sebatang pokok mempelam di tebing Sungai Tebobon menjadi penyelamat kerana bertindak sebagai benteng yang menahan rumah mereka daripada dihanyutkan arus deras. 

“Kami bersyukur melihat semua anak selamat. Rumah rosak teruk boleh dibaiki tetapi nyawa anak tiada galang-ganti,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. 

Penduduk kampung turut membantu memindahkan barang keluarga berkenaan ke Dewan Serbaguna Kampung Tebobon. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Ariffin Harris, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.30 pagi dan tiba ke tempat kejadian 30 minit kemudian. 

Katanya, tiga jentera bersama 18 anggota dan sebuah jet ski digerakkan bagi membantu memindahkan mangsa ke Dewan Serbaguna Kampung Tebobon. 

“Kampung Tebobon dilanda banjir kilat sejak petang semalam dan kita memantau perkembangan itu serta bergerak membantu sebaik dimaklumkan oleh orang awam,” katanya.

Hospital pilih kasih, tipu ambil pekerja

MADINAH: Jabatan Hal Ehwal Kesihatan wilayah ini melancarkan siasatan terhadap dakwaan pilih kasih dan penipuan dalam perlantikan beberapa anggota Hospital Raja Fahd.
Akhbar Al-Madinah semalam melaporkan, Penolong Pengarah Operasi Bukan Perubatan dituduh melantik anak saudaranya mengisi jawatan kosong di hospital berkenaan.
Terdapat dakwaan lain menyatakan seorang lagi Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Hal Ehwal Pentadbiran melakukan penipuan untuk membolehkan anak dan dua anak saudaranya memperloleh pekerjaan di hospital sama.

Akhbar itu juga mendedahkan, terdapat empat kakitangan wanita hospital terbabit sebenarnya diambil bekerja oleh sebuah syarikat untuk bekerja di sebuah hospital bersalin di Madinah.

Kakitangan berkenaan yang sudah bekerja di hospital Raja Fahd sejak tujuh tahun lalu berkata, mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya diambil untuk bekerja di hospital lain.

Jamal Hakeem dari Jabatan Hal Ehwal Kesihatan Madinah mengesahkan pihaknya menyiasat dakwaan penipuan dalam perlantikan kakitangan hospital itu.

“Penyiasat diserahkan surat daripada Pengawah Kesihatan Madinah, Dr Khaled Yasin, mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap isu itu.

“Laporan lengkap mengenainya akan diserahkan kepada beliau sebaik siasatan selesai,” kata Jamal. — Agensi

Botox punca lebih banyak kedut di muka

NEW YORK: Suntikan botox boleh memberi kesan sampingan iaitu menyebabkan kulit lebih berkedut jika diambil pada kadar banyak atau dilakukan pakar tak pengalaman.

Penolong profesor jabatan dermatologi di Kolej perubatan Weill Cornell di New York Dr David Becker, berkata cubaan menghilangkan kedut pada otot tertentu di muka menyebabkan otot lain bertindak balas dan hasilkan kedut.
Beliau yang menulis rencana di jurnal Cosmetic Dermatology menegaskan kajian dilakukannya mendapati otot kedut di muka berpunca daripada reaksi wajah akan kelihatan lebih ketara jika tidak dirawat.
“Tindakan menyuntik botox pada otot wajah untuk memastikan ia tegang sebenarnya menghalang otot itu berfungsi secara normal. Dengan kata lain, botox ‘melumpuhkan’ fungsi semula jadi otot wajah dan menyebabkan otot bahagian lain lebih aktif untuk menampung aktiviti bahagian dilumpuhkan akibat suntikan botox,” katanya. – Agensi

Skandal tipu guna e-mel

DUBAI: Orang awam digesa supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi melalui e-mel bagi mengelak diri mereka menjadi mangsa penipuan.
Polis Dubai baru-baru ini membongkar kes penipuan seumpama itu yang membabitkan rangkaian yang beroperasi di dalam dan luar negara.
Sehubungan itu, 25 suspek ditangkap, sebahagian besarnya tinggal di negara itu secara haram kerana menjual kredit telefon yang dicuri dengan memindahkan wang daripada akaun bank mangsa,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Dubai, Khalil Ebrahim Al Mansouri.

Kes itu membabitkan penghantaran e-mel kepada pengguna yang mendakwa daripada syarikat terkenal seperti bank dan meminta mangsa mengemaskinikan maklumat peribadi seperti kata laluan kad kredit dan nombor akaun bank.

Polis menggesa orang ramai tidak melayani e-mel seperti itu dan sentiasa mendapatkan pengesahan daripada bank masing-masing.

Mereka digesa berhubung dengan pihak bank sekiranya berlaku pengeluaran wang daripada akaun mereka secara tidak sah.

“Suspek menggunakan logo bank dan nama untuk mendakwa melakukan kerja mengemaskini sistem mereka,” kata Khalil.

