Search This Blog

Sunday, April 4, 2010

Empat beranak nyaris maut

GUA MUSANG: Empat beranak nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh dua kereta lain di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, berhampiran Taman Rusa, dekat sini, petang semalam.
REMUK...kereta dinaiki empat beranak remuk selepas melanggar dua kereta lain, petang semalam.

REMUK...kereta dinaiki empat beranak remuk selepas melanggar dua kereta lain, petang semalam.
Pemandu kereta, Ab Karim Che Ali, 55, anak perempuannya, Nor Najua Nazlina Ab Karim, 18, dan cucunya, Norlina Fadlina Harif, 7, bersama enam lagi yang menaiki dua kereta lain tidak cedera.

Kemalangan berlaku ketika sekeluarga terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu sebelum kereta dipandu Ab Karim terbabas ketika menuruni bukit lalu berpusing dan memasuki laluan bersebelahan.

Berikutan itu keretanya bertembung dengan dua kereta yang datang dari arah bertentangan, menyebabkan kenderaan terbabit remuk dan mangsa yang cedera diselamatkan orang ramai sebelum dihantar ke HGM.

Ab Karim ketika ditemui di tempat kejadian berkata, hujan renyai-renyai dan permukaan jalan licin menjadi punca kenderaannya tidak dapat dikawal sebelum berpusing beberapa kali dan merempuh dua kereta di laluan bersebelahan.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut, dia meminta semua ahli keluarganya bertenang dan melaungkan takbir sebelum kenderaan dipandunya bertembung dengan dua kenderaan lain.

“Ketika kejadian saya tidak panik, tetapi keadaan kereta yang berpusing beberapa kali menyebabkan saya tidak dapat mengawal keadaan dan hanya berserah kepada takdir.

“Saya melihat keadaan isteri saja yang cedera di kepala, dipercayai terhantuk kuat, manakala anak dan cucu tidak cedera,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Persoal niat nikah


Persoal niat nikah

Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN
izawan@hmetro.com.my
2010/04/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Soal jodoh adalah kehendak Allah, tetapi ada kalanya saya tertekan dan pedih dengan tuduhan pihak tertentu yang mempersoalkan hasrat saya untuk memperisterikan Maizawati,” kata bakal suami bekas isteri penceramah, Akhil Hayy, Maizawati Zainal.
“Permulaan pertemuan itu pun atas dasar perniagaan dan saya tidak tahu latar belakangnya. Saya meminta nombor telefonnya tetapi hanya diberi alamat e-mel.

“Perkenalan kami sebenarnya sangat singkat dan terbatas kerana masing-masing sibuk dengan kerja, tetapi ini yang dikatakan jodoh kerana hati kami terbuka untuk saling menerima.

“Alhamdulillah, ibu bapa saya juga terbuka hati menerima Maizawati walaupun tahu latar belakangnya, tambahan pula perkahwinan perkara terbaik untuk mengelak fitnah,” katanya yang dihubungi semalam.

Maz berkata, dia juga sebenarnya terkejut kerana anak Maizawati turut menerimanya dan tidak menunjukkan rasa kekok.

Bagaimanapun, sejak laporan mengenai hasratnya memperisterikan Maizawati disiarkan media, ramai pihak mengutuk, mencemuh serta mempersoalkan niatnya, terutama di laman web.

“Walaupun usia saya baru 24 tahun berbanding bakal isteri yang berumur 33 tahun, saya yakin dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak Maizawati.

“Memang sedih melihat bagaimana orang lain menilai niat saya, mujur ahli keluarga memberi sokongan terhadap hasrat saya untuk mengahwini Maizawati,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan hasrat Maizawati mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hati yang sepatutnya berlangsung bulan depan terpaksa ditangguh kali ketiga berikutan keadaan kesihatan orang tua di kedua-dua pihak tidak mengizinkan.

Maizawati dilaporkan berkata, ibu bapanya serta ibu bakal suami tidak sihat, menyebabkan mereka membuat keputusan menangguhkan majlis perkahwinan sehingga tahun depan.

Maz yang bekerja sebagai chef berkata, ramai pihak mempersoalkan keputusannya berkahwin di usia muda dengan wanita lebih tua serta mempunyai anak.

“Pada usia muda begini memang kita banyak terdedah dengan aktiviti sosial sama ada sihat atau tidak, tambahan pula saya bekerja di Singapura, tetapi yang saya boleh katakan saya sudah lama berhenti daripada perkara sedemikian,” katanya.

