Search This Blog

Monday, April 5, 2010

Berita Harian Online | 'Saya tetap tuntut hak sebagai isteri Tuanku'

Berita Harian Online | 'Saya tetap tuntut hak sebagai isteri Tuanku'

Berpakaian tapi ' telanjang ' Anugerah bintang popular 2009 berita Harian


Siti rampas semula gelaran

Oleh Roslen Fadzil, Ramlah Zainal dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my
2010/04/05
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merampas kembali gelaran Bintang Paling Popular yang dimenangi empat tahun lalu pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang berlangsung di sini, malam tadi.
CERIA...Norkhiriah dan Nabil bersama trofi kemenangan masing-masing.
CERIA...Norkhiriah dan Nabil bersama trofi kemenangan masing-masing.
Penyanyi wanita terkenal itu pernah enam kali menjulang trofi Bintang Paling Popular dan lebih hebat, 13 kali berturut-turut bergelar Penyanyi Wanita Paling Popular dalam majlis itu.
Siti, 31, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Aizat, Faizal Tahir, Nabil dan Aznil Nawawi.

Dia memenangi hadiah utama kereta Nissan X-Trail berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib serta pakej penginapan bernilai RM18,000 tajaan Palace of the Golden Horses, perabot tajaan Empire Classic Furniture selain trofi.
Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang bergiat aktif dalam industri hiburan sejak 15 tahun lalu turut mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular.

Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2009 di Arena of Stars di sini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid.
Majlis gilang-gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara bertemakan ‘Cetusan Warna' yang berlangsung lebih dua setengah jam.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi popular era 80-an, Datuk Khatijah Ibrahim sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang seni suara dan perfileman tanah air selama 30 tahun.
Sementara itu, Aizat meraih gelaran Penyanyi Lelaki Popular dengan menewaskan saingan terdekatnya, Faizal Tahir, selain Mawi, Akim dan Adam.
Siti Nurhaliza terus mengekalkan reputasinya sebagai Penyanyi Wanita Popular apabila memenangi gelaran kategori itu untuk kali ke-13 selepas mengetepikan Stacy, Mila, Yuna dan Jaclyn Victor.

Aktor Que Haidar pula memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular menewaskan Aaron Aziz, Afdlin Shauki Hamzah, Zul Huzaimy dan Farid Kamil, manakala Liyana Jasmay merangkul gelaran Pelakon Filem Wanita Popular.
Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular milik kedua-dua pelakon utama drama bersiri popular, Nur Kasih, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.

Kumpulan Bunkface dan Rabbani masing-masing memenangi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Nasyid Popular, manakala penyanyi yang mencetus fenomena tersendiri, Yuna merangkul gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Bagi Artis Baru Lelaki Popular, ia milik juara Mentor musim ketiga, Black yang popular dengan lagu Aku Cinta Sayang Kamu.

Pelakon drama, Norkhiriah kali pertama dicalonkan pada ABPBH berjaya membawanya meraih hadiah Artis Komedi Wanita Popular manakala Nabil pula memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.
Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, kedua-duanya mewakili Hot FM. Fara turut mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.
Aznil pula berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali ketujuh.

Tak sempat tatap anak

JASIN: “Saya amat terkilan kerana arwah isteri tak sempat menatap wajah anak kami walaupun kami pernah berjanji untuk memberi kasih sayang sepenuhnya kepada bayi ini.
SEDIH...Md Nor (tengah) bersama anaknya, Fatimah dan Nasrun mengenang nasib  keluarga mereka.
SEDIH...Md Nor (tengah) bersama anaknya, Fatimah dan Nasrun mengenang nasib keluarga mereka.
“Bagaimanapun, saya tetap reda dengan ketentuan Allah. Ini ujian terbesar pernah saya hadapi, apatah lagi terpaksa membesarkan dua anak yang kehilangan ibu tersayang,” kata Mustadza Sarmat, 29, suami kepada mangsa terbaru wabak Influenza A (H1N1), Sumarni Md Nor, 30, yang meninggal dunia, Jumaat lalu.
Lebih menyedihkan, kata Mustadza, dia turut kehilangan ibu mentua, Maimunah Dimah, 54, Rabu lalu, yang turut disahkan dijangkiti wabak itu.
“Ibu mentua sebelum ini menghidap diabetis kronik hingga menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong hingga ke paras betis. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini dia diserang batuk berpanjangan menyebabkan keadaan kesihatannya bertambah buruk.

