Search This Blog

Friday, April 2, 2010

3 samun pasar mini guna pistol palsu





2010/04/02
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SHAH ALAM: Sebuah pasar mini di Seksyen 24 di sini, kerugian kira-kira RM3,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan parang dan sepucuk pistol dipercayai palsu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam, seorang pekerja berusia 20-an serta dua pelanggan di premis terbabit sebelum tiga lelaki masuk dan menyamun mereka.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, selain wang tunai, penyamun terbabit turut melarikan sejumlah rokok dan barang berharga milik pekerja pasar mini serta pelanggan sebelum melarikan diri menggunakan dua motosikal.

Menurutnya, ketika suspek terbabit melarikan diri, sebuah kenderaan polis yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu terserempak dengan suspek sebelum mengejar suspek.

“Suspek berpecah dan hilang dalam kegelapan malam menyebabkan anggota polis gagal mengesan semua suspek.

“Semua mangsa tidak cedera dan usaha mengesan suspek dipertingkat,” katanya.

JKM cari waris bayi ditinggal ibu

KUALA LUMPUR: Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak sedang mengesan waris kepada bayi perempuan berusia dua bulan yang ditinggalkan di Hospital Selayang pada 18 Februari lalu.
Bayi diberi nama Aleena itu ditinggalkan ibunya warga Indonesia dikenali Titin di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital terbabit selepas wanita berusia 20 tahun berkenaan melarikan diri daripada wad 5C hospital sama.

Difahamkan, alamat terakhir penama adalah di 18-3A Jalan Bandar 8, Pusat Bandar Puchong Batu 11, Jalan Puchong, Selangor.

Waris bayi itu diminta tampil menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membincangkan masa depan bayi berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sofiah Yacob di talian 03-61853931 atau 03-61857931.

Kes saman Maria Tunku Sabri didengar 9 Julai



02/04/2010 4:04pm

KUALA LUMPUR 2 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 9 Julai untuk mendengar isu-isu perundangan berhubung kes saman personaliti TV3, Maria Tunku Sabri terhadap seorang ahli perniagaan kerana mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta selepas lelaki itu gagal menunaikan janji untuk berkahwin dengannya.
Peguam Karpal Singh yang mewakil Maria, 40, berkata, kedua-dua pihak diminta untuk menggubal isu-isu perundangan untuk perbicaraan dan mengemukakan perkara berkenaan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd. Yusof akan memutuskan sama ada untuk menolak saman itu tanpa memanggil saksi.
Pada 24 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Maria untuk mengemukakan semula saman terhadap Datuk Wan Johani Wan Hussin, 57, kerana didakwa melanggar perjanjian.

Pada 2004, Maria, yang pernah menjadi pengacara program “Jalan-Jalan Cari Makan”, memohon agar dikuatkuasakan perjanjian melibatkan janji oleh Wan Johani untuk membayar RM5.5 juta kerana beliau (Maria) tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana enggan mengahwininya seperti yang dijanjikan.
Dalam pembelaannya, Wan Johani, menafikan wujud sebarang kontrak, dan sebagai alternatifnya, beliau berkata, perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan. - Bernama

Sindiket barangan tiruan lumpuh




ABDUL HAMID (kiri) meneliti beg berjenama tiruan yang dirampas di Johor Jaya, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Satu sindiket pengedaran produk berjenama tiruan di bandar raya ini lumpuh, apabila barangan itu yang bernilai RM200,000 berjaya dirampas dalam satu serbuan di sini semalam.
Serbuan dilakukan oleh Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Johor kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah stor di Jalan Dedap, Taman Johor Jaya di sini.

Mati tertimbus ketika gali perigi




BEBERAPA anggota penyelamat mengeluarkan mayat Amirul (gambar kecil) yang tertimbus ketika menggali perigi di Kampung Batu Berendam, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH - Seorang anggota Askar Wataniah ditemui mati lemas di dalam sebuah perigi di Kampung Batu Berendam, Taweh, Gaal, dekat sini semalam.
Mangsa, Amirul Abdul Razak, 21, dipercayai mati selepas perigi yang digali bersama dua orang rakannya runtuh secara tiba-tiba.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, dua lagi rakannya juga nyaris maut ketika cuba menyelamatkan mangsa daripada tertimbus.

