Search This Blog

Monday, April 12, 2010

Bapa marah Woods berskandal dengan anaknya




WOODS


MIAMI - Seorang bapa, Ray Coudriet mahu bersemuka dengan bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods setelah terbongkarnya skandal Woods menjalin hubungan seks dengan anak perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak perempuan Ray, Rachael Coudriet yang kini berumur 22 tahun berkenalan dengan bintang golf itu semasa dia berusia 14 tahun dan tinggal dalam kawasan perumahan Woods di Isleworth, Florida, Amerika Syarikat (AS).
Ray yang merupakan bekas anggota pasukan marin AS berasa marah ekoran terbongkarnya skandal tersebut yang berlaku pada tahun lalu dan dia mahu berjumpa dengan Woods.
"Ray mahukan jawapan. Dia tidak mahu bercakap dengan media mengenai hal itu," kata sumber di kawasan perumahan Woods.
Rachael mendapat elaun AS$3,074 (RM9,789) sebulan daripada bapanya.
Dia turut menaiki sebuah jet peribadi untuk pergi ke beberapa lokasi di AS.
Ray memiliki sebuah syarikat pembinaan yang bernilai berjuta-juta dolar.
"Woods dan Elin (isteri Woods) mengenali Ray pada perayaan Krismas dan Hari Kesyukuran. Namun, Ray tidak tahu bahawa Woods rapat dengan anak perempuannya," kata sumber berkenaan.
Pihak media mendedahkan bahawa Woods pernah menjalin hubungan seks dengan Rachael selama dua jam di pejabat peribadinya di Florida 11 bulan lalu.
Beberapa sumber memberitahu, Woods dan Rachael membuat banyak pertemuan sejak beberapa tahun lalu.
Rachael turut menerima mesej berbaur lucah daripada Woods semasa mereka menjalin hubungan.
Pendedahan terbaru itu bakal menjejaskan lagi hubungan Woods dengan isterinya Elin Nordegren selepas bintang golf tersebut menjalani rawatan bagi merawat ketagihan seksnya. - Agensi

Bangkok jadi lautan darah





SEORANG penunjuk perasaan mengangkat tangan semasa anggota-anggota pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata di Bangkok kelmarin.



BANGKOK - Thailand kini terjerumus dalam keganasan politik terburuknya sejak dua dekad lalu selepas 21 orang mati dan 800 lagi cedera dalam pertempuran antara askar-askar dan kumpulan antikerajaan yang memakai baju merah.
Seorang jurukamera warga Jepun yang bertugas dengan agensi beritaReuters dan empat askar merupakan antara yang terbunuh.
Kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu mula bertindak ganas apabila pasukan tentera cuba untuk mengusir mereka di satu lokasi perhimpunan dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Penunjuk-penunjuk perasaan yang mengadakan perhimpunan sejak hampir sebulan itu mendakwa Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva memperoleh kuasa secara tidak sah, selain menuntutnya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.
Kumpulan penunjuk perasaan itu yang enggan menerima tawaran rundingan dengan kerajaan turut meminta Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej campur tangan bagi mengelakkan pertumpahan darah berlaku lagi.
Darah dilihat berserakan di sekitar lokasi bersejarah berhampiran Jalan Khaosan, Bangkok akibat pertempuran itu yang berlaku malam kelmarin.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, Abhisit menyatakan simpatinya terhadap keluarga mangsa namun beliau enggan tunduk kepada desakan supaya meletakkan jawatan.
Bangkok digegarkan dengan perhimpunan protes sejak Thaksin disingkirkan daripada jawatan melalui satu rampasan kuasa tentera pada 2006. - Agensi

Penyelia butik menyamar jadi polis didakwa



12/04/2010 4:47pm

KUALA LUMPUR - Seorang penyelia butik pakaian muslimah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyamar sebagai anggota polis, Khamis lepas.
Razlan Affandi Mohd Johar, 27, didakwa menyamar dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada seorang lelaki warga Bangladesh bernama Nazmul di Lorong Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur, pada pukul 4.45 petang, 8 April.
Razlan yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan kerana dia hanya berpendapatan RM1,000 sebulan dan tinggal bersama keluarga angkat.
Majistret Nor Azah Kasran membenarkan Razlan dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan seorang penjamin.
Nor Azah menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pendakwaan dikendalikan oleh Cif Insp R. Rukumar. - Bernama

Pasir dicuri, jalan pula roboh




KEADAAN jalan yang runtuh akibat kejadian curi pasir membimbangkan penduduk Kampung Salak Tengah, Sepang semalam.


SEPANG - Kegiatan mencuri pasir di Jalan Jati, Kampung Salak Tengah, Sepang sejak 10 tahun lalu kini mengundang bahaya kepada penduduk sekitar apabila tebing sungai semakin roboh akibat hakisan.
Sungai itu yang pada asalnya jernih dan boleh digunakan untuk mengairi kawasan kebun juga semakin tercemar dan berkeladak.

Misteri kematian wanita Iran




ROBABEH mati dalam keadaan tertiarap selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah apartmen servis di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sekumpulan empat pelajar wanita Iran pucat lesi selepas mendapati seorang rakan mereka yang disangka berehat di dalam bilik mati selepas terjatuh dari tingkat 14 di sebuah apartmen servis di Jalan Munshi Abdullah di sini semalam.
Kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan Robabeh Mahdi, 22, mati di lokasi kejadian selepas cedera parah di kepala.

