Search This Blog

Saturday, May 8, 2010

Bufet judi

KUALA LUMPUR: Seorang tauke sebuah premis dipercayai pusat judi di Taman Sri Rampai, Setapak, dekat sini, seakan-akan terdesak apabila sanggup mengadakan ‘kenduri’ makan secara bufet bagi mempromosi premis judi.
Lebih mengejutkan, notis promosi jamuan itu hanya diletak di luar pintu masuk berkaca yang dilekatkan dengan pelekat gelap bertujuan menarik perhatian orang ramai terutama kaki judi.
Tinjauan Metroplus di kawasan perniagaan di situ mendapati empat premis dipercayai pusat judi beroperasi berselerak di kawasan itu, malah ia dibuka 24 jam.

Taktik mereka yang hanya membuka sebahagian pintu dan menutup bahagian depan premis menyebabkan ia gagal dikesan. Pelanggan yang datang juga perlu dicam terlebih dulu oleh tauke sebelum memasuki premis berkenaan, dipercayai takut diserbu pihak berkuasa.

Dalam premis terbabit, suasananya tidak ubah seperti pusat Internet namun ia pusat permainan dipercayai judi Internet. Ia dikesan wartawan yang melihat melalui pintu premis yang ketika itu dibuka bagi memungut beberapa komputer yang dihantar.

Ada pelanggan yang dilihat datang membawa bekal makanan bagi mengisi perut kerana berada di premis terbabit sepanjang hari dipercayai untuk bermain mesin slot dan judi ‘siber’.

Peniaga makanan berdekatan, Karim, 30-an berkata, premis terbabit sentiasa dikunjungi orang ramai seawal pagi, malah ada yang berada di situ sepanjang hari.

“Kedai (pusat judi) terbabit tempat berjudi, ada mesin judi dilihat di dalam premis itu, malah ada komputer yang digunakan untuk bermain ‘roulette’ secara online.

“Mereka menggunakan pintu cermin yang dilekat dengan pelekat gelap khas yang membuatkan orang di luar tidak dapat melihat apa yang berlaku di dalam, tetapi mereka yang di dalam dapat melihat ke luar,” katanya.

Karim berkata, pelbagai peringkat umur menjadi pelanggan setia premis terbabit dengan paling ramai ialah remaja.

Sementara itu, Exco Majlis Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri V S Suwaminathan, ketika dihubungi memberikan faktor ketagihan menjadikan premis sebegini dipenuhi kaki judi.

“Mereka tidak serik jika kalah berjudi, tetapi hanya ingin memenuhi nafsu mereka untuk berjudi.

“Ia antara faktor psikologi yang membuatkan mereka ini tidak pernah rasa bersalah terhadap tindakan mereka yang merugikan diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Tipu bakal suami

KUALA LUMPUR: Pemulihan selaput dara hanya layak dijalankan pakar bedah estetik atau kosmetik profesional kerana kaedah itu mempunyai risiko tinggi yang mampu menyebabkan jangkitan kuman serta pelbagai komplikasi mengancam kesihatan jika dilakukan orang yang tidak berpengetahuan.
Ia juga bukan pembedahan ‘main-main’ yang boleh digunakan remaja sekadar suka-suka untuk pulihkan dara mereka selepas melakukan hubungan seks dengan rela.
Pegawai Perubatan Am Mediviron TTDI Jaya, Dr Sharifah Abd Ghaffar berkata, pakar bedah plastik yang layak menjalankan pembedahan itu juga mempunyai etika dan tidak akan sewenang-wenangnya menjalankan pembedahan sekiranya ia sekadar untuk alasan remeh-temeh.

“Kaedah pembedahan ini tetap mempunyai risiko tersendiri sama seperti pembedahan lain dan jika yang terbabit itu remaja, pakar bedah itu sudah tentu akan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa mereka dan saya rasa bukan mudah untuk ibu bapa bersetuju.

“Apalagi pembedahan ini bukan murah dan selalunya hanya dijalankan mereka yang sudah berumur atas sebab tertentu yang lebih kukuh seperti untuk memperbaiki kehidupan seks bersama pasangan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dr Sharifah mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai dua remaja perempuan yang sanggup merelakan diri menjadi mangsa seks tiga serangkai kerana percayakan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan selaput dara yang hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin.

Beliau berkata, remaja terutama beragama Islam sepatutnya mengawal diri dan tidak terbabit dalam kegiatan seks rambang.

Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga pakar motivasi dan penceramah, Zawawi Yusof berkata, mereka yang sudah melakukan dosa sepatutnya bertaubat dan mencari jalan ke pangkal jalan yang diredai Allah bukannya dengan cara cuba menutup kesalahan lampau dengan kaedah pelbagai.

Beliau berkata, sikap gadis terlanjur yang sebelum ini memang melakukan seks dengan rela tetapi kemudian mahu memulihkan dara dengan bertemu bomoh atau kaedah lain, seolah-olah menunjukkan mereka cuba menipu bakal suami masing-masing, menyebabkan mereka ditemukan dengan jalan yang silap dan akhirnya menjadi mangsa penipuan juga.

Sampah punca banjir

SHAH ALAM: Perbuatan segelintir penduduk suka membuang sampah selain berlaku mendapan akibat pertembungan Sungai Pelumut dan Sungai Damansara dikenal pasti sebagai antara punca banjir kilat yang melanda Kampung Melayu Subang dekat sini, pagi Sabtu lalu.
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, masalah banjir kilat tidak ada kena mengena dengan pelepasan air dari empangan seperti di dakwa penduduk, malah empangan berhampiran kampung itu tidak pernah wujud.
Beliau berkata, beberapa hari selepas kejadian, MBSA dengan kerjasama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor serta JPS Daerah Petaling ke kampung tersebut untuk memantau keadaan.

“Kami juga melakukan sesi dialog bersama penduduk untuk memberitahu masalah dihadapi oleh kampung terbabit dan kini JPS dalam usaha mengeluarkan mendapan di sungai itu,” katanya.

Shahrin juga menyatakan, MBSA akan terus mengadakan mesyuarat berkala dengan JPS sehingga masalah di Kampung Melayu Subang selesai dan akan terus memantau keadaan termasuk di kawasan sekitar agar masalah banjir kilat tidak berlaku. Penduduk sebelum ini mendakwa, mereka seperti di aniaya apabila ada pihak yang cuba melepaskan air dari empangan berhampiran berikutan mengalami banjir paling teruk apabila air naik sehingga ke paras pinggang dan ada juga beberapa kawasan yang naik sampai ke dada baru-baru ini.