Gudang krimer tiruan diserbu




MOHD. A. ARUWAN (kanan) bersama anggotanya memeriksa sebahagian daripada 1,000 bungkusan krimer yang menggunakan jenama tiruan di sebuah gudang pemprosesan di Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Taktik jahat pemilik sebuah gudang yang memproses krimer mengandungi melamin dari China dengan menggunakan nama jenama terkenal tanpa kebenaran terbongkar apabila diserbu di sini semalam.
Serbuan pukul 2.30 petang itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas menerima maklumat dan aduan daripada pelbagai syarikat mengenai operasi haram gudang itu.

Mayat rukuk dalam perigi



Oleh Mohd Sabran Md Sani dan Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my
2010/04/02
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PASIR PUTEH: “Encik, tolong selamatkan sepupu saya. Saya merayu pada encik…tolonglah!“ rintih Zurianawati Awang Soh, 18, kepada pasukan penyelamat yang berusaha mengeluarkan sepupunya, Mohd Amirul Abd Razak, 21, yang terperangkap dalam tanah runtuh ketika menggali perigi di Kampung Batu Berendam, Gaal di sini, pagi semalam.
BANTU...anggota bomba dibantu penduduk kampung mengeluarkan mayat Mohd Amirul.
BANTU...anggota bomba dibantu penduduk kampung mengeluarkan mayat Mohd Amirul.
Dalam kejadian itu, Mohd Amirul bersama dua rakan karibnya tertimbus dalam perigi sedalam lima meter.Namun, takdir mengatasi segala-galanya apabila Mohd Amirul yang baru bertandang ke rumah ibu saudaranya di Kampung Bukit berhampiran Jeram Linang itu disahkan meninggal dunia sebaik mayatnya ditemui kira-kira jam 2.50 petang.

Mayat mangsa ditemui selepas usaha mengeluarkannya dari kawasan runtuhan tanah itu memakan masa hampir empat jam sebelum dihantar ke Hospital Pasir Puteh untuk dibedah siasat.

Lebih menyayat hati, mangsa ditemui ‘rukuk’ oleh pasukan penyelamat yang terpaksa menggunakan jengkaut bagi mengangkatnya selepas separuh tubuhnya terbenam dalam lumpur.

Ketika kejadian jam 11 pagi itu, Mohd Amirul bersama Mohd Firdaus Che Ishak, 19, dan Hussin Sultan, 25, mengambil upah membawa turun gelung konkrit ke dalam telaga terbabit yang sedang digali milik seorang penduduk, Nor Aini Ishak, 60.
Difahamkan, ketika kejadian mereka baru sempat menurunkan satu gelung konkrit sebelum tebing telaga itu tiba-tiba runtuh lalu menghempap mereka.

Mohd Amirul yang berada dalam gelung konkrit itu gagal menyelamatkan diri kerana kakinya terbenam dalam lumpur, manakala Mohd Firdaus dan Hussin sempat mengelak, namun turut terperangkap sebahagian badan dalam runtuhan berkenaan.Anggota penyelamat mengambil masa dua jam mengeluarkan Mohd Firdaus dan Hussin jam 1.30 tengah hari disebabkan keadaan tanah yang liat, manakala mayat Mohd Amirul dikeluarkan empat jam kemudian.

Zurianawati berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah ketika Mohd Amirul menghantarnya ke tepi Jalan Pasir Puteh-Machang, jam 8 pagi.

Katanya, Mohd Amirul yang juga anak kedua daripada enam beradik itu sempat memohon maaf kepadanya termasuk minta dihalalkan makan minum sepanjang dua minggu dia di rumahnya.

“Amirul yang bertugas sebagai askar Wataniah serta menetap di Felda Cherong, Kemaman, Terengganu bersama keluarganya sering ke rumahnya setiap kali bercuti.

“Pagi tadi (semalam), saya lihat Amirul terlalu gembira serta sempat menyanyi lagu Alleycats, ‘Andainya Aku Pergi Dulu’ ketika hendak mandi, namun tak syak apa-apa sehinggalah kejadian itu berlaku,” katanya.