JLKN patut siasat identiti




KERATAN Kosmo! Ahad semalam.


KUALA LUMPUR - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (gambar) menyifatkan kes remaja berusia 17 tahun yang memperdayakan orang ramai dengan menyamar sebagai anak angkat suaminya sebagai amat melucukan apatah lagi remaja itu langsung tidak dikenali.
Sambil tersenyum menatap muka depan akhbar Kosmo! Ahadmengenai kes tersebut, isteri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu turut hairan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) kerana tidak menyiasat identiti sebenar remaja terbabit.

Kapal berlanggar angkara iPod



WASHINGTON 11 April - Sebuah kapal selam nuklear Amerika Syarikat (AS) melanggar satu lagi kapal lain sehingga menyebabkan kerosakan sebanyak AS$92 juta (RM294 juta), gara-gara petugasnya leka mendengar muzik menggunakan iPod.
Kelasi kapal selam USS Hartford itu juga menguatkan pembesar suara supaya muzik dimainkan semasa mereka bertugas, demikian menurut laporan rasmi malam semalam.
Operator sonar dan petugas radio tiada di tempat duduk masing-masing sementara kelasi lain mengendalikan kapal selam tempur itu 'dengan sebelah tangan dan tanpa memakai kasut'.
Laporan itu menyelar pengendali kapal yang mendengar iPod di dalam kabin sambil mengulangkaji menjelang peperiksaan.
Tentera laut AS mendapati berlaku lebih 30 kesalahan termasuk 'suasana tidak formal' dan 'penguatkuasaan lemah' yang membawa kepada 'kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan'.
Seramai 15 kelasi kapal selam itu cedera apabila ia melanggar kapal pengangkut, USS New Orleans dalam insiden di Teluk Parsi pada Mac tahun lalu itu. - AGENSI

Kakitangan Itali terlibat komplot bunuh gabenor Afghanistan





GULAB (kiri) menerangkan sesuatu kepada media pada satu sidang akhbar di Lashkar Gah, kelmarin. - AP



KANDAHAR, Afghanistan 11 April - Tiga kakitangan perubatan Itali merupakan antara sembilan orang yang ditahan selepas didakwa terlibat dalam satu komplot untuk membunuh seorang gabenor sebuah wilayah di Afghanistan, menurut pegawai semalam.
Mereka ditahan selepas pihak berkuasa menemui jaket pengebom berani mati, bom tangan, beberapa pucuk pistol dan bahan letupan lain di stor sebuah hospital di Lashkar Gah, ibu negeri wilayah Helmand, selatan Afghanistan kata seorang jurucakap kerajaan wilayah itu.
Menurut jurucakap yang dikenali sebagai Daud Ahmadi itu, polis berjaya memperoleh maklumat berhubung komplot untuk membunuh gabenor Helmand, Gulab Mangul, yang mana disasarkan semasa beliau dijadual mengadakan lawatan ke sebuah hospital di daerah itu.
Sebuah video mengenai serangan itu yang diperoleh oleh Berita Televisyen The Associated Press menunjukkan pasukan tentera Britain bersama polis, tentera dan pegawai kerajaan Afghanistan bersama-sama bergerak ke Pusat Pembedahan Kecemasan untuk Mangsa Perang Sivil di bandar itu yang dikendalikan oleh kumpulan Kecemasan swasta itali.
Di dalam bilik stor, mereka menemui peluru-peluru, pistol, bom tangan dan beberapa buah beg mengandungi bahan letupan yang disorok di dalam kotak.
Dalam satu kenyataan, organisasi yang berpengkalan di Milan itu menafikan pembabitan mereka dalam sebarang komplot selain yakin bahawa kakitangan mereka akan dibebaskan daripada tuduhan itu.
Menurut organisasi itu, pihak mereka tidak dibenarkan menghubungi ketiga-tiga suspek berkenaan dan kerajaan Afghanistan serta pihak berkuasa antarabangsa pula tidak menjelaskan mengapa mereka ditahan.
"Mereka ini merupakan orang yang bekerja untuk memastikan kebajikan rakyat Afghanistan terbela. Kami mohon supaya kamu menghormati hak mereka.
"Pertama sekali, hak untuk berkomunikasi dengan kami dan membenarkan kami dimana mereka berada dan bagaimana keadaan mereka sekarang," katanya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, Kedutaan Itali gagal dihubungi. - AP