Seorang warga Asia baru-baru ini menjadi mangsa penipuan itu yang menyebabkan dia kerugian kira-kira 50,000 dirham (RM44,000) Seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai MS, 50, dan anaknya, MMS, 25, ditahan bersama kira-kira 20 buruh pendatang haram dalam operasi membanteras penipuan itu.

Si bapa dan anak mengaku bekerja dengan seorang suspek warga Afrika yang tinggal di luar negara.

Warga Afrika itu bertanggungjawab menghantar e-mel kepada mangsa dan memindahkan maklumat peribadi mangsa kepada suspek Bangladesh untuk menggunakan akaun bank bagi memindahkan wang daripada akaun mangsa. - Agensi

Tidur ketika pandu 300 kmj

TAIPEI: Seorang pemandu kereta api laju dipecat selepas didapati tidur ketika kereta api bergerak selaju 300 kilometer sejam.
Insiden lewat bulan lalu itu berlaku ketika kereta api itu membawa penumpang dari Taichung, selatan Taiwan ke kawasan tengah pulau itu.
“Pemandu itu makan pil tidur dan tidak sedar sepenuhnya ketika bertugas,” kata jurucakap Syarikat Kereta Api Laju Taiwan, Ted Chia.

Pengawal laluan menyedari pemandu tidak memegang panel kawalan kereta api dan serta merta memaklumkan kepada kru kabin.

Mereka mengambil alih kawalan automatik dan memandu kereta api selama 13 minit dan berhenti di stesen Taichung.

Sistem kereta api laju Taiwan sepanjang 345 kilometer menghubungi Taipei di utara dengan Kaohsiung di selatan. -

Carla lebih penting seks

PARIS: Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy didakwa membiarkan Ratu Elizabeth menunggunya kerana sibuk melakukan seks.
Carla, 42, turut memberi alasan sibuk melakukan seks dengan suaminya, Nicolas ketika Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama ingin bertemunya.
Dakwaan itu dibuat dalam buku baru yang ditulis wartawan terkenal AS, Jonathan Alter.

Meskipun Alter tidak mendedahkan siapa ratu yang dimaksudkan, kemungkinan besar ia adalah Ratu Elizabeth ketika pasangan Sarkozy menginap di Istana Windsor sebaik sahaja mereka berkahwin dua tahun lalu. - Agensi

Pembeli juga tidak terlepas

KUALA LUMPUR: Pemilik dan penyimpan cakera optik tiruan atau cetak rompak bakal dikenakan tindakan mengikut kesalahan curi apabila pindaan Akta Hak Cipta 1987 dibentangkan di Dewan Negara pada Jun ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata usaha drastik itu dilakukan selepas kajian terperinci mendapati tindakan yang dikenakan ketika ini hanya kepada penjual dan pengeluar bahan terbabit kurang berkesan menangani masalah cetak rompak.
Menurutnya, masalah berkaitan barang tiruan dan cetak rompak didapati berpunca daripada permintaan yang menjurus kepada penawaran bahan itu.

“Peruntukan sedia ada akan diperkemaskan. Antaranya memiliki barang cetak rompak samalah seperti memiliki barang curi.

“Perlu diingat, kita sebagai pembeli cakera padat (CD), cakera padat video (VCD) dan bahan seumpamanya bukannya membeli plastik, tetapi sebenarnya membeli harta intelek hasil ciptaan serta pemikiran pengkarya.

“Tidak adil jika hanya satu pihak saja dikenakan tindakan, manakala pihak lain lepas tangan. Selain itu, akta terbabit juga akan dipinda supaya pemilik yang menyewakan premis perniagaan menjual bahan cetak rompak turut dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Membanteras Cetak Rompak 2010, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin dan Norman Abd Halim yang mewakili industri hiburan dan artis tanah air.

Dalam perkembangan lain, kata Ismail Sabri, pihaknya sudah menambah 480 rakan pengguna untuk membantu memaklumkan sebarang kenaikan harga barangan sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Sarawak.

“Setakat ini kementerian tidak menerima aduan mengenai kenaikan harga barang di sana (Sibu). Pihak kita mengutamakan pemantauan harga barangan makanan.

“Biasalah, apabila berlaku pilihan raya kecil di mana-mana orang akan ramai di tempat itu yang datang dari seluruh negara. Barang lain seperti selimut kita tidak bimbang naik, kementerian tidak mahu ada peniaga terutamanya peniaga makanan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan peniaga tamak,” katanya.