Tinjauan Harian Metro ke kampung berkenaan mendapati banyak barang berharga penduduk termasuk perabot, kereta dan barangan elektrik rosak menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Seorang mangsa Rahimah Mansor, 53, berkata kejadian itu berlaku ketika semua penduduk sedang tidur dan hanya menyedari banjir selepas air naik ke rumah hingga membasahi mereka. Katanya, dia berasa terkejut dengan keadaan terbabit kerana tidak pernah mengalami banjir besar seperti itu yang memusnahkan harta benda 500 buah rumah penduduk.

“Banjir ini adalah paling teruk apabila air naik sehingga ke paras pinggang dan ada juga beberapa kawasan yang naik sampai ke dada.

“Saya kecewa dengan masalah yang berlaku, dan berharap ada pihak yang tampil menyelesaikan masalah banjir di sini kerana selama 24 tahun menetap di kampung itu masalah banjir tidak pernah surut,” katanya.

Gaduh bola bawah lori

SEGAMAT: Angkara sebiji bola, seorang lelaki menerima lima jahitan di kepala selepas dibelasah tiga jiran yang menyangka dia pencuri di Taman Sri Cahaya, Buluh Kasap, hujung bulan lalu.
Difahamkan, mangsa dipukul ketika cuba mengambil sebiji bola kepunyaan anak saudaranya yang tersepit di bawah lori dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu.
Terdahulu, mangsa meminta izin jirannya untuk mengambil bola yang tersepit di bawah lori, namun permintaan itu disalah erti tiga suspek berusia 22 hingga 30 tahun, sebelum mereka menyerang mangsa menggunakan tiga batang kayu golf dan sebilah parang.

Mangsa berusia 32 tahun itu cuba melawan, tapi gagal sebelum cedera parah akibat dipukul bertubi-tubi hingga rebah berlumuran darah.

Melihat mangsa berlumuran darah, tiga suspek meninggalkan mangsa sebelum keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Polis dikatakan tiba kira-kira 15 minit kemudian, sebelum menahan tiga suspek serta merampas tiga batang kayu golf serta sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan ketika memukul mangsa.

Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Segamat di sini, untuk menerima rawatan kecemasan sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata siasatan mendapati lori yang diletakkan di hadapan rumah suspek dilaporkan hilang di Kampar, Perak, beberapa bulan lalu.

“Malah pemeriksaan lanjut mendapati salah seorang daripada suspek pernah mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah di Kluang.

“Polis percaya tindakan mangsa yang ingin mengambil bola di bawah lori itu menyebabkan tiga suspek salah faham kerana menyangka mangsa sebenarnya cuba memeriksa kenderaan,” katanya.

Abdul Majid berkata, sehingga kini pihaknya masih menyiasat kaitan antara penemuan lori curi yang ditemui di hadapan rumah tiga suspek, sama ada mereka turut terbabit dalam jenayah lain.

Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan.

2 gadis hilang ditemui semula



KUALA LUMPUR: Dua gadis berusia 13 tahun yang menghilangkan dari sekolah mereka di sini, sejak Rabu minggu lalu ditemui semula dalam keadaan selamat di Negeri Sembilan.
Remaja berkenaan, Aiza, ditemui ahli keluarganya di Terminal 1, Seremban kira-kira jam 10 pagi semalam bersama seorang lagi rakan perempuannya yang dipercayai baru dikenali.
Dia dibawa pulang sebelum keterangannya diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebelum dirujuk ahli keluarganya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan perubatan.

Sebelum itu, seorang lagi rakannya, Mimi, ditemui di sekitar Nilai kelmarin sedang merayau-rayau.

Mengesyaki gadis terbabit bukan berasal dari lokasi berhampiran, orang awam menghubungi pihak polis berhubung penemuan itu.

Harian Metro sebelum ini menyiarkan laporan kehilangan dua pelajar sekolah di ibu negara menyebabkan keluarga mereka menerima banyak panggilan daripada orang ramai.

Seorang ahli keluarga Aiza yang enggan dikenali, berkata selain orang awam, penyiasat persendirian menawarkan diri bagi membantu mengesan lokasi Aiza dan mereka sangat menghargai usaha dan niat murni masyarakat membantu mereka sekeluarga.

Difahamkan, pada malam sebelum kehilangannya, Aiza menginap di kediaman neneknya di Kampung Baru dan berbual dengan lelaki dikenali sebagai Along berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, keesokan harinya dia memaklumkan hendak keluar awal ke sekolah kerana ingin mengikuti program kokurikulum.

Tanpa mengesyaki sebarang perkara buruk, nenek mangsa memberikan wang saku RM10 sebagai belanja makan.

Bagaimanapun, hingga lewat petang, kelibat mangsa tidak kelihatan dan beberapa hari kemudian satu khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima daripada mangsa yang memaklumkan dia selamat bersama rakannya itu.

Laporan polis kemudiannya dibuat ahli keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Kes berkenaan kemudian dirujuk ke Jabatan Siasatan Jenayah Seksual (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Remaja maut terjatuh lubang pembetung

KUALA TERENGGANU : Hasrat seorang remaja lelaki untuk meraikan kenduri perkahwinan kakaknya tidak kesampaian apabila dia terjatuh dalam pembetung konkrit 200 meter dari kediamannya kira-kira jam 12.30 tengah malam, semalam.
Mangsa, Mohd Almuhakim Che Ramlee, 18, yang menunggang sebuah basikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Payong, Besut selepas keluar minum di kedai berhampiran dipercayai tidak menyedari lubang berkenaan.
Difahamkan, ibu mangsa, Halimah Zakaria, 53, cuba menghubungi telefon bimbit mangsa beberapa kali, tetapi tidak berjawab.

Seorang sepupunya yang kebetulan berjalan berhampiran pembentung itu ternampak basikal milik mangsa kira-kira jam 7.20 pagi semalam.

Setelah diperiksa, didapati mangsa dalam keadaan kepala hingga ke paras dada tenggelam di dalam air dengan kakinya di tebing manakala basikal di atasnya.

Dengan bantuan jiran, mangsa diangkat dan dibawa ke Hospital Besut untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Titik hitam gadis ikut teman lelaki

SEGAMAT: Tindakan seorang remaja berusia 16 tahun yang mengikut teman lelakinya pulang ke rumah akhirnya mengundang padah apabila bukan saja dirogol kekasihnya itu, malah menjadi alat pemuas nafsu lima lagi rakan lelaki terbabit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 hingga 10 malam, 21 April lalu di sebuah rumah dua tingkat di Taman Ria Segamat, apabila mangsa ingin menemankan teman lelakinya yang bekerja sebagai jurujual menghantar pesanan pelanggan.
Namun, setibanya di kawasan persekitaran rumah suspek, jurujual terbabit membuat helah dengan mengatakan terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil barangan pesanan yang tertinggal. Mangsa yang percaya hanya menurut kehendak jurujual, malangnya apabila tiba di rumah sewa lelaki terbabit, suspek diminta membantu mengangkat barang di tingkat atas rumah berkenaan.

