"Terdapat sejarah panjang disembunyikan Vatican dan pegawai tingginya... disenyapkan dan disembunyikan kebenarannya untuk melindungi diri dan reputasi mereka sendiri, bukan untuk melindungi kanak-kanak.
"Tuntutan dibuat agar tindakan tegas diambil Vatican untuk memecat mana-mana paderi yang mencabul mana-mana budak serta setiap biskop dan kardinal yang bersubahat," kata peguam, Jeff Anderson pada satu sidang media.
Anderson yang menghabiskan masa berdekad lamanya menuntut keadilan bagi mangsa pencabulan kanak-kanak, menyatakan kes itu adalah lebih luas berbanding yang dibuat ke atas Vatican pada 2002 dan 'tidak pernah berlaku' dari segi skop dan tuntutannya'.
Kes itu sedang dipertimbangkan Mahkamah Agung untuk menentukan sama ada Vatican, yang mendakwa mempunyai imuniti kedaulatan, boleh disaman di mahkamah AS atau tidak.
Tuntutan yang difailkan semalam itu dibuat mewakili seorang mangsa kepada paderi fidofilia, Father Lawrence Murphy, yang dituduh mencabul 200 budak lelaki sebuah sekolah kanak-kanak pekak di Wisconsin.
Ia merupakan kes kelima diwakili Anderson melibatkan mangsa Murphy.
Pada Mac lalu, dia menyiarkan dokumen yang menunjukkan Benedick ketika dikenali sebagai Kardinal Joseph Ratzinger, sedar mengenai dakwaan ke atas Murphy pada 1996 namun tidak mengambil tindakan.
Katanya, walaupun salah laku Murphy dilaporkan kepada ketua biskop itu pada sekitar 1950-an dan pihak berkuasa tempatan pada 1974, dia tetap menjadi paderi sehingga meninggal dunia pada 1998.
Vatican yang berdepan tekanan kes serupa di seluruh dunia, mempertahankan Benedict dengan menyatakan beliau ketika itu memilih untuk tidak melucutkan jawatan Murphy kerana keadaan kesihatannya serta kes yang terpencil.
Sementara itu, bishop bandar Bruges di Belgium menyertai barisan paderi yang meletak jawatan akibat pembabitan dengan kes fidofilia beberapa tahun sebelum ini. - AFP