Jumpa Rahayu meracau

BANGI: Sehari selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar ini, Siti Rahayu Mohd Shamsudin, 14, ditemui selepas seorang penduduk menghubungi keluarga berkenaan mendakwa melihat remaja itu berada di sebuah rumah di Sungai Tangkas, Bangi.
Ibu dan bapa saudara Siti Rahayu ditemani tiga anggota polis pergi ke rumah berkenaan dan menemuinya dalam keadaan meracau-racau selain menjerit dan memarahi ibunya.
Rohana Abdul Rahim (gambar), 38, berkata, ketika tiba di rumah itu, dia melihat seorang remaja lelaki melarikan diri dengan hanya berseluar pendek dan terdapat seorang lagi lelaki dipercayai ayah remaja itu yang kemudiannya ditahan polis untuk membantu siasatan kehilangan anaknya.

“Saya bergegas ke sana selepas mendapat panggilan daripada seorang penduduk yang tinggal berhampiran rumah terbabit apabila membaca berita kehilangan anak saya di Harian Metro semalam,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat keadaan anaknya menjerit dan meronta, tetapi dengan bantuan polis, anaknya berjaya dibawa pulang dan mula tenang serta menceritakan apa yang berlaku selepas beredar tiga kilometer dari rumah berkenaan.

“Rahayu memberitahu saya, dia seolah-olah lupa diri dan tidak tahu mengapa menghilangkan diri begitu lama,” katanya

4 syarikat jalankan smart kutu akan dibawa ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Empat syarikat yang menjalankan "skim smart kutu" dengan nilai pelaburan kira-kira RM33 juta akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang enggan mendedahkan nama syarikat-syarikat itu berkata syarikat berkenaan sedang disiasat. "Empat syarikat itu dalam siasatan, tapi saya tak boleh beri nama, sebab kalau saya beritahu nanti dia orang akan alihkan harta dan sebagainya jadi nanti kita dapat kosong sahaja nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika di sini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Datuk Azmi Ariffin ketika ditemui selepas majlis itu berkata, salah satu daripada empat syarikat yang disiasat tersebut telah dibekukan asetnya.

Beliau berkata, sebuah syarikat itu beroperasi di Johor, manakala tiga lagi di Kedah, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM33 juta dan kira-kira 100,000 orang peserta.

Mengenai Jawatankuasa Khas Bersama untuk menangani jenayah kolar putih yang ditubuhkan membabitkan Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara, Azmi berkata ia akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan cara terbaik bagi mereka bekerjasama.

Beliau berkata, mesyuarat itu bertujuan untuk mencari jalan bagaimana mempercepatkan mereka menjalankan siasatan dan mengelakkan sesuatu kes itu diabaikan.

" Ini adalah mesyuarat pertama jawatankuasa kerja itu, jadi kami kena senaraikan terma rujukan yang kita fokus, contohnya kalau Bank Negara siasat adakah Bank Negara nak beritahu kepada kita.

"Bukan nak beritahu kita mengenai siasatan mereka, tak boleh....kerana siasatan adalah sangat rahsia, jadi macam macam mana kita mahu kerjasama antara satu sama lain," katanya. -Bernama

Pengedar dadah ditahan, dadah bernilai RM57,000 dirampas

PETALING JAYA: Berselindung di sebalik kawasan rumahnya yang agak terpencil daripada pandangan masyarakat, seorang pengedar dadah ligat menjalankan aktiviti jenayah terbabit sejak setahun lalu di kawasan Petaling Jaya hingga mengaut keuntungan puluhan ribu sebulan.
Namun sepandai-pandai tupai melompat, kelicikan lelaki tempatan beumur 35 tahun itu, akhirnya jatuh ke tanah juga apabila sepasukan polis dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berjaya memberkasnya dalam satu serbuan malam semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dalam serbuan hasil maklumat orang awam itu, suspek berjaya ditahan ketika sedang berehat di rumah sewanya di Jalan PJS 1/52, Petaling Jaya, kira-kira jam 9.45 malam. "Suspek menunjukkan sebuah beg yang berisi 10 ketul ganja mampat seberat 10 kilogram dan dua paket heroin seberat 840 gram yang kesemua dadah itu bernilai RM57,000.

"Turut dirampas gari yang dipercayai digunakan ketika penyamaran sebagai polis dan pisau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek telah mengedar dadah di kawasan sekitar Petaling Jaya ini sejak setahun lepas dan menyembunyikan diri dari pandangan polis di kawasan rumah berkenaan walaupun suspek mampu menyewa di kawasan elit berbekalkan keuntungan yang diperolehi. Menurutnya, polis masih menyiasat modus operandi yang digunakan suspek bagi mengedar dadah berkenaan dan tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam aktiviti jenayah lain.

Arjunaidi berkata, suspek yang positif dadah itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.-Bernama

Pemandu teksi Indonesia dipenjara 8 tahun dan 10 sebatan

SHAH ALAM: Seorang pendatang asing tanpa izin warga Indonesia dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana memiliki 889gm kanabis lima tahun lalu.
Hakim Dr Badariah Sahamid memerintahkan hukuman ke atas Irfan Putih, 35, dari Aceh, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 25 Februari, 2005.
Irfan mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di jalan utama, Taman Kota Cheras, Batu 9, Kajang pada 6.30 petang, 25 Februari, 2005.

