Search This Blog

Tuesday, April 20, 2010

Anne di ambang perpisahan



Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
2010/04/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Rumah tangga hampir lima tahun yang dibina dramatis terkenal, Nasriah Ngasri atau Anne, 26, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, kini di ambang perpisahan. Segala yang berlaku dalam hubungan pasangan ini akan berakhir di mahkamah tidak lama lagi.
Namun, apa punca sebenarnya tidak diketahui. Malah, Anne yang dihubungi Harian Metro semalam enggan berbicara lanjut mengenainya kerana semua sudah diserahkan kepada mahkamah. Katanya, biarlah mahkamah saja yang memutuskan keputusannya.
“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.

Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.

Hobi bawa maut




ANBARASEE menunjukkan tong yang dibakar Yarthinavan (gambar kecil) di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak lembam ditemui mati dalam keadaan ngeri selepas tindakannya membakar sampah yang mengandungi mercun telah menyebabkan satu letupan kuat hingga menyebabkan sebahagian isi lehernya terkeluar di Kampung Ah Chuan, Batu 2, Jalan Kuala Ketil, di sini kelmarin.
Kejadian pukul 6.15 petang itu menyebabkan M. Yarthinavan, 8, mati di lokasi kejadian selepas dia tercampak beberapa meter dari tempat dia membakar sampah di tepi rumahnya.
Letupan itu juga mengakibatkan lebih 10 atap zink dan tingkap rumahnya pecah manakala kedua-dua bahunya juga melecur teruk.
Difahamkan, sampah tersebut dikutip dari tempat pembuangan sampah penduduk di situ yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan rumahnya.
Anak tunggal tersebut tidak lagi bersekolah selepas terpaksa berhenti dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Perbadanan di sini kerana masalah lembam.
Ibu saudara mangsa, S. Anbarasee, 27, memberitahu, dia sangat terkejut sebaik terdengar letupan kuat itu dari arah tepi rumahnya ketika dia sedang menyusukan bayinya berusia setahun.
Katanya, mangsa dijaga olehnya sejak beberapa tahun lalu selepas ibu bapanya bekerja di tempat lain dan hanya akan pulang pada hujung minggu

Kakak jadi wali nikah




KUALA LUMPUR - Prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menarik perhatian ramai apabila seorang suri rumah mendakwa pernikahannya enam tahun lalu berwalikan kakak sulung yang berwatakan seperti lelaki.
Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, mualaf berasal dari Sarawak memberitahu, dia terpaksa membenarkan kakaknya menjadi wali berikutan diugut untuk dibuang keluarga jika enggan mengikut arahannya selain mengaku jahil mengenai hukum Islam.
Farhana berkata demikian semasa memberi keterangan ringkas di hadapan Hakim Mohamad Yunos Mohd. Zin berhubung permohonannya untuk memfaraqkan (membubarkan) perkahwinan dengan suaminya, Ahmad Salim Maideen.
Pasangan itu bagaimanapun tidak melantik peguam dan mengendalikan kes sendiri.
Terdahulu, Farhana selaku plaintif memberitahu, dia merupakan anak ketiga daripada lapan beradik dan telah memeluk Islam pada 1997.

Lemas dalam longkang



ORANG ramai melihat kereta Proton Wira yang tenggelam di dalam longkang hingga mengakibatkan Kamalam dan anaknya, Kanagapusanam mati di Persiaran Permai Seksyen 7, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Malang menimpa dua beranak apabila kedua-duanya lemas selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki terjunam ke dalam longkang besar di simpang tiga Jalan Plumbum 7/100, Persiaran Permai, Seksyen 7 di sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila kereta yang dinaiki P. Kanagapusanam, 34, bersama ibunya, M. Kamalam, 56, bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Legenda 110 yang ditunggang oleh seorang lelaki sebaik tiba di lokasi kejadian.
Ekoran itu, kereta yang dipandu Kanagapusanam dipercayai gagal dikawal sebelum terjunam lalu tenggelam ke dalam longkang yang dipenuhi air sedalam tiga meter.
Difahamkan, kedua-dua beranak dari Seksyen 18 di sini itu lemas selepas gagal keluar dari kereta kerana tersepit.
Penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 20-an yang masih belum diketahui identiti pula cedera parah selepas merempuh penghadang longkang tersebut.
Sebelum kejadian, Kanagapusanam baru sahaja menjemput ibunya yang berkerja sebagai tukang cuci di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Midlands yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kemalangan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa menghala ke arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini dari Seksyen 7.

