Search This Blog

Wednesday, April 21, 2010

Penarik kereta maut berlumba


SHAH ALAM: Seorang penarik kereta dipercayai berlumba, maut
selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar
 pokok dan terhumban dalam longkang di Kilometer 13.2 Lebuhraya
Persekutuan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, mangsa berusia 23, mati di tempat
 kejadian akibat parah di seluruh badan.
Difahamkan beberapa saksi yang melihat kejadian itu mendakwa mangsa
dipercayai berlumba dengan sebuah kenderaan lain sebelum kereta
Proton Satria Neo itu hilang kawalan dan terbabas.


Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa memandu
kenderaan dari arah Klang menuju ibu kota.

“Kami percaya kenderaan ini dipandu laju berikutan kesan
brek di laluan tengah sehingga 80 meter ke arah sebatang
pokok yang dirempuh mangsa di bahu kiri jalan.


“Kesan rempuhan kuat itu, kenderaan mangsa melambung
 sebelum terjatuh dalam longkang sejauh 17.3 meter
 menyebabkan dia parah di kepala dan badan,” katanya
di sini, semalam.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan
Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat sebelum diserahkan
 kepada ahli keluarganya untuk pengebumian.


Jurucakap berkata, polis mengambil sampel darah
mangsa untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian
dadah serta alkohol untuk memastikan kemungkinan
ketika kejadian mangsa memandu di bawah pengaruh
alkohol atau tidak.


Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat
 kejadian itu supaya tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan atau
 boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad
Fazuan Md Zain di talian, 012-2469026 atau 03- 55102222.

Awan debu semakin berkurangan





2010/04/21

SEBUAH helikopter terbang melintasi gunung berapi Eyjafjallajokull,  di   tenggara Reykjavik.
SEBUAH helikopter terbang melintasi gunung berapi Eyjafjallajokull, di tenggara Reykjavik.
Gunung berapi Iceland kini banyak keluarkan lahar secara perlahan 

REYKJAVIK: Gunung berapi di Iceland yang meletus dan menyebabkan lalu lintas udara di Eropah terjejas teruk, sejak minggu lalu, terus memuntahkan lahar semalam tetapi jumlah debu dikeluarkan berkurangan berbanding sebelum ini, kata seorang pegawai meteorologi Iceland.
Pegawai kanan geografi di jabatan meterologi, Sigtrudur Arnsdottir, berkata perkembangan ini sekali gus menyebabkan awan debu terbentuk pada kedudukan yang rendah di langit. “Lahar terus dikeluarkan secara perlahan sejak semalam. Kami mengetahuinya malam tadi. Kami melihat lebih banyak lahar sekarang,” katanya. 

Pakar Meteorologi, Bjorn Einarsson turut bersetuju dengan kenyataan Arnsdottir dan berkata pengaliran lahar bermakna gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull, 120 kilometer ke tenggara Reykjavik semakin kurang mengeluarkan debu. 

“Gegaran di gunung berapi meningkat sedikit, tetapi ia bukan petunjuk terhadap jumlah debu yang dikeluarkan. Ia sudah berubah kepada letusan yang mengeluarkan lahar. 

“Awan debu semakin berkurangan kerana tiada air sebagai bahan campuran. Anda boleh merasa lebih banyak gegaran di sekitar gunung berapi itu kerana laharnya sedang mengalir keluar,” katanya. 
Einarsson berkata, pihaknya memperoleh laporan daripada seorang juruterbang kira-kira sejam lalu bahawa awan debu berada pada ketinggian 4,877 meter. 

“Kami membuat andaian kebanyakan awan debu berada pada kedudukan yang rendah di langit. Sebelum ini ia berada pada ketinggian 6,000 meter. 

Rakaman sebuah kamera litar menunjukkan aliran asap secara berterusan tetapi perlahan dari kawah gunung berapi itu dan membentuk gumpalan awan yang sangat besar. 