Dia pada awalnya dituduh mengedar dadah itu yang memperuntukkan hukuman mati mandatori tetapi semalam mengaku bersalah selepas pertuduhan dipinda kepada memiliki.

Mahkamah diberitahu dadah itu ditemui di kawasan kaki tempat duduk pemandu teksi itu yang dipandunya semasa polis menahan kenderaannya itu di tepi jalan pada hari yang sama.

Dalam rayuannya, peguam yang mewakili tertuduh, Gurubachan Singh Johal, memohon hukuman ringan iaitu penjara antara enam hingga tujuh tahun kerana itu adalah kesalahan pertama Irfan dan dia juga telah menyesal dan pengakuan bersalahnya telah dapat menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Peguam itu berkata, Irfan sudah menanggung banyak penderitaan sejak melarikan diri dari Aceh dan datang ke Malaysia pada 2000 kerana dia bimbangkan nyawanya selepas bapanya dibunuh oleh tentera Indonesia. "Isterinya meninggalkannya dan meminta cerai selepas dia direman dan dua anak perempuannya kini dijaga ibunya yang berumur 70 tahun di Aceh," kata Gurubachan Singh. Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin, bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira kepentingan awam dan kesan penyalahgunaan dadah di negara ini dan meminta tertuduh dikenakan hukuman berat.

Dr Badariah berkata, mahkamah mengambil kira faktor rayuan tetapi pada masa yang sama perlu mengambil kira kepentingan awam dan hukuman dijatuhkan perlu memberikan mesej kepada tertuduh dan bakal pesalah.-Bernama

23 ahli politik disiasat kerana rasuah pada 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 23 ahli politik disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lalu dan 15 daripada mereka didakwa di mahkamah.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad hari ini berkata, ia adalah antara 5,936 aduan dan maklumat berkaitan dengan rasuah yang diterima SPRM.
Katanya, hasil siasatan, hanya 939 kes daripada jumlah terbabit didapati berunsurkan rasuah dan daripadanya, 500 orang ditahan termasuk 23 orang ahli politik.

"Daripada jumlah yang ditahan itu, 174 termasuk 15 ahli politik sudah didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam gejala rasuah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu buat kali kedua di bangunan Parlimen di sini.

Mohd Radzi berkata, daripada 174 kes itu, 79 disabitkan salah, 15 telah mengaku bersalah, dibebaskan (43), dilepas (9 - selepas membela diri di mahkamah), didakwa (23) dan kes yang ditarik balik (lima).

Dalam pada itu, beliau berkata SPRM turut membuat permohonan untuk menambah bilangan keanggotaan suruhanjaya terbabit.

"SPRM mensasarkan memperolehi lebih 5,000 anggotanya dalam tempoh 10 tahun.

Pada tahun lalu mereka memohon pertambahan anggota sebanyak 900 orang namun hanya memperolehi seramai 76 orang sahaja," katanya.

Mohd Radzi berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan di bawah Akta SPRM bertujuan untuk menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah di negara ini.

"Selain daripada itu, kita juga menerima laporan tahunan daripada lembaga penasihat yang ditubuhkan di bawah akta (SPRM) ini serta menerima ulasan daripada lembaga penasihat itu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya perlu menyiapkan satu laporan terperinci hasil kajian terhadap laporan tahunan dan ulasan lembaga penasihat SPRM sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri sebelum sidang Parlimen yang bermula 7 Jun depan. Baru-baru ini kami terima dua laporan. Laporan pertama ialah laporan tahunan SPRM dan yang kedua ialah ulasan lembaga penasihat pencegah rasuah ini. Kami punya tugas mengkaji laporan ini dan ulasan... jika perlu kami akan dapatkan penjelasan dan penerangan lanjut daripada SPRM.

"Kita akan siapkan laporan kita sendiri sebelum Parlimen bersidang pada 7 Jun untuk membolehkan hasil laporan kami diserahkan kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri kemudiannya akan membentangkan laporan tersebut dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara," kata Mohd Radzi.

Beliau juga berkata, SPRM mencadangkan supaya suruhanjaya itu diberi peruntukan tambahan bagi membolehkan segala perancangan ke arah membendung gejala rasuah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
"SPRM minta (bajet) RM324 juta dan bajet yang diperolehi adalah sebanyak RM156.8 juta iaitu 51.6 peratus daripada bajet yang diminta," katanya.

Anggota jawatankuasa yang hadir pada mesyuarat itu ialah Anggota Parlimen Kepong daripada DAP Dr Tan Seng Giaw; Senator Ir Zamri Yusof; Anggota Parlimen Kota Belud dari Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan; dan Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Armani Mahiruddin.

