Search This Blog

Saturday, April 17, 2010

Tiga ditahan lontar bom api rumah pegawai polis



17/04/2010 2:44pm

IPOH 17 April - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian melontar bom api di rumah seorang pegawai polis berpangkat inspektor di Taman Jana Mulia, Kamunting, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, mereka yang mempunyai kaitan dengan dadah ditangkap dalam satu operasi khas malam tadi.
Ketiga-tiga tertuduh ditahan reman sehingga 22 April ini. - Utusan

Bom ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu






KOTA KINABALU 17 April – Sebutir bom sebesar tong gas, dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua (WWII) ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi hari ini berkata, bom berkenaan ditemui oleh pekerja ketika membuat kerja-kerja pembinaan di kompleks lapangan terbang itu.
“Ekoran itu, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) negeri telah dihantar bagi memusnahkan bom berkenaan.
“Bom tersebut ditemui kira-kira pukul 6 pagi dan dimusnahkan tiga jam selepas itu di kawasan lapang,” katanya. – Utusan

Mayat remaja mati dibunuh ditemui



17/04/2010 3:05pm

PORT DICKSON 17 April - Orang ramai yang berkunjung ke pantai peranginan di Batu 10, Teluk Kemang, di sini pagi ini gempar ekoran penemuan mayat seorang remaja lelaki yang dipercayai mati dibunuh.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, mayat A. Prakash, 18, yang berasal dari Taman Cheras, Kajang, ditemui orang ramai dalam keadaan terlentang dengan berpakaian T-Shirt serta seluar panjang pada pukul 7.10 pagi.
"Difahamkan remaja itu sedang bercuti bersama rakan di pantai ini dan keluarganya juga tahu mengenainya. Hasil siasatan polis dapati ada kesan jerutan dan luka pada leher serta badannya,” katanya.
Beliau berkata, remaja itu percayai meninggal dunia enam hingga lapan jam sebelum mayatnya ditemui.
Siasatan awal dipercayai remaja itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampakkan ke laut.
Baljeet berkata, polis percaya perbuatan itu dilakukan lebih dari dua orang.
Menurut beliau, dompet serta telefon bimbit milik remaja itu juga tidak ditemui.
Mayat A.Prakash telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat. - Bernama

7 penumpang cedera bas ekspres terbabas



17/04/2010 4:56pm

KULAIJAYA 17 April - Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berhampiran hentian sebelah Kulaijaya itu berlaku pada kira-kira pukul 3.30 pagi.
"Bas ekspres berkenaan membawa 14 penumpang berserta dua pemandu. Hanya tujuh yang cedera manakala penumpang lain serta pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.
Zulkefly berkata, daripada hasil siasatan, polis percaya pemandu bas ekspres itu mengantuk menyebabkan bas tersebut terbabas sebelum terbalik di bahu kiri jalan.
Beliau berkata, bas ekspres tersebut sepatutnya bertolak dari Terminal Pengangkutan Awam Larkin, Johor Baharu pada pukul 12.30 malam tetapi lewat dua jam berikutan jadual perjalanannya tergendala.
Katanya, kesemua yang cedera, enam lelaki dan seorang wanita, yang berumur 20 hingga 40 tahun itu kini dirawat di Hospital Kulaijaya manakala bas berkenaan dibawa ke Balai Polis Air Bemban, di sini, untuk siasatan lanjut.
Katanya, polis sudah merekodkan keterangan pemandu bas berumur 40 tahun terbabit untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Mayat wanita hamil reput ditemui



17/04/2010 5:34pm

KUALA LUMPUR 17 April - Mayat wanita hamil yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan reput dan berulat di kawasan rekreasi Taman Tasik Perdana di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata mayat itu dijumpai orang awam yang kebetulan melalui kawasan terbabit kira-kira pukul 6.30 petang.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah mati dalam tempoh enam hari akibat dijerut di leher dengan menggunakan sapu tangan, katanya ketika ditemui pada kempen derma darah peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Berjaya Times Square hari ini.
"Selain terdapat kesan mangsa dipijak di bahagian perut, pemeriksaan ke atas mayat itu juga turut menemui mayat janin berusia kira-kira 12 minggu yang dilihat keadaannya hampir terkeluar dari kemaluan mangsa,” katanya.
Muhammad Sabtu berkata, keadaan mayat yang reput turut menyukarkan polis untuk mengenal pasti bangsa dan identiti suspek.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu. Namun kita menemui seutas jam tangan berjenama Omega yang dipakai mangsa dan sebuah topi keledar di tempat kejadian,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri



17/04/2010 8:51pm



SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritend

Bunuh bayi lebih mesra ibu

NEW YORK: Seorang lelaki membunuh anaknya, Xiah, yang baru berusia tujuh bulan semata-mata kanak-kanak itu lebih mesra dengan ibunya.
XIAH memiliki kesan lebam di dada, leher.
XIAH memiliki kesan lebam di dada, leher.
Pendakwa raya berkata, Larry Greene menengking dan menumbuk dada anaknya kerana bayi itu menangis ketika menjaganya di kediaman mereka di Queens. Xiah tidak bernafas beberapa minit kemudian dan meninggal dunia di Hospital Queens, kanak-kanak keempat yang meninggal dunia akibat didera ibu bapa dalam tempoh lima minggu.
Xiah memiliki kesan lebam di kepala, dua di leher dan lima di dada yang disahkan bekas tumbukan orang dewasa.

Ibu Xiah, Cassandra Nady, meminta Greene, 20, menjaga anaknya di kediamannya di St Albans.

“Dia mendakwa anak saya jatuh ketika disusukan tapi hakikatnya jauh sama sekali,” kata Cassandra.

Pendakawa raya berkata, mereka memiliki rakaman pengakuan Greene yang mengaku memukul anaknya kerana marah Xiah lebih mesra dengan ibunya.

Kakak Greene, Laquana Greene, 25, tak yakin adiknya sanggup melakukan perkara sekejam itu.

“Larry seorang yang baik dan tidak mungkin sanggup melakukannya. Ini hanya satu salah faham,” katanya.

Greene didakwa melakukan pembunuhan kelas kedua dan jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum 25 tahun.
Pendakwaraya Queens, Richard Brown berkata, Xiah kanak-kanak kesembilan didera penjaga sejak sembilan bulan lalu.

“Tiada alasan terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini,” tegas Brown.

Dalam satu kes lain, seorang lagi bayi mati semalam, empat hari selepas dia digoncang dengan kuat oleh bapanya di kediaman mereka.

Jurucakap pasukan keselamatan berkata, Saul Cortez, 24, mengaku menumbuk Mario beberapa kali apabila anaknya itu tidak berhenti menangis.
Kanak-kanak itu mengalami kerosakan otak yang serius, pendarahan hati dan beberapa tulang badannya patah.

Cortez yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membahayakan nyawa anak dan menyerang, kini mungkin dituduh membunuh kanak-kanak itu. - Agensi

Sangka nahas rupanya dibunuh

NIBONG TEBAL: Mulanya dia disangka mati kemalangan kerana kereta dipandunya dilihat terbabas di kawasan tapak pembinaan jejantas di Jalan Paboi, Bukit Tambun, dekat sini, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, pemeriksaan polis mendapati lelaki terbabit, Lim Gim Beng, 52, menjadi mangsa bunuh dengan kepalanya dihentak menggunakan batu konkrit.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, Lim dari Taman Tang Ling, dekat sini, ditemui mati bersebelahan kereta Proton Saga Aeroback putih dengan nombor pendaftaran PDL 2632.

Orang awam yang ternampak mangsa menghubungi polis sebelum anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPDSPS) bergegas ke tempat kejadian untuk menyiasat.