Seluruh Poland diselubungi kesedihan



WARSAW/SMOLENSK Rusia 11 April - Rasa terkejut dan sedih menyelubungi rakyat Poland hari ini ketika upacara bertafakur dua minit sebagai penghormatan kepada Presiden Lech Kaczynski dan golongan elit negara ini, sehari selepas mereka terbunuh dalam nahas udara di Rusia.
Pesawat lama jenis Tupolev terhempas akibat kabus tebal di Smolensk, barat Rusia semalam, membunuh kesemua 97 penumpang.
Kaczynski sebelum itu merancang untuk memperingati ulang tahun ke-70 pembunuhan pegawai Poland oleh pasukan tentera Kesatuan Soviet di hutan berdekatan bandar itu.
Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin memberi penghormatan terakhir dalam upacara ringkas di Smolensk sebelum keranda Kaczynski dibawa pulang dengan pesawat tentera ke Warsaw. Pegawai Poland menyatakan waktu pengebumian masih belum ditentukan.
Berjuta-juta rakyat negara yang kuat berpegang pada mazhab Roman Katolik ini berpusu-pusu ke gereja untuk mendoakan mereka yang terbunuh. Ribuan lagi berkumpul di depan istana Presiden di Warsaw dan menjadikannya kawasan peringatan dengan jambangan bunga, lilin dan kibaran bendera merah putih Poland serta potret mereka yang terkorban.
Pemangku Presiden, Bronislaw Komorowski dan Perdana Menteri Donald Tusk turut menyalakan lilin ketika siren dibunyikan pada waktu tengah hari.
Komorowski mengumumkan perkabungan selama seminggu dan meminta rakyat mengetepikan perbezaan politik mereka pada masa ini. Kaczynski yang dikenali sebagai pejuang nasionalis haluan kanan, adalah tokoh kontroversi yang mempunyai ramai musuh.
Sementara itu, Timbalan Ketua Turus Tentera Udara Rusia, Alexander Alyoshin dipetik sebagai berkata, juruterbang pesawat yang dinaiki Kaczynski tidak mengendahkan amaran menara kawalan agar tidak mendarat.
Kementerian Pengangkutan Rusia menyatakan pasukan penyiasat kedua-dua negara kini mula menafsirkan rakaman data penerbangan pesawat itu untuk menentukan punca nahas.
Nahas udara ini berlaku walaupun pesawat Tupolev yang dinaiki Kaczynski baru diperbaiki pada Disember lalu dengan penukaran tiga enjin, sistem elektronik baru dan peralatan navigasi serta bahagian dalaman terkini, demikian menurut pengarah besar syarikat penyelenggaraan kapal terbang, Alexei Gusev. - Reuters/AP

Baju Merah cetus korban berdarah




PENUNJUK perasaan antikerajaan menterbalikkan sebuah kenderaan tentera dari sebatang jalan raya di Bangkok, pagi semalam. – AP


BANGKOK 11 April - Penunjuk perasaan antikerajaan hari ini mempertahankan kedudukan mereka di serata Bangkok dan menolak rundingan dengan kerajaan, selepas konfrontasi selama sebulan mencetuskan pertempuran yang meragut 21 nyawa dalam keganasan politik terburuk di Thailand sejak hampir dua dekad lalu.
Kelongsong peluru, batu dan tompokan darah ditemui di jalan-jalan berhampiran satu kawasan pelancongan utama di mana askar cuba menyuraikan penunjuk perasaan Baju Merah yang menuntut Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva membubarkan Parlimen dan mengatur pilihan raya awal.
Kerajaan-kerajaan asing mengeluarkan amaran kepada rakyat masing-masing supaya menangguhkan lawatan ke negara ini, di mana pelancongan merupakan satu industri utama.
Penunjuk perasaan hari ini menunjukkan sejumlah senjata yang mereka rampas daripada askar, termasuk raifal dan peluru mesingan berkaliber besar. Aktivis turut menawan beberapa askar Thai tetapi membebaskan mereka kemudian.
Seorang pemimpin Baju Merah, Jatuporn Prompan berkata, tangan Abhisit kini 'berlumuran darah'.
"Tidak ada rundingan lagi kerana Baju Merah tidak akan berunding dengan pembunuh. Sungguhpun jalannya penuh liku, kewajipan kita adalah untuk memuliakan mereka yang terbunuh dengan membawa demokrasi ke negara ini," kata Jatuporn dari pentas yang didirikan sementara.
Seorang lagi pemimpin protes, Nattawut Saikua memberitahu wartawan, upacara pengebumian untuk 14 penunjuk perasaan yang terkorban dijadual diadakan malam ini di lokasi mereka gugur, dan mayat mereka akan diarak di serata Bangkok esok. Tiada demonstrasi dirancang untuk hari ini.
Pasukan keselamatan malam tadi memasuki kawasan yang diduduki penunjuk perasaan di sekitar Monumen Demokrasi Bangkok, dekat Khao San Road yang menjadi tumpuan pelancong bajet.
Tindakan tersebut sebaliknya mencetuskan pertempuran dan bunyi tembakan dan letupan bom petrol kedengaran selama lebih dua jam.
Jurucakap tentera, Kolonel Sansern Kaewkamnerd menuduh penunjuk perasaan membaling bom tangan dan melepaskan tembakan peluru hidup. Seorang jurucakap APTN melihat dua pengawal keselamatan Baju Merah membawa raifal penggempur.
Seorang jurucakap kerajaan pula menafikan askar menggunakan tembakan peluru hidup untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
"Tidak ada tembakan peluru hidup dilepaskan ke arah penunjuk perasaan," kata Panitan Wattanayagorn pada sidang media yang disiarkan ke seluruh negara.
Empat askar dan 17 orang awam termasuk seorang jurukamera Jepun yang bertugas untuk Reuters terbunuh dalam keganasan itu, manakala lebih 800 lagi cedera. - AP/AF