Mesyuarat jawatankuasa itu akan bersambung 18 Mei ini.-Bernama

Kanak-kanak 4 tahun lemas dalam tangki air

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati lemas dalam tangki air di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Gereja Batu 9 Jalan Labuk di sini semalam.
Mayat Liau Wei Fu ditemui terapung dalam tangki air itu kira-kira jam 5 petang oleh seorang pekerja bengkel ketika dia mencuci tangan di tangki air itu.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, mengikut laporan dari keluarga mangsa, kanaka-kanak itu bermain seorang diri di perkarangan rumah mereka kira-kira jam 4 petang.

Kanak-kanak itu dipercayai memanjat tangki air bengkel terbabit yang terletak bersebelahan rumahnya, kata Rosli di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.-Bernama

Kanak-kanak cedera senapang pengawal meletup

KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun cedera di lengan kirinya selepas selaras senapang yang disandarkan di dinding sebuah bank di Pauh dekat sini terjatuh dan meletup secara tiba-tiba.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu mengejutkan 10 pelanggan dalam bank berkenaan.

Katanya senjata api yang disandarkan oleh pengawal keselamatan di dinding bank tiba-tiba terjatuh dan meletup, menyebabkan sebutir peluru menembusi sebuah meja sebelum serpihan meja itu melayang dan terkena kanak-kanak itu yang turut berada dalam bank berkenaan.

"Kanak-kanak itu mengalami cedera ringan di lengannya dan dia dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan pesakit luar," kata Abdul Rahman ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata pegawai keselamatan yang berusia 55 tahun diarah membuat laporan polis berhubung kejadian itu manakala senjata api itu pula dirampas. - Bernama

Turki tutup pantai bogel selepas enam hari dibuka



DUBAI - Pihak berkuasa Turki pada Sabtu lalu mengarahkan pantai pertama di negara itu yang membenarkan pengunjungnya berbogel ditutup hanya selepas enam hari dibuka. 

Penutupan pantai itu dibuat atas alasan struktur reka bentuk. 

Pemeriksa teknikal di Hotel Adaburnu-Golmar, yang menghadap Laut Aegean berkata, salah satu daripada deretan bangunan hotel itu tidak dibina berdasarkan piawaian seni bina yang ditetapkan dalam reka bentuk. 

Pihak berkuasa mengisytiharkan bahawa hotel itu tidak akan dibuka semula sehingga semua kesilapan tersebut ditangani. 

Pemilik hotel berharap kes itu dapat diselesaikan menjelang esok hari. 

Pembukaan hotel itu sebelum ini mendapat liputan meluas.

Ladang syurga pekerja asing



PENDANG - Ladang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Bukit Perak atau lebih dikenali sebagai Ladang Rakyat kini menjadi syurga pekerja asing termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) mencari rezeki.

55 Pati, 4 GRO ditahan



KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Penguatkuasa Kelantan menahan 55 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk empat pegawai perhubungan pelanggan (GR0) dalam sembilan serbuan di sekitar Kota Bharu, pagi semalam.

Geng Tong Gas tumpas



Kuantan – Tiga perompak yang kebas wang tunai dan barang bernilai RM150,000 kemas peniaga di Bukit Kuantan, kelmarin tidak sempat guna hasil rompakan apabila dicekup polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Wang lesap di mesin pendeposit


SEREMBAN –seorang suri rumah, Leong Mee Lan, 47, rugi RM8,700 selepas wangnya lesap semasa hendak dimasukkan ke dalam mesin pendeposit wang pada 7 Mei lalu. 

Mayat Pelatih Kolej Tentera Udara Ditemui



JITRA, 11 Mei (Bernama) -- Mayat seorang pelatih Kolej Tentera Udara (KTU) dipercayai akibat lemas semasa menjalani latihan fizikal di sebatang sungai di kawasan Asun, sebuah kawasan perkampungan Melayu dekat sini tengah hari tadi, telah ditemui.

Jurucakap ibu pejabat Polis Daerah Jitra mengesahkan mayat pelatih itu ditemui petang Selasa.

Beliau yang enggan memberi maklumat lanjut mengenai kejadian itu berkata mayat itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

Jurucakap Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur yang mengesahkan kematian pelatih itu bagaimanapun masih menunggu maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

-- BERNAMA

'Mak hidup lagi, tak lama lagi dapat tengok adik'



Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com.my
2010/05/11

NAZRUL HAIKAL (kanan) menceritakan kejadian yang berlaku Jumaat lalu sambil ditemani bapa saudaranya, Ismail Norzaini, 16, ketika ditemui di HSI, Johor Bahru, semalam.
NAZRUL HAIKAL (kanan) menceritakan kejadian yang berlaku Jumaat lalu sambil ditemani bapa saudaranya, Ismail Norzaini, 16, ketika ditemui di HSI, Johor Bahru, semalam.
Anak mangsa kemalangan belum tahu keluarga terbunuh