“Perkembangan ini menunjukkan keadaan gunung berapi itu kini semakin berubah dan kami sedang memantaunya,” katanya. 

Sementara itu, pengawal trafik udara Britain berkata, gumpalan awan debu yang baru kini menghala ke beberapa laluan udara yang utama dan beberapa negara menutup lapangan terbang atau mengehadkan penggunaan ruang udara. 

“Letusan gunung berapi di Iceland semakin kuat dan gumpalan awan debu yang baru sedang merebak ke selatan dan timur menuju ke Britain,” kata Perkhidmatan Trafik Udara Britain dalam satu kenyataan. – Reuters

Laluan penerbangan di Eropah pulih, penerbangan sesak




2010/04/21

LONDON: Laluan udara di sektor Eropah pulih hari ini selepas namun jadual penerbangan yang sesak serta risiko debu gunung hitam berapi dari Iceland terhadap pesawat mungkin memaksa keadaan kembali normal beberapa hari lagi.

Di Britain yang menjadi hub udara global dan paling sibuk di dunia, dibuka semula malam tadi dan ia memberi kelegaan kepada penumpang dan pengguna laluan udara.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Britain (CAA) memaklumkan selama ini pengeluar pesawat dan sainstis memandang ringan risiko debu hitam akibat letusan gunung berapi yang berterbangan di ruang udara. "Halangan paling besar ketika membuka semula laluan udara ialah bagaimana untuk menangani antara risiko debu dengan tahap ketinggian penerbangan pesawat supaya mengelak daripadanya," kata Ketua CAA, Deidre Hutton.

Air France kini akan memulakan semula penerbangan hari ini (Rabu), Poland akan membuka ruang udaranya hari ini jam 0500 GMT (6 pagi waktu Britain), manakala Belanda akan menerima penerbangan masuk sejak semalam.

Jerman di hub utamanya di Frankfurt bagaimanapun masih menutup ruang udaranya sehingga 0000 GMT walaupun kira-kira 800 pesawat dilihat beroperasi hari ini.

Britain mengingatkan jiran Eropahnya supaya mengambil kira berat mengenai risiko debu gunung berapi berkenaan yang berpotensi menghentikan enjin pesawat ketika penerbangan. 
Pada 1982, sebuah pesawat British Airways hilang kuasa keempat-empat enjinnya selepas terbang melalui kepulan debu gunung berapi di Lautan Hindi. - Reuters

6 maut dipanah petir di Kemboja




2010/04/21

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya enam petani di utara Kemboja dilaporkan terbunuh akibat dipanah petir berikutan hujan lebat, kelmarin. 

Ketua Polis Wilayah Pursat, Sarun Chanty, berkata mangsa terbunuh ketika sedang menjalankan kegiatan peladangan. - AFP

40 mat rempit kepung, baling batu bas pasukan bola sekolah



Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid 
bhnews@bharian.com.my
2010/04/21

PEMANDU bas, Fauzi Ghazali menunjukkan  cermin bas yang retak selepas dilontar batu oleh kumpulan remaja bermotosikal selepas perlawanan bola sepak antara SMSAH dan SMKC di Sintok, semalam.
PEMANDU bas, Fauzi Ghazali menunjukkan cermin bas yang retak selepas dilontar batu oleh kumpulan remaja bermotosikal selepas perlawanan bola sepak antara SMSAH dan SMKC di Sintok, semalam.
JITRA: Kira-kira 40 pemain dan penyokong pasukan bola sepak Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di sini, cemas apabila bas yang dinaiki dikepung serta direjam dengan batu dan kayu oleh penyokong pasukan yang kalah dalam pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kubang Pasu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, 40 remaja bermotosikal dikatakan mengekori bas berkenaan sebelum mengepung kenderaan itu ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di pekan Changlun.
Kejadian itu menyebabkan bahagian tepi bas berkenaan kemek dan tiga cermin tingkapnya pecah. Bagaimanapun, tiada pelajar atau guru yang mengiringi pasukan itu cedera. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawalludin Hamenudin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSAH, Harrison Othman, berkata kejadian itu berlaku ketika pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun (SMKC).