Korban banjir meningkat



NITEROI, 11 April - Angka korban dalam banjir terburuk di Brazil sejak berpuluh-puluh tahun dijangka meningkat kepada lebih 400 orang semalam, sementara pasukan penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa yang masih hidup dalam satu kejadian tanah runtuh meskipun harapan semakin tipis.
Mayat-mayat dikeluarkan dari timbunan tanah lumpur dan sampah-sarap di kawasan setinggan Morro do Bumba di Niteroi lewat kelmarin dan semalam, menjadikan angka kematian meningkat kepada 223 orang.
Sejumlah 220 orang lagi dipercayai tertimbus hidup-hidup dalam kejadian tanah runtuh di kawasan setinggan tersebut yang terletak dalam kedudukan berbahaya di atas tapak pembuangan sampah di Niteroi, ke timur Rio de Janeiro.
Kira-kira 60 jam selepas hujan paling lebat dalam tempoh setengah abad menyebabkan banjir besar dan banjir lumpur, pasukan penyelamat masih belum selesai mengeluarkan mayat dari bawah timbunan bertan-tan batu, runtuhan bangunan dan tanah.
Banjir melanda seluruh kawasan setinggan di lereng bukit atau favela di kawasan metropolitan bandar ini.
Paling teruk terjejas ialah Niteroi di mana sekurang-kurangnya 141 orang terkorban manakala 63 lagi mayat ditemui di Rio de Janeiro.
Hujan lebat dan banjir menyebabkan kira-kira 50,000 penduduk terpaksa berpindah, sama ada kerana rumah mereka rosak atau mereka diarah berpindah disebabkan ancaman tanah runtuh.
Pakar geologi, Marcelo Motta yang terlibat dalam siasatan mengenai tanah runtuh memberitahu stesen televisyen Globo News, dua keretakan dalam tanah berbatu mencetuskan pergerakan tanah yang menyebabkan timbunan sampah-sarap bercampur air serta gas metana menuruni bukit.
Tumpuan segera beralih kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap kerosakan dan bilangan kematian yang besar itu.
Pakar menyalahkan 'kelalaian' pihak kerajaan kerana membenarkan golongan miskin membina rumah secara tidak teratur di kawasan yang berisiko dilanda bencana, seperti di lereng bukit-bukit curam. - AFP

Serang tadika: Tiada kaitan dengan ah long



JOHOR BAHRU 11 April - Polis menafikan Taman Sinario di Muar diserang seorang lelaki pada 10 Mac lalu sehingga menyebabkan tiga kanak-kanak cedera disebabkan oleh salah seorang bapa mangsa berhutang dengan ceti haram atau ah long.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Amer Awal berkata, siasatan mendapati, bapa salah seorang mangsa hanya membuat pinjaman menerusi bank, namun telah menyelesaikan pinjaman tersebut.
"Motif sebenar serangan itu masih dalam siasatan dan kita yakin penahanan seorang lelaki pada Jumaat lalu dapat membantu siasatan.
"Oleh itu, laporan sebuah akhbar yang menyatakan bapa salah seorang mangsa meminjam wang daripada ah long adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Amer diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai motif serangan tersebut yang dipercayai berpunca daripada pinjaman ah long.
Ditanya sama ada wartawan terbabit akan dipanggil bagi memberi keterangan, Amer bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, tiga murid Tadika Sinario, Nur Nadhirah Nabilah Mohd. Yusri, 6; Alex Tan Kar Eik, 6, dan Vincent Tee Hui Seng, 6, cedera di kepala akibat diketuk dengan tukul besi oleh seorang lelaki.
Pengetua tadika itu, Voon Siew Kuin turut cedera di bahu kanan dan tangan kiri.
Susulan kejadian tersebut, polis menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 29 tahun di sekitar Muar pada 13 Mac lalu.
Jumaat lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan pemeriksaan ke atas rumah suspek di Muar turut membawa kepada penemuan empat tukul besi, sebuah topi keledar bertutup penuh dan sepasang pakaian jaket kuning.

11 terlibat judi sabung ayam ditahan



RASAH 11 April - Kegiatan judi sabung ayam membabitkan pekerja asing di sebuah tapak pembinaan tumpas apabila 11 orang ditahan dalam serbuan di Seremban 2 dekat sini hari ini.
Dalam serbuan anggota polis Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang ditahan sedang mengatur perlawanan sabung ayam di kawasan berkenaan.
Pegawai D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Supritendan Maszely Minhad berkata, maklumat tentang perjudian haram itu diperoleh pihaknya berdasarkan risikan dan intipan selama sebulan di kawasan berkenaan.
"Pada mulanya, kita mengesan sindiket judi itu menempatkan seorang pengawal di pintu masuk kawasan pembinaan itu, namun selepas diserbu, polis terpaksa masuk ke lokasi sasaran sejauh satu kilometer.
"Di lokasi itu, polis menemui dua buah khemah yang dipasang untuk kegiatan judi sabung ayam," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu di sini hari ini.
Maszely memberitahu, kesemua mereka yang ditahan termasuk tiga lelaki warga tempatan manakala selebihnya enam lelaki dan dua wanita warga Indonesia berusia antara 17 hingga 45 tahun.
Pada masa yang sama, beliau percaya salah seorang dari warga tempatan itu merupakan dalang yang menganjurkan sabung ayam haram di lokasi itu.
"Dalam serbuan ini, polis merampas 29 ekor ayam sabung, tujuh taji besi yang digunakan untuk tujuan menyabung, satu buku kecil yang mengandungi angka-angka nombor ekor haram serta peralatan perjudian.
"Turut ditemui, wang tunai berjumlah RM1,930 yang dipercayai hasil pertaruhan peserta," katanya.
Maszely memberitahu, seramai empat pegawai dan 11 anggota terlibat dalam serbuan yang dilancarkan selama dua jam itu.
Kata beliau, mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan lanjut.
Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 4A (a), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63 bagi mengesan sama ada warga asing itu memiliki permit kerja yang sah atau sebaliknya, kata beliau.