Menurutnya, keadaan kesihatan ibunya dan ibu bapa Maizawati yang tidak mengizinkan menyebabkan majlis perkahwinan mereka ditangguh sehingga tahun depan.

“Ibu saya tidak boleh berdiri atau berjalan untuk tempoh lama kerana kakinya berasa sakit. Insya-Allah jika kesihatan mereka bertambah pulih, kami akan melangsungkan majlis tahun depan dan merancang masa depan kami,” katanya.

Alasan isteri baru lari



Laporan dan foto MD FUZI ABD LATEH
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/04/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
RAWANG: Penangan amah manja bukan saja membuatkan seorang lelaki cair hingga rela melepaskan isterinya, malah sanggup melangsungkan perkahwinan di kampung halaman warga Indonesia itu di Karhwang, Jawa Timur.
pix_middle
“Saya mempunyai isteri dan dua anak lelaki berusia 17 dan 20 tahun. Isteri tidak merelakan perkahwinan saya dengan amah itu hingga masalah kami dibawa ke Mahkamah Syariah di Ipoh.

“Belum pun selesai tuntutan fasakh bekas isteri yang dilakukan beberapa bulan lalu, saya ditinggalkan isteri baru,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Metro Ahad.

Saiful mengakui ketika masih bergelar suami, dia menjalin hubungan cinta secara senyap dengan amah berkenaan dan apabila perasaan cinta tidak boleh dibendung lagi, dia mengambil keputusan melamarnya dengan berkunjung ke Indonesia untuk bertemu ibunya.

“Dia gadis baik, manja dan pandai mengambil hati. Saya terpikat dengan kelembutan tutur kata yang lebih istimewa daripada isteri.

“Tindakan sentuhan kasih sayang yang diberi dalam senyap itu menyebabkan saya sanggup berbuat apa saja mengikut hatinya. Saya lebur dan cair dengan mainan perasaan gadis berketurunan Sunda itu yang berada di sini lebih lima tahun,” katanya.

Saiful yang mengakui sanggup ‘memungut’ Ely yang mendakwa melarikan diri daripada seorang majikan kejam berkata, dia melangsungkan perkahwinan di kampung halaman amah itu di Karhwang pada 29 Januari 2003 dengan perbelanjaan lebih RM5,000.

Bagaimanapun, pada 13 Februari lalu, Saiful ditinggalkan dengan alasan Elly mahu keluar daripada ‘sangkar kemiskinan’.

Walaupun ditatang penuh kasih sayang, Elly tergamak melakukan tindakan berani meninggalkannya kerana mahu mencari pendapatan tambahan menyara ibunya dan enam adik-beradik di Indonesia.

“Sebelum lari dari rumah kami di Kampung Setia di Kuang, dia sering mengeluh tidak cukup wang dan mahu melakukan kerja lain seperti pembantu rumah.

“Petang hari kejadian, saya mendapati dia tidak muncul apabila dijemput pulang daripada kerja tukang cuci di pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sungai Dua, Rawang walaupun saya menunggu lebih tiga jam.

“Saya kemudian mendapat kiriman SMS daripada Elly menyatakan tidak perlu mencarinya lagi dan dia bekerja dengan orang tempatan di negara ini. Namun lokasi dan apa pekerjaan dilakukan tidak dinyatakan,” katanya.

Tanpa berselindung, Saiful turut mengakui Elly pernah ‘buat hal’ apabila melarikan diri pada awal tahun lalu dan pulang semula pada September.

Bagaimanapun, kerana perasaan sayang menebal, Saiful masih setia menerimanya.

“Saya faham perasaannya yang sering bertindak sendiri tanpa mengambil kira status seorang isteri dan ibu kepada anaknya. Walaupun saya memberinya RM200 sebulan, dia tetap mahu mencari kerja sampingan bagi menyara keluarga di Indonesia.

“Bagaikan tidak memahami tanggungjawab sebagai isteri, dia keras kepala suka melakukan kerja dengan keluar rumah bersendirian. Saya bimbang dia terperangkap dan menjadi hamba kepada majikan.

“Dia juga sering berbohong dengan memburukkan saya yang didakwa gagal memberi kebahagiaan kepadanya yang memilih penduduk tempatan ini (Saiful) sebagai pasangan hidup,” katanya yang mendakwa Elly menjalin hubungan dengan seorang pekerja Indonesia apabila kerap menyebut nama lelaki itu serta menyimpan gambarnya dalam beg duit.

