Search This Blog

Friday, April 9, 2010

Benjy failkan habeas corpus





Azean Irdawaty mendengar penerangan daripada peguam Benjy, Amir Hamzah Arshad (kiri) sambil diperhatikan suami aktres itu, Khairil Anuar di Mahkamah Majistret 4, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 8 April - Pelakon drama, Benjy yang ditahan polis untuk siasatan kes dadah, memfailkan permohonan habeas corpus bagi mendapatkan perintah bahawa penahanannya di bawah Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 adalah tidak sah.
Permohonan tersebut dikemukakan oleh Benjy melalui peguamnya, Amer Hamzah Arshad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini pada pukul 12.15 tengah hari.
Ibu Benjy yang merupakan pelakon veteran, Azean Irdawaty turut bersama Amer Hamzah ketika permohonan difailkan sejurus prosiding di Mahkamah Majistret selesai.
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai pihak responden.
Dalam notis usul tersebut, Benjy memohon dibebaskan dengan serta merta serta tidak ditahan atau ditangkap semula selepas itu kerana mendakwa penangkapannya adalah bersifat mala fide (niat jahat).
Benjy yang turut memfailkan sijil perakuan segera memohon kesnya didengar secepat mungkin memandangkan dia boleh ditahan sehingga 60 hari dari tarikh tangkap pada 25 Mac lalu.
Sementara itu Azean yang nampak tenang berkata: "Kepada mereka yang menganiaya anak saya, sampaikan salam saya kepada ibu anda.''
Benjy ditahan di bawah akta tersebut sejurus selepas ibunya membayar wang jaminan RM2,000 pada hari dia didakwa buat pertama kali di mahkamah bulan lalu.
Terdahulu di Mahkamah Majistret, Amer Hamzah memohon kebenaran mahkamah untuk berjumpa anak guamnya selepas mendakwa beliau tidak dibenarkan menemui Benjy sehingga 5 April lalu.
''Setiap individu mempunyai hak untuk dibela. Saya memohon budi bicara dan kerjasama mahkamah untuk membenarkan saya dan keluarga Benjy berjumpa dengannya di mahkamah.
''Saya selaku peguam belanya ingin menasihati Benjy berhubung prosiding yang sedang dihadapinya kini dan mengambil arahan selanjutnya,'' katanya.
Beliau turut menyifatkan penahanan semula anak guamnya di kompleks mahkamah di sini jelas menghina mahkamah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurmadiana Mamat menjelaskan bahawa penahanan semula pelakon itu pada 25 Mac lepas, adalah satu tindakan yang betul.
''Kes tahan semula biasa berlaku sekiranya polis mendapat maklumat dan polis juga telah memberi penjelasan mengapa Benjy ditahan semula, sebab itu saya katakan polis berada di landasan yang betul,'' katanya.
Majistret Hafizza Sauni kemudiannya membenarkan Amer Hamzah berjumpa dengan Benjy setelah menangguhkan prosiding kira-kira setengah jam.
Selepas pertemuan itu, Benjy yang memakai baju lokap polis berwarna oren ketika di awal prosiding, dilihat telah menukar pakaian kepada kemeja dan seluar serba hitam.
Azean yang duduk di galeri awam ketika itu bersama suami dan dua anak perempuannya dilihat tersenyum ceria sambil menunjukkan isyarat tangan tanda bagus ke arah anak lelaki tunggalnya itu.
Pada 25 Mac lalu, Benjy mengaku tidak bersalah memiliki 0.24 gram methamphetamine di sebuah premis beralamat A-6-5 di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang, 11 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Hafizza menetap