KUALA LUMPUR 17 April – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terpaksa membatalkan penerbangannya ke United Kingdom dan negara-negara Eropah sejak Khamis lepas sehingga hari ini ekoran letusan abu gunung berapi di Iceland, tidak menolak kemungkinan penerbangan yang dijadual esok juga akan terjejas.
Pengarah Operasinya, Azharuddin Osman berkata, buat masa ini MAS sedang memantau perkembangan di lapangan terbang di Eropah yang terpaksa ditutup akibat letusan abu gunung berapi itu.
“Berdasarkan keadaan cuaca dan laporan pada masa ini, ada kemungkinan penerbangan yang dijadual esok juga akan terjejas. Justeru kami meminta penumpang agar menyemak status penerbangan masing-masing sebelum datang ke lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, apabila semua lapangan terbang terbabit dibuka semula, MAS akan menyusun kembali jadual penerbangannya.
Bagi penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan, MAS menawarkan empat pilihan iaitu mendapatkan bayaran balik, menukar tiket untuk penerbangan akan datang, menempah semula tiket untuk penerbangan selepas itu, atau menukar destinasi mereka ke Rom.
Untuk maklumat lanjut penumpang boleh hubungi talian 1300-88-3000 (dalam Malaysia) atau 603-7843 3000 (luar Malaysia), atau layari www.malaysiaairlines.com. – Bernama