Search This Blog

Thursday, April 22, 2010

Kerugian RM5.44 bilion



SALAH seorang keluarga penumpang pesawat Lufthansa yang berlepas dari lapangan terbang di Duesseldorf, Jermanke Chicago mengangkat tangan ke arah pesawat itu sebagai tanda kejayaan setelah penerbangan itu ditunda beberapa kali berikutan penutupan ruang angkasa di Eropah. - AFP


KUALA LUMPUR 21 April - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menganggarkan industri penerbangan bakal mengalami kerugian perolehan sebanyak AS$1.7 bilion (RM5.44 bilion) ekoran krisis gunung berapi di Iceland.
Kerugian tersebut adalah sehingga Selasa iaitu enam hari selepas letusan awal gunung berapi tersebut.
Untuk tempoh tiga hari, 17 hingga 19 April, kerugian perolehan yang dicatatkan adalah kira-kira AS$400 juta (RM1.28 bilion) sehari.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Giovanni Bisignani berkata, kerugian perolehan sebanyak AS$1.7 bilion (RM3.52 bilion) itu adalah kepada syarikat-syarikat penerbangan sahaja.
''Paling teruk, krisis tersebut telah memberi kesan sebanyak 29 peratus kepada penerbangan global dan 1.2 juta penumpang sehari. Skala krisis tersebut telah melebihi tragedi serangan pengganas 11 September apabila ruang udara Amerika Syarikat (AS) ditutup selama tiga hari,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
IATA turut merekodkan penjimatan kos akibat penggantungan penerbangan tersebut, sebagai contoh pengurangan sebanyak AS$110 juta (RM352 juta) daripada kos bahan bakar sehari berbanding hari biasa.
Tetapi syarikat-syarikat penerbangan turut menanggung kos tambahan termasuk penjagaan penumpang.
''Bagi industri yang kerugian sebanyak AS$9.4 bilion (RM30.08 bilion) tahun lalu dan dijangka mengalami pertambahan kerugian sebanyak AS$2.8 bilion (RM8.96 bilion) lagi pada tahun ini. Krisis ini adalah terburuk.
''Ia memburukkan keadaan syarikat-syarikat penerbangan yang berdepan dengan masalah kewangan. Syarikat-syarikat penerbangan Eropah dijangka mengalami kerugian sebanyak AS$2.2 bilion (RM7.04 bilion) pada tahun ini, yang terbesar dalam industri,'' katanya.
Tambah Bisignani, ketika IATA mengira kos krisis, persatuan itu juga perlu melihat cara untuk mengawal kesannya.
''Sebahagian daripada rakan niaga lapangan terbang telah melakukan aktiviti terbaik industri, dengan lapangan terbang Heathrow, London dan Dubai mengecualikan yuran meletak pesawat dan tidak akan mengenakan caj kepada penjadualan semula penerbangan. Lapangan terbang lain patut mencontohi mereka,'' katanya.
Bagaimanapun, Bisignani berkata, peranan penting perlu dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara dengan mengambil kira empat permintaan yang dikemukakan oleh IATA.
Antaranya adalah melonggarkan peraturan slot lapangan terbang, menarik balik sekatan terhadap penerbangan malam dan memantau peraturan penjagaan penumpang yang tidak adil.
''Krisis ini adalah bencana alam di luar kawalan syarikat penerbangan. Syarikat insurans melihatnya begitu. Tetapi peraturan hak penumpang Eropah tidak melihatnya begitu.
''Peraturan itu tidak memberikan kelonggaran kepada situasi luar biasa dan masih menganggap syarikat penerbangan bertanggungjawab membayar hotel, makanan dan telefon. Kesatuan Eropah (EU) perlu mencari jalan mengurangkan beban itu,'' katanya.
Bisignani mengesa kerajaan-kerajaan untuk mencari jalan membayar balik kerugian perolehan yang ditanggung syarikat penerbangan.
Sebelum ini, ketika tragedi 11 September, kerajaan AS telah menyediakan AS$5 bilion (RM16 bilion) untuk membayar balik kepada syarikat penerbangan selepas penutupan lapangan terbang selama tiga hari.
EU membenarkan negara-negara Eropah untuk mengambil tindakan yang sama.

Mahkamah bebaskan lima pelajar pondok pakai serban



22/04/2010 3:23pm

TUMPAT 22 April – Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.
Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.
Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd. Halim, 22; Ahmad Hafiz Shaari, 24; Mohd. Hafizul Mohamad, 22; Mohd. Azam Mohd. Arifin, 24; dan Che Mohd. Noor Che Soh, 28; kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata.
Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.
Mereka didakwa mengikut Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama. – Bernama

Bapa bersyukur Kartika selesai jalani hukuman hari ini



22/04/2010 5:05pm

KUANTAN 22 April – Bapa model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor bersyukur kerana anaknya itu selesai menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKTAF) di sini hari ini, selepas mereka melalui pelbagai kontroversi sebelum ini.
Shukarnor Abdul Mutalib, 62, berkata, dia sekeluarga kini merasa tenteram dan berharap mereka tidak lagi diganggu dan menjadi tumpuan media. – Utusan

Kes Rasidi ditangguh, laporan kesihatan mental belum siap



22/04/2010 2:10pm

SEREMBAN 22 April – Kes perbicaraan Rasidi Ismail, yang dituduh membunuh empat ahli keluarganya pada Januari lalu, ditangguh kepada 21 Mei ini selepas laporan kesihatan mental tertuduh belum siap.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Saharuddin Wan Ladin memohon Mahkamah Tinggi di sini menghantar surat kepada Hospital Permai, Tampoi, Johor, supaya mempercepatkan laporan tersebut.
Sebelum ini, Rasidi, seorang penganggur, diperintahkan oleh mahkamah supaya menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan selama sebulan.
Tertuduh berusia 32 tahun itu sudah pun menjalani pemeriksaan kesihatan mental sebanyak dua kali di Hospital Permai dan dua kali di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Pada permulaan prosiding hari ini, Rasidi, yang diwakili peguam Hanif Hassan, tidak menyatakan apa-apa ketika ditanya oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin sama ada dia mempunyai sebarang persoalan.
Bagi pertuduhan pertama, Rasidi didakwa membunuh adik perempuannya Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 dan 11 pagi, 5 Januari lalu.
Dia turut menghadapi tiga lagi pertuduhan iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76; nenek, Sufiah Katas, 80; dan datuk, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan pada tarikh dan waktu yang sama.
Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. – Bernama

Pahang rugi RM1 juta akibat pembalakan haram



22/04/2010 5:33pm

TEMERLOH 22 April - Pahang mengalami kerugian kira-kira RM1 juta ekoran aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan tanah kerajaan sepanjang tahun lalu.
Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Mohd. Paiz Kamaruzaman berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak tiga kes pembalakan haram dan pencerobohan tanah kerajaan didakwa di mahkamah. - Utusan