Elly juga didakwa memberi alasan berhutang RM2,000 dengan majikan tempat kerja asal ketika bekerja sebagai pembantu rumah dan dengan kakak angkatnya, seorang warga Indonesia, di Ipoh, Perak.

Atas faktor itu juga, kata Saiful, Elly mengambil tindakan keluar dari rumah untuk membayar hutang itu.

“Saya yakin dia tidak akan bertahan lama di sesuatu tempat kerja berdasarkan pengalaman lalu. Apapun yang berlaku, saya tidak akan berpisah dengannya. Kasih sayang saya tidak berbelah bahagi hanya kepadanya seorang,” katanya.

Hasil perkahwinannya dengan amah manja itu, mereka dikurniakan seorang anak, Nor Shafiqah, 6, yang kini turut berkongsi penderitaan apabila sering merengek menyebut nama ibunya setiap hari.

“Saya masih sayangkan dia. Pulanglah ke rumah segera.... kasihanlah anak yang masih kecil ini. Saya sanggup korbankan cinta isteri pertama melalui fasakh di mahkamah syariah demi menumpahkan cinta suci terhadapnya.

“Justeru, saya merayu kepada majikannya supaya memberi maklumat tempat dia berada. Saya sanggup tebus dia dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan, asalkan mereka memulangkan isteri kesayangan,” katanya.

Saiful juga tidak menolak kemungkinan Elly menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Namun dia tetap pasrah kepada takdir Allah dan sedia menerima Ely semula seikhlas hati.

Dia juga membuat laporan polis di Balai Polis Rawang pada 30 Mac lalu selepas isterinya gagal pulang ke rumah lebih sebulan lalu.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Elly boleh menghubungi Saiful di talian 019-2053407.

maut lelaki lepas tembakan dalam restoran di Hollywood


Mutakhir




2010/04/04

LOS ANGELES: Seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan menyebabkan empat terbunuh manakala seorang parah dalam sebuah restoran di utara Hollywood, semalam. 

Jurucakap polis Los Angeles, Rosario Herrera, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang waktu tempatan.
Polis memberikan butiran suspek sebagai lelaki kulit putih dalam lingkungan umur 30 tahun yang dipercayai warga Armenia.
Selepas kejadian berkenaan lelaki berkenaan berjaya melarikan diri dan gerakan memburunya sedang dijalankan. 

Polis setakat ini masih mengenal pasti motif kejadian tetapi sumber yang dipetik akhbar Los Angeles Times berkata, ia dipercayai membabitkan kumpulan samseng Armenia. 

Tiga daripada mangsa mati serta-merta di tempat kejadian, manakala dua yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan. 

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka meninggal dunia, malam tadi.

Tiga maut, tiga parah kereta bertembung di R&R Gua Musang




2010/04/04

GUA MUSANG: Tiga maut manakala tiga lagi cedera apabila kereta Proton Saga dan Myvi bertembung di Jalan Gua Musang - Kuala Krai, berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang di sini, jam 12.45 tengah hari tadi.

Kaedah baru untuk PATI sembunyi



KOTA BAHARU -- Dahulunya kawasan pedalaman di hulu Kelantan menjadi lokasi pendatang asing tanpa izin (PATI) menyembunyikan diri, tetapi kini mereka memilih kawasan yang dipenuhi orang ramai untuk berbuat demikian.

Mereka kini lebih gemar bekerja misalnya di pasar borong dan bengkel mencuci kereta agar mudah memboloskan diri. 

"Kedua-dua lokasi ini sering dikunjungi orang awam dan secara tidak langsung memudahkan mereka meloloskan diri sekiranya operasi tangkapan dilakukan pihak berkuasa.

"Misalnya semasa serbuan di pasar borong, mereka mudah melarikan diri di celah-celah orang ramai sehingga menyebabkan pihak kita agar sukar menangkap mereka," kata Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Che Bahrom Hamzah.

Beliau berkata PATI juga meletakkan anjing, zink dan tong di sepanjang laluan ke tempat kerja atau kediaman mereka bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

"Mereka berharap menerusi salakan anjing dan bunyi zink yang dipijak oleh anggota kita, memberi isyarat kepada mereka untuk segera melarikan diri," katanya..-Bernama

Penunggang motosikal maut kemalangan dengan lori



GUA MUSANG - Seorang pekerja kilang sawit, Mohd Safuan Zakaria, 20, maut apabila motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah lori di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, dekat sini, pukul 7.45 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kilang Sawit Aring tidak jauh dari rumahnya di Rancangan Tanah Felda Aring Satu.