Askar Thai kawal pusat beli-belah




DUA pejalan kaki berjalan melintasi sejumlah askar yang sedang berehat di Jalan Silom, Bangkok semalam.


BANGKOK - Askar-askar Thailand bersenjatakan raifal memasuki kawasan perniagaan di sini semalam bagi menghalang satu perarakan dan melindungi Bank Bangkok dengan meletakkan pagar berduri manakala penunjuk perasaan antikerajaan yang memakai baju berwarna merah melonggokkan batu di kawasan berhampiran bagi menghadapi kemungkinan serangan tentera.
Seorang pemimpin penunjuk perasaan Baju Merah mendakwa pihak tentera sedang melakukan persiapan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai medan pembunuhan.
Ribuan penunjuk perasaan, kebanyakannya berasal dari kawasan pedalaman, 'berkampung' di sini sejak 12 Mac lalu bagi menuntut pembubaran Parlimen dan pilihan raya baru diadakan di Thailand.
Kerajaan tidak membenarkan penunjuk perasaan yang berkampung di kawasan beli-belah utama di sini daripada memasuki Jalan Silom iaitu lokasi berhampiran yang dipenuhi ibu pejabat bank dan bangunan pejabat.
"Saya bimbang dengan bilangan askar yang begitu ramai. Ia bukan sekadar mengawal kawasan di Jalan Silom," kata seorang ketua penunjuk perasaan, Nattawut Saikua.
"Mereka cuba menjadikan tempat ini sebagai medan pembunuhan," tambahnya.
Pemimpin-pemimpin penunjuk perasaan merancang mengadakan satu perhimpunan besar-besaran hari ini. - AP

Dua pemimpin Al-Qaeda maut



BAGHDAD - Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan dua pemimpin Al-Qaeda, Abu Omar al-Baghdadi dan Abu Ayyub al-Masri terbunuh dalam satu operasi bersama dengan pasukan keselamatan Iraq dekat Tikrit kelmarin.
Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki pada sidang akhbar di sini turut mengumumkan kematian dua pemimpin kumpulan militan itu yang ditembak di sebuah rumah dengan menunjukkan gambar mayat mereka kepada pemberita.
Abu Omar atau nama sebenar Abu Abdullah al-Rashid ialah pemimpin bekas majlis syura mujahidin di Iraq manakala Abu Ayyub atau disebut Hamza al-Muhajir ialah pembantu kanan bekas pemimpin Al-Qaeda Iraq, Abu Musab al-Zarqawi. - AP

Bantah gugur tuduhan membunuh

MANILA: Pihak pendakwa raya semalam meminta kerajaan menimbang semula keputusan menggugurkan tuduhan membunuh terhadap dua anggota satu keluarga yang dikaitkan dengan pembunuhan 57 orang November lalu.
Langkah Pemangku Setiausaha Kehakiman, Alberto Agra menggugurkan tuduhan terhadap Zaldy Ampatuan dan bapa saudaranya, Akmad Ampatuan dibuat kurang tiga minggu sebelum pilihan raya presiden.
Ia menimbulkan tanda tanya mengenai kemungkinan ada campurtangan memandangkan keluarga itu mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan.

“Kami amat bimbang keputusan itu akan meningkatkan kesangsian orang awam terhadap sistem keadilan kita apabila yang tertuduh itu mempunyai pengaruh dalam politik,” kata Ketua Pendakwa raya, Carlo Arellano.

Menurutnya, pihak pendakwa raya meminta Agra menimbang semula keputusan berkenaan yang turut dibantah oleh beberapa pertubuhan lain. - AFP

2 mati dilanggar kapal terbang

JAKARTA: Sebuah pesawat latihan kecil yang mendarat di sebuah lapangan terbang di pinggir bandar raya ini melanggar dua penunggang motosikal di landasan.
Kedua-dua mangsa yang mati serta-merta di Lapangan Terbang Curug di Tangerang itu disyaki menggunakan landasan berkenaan secara haram sebagai jalan pintas.
Juruterbang dan penumpang pesawat Socata TB-10 Tobago itu cedera, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan.