Malangnya, apabila tiba di bilik, mangsa dirogol lelaki itu sebelum dirogol bergilir-gilir lima rakannya.

Tidak cukup dengan merogol mangsa, teman lelaki itu turut merakam perbuatan mereka dan mengugut akan menyebarkan rakaman berkenaan sekiranya mangsa membuat laporan polis.

Bagaimanapun, mangsa bertindak nekad membuat laporan polis 28 April lalu iaitu seminggu selepas kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata susulan laporan mangsa, pihaknya menahan enam suspek berusia 20 hingga 30 tahun dalam serbuan yang dilakukan sekitar daerah ini.

“Kesemua suspek ditahan secara berasingan termasuk di tempat kerja dan rumah sewa dua tingkat terbabit, bagaimanapun kelewatan mangsa membuat laporan polis sedikit dikesali.

“Soal siasat mendapati suspek turut mengugut mangsa dan tindakan itu mengakibatkan remaja berkenaan ketakutan dan tidak mahu melaporkan kejadian itu,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, walaupun laporan polis itu lewat dibuat, ia tidak mengganggu siasatan polis selain menahan suspek disyaki.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan 20 sebatan.

Tak sedar kereta hangus

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 40-an yang sedang enak dibuai mimpi tersentak sebaik dimaklumkan kereta miliknya yang diletakkan di tempat letak kereta di kediamannya hangus dijilat api selepas dilontar bom petrol oleh individu tidak dikenali, awal pagi semalam.
Difahamkan, kejadian itu berkemungkinan bermotifkan dendam dan mangsa yang sedang tidur hanya menyedari selepas dimaklumkan adiknya yang baru pulang daripada bekerja.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di Jalan Bakar, Kepong Baru, di sini, mangsa yang sedang tidur dikejutkan adiknya berusia awal 20-an sebelum mereka bergegas memadamkan kebakaran.

Menurut sumber, mangsa dan adiknya dibantu penduduk se tempat berusaha memadamkan api yang sedang menjilat kereta jenis Perodua Myvi.

“Seorang daripada mereka kemudian menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat memaklumkan kejadian berkenaan.

“Api berjaya dipadamkan mereka selepas berusaha lebih 20 minit sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kejadian itu.

“Sekumpulan anggota daripada Balai Polis Kepong, di sini, dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan itu.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati punca kebakaran itu dipercayai disebabkan bom petrol yang dilontarkan pada bahagian bumbung kenderaan itu,” katanya.

Sumber berkata, pihak berkuasa turut menjumpai serpihan botol plastik yang dipercayai diisi petrol yang dilontarkan kepada kenderaan itu.

Difahamkan, sehingga kini punca siasatan masih dijalankan dan tidak menolak kemungkinan bermotifkan dendam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan memberitahu siasatan sedang dilakukan enggan mengulas lanjut.

'Remboo jejas rezeki kami'

KUALA LUMPUR: ‘Remboo atau bunjut’. Itu gelaran yang diberikan kepada peniaga warga asing terutama Indonesia yang tumbuh bagai cendawan berhampiran Masjid India kini menyebabkan rasa tidak puas hati peniaga berlesen Bazar Moden Masjid India (BMMI).
BERLELUASA...peniaga warga asing di Jalan Masjid India.
BERLELUASA...peniaga warga asing di Jalan Masjid India.
Lambakan peniaga warga asing terbabit menjejaskan pendapatan 143 peniaga berlesen di Jalan Melayu dan Jalan Masjid India memandangkan mereka menjual barang sama dengan harga lebih murah disebabkan tidak perlu menanggung sewa bulanan dan lesen tapak kerana beroperasi secara haram.
Antara barang yang dijual di BMMI ialah beg, tudung, kasut, minyak wangi dan jam tangan dengan perniagaan bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 10 malam.

Difahamkan, hampir 30 peniaga warga asing mula beroperasi seawal jam 2 petang hingga 10 malam pada hari bekerja dan memulakan perniagaan seawal jam 9 pagi hingga 10 malam pada hari minggu di depan Masjid India walaupun perniagaan dilarang di kawasan berkenaan.

Sebelum projek menaik taraf BMMI pada 2006, seramai 22 orang peniaga berlesen BMMI pernah beroperasi di depan Masjid India.

Bagaimanapun, semua mereka berpindah ke bahagian dalam atas permintaan ahli jawatankuasa Masjid India yang mahu kawasan masjid berkenaan dikosongkan demi keselesaan jemaah.

Wakil peniaga BMMI, Syed Yusof Abdullah, berkata kehadiran peniaga warga asing terbabit bukan hanya menjejaskan pendapatan mereka, malah menyebabkan peniaga BMMI dipersoalkan pengunjung apabila harga yang ditawarkan peniaga warga asing lebih rendah.

“Pelanggan kami dirampas dan peniaga asing terbabit mudah meraih keuntungan sedangkan kami perlu membayar sewa tapak RM200 sebulan dan lesen RM168 bagi tempoh setahun,” katanya.

Beliau berkata, bayaran sewa dan lesen menyebabkan mereka terpaksa meletakkan harga barangan lebih tinggi berbanding yang dijual peniaga asing terbabit.

Syed Yusof mendakwa peniaga asing terbabit juga semakin berani dan seolah-olah tidak takut pihak berkuasa. Walaupun pelbagai tindakan sudah diambil pihak berkuasa, ia seolah-olah tiada kesudahan.

“Malah, ada yang memulakan perniagaan seperti biasa pada keesokan harinya walaupun barang mereka dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya yang enam tahun beroperasi di BMMI.

Kendra gagal sekat pita seks ditayang





2010/05/08

Kendra Wilkinson
Kendra Wilkinson
LOS ANGELES: Bekas pelakon filem lucah, Kendra Wilkinson baru bergelar ibu tidak berupaya menghentikan tindakan Vivid Entertainment menyiarkan pita seks memaparkannya sebagai pelakon utama. 

Bekas bintang Playboy itu berlakon dalam video terbabit ketika berusia 18 tahun dan kini mahu disimpan untuk tontonan peribadi saja.
Melihat sekilas dalam laman web Vivid memberi penonton gambaran jelas apa dilakukannya dalam pita itu, menjelaskan mengapa beliau mahu ia disimpan untuk tontonan peribadi.
Peguamnya berkata, mereka mahu menyekat rancangan mengeluarkan pita itu kerana video terbabit adalah kegunaan peribadi dan bukan tontonan umum.’ 