Bagaimanapun, sangkaan lelaki berkenaan terbabit kemalangan meleset apabila polis mendapati mangsa parah di belakang kepala.Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien Mamat, berkata kepala mangsa dipercayai dihentak dengan batu konkrit selepas pihaknya menemui objek berkenaan berdekatan keretanya yang mempunyai kesan darah.

Katanya, siasatan awal mendapati ada tiga kesan pukulan di belakang kepala mangsa sebelum dia rebah di luar kereta dan maut di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati sebelum kejadian, keretanya terbabit kemalangan kecil dengan sebuah kereta lain di lampu isyarat Bukit Panchor, dekat sini, sebelum mangsa mengejar pemandu kereta terbabit 15 kilometer sehingga Jalan Sungai Bakap.

“Dalam adegan mengejar itu, mangsa menunjukkan isyarat lucah sebelum kedua-dua mereka yang tidak mengenali terbabas di Jalan Sungai Bakap.

“Selepas itu, berlaku pergelutan sebelum suspek mengambil batu konkrit dan memukul kepala mangsa menyebabkan dia mati di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya turut menemui nombor plat kenderaan suspek, PJP 4716 dipercayai terjatuh ketika kejadian.

“Berdasarkan siasatan melalui laman web Jabatan Pengangkutan Jalan, kami mengesan identiti suspek yang beralamat di Taman Alma, Bukit Mertajam.

“Ketika polis ke rumah suspek, dia tiada dipercayai menghilangkan diri selepas mengetahui dicari. Namun, hasil perbincangan melalui telefon, dia bersetuju menyerah diri di Balai Polis Simpang Ampat, jam 11 pagi tadi (semalam),” katanya.

Shafien berkata, suspek yang berusia 42 tahun dan bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat pengangkutan dipercayai mabuk ketika kejadian selepas minum di Parit Buntar, Perak.

Berdasarkan rekod, katanya, suspek pernah ditahan atas kesalahan judi.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berikutan penahanan suspek, katanya, kes berkenaan diselesaikan tidak sampai sembilan jam selepas kejadian.

“Hasil maklumat awam, kes ini diselesaikan dalam tempoh singkat dan saya meminta mereka yang menyaksikan kejadian tampil bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Lawan lima perompak

BANGI: Tindakan berani seorang lelaki melawan lima penjenayah yang menceroboh masuk rumahnya menyebabkan dia, bapa dan adiknya cedera dibelasah dalam kejadian di Sungai Merap Luar, di sini, kira-kira 2.50 pagi, Rabu lalu.
Muadz Rabuan, 25, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen sementara menunggu perlawanan bola sepak sebelum terdengar bunyi seperti orang mengumpil cermin pintu rumah.

Katanya, belum sempat bangun, seorang perompak menekan dan menekap mulutnya sehingga berlaku pergaduhan sambil dia menjerit meminta tolong bapa dan juga adiknya.

Muadz berkata, bapa, Rabuan Sulaiman, 57, dan adiknya, Suwaid, 18, keluar dari bilik masing-masing dan cuba membantu, namun kedua-dua mereka turut menerima nasib sama apabila dipukul teruk.

Muadz berkata, kelima-lima perompak itu kemungkinan warga Indonesia berikutan loghat seorang daripadanya apabila menyuruh rakan lain mencari barang berharga.Menurutnya, kejadian berlaku ketika semua ahli keluarga lain tidur di bilik masing-masing.

“Semuanya berlaku begitu pantas. Tapi, akibat masa bergelut yang agak lama, kelima-lima mereka tidak sempat mengambil apa-apa barang milik kami,” katanya.
Menurutnya, sejurus selepas kejadian, kakaknya, Shafeeqah, 26, dan ibu Zanariah Yusof, 49, menghubungi talian 999 dan balai polis berdekatan meminta bantuan.

Zanariah berkata, polis hanya tiba apabila suami dan kedua-dua anaknya dihantar ke hospital oleh beberapa jirannya.

“Ini kali kedua rumah dipecah masuk. Malah, jiran kami juga pernah mengalami kejadian sama sebelum ini. Saya berharap polis lebih kerap memantau kawasan ini kerana khuatir kejadian berulang,” katanya.

Tak setuju cara Maya

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
2010/04/17
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Saya tak gembira dengan apa yang berlaku, tolong minta dia berhenti membuat komen di media,” kata suami kepada pelakon popular, Maya Karin, 31, berhubung kemelut rumah tangga dihadapi mereka.
Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven, 41, berkata dia tidak bersetuju dengan tindakan isterinya yang juga Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 kerap membuat kenyataan di media akhir-akhir ini mengenai konflik antara mereka.

Katanya, walaupun tidak secara terperinci, Maya sepatutnya tidak mengulas mengenai status perhubungan mereka di media, apatah lagi tindakan itu didakwanya melanggar perjanjian dibuat mereka sebelum ini.

“Kami pernah buat perjanjian supaya masing-masing tak buat kenyataan media terutama berkaitan status hubungan kami. Dia sepatutnya menghormati perjanjian itu dengan tak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Saya berharap dia cuma jawab ‘no comment’ (tiada komen) apabila ditanya...itu lebih daripada cukup berbanding kenyataan lain yang saya anggap lebih membuatkan masyarakat tertanya-tanya dan berteka-teki dengan apa berlaku.“Secara dasarnya saya memang tak bersetuju dengan tindakannya. Dia patut berhenti beri komen,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Selepas lama mendiamkan diri dan menjadi pemerhati dengan membaca setiap kenyataan dibuat isterinya di media, guru sebuah sekolah antarabangsa itu akhirnya tampil membuat teguran, namun tidak bersedia bertemu media.
Kemelut rumah tangga dihadapi Maya dan Steven mula dihidu media sejak Februari lalu apabila mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung berikutan berdepan konflik, namun belum bercerai.

Pasangan itu bernikah pada 14 Ogos 2008 dan melangsungkan perkahwinan dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali, disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, pada 26 Ogos tahun sama selepas tujuh tahun bercinta.

Ditanya tindakannya bagi mengakhiri kemelut yang melanda perkahwinannya itu, Steven yang enggan mengulas lanjut berkata dia hanya berserah kepada takdir.

Bagaimanapun, dia mengakui masih menyayangi Maya yang dikenali tujuh tahun sebelum mengambil keputusan bernikah dan kes mereka setakat ini belum sampai ke peringkat penyelesaian di mahkamah syariah.

“Saya tak mahu mengesah atau menafikan kemelut atau status hubungan kami, tapi saya akui sayangkan Maya. Saya tak bawa pun kes ini ke mahkamah atau jumpa kaunselor perkahwinan,” katanya.

Mengenai khabar angin dia meletak jawatan sebagai guru dan pulang ke di England, Steven memberitahu dia tidak berhasrat meninggalkan negara ini serta kerjayanya sebagai pendidik.

“Khabar angin banyak tersebar di surat khabar dan Internet mengatakan saya tinggalkan negara ini, tapi saya ingin jelaskan saya tidak tinggalkan Malaysia, malah masih di Kuala Lumpur,” katanya tetapi tidak mahu memaklumkan lokasi kediamannya.

Wakaf solat dihuni anjing

PORT DICKSON: Menyedihkan apabila sebuah wakaf yang dijadikan tempat bersolat untuk kemudahan pengunjung kini tidak terurus dan dijadikan tempat tidur anjing liar di premis perniagaan di Kampung Telok Pasir Panjang di sini.
Walaupun keadaan persekitaran di kawasan itu dilihat amat cantik pada mata kasar dengan pemandangan pantai dan laut, tetapi sebaliknya turut tersembunyi situasi agak menjijikkan.
Ini berikutan tinjauan Metroplus, mendapati selain rumput yang tidak dipotong, keadaan longkang turut tersumbat dan tandas amat kotor, sekali gus menimbulkan kurang senang pengunjung.