Timur: Intip penyangak


MOHAMAD dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Che Ayub (kiri) melihat peralatan menangkap ikan menggunakan kejutan elektrik.
MOHAMAD dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Che Ayub (kiri) melihat peralatan menangkap ikan menggunakan kejutan elektrik.
Kegiatan menangkap ikan guna kejutan elektrik, bom di kawasan diwarta ancam spesies dilindungi 

KUANTAN: Sikap tamak sesetengah pihak menggunakan pistol dan bom buatan sendiri, arus elektrik, racun serta pukat tarik untuk menangkap ikan di sungai di negeri ini mengancam populasi spesies ikan, termasuk yang dilindungi pihak berkuasa.
Lebih mengecewakan apabila aktiviti berkenaan bagi mengaut keuntungan dilakukan di kawasan larangan menangkap ikan seperti di Tasik Bera dan Empangan Sungai Lembing yang diwartakan Jabatan Perikanan sebagai tempat pembiakan ikan seperti kelah, sebarau, baung, kerai dan jelawat. Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perikanan negeri menahan 17 individu berusia antara 25 hingga 50 tahun yang melakukan kesalahan menangkap ikan di kawasan larangan menggunakan peralatan berkenaan yang dilarang sama sekali. 

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Datuk Mohamad Mat Saman, ketika mendedahkan perkara itu berkata, penggunaan peralatan larangan itu menjejaskan populasi ikan kerana ia turut memusnahkan anak spesies ikan berkenaan. 

Beliau berkata, modus operandi mereka ialah menangkap ikan ketika paras air sungai dan tasik surut terutama pada musim kemarau. 

"Dalam tempoh itu, kita mematahkan cubaan tujuh kes membabitkan individu yang ditahan kerana cuba menangkap ikan di kawasan larangan menggunakan peralatan larangan. 
"Empangan Sungai Lembing yang terkenal dengan spesies ikan seperti kelah, sebarau dan tengas menjadi antara lokasi tumpuan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada Berita Harian, di sini, kelmarin. 

Mohamad berkata, kegiatan menangkap ikan menggunakan peralatan dilarang terutama arus elektrik dan bom buatan boleh mengundang padah jika terkena kejutan atau meletup sebelum dilemparkan ke sungai. 

Katanya, siasatan jabatan itu mendapati ia bukan saja dilakukan penduduk tempatan tetapi juga individu dari daerah lain. 

"Justeru, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menangkap ikan di kawasan larangan menggunakan peralatan sedemikian," katanya. 

Beliau berkata, bahagian penguat kuasa jabatan itu akan terus melakukan intipan di kawasan tumpuan kegiatan berkenaan menggunakan pelbagai taktik bagi menjejaki individu tidak bertanggungjawab. 

Katanya, mereka yang melakukan kesalahan menangkap ikan di kawasan larangan termasuk menggunakan peralatan dilarang, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perikanan 1985 dan didenda sehingga RM5,300, jika sabit kesalahan. 

Oleh itu, Mohamad turut meminta kerjasama masyarakat tempatan supaya menjadi mata dan telinga jabatan itu jika mempunyai maklumat mengenai kegiatan menangkap ikan menggunakan peralatan dilarang.

Pemandu teksi mengaku tidak bersalah tuduhan bunuh Humaira


  


2010/04/22

SHAH ALAM: Pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil, 28, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini terhadap tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 3, Februari lalu. 

Beliau didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Syafiah Humaira dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu selepas mengalami pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh, 27 Februari lalu.

Gempa sederhana 5.9 magnitud landa Tonga, Samoa


  



2010/04/22

WELLINGTON: Gempa sederhana 5.9 magnitud melanda perairan Tonga di Pasifik Selatan, awal hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. 

Gempa berlaku jam 6.20 pagi waktu tempatan (1720 GMT) di 105 kilometer (km) di utara Hihifo di Kepulauan Tonga dan 215km di barat daya Apia, ibu negara Samoa.
Pusat Amaran Tsunami di Hawaii berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan gempa itu. Samoa mengalami kemusnahan teruk pada 29 September apabila gempa berukuran 8.0 magnitud melanda selatan perairan negara itu. 

Seramai 150 penduduk terbunuh di Samoa manakala 32 lagi disahkan maut di negara jirannya di America Samoa. 

Sembilan lagi maut di utara Tonga di Kepulauan Niuatoputapu. - AFP

6 lelaki mangsa gay

BEIJING: Seorang penyanyi gay ditangkap semalam kerana didakwa
membunuh enam lelaki dalam satu permainan seks ganas, termasuk
menggantung mangsa.
Zhou Youping. penyanyi bar di Hunan, tengah China, menyiarkan
 iklan di laman web gay, mencari mereka yang bersedia datang
 ke rumahnya untuk memainkan peranan sebagai ‘hamba,’ lapor
 akhbar Sanxiang Express.
Dia mencari teman yang bersedia bermain permainan menahan
nafas erotik, tindakan sengaja menahan nafas ke otak untuk
 membangkitkan berahi.

Dia menemui mereka yang berminat di sebuah hotel di
Changsha, ibu negeri Hunan.

“Mulanya saya mahu mereka menjadi ‘hamba’ saya. Tetapi
apabila bertemu, mereka meminta wang. Saya tidak suka
cara mereka,” kata Zhou.

Dia membunuh mangsa pertamanya Oktober lalu selepas
 mengetahui lelaki itu menghidap HIV.

Zhou, yang berusia 30-an tahun kemudian membunuh
 lima lagi lelaki.

Sekurang-kurangnya dua lelaki lain berjaya melarikan diri. - AFP

Jeritan selamat 150 rakan


PADAM...anggota bomba memadamkan kebakaran di kilang terbabit, semalam.

PADAM...anggota bomba memadamkan kebakaran di kilang terbabit, 

semalam.



2010/04/22
Cetak Artikel
KAJANG: Jeritan seorang pereka iklan berusia 30-an menyelamatkan
150 rakan sekerjanya daripada mati rentung dalam kebakaran yang
 hampir memusnahkan sebuah kilang menghasilkan bahan pengiklanan
 di Seksyen 4, Jalan Balakong, Batu 11, Cheras, dekat sini, awal pagi
 semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kilang Kingsmen Sdn Bhd
(Kingsmen) terbabit mengalami kerugian dianggarkan RM4 juta selepas
 api merebak memusnahkan hampir seluruh kilang berkenaan.
Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat, Mazlan
Zainol, berkata kebakaran di kilang itu disedari seorang pereka iklan
syarikat terbabit yang bekerja lebih masa ketika kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari bilik
 stor di bahagian tengah bangunan kilang berkenaan.

“Syarikat pengiklanan terbabit mempunyai 150 pekerja. Tindakan
pantas lelaki itu memberitahu pihak pentadbiran kilang sebelum
memaklumkan kepada bomba mengelakkan daripada berlakunya
 sebarang kehilangan nyawa.