Dalam pertandingan yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Changlun, SMSAH menewaskan SMKC 1-0.

Harrison berkata, kumpulan remaja bermotosikal itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pasukan SMSAH. 
Beliau kesal kerana penyokong pasukan terbabit tidak dapat menerima kekalahan dengan semangat kesukanan.

Doktor palsu bedah kosmetik





2010/04/21
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CARACAS: Polis Venezuela menahan seorang lelaki dan seorang
 wanita yang didakwa menyamar sebagai pakar bedah kosmetik, semalam.
Kedua-duanya didakwa menguruskan sebuah klinik haram di sebuah
apartmen dan menyediakan khidmat suntikan botoks dan pembedahan
membesarkan payu dara.
Pembedahan kosmetik, terutama pembedahan membesarkan payu dara
 amat popular di Venezuela yang terkenal dengan ratu cantik yang memenangi
gelaran pertandingan ratu cantik antarabangsa.

Pejabat pendakwaraya berkata, Reinaldo Henriquez didakwa melakukan
penipuan terlampau manakala rakannya, Hersi Rodriguez dituduh membantu
 beliau melakukan penipuan itu dengan mempromosi dan menarik pelanggan
untuk menjalani pembedahan di klinik mereka di Maracay, barat Venezuela.

Henriquez, 26, dan Rodriguez, 34, adalah pakar kecantikan kumpulan yang
 dikenali sebagai The Silicons dan menarik pelanggan dengan tawaran harga
 yang murah.

Polis yang menerima maklumat daripada orang ramai melancarkan operasi
 khas dan berjaya menahan kedua-dua suspek pada 12 April lalu dalam
satu serbuan di apartmen yang sudah diubah suai menjadi sebuah klinik
pembedahan kosmetik.

Polis turut menemui kelengkapan melakukan pembedahan dan juga
meja bedah di dalam apartmen itu.

Krisis ekonomi yang melanda negara itu gagal menghalang penduduk
 tempatan, terutama wanita untuk melakukan pembedahan kosmetik
 hingga ada yang sanggup meminjam wang untuk kelihatan cantik. - Reuters

Peluru untuk Baju Merah


TUNGGU ARAHAN...tentera Thailand berkawal di Jalan Silom ketika tunjuk perasaan penyokong Thaksin terus berkumpul di pusat komersial Bangkok, semalam.
TUNGGU ARAHAN...tentera Thailand berkawal di Jalan 
Silom ketika tunjuk perasaan penyokong Thaksin terus 
berkumpul di pusat komersial Bangkok, semalam.



BANGKOK: Thailand mengetatkan kawalan keselamatan bagi
menghadapi kumpulan antikerajaan sambil memberi amaran, anggota
keselamatan akan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata jika
terpaksa.
Sepuluh hari selepas 25 orang terbunuh dan 800 cedera dalam cubaan gagal
 pihak berkuasa menyuraikan kumpulan Baju Merah itu, kerajaan berkata,
 mereka bertegas menamatkan protes itu yang kini masuk minggu keempat.
Bagaimanapun, tiada sebarang tarikh dinyatakan.

Berdepan dengan pendekatan keras dan kehadiran lebih ramai tentera
di pusat komersial Bangkok, kumpulan Baju Merah membatalkan
 rancangan mereka berarak ke kawasan strategik di ibu negara Thailand itu.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, berkata kerajaan tidak menolak
 kemungkinan menguatkuasakan undang-undang tentera bagi mengekang
 pengaruh Baju Merah.

“Tentera akan menentukan sama ada undang-undang tentera perlu
diisytiharkan atau tidak,” katanya.