Selain itu, terdapat wakaf yang dibina bagi mengerjakan solat, namun terbiar tanpa pengawasan sehingga menyebabkan anjing liar turut singgah ‘bermalam’ di situ.

Seorang peniaga, Zakaria Wahab, 52, berkata dia dan rakan peniaga lain kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang membina wakaf itu tanpa membuat pintu yang boleh menutup seluruh kawasan berkenaan.

“Ketiadaan pintu di wakaf itu menyebabkan ia sering dimasuki anjing liar yang turut tidur menyebabkannya tidak lagi boleh dijadikan tempat bersolat dan perlu disamak.

“Berikutan itu, sekiranya ternampak ada pengunjung yang mahu menunaikan solat di situ, saya akan memberitahu jangan berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali memaklumkan perkara itu kepada pihak berkaitan, namun masih tiada sebarang tindakan diambil hingga kini.

“Selain itu, keadaan longkang tandas yang tersumbat turut menjadikan kawasan ini menjijikkan termasuk keadaan rumput atau lalang yang tidak dipotong.
“Ia menyebabkan saya dan beberapa rakan peniaga terpaksa mencuci tandas, namun ia perlu diperbaiki bagi memastikan kawasan premis bersih serta cantik,” katanya.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Kadir, 38, berkata dia terkejut apabila didatangi seseorang yang menghalangnya daripada bersolat di wakaf itu.

“Pada waktu itu, saya melihat surau berkenaan agak kotor kerana dipenuhi najis cicak lalu membersihkannya dengan kertas.

“Bagaimanapun, ketika mahu mengerjakan solat, seseorang datang memberitahu baru saja menghalau anjing yang tidur di di situ,” katanya.

Tertipu kerana tamak

KUALA LUMPUR: “Skim pelaburan atau lebih dikenali dengan skim cepat kaya akan sentiasa wujud selagi adanya golongan yang ingin cepat kaya atau mendapatkan keuntungan secara mudah dan cepat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.
Menurutnya, lumrah manusia yang suka mendapat keuntungan dengan cepat menyebabkan mereka mudah terpengaruh dan akhirnya tertipu dalam pelaburan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 130 pelabur skim pelaburan jongkong emas yang ditipu kerana tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan, baru-baru ini.

Katanya, skim seperti itu sudah lama wujud dan sebelum ini juga pernah berlaku serta dilaporkan kepada Fomca. Kes berkenaan seakan skim pelaburan jongkong emas ini, tetapi menggunakan Internet.

Katanya, skim terbabit menawarkan untuk membeli jongkong emas melalui Internet, namun pelabur tidak melihat jongkong emas dan modus operandi pelaburan itu sama seperti skim cepat kaya.

“Mereka gunakan pihak ketiga sebagai orang tengah dan pelabur tidak tahu butiran sebenar syarikat yang menawarkan pelaburan.

“Biasanya pelabur memang terpengaruh dengan skim terbabit bakal memberikan pulangan yang banyak, pada peringkat awal ia akan mengumpan dengan membayar sedikit pulangan namun sampai satu tahap ia akan berhenti,” katanya.

Katanya lagi, pada kebiasaan atau mengikut logik skim pelaburan sebenar memang tidak akan menawarkan pulangan atau faedah yang tetap kepada pelabur dan sekiranya ada skim yang menawarkan pulangan tetap orang ramai perlu menyelidik terlebih dulu sebelum membuat sebarang pelaburan. Mohd Yusof turut kesal kerana masih ramai lagi masyarakat terutamanya Bumiputera yang terpengaruh dengan skim pelaburan sedemikian walaupun sudah banyak penerangan dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Fomca.

“Bukan senang untuk kaya dengan cepat, saya harap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan pelaburan seperti ini dan apa juga pelaburan sama ada daripada syarikat tempatan atau luar negara ia mestilah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlebih dulu.
“Orang ramai juga mestilah lebih berhati-hati dalam memilih sebarang pelaburan dan mengambil iktibar daripada kes-kes yang pernah berlaku serta dilaporkan sebelum ini.” katanya. Baru-baru ini, Harian Metro melaporkan mengenai 130 pelabur jongkong emas ‘gigit jari’ apabila syarikat jual beli emas yang menjanjikan hasil seperti tercatat dalam dokumen perjanjian hanya menabur janji kosong.

Diserang lotong jantan





2010/04/16
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MASJID TANAH: Seorang wanita warga emas di Kampung Bukit Darat, Kuala Linggi, yang diserang seekor lotong jantan ketika berada di halaman rumahnya pada dua minggu lalu masih trauma dengan kejadian berkenaan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi apabila mangsa, Samidah Hamid, 74, mendakwa secara tiba-tiba diterkam lotong jantan berkenaan di halaman rumah hingga terpaksa menerima tujuh jahitan pada lengan kanannya.
Ibu tunggal kepada sembilan anak itu, berkata dia baru keluar untuk duduk di atas pangkin di kawasan halaman rumah apabila tiba-tiba muncul seekor lotong jantan berbadan besar bersaiz seperti kanak-kanak berusia tiga tahun yang menerkamnya dari arah belakang dipercayai selepas terjun dari bumbung.

Menurutnya, keadaan menjadi kelam-kabut apabila haiwan berkenaan bertindak liar merobek lengan baju yang dipakainya sehingga terkoyak sebelum lotong terbabit memaut lengannya lalu menggigitnya.

"Sebelum itu, saya langsung tidak menyedari terdapat seekor lotong jantan berada di atas bumbung dapur, lalu terus keluar ke halaman rumah tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Lebih mengerikan apabila lotong berkenaan turut menyentap lengan baju sehingga koyak sebelum haiwan menggigit lengan kanan saya.

"Saya cuba meronta-ronta dengan menarik lengan sekuat hati dan mengetuk kepala haiwan berkenaan menggunakan tangan kiri, namun kudrat tidak berdaya. Semakin kuat saya pukul, semakin kuat ia menggigit sehingga terasa pedih," katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Katanya, ketika kejadian, sembilan anaknya tiada di rumah kerana bekerja dan kejadian berkenaan menyebabkan dia berasa bimbang untuk duduk di halaman rumah seorang diri.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rahim, 40, berkata dia berasa begitu terkejut dengan kejadian menimpa jirannya itu dan tidak menyangka kejadian seumpama berkenaan boleh berlaku hingga menimbulkan kegemparan kepada penduduk lain kerana membabitkan warga emas.
Menurutnya, pihak berkaitan perlu mengambil tindakan untuk menangani masalah berkenaan kerana ia dibimbangi mengganggu penduduk lain pada masa depan.

Harian Metro turut difahamkan, selepas terkejut dengan jeritan kuat Samidah, haiwan liar berkenaan terus melepaskan gigitannya sebelum hilang di kawasan semak di belakang rumah.

Berikutan kejadian itu, seramai 40 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Kuala Linggi diketuai Ketua Perhubungan Rela (PPR), Abu Kasim Ahmad melakukan operasi menembak lotong yang juga musuh tanaman dan membunuh sejumlah 20 ekor lotong jantan, 18 ekor kera jantan dan 225 ekor tupai.

Bukit Nanas markas peragut


HALANG...seorang lelaki dipercayai pengedar dadah cuba menghalang jurugambar  merakam wajahnya.
HALANG...seorang lelaki dipercayai pengedar dadah cuba menghalang jurugambar merakam wajahnya.


KUALA LUMPUR: Sebahagian kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas di sini, tidak ubah seperti lubuk jenayah ekoran kerap menjadi lokasi ragut sekumpulan lelaki dipercayai penagih di bawah bukit berkenaan.
Malah, mereka juga dipercayai menjalankan aktiviti jual-beli dadah di bawah bukit berkenaan tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan sekitar selain berlagak selamba seolah-olah mereka kebal dari tindakan pihak berkuasa.
Penempatan yang berada di penjuru bawah hutan simpan itu, menjadi sarang mereka memantau mangsa dan pelanggan yang lalu lalang di jalan raya berdekatan.