“Apabila saya membawanya ke Klinik Kesihatan Merlimau, Selasa lalu, saya diarah merujuk ibu mentua ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut tapi dia menghembuskan nafas terakhir keesokan harinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 14 ½ Jalan Jasin, Merlimau dekat sini, kelmarin.

Jenazah Sumarni dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Rimba, Sungai Rambai.

Maimunah meninggal dunia disebabkan komplikasi diabetes selepas dimasukkan ke Hospital Melaka pada Selasa lalu dengan simptom penyakit seakan influenza (ILI).
Wanita terbabit kemudian diberi vaksin Tamiflu, bagaimanapun masalah kencing manis yang tidak terkawal menyebabkan komplikasi akibat kegagalan buah pinggang, jangkitan kuman dan kencing manis.
Sementara, Allahyarham Sumarni yang juga anak kedua wanita itu yang hamil 36 minggu dimasukkan ke hospital dengan tanda kelemasan bayi dalam kandungan. Dia turut menunjukkan gejala ILI dan disahkan positif H1N1.
Rawatan dimulakan bagi menyelamatkan bayi dan pembedahan dilakukan pada hari sama. Namun, selepas pembedahan, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tapi mengalami komplikasi dan meninggal dunia akibat ‘Adult Respiratory Distress Syndrome’ pada Jumaat lalu.

Ujian terhadap bayi perempuan itu, bagaimanapun dia negatif H1N1 dan kini dalam keadaan stabil.

Sementara itu, suami kepada Maimunah, Md Nor Md Nasir, 65, berkata isterinya mengalami batuk dan selesema berpanjangan sejak 27 Mac lalu sebelum keadaannya bertambah teruk pada awal minggu lalu dan dibawa ke Hospital Jasin, Selasa lalu.

Katanya, isterinya kemudian dirujuk ke Hospital Melaka kerana paru-parunya disyaki dijangkiti kuman.

“Apabila tiba di hospital, keadaan isteri saya tidak berubah dan keesokannya dia meninggal dunia dan disahkan dijangkiti wabak H1N1. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor,” katanya.

Saya Bukan Pelacur

KUALA LUMPUR: Dia cukup dikenali di kalangan artis lelaki tempatan termasuk pelakon dan penyanyi daripada program realiti serta golongan korporat kerana kepakarannya memulihkan masalah lemah tenaga batin.
TERIMA TEMPAHAN...Lia menerima panggilan telefon daripada pelanggan lelaki yang mahukan perkhidmatan urutan batin.
TERIMA TEMPAHAN...Lia menerima panggilan telefon daripada pelanggan lelaki yang mahukan perkhidmatan urutan batin.
Tidak hairanlah wanita tukang urut ini mendakwa pernah melakukan urutan batin terhadap lebih 1,000 pelanggan lelaki yang kemaruk teknik urutan istimewa ditawarkannya.
Wanita ini bukan calang-calang tukang urut kerana mendakwa mempunyai kepakaran khusus bagi menambah kekuatan syahwat lelaki berikutan ilmu dipelajari melalui beberapa `guru’ berpengalaman.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lia, 43, mendakwa langsung tidak berasa jijik terhadap kerja dilakukan dengan alasan tugasnya hanya untuk membantu lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin.

Lebih mengejutkan, apabila suaminya yang bekerja di sebuah badan berkanun langsung tidak mengetahui aktiviti dilakukan kerana menyangka wanita terbabit sekadar bekerja sebagai bidan serta tukang urut wanita baru bersalin.