“Semua pekerja termasuk pereka iklan terbabit tidak cedera.
Kebakaran itu turut mengakibatkan kesesakan teruk di pekan
 Cheras apabila ramai pengguna yang dalam perjalanan ke tempat
 kerja memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian itu,”
 katanya.

Menurutnya, pihak bomba dimaklumkan mengenai kebakaran
 itu pada jam 4.44 pagi dan mengambil masa 11 minit untuk
 tiba di tempat kejadian.

Beliau berkata, kebakaran dikawal dalam tempoh setengah
jam oleh 45 anggota bomba bersama lima jentera dari Balai
Bomba dan Penyelamat Kajang, Ampang, Bangi, Serdang
serta Pelabuhan Klang.

Rezeki 2 kekasih terkandas





2010/04/22
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TAIPEI: Sebuah hotel di sini menganjurkan perkahwinan secara percuma untuk sepasang warga Slovakia yang terkandas di Taiwan sejak enam hari lalu.
Juraj Hegyi, 32 dan Zuzana Marcekova sepatutnya pulang ke negara asal mereka untuk melangsungkan perkahwinan, tetapi tidak dapat berbuat demikian selepas debu gunung berapi di Iceland memaksa penutupan ruang angkasa Eropah. — Reuters

Pensel 8 hari dalam alat sulit

GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.
Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.
Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.

“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.

“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.

“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Tiada maaf

KUANTAN: “Saya tidak akan maafkan pemandu itu yang menjadi punca kemalangan ini,” kata Razali Abdul Rahim, 35, yang nyaris maut apabila lori membawa muatan Milo dipandunya terbabas dan terbalik selepas mengelak sebuah kereta yang keluar simpang secara mengejut di Jalan Kuantan-Kemaman di Cherating di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dari Batu 6, Jalan Gambang di sini, luka di kepala, tangan serta bengkak di dahi.
Kelindannya, Mohamad Mohamad Yusof, 51, yang parah di kepala dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Menceritakan semula kejadian terbabit, Razali berkata, dia bersama kelindannya dalam perjalanan ke Kemaman dari Kuantan untuk menghantar Milo.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat sebuah kereta keluar simpang secara mengejut dan terus ke laluan utama sebelum menghala Kemaman.

Katanya, dia yang terkejut dengan tindakan pemandu terbabit sempat mengelak, tetapi lori dipandunya melanggar tiang elektrik dan papan tanda sebelum terbalik.

“Milo yang hendak dihantar ke Kemaman bertaburan di bahu jalan,” katanya.

Pelanggan tak sedar risiko hilang kerja





2010/04/22
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Permintaan daripada individu tidak bertanggungjawab adalah antara punca wujudnya kes pemalsuan sijil sakit malah mereka tidak menyedari mereka terdedah dengan risiko kehilangan kerja.
Presiden Persatuan Psikiatri dan Mental Asean, Prof Dr Mohamad Hussain Habil berkata, kes pemalsuan sijil sakit ini sudah lama berlaku malah tidak menghairankan kerana pelbagai perkara lain yang lebih besar turut dipalsukan seperti wang, kad pengenalan dan pasport.
“Kes pemalsuan ini juga berlaku kerana kecanggihan teknologi masa kini yang mampu melakukan perkara mustahil, malah tandatangan doktor turut dipalsukan dan ia dipercayai disebabkan pengaruh keuntungan diterima individu itu.

“Individu melakukan pemalsuan ini beranggapan dia bebas daripada tindakan undang-undang dan tidak berjaya dikesan kerana sistem kepercayaan tidak boleh ditangkap wujud dalam diri sendiri,” katanya. Menurutnya, penguatkuasaan undang-undang di tahap yang sepatutnya dapat membanteras kegiatan pemalsuan sijil sakit dan tidak menyangkal kes seperti ini berleluasa di sesetengah negara.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai pesara tentera menjadi dalang kes pemalsuan sijil sakit dijual pada harga RM5 kepada kakitangan kerajaan.

Sempat hantar cucu ke tadika

ALOR STAR: “Mendiang sempat menghantar dua cucunya ke tadika berhampiran sebelum ke ladang ternakan ayam kira-kira jam 11 pagi kelmarin, malah dia sentiasa ceria ketika bersama cucunya,” kata Chuah Chung Cheang, 38, menantu kepada Tan Ah Yee, 64, yang ditemui rentung di Kampung Sc, Jalan Kampung Pochan, Changlun, malam kelmarin.
Chuah berkata, sebelum kejadian dia tidak perasan sesuatu yang pelik terhadap bapa mentuanya dan tidak mendengar sebarang masalah antara bapa mentuanya dengan pekerja.
Katanya, mereka sekeluarga tidak mengesyaki sesuatu memandangkan mendiang sering tidak pulang kerana sibuk menguruskan ladang ternakan ayamnya.

“Malam sebelum kejadian, dia memaklumkan akan berada di ladang ternakan lebih lama sebelum seorang rakan memberitahu mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 9.55 malam.

“Saya hampir tidak percaya bapa mentua dibakar hingga rentung. Setelah pemeriksaan gigi dilakukan, baru kami sekeluarga dapat menerima hakikat itu,” katanya.

Doktor paling biadab di Britain





2010/04/22

MANCHESTER: Seorang doktor semalam didakwa berkelakuan biadab hingga menyebabkan lebih 800 pesakit lari untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan umum lain dalam masa empat tahun.
Dr Henry Hart
Dr Henry Hart
Kebiadaban Dr Henry Hart yang melampau itu menyebabkan rakan sejawatannya di Pusat Kesihatan Bayside di Ulbverstone terpaksa meminta maaf kepada pesakit bagi pihak dirinya.
Perkara itu didedahkan kepada panel disiplin Majlis Perubatan Am, (GMC), semalam.

Doktor berusia 45 tahun itu dilapor hanya menghadap komputernya bukan melihat pesakit di depannya dan sering memperlekeh atau menakut-nakutkan rakan sekerjanya serta menggunakan bahasa kesat terhadap mereka di depan orang awam.

Semalam, Hart berdepan dengan pelbagai tuduhan disiplin sepanjang empat tahun menjadi ketua doktor di Pusat Kesihatan Bayside.

Sepanjang tempoh itu, 800 daripada 4,000 pesakit berpindah ke hospital lain.

“Dia mengulangi kelakuan buruknya sepanjang tempoh berkenaan,” kata Sharon Beattie, kaunselor GMC pada perbicaraan kelayakan untuk menjadi pengamal perubatan.

“Dia begitu biadab dan agresif terhadap kakitangan, rakan sekerja dan juga pesakit.” Menurut Sharon, pernah seorang tukang besi datang mengadu sakit belakang, Hart menjawab: “Tukar pekerjaan kamu.” Seorang lagi pesakit membawa anaknya berusia lapan tahun untuk mendapatkan rawatan tetapi Hart menggunakan bahasa begitu kasar hingga menyebabkan kanak-kanak itu menangis.