Mengenai operasi menyuraikan penunjuk perasaan, Abhisit berkata,
 tentera akan memilih masa sesuai untuk bertindak.

“Pasukan keselamatan tidak leka dan mereka akan bertindak segera
 dengan sebaik mungkin.

“Kerajaan memang mahu melindungi penunjuk perasaan tetapi ia bukan
 tugas mudah kerana ada antara mereka memiliki senjata,” katanya. - AFP

Doktor mati melambung

HULU SELANGOR: Mengerikan apabila seorang doktor melambung dan tercampak keluar dari kereta dipandu selepas kenderaannya hilang kawalan sebelum merempuh pacuan empat roda di hadapannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, semalam, doktor lelaki itu terhumban lebih 20 meter ke atas jalan dari kereta Toyota Vios dipandunya dan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Sumber polis berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa memandu bersendirian melalui kilometer 418.7 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Bukit Tagar di sini.

Menurutnya, siasatan polis mendapati kereta dipandu doktor berkenaan hilang kawalan akibat permukaan jalan licin ketika hujan sebelum merempuh belakang sebuah pacuan empat roda.

“Pelanggaran kuat itu menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum terbalik di laluan kiri lebuh raya. Kesan hentaman itu dipercayai menyebabkan mangsa tercampak keluar dari tempat duduk pemandu.

“Bagaimanapun, mangsa yang berlumuran darah disahkan mati di tempat kejadian. Mangsa dikenal pasti sebagai, Sriganesha Lingam Ramasamy, 32,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan penemuan beberapa dokumen, mangsa disahkan seorang doktor yang berkhidmat di sebuah klinik di ibu negara.

“Pada masa sama, pelanggaran itu turut mengakibatkan pacuan empat roda terbabit terbabas ke dalam longkang. Kenderaan itu turut bergesel dengan sebuah lori yang sarat membawa muatan itik.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan pacuan empat roda dan lori berkenaan hanya cedera ringan. Difahamkan lori membawa 1,400 itik terbabit dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke Singapura,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, pihaknya percaya kemalangan ngeri itu ada kaitan dengan faktor pemanduan laju selain keadaan jalan licin akibat hujan.

Menurutnya, polis masih menyiasat punca kejadian dengan mengambil keterangan saksi kejadian dan pemandu pacuan empat roda yang terbabit dalam pelanggaran itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

3 beranak tidak amanah





2010/04/21
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas didapati bersalah bersama-sama seorang anak perempuannya bersubahat dengan seorang lagi anaknya yang bekerja sebagai juruwang di Pasaraya Tesco Melaka untuk melakukan pecah amanah di pasar raya itu, tiga tahun lalu.
Majistret Muhamad Faizal Ismail dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan itu menetapkan hukuman penjara tambahan lapan bulan jika tertuduh, Masirah Saliman, 48, gagal membayar denda berkenaan.
Katanya, selepas meneliti keseluruhan keterangan kes, hujahan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum, mahkamah mendapati pihak pembela gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sebaliknya, pendakwaan berjaya mengasaskan kes mereka melampaui keraguan munasabah, justeru, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan seperti pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, Masirah didakwa bersama-sama anaknya, Kamelah Husin, 29, bersubahat melakukan pecah amanah oleh Siti Ruhil Husin, 20, iaitu mengambil barangan bernilai RM988.96, tetapi hanya membuat bayaran RM149.43.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter pembayaran No 25 Pasaraya Tesco, pada 3 Oktober 2007, kira-kira jam 3.15 petang dan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 408 akta sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun, sebat dan denda.

Majistret menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM8,000 terhadap Masirah dan Kamelah.

Perkosa rakan dalam kelas

RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat
 mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa
rakan sekelasnya dalam bilik darjah.
Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa
 mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua
rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim
Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu,
 mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang
dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.

Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum
memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas.

Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan
menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.