Lia berkata, kerjayanya sebagai tukang urut bermula kira-kira 12 tahun lalu selepas diajak bekerja oleh rakannya di sebuah pusat urutan di Pandan Jaya, Ampang.
Menurutnya, dia yang ketika itu masih muda dan naif tertarik dengan pekerjaan itu selepas ditawarkan pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.

“Saya mulanya menyangka ia sekadar urutan tradisional biasa, namun terkejut apabila pemilik pusat urutan tradisional terbabit memberitahu saya perlu melakukan urutan batin bagi mendapatkan lebih komisen.

“Walaupun kekok dan malu, selepas diajar serta diberikan `kelas’ bimbingan oleh beberapa pekerja senior, saya mulai biasa dengan tugas itu,” katanya selepas dipujuk wartawan menceritakan pengalaman kerjayanya.

Menurutnya, bagi setiap bayaran urutan batin dilakukan, pelanggan membayar tambahan RM50 selain kos urutan RM60.

“Daripada bayaran RM50 bagi urutan batin, saya menerima komisen RM20 manakala baki RM30 lagi diambil tauke.
“Ada kalanya ada pelanggan lelaki datang bukan untuk mengurut badan, namun semata-mata untuk merasai urutan batin hingga sanggup membayar sekali ganda harga perkhidmatan ditetapkan,” katanya.

Namun, selepas bekerja selama lima tahun, dia berasakan kerjayanya seolah-olah dikongkong, apatah lagi dengan gaji yang masih di takuk lama selain keuntungan diperoleh hasil komisen `dirembat’ tauke.

“Atas nasihat rakan saya berpindah dari satu rumah urut ke rumah urut lain sebelum akhirnya mengambil keputusan bergiat secara solo berikutan sudah mempunyai ratusan pelanggan tetap yang hanya perlu menghubungi saya melalui telefon.

“Saya akan dihubungi melalui telefon bimbit untuk tempahan sama di bilik hotel, pangsapuri atau di pusat urut milik rakan di Greenwood, Gombak,” katanya.

Menurutnya, dia hanya menawarkan urutan badan dan batin tanpa membabitkan hubungan seks.

“Bukan tiada pelanggan sanggup membayar lebih jika saya bersetuju melakukan aksi ranjang, namun saya menolak dengan baik kerana tidak mahu merosakkan profesion dan dilabelkan pelacur.

“Saya masih ada maruah dan hanya melakukan tugas mengurut tubuh terutama bahagian saraf tertentu pada kemaluan lelaki yang mampu memulihkan keinginan syahwat `lembik’ selain mengembalikan kejantanan,” katanya.

Menurutnya, ada antara artis lelaki yang datang berurut dengannya mengalami masalah `mati pucuk’ ketika usia muda kerana terlalu kerap melakukan onani atau terbabit seks bebas sejak usia belasan tahun.

“Selepas tiga hingga lima kali menjalani rawatan, kebanyakan mereka mampu pulih seperti sedia kala dan berpuas hati dengan khidmat saya,” katanya sambil sibuk mengangkat panggilan telefon daripada pelanggan.

Lia berkata, ramai masyarakat tersalah anggap kerana menyangka kerjayanya tidak ubah seperti `pelacur’ berikutan sanggup memegang kemaluan lelaki untuk melakukan urutan batin.

“Semua yang saya lakukan (urutan batin) bukan ‘semberono’ kerana ia dilakukan mengikut langkah demi langkah dimulai dengan urutan pada bahagian perut, paha, pinggang dan bahagian bawah pusat menggunakan minyak urut khas.

“Ia diikuti urutan pada bahagian pangkal kemaluan yang dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan urat darah yang tersimpul kembali lancar,” katanya.

Menurutnya, dia mampu memperoleh sehingga RM100 bagi pelanggan biasa dan RM200 bagi pelanggan istimewa terutama di kalangan selebriti. Adakalanya dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM4,000 sebulan hasil kerja itu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun cukup berahsia dan enggan mendedahkan identiti pelanggan di kalangan artis yang pernah mendapatkan khidmat urutan batin dengannya kerana berpegang kepada janji dan prinsip.