Suspek kes bunuh ditahan



BUKIT MERTAJAM 11 April - Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di Skudai, Johor baru-baru ini yang dipercayai terlibat dalam satu kes pembunuhan di Nibong Tebal, Pulau Pinang hujung bulan lalu.
Suspek yang ditahan pada 6 April lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) bagi membantu siasatan kes kematian K. Kantha Kaneya, 38.
Dalam kejadian pada 28 Mac lalu di Taman Seri Bestari, Nibong Tebal, suspek dikatakan berang apabila diganggu dan dimaki dengan kata-kata kesat oleh mangsa ketika minum arak sebelum bertindak memukul mangsa dengan topi keledar.
Kantha yang mengalami kecederaan teruk di kepala koma selama empat hari sebelum meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya.
Ketua Polis Daerah SPS, Supritendan Shafien Mamat berkata, suspek dibawa ke rumah kakaknya di Nibong Tebal dan menemui topi keledar yang digunakan untuk memukul mangsa dan disorokkan dalam rumah itu.
"Polis juga masih mengesan enam lagi rakan suspek yang turut berada di tempat kejadian pada malam tersebut namun tidak terlibat memukul mangsa.
"Mereka telah dikenal pasti namun masih bebas dan polis juga telah membuat serbuan di rumah dua daripada mereka tetapi tidak berhasil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Suspek kini ditahan reman sehingga 15 April ini. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Empat GRO China diberkas





KLANG 11 April - Kelab malam yang menawarkan perkhidmatan seks kini bukan sahaja wujud di pusat-pusat bandar tetapi semakin popular di ladang kelapa sawit.
Awal pagi ini, sebuah bangunan usang di ladang kelapa sawit di Teluk Gong, Pandamaran di sini yang menyediakan kemudahan kelab malam dan hiburan, diserbu.
Berperanan sebagai mini kelab malam, pelanggan akan duduk dan minum dalam bangunan itu sebelum memilih pasangan yang rata-ratanya wanita warga China.
Selepas bersetuju dengan harga yang ditawarkan, pelanggan akan mencari tempat lain termasuk pusat-pusat hiburan di pusat bandar bersama wanita warga asing tersebut.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China berusia lingkungan 20-an yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di premis itu.
Kata beliau, operasi hasil maklumat orang ramai itu diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Klang, Deputi Supritendan Roslan Ibrahim bersama 18 orang anggota polis mulai pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi.
"Ketika serbuan, wanita warga asing itu sedang duduk di meja-meja yang disediakan bagi melayan tetamu.
"Polis percaya premis itu sebagai transit sebelum GRO dan pengunjungnya pergi berhibur di pusat-pusat hiburan lain di bandar ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad menambah, keempat-empat wanita itu kini ditahan mengikut Akta Imigresen dan seorang lelaki tempatan berusia 50-an selaku penjaga premis turut ditahan empat hari bagi membantu siasatan.
Katanya, premis itu didapati beroperasi tanpa lesen daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

APA YANG TELAH BERLAKU?: Berusia 13 Tahun, Dikahwinkan Secara Paksa, Meninggal Dunia Kerana Kecederaan & Pendarahan




Apa yang sebenarnya berlaku? Sila baca pautan di bawah ini. Berdasarkan berita tersebut, budak malang ini telah DISETUBUHI dan berkemungkinan DILIWAT (berdasarkan kecederaan) SECARA PAKSA DAN GANAS beberapa kali sebelum mengalami pendarahan dan meninggal dunia. Mangsa turut diikat sebelum disetubuhi oleh suaminya  secara ganas. Laporan berita tersebut telah mengesahkan bahawa budak perempuan malang itu dipaksa berkahwin dengan BINATANG! Saya petik:



[AP] A 13-year-old Yemeni child bride who bled to death shortly after marriage was tied down and forced to have sex by her husband, according to interviews with the child's mother, police and medical reports.


The girl's mother, Nijma Ahmed, 50, told the Associated Press that before her daughter lost consciousness, she said that her husband had tied her up and forced himself on her. "She looked like she was butchered," she said about her daughter's injuries.

Elham Assi, 13, bled to death hours after she spoke to her mother and just days after she was married to a 23-year-old man. She died on April 2 in the deeply poor Yemeni village of Shueba, some 200 kilometers northwest of the capital. Her husband, Abed al-Hikmi, is in police custody.

The practice of marrying young girls is widespread in Yemen where a quarter of all females marry before the age of 15, according to a 2009 report by the country's Ministry of Social Affairs. Traditional families prefer young brides because they are seen as more obedient and are expected to have more children.
Legislation to ban child brides has been stalled by opposition from religious leaders. There has been no government comment over the case.

The girl - one of eight siblings - was pushed into marriage after an agreement between her brother and her future-husband to marry each other's sisters to avoid having to pay expensive bride-prices - a common arrangement in Yemen, the poorest country in the Middle East.

According to police notes from the interrogation of the husband, he was upset because he could not consummate their relationship and felt under pressure to prove his manhood.

Assi's mother said she also tried to persuade her daughter to have sex with her husband so as not to shame the family.

Al-Hikmi took his young bride to a nearby medical clinic, asking a doctor there to administer her tranquilizers so she would not resist his advances. The clinic said it refused.

Al-Hikmi then obtained performance enhancing pills, according to the police interrogation, and that night completed the act while she screamed.

The next day, he returned to the same medical clinic carrying Assi because she could not walk.

"I told him not to go near her for at least ten days," said Dr. Fathiya Haidar. She said Assi's vaginal canal was ripped.