Beliau berkata lori itu dikatakan cuba membelok memasuki simpang tiga ke sebuah kawasan perumahan peneroka menyebabkan ia berlanggar dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

Katanya Mohd Safuan tercampak ke dalam parit berdekatan, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Aring.

Saiful Bahri berkata pemandu lori terbabit berusia lingkungan 20-an ditahan untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan lewat petang ini.-Bernama

Penyewa cuba rogol, cederakan tuan rumah



SUBANG JAYA – Malang bagi seorang pemilik rumah apabila dia bukan saja disamun lelaki yang menyewa rumahnya, bahkan gambar bogelnya turut dirakam dan diugut disebarkan dalam kejadian, petang kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku apabila pemilik berkenaan, seorang wanita lingkungan 30-an mengunjungi rumah teres dua tingkat miliknya di Subang Jaya di sini, untuk mengutip wang sewa seperti biasa.

Sumber berkata, setelah pembayaran diterima, dia kemudian membatalkan hasrat untuk terus pulang apabila dimaklumkan lelaki terbabit bahawa bumbung di tingkat satu rumah berkenaan mengalami kebocoran.

Tanpa menyedari dirinya bakal menjadi mangsa, wanita yang bekerja sebagai guru muzik di Petaling Jaya itu terus menuju ke tingkat atas untuk melihat masalah diadukan.

“Bagaimanapun, mangsa yang mendakwa tidak melihat sebarang kebocoran di tempat dimaksudkan, tiba-tiba terkejut apabila penyewanya bertindak mengacukan sebilah pisau dan terus menampal mulutnya dengan pita pelekat.

“Mangsa kemudian dibogelkan dan dalam masa sama gambarnya dirakam sebelum bertindak rakus mahu merogolnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, wanita itu yang teringat langkah pencegahan jenayah rogol dan mahu mengelakkan daripada menjadi mangsa, kemudiannya terus membuang air besar dan kecil di situ, bagi menimbulkan loya supaya suspek tidak meneruskan hasratnya.

“Suspek yang tidak berpuas hati mengheret wanita itu ke bilik air dan mengarahkannya membersihkan diri.

“Suspek juga memaksa mangsa melakukan seks oral sebelum mengarahkannya mengeluarkan kad mesin juruwang automatik (ATM) yang mengandungi wang,” katanya yang memaklumkan mangsa mendakwa, suspek kemudian menghubungi seorang rakannya supaya datang segera ke rumah berkenaan.

Menurut sumber, suspek meminta bantuan rakannya supaya datang mengambil kad ATM mangsa supaya ke bank bagi mendapatkan wang, sementara suspek mengawal wanita terbabit di rumah terbabit.

Menurutnya, tiba-tiba suspek bertindak ganas apabila dimaklumkan rakannya bahawa nombor pin yang diberikan mangsa tidak betul hingga menyebabkan kad ATM berkenaan 'ditelan' mesin.

“Suspek mengamuk dan memijak kepala mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan berlakunya sedikit kecederaan.

“Setelah puas melepaskan kemarahannya, suspek kemudian mengambil telefon bimbit dan dompet duit mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Mangsa kemudiannya dapat menyelamatkan diri sebelum membuat satu laporan di Balai Polis Subang Jaya, pagi kelmarin.

sinarharian

Marin tahan 22 PATI, seorang tekong



04/04/2010 5:52pm


JOHOR BAHRU 4 April - Pasukan Gerakan Marin (PGM) menahan 22 pendatang tanpa izin (PATI) dari Indonesia dan seorang tekong pemastautin tetap yang cuba menysup masuk ke negara ini di Tanjung Balau, Kota Tinggi, di sini malam tadi.
Komander Markas PGM Wilayah 2, ACP Mohd. Khamsani Abd Rahman berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya mengesan sebuah bot laju gentian kaca dalam keadaan mencurigakan di 1.5 batu nautika di perairan Tanjung Balau.
Katanya, sebaik sahaja dihampiri, bot tersebut tiba-tiba memecut laju ke arah pantai tetapi bagaimanapun mereka dapat ditahan pada kira-kira pukul 11 malam.
Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa 13 pendatang tanpa izin lelaki berusia 21 hingga 50 tahun dan sembilan wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun serta tekong berusia 46 tahun, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohd. Khamsani berkata, sebuah lagi bot laju yang membawa pendatang tanpa izin berjaya melarikan diri dalam keadaan cuaca gelap dan hujan lebat. - Bernama
   