“Mana-mana eksploitasi video itu adalah pelanggaran besar terhadap hak undang-undang persendirian dan perlembagaan Wilkinson.” 

Bagaimanapun, ketua eksekutif Vivid merujuk kepada majlis peguam dan pasti syarikat itu berhak untuk mengedarkan rakaman filem terbabit. 

“Pita itu dibawa kepada kami oleh pihak ketiga dan selepas berunding dengan peguam, kami yakin berada dalam hak untuk mengedarkannya. Kami cuba untuk menghubungi Kendra namun setakat ini tidak berjaya.” 
Kendra isteri kepada Hank Baskett pemain bola sepak Amerika Syarikat bagi pasukan Indianapolis Colts dan memiliki seorang bayi lelaki. – Agensi

Budak keracunan susu tepung berulat

 MOHD AMRAN  menunjukkan  serangga (dalam bulatan) yang ditemui dalam susu tepung.



















MOHD AMRAN menunjukkan serangga (dalam bulatan) yang ditemui dalam susu tepung.

AMPANG: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Taman Persiaran Desa Ampang Sembilan, di sini mengalami cirit birit selepas dipercayai meminum susu tepung sudah berulat dipercayai keluaran sebuah syarikat terkenal.

Susu tepung itu juga ada serangga seakan kutu beras, rasanya masam, dibeli oleh bapa kanak-kanak itu dari sebuah kedai berhampiran.
Bapa kanak-kanak itu, Mohd Amran Rahman, 32, berkata anaknya, Muhamad Alif muntah beberapa kali selepas beberapa jam meminum susu tepung yang dibuatnya kira-kira jam 11 malam pada 2 Mei lalu.
Beliau berkata, kira-kira jam 3 pagi anaknya itu menangis dan muntah-muntah tetapi beliau tidak mengesyaki ia berpunca daripada susu tepung yang dibelinya daripada sebuah kedai berdekatan rumahnya.

“Keesokannya anak saya masih muntah dan selepas membawanya ke klinik, doktor mengesahkan anak saya mengalami keracunan makanan.

“Apabila pulang ke rumah, anak saya minta minum susu dan ketika membancuh semula saya ternampak objek hitam yang disangka semut. Saya membuang susu itu dan membancuh semula menggunakan penapis tetapi terkejut apabila mendapati objek hitam itu adalah serangga seakan kutu beras dan terdapat ulat kecil didalamnya,” katanya ketika ditemui Berita Harian di rumahnya di sini, semalam.

Amran berkata, pada mulanya beliau tidak menyangka susu tepung itu rosak disebabkan tarikh luputnya pada 12 Jun 2011 tetapi selepas merasanya didapati masam.
“Saya menghubungi kedai yang menjual susu itu dan pihak syarikat pengeluar susu tetapi mereka meminta saya mengembalikan susu tepung itu dan menggantikan dengan susu baru.

“Saya tidak berpuas hati kerana tidak mengetahui kesan jangka panjang yang bakal dialami anak saya, lebih-lebih lagi anak saya trauma untuk meminum susu dan selalu demam,” katanya yang melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Jabatan Kesihatan Kajang dan Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan Fomca (NCCC) di Petaling Jaya.

Beliau berkata, wakil syarikat itu ada menghubunginya dan meminta beliau memulangkan susu tepung terbabit, tetapi beliau enggan berbuat demikian kerana keadaan anaknya masih lemah dan sakit.

Hidup daif bawah jambatan



Oleh Mohd Azrone Sarabatin 
azrone@bharian.com.my
2010/05/08

MELEHENG sibuk menjemur pakaian di atas besi penghadang jambatan yang menjadi kediamannya dan keluarga  sejak 10 tahun lalu di Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.
MELEHENG sibuk menjemur pakaian di atas besi penghadang jambatan yang menjadi kediamannya dan keluarga sejak 10 tahun lalu di Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.
Sekeluarga 10 beranak dakwa etnik nomad, tiada dokumen 

KOTA KINABALU: “Lapan anak saya lahir dan dibesarkan di bawah jambatan. Kami bahagia dan tidak pernah menyesal berumah di bawah jambatan sejak 10 tahun lalu,” kata Meleheng Manabba, 38, ketika ditemui di bawah jambatan yang menghubungkan Likas dengan bandar raya ini berhampiran Tanjung Lipat, semalam.
Mendakwa berbangsa Pala'u, iaitu etnik yang menetap secara nomad dalam perahu, beliau mempunyai lima anak lelaki dan tiga perempuan. Anak sulungnya lahir pada 2001 manakala yang bongsu berusia empat bulan.
Pada peringkat awal menetap di bawah jambatan itu, beliau mengakui tidak tahan dengan deruan kenderaan melintasi jambatan tetapi lama-kelamaan dapat menyesuaikan diri. 

Penulis terpaksa berkomunikasi dalam bahasa Bajau Semporna kerana Meleheng tidak pandai berbahasa Melayu dan mendakwa pernah menetap di perairan Laut Sulawesi, Semporna menyebabkan mereka pandai berbahasa Bajau Semporna. 

Tinjauan Berita Harian di bawah jambatan itu semalam mendapati ada kotak kayu dijadikan tempat tidur, periuk dan televisyen yang tidak pasti sama ada masih berfungsi. 

Lima kanak-kanak berambut perang dan kerinting dipercayai anaknya, turut berada berhampiran. 
Bagaimanapun, suami Meleheng, Panjau Menteru, 40, bersama tiga anak mereka tiada di ‘rumah' kerana keluar mencari kerang dan tiram untuk dijual di bandar raya ini bagi menampung perbelanjaan keluarga. 

Diminta menceritakan punca terdampar di bawah jambatan itu, Meleheng mendakwa perahu mereka karam di perairan Kota Kinabalu pada 1999 selepas dua tahun belayar dari Laut Sulawesi di Semporna ke Laut Sulu di Sandakan menuju Pulau Banggi, Kudat. 

“Kami teruskan pelayaran ke perairan Pulau Mantanani di Kota Belud, Tuaran dan tiba di perairan Kota Kinabalu. Bot kami karam kerana bocor. 

“Saya dan suami berenang ke tepian pantai manakala lima adik yang turut menaiki perahu itu gagal dikesan sehingga sekarang,” katanya. 

“Beberapa kali saya hampir lemas dan selepas beberapa jam berenang, kami terdampar di tepi jambatan ini. Kami tidak mampu membuat perahu baru, jadil kami memilih untuk menetap di bawah jambatan sehingga beranak-pinak,” katanya. 