“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah
sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang
 kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu hanya
 dibuat mangsa enam hari selepas kejadian dengan ditemani
 kakitangan rumah kebajikan berkenaan di Balai Polis Rawang.

“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum ke
sekolah mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

“Polis menahan pelajar lelaki terbabit yang berada dalam
kelas. Pelajar terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah
Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya.

Anak saudara setan

KUANTAN: Kelu lidah seorang suri rumah apabila anak saudaranya sendiri tergamak mengacukan sebilah pisau di leher sebelum merampas rantai lehernya dalam kejadian di Bandar Indera Mahkota di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa berusia 39 tahun yang tinggal seorang diri di rumahnya didatangi lelaki berusia 40 tahun terbabit yang dikatakan mahu meminjam wang daripada ibu saudaranya itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk anak saudaranya itu mengizinkan lelaki berkenaan masuk ke rumahnya.

Menurutnya, ketika bersembang di ruang tamu, wanita itu meminta lelaki terbabit duduk di situ sebentar sementara dia ke dapur.

Bagaimanapun, katanya, ketika wanita terbabit berjalan menuju ke ruang tamu dari dapur, dia ditahan lelaki terbabit sambil mengacukan sebilah pisau di lehernya.

Zulkifli berkata, mangsa yang tergamam tindakan lelaki itu merayu dilepaskan dan tidak dicederakan.

“Melihat ibu saudaranya makin ketakutan, lelaki terbabit memintanya menyerahkan rantai leher bernilai RM2,500 sebelum mangsa terpaksa akur arahannya.

“Lelaki itu melarikan diri bersama barang kemas yang dirampasnya sebelum mangsa menceritakan kejadian itu kepada suami dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan,” katanya.

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, lelaki terbabit yang juga penagih dadah sebelum ini pernah menyatakan hasrat meminjam wang daripadanya tetapi mangsa tidak melayannya.

Baju Merah batal perarakan





SEBAHAGIAN penduduk prokerajaan menjerit ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di Jalan Silom, Bangkok semalam.



BANGKOK - Penunjuk-penunjuk perasaan antikerajaan yang memakai baju berwarna merah di Thailand membatalkan tindakan untuk berarak ke kawasan perniagaan di tengah Bangkok semalam setelah pihak tentera memberi amaran mereka bakal berdepan peluru dan gas pemedih mata jika berkeras untuk melakukannya.
"Kami tidak boleh berlembut lagi," kata jurucakap tentera, Kolonel Sansern Kaewkamnerd.
"Sekiranya mereka (penunjuk perasaan) cuba melepasi garisan larangan, kami akan mula menggunakan gas pemedih mata.
"Jika mereka melepasi garisan itu, kami tidak teragak-agak untuk menggunakan senjata api," tambahnya.
Ketua-ketua penunjuk perasaan itu bagaimanapun mengugut akan terus berkampung di kawasan perniagaan tersebut. Menjelang waktu malam, beribu-ribu penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berkumpul di sebuah simpang empat berhampiran kawasan perniagaan itu.
Mereka turut membakar mercun dan mencemuh beratus-ratus anggota polis dan askar yang kebanyakannya bersenjatakan raifal M-16.
"Kami akan kekal di sini," kata seorang ketua penunjuk perasaan, Nattawut Saikua merujuk kepada kawasan Rachaprasong yang menempatkan beberapa pusat beli-belah kelas tinggi dan hotel mewah.
Sementara itu, lewat kelmarin, Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva sekali lagi menolak tuntutan pilihan raya baru diadakan sebelum September ini.
Abhisit sebaliknya menegaskan, kumpulan penunjuk perasaan baju merah perlu dikawal dan ditangani. - Reuters

Perompak larikan sinki rumah






Natalie menunjukkan rumahnya yang tidak lagi mempunyai sinki dapur selepas dilarikan perompak di Wrexham, Wales baru-baru ini.