A forensic report obtained by the AP showed that Assi's injuries were much more extensive, including extensive tearing around the vagina and rectum, suggesting that there might have been additional intercourse after the clinic visit.

Her mother said she visited Assi later that day, where she found her daughter fading in and out of consciousness.

"She whispered in my ear that he had tied her up and had sex with her violently," she said. "I said to her husband, what have you done, you criminal?"

She said al-Hikmi told her that the young bride was just possessed by spirits and said he would take her to a folk healer to cast them out. Hours later, Assi was dead.

"She asked me to stay beside her," her mother said.

The practice of marrying young girls is widespread in Yemen and has drawn the attention of international rights groups seeking to pressure the government to outlaw child marriages.

"Early marriage places girls at increased risk of dropping out of school, being exposed to violence, abuse and exploitation, and even losing their lives from pregnancy, childbirth and other complications," said UNICEF's regional director Sigrid Kaag, in a statement Wednesday condemning the death.

A February 2009 law set the minimum age for marriage at 17, but it was repealed and sent back to parliament's constitutional committee for review after some lawmakers called it un-Islamic. The committee is expected to make a final decision on the legislation this month.

The issue of Yemen's child brides received widespread attention three years ago when an 8-year-old girl boldly went by herself to a courtroom and demanded a judge dissolve her marriage to a man in his 30s. She eventually won a divorce.

In September, a 12-year-old Yemeni child-bride died after struggling for three days in labor to give birth, a local human rights organization said.

Semua Mayat Nahas Udara Kapal Terbang Khas Presiden Poland Ditemui




26 Rabiulakhir 1431H.

Semua 96 mayat mangsa dalam nahas udara kapal terbang khas Presiden Poland, Lech Aleksander Kaczynski telah ditemui pagi tadi. Di samping itu, kotak hitam kapal terbang berkenaan juga ditemui.

Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berkata di lapangan terbang Smolenskaya, pihaknya akan memberikan bantuan sedaya upaya kepada keluarga mangsa nahas udara tersebut. 

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Moscow dengan dua buah helikopeter, untuk dikenalpasti indentiti mereka.

Presiden Rusia, Dmitry Medvedev ketika menyampaikan ucapan menerusi televisyen malam semalam mengumumkan hari berkabung pada 12 April di seluruh negara. Beliau juga berjanji menjalankan siasatan dengan sedaya upaya terhadap nahas udara tersebut.

Presiden China, Hu Jintao juga mengutus kawat takziah kepada Speaker Parlimen Poland, Bronislaw Komorowski yang ditugaskan pemangku Presiden negara itu untuk menyampaikan rasa simpati.

Balai polis jadi pilihan lokasi serah anak





MOHAMAD Soed Mahamud menunggu di luar, manakala Napisah Sulaiman dilihat keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 11 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan balai polis di sekitar Perlis dijadikan lokasi penyerahan lima anak Mohamad Soed Mahamud, 37, kepada bekas isterinya, Napisah Sulaiman, 41, pada masa akan datang bagi tujuan keselamatan.
Hakim Syarie, Mohd. Yusof Awang mengeluarkan arahan itu selepas bersetuju dengan peguam ke dua-dua belah pihak yang mencadangkan balai polis berhampiran tempat tinggal defendan iaitu Mohamed Soed dijadikan kawasan paling selamat bagi tujuan tersebut.
''Sekiranya kepentingan dan keselamatan anak-anak dalam proses penyerahan tersebut dipersetujui di balai polis, buatlah di sana," katanya.
Bagaimanapun, sebelum itu, beliau mengarahkan kedua-dua belah pihak agar menyerahkan kepada mahkamah draf kaedah sulh (penyelesaian secara damai) berhubung dengan persetujuan secara bertulis, waktu penyerahan dan lokasi yang dipersetujui bersama.
''Draf sulh berhubung persetujuan pembahagian masa untuk penjagaan sementara anak-anak hendaklah diserahkan kepada mahkamah terlebih dahulu, sebelum permohonan dan arahan lain dibuat," katanya.
Pada 2 Disember lalu, mahkamah telah mengeluarkan hak penjagaan sementara kepada Napisah iaitu kelima-lama anak pasangan itu akan dipelihara olehnya ketika cuti sekolah manakala pada waktu lain diletakkan di bawah jagaan Mohamad Soed.
Sehubungan itu, pada 1 Februari lepas, plaintif melalui peguamnya, Mohd. Zaki Zainal Abidin mengemukakan permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) agar perintah itu diteruskan demi kebajikan anak-anak tersebut.
Pada hari yang sama, Utusan Malaysia melaporkan Napisah menangis kegembiraan apabila bertemu semula dengan lima anaknya yang didakwa dilarikan oleh bekas suami ke Perlis dua tahun lalu.
Permohonan ex-parte itu dipersetujui oleh responden melalui peguamnya Suhaila Ibrahim dan hakim mengarahkan kanak-kanak itu diserahkan kepada Napisah semasa cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina pada 14 Februari lepas.
Hakim juga menetapkan hari ini untuk sebutan bagi memastikan perintah tersebut dilaksanakan sepenuhnya. Bagaimana pun hakim meminta plaintif menyerahkan dahulu draf sulh tersebut.
Ini bermakna mahkamah masih memberi ruang kepada pihak plaintif meneruskan hak penjagaan sementara terhadap lima anak-anaknya, Nurul Nabilah, 14; Muhamad Najib, 12; Nurashikin Aisyah, 10; Muhammad Irfan Fahmi, 8; dan Muhammad Nibil Adib, 6,.
Terdahulu, ketika prosiding berlangsung, peguam plaintif mendakwa anak guamnya gagal melaksanakan arahan mahkamah untuk mengambil anak-anaknya semasa cuti sekolah Tahun Baru Cina yang lepas kerana bekas suaminya hanya membenarkan dia seorang datang ke Perlis.
''Dalam perbualan telefon antara mereka, hanya anak guam saya dibenarkan datang mengambil lima anak-anaknya di Perlis dan timbul prejudis dalam kes ini kerana sebagai wanita, dia bimbang keselamatannya ke sana seorang diri dan mahu membawa pulang lima anak yang menyebabkan dia membuat laporan di Balai Polis Tanah Merah," katanya.
Sementara itu, peguam defendan pula menegaskan, anak guamnya tidak bermaksud untuk menghalang bahkan telah membenarkan anak- anaknya berbual sebanyak dua kali melalui telefon dengan ibu mereka.
''Anak guam saya menyatakan bekas isterinya boleh datang mengambil anak-anak malah dibenarkan melaporkan ke balai polis untuk mengiringinya ke rumah jika bimbang keselamatan dirinya.
''Malah plaintif juga menyatakan persetujuan menyerahkan hak penjagaan kekal kepada bekas suaminya, bagaimana pun ia masih dalam perbincangan," katanya.
Mahkamah menetapkan 3 Mei hadapan sebagai tarikh rekod persetujuan bagi kes tuntutan hak penjagaan anak itu.
Sebaik prosiding selesai, timbul salah faham plaintif apabila dilihat memarahi beberapa jurugambar yang menunggu di luar mahkamah untuk merakamkan gambarnya, lebih-lebih lagi melihat bekas suaminya berbual dengan pihak media.