JOHOR BAHRU: “Kami tidak tahu siapa yang akan menjaga Nazrul Haika, 6, selepas ibu bapanya mati dalam kemalangan jalan raya... nenek pula tidak bekerja,” kata Ismail Norzaini, 16, mengenang nasib anak saudaranya yang terselamat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan lima sekeluarga di Jalan Johor Bahru-Mersing, Jumaat lalu.
Nazrul Haika yang masih belum mengetahui kedua-dua ibu bapanya, Md Azahar Ali Seman dan Noraini Norzaini terkorban dalam kemalangan itu, menyangka keluarganya berada di sebuah hospital ‘jauh’ selepas ibunya selamat bersalin dan melahirkan anak perempuan.
“Kami belum mengetahui siapakah yang akan menjaga Nazrul Haikal kerana ibu saya yang juga nenek Nazrul, Rokiah Man tidak bekerja dan masih perlu menanggung dua lagi adik saya yang masih bersekolah di Alor Star,” katanya.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, Jumaat lalu, lima beranak itu yang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pertunangan saudara mereka di Kangkar Pulai dekat sini, terbunuh selepas kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain di Kilometer 81.5, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara.

Md Azahar, 39, yang memandu kereta malang itu, kakaknya Zabidah, 49, dan cucu Zabidah, Puteri Alya Batisha Mohd Fadzly, setahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri Md Azahar, Noraini, 27, yang mengandung lapan bulan, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT), manakala anak Zabidah, Adriana Balqis Md Isa, 6, meninggal dunia jam 5 petang ketika dirawat di hospital sama. 
Janin dalam kandungan Noraini berusia lapan bulan yang cukup sifat juga mati dan terpaksa dikeluarkan dari perut ibunya manakala ibu Puteri, Nadatul Isma Isa, 24, pula patah tangan kanan, luka dahi serta kening.

Sementara itu, Nazrul Haika yang juga anak sulung kepada Md Azahar dan Noraini, ketika ditemui Berita Harian di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam, berkata: “Mak hidup lagi... dia ada dekat hospital lain, takde kat sini, tak lama lagi Tan dapat tengok adik perempuan”.

Nazrul Haikal tampak gembira walaupun tidak boleh bergerak selepas patah kaki kanannya dan sempat bercerita mengenai kemalangan itu.

Lelaki bersenjata serbu kapal kargo pukal di perairan Johor




2010/05/11

SINGAPURA: Sebuah kapal pengangkut kargo pukal yang berdaftar di Liberia diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata semasa sedang berlabuh di perairan Tanjung Ayam, Johor, awal hari ini.

Pusat Perkongsian Maklumat Perjanjian Kerjasama Serantau bagi Membanteras Pelanunan dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia (ReCAAP ISC) di sini berkata, enam hingga tujuh lelaki, dipercayai bersenjatakan pisau, menaiki kapal itu kira-kira 3.55 pagi dan memasuki bilik enjin.
Bagaimanapun, kehadiran mereka disedari oleh seorang anak kapal dalam bilik enjin, yang lantas memaklumkannya kepada nakhoda kapal.
Nakhoda kapal itu kemudian menugaskan anak-anak kapal yang lain pergi ke bilik enjin untuk menyiasat, tetapi gagal mengesan kumpulan lelaki terbabit.

Menurut pusat berkenaan, tiada barangan yang dicuri dari kapal itu manakala anak-anak kapal pula tidak cedera.

Ini adalah insiden ketujuh yang dilaporkan dalam persekitaran itu sejak Januari tahun ini. - Bernama

Mayat lelaki ditemui dengan torehan di kemaluan




2010/05/11

IPOH: Polis menemui mayat seorang lelaki dengan kesan torehan di badan, dahi dan kemaluannya di sebuah hotel murah di Pekan Baru di sini tengah hari tadi. 

Mangsa yang dikenali sebagai B Thangaraja ditemui terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di hotel itu dengan terdapat kesan percikan darah pada dinding bilik berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata mayat mangsa ditemui oleh pekerja hotel yang memasuki bilik itu untuk mengemas dan membersihkannya.
Mangsa sepatutnya mendaftar keluar dari hotel itu sebelum tengah hari ini. 

"Sebaik bilik itu dibuka, pengadu menemui mangsa dalam keadaan terbaring termasuk melihat kesan darah pada dinding. Pengadu terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel yang kemudiannya membuat laporan polis. 

"Menurut maklumat awal yang diperolehi, mangsa yang bekerja sebagai pembekal barangan lusuh di Menglembu tidak pulang ke rumah sejak kelmarin dan keluarganya telah membuat laporan polis," katanya kepada pemberita. 