3 samun pasar mini guna pistol palsu

SHAH ALAM: Sebuah pasar mini di Seksyen 24 di sini, kerugian kira-kira RM3,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan parang dan sepucuk pistol dipercayai palsu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam, seorang pekerja berusia 20-an serta dua pelanggan di premis terbabit sebelum tiga lelaki masuk dan menyamun mereka.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, selain wang tunai, penyamun terbabit turut melarikan sejumlah rokok dan barang berharga milik pekerja pasar mini serta pelanggan sebelum melarikan diri menggunakan dua motosikal.

Menurutnya, ketika suspek terbabit melarikan diri, sebuah kenderaan polis yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu terserempak dengan suspek sebelum mengejar suspek.

“Suspek berpecah dan hilang dalam kegelapan malam menyebabkan anggota polis gagal mengesan semua suspek.

“Semua mangsa tidak cedera dan usaha mengesan suspek dipertingkat,” katanya.
Difahamkan, pasar mini terbabit tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), sekali gus menyukarkan polis mengenal pasti suspek terbabit.

Noor Azam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di talian 03-55102220.

4 penyamun langgar tembok

PETALING JAYA: Tindakan pantas anggota polis berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan empat lelaki yang ketika itu dalam perjalanan untuk menyamun apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebaik dikejar kereta peronda di bulatan Seksyen 14 di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata dalam kejadian jam 1 pagi itu, dua lelaki tempatan ditahan manakala dua lagi melarikan diri selepas kereta yang dipandu terbabas sebelum melanggar tembok.
Katanya, kejadian itu disedari dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan perumahan dan curiga dengan kereta dinaiki suspek lalu menahan mereka untuk diperiksa.

“Apabila menyedari kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri dengan memecut sebelum terbabas dan melanggar tembok di bulatan berkenaan,” katanya kepada media ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Assunta sempena lawatan Kepolisan Masyarakat di sini, semalam.

Beliau berkata, dua daripada mereka ditahan dengan bantuan orang awam di kawasan itu manakala dua lagi melarikan diri.

“Mereka yang ditahan berusia 20-an tan tidak cedera. Usaha sedang dijalankan bagi menjejaki dua lagi rakan mereka.
Dalam perkembangan lain, polis belum mengenal pasti suspek kes buang bayi lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang di sini, Jumaat minggu lalu.

“Sehingga kini, tiada saksi tampil membantu siasatan. Polis masih menunggu keputusan ujian DNA bayi itu, selagi belum dikeluarkan agak sukar untuk kami mengesan suspek yang terbabit,” katanya.

Amah kebas RM200,000

DICARI... Sayani dicari majikan selepas didakwa melarikan pelbagai barang kemas bernilai  RM200,000.
DICARI... Sayani dicari majikan selepas didakwa melarikan pelbagai barang kemas bernilai RM200,000.

KUALA LUMPUR: Kerana terlalu percaya kepada pembantu rumahnya, seorang ahli perniagaan berputih mata apabila wanita terbabit melarikan pelbagai barang berharga termasuk harta pusaka yang semuanya bernilai hampir RM200,000.
Pembantu rumah terbabit yang berusia 27 tahun selama ini menjadi kepercayaan majikannya itu sejak diambil bekerja enam bulan lalu.
Namun, dalam kejadian awal bulan lalu di Seksyen 11, Shah Alam, dia melarikan diri bersama seorang lelaki yang juga rakan senegara bersama pelbagai barang kemas milik majikannya itu.

Ahli perniagaan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ali dari Kashmir, India berkata ketika kejadian, isterinya keluar ke pasar raya untuk membeli barang keperluan ditemani seorang lagi pembantu rumah, kira-kira jam 9.30 pagi pada hari kejadian.

“Namun, sejurus pulang, isteri saya mendapati wanita terbabit tiada di rumah dan dia cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah, namun gagal.

“Selepas membuat pemeriksaan, isteri saya terkejut apabila mendapati beberapa barang kemas miliknya hilang dipercayai dilarikan pembantu rumah terbabit,” katanya.

2 rakyat Myanmar ke tali gantung

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua lelaki rakyat Myanmar kerana didapati bersalah membunuh rakan senegaranya dengan menggunakan sebilah pisau selepas berlaku perselisihan faham pada 2003.
Hakim Datuk Su Geoh Yiam membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan bagi Aung Tun dan Kyow Thura gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes.

"Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal membukitkan keraguan munasabah dalam kes ini. Mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh kedua (Kyow) mencapai niat bersama dengan tertuduh pertama (Aung) untuk membunuh si mati dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau," katanya.

Su, dalam penghakimannya, berkata kematian mangsa disebabkan tikaman sebanyak tiga kali dan satu daripada tikaman itu menembusi bahagian jantung yang mengakibatkan kematian mangsa.
"Oleh itu, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh bersalah dan disabitkan kesalahan ini dan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Aung (no:422698) dan Kyow (tiada umur dan no paspot), didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membunuh Kyaw Soe Lin (no:193613), pada kira-kira 6.30 petang pada 15 Oktober 2003.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Mustaffa P Kunyalam mengemukakan seramai 12 saksi manakala Aung diwakili peguam R Chandran dan Kyow diwakili peguam bela Lee Tung Hooi yang mengemukakan dua saksi. - Bernama

6 sekeluarga ditahan, 20kg dadah dirampas

KUALA LUMPUR: Enam sekeluarga ditahan bersama-sama 20,289 gram dadah jenis ketamin bernilai kira-kira RM300,000 dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Jinjang, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan tiga warga India termasuk dua wanita, yang berumur antara 22 dan 54 tahun.

"Dua lelaki tempatan berumur 40 dan 54 tahun itu adalah adik beradik dengan seorang daripada mereka mempunyai perniagaan kedai makan di Grik, Perak manakala dua wanita warga India itu merupakan isteri kepada kedua-dua beradik itu.

"Dua lelaki lain ialah anak dan anak saudara kepada salah satu pasangan suami isteri itu," katanya kepada pemberita, di pejabatnya di sini hari ini.
Zakaria berkata ketika serbuan pada kira-kira 11 malam itu, kesemua mereka sedang melakukan kerja-kerja pembungkusan dadah.

Muqtada enggan iktiraf parti pemenang



BAGHDAD 1 April - Pergolakan politik Iraq memasuki fasa baru, semalam apabila pemimpin politik berpengaruh Muqtada al-Sadr enggan memberikan sokongan kepada kedua-dua pemenang pilihan raya, sebaliknya beliau akan meminta penyokongnya membuat pilihan melalui satu pungutan suara.
Memburukkan lagi keadaan, Perdana Menteri, Nuri al-Maliki menolak untuk menggugurkan dakwaan penipuan dalam pilihan raya dan terus menuntut supaya pengiraan semula undi dijalankan.
Pakatan yang diketuai pesaing sekular Ayad Allawi, seorang pemimpin Syiah yang berjaya menarik sokongan golongan Sunah, mendahului blok Syiah yang dipimpin Maliki dengan dua kerusi dalam keputusan pilihan raya yang dikeluarkan Jumaat lalu.
Keadaan itu menyaksikan peranan penting Muqtada, seorang pemimpin Syiah dan ulama anti-Amerika Syarikat (AS).
Parti beragama Syiah yang memenangi sekurang-kurangnya 39 daripada 325 kerusi Parlimen pada pilihan raya 7 Mac lalu, dilihat mempunyai kuasa penentu sama ada memilih blok Allawi atau Maliki bagi membentuk kerajaan baru.
Sementara Pergerakan Sadrists yang dipimpin Muqtada kononnya cenderung ke arah blok Syiah yang pernah menyokong Maliki, mereka sebenarnya menyimpan kemarahan mendalam terhadap Perdana Menteri itu selepas beliau memenjarakan beribu-ribu penyokong Syiah dan menumpaskan militia mereka di Basra serta timur Baghdad.
Sehingga kini, pergerakan itu enggan menyertai mana-mana pakatan yang bakal mengangkat Maliki sebagai Perdana Menteri.
Pungutan suara tersebut bakal memberi alasan kepada kepimpinan Sadrists untuk tidak menyokong Maliki dan secara terbuka menyokong calon lain dengan berpura-pura
"Ia lebih bersifat simbolik dan populis di samping cuba menampakkan kekuatan serta mengatakan bahawa kedudukan mereka adalah gambaran kepada kemahuan rakyat," kata Michael Hanna, seorang penganalisis dengan Yayasan Century yang beroperasi di New York. - AP

Pekerja pelancongan Thai rancang rapat umum



Seorang pelancong asing menunjukkan minat terhadap bendera kumpulan Baju Merah dan topi semasa mengunjungi gerai jualan semasa protes antikerajaan di Bangkok, semalam. - AFP