“Jika saya sebut nama artis berkenaan, pasti satu Malaysia mengenalinya, namun saya sudah berjanji merahsiakan nama mereka atas dasar bisnes,” katanya.

Digilis lepas jatuh

TRAGEDI...mayat Norlaili diangkat untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Norlaili.Kereta itu yang mengekori mangsa dari belakang gagal mengelak selepas Norlaili Jamaludin, 25, tergolek di atas jalan sebelum melanggar mangsa.
Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa bersama rakan lelakinya menaiki motosikal di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Taman Medan, di sini.

Menurutnya, rakan mangsa, Faizul Majid, 22, dalam perjalanan menghantar Norlaili pulang ke rumah saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi Faizul gagal mengelak lalu merempuh sisi belakang sebelah kanan sebuah bas RapidKL yang diletak di bahu jalan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya.

“Sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun gagal mengelak sebelum merempuh Norlaili. Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di muka dan badan,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati Norlaili berasal dari Jalan Sawi 6, Yap Tau Sah, Kluang, Johor.

“Kemalangan itu turut menyebabkan Faizul cedera parah. Faizul dari Kemaman, Terengganu penuntut tahun pertama, Ijazah Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam,” katanya.

Orang ramai yang menghubungi talian kecemasan 999 resah apabila ambulans tidak muncul selepas lebih 30 minit sehinggalah pegawai penyiasat trafik muncul di lokasi kejadian.

Akhirnya, sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam mengambil risiko menghantar Faizul ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jenazah Norlali turut dihantar ke PPUM dengan kenderaan pacuan empat roda polis beberapa minit kemudian untuk bedah siasat.
Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, pemandu kereta terbabit sudah membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemandu kereta yang memandu laju menggunakan tayar gantian maut selepas tercampak keluar sejurus kenderaan dipandu terbabas dan melanggar pagar kawasan tapak pembinaan.

Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, rempuhan kuat kereta Proton Satria itu turut mengakibatkan enjin kenderaan tercabut sebelum tercampak keluar kira-kira 20 meter.

Sumber polis berkata, kemalangan berlaku ketika Jinnah Rao Munusamy, 23, memandu bersendirian berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Kepong, di sini.

Kereta api sasaran baru bom



MOSCOW 4 April – Sebuah kereta api kargo tergelincir awal hari ini apabila bahan letupan yang dipasang di landasan meletup di wilayah Dagestan, Caucasus Utara.
Kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas 12 orang dalam serangan-serangan pengebom berani mati di wilayah yang bergolak di Rusia itu.
“Lapan gerabak sebuah kereta api kargo tergelincir berikutan satu letupan di landasan dekat kampung Pervomaiskoye pada 4.05 pagi ini (8.05 pagi waktu Malaysia),” kata sumber dalam perkhidmatan keselamatan wilayah kepada agensi berita Interfax.
Tidak ada kecederaan atau kematian dalam insiden itu, menurut sumber.
Sebuah kereta api penumpang dari bandar Tyumen, Siberia ke Baku dijadual melalui landasan sama dua jam kemudian.
Perjalanan kereta api tersebut dihentikan sementara landasan dibaiki, lapor Interfax.
Militan memperhebat serangan sejak beberapa bulan lalu di seluruh rantau Kaukasus di Rusia, di mana pejuang pemisah memerangi pihak berkuasa tempatan pro-Kremlin dan pasukan keselamatan Rusia.
Kumpulan ‘Emiriah Caucasus’ diketuai oleh Doku Umarov mengaku bertanggungjawab melancarkan dua serangan pengebom berani mati ke atas stesen-stesen kereta api bawah tanah di Moscow pada Isnin lalu, dengan menyebabkan 40 orang maut.
Mereka sebelum itu mengaku mendalangi serangan bom ke atas kereta api laju Ekspres Nevsky yang meragut 28 nyawa pada November lepas. – AFP