Dia juga didakwa sering duduk membelakangkan pesakitnya yang datang untuk mendapatkan rawatan, tidak mempedulikan pesakit berkenaan, sebaliknya tertumpu pada komputernya.

Sharon memberitahu, kakitangan hospital juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran sikap kasar doktor itu.

“Pernah seorang penyambut tetamu meminta dia menemui seorang pesakit tetapi Hart menengking dengan berkata: ‘Pergi Jahanam. Saya tidak mahu menemui pesakit. Mereka semua lambat. Mereka perlu pergi ke hospital.’” Hart juga dituduh menyelongkar pejabat rakan doktornya yang lain di pusat berkenaan tetapi mengunci biliknya kerana takut mereka juga akan melakukan perkara yang sama. — Agensi

3 maut pesawat kargo terhempas

MEXICO, Philippines: Tiga warganegara asing maut apabila pesawat kargo buatan Rusia terhempas di kawasan bendang tanaman padi di Filipina. Tiga lagi krew yang berada di pesawat itu terselamat.
Menurut penyiasat kejadian, Jose Pedregosa, pesawat empat enjin Antonov 12 sedang bersedia untuk mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Diosdado Macapagal berhampiran bandar Mexico lewat malam tadi apabila dikatakan mengalami kerosakan elektrikal yang menyebabkan kebakaran.

Pedregosa memberitahu agensi berita AFP, pesawat itu bagaimanapun gagal dikawal lalu terhempas di kawasan sawah padi, kira-kira 20 kilometer dari lapangan terbang dan lebih kurang 90 kilometer dari ibu kota Manila.

"Tiga penumpang seorang warga Rusia dan dua warga Uzbekistan terbunuh dalam kejadian itu. Tiga lagi krew pesawat yang terputus dua itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penduduk tempatan yang bergegas ke tempat kejadian," katanya.

Menurut Pedregosa, pasukan penyiasat sudah menjumpai kotak hitam pesawat terbabit untuk dijadikan bahan bukti oleh penguatkuasa udara awam di Manila. - AFP

Hukuman berat pemburu haram


Hukuman berat pemburu haram

KUALA LUMPUR 21 April - Para peminat hidupan liar dan eksotik, terutama haiwan yang dilindungi kini perlu meneliti kembali hobi itu kerana jika didapati bersalah mereka akan berhadapan dengan hukuman lebih berat.
Melalui Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang kini sedang dibentangkan untuk kelulusan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.
Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Sebenarnya Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 yang berkuat kuasa sejak 38 tahun lalu tidak pernah dipinda dan menyedari keperluan itulah mendorong kerajaan membentangkan akta baru bagi melengkapkannya bagi disesuaikan dengan keadaan semasa.
Dalam undang-undang baru itu, antara lain penalti lebih berat dalam rang undang-undang itu ialah Seksyen 60 hingga 65 yang mengkhususkan kepada penalti dengan menyentuh kesalahan memburu, menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen dan menjalan perniagaan tanpa permit sah.
Menurut Seksyen 60 itu, sesiapa yang memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi atau mengambil, menyimpan mana-mana bahagian haiwan itu tanpa lesen sah, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Manakala Seksyen 61 pula menyatakan, sesiapa yang memburu hidupan liar dilindungi yang tidak matang dan tanpa lesen sah, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 62 menyatakan memburu hidupan liar betina yang dilindungi tanpa lesen juga boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi Seksyen 63, menjalankan perniagaan hidupan liar tanpa lesen dan Seksyen 64, memungut sarang burung tanpa lesen - dua kesalahan ini jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 65 berkaitan mengeksport dan mengimport hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen yang boleh didenda sehingga RM50,000 dan dipenjarakan sehingga setahun, jika sabit kesalahan.
Selain itu, bagi mana-mana pihak yang mengendalikan zoo, pembiakan baka dalam kurungan komersial, sarkas atau pameran hidupan liar serta menjalankan penyelidikan tanpa permit khas juga bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat.
habis.

AS keluar amaran lawat New Delhi



22/04/2010 2:39am

NEW DELHI 22 April - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini semalam mengeluarkan amaran tentang peningkatan tanda-tanda pengganas merancang untuk melakukan serangan di ibu kota India.
Menurut satu kenyataan kedutaan tersebut, pusat-pusat membeli-belah yang menjadi tarikan warga AS dan Barat boleh menjadi sasaran utama pengganas.
Bagaimanapun jurucakap polis New Delhi, Rajan Bhagat berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat perisikan mengenainya.
Kedutaan AS menasihatkan warganya yang merancang untuk melawat India atau sudah berada di negara tersebut untuk mengekalkan tahap berhati-hati yang tinggi dan sentiasa berwaspada dengan situasi persekitaran. - AP

Pembantu rumah saman majikan



LONDON – Seorang pembantu rumah Indonesia, Yoyoh Salim Udin (gambar) memberitahu Tribunal Pekerjaan London Tengah bahawa dia dipaksa bekerja lebih 16 jam sehari dan dilayan seperti hamba oleh majikannya yang merupakan pasangan Muslim yang kaya, lapor sebuah akhbar semalam.
Penderitaan Yoyoh sampai di kemuncaknya apabila dia diperiksa secara bogel kerana dituduh mencuri beberapa pasang anting-anting selain dikurung.
Menurutnya, dia juga tidur di atas tilam nipis dan selimut.
Yoyoh menyaman pasangan Lina Chamsi Pasha dan suaminya Firas di tribunal tersebut atas dakwaan diskriminasi kaum, menghina, tidak dibayar gaji, selain menuntut ganti rugi kerana mereka melanggar hak-hak pekerjaan termasuk waktu kerja.
Lahir di Jawa Barat, Yoyoh datang ke London untuk bekerja di pangsapuri lima bilik tidur milik Firas pada tahun 2004.
Dia dibayar gaji sebanyak AS$300 (RM958) pada bulan pertama sebelum dinaikkan kepada AS$400 (RM1,278) sebulan kemudian.
Lina yang dipanggil Yoyoh sebagai puan memberinya tiga set baju seragam terpakai.
Yoyoh tidak dibenarkan berkongsi barangan di dalam rumah, malah diberikan satu cawan dan mangkuk plastik untuk kegunaannya.
Majikannya turut menetapkan keperluan spesifik semasa membasuh pakaian.
“Saya mesti menggunakan satu baldi plastik untuk membasuh seluar dalam. Satu baldi lain untuk kasut dan baldi berbeza untuk tudung dan pakaian lain.
“Puan menyuruh saya membasuh seluar dalam dan stoking semua orang dengan tangan sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh,” cerita Yoyoh kepada tribunal berkenaan.
Yoyoh memberitahu pengalaman diperiksa secara bogel terus menghantuinya.
Keadaan itu menyebabkan dia cuba membunuh diri dengan meminum racun.
Insiden itu turut membuatkan kemampuannya untuk menelan liur telah terjejas. – Agensi

Serang perompak guna pedang samurai




GAMBAR rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan John Bradley mengayunkan pedang samurai di kedai barang kemas miliknya di York, Britain.