Ibu tunggal ditahan dalam operasi dadah



ALOR SETAR 11 April - Seorang ibu tunggal berusia 29 tahun adalah antara empat yang ditahan polis kerana disyaki terlibat mengedar dadah dalam dua serbuan yang dilakukan di sini kelmarin dan Khamis lalu.
Apa yang mengejutkan, siasatan awal polis mendapati, wanita itu yang mempunyai dua anak adalah dalang utama dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Pokok Sena dan bandar raya ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Supritendan Baharom Othman berkata, wanita itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Telaga Emas dekat Pokok Sena kira-kira pukul 4.30 pagi kelmarin.
Turut ditahan di rumah itu, katanya, dua lelaki berusia 29 dan 42 tahun yang juga rakan kepada wanita tersebut.
"Polis kemudian menemui 32 peket plastik kecil yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin seberat 120 gram bernilai RM9,900.
"Polis turut merampas wang tunai RM1,300, sebuah kereta Proton Gen-2, sebuah motosikal dan telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM30,000 dalam operasi tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hari ini.
Menurut Baharom, siasatan lanjut polis mendapati, wanita itu memiliki dua rekod jenayah narkotik manakala dua lelaki terbabit masing-masing memiliki lapan kes jenayah dan empat kes narkotik.
Katanya, rumah milik wanita itu dipercayai dijadikan tempat membungkus heroin sebelum diedar kepada penagih di kawasan tersebut sejak lima bulan lalu.
Tambah beliau, ketika serbuan, mereka didapati leka membungkus dadah dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
"Hasil ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati mereka positif morfin," katanya.
Baharom berkata, dalam satu lagi serbuan, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai mengedar dadah di Kampung Sungai Batu, Merbok pada Khamis lalu.
Menurutnya, serbuan dibuat ke atas sebuah rumah di perkampungan nelayan pada kira-kira pukul 11 malam.
Katanya, hasil serbuan, polis menemui 80 peket kecil heroin seberat 128 gram yang dianggarkan bernilai RM11,000.
Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Gadis Iran mati jatuh pangsapuri





KUALA LUMPUR 11 April - Seorang wanita warga Iran maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Jalan Munshi Abdullah di sini awal pagi ini.
Mangsa, Robabeh Mahdi, 23, mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Zulkarnain Abd. Rahman berkata, mangsa yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta disedari terjatuh dari pangsapuri yang disewa oleh rakan serumahnya kira-kira pukul 1 pagi.
Beliau berkata, teman serumahnya menyedari mangsa terjatuh selepas mendapati dia tiada dalam bilik manakala tingkap biliknya pula terbuka.
"Mangsa tinggal di pangsapuri terbabit bersama seorang rakannya tetapi teman serumahnya itu dikatakan keluar kira-kira 10 minit sebelum kejadian.
"Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia mencari mangsa untuk berbincang mengenai satu perkara tetapi mendapati temannya itu tiada di bilik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, hairan melihat tingkap bilik mangsa terbuka, dia kemudian menjenguk ke bawah bangunan dan terkejut mendapati tubuh rakannya yang berlumuran darah terbaring di tingkat bawah.
Mohd. Zulkarnain berkata, siasatan mendapati, tiada kesan pergelutan dalam rumah mangsa termasuk biliknya semasa kejadian.
Buat masa ini, katanya, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut tetapi siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan unsur-unsur jenayah.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan pihak Kedutaan Iran sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Sementara itu, menurut seorang kenalan mangsa, lelaki warga Iran yang berusia lingkungan 30-an, mangsa merupakan lepasan Ijazah Sarjana dalam jurusan kejuruteraan.
Katanya, Robabeh memasuki Malaysia sejak tiga bulan lalu untuk melanjutkan pengajian dan menyewa sebuah unit apartmen servis tersebut bersama seorang rakan wanita.
"Walaupun saya tidak rapat dengan mangsa, tapi saya mengenali ahli keluarganya di Iran. Mereka menghubungi saya mengenai berita mengejut itu dan meminta bantuan saya untuk menguruskan keadaan di sini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pensyarah saman UUM