Difahamkan, mangsa yang melalui kawasan berkenaan akan diperangkap kumpulan penagih itu dan menakut-nakutkan mangsa, kemudian meragut barang berharga dan melarikan diri ke hutan simpan berkenaan. Tempat persembunyian mereka yang dibina daripada bahan buangan seperti kotak, plastik, kayu, payung buruk serta papan lama itu juga dijadikan sebagai ‘port’ pelanggan mencari ‘barang’ dipercayai dadah.

Tinjauan Metroplus baru-baru ini mendapati seorang dari kumpulan itu dilihat sedang berurusniaga di kawasan terbabit, berhampiran Jalan Raja Chulan di sini.

Ada yang dilihat sedang tidur, malah ada yang sedang mandi dari punca air yang dicuri dari bangunan berdekatan.

Mereka tidak malu dilihat sebegini oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan berdekatan, malah menunjukkan muka bengis ketika membalas pandangan orang ramai.

Difahamkan, masih terdapat banyak lagi pondok di kawasan atas bukit itu, namun gagal didekati.

Seorang pekerja di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zamrin, 30, memberitahu penagih di situ bukan saja meragut orang ramai, malah pelajar di sekolah berdekatan.
“Pernah saya melihat mereka turun dari bukit berkenaan beramai-ramai kemudian mengugut seorang pelajar yang pulang dari sekolah sebelum merampas duit pelajar berkenaan.

“Pekerja wanita di sini juga tidak terlepas, mereka yang berseorangan akan turut sama diragut kumpulan itu,” katanya lagi. Seorang pengunjung bangunan berdekatan, Haizam, 30, berkata kawasan berkenaan memang terkenal dengan kes ragut.

“Pihak pengurusan di bangunan ini memberi peringatan kepada wanita yang bekerja di situ untuk pulang awal dan ditemani.

“Kebanyakan kes berlaku ketika waktu habis bekerja, sekitar jam 5 petang,” katanya Sementara itu, Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Norliana Husna Khor Abdullah, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung aktiviti berkenaan di kawasan terbabit.

Rumah inspektor wanita dibom empat lelaki





2010/04/17
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TAIPING: “Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi tidak lama kemudian kenderaan itu kembali sebelum terdengar letupan,” kata seorang inspektor wanita apabila rumahnya dibaling bom petrol (molotov cocktail) dalam kejadian dipercayai bermotifkan balas dendam di Taman Jana Mulia, Kamunting, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun yang bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, tidur dalam bilik di rumah sewanya.
Dia yang tinggal berseorangan berkata, dia terjaga apabila terdengar bunyi motosikal berulang alik di depan rumahnya dan ketika membuka tingkap melihat kelibat empat lelaki menaiki dua motosikal.

“Sejurus mendengar letupan, saya keluar dari bilik dan terkejut apabila mendapati sofa dan permaidani terbakar. Saya meminta pertolongan jiran bagi memadamkan kebakaran itu.

“Apabila keluar, saya juga mendapati belakang kereta kemek dipercayai diketuk dan lampu pagar dipecahkan. Saya juga dapati dinding rumah ada kesan terbakar,” katanya di sini, semalam.

Pegawai itu yang enggan namanya disiarkan berkata, tiga botol dipercayai bekas berisi petrol ditemui pecah iaitu satu di ruang tamu manakala dua lagi di hadapan rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya mengesyaki perbuatan itu dilakukan pihak yang terbabit kes dadah kerana pegawai wanita berkenaan aktif dalam penangkapan pesalah kes itu di Taiping.

“Ini mungkin bermotifkan dendam akibat tindakan tegas pegawai berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat menggunakan api dan polis masih menjalankan siasatan rapi bagi memberkas penjenayah terbabit.

Penyamun hantuk ala Zidane

SUBANG JAYA: Bagai aksi pemain terkemuka Perancis, Zinedine Zidane menghantukkan kepala di dada pertahanan Itali, Marco Materazzi pada pusingan akhir Piala Dunia Jerman, seorang penyamun menggunakan taktik sama apabila menghantukkan kepalanya ke kepala mangsanya sebelum menyamun wang RM50,000.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, mangsa berusia 37 tahun baru keluar dari bank di SS19 di sini, selepas mengeluarkan RM50,000 sebelum memasukkan dalam beg komputer ribanya. Difahamkan mangsa yang juga seorang kontraktor mengeluarkan wang berkenaan untuk membayar gaji pekerjanya serta hal berkaitan kontrak kerjanya. Sumber berkata, ketika mangsa menuju keretanya, dia melihat dua lelaki mencurigakan keluar dari Proton Persona berwarna hitam.
“Mangsa mempercepatkan langkahnya, bagaimanapun dua lelaki itu mengejar sebelum seorang daripada suspek menghantukkan kepalanya ke kepala mangsa dengan kuat menyebabkan mangsa terjatuh di tepi longkang. “Kedua-dua suspek disyaki warga asing itu berdasarkan loghat percakapan mengambil beg milik mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dengan dibantu orang awam yang ternampak mangsa di longkang itu.

Selain RM50,000, mangsa kehilangan beberapa dokumen penting yang tersimpan dalam beg disamun itu termasuk geran kereta. Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu, berkata kedua-dua suspek berusia 25 tahun dan 35 tahun itu masih diburu.

Remaja ditahan bantu kes gaduh





2010/04/17
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki dalam kes pergaduhan di Jalan Cemperai 10, Taman Rasa Utama di Rasa, Hulu Selangor, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata remaja yang tidak bersekolah itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelmarin.
“Hasil siasatan mendapati remaja itu berada di tempat kejadian. Bagaimanapun, siasatan lanjut dijalankan. Kami memburu dua suspek utama kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki maut apabila dibelasah dalam pergaduhan di hadapan sebuah rumah teres di Jalan Cemperai 10, Taman Rasa Utama, Rasa, dekat Hulu Selangor.

Pembeli kereta lelong kecewa tindakan bank

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta yang menemani suaminya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN) di sini, terkejut apabila keretanya yang diletakkan di pusat rawatan berkenaan ditarik sebuah bank tanpa sebarang notis.
Lebih membingungkan pemiliknya, bank yang menarik Proton Wira Aeroback itu bukan institusi kewangan yang memberi pinjaman sewa beli kenderaan kepadanya.
Zarina Nordin, 48, berkata suaminya, Shofian Abddullah, 47, dimasukkan ke IJN pada 1 April lalu kerana saluran jantung tersumbat.

“Disebabkan mahu menjaga suami, saya tidak tengok langsung kereta, tetapi meminta adik melihat keadaannya selepas dua hari diletakkan di tempat letak kereta IJN.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila diberitahu Proton Wira Aeroback terpakai yang dibeli empat tahun lalu hilang,” katanya yang ditemui di IJN di sini, semalam.

Menurutnya, dia membeli kereta yang dilelong sebuah bank pada harga RM17,000 dan membuat pinjaman sewa beli dengan bank lain.

“Seorang pengawal keselamatan kemudian memaklumkan kereta itu sudah ditarik kira-kira jam 11 pagi, 3 April lalu oleh pihak bank yang melelong tanpa notis pemberitahuan.

“Saya pelik bagaimana kereta boleh ditarik sedangkan saya tidak pernah gagal membayar pinjaman. Kami kemudian bergegas ke stor simpanan milik bank itu di Ulu Klang, tetapi tidak dibenarkan dibawa pulang.