Mohd Dzuraidi berkata, polis juga mengesyaki kes pembunuhan itu berlaku dipercayai bermotifkan dendam dan cemburu. 
"Kita mengesyaki perbuatan ini dilakukan lebih daripada seorang suspek kerana selain dibunuh dan dipotong kemaluannya, polis turut mendapati kenderaan mangsa serta dompetnya turut dicuri," katanya. 

Beliau berkata, Mangsa yang sudah berkahwin pernah memiliki rekod tangkapan polis. 

Katanya, polis masih mengumpul maklumat kejadian termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di hotel berkenaan bagi mengenal pasti individu yang disyaki terbabit. 

"Polis juga berusaha untuk mendapatkan keterangan lanjut termasuk daripada saksi kejadian dan keluarga mangsa," katanya. - Bernama

Macam-macam: Switzerland ugut wanita pakai purdah



2010/05/11
ZURICH: Faedah sosial wanita Islam di Switzerland akan dikurangkan jika mereka enggan bekerja tanpa memakai purdah, kata pegawai.

Jabatan perkhidmatan sosial di Fribourg, mempertahankan keputusannya untuk mengurangkan sehingga 15 peratus faedah kebajikan wanita Islam yang enggan mematuhi arahan itu.
Marie Therese Maradan berkata sukar membayangkan wanita tidak berjaya memperoleh pekerjaan kerana enggan membuka purdah, bergantung kepada bantuan kerajaan selama bertahun-tahun.
Majlis Islam Pusat Swiss menyifatkan keputusan itu satu diskriminasi, mengemukakan rayuan mengenai perkara itu. – Agensi

pekerja Indonesia dipaksa makan babi

TAIPEI: Tiga pekerja Indonesia kebingungan dan ketakutan selepas majikan di sebuah kilang pinggir bandar di sini memaksa mereka makan daging babi selama tujuh bulan menyebabkan mereka mengemukakan aduan, kata sebuah kumpulan hak asasi Taiwan semalam.
Pendakwa raya Taipei 26 April lalu mensabitkan Chang Wen-lin, pemilik Shin Hua Hang Fashion Co. Ltd., kerana memaksa tiga wanita itu makan daging babi ketika mereka bekerja daripada September 2008 hingga April 20009.Dalam pertuduhan, pendakwa raya berkata Chang percaya daging itu ‘akan memberi wanita terbabit lebih stamina untuk bekerja’ dan mengancam untuk memotong gaji jika mereka tidak memakannya.
Islam mengharamkan umatnya makan babi kerana haiwan itu adalah najis berat.

Susan Chen dari Persatuan Pekerja Antarabangsa Taiwan berkata, organisasinya menjaga tiga wanita terbabit selama tiga hingga empat bulan bermula April 2009 selepas mereka memfailkan aduan dengan pihak berkuasa daerah Taipei dan dikeluarkan dari kilang itu oleh pegawai hak asasi buruh.

“Mereka amat bingung dan takut apabila datang ke pusat kami, sebahagiannya kerana mereka fikir mereka mungkin dihantar pulang,” kata Chen.

“Mereka masih menunjukkan perasaan amat takut apabila bertemu majikan mereka sekali lagi buat pertama kali selepas diselamatkan ketika satu pertemuan untuk membincangkan pertikaian pekerjaan mereka.”
Chen mengenal pasti wanita terbabit sebagai Tarsinah, Suswati dan Wasilah.
Katanya, mereka kini bekerja di tempat lain dan tidak mahu mengulas kes itu kerana bimbang ia membahayakan masa depan mereka.

Chen berkata, Chang mulanya mengambil wanita terbabit sebagai pembantu rumah, namun mereka diarah bekerja dari jam 7 pagi hingga 11 malam di kilang Chang selepas tiba di Taiwan. – AP

Kebakaran hutan: bomba kurang bekalan air



11/05/2010 6:37pm

KUALA TERENGGANU 11 Mei — Kerja-kerja memadam kebakaran hutan tanah gambut seluas 45 hektar berhampiran kawasan perindustrian Dungun yang kini memasuki hari ke-10 berdepan masalah cuaca panas dan bekalan air.
Pegawai Operasi Kamal Md Tan berkata tekanan air rendah dari punca air di parit besar terletak lebih dua kilometer dari lokasi kedua kawasan kebakaran itu menyukarkan operasi pemadaman.
"Kebakaran itu juga menyebabkan banyak pokok tumbang, memaksa anggota bomba berhadapan dengan cabaran untuk mengawal kebakaran dalam tanah dan memotong pokok di kawasan terlibat untuk memadamkan kebakaran di celah akar.
"Bagaimanapun kita menempatkan 20 anggota yang pakar dalam kerja pemadaman hutan di kawasan itu untuk mengelak kebakaran merebak selain penugasan hampir 100 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Paka, Al Mukhtafi Billah Syah, Chukai dan Kerteh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Operasi itu turut dibantu oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam, Bomba Sukarela, Majlis Perbandaran Dungun, Jabatan Parit dan Saliran. - Bernama