Landasan di lapangan terbang kecil itu sering digunakan sebagai jalan pintas oleh penduduk kampung berhampiran “Pagar kawat berduri dipasang sekeliling lapangan terbang itu tetapi mereka masih dapat mencari jalan untuk menceroboh,” kata Bambang. - AP

Misteri mayat wanita hamil

KUALA LUMPUR: Identiti seorang wanita hamil yang ditemui mati dipijak sebelum mayatnya dibuang berhampiran Taman Tasik Perdana di sini, terus menjadi tanda tanya apabila mayat mangsa belum dituntut walaupun selepas lima hari ditemui.
PETUNJUK...baju dan seluar mangsa.
PETUNJUK...baju dan seluar mangsa.
Susulan itu polis kini berharap orang ramai yang mengenali baju dan seluar dipakai mangsa sebagai petunjuk baru dapat memastikan identiti mangsa bagi memudahkan siasatan lengkap dilakukan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis masih mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada laporan polis berhubung kehilangan mangsa berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa juga masih tidak dituntut individu yang kehilangan ahli keluarga di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Berdasarkan siasatan, mangsa mempunyai berat kira-kira 70 kilogram dan memiliki ketinggian 157 sentimeter. Mangsa juga berambut panjang, sedikit kerinting dan hitam.

“Ketika ditemui, mangsa memakai kasut Arohai dengan tumit satu inci selain memakai jam tangan Omega,” katanya.

Beliau berkata, mangsa turut memakai baju yang mempunyai manik berwarna pada kolar hadapan dan seluar panjang.

“Siasatan mendapati tiada tanda suntikan cacar pada lengan mangsa berikutan mayat mangsa sudah reput. Bagaimanapun, polis mengesyaki wanita yang mati dibunuh berkenaan berbangsa India,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Dalam kejadian Khamis lalu, mayat seorang wanita hamil yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan reput dan berulat di kawasan rekreasi Taman Tasik Perdana di sini.

Difahamkan mayat wanita berkenaan dijumpai orang awam yang melalui kawasan terbabit jam 6.30 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sudah mati enam hari akibat dijerut di leher dengan menggunakan sapu tangan selain terdapat kesan mangsa dipijak di perut.

Anak Cher tukar jantina





2010/04/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LOS ANGELES: Anak perempuan penyanyi Cher dan Sonny Bono, Chastity Bono dilapor kini berada di tahap terakhir penukaran jantina daripada wanita kepada lelaki dan akan meminta mahkamah Los Angeles mengesahkannya bulan depan.
WAJAH Chastity pada 1998 (gambar kanan). Chastity setahun selepas menjalani penukaran jantina.
WAJAH Chastity pada 1998 (gambar kanan). Chastity setahun selepas menjalani penukaran jantina.
Chastity yang kini dikenali sebagai Chaz muncul di anugerah Media GLAAD ke-21 di California hujung minggu lalu.
Beliau memakai sut dan tali leher dengan rambut yang pendek dan ditemani seorang wanita dipercayai kekasihnya, Jennifer Elia.

Chaz, 41, yang dilahirkan dengan nama Chastity Sun Bono menjalani proses pembedahan menukar jantina sejak beberapa tahun lalu menyebabkan ketrampilannya berubah dengan ketara.

Tahun lalu, beliau menceritakan mengenai pembedahan itu dan menganggap ia keputusan terbaik pernah dibuatnya.

“Saya melalui banyak cabaran dan saya rasa dengan bercerita mengenainya, mereka yang berniat melakukannya tidak lagi perlu menghadapi cabaran sesukar saya,” katanya.

Pada musim luruh tahun lalu, beliau mendakwa jantina sebenarnya terletak dalam fikiran manusia bukan secara fizikal.

“Sudah lama saya berasa seperti seorang lelaki. Saya merasainya sejak zaman kanak-kanak lagi.

“Meskipun saya tidak faham tapi saya cuba memahaminya sebaik mungkin,” katanya lagi.
Chastity Bono mula mengumumkan kecenderungan terhadap kaum sejenis ketika beliau berusia 18 tahun. - Agensi

Campur Ecstasy dengan Viagra

KUALA LUMPUR: Bagi menambah ‘power’ ke atas Ecstasy yang dihasilkan, sepasang suami isteri menjadikan pil Viagra yang dijual di kaki lima sebagai ramuan rahsia selain ketamin dan serbuk Ecstasy yang dibekalkan.
Namun, kekebalan pasangan ini tidak bertahan lama apabila makmal dadah mereka yang terletak di sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur jam 12.15 tengah malam Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran Ecstasy di kelab malam sekitar Cheras dan Ampang, pasukannya mengesan lokasi makmal dadah terbabit di Taman Bukit Teratai di sini.