BANGKOK 1 April - Pekerja industri pelancongan Thailand merancang untuk mengadakan rapat umum di seluruh negara bagi menuntut dihentikan protes antikerajaan oleh gerakan 'Baju Merah' yang menjejaskan kedatangan pelancong asing ke negara ini.
Rapat umum tersebut yang dijadual berlangsung esok di Bangkok serta destinasi pelancongan utama yang lain seperti Pattaya, Chiang Mai dan Phuket mencerminkan kebimbangan semakin meningkat mengenai kesan pergolakan politik ke atas sektor pelancongan negara ini.
"Kami tidak mahu mewujudkan sengketa antara kumpulan, tetapi kami mahu golongan politik mendengar suara kami." kata Presiden Persatuan Ejen Pelancongan Thai, Charoen Wangananont, hari ini.
Industri pelancongan Thai teruk terjejas disebabkan protes berlarutan yang dilancarkan olah aktivis 'Baju Merah' yang setia kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.
Gerakan itu mahu memaksa Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru.
Industri itu kerugian berbilion-bilion dolar dalam tempoh beberapa tahun lalu akibat kekacauan politik dan ketibaan pelancong asing merosot antara 20 hingga 30 peratus berbanding tahun lepas, kata seorang pegawai.
"Lebih dua juta rakyat Thai bekerja dalam industri pelancongan termasuk di hotel, spa, syarikat sewa kereta dan restoran," kata Charoen.
Menurut beliau, sejak beberapa tahun lalu, pekerja dan industri pelancongan teruk terjejas disebabkan tindakan rakyat Thai sendiri.
Wakil-wakil hotel, syarikat sewa kereta dan industri lain merancang untuk mengadakan demonstrasi secara aman selama sejam mulai 4 petang esok (5 petang waktu Malaysia).
Pelancong Asia sangat sensitif terhadap ancaman keselamatan dan ramai membatalkan lawatan untuk menyaksikan pesta air Songkran pada bulan ini yang selalunya menarik ribuan pengunjung asing, kata Charoen.
Penunjuk perasaan 'Baju Merah' berikrar untuk mengadakan demonstrasi yang terbesar pada Sabtu ini sejak memulakan protes terbaru dengan penyertaan lebih 100,000 penyokong pada 14 Mac lalu, selepas Mahkamah Agung Thai bertindak merampas sebahagian besar kekayaan Thaksin. - AFP

Gejala sosial libatkan kanak-kanak



JAKARTA 1 April - Satu klip video di Internet yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang merokok sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat pelbagai isyarat lucah 'menggegarkan' Indonesia.
Video pendek di YouTube pada hujung minggu lepas itu dikeluarkan daripada laman web berkenaan semalam kerana melanggar terma penggunaan, lapor akhbar harian The Jakarta Globe.
Ia menunjukkan seorang budak lelaki dalam lingkungan umur empat tahun sedang menghisap rokok kretek sambil menghembuskan asap dan mencarut dalam dialek Jawa Timur berlatar belakang galakan daripada orang dewasa yang kedengaran sedang ketawa.
Memberi respons kepada soalan yang dikemukakan oleh orang dewasa itu, kanak-kanak bernama Sandy itu berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa kelak dan akan membelanjakan wangnya dengan melanggan pelacur.
Para pegawai perlindungan kanak-kanak memberitahu Jakarta Post, video berkenaan menggambarkan berlaku penderaan kanak-kanak. Budak berkenaan dipercayai berasal dari Marang, Jawa Timur.
''Perlu ada rawatan psikologi dan perubatan segera diberikan kepada kanak-kanak kecil ini kerana proses pembesarannya akan terganggu. Dia tidak boleh dibiarkan begitu,'' kata Pengerusi Suruhanjaya Nasional bagi Perlindungan Kanak-kanak, Seto Mulyadi. Polis juga digesa menyiasat video berkenaan. - AFP

Dagestan digegar bom lagi, 2 maut



Pasukan penyiasat melakukan siasatan di lokasi kejadian letupan di Kizlyar, selatan Rusia di wilayah Dagestan, semalam. - AP