35 maut dalam tiga letupan berturutan kawasan kedutaan Baghdad



ORANG ramai melihat sendiri kawasan pengeboman kereta dekat Kedutaan Iran, semalam, sambil diawasi anggota keselamatan. - AP


BAGHDAD 4 April - Pengebom berani mati meletupkan tiga bom kereta berhampiran kawasan kedutaan di Baghdad hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain.
Insiden berlaku dua hari selepas sekumpulan lelaki melakukan serangan ke atas kawasan perumahan di selatan Baghdad dan membunuh 24 orang yang dipercayai pejuang anti al-Qaeda.
Peningkatan penumpahan darah selepas kedamaian beberapa hari menimbulkan kerisauan kumpulan pemberontak akan mengambil kesempatan berikutan kekalutan politik selepas pilihan raya Parlimen bulan lalu yang tidak menunjukkan kemenangan muktamad mana-mana pihak.
Letupan hari ini berlaku secara berturutan, satu berhampiran Kedutaan Iran dan dua lagi di kawsan yang menempatkan beberapa kedutaan lain, termasuk Konsulat Mesir dan Kedutaan Jerman, demikian menurut jurucakap pusat arahan operasi Baghdad, Mejar Jeneral Qassim al-Moussawi.
Jelasnya lagi, pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki yang memakai tali pinggang dengan bom sebelum dia sempat melakukan letupan keempat dengan sebuah kereta sarat dengan bahan letupan dekat bekas Kedutaan Jerman yang kini merupakan sebuah bank.
Pengawal di Konsulat Mesir melepaskan tembakan ke atas seorang daripada penyerang semasa dia memandu ke arah mereka, namun gagal menghentikannya sebelum letupan mengenai penghadang konkrit.
Empat warga Mesir yang bekerja di konsulat itu cedera akibat serpihan bom, demikian menurut Kementerian Luar Mesir.
"Serangan bom ini ditujukan ke atas misi diplomatik. Ia adalah tindakan keganasan," kata al-Moussawi lagi.
Pengeboman serentak dan diaturkan di Baghdad merupakan tanda jelas ia didalangi al-Qaeda di Iraq.
Kekuatan letupan menyebabkan bangunan bergoyang dan memecahkan tingkap di tengah ibu negara Iraq ini. Babak televisyen menunjukkan orang awam di luar Kedutaan Iran mengusung mangsa cedera ke dalam kenderaan polis dan ambulans. Mangsa yang berlumuran darah meninggalkan tempat kejadian ketika asap berkepul ke udara.
Pegawai polis berkata, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di luar Kedutaan Iran dan kira-kira 16 lagi maut dalam letupan lain. Hampir 215 yang lain dilaporkan cedera. - AP

Enam lelaki bebas tuduhan bunuh



ALOR SETAR 4 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan enam lelaki termasuk dua beranak atas tuduhan membunuh seorang lelaki lima tahun lalu.

Siasat dakwaan pelajar ketagih rokok campur dadah



KUCHING 4 April - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan menyiasat dakwaan Kesatuan Guru Sarawak (STU) bahawa pengedar dadah menggunakan rokok bercampur dadah bagi memancing pelajar menjadi penagih dan ejen mereka.
Pengarah AADK Sarawak, Rosland Hussen berkata, agensi itu akan mendapatkan kepastian daripada Jabatan Pendidikan negeri tentang kesahihan kenyataan STU itu yang tersiar dalam sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris pada Sabtu.
"Pada peringkat ini kami ingin dapatkan dahulu gambaran lebih jelas sebelum mengambil tindakan yang diperlukan," katanya kepada Bernama di sini hari ini sebagai mengulas pendedahan mengejutkan oleh STU itu.
Akhbar berkenaan memetik Presiden STU, William Gani Bina sebagai berkata pelajar yang menghisap rokok bercampur dadah akan menjadi ketagih dan bagi mendapatkan wang untuk membelinya, mereka akan menjadi ejen pengedar dadah menjual rokok berkenaan kepada pelajar lain di dalam dan luar kawasan sekolah.
STU membuat kenyataan itu berikutan operasi pencegahan dadah di Bintulu awal minggu ini yang menyaksikan 14 pelajar dan empat belia ditahan polis. - Bernama