“Siasatan awal mendapati pasangan terbabit mendapat serbuk Ecstasy pelbagai warna dibekalkan pengedar dari utara tanah air dan kemudian dicampurkan dengan ketamin serta pil Viagra yang dihancurkan menggunakan batu lesung sebelum dijadikan pil.

“Ia diedarkan di kelab atau pusat hiburan dengan harga RM30 hingga RM40 sebiji,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Amah didera 6 bulan




2010/04/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Dia bukan saja ditampar, dipijak, ditendang, malah turut ‘disebat’ menggunakan paip getah, penyangkut baju dan tali pinggang saban hari.
Tidak cukup dengan itu, mangsa tidak dibenarkan keluar dari kawasan rumah dipercayai mengelakkan kekejaman majikan dan ahli keluarganya itu diketahui umum.
Itu penderitaan seorang pembantu rumah berusia 30-an yang didera lebih enam bulan lalu oleh majikannya.

Namun, penderitaan pembantu rumah itu berakhir Khamis lalu apabila dia meloloskan diri kira-kira jam 12 tengah hari selepas dibelasah majikannya lebih 20 minit.

“Sebelum ini mangsa mendakwa sering dimarahi, namun sejak enam bulan lalu majikannya mula menggunakan kekerasan terhadapnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa melarikan diri melalui pintu belakang rumah sebelum menahan sebuah teksi dan memintanya membawa ke balai polis berhampiran.

Difahamkan, majikannya yang menyedari kehilangan pembantu rumahnya itu keluar mencari mangsa, namun gagal.

Sumber berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini dan sebaik menerima laporan berkenaan, sekumpulan anggota polis ke rumah suspek dan menahannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan memberitahu kes berkenaan dirujuk kepada Balai Tun H S Lee bagi siasatan lanjut.

Kumpulan Baju Kuning Thailand bangkit lawan Baju Merah



BANGKOK 18 April - Kumpulan prokerajaan yang disokong golongan elit, Baju Kuning hari ini menyatakan tekad untuk bertindak sekiranya kerajaan gagal menangani penunjuk perasaan Baju Merah dalam masa seminggu, demikian menurut jurucakapnya.
Protes Baju Merah yang setia kepada bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra, telah lebih sebulan menjalankan protes antikerajaan yang turut dicemari keganasan yang meragut 25 nyawa dalam pertempuran hujung minggu lalu.
"Dalam tujuh hari kami harap kerajaan akan mengatasi masalah pengganas Thaksin secepat mungkin atau kami akan menunjukkan suara kami untuk melindungi negara dan keluarga diraja," kata jurucakap Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD), Parnthep Pourpongpan.
Negara gajah putih ini terbahagi kepada penyokong Baju Merah dan Baju Kuning yang menguasai jalan raya seterusnya membawa kepada kejatuhan beliau pada 2006 dan sekutunya pada 2008.
Baju Kuning sebelum ini membisu sejak Baju Merah melancarkan perarakan menentang Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva pada pertengahan bulan lalu, namun bermesyuarat hari ini untuk membincangkan masalah yang timbul.
Protes PAD pada 2008 dengan mengepung lapangan terbang utama Bangkok, membawa kepada keputusan mahkamah menggulingkan sekutu Thaksin yang diikuti undi Parlimen yang memilih Abhisit sebagai peneraju negara.
Ketika Baju Kuning bermesyuarat di Universiti Bangkok hari ini, Baju Merah turut membincangkan tindakan seterusnya dalam kempen menuntut pilihan raya baru, lapan hari selepas pertempuran berdarah yang turut mencederakan lebih 800 orang.
Mereka meninggalkan tapak perhimpunan tempat berlakunya keganasan dan kini meningkatkan bilangan anggota di sebuah daerah yang menempatkan hotel mewah dan gedung membeli-belah.
Baju Merah mahu berarak ke kawasan kewangan utama Bangkok iaitu Silom, namun amaran pihak tentera untuk menghalang tindakan tersebut meningkatkan kemungkinan berlaku lebih banyak pertumpahan darah.
"Kami akan mengawal mereka supaya tidak dapat memasuki kawasan Silom. Kini polis dan tentera bekerja bersama-sama dan telah menerima maklumat yang mereka akan ke sana tidak lama lagi," kata jurucakap tentera, Sunsern Kaewkumnerd.
Satu lagi pergerakan prokerajaan dengan beribu-ribu anggota, Baju Merah Jambu dua hari lalu berkumpul di pangkalan tentera tempat Abhisit berlindung dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Baju Merah.
Ia merupakan kumpulan baru terdiri dari profesional yang hanya mahukan keamanan dengan perhimpunan menggunakan warna merah jambu bagi melambangkan simbol kesetiaan kepada raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej. - AFP