YORK, Britain - Seorang peniaga barang kemas di Britain, John Bradley menggagalkan percubaan dua perompak di kedai miliknya dengan mengayunkan sebilah pedang samurai perhiasan kepada mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden selama 40 saat itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup di premisnya yang menunjukkan dua lelaki memasuki kedainya di Saltaire, West Yorkshire di sini semasa Bradley, 40, minum secawan teh untuk sarapan pagi.
Bapa dua anak itu enggan menyerahkan barang kemas bernilai £200,000 (RM983,053) kepada perompak tersebut.
Dia sebaliknya mengambil sebilah pedang hiasan tradisi masyarakat Jepun itu sepanjang satu meter dan mengayunkan ke arah seorang perompak yang sedang memecahkan sebuah kabinet dengan kapal.
Tindakan pemilik kedai itu menyebabkan perompak itu terkejut sekali gus mengakibatkan kapaknya terjatuh sebelum dia bergegas melarikan diri.
Rakannya yang berada di ruang lain dalam kedai tersebut turut melarikan diri selepas dikejar Bradley.
Pemilik kedai itu mengalami luka kecil di tangannya dalam kejadian yang berlaku pada September tahun lalu.
Namun, dia berasa kesal kerana sehingga kini dua perompak tersebut masih belum dapat ditangkap pihak polis. - Agensi

Pelantar gerudi minyak terbakar di Teluk Mexico



22/04/2010 2:39am

NEW ORLEANS 22 April - Pihak Pegawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata, sebuah pelantar gerudi minyak luar pesisir pantai senget teruk selepas berlaku satu letupan besar dalam kejadian di Teluk Mexico.
Usaha mencari sekurang-kurangnya 11 orang yang hilang dalam kejadian tersebut sedang dijalankan.
Menurut Pengawal Pantai AS, kebanyakan daripada 126 pekerja di pelantar berkenaan dapat menyelamatkan diri selepas letupan pada kira-kira pukul 10 malam Rabu (waktu tempatan).
Helikopter, pesawat dan bot digunakan untuk mencari 11 pekerja yang hilang. Pelantar berkenaan sudah senget dan berkemungkinan akan tumbang. - AP

Perancis gubal undang-undang larang purdah



22/04/2010 2:39am

PARIS 22 April - Kerajaan Perancis sedang menggubal undang-undang yang melarang pemakaian purdah di semua tempat awam di sebalik amaran golongan pakar yang berpendapat larangan tersebut berkemungkinan dicabar di mahkamah.
Jurucakap Presiden Nicolas Sarkozy, Luc Chatel berkata, rang undang-undang berkenaan akan diserahkan kepada jemaah menteri bulan depan.
``Kami menggubal undang-undang ini untuk masa depan. Memakai pakaian yang menutup muka merupakan satu tanda sesuatu komuniti itu mengasingkan diri dan menolak nilai-nilai kami,’’ katanya.
Jika diluluskan undang-undang berkenaan akan hanya memberi kesan kepada kira-kira 2,000 wanita Islam Perancis yang menutup muka mereka ketika ini. - AFP

Barangan sukan tiruan RM500,000 diserbu




SEBAHAGIAN barang-barang sukan tiruan dirampas oleh penguat kuasa KPDNKK di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelbagai barangan sukan tiruan berjenama terkenal dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas dari stor simpanan di sebuah plaza barangan borong di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini semalam.
Rampasan yang dipercayai terbesar tahun ini adalah hasil serbuan 27 pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya di 13 unit stor yang terletak di tingkat 5 plaza itu.
Ketua Pasukan Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya Fahmi Kasim berkata, lapan daripada 13 stor yang diserbu tersimpan pelbagai jenis barangan tiruan berjenama seperti Adidas, Nike dan Reebok.
"Barangan seperti jersi, kasut dan cenderamata bola sepak itu dipercayai akan dipasarkan kepada peniaga di Lembah Klang," kata beliau.
Fahmi berkata, pihaknya juga percaya stor-stor berkenaan yang dipercayai beroperasi sejak sebulan lepas adalah tempat simpanan barangan tiruan untuk dijual sempena Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung pada Jun ini.

11 polis, askar Filipina tidak mengaku bersalah membunuh



MANILA 21 April - Sembilan anggota polis dan dua tentera awam militia yang dikaitkan dengan pembunuhan 57 orang di selatan Filipina, mengaku tidak bersalah hari ini dalam satu perbicaraan, yang telah menimbulkan kebimbangan lebih banyak pertumpahan darah akan berlaku menjelang pilihan raya yang dijadual pada bulan depan.
Empat pegawai polis lain bagaimanapun, tidak dihadapkan ke mahkamah setelah rayuan untuk menggugurkan kes ke atas mereka masih belum selesai, namun seorang hakim di mahkamah Manila mengarahkan mereka mengemukakan rayuan pada minggu depan berhubung kes pembunuhan beramai-ramai itu, yang dianggap sebagai keganasan terburuk pada pilihan raya di Filipina.
Seorang demi seorang daripada 11 tertuduh yang memakai pakaian banduan dan dikawal ketat, mengaku tidak bersalah selepas dakwaan pembunuhan ke atas mereka dibacakan.
Pendakwa negara berkata, mereka adalah sebahagian daripada konspirasi yang dilakukan Ampatuan bagi menghapuskan anggota keluarga musuh politik mereka yang dijadual bertanding pada pilihan raya bulan depan.
Sebutan kes tersebut dibuat di sebuah pusat tahanan di dalam sebuah ibu pejabat polis, di mana enam anggota keluarga Ampatuan yang lain termasuk suspek utama turut ditahan.
Hujung minggu lalu, kerajaan mengarahkan mahkamah menggugurkan dakwaan pembunuhan terhadap dua anggota keluarga Ampatuan, sebuah keluarga berpengaruh di selatan Filipina yang merupakan sekutu Presiden Gloria Macapagal Arroyo, sehingga mencetuskan kemarahan dan dakwaan campur tangan politik.
Harry Roque, peguam yang mewakili keluarga mangsa berkata, anak guamnya bakal mengemukakan satu petisyen kepada mahkamah bagi menggantikan semua pendakwa awam yang mengendalikan kes tersebut.
"Saya meminta mahkamah menangguhkan sebutan sehingga satu pasukan baru dibentuk dan memulakan tugas pada Julai ini.
"Keputusan menggugurkan tuduhan membunuh terhadap mereka dibuat secara diam-diam dan licik kerana ia diumumkan pada hujung minggu di mana orang ramai tidak akan mengetahuinya. Ia menunjukkan bahawa keadilan tidak akan dicapai dalam pentadbiran ini," katanya. -- Reuters