Meleheng berkata, awalnya mereka mencari nafkah dengan mengumpul tin kosong dan kertas untuk dijual, selain mengakui pernah mengemis. 

Menyedari kegiatan itu menyebabkan mereka menjadi buruan pihak berkuasa, pasangan itu beralih kepada menangkap ikan menggunakan kayu yang ditajamkan dan pancing. 

“Hasil tangkapan yang tidak seberapa itu kami keringkan dan dijual kepada peniaga ikan kering di sekitar bandar raya ini," katanya sambil mengakui anaknya tidak bersekolah kerana tiada dokumen. 

Ditanya sama ada mahu menetap di rumah sempurna, Meleheng menggeleng dan menjawab: “Hidup kami di laut. Jika diberi perahu, kami pindah. Kalau rumah beratap di atas tanah, kami tidak mahu.”

Warga kita ditahan kes syabu di Riau




2010/05/08

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun kerana disyaki terbabit dalam rangkaian pengedaran dadah antarabangsa jenis syabu di Rokan Hulu di daerah Riau, Indonesia. 

Difahamkan, suspek berusia 42 tahun, berasal dari Bukit Pasir, Muar, Johor itu kini ditahan bersama dua lelaki warga negara terbabit di pusat tahanan reman Rokan Hulu di daerah berkenaan bagi membantu siasatan sebelum dibicarakan.
Sumber konsulat Malaysia di Pekanbaru memberitahu, suspek bersama dua rakannya ditahan di sebuah rumah di Jalan Syeckh Ismail, Simpang Tungun Pasir di daerah itu pada 2 Mac lalu kira-kira jam 11.30 malam.
Difahamkan, suspek bersama dua rakannya itu sedang ‘berurus niaga’ ketika serbuan dilakukan dan pihak berkuasa merampas tiga paket kecil serbuk putih dipercayai syabu. 

Hasil pemeriksaan di rumah itu, pihak berkuasa kemudian menemui 27 lagi paket kecil serbuk putih dipercayai syabu.

“Pihak konsulat hanya dimaklumkan mengenai penangkapan suspek melalui surat yang dihantar pihak berkuasa negara itu sehari selepas suspek ditahan. 
“Pihak konsulat kemudian menghantar wakil bagi mengesahkan suspek adalah warga Malaysia. 
“Difahamkan, kegiatan suspek terbongkar hasil risikan dan intipan pihak berkuasa negara itu selepas menemui 30 paket syabu di rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

44 pendatang kena cekup ketika tidur




2010/05/08

KUALA LUMPUR: Polis mengambil kesempatan ketika cuaca hujan lebat untuk menyerbu sebuah penempatan haram dan berjaya menahan 44 pendatang asing tanpa izin yang sedang nyenyak tidur di pinggiran tapak pembinaan belakang Istana Negara, Jalan Duta di sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, 40 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bersama 50 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) menyerbu ke tempat itu hasil maklumat awam dan risikan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata dalam serbuan itu polis berjaya menahan 29 lelaki dan empat wanita warga Indonesia, enam lelaki Bangladesh dan lima lelaki Kemboja berusia antara 21 hingga 40 tahun.
“Mereka ditahan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen mengikut Akta Imigresen 1959 dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan susulan. 

“Mereka bekerja di tapak pembinaan istana itu dan mengambil jalan mudah tidur di pinggiran kawasan pada waktu malam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Wan Abdul Bari, berkata ketika serbuan tiada kekerasan atau tunjuk perasaan dilakukan kerana masing-masing sedang tidur dan hujan lebat. 

“Mereka akur dengan arahan diberikan mungkin sebab hujan terlalu lebat yang menyukarkan mereka untuk melarikan diri. Mungkin juga sebab baru bangun tidur,” katanya.

Pemandu lori, anak didakwa bunuh jiran




2010/05/08

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dan anaknya yang membelasah jiran dengan kayu besbol kerana menegur perbuatannya membuang sampah di depan rumah mangsa, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh, pada bulan lalu. 

AB Seldas, 51, dan anak lelakinya yang juga pemandu lori, S Edwinmaranda, 23, dituduh dengan niat bersama membunuh Cheong Sin, 51, di depan rumah mangsa di 75-00-24, Bandar Baru Sentul di sini, jam 1 pagi, 28 April lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh. 

Majistret Nor Shakinah Ahmad Kamarudin menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan bedah siasat siap. 

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Nom Phot Prackdit, manakala tertuduh diwakili peguam Tharamjit Singh.

Pasangan rempuh polis elak diperiksa


Pasangan rempuh polis elak diperiksa
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2010/05/08

Kekasih asyik berasmara ketika dihampiri mangsa 

KANGAR: Sepasang kekasih asyik memadu asmara dalam kereta di kawasan gelap Jalan Pauh-Arau, dekat sini, nekad memecut kenderaan mereka sebelum merempuh seorang polis yang bertugas ketika Ops Cegah Jenayah, di sini, malam kelmarin. Keadaan itu menyebabkan Konstabel Mohd Danil Darus, 23, dari Balai Polis Arau cedera akibat tercampak bersama motosikalnya.
Mangsa hanya cedera ringan dan bersyukur tidak digilis kereta berkenaan, selepas ia dihalang motosikalnya yang terbalik. 

Polis mengesahkan kereta Proton Saga digunakan pasangan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu milik sebuah BMW didaftarkan di Pulau Pinang. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama seorang lagi anggota menjalankan tugas rondaan cegah jenayah sebelum terserempak kereta berkenaan jam 9.15 malam. 
Katanya, ketika cuba mendekati kenderaan itu untuk tujuan pemeriksaan, suspek terus memecut dan melanggar mangsa. 

Suspek yang terhalang oleh motosikal mangsa mengundurkan kereta menuju ke arah Kuala Perlis. 

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan pesakit luar. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Perlis 04-9711999 untuk membantu siasatan” katanya.

Padah berkelah malam



Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2010/05/08

IPOH: Tindakan seorang pelajar Tingkatan Tiga berkelah pada waktu malam di kawasan air terjun Ulu Licin, Beruas, mengundang padah apabila dia dirogol bergilir-gilir sekumpulan lelaki termasuk seorang daripadanya kakitangan sebuah majlis daerah pada 29 April lalu.