Pasukan khas siasat insiden peluru sesat



11/05/2010 6:16pm

KUALA LUMPUR — Polis Selangor telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang penduduk cedera akibat terkena peluru sesat dalam satu kejadian amuk di Kuala Selangor, dua hari lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata pasukan khas, yang diketuai oleh seorang pegawai kanan, akan melihat dari semua aspek termasuk sama ada langkah keselamatan diambil oleh anggota polis yang melepaskan tembakan.
Katanya empat anggota polis yang terbabit dalam insiden itu hanya menjalankan tugas dan tiada sebab untuk menggantungkan kerja mereka.
"Saya kesal dengan apa yang berlaku tetapi ini bukan perkara yang boleh dipolitikkan atau membuat andaian sehingga menganggu siasatan serta menanam sikap benci orang awam terhadap polis,” katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas melawat S. Surentiran, 22, yang terkena tembakan peluru sesat di bahagian dada kiri, di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, hari ini. - Bernama

Keajaiban nahas pesawat



GAMBAR menunjukkan pesawat ringan yang musnah teruk selepas merempuh sebuah kereta Volvo di Lapangan Terbang North Weald, Britain kelmarin.


CHELMSFORD, Britain - Seorang juruterbang sempat dikeluarkan dari pesawatnya yang meletup setelah merempuh sebuah kereta di Lapangan Terbang North Weald, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Nahas itu berlaku tengah hari kelmarin apabila pesawat satu enjin AT3 merempuh belakang kereta Volvo X60 yang sedang bergerak meninggalkan lapangan terbang tersebut.
"Dua lelaki yang berada di dalam kereta itu melihat cermin dan mendapati pesawat tersebut bergerak ke arah mereka.
"Kedua-duanya kemudian terjun dari kereta sebelum membantu mengeluarkan juruterbang berkenaan," kata seorang saksi.
Juruterbang malang itu berjaya dikeluarkan beberapa saat sebelum pesawatnya meletup.
Api yang marak berjaya dipadamkan oleh seorang anggota bomba yang kebetulan berada di tempat kejadian bagi memantau satu perlumbaan kereta dekat dengan lokasi itu.
Juruterbang tersebut mengalami kecederaan serius tetapi dia stabil selepas dimasukkan ke sebuah hospital berdekatan.
"Seorang saksi memberitahu kami bahawa pesawat itu mengalami masalah untuk mendarat dan ia merempuh bahagian belakang kereta Volvo itu selepas cuba mendarat untuk kali kedua," kata seorang pegawai bomba di lapangan terbang berkenaan, Steve Brecknell.
"Semasa kejadian kereta itu sedang meninggalkan lapangan terbang itu," tambahnya.
Seorang anggota polis, Len Cleary berkata, mereka yang terlibat dengan nahas itu semuanya bernasib baik terutamanya juruterbang berkenaan kerana kemalangan udara selalunya dahsyat dan melibatkan banyak nyawa yang terkorban. - Agensi

Seks: Pemimpin politik Turki letak jawatan




DENIS BAYKAL (kanan) dikelilingi penyokongnya semasa beliau meninggalkan ibu pejabat partinya di Ankara semalam.


ANKARA - Ketua parti pembangkang utama Turki, Deniz Baykal meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti berkenaan semalam setelah beliau terbabit dalam skandal seks dengan seorang anggota Parlimen wanita yang telah berkahwin.
Denis yang sudah beristeri melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Republik Rakyat (RPP) beberapa hari selepas satu klip video yang dirakamkan secara rahsia menunjukkan dia bersama dengan wanita itu tersebar di Internet.
Pemimpin tersebut memberitahu wartawan bahawa beliau merupakan mangsa komplot pihak pemerintahan yang mahu menjatuhkannya.
Menurutnya, imej hubungan sulit itu tidak mungkin dapat dirakamkan tanpa pengetahuan parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.
Wanita dalam klip video itu pernah menjadi pembantu Denis sebelum dipilih menjadi anggota Parlimen.
Mengulas mengenai dakwaan Denis, Erdogan dengan nada marah berkata, beliau sendiri telah mengarahkan supaya penyebaran klip video itu di Internet segera disekat kerana menganggap perbuatan tersebut tidak bermoral dan menyalahi nilai-nilai kekeluargaan.
"Dakwaan Denis tidak bermoral. Beliau hanya meracau," kata Erdogan.
"Kami sedih kerana beliau tidak mahu menerima kenyataan," tambahnya.
Klip video itu yang dihantar ke laman perkongsian video YouTubepada minggu lalu menunjukkan seorang lelaki menyerupai Denis sedang memakai seluar dalam di dalam sebuah bilik bersama seorang wanita yang berada dalam keadaan separuh bogel dipercayai anggota Parlimen wanita itu. - AP