ALOR SETAR 11 April - Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) memfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya sehingga menyebabkan dia tidak dinaikkan pangkat.
Saman itu difailkan melalui Tetuan Khairil & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini hari ini kira-kira pukul 11 pagi.
Plaintif, Dr. Abdul Halim Mohamed, 42, menamakan Nordin selaku defendan pertama dan UUM sebagai defendan kedua.
Peguam plaintif, Fadli Shuaib berkata, pada 2007 plaintif yang ketika itu berkhidmat di UUM sebagai salah seorang pensyarah di bahagian Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan telah mengemukakan permohonan untuk kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan (DS52) kepada Majlis Eksekutif Universiti (MEU).
"Permohonan tersebut telah diakui oleh MEU dan MEU telah bersetuju untuk kenaikan pangkat plaintif ke jawatan pensyarah kanan namun, tertakluk kepada Lulus Dalam Kriteria Kecemerlangan Akademik dan Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) menerusi sepucuk surat pada 22 Februari 2007," katanya di sini hari ini.
Namun, ujar Fadli, permohonan plaintif untuk kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan tidak berjaya berdasarkan mesyuarat MEU pada 30 November 2008 dan plaintif dimaklumkan mengenai perkara itu melalui surat pada 8 Januari 2009.
Jelasnya, di dalam surat tersebut tidak dijelaskan langsung mengapa permohonan plaintif ditolak oleh MEU walaupun plaintif telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk kenaikan pangkat.
"Alasan yang diberikan kepada plaintif ialah permohonan plaintif terpaksa ditolak kerana defendan pertama iaitu Nordin tidak menyukai plaintif dari segi tingkah laku plaintif.
"Peranan yang dimainkan oleh defendan pertama selaku Naib Canselor UUM telah menyebabkan plaintif dinafikan hak untuk kenaikan pangkat," katanya.
Oleh itu, jelasnya, plaintif memohon mahkamah agar mengisytiharkan satu deklarasi bahawa plaintif telah memegang jawatan sebagai pensyarah kanan sejak Februari 2007.
Selain itu, defendan kedua hendaklah membayar tunggakan gaji dan bayaran lain yang berkaitan kepada plaintif mulai Februari 2007 sehingga sekarang mengikut gaji kepada skala pensyarah kanan (DS52).
"Plaintif juga menuntut gantirugi teladan sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan pembayaran sebanyak RM200,000 sebagai kos pengajian yang ditanggung plaintif dibayar oleh defendan kedua.
"Plaintif juga menuntut defendan pertama membayar gantirugi stress atau tekanan yang dihadapi oleh plaintif daripada 2006 hingga 2010 dan faedah sebanyak 8 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh," katanya.

Mayat bayi dalam timbunan sampah





Mayat bayi lelaki cukup sifat yang dibuang di dalam timbunan sampah di Sungai Choh, Hulu Selangor, semalam.


HULU SELANGOR 11 April - Seorang bayi lelaki dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sempurna, selain memiliki raut wajah yang comel. Malang sekali, mungkin bimbang kelahirannya itu bakal membawa malu, bayi comel itu dibuang begitu sahaja dalam keadaan yang sangat memilukan.
Dia dibungkus dengan kertas surat khabar, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah.
Sekali lagi, penemuan mayat bayi dalam keadaan tragis ini - tiga hari selepas kempen Kami Prihatindilancarkan - memperlihatkan masih ada orang yang sanggup bertindak kejam terhadap bayi tidak berdosa.
Mayat bayi lelaki malang yang masih bertali pusat itu ditemui oleh pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat bayi itu ditemui dalam timbunan sampah di sebelah kedai nasi ayam berhampiran lampu isyarat di pekan Sungai Choh.
Beliau berkata, seorang pekerja MDHS yang sedang mengutip sampah di kawasan itu menemui mayat itu dalam bungkusan plastik.
"Pekerja terbabit tergerak untuk memeriksa bungkusan plastik yang ditemuinya dalam timbunan sampah itu kerana berasa curiga dengan isi kandungannya.
"Dia terkejut apabila mendapati bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi dan segera memaklumkan perkara itu kepada orang ramai yang berada di kedai berhampiran sebelum menghubungi polis," katanya di sini hari ini.
Norel Azmi memberitahu, siasatan mendapati bayi lelaki itu baru dilahirkan dan dibuang dalam timbunan sampah sarap di situ.
Bagaimanapun, beliau berkata, bayi itu sudah mati ketika ditemui pekerja terbabit.
Berdasarkan maklumat awal pakar perubatan, katanya, bayi itu mungkin dilahirkan tidak cukup bulan tetapi sempurna sifat dan dipercayai akibat keguguran.
Tambahnya, mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kematian.
"Polis sedang berusaha mengesan ibu mangsa dan mengharapkan bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.
Khamis lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melancarkan kempen Kami Prihatin yang bertujuan menangani gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi.
Kempen anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan itu turut disokong oleh artis popular tanah air yang menyanyikan lagu Harapan Tanpa Suara.