Bom dilempar ke balai polis



ANGGOTA-anggota polis berpakaian awam membantu seorang penunggang motosikal yang terhumban semasa serangan bom yang dipasang pada sebuah kereta meletup di hadapan balai polis Pattani semalam. Ia kemudian disusuli kejadian dua penunggang motosikal , membaling bom tangan pula ke balai polis itu. - REUTERS


PATTANI 21 April - Seorang pegawai polis terbunuh dan 31 lagi cedera apabila sebutir bom dilontarkan ke arah mereka di hadapan sebuah balai polis di selatan Thailand, hari ini.
Dua lelaki yang menunggang motosikal melemparkan bom jenis M67 ke arah pasukan polis yang baru sahaja selesai berhimpun menyanyikan lagu kebangsaan Thailand di sebuah balai polis di wilayah Pattani.
Menurut polis, seorang terbunuh ketika dalam perjalanan ke hospital dan tiga lagi cedera parah.
Bagaimanapun, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Lebih 3,900 orang telah terbunuh sejak enam tahun berlakunya pergolakan di wilayah ini yang majoriti dihuni penganut Islam dan kaya dengan sumber asli getah.
Serangan-serangan yang dilancarkan dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah yang menjadikan penganut Buddha dan Islam serta kerajaan Thailand seperti pegawai polis, tentera kakitangan kerajaan dan guru sebagai sasaran. - Reuters

Baju Merah halang kereta api tentera menuju selatan Thai



BANGKOK 21 April - Seribu penunjuk perasaan Baju Merah mengepung dan memberhentikan sebuah kereta api tentera yang mengangkut askar, peralatan berat dan senjata di timur laut negara ini, hari ini.
Kereta api pengangkut 18 gerabak itu yang melalui Khon Kaen, 'kubu kuat' Baju Merah yang melancarkan bantahan di jalan-jalan raya sejak lebih empat minggu lalu, telah diceraikan daripada enjinnya.
Pegawai syarikat kereta api berkata, kumpulan Baju Merah bertindak demikian kerana menyangka tentera yang berada dalam kereta api itu bakal digunakan untuk bertindak keras seperti yang dijanjikan pihak berkuasa untuk menyuraikan kumpulan pembantah dan mengakhiri demonstrasi di Bangkok.
Bagaimanapun pegawai itu memberitahu, kereta api berkenaan sebenarnya menuju ke wilayah bergolak selatan Thailand, di mana pemberontakan yang telah berlanjutan selama enam tahun mengakibatkan kematian 4,000 orang.
"Kereta api itu masih berada di stesen Khon Kaen bersama 50 hingga 60 askar yang menjaga senjata," kata Leftenan Jeneral Chotjin Kengkijkarn dari Perkhidmatan Kereta Api Negara untuk pasukan tentera.
Beliau berkata, penunjuk perasaan Baju Merah yang melebihi jumlah tentera mengepung kereta api berkenaan, sebelum pihak berkuasa wilayah bersetuju menghentikan pengangkutan itu di Khon Kean.
Di Bangkok, penunjuk perasaan antikerajaan hari ini mengukuhkan 'markas' mereka dengan membina penghadang sebagai persiapan menghadapi tindakan kekerasan daripada pihak tentera, yang bertujuan menamatkan kempen jalanan Baju Merah untuk menggulingkan kerajaan.
Pintu masuk ke tempat 'perkhemahan' mereka di sebuah kawasan membeli-belah mewah di kota ini, disekat dengan penghadang yang diperbuat daripada buluh dan tayar terbuang yang dibalut dengan plastik.
Longgokan buluh tajam dan serpihan jalan berturap turut dikumpulkan, sekali gus mencetuskan kebimbangan konfrontasi baru dengan pasukan keselamatan, yang memberi amaran semalam bahawa mereka tidak akan teragak-agak menggunakan semburan pemedih mata dan tembakan peluru hidup jika pertempuran berlaku lagi.
Penunjuk perasaan hari ini turut menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi menghindarkan pertempuran dengan pihak tentera. - AFP/Reuters

Lapangan terbang Eropah mula dibuka berperingkat



LONDON 21 April - Lapangan terbang paling sibuk di Eropah dibuka semula malam tadi sementara lalu lintas udara di seluruh benua itu kembali bergerak tetapi kesesakan teruk disebabkan awan diselimuti abu gunung berapi dari Iceland masih belum berakhir.
Pihak berkuasa udara menjangka tempoh berminggu-minggu lagi diperlukan sebelum semua penumpang yang terkandas di serata dunia boleh dibawa pulang ke tanah air masing-masing.
Penumpang berasa lega apabila penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, serta lapangan terbang di Amsterdam dan tempat lain.
Sebuah pesawat British Airways tiba di Lapangan Terbang Heathrow di London sejurus sebelum pukul 10 malam tadi (5 pagi ini waktu Malaysia) dari Vancouver, penerbangan pertama yang mendarat di hab udara paling sibuk di Eropah ini sejak pihak berkuasa menutup ruang udara Britain minggu lepas.
"Gembira dapat kembali, tetapi saya berasa agak bimbang ketika kami hendak mendarat kerana pesawat mengharungi awan abu," kata Neil Rodgers, penumpang pertama yang melepasi pintu di Terminal 5 di lapangan terbang.
British Airways berkata, pihaknya menjangka kira-kira 24 penerbangan dari Amerika Syarikat (AS), Afrika dan Asia mendarat di Heathrow menjelang awal hari ini.
Lembaga Penerbangan Awam (CAA) awal semalam mengumumkan ruang udara di Britain akan dibuka semula secara beransur-ansur mulai pukul 9 malam (5 pagi waktu Malaysia).
Pihak berkuasa penerbangan Britain itu berkata, keputusan tersebut dicapai selepas kajian mengenai awan abu itu mendapati enjin jet tidak akan mengalami masalah jika pesawat terbang di ruang udara yang kurang dicemari abu gunung berapi.
"CAA kini mengesahkan terdapat ruang udara lebih luas yang membolehkan pesawat terbang dengan selamat, selaras dengan persetujuan yang dicapai kelmarin oleh menteri-menteri pengangkutan Kesatuan Eropah (EU)," kata Menteri Pengangkutan Britain, Andrew Adonis.
Agensi kawalan lalu lintas udara, Eurocontrol menjangka sekurang-kurangnya 15,000 penerbangan diteruskan di seluruh Eropah hari ini, dengan kemungkinan jumlahnya bagi hari ini jauh lebih tinggi.
Namun dengan lebih 95,000 penerbangan dibatalkan dalam seminggu yang lalu, syarikat penerbangan menghadapi tugas besar bagi menyalurkan ribuan penumpang yang terkandas ke destinasi masing-masing, cabaran yang boleh mengambil masa berhari-hari sehingga berminggu-minggu untuk diatasi. - AFP/AP

China berkabung



KEPALA bayi berusia dua tahun ini penuh parut luka, namun tidak menangis ketika dalam pelukan ibunya. Mereka adalah antara mangsa gempa bumi yang melanda pekan Gyegu di daerah Yushu, dekat sempadan Tibet, baru-baru ini. - REUTERS