MOSCOW 1 April - Dua wanita yang meletupkan diri dalam serangan di dua stesen kereta api bawah tanah di Moscow pada awal minggu ini merupakan antara 30 orang yang direkrut oleh pemimpin militan untuk melancarkan serangan pengebom berani mati.
Rekrut lelaki dan wanita itu kebanyakannya diambil menerusi Internet dan mendapat latihan di wilayah Chechnya, Kaukasus Utara, lapor akhbar Kommersant hari ini dengan memetik kenyataan penyiasat.
Dua pengebom wanita dalam serangan yang membunuh 39 orang di Moscow pada Isnin lalu itu dipercayai menaiki bas dari pekan Kizlyar, Dagestan, di mana dua lagi insiden letupan dilaporkan semalam mengakibatkan 12 orang maut, juga angkara pengebom berani mati.
Dagestan digegarkan lagi hari ini apabila sebuah kereta meletup, menyebabkan dua orang maut.
Kizlyar yang terletak hanya di seberang sempadan Chechnya mempunyai perkhidmatan kereta api dan bas yang baik ke Moscow dan kedua-dua wanita mendapat latihan di daerah Vedensky, Chechnya, lapor Kommersant.
Semalam, kumpulan militan 'Emiriah Kaukasus' dalam mesej video daripada pemimpinnya, Doku Umarov mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan di stesen kereta api bawah tanah di Moscow itu.
Umarov yang menjadi sasaran beberapa percubaan pasukan keselamatan Rusia untuk membunuhnya, mendakwa dia sendiri memberi arahan untuk melancarkan serangan tersebut.
"Tindakan itu adalah sah bagi membalas dendam terhadap pembunuhan berterusan penduduk awam di Kaukasus," katanya dalam video yang disiarkan di laman web militan,kavkazcenter.com.
Rusia sudah lama memerangi puak pemisah Islam di wilayah-wilayah Dagestan, Chechnya dan Ingushetia di Kaukasus Utara, tetapi dua letupan di Moscow pada Isnin lalu adalah kali pertama dalam enam tahun sejak keganasan merebak ke ibu negara ini. - AFP

Artis tangani isu buang bayi






STUDIO NAR di Jalan Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Selasa lalu penuh dengan manusia prihatin.
Sejak pukul 3 petang, studio tersebut telah menjadi medan buat barisan artis seperti Maya Karin, Aishah, Amy Mastura, Amylea, Datuk Siti Nurhaliza, Aizat, Anuar Zain, Alyah, Misha Omar, Adibah Nor, Anita Sarawak, Mawi dan ramai lagi berkongsi rasa tentang isu yang sudah seperti menjadi satu pesta kini - bakar, buang dan bunuh bayi!
Bersama barisan artis yang menyumbang suara secara percuma untuk lagu ciptaan S.Atan liriknya oleh Habsah Hassan berjudulHarapan Tanpa Suara ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut turun padang menyokong kempen Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia.
Semuanya dilakukan atas dasar prihatin. Barisan artis tidak mengharapkan sebarang pengiktirafan daripada amal yang mereka lakukan. Biar ramai yang terikat dengan komitmen lain, namun demi menyeru masyarakat supaya lebih prihatin, masa emas mereka dicuri untuk melaksanakan tanggungjawab sosial ini.
Mereka juga mahu menghapuskan stigma bahawa artis hanya terlibat dalam hal bersifat popular sehingga melupakan tanggungjawab sosial.
Pihak akhbar tidak cuba bersikap oportunis atas isu yang terjadi. Sebaliknya isu yang semakin parah ini dipandang serius dan melalui kempen yang dijalankan, diharapkan mereka yang melakukan perbuatan keji itu akan berasa takut untuk menambahkan parameter gejala buang bayi ini.
Harapan utama mereka juga adalah agar lagu dan kempen yang dijalankan mampu memberi kesedaran terhadap pelaku dan masyarakat agar lebih menghargai nilai seorang bayi kecil yang tidak berdosa.
Menurut penulis lirik lagu ini, Habsah Hassan atau mesra dipanggil Kak Chah, dia menulis lirik Harapan Tanpa Suara ini pada 22 Mac lalu selepas subuh sewaktu berada di Bukit Fraser, Pahang.