Pelajar berusia 15 tahun itu, berasal dari bandar raya ini, dikatakan berkunjung ke kawasan perkelahan itu kira-kira jam 11 malam dan sanggup meredah perjalanan sejauh lebih 60 kilometer dari bandar raya ini bersama dua lagi saudara perempuannya serta tiga rakan lelaki dengan alasan bersuka ria.
Difahamkan, mangsa berkunjung ke kawasan itu bersama teman lelakinya dan dua saudaranya bersama pasangan masing-masing.
Ketua Polis Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai mandi di kawasan itu sebelum dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak merogol mangsa bergilir-gilir.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di Ipoh, Isnin lalu, dan laporan kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

“Susulan laporan itu, polis menahan enam lelaki berusia 21 hingga 27 tahun termasuk seorang kakitangan majlis daerah, Rabu lalu, di beberapa lokasi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati, mangsa mengenali semua suspek dan mereka yang ditahan berasal dari Parit, Ulu Kenas, Jalan Taiping dan Kampung Setia masing-masing di Beruas, manakala selebihnya dari Manjung.
“Polis percaya perbuatan itu dilakukan lebih daripada enam lelaki dan sehingga kini polis masih mengumpul maklumat terperinci untuk mengesan individu lain yang dipercayai terbabit dalam kes ini.

“Mereka ditahan reman sehingga hari ini (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Mohd Jamil berkata, orang ramai terutama remaja dinasihatkan supaya lebih berhati-hati serta mengelak daripada mengunjungi kawasan yang berisiko berlaku jenayah dan pada masa sama, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawasi pergerakan anak mereka bagi mengelak kes seumpama itu.

Sembilan GRO China ditahan di pusat hiburan



PULAU PINANG - Sembilan pelayan pelanggan (GRO) warga China ditahan dalam satu operasi polis di sebuah pusat hiburan di tingkat satu sebuah hotel di Jalan Anson, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis, Datuk Ayub Yaakob berkata, pusat hiburan itu baru sahaja diserbu Khamis lepas oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang yang membawa kepada penangkapan 25 wanita warga China yang berkerja sebagai GRO.

Beliau berkata, serbuan malam tadi dilakukan selepas polis membuat intipan selama beberapa hari, selain mendapat maklumat orang awam mengenai aktiviti di premis yang dijadikan sebagai disko, karaoke dan bar itu, yang sering mengambil wanita warga asing sebagai GRO.

"Serbuan dilakukan oleh Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Timur Laut kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya.

Beliau berkata, semua wanita yang berumur antara 20-an dan 30-an itu akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta melanggar syarat permit, dan sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Greece diselamatkan



PENUNJUK perasaan melarikan diri daripada polis antirusuhan di hadapan bangunan Parlimen di Athens, kelmarin. - AP


ATHENS 7 Mei - Penggubal undang- undang Greece meluluskan potongan penjimatan drastik yang diperlukan bagi menjamin pinjaman menyelamat antarabangsa bernilai 110 bilion Euro (RM458 bilion) dan pertempuran tercetus di jalan- jalan di luar Parlimen, memaksa polis menggunakan gas pemedih mata.
Di New York, indeks perindustrian Dow Jones menjunam 1,000 mata dalam masa kurang setengah jam semalam ekoran kebimbangan bahawa masalah hutang Greece boleh menghentikan pemulihan ekonomi global.
Indeks tersebut sebelum ini berjaya mendapatkan kembali dua pertiga kerugian dan ditutup jatuh 347 mata pada 10,520.
Terdapat laporan mengatakan kejatuhan mendadak itu berpunca daripada pelabur yang silap menaip pesanan untuk menjual saham blok yang besar. Kejatuhan harga saham sudah cukup untuk mencetuskan pesanan 'penjualan' dalam pasaran.
Bagaimanapun, Dow Jones sudah pun jatuh lebih 200 mata apabila pelabur menonton bantahan jalanan di Athens menerusi televisyen.
Pertempuran semalam di Athens berlaku sehari selepas bantahan ganas mengakibatkan tiga maut akibat sebuah bank dibakar.
Seramai 172 berbanding 121 penggubal undang-undang Greek bersetuju untuk meluluskan langkah penjimatan yang bernilai kira-kira 30 bilion Euro (RM125 bilion) yang menyaksikan potongan pembayaran pencen dan perkhidmatan awam serta bakal meningkatkan lagi cukai pengguna.
Pinjaman menyelamat berkenaan bertujuan mengawal krisis hutang dan menghalang masalah Greece daripada merebak ke negara lain yang mempunyai kedudukan kewangan yang agak goyah seperti Portugal dan Sepanyol. Wang itu datang dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan 15 negara lain yang menggunakan mata wang Euro.
Kerajaan Eropah kini bergelut mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pinjaman untuk Greece itu. Pemimpin dari benua tersebut akan bertemu bagi membincangkan isu itu di Brussels hari ini.
Kebimbangan terhadap Greece yang mungkin muflis telah melemahkan Euro dan sementara pakej terbaru itu boleh membantu Greece daripada muflis dalam tempoh terdekat, prospek jangka panjangnya masih belum jelas. Prospek pertumbuhan negara itu yang masih lemah dan kesediaan penduduk untuk menerima potongan yang semakin berkurangan, membuatkan segelintir pakar ekonomi meramalkan penstrukturan hutang kini sedang dijalankan.
Pertempuran di Athens tercetus pada akhir bantahan utama yang menarik berpuluh-puluh ribu rakyat ketika polis cuba mengundurkan beribu-ribu penunjuk perasaan di luar Parlimen.
Keganasan itu berjaya dikawal apabila polis menyemburkan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang sebelum itu melemparkan batu, buah limau dan botol. Beberapa kebakaran kecil turut dilihat di jalan, namun tiada kecederaan atau penahanan dilakukan.
Penunjuk perasaan memukul deram dan melaungkan slogan anti-kerajaan menggunakan pembesar suara selain menggantungkan satu sepanduk besar berwarna hitam di luar Parlimen awal pagi semalam. Lebih 30,000 penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan sambil melaungkan 'Mereka mengisytiharkan perang. Kita akan menentangnya. - AP