“Adik lelaki saya menghubungi bank yang memberi pinjaman dan kami sekali lagi terkejut kerana mereka tidak tahu mengenai perkara itu serta tidak pernah mengeluarkan surat kuasa kepada mana-mana pihak untuk menarik kenderaan itu,” katanya.
Zarina berkata, dia kemudian menghubungi bank yang melelong kereta itu sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan sedangkan pinjaman dibuat di bank lain.

“Saya pergi ke bank berkenaan, tetapi pegawai enggan melayan kami, sebaliknya memberi tahu pinjaman kereta itu sudah empat tahun tidak dibayar menyebabkan ia ditarik,” katanya.

Dia berkata, tidak puas hati dengan tindakan itu, satu laporan dibuat di Pondok Polis IJN pada 3 April lalu dan dia juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap bank berkenaan.

Meteor meletup di Amerika Syarikat





RAKAMAN menerusi kamera web cam menunjukkan letupan meteor di ruang angkasa Madison, Amerika Syarikat pada malam Rabu lalu.



MADISON - Sebutir meteor yang besar telah menerangkan ruang angkasa Wisconsin, Iowa, Illinois dan Missouri, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menghasilkan satu bunyi letupan sonik yang menggegarkan rumah-rumah serta boleh didengari ratusan kilometer jauhnya pada malam Rabu lalu.
Bebola api gergasi itu juga telah menukar suasana gelap menjadi hijau.
Ia boleh dilihat dalam tempoh 15 minit, kira-kira pada pukul 10 malam pada waktu tempatan.
Beberapa imej yang dramatik berkaitan insiden itu dirakamkan secara tidak sengaja oleh kamera video polis di Iowa.
Seorang ahli astronomi, Mark Hammergren berpendapat meteor itu amat besar.
"Jika ia cukup untuk menerangkan ruang udara seperti waktu siang dan menghasilkan bunyi letupan sonik, ia pasti bersaiz besar. Kalau berlaku pada waktu siang, orang ramai pasti boleh melihat kesan asap di udara," katanya.
Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan. - Agensi

Model mengadu diraba pengunjung



GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan dua model sedang berbogel di Muzium Seni Moden, Manhattan.


MANHATTAN - Beberapa model pameran The Artist is Present karya artis Marina Abramovic yang berlangsung di Muzium Seni Moden (MoMA) di sini mengadu telah diraba oleh para pengunjung, lapor akhbar New York Post semalam.
Pameran itu menampilkan lapan orang lelaki dan wanita yang berbogel atau hampir berbogel berdiri dalam pelbagai aksi di ruang galeri tingkat enam muzium berkenaan.
"Kami sedia maklum dengan cabaran yang terpaksa dihadapi ekoran terdapat model yang berbogel di galeri pameran ini.
Pengunjung-pengunjung yang menyentuh atau mengganggu model akan diiringi keluar oleh pihak keselamatan MoMA," kata seorang jurucakap muzium itu.
Pihak muzium itu telah membatalkan keahlian seorang lelaki setelah dia didapati meraba seorang model tersebut.
Sekumpulan pengunjung yang tidak dinyatakan jumlahnya telah dihalau keluar dari muzium itu kerana meraba model-model itu.
Namun, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat ekoran perbuatan meraba model berkenaan.
Pameran itu bermula pada 14 Mac lalu dan berlangsung sehingga 31 Mei depan. - Agensi

Zul Ariff minta ampun




Rumah bapa saudara 'Tuan Muda' di Tanah Putih, Pekan kelihatan tidak berpenghuni.


KUANTAN – Setelah mendapat ‘lampu hijau’, remaja pintar yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang dengan memakai gelaran ‘Tuan Muda’ akhirnya meminta ampun secara rasmi kepada pihak istana semalam.
Permohonan maaf itu dinyatakan oleh Zul Ariff Abdullah, 18, dalam sepucuk surat yang dia sendiri serahkan melalui Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Leftenan Kolonel (B) Nor Hashim Abdul Aziz kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Dalam surat tersebut, remaja berasal dari Bera itu telah membuat aku janji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.
Nor Hashim berkata, remaja terbabit juga menyatakan rasa kesal dengan perbuatannya.
“Dia memohon ampun kepada Tengku Abdullah serta semua anggota kerabat diraja dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan serupa.
“Remaja itu juga mengaku bahawa dia melakukan perbuatan tersebut seorang diri atas kehendaknya sendiri tanpa pengetahuan saudara-maranya yang lain.
“Berikutan itu kita telah menarik balik laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini petang kelmarin berhubung kes tersebut,” katanya di sini semalam.

Menyamar ejen UiTM tipu pelajar




KAMPUS UiTM di Seksyen 17, Shah Alam.


SHAH ALAM – Satu sindiket penipuan terancang yang menawarkan tempat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbongkar.
Sindiket berkenaan yang menyamar sebagai ejen pengambilan pelajar baru UiTM itu dikatakan membuat tawaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim kepada remaja lepasan SPM secara rambang.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar semalam mendedahkan kewujudan ejen palsu itu yang dikesan telah menipu sekurang-kurangnya 10 individu di sekitar Seremban dan Melaka.
Katanya, setakat ini hanya seorang daripada 10 mangsa telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM500 kepada ejen berkenaan.
“Selepas disiasat, mangsa berkata, ejen ini mengenakan bayaran pendaftaran di antara RM2,160 hingga RM2,700.
“Ini sudah satu penipuan kerana UiTM hanya caj wang sumbangan di antara RM200 hingga RM400 semester bagi seorang pelajar,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Rayuan Anwar batal tuduhan liwat 4 Mei



PUTRAJAYA 16 April - Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan pertuduhan liwat terhadapnya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei ini.
Salah seorang peguam yang mewakilinya, Sankara Nair memberitahu pemberita, tarikh itu dimaklumkan melalui faksimile oleh Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini hari ini.
Anwar merayu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Februari lalu yang sebulat suara menolak rayuannya agar pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, dibatalkan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Abu Samah Nordin itu turut menolak permohonan lisan Anwar selaku perayu agar keputusan tersebut digantung sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah menolak permohonan lisan itu atas alasan ia tidak sempurna kerana tidak disertai dengan notis usul dan afidavit sokongan.
Ketua Pembangkang itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 1 Disember tahun lalu yang menolak permohonannya agar tuduhan liwat tersebut dibatalkan.
Dalam permohonannya, Anwar memberi alasan bahawa tuduhan berkenaan berniat jahat, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah selain satu konspirasi politik serta muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998.
Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin akan bersambung pada 10 Mei ini.