BERGANDING BAHU. Komposer S. Atan (duduk) bersama penyanyi Maya Karin (kiri), Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Anita Sarawak dan barisan artis lain bersungguh-sungguh menyokong kempen Kami Prihatin.


"Mereka tidak ubah seperti manusia bertopengkan patung yang tidak mempunyai perasaan. Mesejnya ringkas tetapi saya harap ia sampai di hati khalayak. Melalui lirik yang saya cipta, kita cuba menyampaikan bahawa kanak-kanak yang tidak berdosa tidak patut menjadi mangsa dalam kes ini," ujar Kak Chah yang turut memberitahu lagu tersebut disiapkan dalam tempoh tiga hari.
Bersetuju dengan pendapat Kak Chah, barisan artis semua sepakat berharap agar masyarakat tidak sekadar terhibur dengan lagu yang dihasilkan.
Tetapi mereka harus meneliti dan menghayati mesej yang terkandung dalam lagu ini. Harapan Tanpa Suara kata mereka lagi tidak dinyanyikan secara suka-suka, tetapi dinyanyikan dengan sejuta harapan agar hati-hati yang telah 'mati', hidup semula.
"Siti sangat bersetuju dengan kempen yang dijalankan ini kerana gejala ini sudah menjadi semakin parah. Siti tidak mengerti mengapamereka sanggup melakukan perbuatan keji ini.
"Harapan Siti agar hal ini cepat diambil iktibar. Siti tak mahu kita kembali kepada zaman jahiliah yang banyak membuang bayi sesuka hati," ujar Siti Nurhaliza yang cukup teruja kerana dapat menyumbang suara dalam lagu tersebut.
AIZAT, Anita Sarawak, Nurul dan Maya Karin tidak lokek menyumbang suara secara percuma bagi menjayakan kempen ini.


Bagi penyanyi Misha Omar pula, katanya sebagai seorang ibu angkat, dia cukup tersentuh dengan perbuatan tanpa ihsan individu-individu tidak bertanggungjawab ini.
Katanya: "Saya pelik dengan dunia hari ini. Ada manusia yang sanggup menjalankan sindiket jual anak dan banyak juga yang mahu membeli kerana tiada anak. Tapi dalam masa yang sama, ramai yang membuang anak dan membunuh tanpa ada perasaan bersalah.
"Jujur saya akui, sebagai wanita, manusia dan ahli masyarakat, saya malu dengan apa berlaku sekarang. Saya rasa, lagu ini tidak akan bermakna kalau kami nyanyi, tapi orang tak ambil iktibar. Harapan saya, masyakarat terkesan dengan lagu ini."
Jangan cepat menghukum
Sementara itu, Mawi dan Adibah Nor berkongsi persepsi yang sama. Prihatin dan tidak lokek menjalankan tanggung jawab sosial, baik Mawi atau Adibah, kedua-dua mereka berharap agar masyarakat tidak lekas menjatuhkan hukum terhadap pelaku.
Bagi mereka, setiap yang berlaku mempunyai hikmah dan alasan tersendiri. Bukan bersetuju dengan pelakin, namun kata Adibah: "Jika wanita yang membuang bayi itu dirogol dan dia terpaksa melakukan hal tersebut, kita sebagai masyarakat jangan cepat menjatuhkan hukum.

ADIBAH NOR, (kiri) Amy Mastura dan Amylea turut sama mendendangkan lagu Harapan Tanpa Suara.


"Sebaliknya, kita harus berganding bahu membantu menangani masalah ini. Saya kira bukan artis sahaja yang boleh membantu mereka dengan kempen lagu seperti ini, tapi saya percaya para ulama juga memainkan peranan penting untuk membendung gejala ini."
Bersetuju dengan pendapat Adibah, Mawi yang tidak malu mengaku dia dan isteri berusaha keras mahu menimang cahaya mata, sebaliknya ada pihak tidak mempunyai ihsan dan membuang bayi yang dilahirkan.
"Kalau seorang wanita yang melakukan masalah ini mempunyai alasan tersendiri, saya kira kita tidak boleh terus menjatuhkan hukum kerana kita juga tidak tahu masalah mereka.
"Tapi saya suka untuk menasihatkan agar setiap tindakan yang mahu diambil, perlu dilakukan dalam keadaan waras. Jangan membuat tindakan melulu kerana esok, penyesalan itu tidak membawa makna lagi," kata Mawi yang bersyukur kerana dapat terlibat dalam kempen ini.
Menyokong kempen ini dan berharap agar ia bersifat berterusan, Anuar Zain berkata, kempen Kami Prihatin ini patut dijalankan secara komprehensif ke seluruh negara.
"Saya fikir, selain kempen melalui lagu, kempen ini harus ada inisiatif yang lebih tinggi seperti jelajah masuk ke kampung-kampung, pusat membeli-belah atau masuk ke dalam universiti untuk memberi kesedaran dan menanam sikap peka masyakarat terhadap isu ini," katanya yang juga berharap agar ibu bapa tidak menutup mata terhadap sikap anak-anak kerana bayi yang tidak berdosa berhak untuk hidup.
Kempen tersebut dijadual dilancarkan pada 8 April depan di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Sindiket barangan tiruan lumpuh