Susilo didakwa bertanggungjawab keluarkan Sri Mulyani



JAKARTA 7 Mei - Mesyuarat pagi antara bekas Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati dan pegawai-pegawai kanan kementeriannya pada Rabu lalu, mungkin mendedahkan kisah sebenar di sebalik 'keputusan mendadak' menteri pro-reformasi itu keluar dari Kabinet Indonesia.
Semasa mesyuarat, Sri Mulyani memberitahu, tawaran kerja sebagai Pengarah Urusan Bank Dunia itu 'tidak boleh dirunding' dan diarahkan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, menurut pegawai-pegawai yang menghadirinya.
Sri Mulyani dilaporkan menunjukkan surat pengesahan pelantikannya berkuat kuasa 1 Jun ini.
''Kami difahamkan bahawa Sri Mulyani tidak pernah memohon jawatan tersebut, dan sebenarnya tidak ada rancangan untuk meletak jawatan. Tetapi beliau diarahkan oleh Presiden Susilo pada Isnin lalu untuk menerimanya,'' kata pegawai itu kepada The Jakarta Post.
Seorang lagi pegawai mendakwa Susilo menghubungi Presiden Bank Dunia Robert Zoellick pada Jumaat lalu, menawarkannya supaya mengambil Sri Mulyani dan ia dilakukan tanpa menanya pendapat menteri itu sendiri.
Sri Mulyani enggan memberi ulasan mengenainya. Tetapi disebabkan pemergiannya disifatkan sebagai 'mendadak', spekulasi rancak mengatakan Susilo dengan sengaja memaksa Sri Mulyani meletak jawatan ekoran tekanan politik daripada pelbagai pihak.
Susilo mengumumkan kelmarin bahawa beliau sudah meluluskan permintaan Sri Mulyani untuk tugas baru tersebut pada hari yang sama beliau menerima perletakkan jawatannya.
Pemergian Sri Mulyani, kata The Jakarta Post, seakan mengesahkan laporan akhbar itu bahawa Susilo merancang untuk menggantikan Sri Mulyani ekoran tekanan daripada pengerusi Parti olkar, Aburizal Bakrie.
Aburizal, yang merupakan pemilik Kumpulan Bakrie, diketahui umum bertelingkah dengan Sri Mulyani berhubung program-program reformasinya.
Penggubal undang-undang yang diterajui Golkar, berusaha sejak lapan bulan lalu untuk menyingkirkan Sri Mulyani dan Naib Presiden Boediono berhubung peranan mereka dalam menyelamatkan Bank Century semasa kemuncak krisis kewangan pada 2008.
''Dengan keluarnya Sri Mulyani dari kabinet mungkin menunjukkan wujud kompromi antara Susilo dan Aburizal,'' kata penganalisis politik dari Institut Reformasi, Yudi Latief.
Katanya, perjanjian politik itu mungkin tidak terhad kepada kes Bank Century tetapi meluas kepada kepentingan lain bagi memastikan perniagaan Kumpulan Bakrie bebas daripada sebarang halangan.
Pegawai kanan Golkar, Ade Komaruddin pula menafikan tuduhan yang mengatakan Aburizal dan Golkar mempunyai tangan dalam pemergian Sri Mulyani. - AGENSI

Keadaan di Thai masih serabut



BANGKOK 7 Mei - Pelan damai Perdana Menteri Thailand untuk menamatkan bantahan berdarah yang telah berlarutan berminggu-minggu kini berada dalam keadaan tidak menentu ekoran kerajaan dan penunjuk perasaan tidak bersependapat dengan butirannya, termasuk cadangan pilihan raya awal November ini.
Dengan masih jauh untuk melihat mereka mengemaskan kem-kem yang bersepah di sepanjang 3 kilometer persegi daerah komersial di tengah Bangkok, penunjuk perasaan menyatakan terdapat lebih ramai lagi penyokong mereka di bahagian timur laut kubu kuat mereka.
"Kami boleh bergilir-gilir berada di sini bagi membolehkan bantahan diadakan dalam tempoh yang lama sehingga kerajaan membuat tawaran yang jelas.
"Kami tidak mahu terus tinggal di sini tetapi ia bergantung sama ada kami boleh mencapai persetujuan dengan kerajaan," kata ketua penunjuk perasaan, Kwanchai Praipanna.
Lewat semalam, Reuters menganggarkan bilangan Baju Merah meningkat sebanyak 9,000 orang.
Sementara itu, Kiatkong Decho, pakar strategi di CIMB Securities menyatakan bahawa penyelesaian masih belum dicapai.
"Masih terdapat banyak percanggahan pendapat, lebih banyak rundingan akan diadakan. Kebuntuan ini mungkin berlanjutan seketika," katanya.
Menurut Abhisit, beliau akan membubarkan Parlimen pada tengah bulan September menjelang pilihan raya 14 November sebagai sebahagian kepada rancangan untuk menamatkan krisis yang telah mengorbankan 27 orang dan mencederakan lebih 1,000 orang dalam pertempuran.
Namun ia gagal menyakinkan 'Baju Merah' yang menolak untuk berganjak daripada daerah komersial itu, di mana hotel mewah dan gedung membeli-belah terpaksa ditutup sejak 3 April lalu.
Terdapat pelbagai isyarat dari kem Baju Merah, yang menyokong bekas Perdana Menteri Yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra dengan beberapa pemimpin menyatakan rundingan itu akan selesai tidak lama lagi. - Reuters

NASA uji sistem pelepasan kecemasan Orion



Roket Orion dilancarkan ke udara semasa sesi ujian di New Mexico, Amerika Syarikat, kelmarin. - AP


WASHINGTON 7 Mei - Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA), berjaya melaksanakan ujian sistem pelepasan kecemasan untuk kapal angkasa lepas baru, Orion di tapak pelancaran terpencil New Mexico, semalam.
Sistem kecemasan itu menggunakan motor roket berkuasa tinggi untuk melepaskan modul krew keluar dari kawasan pelancaran sehingga 1.9 kilometer ke udara dalam tempoh enam saat pada kadar kelajuan yang tinggi sebelum jatuh ke Bumi menggunakan payung terjun.
"Sistem ini lebih baik dari segi keupayaan dan teknologi berbanding sistem lain yang direka pada masa lalu," kata Doug Cooke, pentadbir bersekutu NASA untuk Lembaga Pengarah Misi Peneroka Sistem, beribu pejabat di Washington.
Menurut NASA, ujian berlangsung selama 135 saat, dari pelancarannya sehinggalah mendarat 1.6 kilometer ke di utara tapak pelancaran Army's White Sands Missile Range itu.
Motor pelepasan itu menggunakan tiga roket yang melepaskan setengah juta paun tolakan untuk meninggalkan pesawat pada kadar 720 kilometer sejam dalam tempoh tiga saat pertama.
Lonjakan modul ke udara turut dilepaskan oleh satu lagi motor secara serentak dengan motor pelepasan yang menggunakan lapan tujahan untuk mengeluarkan 7,000 paun lonjakan.
Apabila motor pelepasan terbakar, motor ketiga turut menyala untuk memisahkan modul daripada sistem pemisah sebelum melepaskan payung terjun.
Kapsul Orion yang pada asalnya direka untuk membawa angkasawan kembali ke bulan merupakan komponen program jelajah angkasa lepas yang masih ada selepas dibatalkan oleh Presiden Barack Obama pada Februari lalu kerana melebihi belanjawan.
Orion kini dipertimbangkan untuk digunakan sebagai modul penyelesaian untuk ISS supaya angkasawan AS tidak bergantung kepada Rusia untuk kembali ke Bumi. - AFP