Pelampau kulit putih AS dibaling botol



ANGGOTA-anggota kumpulan pelampau atau neo-Nazi, Pergerakan Sosialis Kebangsaan Amerika menggunakan perisai untuk melindungi dari balingan botol dan batu oleh kumpulan anti-pelampau di Los Angeles, kelmarin. - AFP


LOS ANGELES 18 April - Kumpulan pelampau kulit putih berhimpun bagi menentang pendatang haram di pusat bandar raya ini semalam, ketika beratus-ratus lagi anggota kumpulan penentang mereka turut berkumpul menyebabkan tercetusnya pertempuran.
Insiden itu memaksa polis rusuhan dikerahkan dan beberapa penahanan dibuat.
Pasukan polis kelihatan berdiri di tengah-tengah antara kumpulan terbabit di Dewan Bandar Raya Los Angeles selatan, di mana 50 anggota Pergerakan Sosialis Kebangsaan Amerika mengibarkan bendera Amerika Syarikat (AS) dan sepanduk-sepanduk swastika kira-kira sejam.
Seramai lima orang, kesemuanya dari kumpulan penentang pelampau ditahan kerana melontar benda ke arah kumpulan Neo Nazi itu, menurut polis.
Pelampau kulit putih, kebanyakannya memakai topi keledar dan uniform tentera hitam melaungkan Sieg Heil.
Anggota-anggota kumpulan beribu pejabat di Detroit ini berkata, mereka memilih lokasi ini sebagai tempat perhimpunan kerana Los Angeles memiliki jumlah pendatang yang ramai.
Mereka turut menuduh pendatang merampas peluang pekerjaan mereka dan meningkatkan masalah jenayah.
Kumpulan terbabit memberitahu bahawa perhimpunan ini diadakan sebagai respons ke atas beberapa perhimpunan baru-baru ini di seluruh negara bagi menggesa penggubal undang-undang melaksanakan pembaharuan, antaranya mengampunkan beberapa pendatang haram.
Pengarah Serantau Pergerakan Sosialis Kebangsaan, Jeffrey Russell Hall mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mula menyokong calon politik yang bersetuju dengan mesej anti-pendatang mereka.
Bagaimanapun, suara pelampau kulit putih ditenggelamkan dengan pekikan seperti 'Hey hey, ho ho, Nazi Must Go (Nazi mesti berambus)' dari kira-kira 500 anggota kumpulan anti-pelampau yang turut memegang sepanduk berbunyi 'Nazi: Tinggalkan Los Angeles' dan 'Rasis Adalah Jahil'. - AP