WREXHAM, Wales - Beberapa perompak 'menyapu bersih' semua barangan, termasuk sinki dapur rumah seorang wanita di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Mangsa rompakan itu, Natalie Edwards hilang punca selepas mendapati karpet, kabinet dapur, kepala paip, katil, pakaian, dapur, laci dan perabot lain di rumahnya dilarikan perompak.
Natalie, 28, menyatakan, dia berasa amat takut setelah rumahnya menjadi sasaran kecurian sejak awal tahun ini sekali gus menyebabkannya mengambil keputusan untuk berpindah.
Semua kecurian itu berlaku semasa dia tiada di rumahnya.
"Saya berpindah setelah dua kali rumah saya dimasuki perompak tetapi semasa saya kembali semula pada awal bulan ini untuk mengambil barang-barang peribadi, saya dapati barangan rumah saya telah dilarikan perompak," katanya.
Seorang jurucakap polis Wales berkata, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut. - Agensi

Kelas aerobik ditangguhkan kerana buaya




GAMBAR menunjukkan seekor buaya kecil berenang di dalam sebuah resort di Darwin baru-baru ini.


DARWIN, Australia - Kelas aerobik air di sebuah resort sini semalam terpaksa ditangguhkan selepas seekor anak buaya ditemui berada di dalam kolam renang resort berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Reptilia air tawar sepanjang 1.5 meter itu ditemui oleh beberapa pekerja resort tersebut semasa mereka melakukan pemeriksaan keselamatan kira-kira 30 minit sebelum kelas senaman melibatkan sekumpulan wanita bermula, baru-baru ini.
Pengurus resort berkenaan, Geoff Thompson berkata, kumpulan wanita tersebut tidak berminat untuk bersenam aerobik dengan buaya memerhatikan gelagat mereka.
"Ia tidak mahu keluar dari kolam itu dan salah seorang renjer kami terpaksa menangkapnya dengan menggunakan jaring dan diserahkan ke sebuah taman hidupan liar," kata Thompson.
"Ia buaya liar dan mungkin menyusup masuk dari paya," tambahnya. - Agensi

Penari resah Patpong lengang




BEBERAPA gadis bar menari di kawasan Patpong, Bangkok kelmarin.


BANGKOK - Gadis-gadis teman sosial di Patpong kebosanan setelah kawasan itu yang popular dengan kelab seks dan tarian bogel lengang ekoran krisis politik sehingga menyebabkan tentera Thailand dikerah berkawal untuk menghalang perhimpunan tunjuk perasaan antikerajaan.
Kumpulan pengunjung tetap seperti pelancong seks dan warga asing tidak kelihatan pada waktu malam di Patpong.
"Saya memiliki bar ini selama lima tahun dan perniagaan kali ini paling teruk," kata Pungpoyn Thambun, 40, di bar Kiss yang menyaksikan cuma segelintir pelanggan menonton wanita berpakaian bikini menari di pentas.
"Disebabkan penunjuk perasaan antikerajaan, ramai pelancong asing tidak datang ke tempat ini," tambahnya.
Pasukan tentera yang lengkap bersenjata dikerahkan ke tengah Bangkok bagi menghalang penunjuk perasaan antikerajaan yang memakai baju berwarna merah daripada memasuki kawasan kewangan, berhampiran Patpong, di ibu negara Thailand itu.
Penunjuk-penunjuk perasaan itu yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra menuntut supaya Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan, Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan dengan segera.
Selain hiburan dewasa, Patpong turut popular dengan pasar malam yang menjual pelbagai barangan termasuk beg tangan wanita dengan harga murah dan cakera video digital (DVD) cetak rompak. - AFP

Israel rai ulang tahun ke-62




BEBERAPA jet terbang melintasi Bandar Lama Baitulmuqaddis pada sambutan ulang tahun ke-62 Israel semalam.