BEIJING 21 April - Bunyi hon kenderaan dan siren kedengaran ketika orang ramai menundukkan kepala sempena hari berkabung hari ini di daerah Yushu, Tibet, wilayah barat China, kawasan yang musnah akibat gempa bumi minggu lalu.
Agensi berita Xinhua melaporkan, angka korban rasmi akibat gempa yang menggegarkan kawasan pergunungan dan pedalaman wilayah Qinghai itu pada Rabu lalu kini mencecah 2,064 orang, sementara 175 lagi masih hilang.
Kebanyakan mangsa yang terbunuh penduduk etnik Tibet di pekan utama Jiegu, Yushu, kawasan tanah tinggi Tibet dengan ketinggian kira-kira 4,000 meter dari paras laut.
Tepat pukul 10 pagi (9 pagi waktu Malaysia) orang ramai, tentera dan kakitangan kerajaan di ibu kota Xining, wilayah Qinghai yang berhimpun menundukkan kepala mereka selama tiga minit ketika siren dan hon dibunyikan sebagai tanda berkabung, menurut rakaman televisyen milik negara.
Siaran itu turut menunjukkan sembilan anggota Jawatankuasa Tetap Politburo, Parti Komunis yang diketuai Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao menundukkan kepala.
Di Jiegu, penduduk dan sami Buddha berhimpun di atas bukit di mana beratus-ratus mayat mangsa dibakar pada minggu lalu, menurut Nami, seorang sami yang menyertai kerja-kerja menyelamat.
"Kami mahu mengingati mereka, namun kini kami perlu menumpukan kepada usaha membantu mangsa yang terselamat dan pembinaan semula Jiegu.
"Orang ramai amat sedih. Ia akan mengambil masa yang lama untuk melupakan mala petaka ini," kata Nami melalui panggilan telefon.
Bendera kebangsaan China di seluruh negara dikibarkan separuh tiang dan aktiviti serta program hiburan dihentikan selama sehari.
Di tengah dataran Tiananmen di Beijing, beratus-ratus penduduk turut berdiri sambil menundukkan kepala. Bagaimanapun aktiviti pelancongan berjalan seperti biasa.
Kejadian ini merupakan bencana terbaru yang melanda negara yang sering dilanda gempa, banjir dan kemarau ini.
Pada Mei 2008, wilayah barat daya Sichuan dilanda gempa bumi kuat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 80,000 orang. - Reuters

Pegawai khas Ronnie Liu bebas tuduhan pecah amanah



SHAH ALAM 21 April - Selepas tiga minggu bebas daripada kes membuat tuntutan palsu, pegawai khas exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How hari ini dilepas dan dibebaskan pula Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan pecah amanah wang peruntukan RM5,000.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan Chuan How yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu tidak dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Beliau semasa membacakan keputusan ringkasnya itu turut memerintahkan agar wang jaminan sebanyak RM5,000 dikembalikan kepada penjamin.
Chuan How, 51, didakwa melakukan pecah amanah cek peruntukan menganjurkan perjumpaan ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk (JPP) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Pelek di Pejabat Daerah Sepang pada 19 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.
Pada 2 April lalu, pegawai khas Ronnie Liu itu dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembekalan 2,500 unit bendera kereta dua tahun lalu.
Tuntutan itu dikemukakan kepada K. Sunthari di Bahagian Pembangunan Masyarakat Pejabat Daerah Sepang dekat sini pada 10 September 2008.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama. Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana satu yang lebih tinggi.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, Chuan How sedang dibicarakan atas satu lagi pertuduhan pecah amanah cek peruntukan bagi program gotong-royong dan ramah mesra Kampung Baru Lanjut RM2,500 di Pejabat Daerah Sepang antara 30 Julai dan 16 September 2008.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan pendakwa Raya, Mohd. Baharuddin Ahmad Kasim manakala Chuan How diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid dan Salim Bashir.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Chuan How merasa sangat gembira kerana keputusan itu mampu membersihkan namanya.
Dia bagaimanapun enggan mengulas satu lagi pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya kerana ia masih dalam perbicaraan.

Kontraktor bebas tuduhan bunuh tiga anak diperintah bela diri



MOHD. Zahari Embong, diiringi anggota polis keluar selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam melepaskan dan membebaskan beliau atas tuduhan membunuh tiga anaknya.


JOHOR BAHRU 21 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang kontraktor daripada tuduhan membunuh tiga anaknya, empat tahun lalu.
Namun begitu Mohd. Zahari Embong, 40, diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh isterinya, Mardziah Mansor, 32.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Kamardin Hashim.
Mohd. Zahari sebelum menghadapi empat pertuduhan membunuh Mardziah dan tiga anaknya Muhammad Zamrie, 6, Muhammad Zairie, 2, dan Intan Zaharah, satu tahun setengah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya, di Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai, dekat sini, antara pukul 7 dan 8.40 malam, 11 Mac 2006.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kamardin dalam penghakiman memutuskan pertuduhan membunuh yang dihadapi Mohd. Zahari, digugurkan setelah pendakwaan gagal membuktikan perbuatan itu dilakukan tertuduh ataupun isterinya.
''Saya membebaskan dan melepaskan kamu daripada tiga pertuduhan tersebut. Tetapi kamu diperintahkan membela diri untuk pertuduhan pertama iaitu membunuh isteri,'' katanya.
Hakim Kamardin menetapkan 19 dan 25 Mei ini untuk tertuduh membela diri.
Mohd. Zahari dan beberapa ahli keluarga yang hadir dilihat sebak apabila keputusan tersebut diumumkan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam G. Subramaniam Nair.

ADUN kendali sendiri kes cerai



KLANG 21 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini bahawa beliau akan mengendalikan sendiri kes tuntutan cerai secara fasakh yang difailkan oleh isterinya Ramizah Mazlan.
Menurut Badrul Hisham, beliau tidak berhasrat melantik peguam syarie untuk mewakilinya dengan alasan ia membabitkan kisah suami isteri dan rumahtangga yang dianggap terlalu peribadi.
''Ini adalah kisah suami isteri. Pada pandangan saya, tidak perlu melantik peguam untuk mengendalikan kes ini. Kisah rumahtangga, terlalu peribadi," katanya.
Hakim Syarie Abdul Malik Soleh mengalu-alukan hasrat Badrul Hisham.
''Ini kes dalam mahkamah, bukan kes dalam rumah. Mahkamah ingin melihat di mana silapnya. Sekiranya kita merasakan kita betul, tetapi tidak dapat menyampaikannya dengan betul, akan salah juga. Mahkamah ingin mengetahui siapa yang betul dan siapa yang salah,'' katanya.
Sementara itu, peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Ramizah memohon untuk tidak menjawab pernyataan pembelaan yang difailkan oleh Badrul Hisham.
Ini kerana dokumen setebal 14 muka surat yang diterima pada 19 April lalu menurut Ahmad Nazib, tidak mengikut prosedur kerana ia seakan-akan berbentuk syair dan seloka.
''Kami tidak berhasrat menjawab pembelaan defendan (Badrul Hisham) dan kami mohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya.
Abdul Malik membenarkan permohonan itu dan menetapkan 28 Jun ini untuk perbicaraan.
Ramizah, 39, memfailkan menuntut cerai secara fasakh daripada Badrul Hisham, 50, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 4 Februari lalu.
Permohonan suri rumah itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 atas tiga alasan yang tidak didedahkan kepada media.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Julai 1993 dan mempunyai lima cahaya mata.
Dalam prosiding hari ini, Ramizah tidak hadir. Badrul Hisham pula dilihat lebih ceria dan mesra selain meminta petugas media pergi ke Hulu Selangor, dekat sini bagi menyokong calon Barisan Nasional.
Beliau yang sebelum ini bertanding dan menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas pada 29 Oktober tahun lalu.