Abang Beng Hock fail notis dakwa Nazri Aziz hina mahkamah



SHAH ALAM 16 April - Teoh Meng Kee, abang kepada Teoh Beng Hock hari ini memfailkan notis usul agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipenjara bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung kenyataan yang dibuat terhadap Dr. Pornthip Rojanasunand.
Permohonan secara ex parte (sebelah pihak) itu difailkan melalui firma guaman, Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret di sini pada pukul 11.30 pagi.
Meng Kee, 34, dalam afidavit sokongannya mendakwa Mohamed Nazri mengeluarkan kenyataan terhadap pakar patologi dari Thailand itu di media elektronik termasuk Malaysiakini pada 11 April lalu dengan berkata: She is a liar. She lied in the inquest.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika mengulas pendedahan Pornthip bahawa beliau terpaksa menarik diri daripada menghadiri perbicaraan inkues menyiasat kematian Beng Hock kerana mendakwa terdapat 'gangguan politik' daripada kerajaan Malaysia.
Selain menuduh Pornthip menipu selepas bersumpah, Meng Kee mendakwa, kenyataan itu merupakan satu kesimpulan atau andaian awal ke atas isu yang akan dan sepatutnya hanya diputuskan oleh koroner.
Dia juga mendakwa kenyataan Mohamed Nazri itu mempunyai kecenderungan untuk menganggu atau campur tangan dalam pentadbiran keadilan dan mengakibatkan penghinaan yang serius ke atas mahkamah.
Sehubungan itu, Meng Kee memohon perintah mahkamah mengikut Jadual Ketiga, Perkara 26 Akta Mahkamah-Mahkamah Rendah 1948 agar Mohamed Nazri dipenjara kerana telah menghina mahkamah.
Dalam permohonan itu, dia turut mendakwa mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk berbuat demikian kerana berperanan memastikan inkues kematian adiknya dijalankan dengan sempurna mengikut undang-undang tanpa sebarang campur tangan.
Pornthip yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor semasa memberi keterangan sebelum ini berpendapat 80 peratus kemungkinan Beng Hock mati akibat dibunuh berikutan beberapa kesan kecederaan pada badannya.
Beliau dijadualkan memberi keterangan sekali lagi berhubung bedah siasat kedua ke atas mayat Beng Hock pada 20 April ini.
Beng Hock yang merupakan setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bangunan yang sama.
Sementara itu, Karpal ketika ditemui pemberita memberitahu, permohonan notis usul itu akan didengar pada Selasa ini di Mahkamah Koroner di sini.
Permohonan untuk menangguhkan keterangan Pornthip berikutan masalah keselamatan yang difailkan oleh Kerajaan Negeri Selangor semalam juga akan didengar pada hari yang sama

Kes kelindan lori bunuh budak disebut semula 22 April



PETALING JAYA 16 April - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes seorang kelindan lori yang didakwa membunuh kanak-kanak, K. Harreswaral.
Majistret Ho Kwong Chin menetapkan tarikh itu sementara menunggu keputusan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung isu penahanan reman M. Rajamorgan, 33.
Beliau sebelum itu diberitahu oleh peguam bela Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh bahawa semakan kehakiman tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.
Semakan tersebut difailkan Amer Hamzah pada 20 Mac lalu selepas beliau tidak berpuas hati dengan arahan majistret tersebut yang melanjutkan reman anak guamnya sehari sebelum itu, atas alasan belum mendapat surat izin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Perintah itu disifatkan beliau sebagai di luar bidang kuasa mahkamah tersebut.
Rajamorgan yang berada dalam reman sejak 5 Mac lalu menghadapi dakwaan membunuh Harreswaral di taman permainan kanak-kanak di Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Kayu Ara di sini di antara pukul 9.40 malam dan 10.10 malam, 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tarikh hari ini ditetapkan untuk sebutan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Roslan Abu Bakar yang dibantu Zhafran Rahim Hamzah memaklumkan bahawa pihaknya bersedia memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi hari ini setelah menerima surat izin.
Roslan bagaimanapun tidak membantah permohonan pihak pembelaan untuk menunggu keputusan semakan itu.

2 pengarah Steven's Tea Garden didenda



KUALA LUMPUR 16 April - "Kamu mungkin boleh pegang jawatan pengarah untuk 10 syarikat tapi kamu jangan jadi pengarah atas nama sahaja. (Jadi pengarah) banyak tanggungjawab, kamu kena tahu Akta Syarikat.
"Kena pastikan minit mesyuarat, bermesyuarat setahun sekali dan audit kewangan. Pengetahuan itu perlu ada, jangan mudah percaya orang lain kalau mereka kata tidak payah buat apa-apa."
Demikian nasihat seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pengarah syarikat perniagaan restoran, Steven's Tea Garden Corp. Sdn. Bhd., Yap Yee Teng, 39, dan Ng Yau Meng, 35, yang mengaku bersalah atas tiga tuduhan di bawah Akta Syarikat 1965.
Hakim Rozana Ali Yusoff yang menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM3,700 bagi setiap tertuduh menegaskan, tanpa sebarang pengetahuan, seseorang pengarah itu tidak akan tahu tugas dan tanggungjawab mereka.
"Menjadi pengarah syarikat adalah satu tugas yang berat dan saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada kamu," katanya.
Yee Teng dan Yau Meng yang didakwa secara berasingan mengaku salah atas ketiga-tiga tuduhan yang dilakukan di pejabat syarikat di alamat No.307, Tingkat 1, Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras di sini.
Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa gagal membentangkan Penyata Untung Rugi syarikat yang pertama dalam mesyuarat agung tahunan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh syarikat itu diperbadankan pada 1 April 2008.
Mereka juga didakwa gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan yang pertama dalam tempoh yang sama dan gagal menyerah simpan Penyata Tahunan yang pertama dalam tempoh sebulan dari tarikh mesyuarat itu sepatutnya diadakan.
Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa di bawah Seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965 manakala bagi tuduhan kedua dan ketiga mereka didakwa mengikut Seksyen 143(1) dan Seksyen 165(4) masing-masing dibaca bersama Seksyen 370 akta tersebut.
Setiap pertuduhan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 171(1), Seksyen 143(4)(a) dan Seksyen 165(7) akta yang sama.
Yee Teng dan Yau Meng masing-masing didenda RM3,000 bagi tuduhan pertama dan denda RM500 serta RM200 bagi dua tuduhan lain.
Terdahulu, Yee Teng ketika merayu hukuman diringankan menyatakan, dia kini tidak bekerja setelah syarikat itu ditutup kerana disita oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
"Disebabkan reputasi tersebut, saya kini sukar mendapat pekerjaan. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini pada masa hadapan," kata duda seorang anak itu sambil menitiskan air mata.
Yau Meng pula memohon jumlah denda dikurangkan kerana dia kini bekerja dengan bapanya dengan gaji RM2,000 sebulan.
Sementara itu, Rozana turut menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan semula dua pertuduhan terhadap Steven's Tea Garden setelah Yee Teng yang mewakili syarikat itu mengaku tidak bersalah.
Bagi dua pertuduhan tersebut, syarikat itu didakwa gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh diperbadankan dan gagal menyerah simpan Penyata Tahunan dalam tempoh sebulan dari tempoh mesyuarat itu sepatutnya diadakan.
Di sebuah lagi Mahkamah Sesyen, kedua-dua mereka menghadapi tiga tuduhan hampir sama bagi sebuah lagi syarikat iaitu Semangat Teknologi Gagah Sdn. Bhd. di alamat yang sama.
Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, Hakim S. M. Komathy Suppiah menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula setelah Yee Teng dan Yau Meng selaku pengarah syarikat itu menyatakan mereka akan mengemukakan surat representasi kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pendakwaan dikendalikan oleh dua pegawai pendakwa daripada SSM, Mohamad Azies Han Mohd. Fadzil dan Faizah Ahmad.

Bicara kes Darling 7 Julai



KUALA LUMPUR 16 April - Perbicaraan kes pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau dikenali dengan panggilan Darling yang didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai cagaran berharga akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini selama tiga hari bermula 7 Julai ini.
Hakim Jagjit Singh menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aishah K.M. Abu Bakar memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada pihak pembelaan.
''Lima dokumen lagi yang belum diserahkan akan dibekalkan kemudian,'' kata Noor Aishah yang mengendalikan pendakwaan.
Nasreen, 27, diwakili oleh peguam K. Khailes.
Pada 6 Februari lalu, Nasreen mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu 'Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd.' bertarikh 16 Ogos 2007.
Nasreen didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Dia yang diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin didakwa melakukan perbuatan itu di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak di sini pada 16 Ogos 2007.