BAITULMUQADDIS – Penduduk Israel mengadakan majlis barbeku di kawasan perkhemahan yang sesak dan pantai-pantai di seluruh negara sebagai menyambut ulang tahun ke-62 penubuhan negara Yahudi itu semalam.
Sebuah helikopter turut melakukan lintas terbang di kediaman Presiden Israel, Shomin Peres di Baitulmuqaddis manakala beberapa buah kem tentera dibuka kepada orang ramai untuk dilawati.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan Ketua Tentera, Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi turut sama menyanyikan lagu-lagu Israel di kediaman Presiden.
Sambutan tersebut bermula pada Isnin lalu dengan tembakan mercun sebagai tanda menghormati penubuhan Israel pada 14 Mei 1948.
Tahun ini, sambutan itu jatuh pada tarikh 20 April berdasarkan kepada kalendar Yahudi.
Di sebalik sambutan itu, ramai rakyat Arab Israel menyifatkannya sebagai Nakba atau bencana.
Ini kerana penubuhan negara Yahudi telah menyebabkan 750,000 penduduk Palestin terpaksa melarikan diri atau diusir selepas tercetusnya perang Arab-Israel pada tahun 1948.

Kedudukan awan abu semakin rendah




SEJUMLAH pelajar dari Kolej Magdalen, Oxford terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi semalam.


REYKJAVIK - Awan abu yang dikeluarkan dari kawah gunung berapi di Iceland semalam tidak lagi menjulang tinggi tetapi berada pada kedudukan lebih rendah, sekali gus memberi berita gembira buat penumpang yang terkandas.
Menurut seorang pegawai meteorologi Iceland, Gudrun Nina Peterson, awan abu berada pada ketinggian 3,048 meter pada malam semalam.
Sebelum ini katanya, awan itu berada pada ketinggian di antara enam hingga 11 kilometer.
Ia dianggap baik buat penumpang penerbangan yang terkandas selepas beberapa penerbangan ditangguhkan disebabkan awan tersebut.
Namun, situasi masih lagi belum pulih kerana angin akan menentukan sama ada ruang udara selamat untuk pesawat terbang.
Sementara itu, di Pelabuhan Santander Sepanyol, kapal perang HMS Albion sepanjang 173 meter menyelamatkan hampir 800 askar Britain dan orang awam semalam.
Kapal berkenaan akan menempuh perjalanan selama 40 jam menuju ke Portsmouth, England.
Dua buah kapal perang itu termasuk HMS Ark Royal digunakan untuk mengangkut rakyat Britain yang terkandas.
Agensi trafik udara Eurocontrol menjangkakan 55 hingga 60 peratus daripada 95,000 penerbangan di seluruh Eropah berlepas.
Menjelang tengah hari semalam, 10,000 daripada 27,500 penerbangan harian telah dijadualkan untuk berlepas. - Agensi

Bayi tanpa hidung, mata dipindah ke HRPB




CHAI LIM yang dilahirkan tanpa hidung dan mata dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam bagi menerima penjagaan dan rawatan rapi.


IPOH - Dilahirkan tanpa hidung dan mata, mulut yang tidak sempurna manakala kaki dan tangan pula mengalami kecacatan.
Itulah nasib Lee Chai Lim, bayi lelaki berusia tiga minggu yang sejak 8 April lalu ditempatkan di sebuah rumah perlindungan, Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Cacat Ipoh (PKKC) di sini.
Chai Lim yang dilahirkan di Hospital Taiping pada 28 Mac lalu merupakan anak pertama sepasang suami isteri yang berasal dari bandar berkenaan.
Apa yang pasti, kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Negeri Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher ke pusat kebajikan terbabit semalam membawa harapan baru kepada bayi malang itu.

Lagi CD jejas imej Sultan Kelantan




TENGKU Ahmad Zahari menunjukkan laporan polis dan CD berunsur hasutan terhadap Sultan Kelantan di Balai Polis Kubang Kerian semalam.