Tuduhan terhadap Ampatuan Jr. digugurkan



MANILA 18 April - Jabatan Keadilan Filipina hari ini menggugurkan dakwaan membunuh terhadap dua ahli keluarga pemimpin berpengaruh yang dituduh dalam satu pembunuhan beramai-ramai yang mengorbankan 57 nyawa pesaing politik serta wartawan, sekali gus mencetuskan bantahan dan membuatkan kaum keluarga mangsa menitiskan air mata.
Kejadian pada 23 November tahun lalu yang mendapat kutukan masyarakat antarabangsa, merupakan kejadian pertama di Filipina walaupun negara itu sering dikenali dengan keganasan pilihan raya dan pembunuhan politik yang meragut beratus-ratus nyawa sejak beberapa dekad lalu.
Antara yang maut ialah lebih 30 wartawan dan kakitangan media, dalam satu insiden paling buruk pernah terjadi kepada pengamal media di dunia dan insiden itu melonjakkan kedudukan Filipina ke senarai teratas sebagai lokasi paling bahaya kepada wartawan di dunia.
Sekurang-kurangnya 198 suspek telah didakwa di mahkamah dengan beberapa tuduhan pembunuhan termasuk sebilangan anggota keluarga berpengaruh Ampatuan yang memerintah wilayah selatan Maguindanao selama beberapa tahun, sementara beberapa lagi suspek masih bebas.
Ampatuan sebelum ini merupakan sekutu politik Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang turut membantu kemenangan beliau pada pilihan raya 2004.
Setiausaha Keadilan Alberto Agra berkata, beliau telah mengarahkan pihak pendakwa supaya mengeluarkan nama Zaldy Ampatuan, bekas Gabenor di wilayah autonomi Islam itu dan pakciknya, Akhmad daripada kertas pendakwaan ekoran ketiadaan bukti kukuh yang mengaitkan mereka merancang dan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Maguindanao itu.
"Tiada bukti untuk mengaitkan mereka bersubahat dan mereka juga mempunyai bukti untuk menyokong alibi yang dikemukakan," kata Agra kepada The Associated Press.
Menurut beliau, bukti bil telefon bimbit dan tiket penerbangan yang dikemukakan Zaldy menunjukkan dia tidak menghadiri mesyuarat pada 22 November lalu di mana pembunuhan tersebut dirancang atau berada di tempat kejadian keesokan harinya, manakala Akhmad pula mengemukakan gambar yang menunjukkan dia mengikuti satu misi perubatan semasa kejadian berlaku.
Menurut peguam yang mewakili mangsa, Harry Roque, beberapa ahli keluarga mangsa dilihat menangis selepas mendengar keputusan tersebut.
"Mereka menangis bukan sahaja kerana ketidakadilan ini tetapi juga kerana bimbang akan keselamatan mereka. Mereka tidak boleh tidur setelah dua ahli keluarga Ampatuan digugurkan dari dakwaan membunuh," katanya. - AP

Mangsa gempa China kini 1,706 orang



JIEGU, China 18 April - Rakan sebiliknya mengejeknya sebagai 'babi malas' kerana sentiasa terlajak tidur semasa hendak ke kelas, namun sikap lembap Song Yuhuan untuk turun dari katil menyelamatkan nyawanya sedangkan temannya yang lain terbunuh akibat dihempap dinding runtuh semasa gempa bumi melanda.
Media negara dalam laporan terbarunya menyatakan, jumlah korban bencana alam ini meningkat kepada 1,706 orang dengan 256 lagi masih hilang dengan mangsa cedera bertambah kepada 12,128 termasuk 1,424 dalam keadaan serius.
Song hanya terperangkap seketika dalam gempa Rabu lalu, apabila kaki dan tangannya ditimpa dinding bilik asrama di tingkat tiga sekolahnya. Namun dia tidak panik, sebaliknya berasa tenang ketika rakannya yang lain menjerit meminta tolong.
"Berhenti menjerit. Saya keluar dulu dan kemudian saya akan tolong kamu," katanya sebelum gegaran susulan beberapa minit kemudian membolehkannya membebaskan diri.
Bagaimanapun, tiga daripada tujuh rakan sebiliknya terkorban sementara seorang lagi masih hilang. Pegawai berkata, lebih 40 rakan sekelasnya di Sekolah Vokasional Minoriti maut daripada sekurang-kurangnya 103 pelajar yang terbunuh di kawasan pedalaman Tibet di barat China ini.
Presiden Hu Jintao terbang ke zon gempa hari ini untuk melawat mangsa selepas menyingkatkan lawatan ke Amerika Selatan untuk menguruskan bencana alam yang berlaku.
Beliau berbual dengan kakitangan perubatan dan pasukan penyelamat selama 15 minit sambil disaksikan sekumpulan mangsa gempa yang menjalani rawatan.
Ketua bantuan bencana di Kementerian Hal Ehwal Awam, Zou Ming berkata, kebanyakan mereka yang terselamat kini tinggal di dalam khemah dengan bekalan asas makanan dan air bersih yang cukup. - AP