Langgar mati budak dipenjara 2 tahun



KUALA LUMPUR 16 April - Sudahlah tidak mempunyai lesen memandu, lori yang dipandunya pula tidak dilindungi polisi insurans.
Lebih malang lagi, semasa memandu lori tersebut tujuh tahun lalu, dia melanggar seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sehingga meninggal dunia.
Tidak cukup dengan sikap tidak berhemah, bekas pemandu lori yang tidak bertanggungjawab itu juga gagal melaporkan kemalangan maut tersebut di balai polis berdekatan dalam tempoh 24 jam.
Hari ini, C. Murugan, 33, dihukum penjara dua tahun dan denda RM5,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Trafik di sini bagi kesemua tuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Majistret Nik Haslinie Hashim juga memerintahkan lelaki tersebut dipenjara lima bulan lagi jika gagal membayar denda.
Nik Haslinie dalam keputusannya menyatakan, setelah meneliti keterangan semua saksi, beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan yang munasabah.
Bagi tuduhan pertama, Murugan didakwa memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian ke atas Muhammad Aizat Ahmad di lorong Kampung Benteng, Segambut di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 10 Disember 2003.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.
Bagi kesalahan gagal membuat laporan polis dan tidak mempunyai lesen memandu, dia didenda RM400 dan RM300.
Kedua-dua tuduhan dibuat mengikut Seksyen 52(2) dan Seksyen 26(1) akta yang sama.
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 90(1) akta tersebut iaitu tidak melindungi kenderaan dengan insurans, denda sebanyak RM300 dikenakan terhadapnya.
Sepanjang perbicaraan, seramai sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberikan keterangan.
Dalam rayuan untuk meringankan hukuman, peguam bela, R. Murugan yang mewakili tertuduh menyatakan, anak guamnya yang masih bujang tidak mempunyai niat untuk melanggar mangsa.
Katanya, tertuduh yang kini membantu bapanya menjalankan perniagaan besi buruk turut menyifatkan tempoh tujuh tahun perbicaraan itu adalah seperti hukuman terhadapnya.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Abdullah Said.

Penerbangan ke Eropah terjejas



ASAP hitam berkepul-kepul naik ke udara kesan daripada gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland, kelmarin. Letusan kedua ini memaksa banyak penerbangan di Eropah terpaksa dibatalkan. - AP


HONG KONG 16 April - Syarikat-syarikat penerbangan di seluruh Asia Pasifik terpaksa menjadualkan semula atau membatalkan penerbangan hari ini selepas kepulan besar abu gunung berapi menyelubungi ruang udara Eropah.
Dari Wellington hingga ke Tokyo, penumpang yang mahu ke Eropah kini terpaksa menunggu dalam keadaan tidak pasti bila penerbangan hendak disambungkan ketika gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland yang meletus, sekali gus mencetuskan masalah trafik udara terbesar sejak serangan pengganas 11 September 2001.
Syarikat penerbangan memberi amaran kepulan abu gunung berapi itu mengambil masa beberapa hari untuk mendap, menyebabkan beribu-ribu penumpang terkandas di lapangan terbang.
Qantas Airways di Australia berkata, penerbangan ke London dan Frankfurt mungkin tidak dapat dilakukan sehingga hujung minggu ini.
Jurucakapnya, David Epstein meminta penumpang agar tidak ke lapangan terbang kerana penerbangan tidak akan dibuat dalam masa terdekat.
Lima penerbangan 24 jam dari Australia ke Eropah semalam dihentikan ketika ia berhenti mengisi minyak di Singapura, Hong Kong dan Bangkok, memaksa penumpang bermalam di hotel.
Air New Zealand membatalkan penerbangan ulang-alik dari London, dengan pengurus besar kumpulan antarabangsa syarikat itu, Ed Sims menyatakan penumpang berdepan dengan 'situasi tidak pasti'.
Japan Airlines (JAL) membatalkan sembilan penerbangan ulang-alik ke Paris, Amsterdam, London, Milan dan Frankfurt, menyebabkan lebih 2,000 penumpang terkandas.
Tindakan serupa diambil All Nippon Airways yang membatalkan enam penerbangan melibatkan lebih 1,500 orang.
Walaupun tidak dapat dilihat dari bawah, abu gunung berapi sangat bahaya kepada pesawat kerana ia menyebabkan enjin tersekat dan mengurangkan jarak penglihatan.
Anggaran sebanyak 5,000 hingga 6,000 penerbangan dibatalkan semalam sahaja ketika abu berwarna kelabu merentasi utara Lautan Atlantik. - AFP

Ketua Baju Merah cabut lari




ARISMAN Pongruangrong diturunkan menggunakan tali oleh para penyokong Baju Merah dari bangunan Hotel SC Park semasa melarikan diri daripada pihak berkuasa Thai di Bangkok, semalam. - REUTERS


BANGKOK 16 April - Krisis politik Thailand menyaksikan insiden memeranjatkan hari ini apabila seorang pemimpin protes antikerajaan, Arisman Pongruangrong melarikan diri dengan menggunakan tali dari bilik hotelnya bagi mengelak dari ditangkap pihak berkuasa, malah penyokongnya turut menjadikan dua pegawai polis sebagai tebusan.
Perbuatan berani Arisman adalah keaiban terbaru kerajaan, yang 30 minit sebelum itu mengumumkan pasukan keselamatan telah mengepung hotel tersebut untuk menahannya dan beberapa pemimpin lain yang bersembunyi di dalam bangunan itu.
Pihak berkuasa setakat ini masih gagal menamatkan perhimpunan selama sebulan oleh berpuluh ribu Baju Merah di kawasan pelancongan dan beli-belah Bangkok. Sekurang-kurangnya 24 terbunuh minggu lalu apabila askar cuba menyuraikan sekumpulan penunjuk perasaan.
Serbuan yang gagal hari ini menunjukkan kesanggupan kerajaan untuk menghadapi konfrontasi baru dengan Baju Merah, yang berkempen untuk menggulingkan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru.
Namun ia hanya membangkitkan kemarahan Baju Merah, yang kemudian mengisytiharkan 'perang' ke atas kerajaan.
"Mulai saat ini misi kita adalah untuk memburu Abhisit... ini adalah perang antara kerajaan dan Baju Merah," kata Arisman, seorang bintang pop yang menjadi aktivis, kepada penyokongnya.
Dia adalah pemimpin Baju Merah yang menghasut keganasan. Dikehendaki polis kerana mengetuai pencerobohan ke atas Parlimen oleh beratus-ratus penyokong pada 7 April lalu, Arisman juga mengepalai rusuhan ke atas sidang kemuncak ASEAN di Pattaya tahun lalu, menyebabkan ia dibatalkan.
Seorang lagi pemimpin Baju Merah dilihat memanjat turun tingkap hotel dan pokok namun tidak dapat dipastikan dia berjaya melarikan diri atau tidak.
Sementara itu, beribu-ribu penyokong prokerajaan 'Baju Merah Jambu' yang menggelar diri mereka 'Rakyat Melindungi Negara' berhimpun di luar pangkalan tentera tempat Abhisit berlindung di Bangkok sambil mengibarkan bendera Thailand dan meminta pihak berkuasa bertindak ke atas Baju Merah.
Ketua Baju Merah Jambu, Tul Sittisomwong berkata, mereka telah menyerahkan surat kepada kerajaan meminta 'tindakan diambil ke atas pengganas dan penunjuk perasaan yang tidak mengadakan protes dengan aman'. - AP/AFP

Patung karya seni disangka orang bunuh diri



NEW YORK 16 April - Sebuah patung dengan saiz manusia yang ditempatkan di tingkap Bangunan Empire State yang tinggi menimbulkan kegemparan apabila ia disangka sebagai seorang individu yang cuba membunuh diri.
Kejadian itu menyebabkan perkhidmatan kecemasan 911 dihujani panggilan telefon, namun polis yang bergegas ke tempat kejadian dan kemudiannya mendapati ia hanyalah sebuah daripada 31 patung karya artis Britain, Antony Gormley yang diletakkan di situ.
Empat daripada patung yang sama turut diletakkan di bumbung bangunan lain seperti Madison Square Park dan tepi jalan termasuk di Fifth Avenue.
Polis memberitahu The Post, insiden itu hanya membazirkan masa mereka kerana pihaknya tidak mempunyai anggota yang cukup untuk melayan panggilan tentang sebuah patung yang ingin 'membunuh diri'. - AFP