Mayat mangsa bunuh rentung



TAMPIN 3 April - Pekerja Ladang Felda Sungai Kelamah Peringkat 2, Gemas, dekat sini gempar apabila menemui satu mayat rentung di ladang berkenaan hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi, mayat itu dijumpai seorang pekerja ladang berkenaan ketika melalui kawasan terbabit.
Difahamkan, mayat yang ditemui dalam keadaan tertiarap itu dipercayai dibunuh sebelum dibakar di ladang tersebut.
Jurucakap polis berkata, pekerja itu, Kardi Sumayan, 38, kemudian melaporkan kepada pihak pengurusan sebelum membuat laporan polis.
"Polis masih menyiasat identiti dan jantina mangsa ekoran keadaannya yang rentung. Kita tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan dan dibakar di ladang tersebut.
"Ini kerana lokasi mayat ini ditemui hanya kira-kira 200 meter dari Jalan Gemas-Pasir Besar," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mohd Isa Ujang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Sepasukan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri turut dihantar ke tempat kejadian bagi membantu menjalankan siasatan," katanya.

Jaga sekolah agama ditahan



TEMERLOH 3 April - Seorang pengawal keselamatan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Khairiah di sini, ditahan polis bagi membantu siasatan kebakaran sebuah dewan dan bilik darjah sekolah itu, semalam.
Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Zundin Mahmood berkata, penahanan lelaki itu dilakukan bagi menyiasat kemungkinan wujud unsur khianat dalam kebakaran tersebut.
Katanya, ini berdasarkan keterangan beberapa saksi yang melihat pengawal keselamatan itu berada di tempat kejadian semasa kebakaran.
"Oleh itu, kita menahan lelaki itu untuk siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Syed Jamaludin Syed Abdul Rahman berkata, kerugian akibat kebakaran tersebut dianggarkan berjumlah RM300,000.
"Ketika bomba tiba, dewan itu hampir separuh terbakar kerana bahagian dalamnya dipenuhi kerusi bankuet dan pentas diperbuat daripada kayu yang mudah terbakar," katanya.
Menurut Syed Jamaludin, punca kebakaran masih disiasat oleh pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) jabatan itu.
Sementara itu, beberapa pelajar memberitahu, kejadian tersebut disedari dua bekas pelajar sekolah yang sedang bersiap-siap untuk mengadakan program pada malam kejadian.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia melihat kelibat seorang lelaki Melayu memakai topeng potong rumput dan berbaju jaket askar lari dari tempat kejadian.
"Saya dan seorang lagi rakan cuba mengejar tetapi gagal kerana dia melarikan diri menaiki kereta Perodua Kancil di hadapan pintu masuk sekolah," katanya

Hilang isteri, mertua akibat H1N1





Sumarni Mat Nor bersama ibunya, Maimunah Dimah pada Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu.


JASIN 3 April - Murtaza Samat, 29, terpaksa menerima hakikat kehilangan isteri dan ibu mertuanya dalam tempoh selang beberapa hari sahaja akibat serangan selesema babi atau virus influenza A (H1N1).
Rabu lalu, kakitangan swasta itu kehilangan ibu mertuanya, Maimunah Dimah, 54, disusuli isterinya, Sumarni Mat Nor, 30, semalam.
Murtaza berkata, isterinya sepatutnya melahirkan anak pada 14 April ini namun selepas mengadu sakit badan, demam dan batuk yang agak teruk, dia membawanya ke Hospital Melaka (HM) pada Rabu lalu.
Ekoran itu, katanya, isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak pada hari berkenaan.
''Selepas itu, dia terus tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia semalam.
''Sumarni sempat berpesan supaya menjaga ibunya tanpa mengetahui ibunya sudah meninggal dunia pada hari dia melahirkan anaknya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 14 1/2, Jalan Jasin-Merlimau di sini hari ini.
Murtaza berkata, dia terkilan kerana isteri dan ibu mertuanya tidak sempat melihat anak keduanya.
Menurutnya, ibu mertuanya yang tinggal bersamanya menghidap penyakit kencing manis dimasukkan ke HM selepas mengalami batuk dan sukar bernafas pada Isnin lalu.
''Bagaimanapun, keadaannya agak stabil dan dikuarantin di wad khas HM malah dia kelihatan sihat.
''Namun Rabu lalu, dia disahkan meninggal dunia sebelum sempat melihat cucu yang lahir pada hari yang sama dia pergi meninggalkan kami,'' ujarnya.
Murtaza berkata, dia tidak menyangka kehilangan dua insan tersayang dalam hidupnya itu berpunca daripada penyakit tersebut.
Bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur kerana anak kedua yang belum diberikan nama itu disahkan sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan.
''Kini, apa yang merunsingkan saya ialah anak sulung saya, Noraina Batrisyah yang baru berusia dua tahun.
''Sehingga kini, dia masih tidak mengetahui kematian ibunya dan beranggapan isteri saya itu sedang tidur," katanya.
Jenazah Sumarni selamat dikebumikan di Muar, Johor semalam manakala ibu mertuanya di Sepang, Selangor.