Ketua ajaran sesat, pengikut didakwa





Abd. Rajab Ahmad hadir bagi mendengar sebutan kes perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 21 April - Seorang ketua kumpulan ajaran sesat bersama isteri dan enam pengikutnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas beberapa tuduhan terlibat dalam aktiviti pengembangan ajaran yang memesongkan akidah.
Abdul Rajab Ahmad, 49, didakwa membuat perisytiharan yang bertentangan hukum syarak di antara 2 dan 3.30 pagi, 5 Januari lalu di sebuah pangsapuri kerajaan di Blok A, T02-U04, Jalan P17A, Presint 17, di sini.
Dakwaan itu termasuklah kononnya dia mampu berkomunikasi secara terus dengan Rasulullah SAW dan nabi-nabi lain.
Dia turut mendakwa, para rasul, nabi dan wali berada di rumah itu ketika upacara zikir berlangsung selain kehadiran Nabi Sulaiman yang berbadan tegap dan berwajah cerah sedang tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Abdul Rajab turut didakwa menjalankan upacara zikir yang menyalahi hukum syarak dengan menyebut kalimah 'Lailahaillallah, Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani Waliyullah' di antara 7.30 dan 8.15 malam, 28 Disember tahun lalu di tempat sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) akta serupa yang membawa denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun dan sebatan maksimum sebanyak enam kali atau mana-mana kombinasi hukuman.
Sementara menunggu perbicaraan pada 10 Jun ini, Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000.
Kegiatan ajaran sesat yang berselindung di sebalik operasi rawatan Islam di kuarters kerajaan Presint 17 itu dibongkar oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis dalam satu serbuan pada awal pagi, 10 Februari lalu.
Serbuan dibuat selepas mendapati Abdul Rajab mendakwa dirinya penyampai risalah Allah dan menerima terus ajaran Islam daripada Nabi Muhammad SAW dan wali Allah.
Tertuduh juga mendakwa kumpulannya mempunyai kekayaan di alam ghaib dan harta bernilai lebih RM35 trilion untuk diagihkan kepada umat Islam di seluruh dunia, termasuk RM6 juta kepada penduduk Putrajaya.
Sementara itu enam pengikut termasuk isterinya turut minta dibicarakan atas tuduhan pindaan menyertai upacara berzikir yang bercanggah dengan ajaran Islam dengan sebutan yang sama.
Mereka ialah Abdul Hamid Lateh, Hakimah Abu Samah, Fazilah Md. Saleh (isteri), Rodiah Yahya, Amirul Syafiq Rushdan Abdul Hamid dan Rohaya Abdul Hamid.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara pukul 7.30 dan 8.15 malam, 28 Disember tahun lalu di tempat sama.
Mahkamah memerintahkan mereka diikat jamin RM3,000 setiap seorang sementara menunggu perbicaraan bersama pada 28 Jun depan.
Sementara itu, Pegawai Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Hafiz Idris berkata, Abdul Rajab turut didakwa atas tiga tuduhan tambahan.
Iaitu didakwa mengisytiharkan para pengikutnya sebagai anak Nabi Muhammad di dunia, mengajar tanpa tauliah dan membuat perisytiharan palsu.
Dia mendakwa ditabalkan sebagai pemimpin dan Nabi Muhammad memberinya tempoh bagi menyiapkan dokumen ajaran untuk dihantar kepada pihak kerajaan.
Selain itu Abdul Rajab mendakwa, penjaga kubur di Presint 20 yang merupakan seorang penyanyi kumpulan nasyid popular yang telah meninggal dunia kononnya pernah menyatakan terdapat banyak ular besar di kubur tersebut.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 3.30 pagi, 5 Januari dan 1.30 pagi, 10 Februari lalu.
Abdul Rajab diikat jamin berjumlah RM15,000. Perbicaraan bagi sebahagian pertuduhan akan didengar pada 30 Jun manakala bakinya 6 Julai ini.
Sementara enam pengikutnya akan dibicarakan pada 7 Julai ini.

Habeas corpus Benjy ditangguh 26 April



KUALA LUMPUR 21 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 April ini, sebutan semula permohonan habeas corpus pelakon drama, Benjy bagi mendapatkan perintah bahawa penahanannya di bawah Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 adalah tidak sah.
Hakim Datuk Mohd. Sofian Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas peguam bela Benjy, Amer Hamzah Arshad memohon penangguhan singkat bagi membolehkan beliau memfailkan balasan kepada lapan afidavit jawapan yang dikemukakan oleh kesemua responden, Isnin lalu.
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai pihak responden, dalam permohonan yang difailkan pada 8 April lalu.
Kesemua responden diwakili oleh dua Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria dan Zafran Zafri.
Dalam notis usul tersebut, Benjy memohon dibebaskan serta merta dan tidak ditahan atau ditangkap semula selepas itu kerana mendakwa penangkapannya berniat jahat.
Benjy yang turut memfailkan sijil perakuan segera memohon kesnya didengar secepat mungkin memandangkan dia boleh ditahan sehingga 60 hari dari tarikh tangkap pada 25 Mac lalu.
Selain itu, Hakim Mohd. Sofian turut membenarkan permohonan Amer Hamzah agar beliau dibenarkan melawat Benjy dalam tempoh masa yang munasabah.
Mahkamah memerintahkan pihak responden membantu mengatur pertemuan antara peguam itu dengan Benjy yang perlu dijalankan dalam tempoh satu jam atau lebih.
Pada 25 Mac lalu, Benjy ditahan semula selepas ibunya, pelakon veteran, Azean Irdawaty membayar wang jaminan.
Sebelum penahanan tersebut, Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki 0.24 gram methamphetamine di sebuah premis beralamat A-6-5 di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang, 11 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Azean yang hadir ditemani suaminya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar dilihat gembira sebaik sahaja mahkamah membenarkan peguam bertemu dengan anak lelakinya dalam tempoh yang lebih panjang.
Dia juga dilihat sibuk menulis tarikh prosiding akan datang di dalam diari kecilnya.