Ulang tahun ke-5 Pope diselubungi skandal penderaan seksual paderi



VATICAN CITY 16 April - Pope Benedict XVI (gambar) pada Isnin ini akan menyambut ulang tahun kelima menjadi pemimpin tertinggi Gereja Roman Katolik ketika semakin banyak skandal paderi melakukan penderaan seksual didedahkan di seluruh dunia.
Keluhan Vatican yang mendakwa dituduh secara tidak adil, digabung dengan kenyataan atau inisiatif yang dilihat sebagai tidak menggambarkan usaha bersungguh-sungguh serta ulasan yang mencetus kontroversi melemahkan kredibiliti Benedict, demikian menurut penganalisis.
Beliau yang genap berusia 83 tahun hari ini, turut mempunyai reputasi tidak sensitif terhadap isu-isu lain.
Benedict kerap menimbulkan kemarahan kaum Yahudi sejak dilantik pada 2005, dengan menyambung hubungan dengan biskop Richard Williamson yang berpendapat tiada cerobong gas Nazi wujud.
Selain itu, beliau juga berdepan saat genting dengan orang Islam, penduduk asli, warga Poland, golongan homoseksual malah saintis.
"Dalam era moden, tidak pernah ada seorang pemimpin tertinggi yang berdepan krisis berulang yang berterusan sehingga sekarang," kata pakar Vatican, Marco Politi dari akhbar berhaluan kiri Itali, Il Fatto Quotidiano.
Katanya, antara yang paling menjejaskan adalah kekecohan berhubung pencabulan seksual paderi ke atas kanak-kanak.
Seorang lagi pemantau Vatican, John Allen dari agensi Pemberita Katolik Kebangsaan berkata, dalam terma pengurusan perniagaan, Benedict berdepan dengan krisis demi krisis.
Benedict mula menghadapi krisis besar pada September 2006 apabila beliau mencetus kemarahan dunia Islam dengan ucapan yang menyokong pandangan Maharaja Byzantine kurun ke-14 yang menyamakan Islam dengan keganasan.
Bagaimanapun, Benedict banyak melakukan pergeseran dengan Yahudi di mana dua tahun lalu, beliau membenarkan penggunaan semula doa Good Friday, 'penukaran agama orang Yahudi', yang dibuang oleh Vatican pada 1960-an.
Pada 2007, Benedict membuat ulasan bahawa orang asli 'secara senyap' mahu beragama Kristian, menafikan fakta bahawa penjajah Eropah memaksakan agama itu ke atas mereka.
Lawatan ke Afrika yang paling teruk dilanda AIDS, Benedict menyatakan promosi kondom hanya akan memburukkan lagi krisis yang ada. - AFP

Gabenor Jakarta perjelas rusuhan Koja



JAKARTA 16 April - Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo hari ini menghadiri sidang pleno yang meminta beliau menjelaskan rusuhan berdarah membantah rancangan merobohkan makam seorang ulama di Koja, utara Jakarta yang meragut tiga nyawa dan mencederakan 128 yang lain.
Menurut Fauzi, pihak luar dan bukan penduduk setempat yang memburukkan ketegangan yang timbul sebaik pegawai Ketenteraman Awam tiba untuk memusnahkan makam tersebut yang terletak di tanah milik pengendali pelabuhan negara, PT Pelindo II.
Menurut beliau, pertempuran tercetus buat kali pertama pada pukul 7 pagi selepas penduduk setempat melontarkan objek terhadap pegawai, namun ia reda sejam kemudian.
"Ketegangan kembali berlaku pada pukul 8.30 pagi disebabkan pihak luar. Satu lagi pertempuran tercetus pada 10.30 pagi namun pada pukul 11 pagi pegawai diarahkan berundur.
"Namun pada pukul 11.30 pagi, pihak luar menyertai penduduk tempatan dan menjelang 3.30 petang situasi berada di luar kawalan sebelum reda selepas pukul 6 petang," kata Fauzi lagi.
Katanya, kerajaan tempatan cuba mencari penyelesaian antara pewaris bekas pemilik tanah itu dengan Pelindo II pada Oktober tahun lalu hingga bulan lepas namun gagal mencapai persetujuan.
Fauzi berkata, pentadbiran wilayah akan mengisytiharkan memorial peringatan tokoh Islam itu sebagai tapak kebudayaan dan akan kekal di sana.
Ia tercetus ekoran pertelingkahan tanah antara Pelindo II dengan ahli keluarga ulama yang disegani, Arif Billah Hasan Muhammad Al Hadad, yang makamnya sebelum ini berada di kompleks peringatan lokasi tersebut.
Mayat Habib telah dipindahkan dari kubur itu beberapa tahun lalu tetapi makamnya masih dianggap keramat oleh ramai penduduk di kawasan miskin di utara ibu kota itu. - Agensi

Belgium negara pertama haramkan purdah



ANTWERP 16 April - Belgium akan menjadi negara Eropah pertama mengharamkan pemakaian purdah atau burqa dan beberapa pakaian Islam lain yang menutup tubuh serta muka wanita.
Negara jirannya, Perancis dan Belanda juga akan melakukan langkah sama terhadap pakaian yang dilihat Barat sebagai merendahkan martabat wanita dan laluan kepada Islam radikal, kebimbangan yang mencetuskan sentimen pelampau kanan di benua ini.
"Terdapat sokongan semua pihak dalam hal ini," kata anggota konservatif jawatan kuasa Hal Ehwal Dalaman Parlimen Belgium, Leen Dierick yang menyokong usul pengharaman 31 Mac lalu.
Inisiatif ini dijangka diluluskan sebagai undang-undang Julai ini dan akan dikuatkuasakan di semua tempat awam termasuk jalan raya.
Kerisauan Islam akan menghakis identiti kebangsaan disertai dengan aduan pendatang merebut peluang kerja ketika kemelesetan ekonomi terburuk sejak berdekad lamanya, memburukkan lagi keadaan di kebanyakan negara Eropah baik besar ataupun kecil mengenai peranan orang Islam dalam masyarakat.
Ancaman ke atas kartunis dan artis mengenai gambaran Nabi Muhammad turut meningkatkan kebimbangan kononnya, Islam tidak selari dengan nilai Barat yang mempromosikan kebebasan bersuara.
Naib Presiden Eksekutif Islam Belgium, Isabelle Praile berkata, pengharaman burqa ini disasarkan ke atas hanya beberapa wanita.
"Ia sebenarnya menggambarkan ketakutan terhadap orang Islam. Ini adalah Islamofobia," katanya lagi.
Menurutnya, isu yang lebih menekan bagi penduduk Islam di Eropah adalah ekonomi, kos sara hidup dan rumah yang selesa dan bukan pengharaman burqa.
Pengundi Switzerland baru-baru ini sebulat suara mengharamkan menara masjid baru. Beberapa tahun kebelakangan ini, pembinaan masjid dan menaranya di negara Eropah seperti Sweden, Perancis, Itali, Austria, Greece, Jerman dan Slovenia mencetuskan protes yang kadangkala bertukar ganas.
Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy juga mahu burqa diharamkan atas alasan ia merendahkan maruah wanita. Tidak seperti Belgium atau Belanda, Perancis berdepan masalah untuk mengharamkan kod pemakaian sesuatu agama.
Di Belanda, tinjauan pendapat menunjukkan Parti Kebebasan yang anti-Islam pimpinan Geert Wilders mungkin mendapat tiga ganda lebih banyak kerusi dalam pilihan raya Jun ini, berbanding hanya sembilan sekarang. - AP