Ruang udara Ireland pula terjejas



DUBLIN 7 Mei - Gunung berapi Iceland menghamburkan debu meliputi kawasan seluas 1,600 kilometer ke pantai barat Ireland yang sekali lagi mungkin memaksa penutupan lapangan-lapangan terbang Ireland hari ini, menurut Lembaga Penerbangan Ireland.
Pertukaran arah angin yang baru-baru ini datang dari utara, memburukkan lagi kepulan debu yang kini semakin tersebar.
Agensi trafik udara Eurocontrol yang mengenal pasti laluan udara yang boleh digunakan syarikat penerbangan di dalam dan sekitar Eropah berkata, pengumpulan debu itu mendatangkan halangan penerbangan baru kerana ia boleh mencapai ketinggian 10,500 meter dari tanah iaitu ketinggian biasa bagi pesawat merentasi Atlantik.
Sehingga hari ini debu tersebut dilapor berada di bawah ketinggian 6,000 meter.
Lembaga Penerbangan Ireland memaklumkan, debu yang mampu menjejaskan fungsi enjin pesawat itu boleh tersebar ke kawasan pesisir barat Ireland hari ini, memaksa enam lapangan terbang menghentikan penerbangan sepanjang hari.
Bagaimanapun lapangan terbang di Dublin, Cork di barat daya dan Waterford di tenggara akan terus beroperasi.
"Sekatan ini perlu kerana peningkatan tahap aktiviti gunung berapi terbaru telah menghasilkan kepulan debu yang menjangkau kawasan 1,600 kilometer panjang dan 1,120 lebar," jelas lembaga itu dalam satu kenyataan.
Amaran terbaru itu dikeluarkan hanya beberapa jam selepas pihak berkuasa Britain dan Ireland mengumumkan keadaan pulih setelah debu sama diterbangkan ke barat daya dari Scotland melalui Ireland Selasa dan kelmarin, memaksa penutupan lapangan terbang di sepanjang perjalanan.
Ia adalah penutupan ruang udara pertama Eropah sejak krisis 14-20 April lalu apabila debu dari gunung berapi Eyjafjallajokul, Iceland, memaksa pihak berkuasa di seluruh Eropah membatalkan 100,000 penerbangan dan mengakibatkan 10 juta penumpang terkandas. - AP

Kebuk diguna tutup telaga minyak bocor



KEBUK diturunkan dari sebuah kapal ke dalam laut di Teluk Mexico di tapak pelantar minyak Deepwater Horizon yang musnah, kelmarin. – AP


VENICE, Louisiana 7 Mei - Pasukan penyelamat mula menempatkan sebuah kebuk bagi menutup kebocoran minyak di Teluk Mexico dalam usaha menghalang pencemaran alam sekitar ketika tumpahan minyak itu mula melimpah ke daratan.
Pegawai Kecil Pengawal Pantai, Michael De Nyse memberitahu AFP, kebuk tersebut yang direka untuk mengisi minyak yang bocor akibat telaga yang pecah di dasar laut telah dibawa ke perairan itu pada pukul 10.00 malam semalam.
"Kebuk itu masih dalam proses untuk diturunkan dan ia mengambil masa sekurang-kurangnya selama 10 jam untuk sampai ke dasar," katanya.
Operasi untuk meletakkan kebuk seberat 90 tan metrik di atas paip yang bocor di dasar laut itu dilihat sebagai harapan terbaik untuk menghalang krisis alam sekitar terburuk di Amerika Syarikat (AS) sejak kebocoran telaga minyak Exxon Valdez di Alaska pada 1989.
Struktur kebuk seperti kotak berwarna putih itu diturunkan di dasar laut pada kedalaman 1,500 meter untuk diletakkan pada paip yang pecah pada 22 April lalu.
Ia kemudiannya akan disambungkan kepada sebuah tangki di permukaan laut.
Kebuk itu direka untuk menghalang minyak di pelantar minyak Deepwater Horizon yang dikendalikan oleh syarikat sumber tenaga terbesar Britain, BP, daripada terus keluar.
Pegawai BP berkata, kebuk itu diharap mampu beroperasi pada hari Isnin, di mana, sebahagian besar minyak itu akan diisi, disimpan dan diproses di dalamnya secara selamat.
"Kebuk itu perlu diturunkan ke dalam laut dan diharapkan ia mampu menutup kebocoran minyak itu selewat-lewatnya petang ini," jelas ketua pegawai operasi Pengeluaran dan Cari Gali Minyak BP, Doug Suttles semalam. - AFP

Remaja ditembak polis kerana enggan hentikan motosikal



08/05/2010 1:40pm



TAMPIN 8 Mei - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dikenakan tindakan gantung kerja serta merta apabila bertindak menembak seorang remaja di bahagian perut dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban - Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.
Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota berkenaan telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.
“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.
Menurut Osman, mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’ katanya. - Utusan

Dua lelaki ditahan, polis rampas pistol, 9 peluru





PULAU PINANG 8 Mei - Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai penjaga kereta haram dan merampas sepucuk pistol serta sembilan butir peluru di Jalan Datuk Keramat, di sini hari ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi, dua lelaki itu masing-masing berusia 39 dan 33 tahun yang menaiki sebuah Proton Perdana V6, diekori sejauh 500 meter selepas pasukan peronda mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan.
"Selepas melakukan pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol dan sembilan butir peluru di bawah tempat duduk pemandu kereta yang mereka naiki itu,” katanya kepada pemberita.
Ayub berkata, polis sedang menyiasat tujuan lelaki terbabit memiliki senjata api, termasuk kemungkinan untuk digunakan bagi melakukan jenayah.
Katanya, salah seorang daripada suspek juga mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dalam bangunan, ugutan dan memiliki senjata secara haram. - Bernama

Kuarters pekerja kilang papan milik bapa calon BN terbakar




SIBU 8 Mei - Sebuah kuarters yang didiami oleh 10 pekerja sebuah kilang papan milik bapa calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew musnah dalam satu kebakaran di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail yang mengesahkan kebakaran itu berkata, api dikesan kira-kira pukul 8.20 pagi dan tiada kecederaan dilaporkan.
Beliau menolak sebarang unsur khianat dalam insiden itu atau ada hubung kait dengan PRK berkenaan.
"Ia hanya kebetulan,” kata beliau.
Robert Lau atau dikenali sebagai Robert Junior, 45, terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon DAP, Wong Ho Leng dan calon Bebas, Narawi Haron pada PRK itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew.
Sementara itu, Shafie melahirkan perasaan puas hati dengan perjalanan proses penamaan calon hari ini yang pada pemerhatiannya, berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. - Bernama