Usaha bebaskan Omar



KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Luar akan terus berusaha membantu membebaskan peniaga, Omar Atan (gambar), 59, yang dipenjara di Laos melalui rundingan dengan kerajaan negara berkenaan.
Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, sehubungan itu anggota keluarga Omar diminta bersabar kerana rundingan ini dijangka mengambil masa.
''Kita akan berusaha mencari jalan terbaik melalui perundingan dengan pihak Laos supaya Omar dapat dibebaskan secepat mungkin,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usaha kerajaan bagi membantu membebaskan Omar daripada terus meringkuk di Penjara Punthong, Vientiane, sejak 13 Mei tahun lalu kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.
Omar telah dibenarkan pulang selama 10 hari ke negara ini pada 20 Mac lalu berikutan kematian isterinya sebelum pulang semula ke Laos bagi meneruskan hukuman penjara.

Tembakau disorok di bahagian enjin kereta



Mohd. Noor Idris (dua kiri) bersama Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Mohd. Zunaidi Abdullah (kiri) melihat tembakau kering dalam bonet hadapan bahagian enjin kereta yang ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam.


KUBANG PASU 4 April - Helah seorang lelaki untuk menyeludup sejumlah tembakau dengan menyorokkan barangan itu di bahagian enjin kereta tidak berhasil apabila berjaya dikesan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah.
Akibatnya lelaki berusia 51 tahun itu ditahan pasukan tersebut pada pukul 11.20 pagi di Kilometer 4.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran pekan Changlun di sini hari ini.
Komander UPP negeri, Mohd. Noor Idris berkata, hasil pemeriksaan menemui bungkusan tembakau di bahagian enjin kereta jenis Mercedes-Benz itu selain beberapa bahagian lain di kereta terbabit.
Katanya, empat bungkus tembakau ditemui di bahagian enjin serta masing-masing dua bungkus di bawah tempat duduk penumpang belakang dan tempat menyimpan tayar di belakang kereta.
"Kesemua lapan bungkus tembakau seberat kira-kira 40 kilogram tersebut dianggarkan bernilai RM2,000 termasuk cukai yang cuba dielakkan.
"Ia dipercayai cuba dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran sekitar negeri ini yang boleh dijual pada harga lebih tinggi," katanya di pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.
Mohd. Noor berkata, ketika ditahan, lelaki rakyat tempatan itu cuba melepaskan diri daripada pemeriksaan dengan mendakwa merupakan seorang anggota keselamatan.
Katanya, siasatan awal percaya suspek yang pernah mempunyai kes kerana menyeludup cakera padat video (VCD) tahun lalu meminjam kereta berkenaan bagi memudahkan kegiatannya.
"Kami percaya suspek telah diupah untuk menyeludup tembakau itu ke negara ini," katanya.
Mohd. Noor memberitahu, lelaki itu kini ditahan di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu mengangkut barang larangan tanpa permit.
Sabit kesalahan, katanya, dia boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Gadis Brunei mangsa pembawa dadah warga Afrika