Mayat pertama mangsa kapal perang Korea karam ditemui



03/04/2010 7:32pm

SEOUL 3 April – Pasukan penyelamat Korea Selatan hari ini menemui mayat pertama daripada 46 krew kapal perang yang hilang selepas ia karam minggu lalu akibat letupan misteri dekat sempadan maritim dengan Korea Utara, lapor agensi berita Yonhap.
Laporan yang memetik kenyataan pegawai tentera berkata, penyelam menemui mayat Ketua Pegawai Rendah Kanan, Nam Ki-hoon dari ruang depan kapal perang kecil Cheonan seberat 1,200 tan.
Kapal sepanjang 88 meter itu karam pada 26 Mac lalu selepas berlakunya letupan yang tidak dapat dijelaskan, menyebabkan kapal terbelah dua dan karam dekat sempadan yang menjadi pertikaian dengan Korea Utara.
Seramai 58 orang berjaya diselamatkan dari bahagian kemudi kapal ketika ia mula karam namun usaha mencari 46 krew yang masih hilang terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk dan arus deras. – AFP

Gadis dipujuk elak buang bayi





SHAHANIM Mohd. Yusof (kanan) memerhatikan bayi kembar anak luar nikah yang dilahirkan seorang penuntut IPT dan kini dijaga oleh Jamil Man (dua dari kanan) dan Rokiah Ramli (dua dari kiri) di Kampung Pengkalan Bujang, Merbok, Sungai Petani, semalam.