KOTA BHARU - Seorang kerabat terdekat Sultan Kelantan bertindak membuat laporan polis selepas mendakwa menerima cakera padat (CD) yang mengandungi unsur hasutan dan merendahkan imej institusi diraja Kelantan semalam.
Tengku Ahmad Zahari Tengku Abd. Kadir, 77, yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Kerabat Diraja Kelantan membuat laporan itu di Balai Polis Kubang Kerian pada pukul 11 pagi bersama seorang lagi ahli persatuan.
Menurut beliau, CD tersebut telah diletakkan di dalam peti surat rumahnya di Taman Permai, Jalan Raja Perempuan Zianab II, Kampung Demit dekat sini.
Selain kulit CD itu ditulis dengan perkataan Penderhaka Sultan, ia juga meletakkan gambar Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam, Datuk Shukri Mohamad.
"Ketika saya hendak keluar ke tempat kerja pada pukul 7.30 pagi, saya ternampak CD tersebut di dalam peti surat dan saya terus memasangnya selepas curiga melihat tajuk pada kulitnya.
"Saya terkejut kerana kandungan CD itu penuh dengan unsur hasutan, menghina imej dan maruah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra," kata beliau yang mendakwa merupakan dua pupu dengan Sultan Kelantan.

Setiausaha Tuanku Mukriz disamun



PORT DICKSON - Setiausaha Sulit Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Datuk Abdullah Abas kerugian lebih RM30,000 apabila banglonya dipecah masuk oleh sekumpulan empat lelaki Indonesia di Bandar Springhill dekat sini kelmarin.
Kejadian mencemaskan pukul 4 pagi itu berlaku apabila suspek-suspek berjaya memasuki banglo milik mangsa melalui pintu belakang selepas memotong pagar.
Mereka hanya memerlukan di antara 10 dan 15 minit untuk menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan barang-barang berharga seperti pingat kebesaran, dua bilah keris, beberapa telefon bimbit, pelbagai jenis jam tangan, satu komputer riba, wang RM2,800 dan barang kemas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, sebaik memasuki rumah, suspek telah pergi ke tingkat atas lalu mengikat anak lelaki mangsa berusia 32 tahun sebelum membawanya ke bilik Abdullah yang terletak di tingkat bawah.

Masih ramai terperangkap SMS tipu




contoh SMS yang cuba menipu mangsa. - Gambar hiasan


KOTA BHARU - Meskipun berstatus pegawai tinggi kerajaan dan lepasan universiti namun mereka tetap tidak terlepas daripada penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya menawarkan pelbagai hadiah lumayan.
Sepanjang bulan April sahaja, SMS itu berjaya memerangkap 17 orang di negeri ini yang mendakwa masing-masing kerugian di antara RM1,000 hingga RM5,000 kerana sikap tamak untuk mendapatkan tawaran hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Supritendan Hamzah Alias berkata, jumlah keseluruhan kerugian mangsa yang antaranya terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, pegawai perubatan, pelajar universiti, guru, pesara dan pekerja swasta itu sebanyak RM33,825.

Poligami tanpa kebenaran




ZIZIE dan Bung Mokhtar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perkahwinan kontroversi aktres Zizie Ezette Abd. Samad dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kembali hangat semalam apabila mereka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.
Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, masing-masing didakwa bagi kedua-dua pertuduhan tersebut serta dua lagi pertuduhan bersubahat mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.
Zizie didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar manakala Bung Mokhtar pula didakwa mengikut Seksyen 124 enakmen sama kerana berpoligami tanpa kebenaran.
Pasangan itu kemudian didakwa di bawah Seksyen 134 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bersubahat dengan pasangan masing-masing.
Turut didakwa bersama pasangan itu ialah empat orang saksi pernikahan termasuk dua daripadanya adik-beradik Zizie. Mereka ialah Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mohktar, Titing Putang dan Sahari Ahmad. Shaheizy Sam adalah pelakon filem Adnan Sempit.