Gunung berapi jejaskan Hollywood



LOS ANGELES 18 April - Kepulan debu gunung berapi Iceland yang melitupi ruang udara Eropah turut menjejaskan Hollywood dan kawasan lain.
Debu itu yang menyebabkan beribu-ribu penumpang kapal terbang terkandas turut menjejaskan golongan selebriti, pembuat filem, ahli muzik termasuk ahli gusti profesional.
Kira-kira dua pertiga daripada penerbangan di Eropah terkandas selepas berlakunya peningkatan penundaan dan pembatalan penerbangan di rantau itu ketika para saintis di Iceland memberi amaran bahawa aktiviti gunung berapi semakin meningkat selain tidak menunjukkan sebarang tanda untuk reda.
Penganjur Festival Seni dan Muzik Coachella Valley di Indio, California, menerusi laman sosial Twitter memberitahu bahawa sesetengah persembahan terpaksa dibatalkan hujung minggu ini, termasuk persembahan penyanyi rock Britain, The Cribs dan Bad Lieutenant, penyanyi rock Scotland, Frightened Rabbit dan penari trio Britain, Delphic.
Selain itu, kemungkinan besar, penyanyi Britain, Gary Numan juga tidak dapat hadir ke Coachella untuk membuat persembahan.
"Perkara terakhir yang saya jangka pada pagi ini semasa bangun dari tidur ialah untuk mendengar berita bahawa debu gunung berapi itu mungkin akan menghalang kami untuk terbang ke Amerika.
"Ketika itu, syarikat penerbangan British Airways, tanpa jaminan, menawarkan kami untuk menaiki kapal terbang menuju ke Los Angeles pada tengah hari Ahad," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya.
Bagaimanapun, beberapa artis dari Eropah yang dijadual mengadakan persembahan di Coachella telah pun menaiki kapal terbang melintasi Lautan Atlantik sebelum pembatalan penerbangan lain terpaksa dilakukan akibat kepulan debu yang dikeluarkan oleh gunung berapi itu.
Antara artis yang telah berbuat demikian ialah Thom Yorke daripada kumpulan Radiohead, Gorillaz, Muse, Hot Chip, Fever Ray dan Florence and the Machine.
Sementara itu, Whitney Houston pula terpaksa melupakan hasratnya untuk menaiki kapal terbang dan menggantikannya dengan feri yang akan merentasi Laut Ireland demi memastikan persembahannya di Dublin berjalan lancar.
Diva R&B itu yang sedang mengadakan konsert jelajah dunia Nothing But Love, memilih untuk menaiki pengangkutan yang tidak mewah itu selepas arahan pembatalan penerbangan dibuat di semua lapangan terbang di Eropah. - AP

Penerbangan ke Eropah masih lumpuh



GAMBAR dari udara menunjukkan gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland memuntahkan asap dan debu, kelmarin menyebabkan perkhidmatan udara di Eropah terus tergendala.- AFP


LONDON 18 April - Perjalanan udara di seluruh Eropah lumpuh buat hari keempat berturut-turut hari ini ekoran kepulan debu dari gunung berapi Iceland yang masih menyelubungi ruang udara, namun penerbangan ujian Belanda dan Jerman yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah, memberikan harapan baru.
Kebanyakan negara menutup ruang udara mereka sehingga hari ini atau esok, mengakibatkan berpuluh-puluh ribu penumpang terkandas di seluruh dunia dan pakar kaji cuaca mengatakan, corak angin menunjukkan kepulan debu itu akan tersebar lebih jauh sehingga minggu depan.
Menurut pakar, kepulan debu yang terapung di atmosfera dari Iceland itu akan menjadi bertambah tebal Selasa dan Rabu ini, membawa risiko yang lebih tinggi serta memburukkan lagi kerugian yang ditanggung industri penerbangan pada jumlah lebih AS$200 juta (RM700 juta) sehari.
Larangan penerbangan dikuatkuasakan kerana debu yang mengandungi partikel batu halus serta kaca boleh melumpuhkan enjin dan menjejaskan kerangka pesawat, namun penerbangan ujian semalam menggambarkan perkembangan baik dari pegawai-pegawai syarikat penerbangan.
Syarikat penerbangan Belanda KLM memberitahu, pihaknya menerbangkan pesawat Boeing 737-800 pada ketinggian biasa 10 kilometer sehingga 13 kilometer.
Penerbangan Jerman, Lufthansa memaklumkan, ia menerbangkan 10 pesawat ke Frankfurt dari Munich pada ketinggian sehingga 8 kilometer.
"Kami dapati tiada apa yang luar biasa, baik semasa penerbangan atau semasa pemeriksaan pertama pesawat di darat.
"Sekiranya pemeriksaan teknikal mengesahkan perkara ini, kami sedia melakukan tujuh penerbangan dari Duesseldorf ke Amsterdam esok.
"Kami juga berharap akan diberi kebenaran secepat mungkin untuk menyambung semula sebahagian operasi kami," kata Ketua Eksekutif KLM Peter Hartman, yang turut mengambil bahagian dalam penerbangan ujian itu menerusi satu kenyataan.
Pegawai Belanda berkata, lebih banyak penerbangan ujian akan dibuat hari ini. - Reuters