KUALA LUMPUR 4 April - Sindiket pengedaran dadah didalangi warga Afrika kini dikesan memperalatkan gadis dari Brunei sebagai kurier membawa dadah selepas beberapa cubaan mereka memperdayakan wanita Malaysia berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa negara ini.
Sindiket antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai transit mengedar dadah itu menggunakan laman sembang Internet untuk berkenalan dengan mangsa sebelum memujuk mereka datang ke negara ini.
Dalam pertemuan tersebut, mangsa yang biasanya sudah jatuh cinta dengan suspek akan dipujuk membawa 'barang' ke negara dunia ketiga tanpa menyedari ia sebenarnya dadah.
Difahamkan, anggota sindiket yang menyamar sebagai anak hartawan untuk memikat mangsa sanggup mengeluarkan wang untuk membeli pelbagai hadiah menarik kepada gadis itu bagi meyakinkan tentang 'keikhlasan' dalam percintaan.
Akibatnya, mangsa yang termakan pujuk rayu dan kata-kata manis jejaka Afrika terbabit sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyeludup dadah tanpa pengetahuan mangsa.
Dalam beberapa kes, ada mangsa diperdaya kononnya diberikan percutian percuma di luar negara tetapi dalam masa sama diarahkan menghantar 'barang' kepada individu yang akan menunggunya di lapangan terbang.
Sumber polis Bukit Aman berkata, pihaknya menerima beberapa laporan dari Biro Kawalan Narkotik Brunei beberapa kes tangkapan warga Brunei di luar negara selepas diperdaya oleh sindiket rangkaian pengedaran dadah antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.
Beliau berkata, maklumat diterima mengatakan kebanyakan mangsa diperdaya dengan kaedah halus iaitu diumpan menggunakan wang ringgit dan hadiah sehingga akhirnya terperangkap dan setuju bertemu suspek di Malaysia.
Katanya, terbaru, antara rakyat Brunei yang dilaporkan menjadi mangsa ialah seorang wanita berusia 41 tahun yang ditahan di Lapangan Terbang Coolangatta, Australia pada Disember lalu bersama heroin seberat 470 gram.
"Suspek yang menelan dadah terbabit dalam perutnya kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 25 tahun dan denda sebanyak 50,000 Dollar Australia (RM149,382) jika disabitkan kesalahan.
"Sebulan sebelum itu, seorang lelaki Brunei berusia 29 tahun dikenakan hukuman penjara seumur hidup oleh kerajaan China selepas ditahan di Lapangan Terbang Tianjin kerana cuba menyeludup dadah heroin seberat 995 gram," katanya.
Pada Mei tahun lalu, seorang lagi wanita Brunei berusia 29 tahun ditahan di Australia selepas dikesan cuba menyeludup dua kilogram dadah heroin ke negara berkenaan menggunakan bagasi yang diubah suai untuk menyembunyikan dadah terbabit.
Pada Januari lalu, seorang gadis Brunei berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas dikesan cuba menyeludup dadah seberat 894.05 gram ke Shanghai, China.
Beberapa bulan sebelum itu, seorang lelaki Brunei berusia 26 tahun ditahan di Santiago, Chile selepas didapati cuba menyeludup dadah heroin seberat 5.73 kilogram yang disembunyikan di dalam bagasi miliknya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun, ketika dihubungi memberitahu, sindiket pengedaran dadah didalangi warga Afrika tidak lagi berminat dengan gadis tempatan selepas kegiatan mereka berjaya dihalang oleh pihak berkuasa negara ini.
"Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memandang serius dan sentiasa bekerjasama dengan lain-lain negara untuk menangani masalah pengedaran dadah.
"Usaha kita menampakkan hasil apabila jumlah kes pengedaran dadah membabitkan gadis tempatan dan asing yang diperdayakan oleh sindiket dadah Afrika dapat dikurangkan," katanya.

Perompak larikan pistol ADUN Sugut



KOTA KINABALU 4 April – Sekumpulan perompak melarikan pistol dan peluru milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk Surady Kayong, selepas memecah masuk rumah wakil rakyat tersebut di Taman Hills Top, Kepayan, di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, penjenayah tersebut turut melarikan wang tunai RM40,000, barang kemas, jam dan pen berjenama serta barang lain.
Ketika kejadian, Surady yang pernah memegang jawatan sebagai pembantu menteri dalam Kabinet Sabah dan ahli keluarganya tiada di rumah kecuali abang iparnya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak disedari oleh abang ipar wakil rakyat itu sehingga bangun tidur kira-kira pukul 6 pagi.
“Mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi ini. Berdasarkan siasatan awal, suspek memecah masuk rumah itu melalui bahagian dapur dan polis percaya dilakukan lebih daripada seorang.
“Bagaimanapun tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan kes tersebut masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari in