









.jpg)


Melayu oh Melayu..tak malu oh tak malu..
![]() Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandunya, Sam Tayalan, 44, hanya cedera ringan di tangan dan kaki. Sam berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan membawa hampas kelapa sawit dan datang dari arah Batu Gajah untuk ke Simpang Pulai, namun sebaik tiba di tempat kejadian, tayar belakang lori tiba-tiba pecah. Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila dia perasan keadaan lorinya tidak stabil sebelum terbalik dan semua muatan bertaburan di atas jalan raya. “Ketika kejadian, saya memandu seperti biasa, namun terkejut apabila mendapati lori tidak stabil sebelum terbalik dan berpusing sebanyak dua kali,” katanya ketika menceritakan kejadian kepada Sinar Harian, semalam. Dia berkata, ketika kejadian mujurlah tiada kenderaan lain yang mengekori di belakang. “Syukurlah tiada kenderaan lain yang terlibat sama, jika tidak mungkin kemalangan itu akan membabitkan nyawa orang lain. “Sejurus kejadian, anggota polis sudah berada di kawasan kejadian bagi mengawal lalu lintas dan bersyukur hanya mengalami kecederaan ringan sahaja,” katanya. Sementara itu, dalam kejadian yang berbeza tidak jauh dari kawasan kejadian, sebuah kereta terbabas sebelum terbalik dan melanggar sebatang pokok di Jalan Simpang Pulai ke Pengkalan Pegoh. Saksi kejadian, Mohd Syahir Mohd Amin berkata, pemandu yang datang dari arah Simpang Pulai itu tidak dapat mengawal kenderaannya setelah melepasi selekoh tajam sebelum terbabas ke tepi tebing jalan. “Kereta itu mungkin dipandu laju, namun lelaki itu tidak cedera,” katanya. |
![]() |
Nai Boon Wah dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan menyebabkan kematian dua lelaki. |
![]() |
Tiga suspek samun dan ragut berjaya diberkas polis ketika cuba melarikan diri di Lorong Masjid, Kampung Padang Enggang, Kota Bharu, kelmarin. |