SUNGAI PETANI 2 April - Sikap prihatin sepasang suami isteri dari Kampung Pengkalan Bujang, Merbok dekat sini yang sanggup memberikan perlindungan kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengandung luar nikah, berjaya mengelakkan satu lagi kemungkinan kes buang bayi.
Keprihatinan Jamil Man dan Rokiah Ramli masing-masing berusia 37 tahun itu telah menyelamatkan dua bayi tidak berdosa apabila pelajar dari Kuala Lumpur tersebut mengambil keputusan melahirkan anak kembarnya di sini pada 8 Mac lalu.
Kedua-dua bayi yang dinamakan Muhammad Rayyan Farris Abdullah dan Muhammad Rayyan Harris Abdullah, itu kini dijaga oleh keluarga terbabit yang turut mempunyai empat orang anak berusia 8 hingga 16 tahun.
Rokiah yang ditemui Utusan Malaysia selepas dikunjungi Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof di rumahnya berkata, mereka mengenali penuntut tahun akhir berusia 22 tahun itu menerusi projek anak angkat anjuran sebuah IPT dari Lembah Klang di Merbok pertengahan tahun lalu.
"Selepas tamat program, Ana (nama samaran) yang berasal dari Kuala Lumpur meneruskan hubungan baik dan sering bertanya khabar menerusi telefon dan SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan kami," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, pada akhir November lalu, Ana telah menghubunginya dan menceritakan masalah yang dihadapinya.
"Dia memberitahu telah hamil beberapa bulan selepas terlanjur dengan teman lelakinya. Hubungan itu tidak mendapat restu ibu bapa teman lelakinya sementara ibu bapa Ana sendiri tidak mengetahui perkara tersebut'' katanya.
Rokiah berkata, selepas berbincang dengan suaminya, dia kemudian menasihatkan anak angkatnya itu menangguhkan pengajian dan tinggal bersamanya di Kampung Pengkalan Bujang.
"Oleh kerana bimbang dia bertindak bukan-bukan seperti membuang bayi, saya berikan nasihat sewajarnya dan menawarkan perlindungan kepada Ana," jelasnya.
Katanya, akhirnya pada 31 Disember lalu, penuntut IPT tersebut mengambil keputusan untuk tinggal bersamanya sehingga dia melahirkan anak.
"Saya dan suami uruskan semua perkara termasuk membawa Ana menjalani pemeriksaan di klinik," katanya.
Tambah Rokiah, anak angkatnya itu melahirkan bayi kembar seberat 1.8 dan 1.6 kilogram di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), 8 Mac lalu.
Sementara itu, Jamil yang bekerja sebagai pemandu bas persiaran berkata, dia dan isteri berhajat menjaga anak-anak kembar tersebut sehingga Ana bersedia untuk menerimanya.
"Saya nasihatkan dia supaya kembali sambung pengajian dan berkahwin secara sah dengan teman lelakinya. Selepas mendirikan rumah tangga dengan sempurna, saya akan serahkan anak ini kepadanya," katanya.
Dalam pada itu, Shahanim berkata, beliau mendedahkan kisah tersebut sebagai sokongan kepada kempen Kami Prihatin yang digerakkan akhbar Utusan Malaysia.
"Ini merupakan contoh baik kepada masyarakat. Atas keprihatinan keluarga Jamil dan Rokiah ini telah berjaya mengelakkan kes-kes tidak diingini seperti buang bayi yang makin membimbangkan kini," katanya.
Beliau berharap masyarakat juga dapat memberikan perlindungan dan peluang kedua kepada gadis-gadis terlanjur untuk kembali insaf serta menjadi iktibar kepada orang lain supaya tidak bertindak di luar batasan pada masa akan datang.
Shahanim berkata, pihaknya juga akan memberikan sokongan moral termasuk bimbingan sewajarnya kepada ibu muda terbabit untuk tabah meneruskan kehidupan.
Kempen Kami Prihatin dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) serta Astro.

Poland bantah pembinaan masjid



WARSAW 2 April - Suasana yang biasa dilihat di beberapa negara Eropah barat namun baru bagi Poland, berpuluh-puluh penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi menentang pembinaan masjid di pinggir Warsaw hujung minggu lalu.
Rancangan komuniti kecil Islam di Poland untuk membina tempat ibadat dan pusat kebudayaan Islam menerima penentangan daripada pihak yang bimbang Islam mungkin tersebar ke negara Kesatuan Eropah (EU) yang kuat berpegang dengan mazhab Kristian Katolik ini.
Antara 15,000 hingga 30,000 Muslim yang kebanyakan adalah pendatang dari Chechnya, tinggal di Poland - negara bekas komunis terbesar di dalam EU yang mana 90 peratus daripada 38 juta penduduknya adalah penganut Katolik.
Kira-kira 150 orang mengadakan tunjuk perasaan di bangunan masjid separuh siap, 30 minit dari pusat bandar di mana Liga Muslim, pertubuhan agama yang ditubuhkan pada 2004 mahu masjid kelima dibenarkan kerajaan dibina.
"Pusat berkenaan sangat berpotensi besar untuk mewujudkan golongan radikal," kata seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya disiarkan.
Dia turut membawa sepanduk yang menggambarkan menara masjid sebagai peluru berpandu, gambaran serupa dengan imej yang digunakan dalam pungutan suara Sweden semasa rakyat memutuskan untuk mengharamkan pembinaan menara tahun lalu.
Beberapa yang lain melaungkan "Jangan ulangi kesilapan Eropah' dan 'Toleransi membuta-tuli membunuh penilaian akal' selain mendesak negara Islam menghormati hak asasi wanita dan kebebasan beragama.
"Lihat apa yang berlaku di Eropah, saya tidak mahu anak perempuan saya memakai purdah di masa akan datang," kata seorang penunjuk perasaan.
Jawatankuasa Parlimen Belgium minggu ini sebulat suara mengharamkan pemakaian burqa dan niqab yang menutup seluruh muka di tempat awam.
Kebelakangan ini banyak aduan mengenai kemasukan pendatang beragama Islam ke negara-negara Eropah barat seterusnya menjadikan Islam sebagai agama kedua terbesar di benua ini.
Kira-kira 15 hingga 18 juta penduduk Eropah terdiri dari umat Islam, yang mana satu pertiga di Perancis. - REUTERS