Virus H1N1 belum bermutasi, kata Tiong Lai



19/04/2010 8:36pm

KUALA LUMPUR 19 April - Virus Influenza A (H1N1) yang melanda negara sekarang belum bermutasi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya virus itu masih berada pada tahap biasa sekalipun kadar jangkitannya tinggi.
"Kita sememangnya memantau dari semasa ke semasa sama ada virus tersebut telah bermutasi atau belum dan ianya (jika berlaku) boleh menyebabkan keparahan yang tinggi,” katanya di sini hari ini.
Beliau yang sebelum itu merasmikan ”Battlefield Healthcare Life Demonstration” sempena pameran Defence Servises Asia (DSA) 2010 berkata, jangkitan H1N1 merebak dengan cepat memandangkan ramai pada kalangan rakyat negara ini yang tidak imun terhadap selesema itu.
Katanya, jumlah terkumpul kes H1N1 telah meningkat kepada 13,158 dengan 31 kes baru direkodkan hari ini.
Tiong Lai berkata, pesakit yang masih mendapatkan rawatan di hospital pula ialah seramai 550 orang dan daripada jumlah itu 66 adalah positif H1N1. - Bernama

Kemarau: Tanaman rosak, rugi RM5.5 juta




KOTA KINABALU 19 April - Kemarau di Sabah pada awal tahun ini mengakibatkan kerosakan tanaman dianggarkan bernilai RM5.5 juta yang membabitkan 2,371 orang petani, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, jenis tanaman yang mengalami kemusnahan ialah buah-buahan, padi sawah dan padi bukit di kawasan seluas 7,700 hektar yang kebanyakannya di daerah Nabawan, Lahad Datu, Kinabatangan, Tenom, Semporna, Beaufort dan Pitas.
Kerosakan akibat kebakaran yang melibatkan 43 hektar di Beaufort, Nabawan, Pitas dan Sandakan pula dianggarkan bernilai RM66,000 yang melibatkan 309 petani, katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kamarlin Ombi (BN-Lumadan) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Yahya berkata, menurut sumber Jabatan Meterologi, kebiasaannya cuaca akan menjadi kering pada fasa akhir musim monsun timur, Februari hingga April.
Bagaimanapun, katanya, pada tahun ini keadaan diburukkan lagi dengan berlakunya fenomena El-Nino sederhana sejak Jun tahun lepas di tengah Lautan Pasifik yang menyebabkan kebanyakan hujan turun di kawasan tersebut, sekaligus mengakibatkan kekurangan hujan di Sabah.
Beliau berkata, Jabatan Pertanian menyediakan bantuan dalam bentuk tanaman bagi membantu para petani yang mana tanaman mereka musnah akibat bencana alam dan serangan serangga perosak. - Bernama

SPRM jamin tidak tahan Bala jika beri keterangan



19/04/2010 8:33pm

KUALA LUMPUR 19 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan tidak akan menahan penyiasat persendirian P.
Balasubramaniam tetapi hanya mahu mengambil keterangan daripadanya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, Balasubramaniam hanya sebagai saksi dan keterangannya membolehkan siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, diselesaikan segera.
Katanya, pihaknya bersedia merakam percakapan Balasubramaniam bukan sahaja di pejabat kedutaan Malaysia di luar negara malah di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai oleh penyiasat itu.
"Jika dia minta peguamnya menemaninya semasa sesi keterangan diambil, kita tetap akan membenarkannya,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Tahunan Kerjasama antara SPRM dan Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei Darussalam di sini hari ini.

Mohd. Shukri berkata, semua kenyataan saksi lain telah diambil dan jika tempoh merekodkan keterangan Balasubramaniam terlalu lama maka pihaknya akan menyerahkan kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat keputusan. - Bernam

Penyamun minta maaf, beri wang saku kepada mangsa



19/04/2010 8:36pm

KUANTAN 19 April - Tiga penyamun bertopeng sempat meminta maaf dan memberi wang saku kepada mangsa dalam satu kejadian pecah rumah di Kampung Kuala Lepar, Paloh Hinai dekat Pekan, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, tiga penyamun yang memasuki sebuah rumah milik seorang peniaga kedai makan memberikan wang sebanyak RM50 kepada anak gadis mangsa sebelum melarikan wang tunai dan barangan bernilai RM3,000. - Utusan