ABDUL HAMID (kiri) meneliti beg berjenama tiruan yang dirampas di Johor Jaya, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Satu sindiket pengedaran produk berjenama tiruan di bandar raya ini lumpuh, apabila barangan itu yang bernilai RM200,000 berjaya dirampas dalam satu serbuan di sini semalam.
Serbuan dilakukan oleh Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Johor kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah stor di Jalan Dedap, Taman Johor Jaya di sini.


Mati tertimbus ketika gali perigi


BEBERAPA anggota penyelamat mengeluarkan mayat Amirul (gambar kecil) yang tertimbus ketika menggali perigi di Kampung Batu Berendam, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH - Seorang anggota Askar Wataniah ditemui mati lemas di dalam sebuah perigi di Kampung Batu Berendam, Taweh, Gaal, dekat sini semalam.
Mangsa, Amirul Abdul Razak, 21, dipercayai mati selepas perigi yang digali bersama dua orang rakannya runtuh secara tiba-tiba.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, dua lagi rakannya juga nyaris maut ketika cuba menyelamatkan mangsa daripada tertimbus.

Lelaki dibelasah sampai mati




S. Selvekumaran


ALOR GAJAH - Tindakan 23 lelaki yang mengambil keputusan sendiri dengan memukul hingga mati seorang pencuri getah beku memakan diri apabila kesemua mereka kini ditahan atas dakwaan membunuh dalam satu kejadian di Bukit Apit 2, Masjid Tanah di sini kelmarin.
Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku apabila suspek yang merupakan seorang warga India, enam Melayu dan 16 warga Indonesia berusia 17 hingga 42 tahun bertindak membelasah S. Selvekumaran, 52, selepas melihatnya mencuri getah beku di sebuah kebun.

Tiga sekolah ditutup



LANGKAWI - Tiga buah sekolah di sini diarah tutup kerana terdapat pelajarnya mengalami simptom demam, batuk dan selesema seperti influenza.
Jurucakap Pejabat Kesihatan Langkawi berkata, sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi Pulau Tuba yang diarah ditutup sejak Selasa lalu manakala Sekolah Kebangsaan Bagan Selat Nyiur diarah tutup semalam dengan kedua-duanya dijadual dibuka semula pada Ahad ini.

Peguam tidak puas hati, ambil kes secara percuma



PETALING JAYA 1 April - "Macam mana bagi orang yang betul-betul tiada duit, miskin? Kalau dia jalankan kes sendiri dan kalah, ia tidak adil, puan."
Itu antara kenyataan seorang peguam bela yang tiba-tiba bangkit selepas seorang peguam bela dari Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Hal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri menarik diri daripada mewakili anak guamnya yang merupakan tertuduh dewasa.
Jelas tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, peguam, Suzana Norlihan Alias menawarkan diri untuk mewakili tertuduh, Mohd. Yusof Zainuddin, 32, secara percuma (pro bono).
Terdahulu, peguam, Mah Soon Sin menarik diri daripada mewakili Mohd. Yusof selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak pengakuan salah tertuduh selepas dia tidak bersetuju dengan kandungan fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa raya.
Jelas Soon Sin, beliau hanya menerima arahan untuk membuat rayuan bagi pihak tertuduh dan di bawah Akta Bantuan Guaman, beliau tidak boleh mewakili Mohd. Yusof dalam perbicaraan.
Pengutip sarang burung itu sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan menyamun pekerja sebuah stesen minyak warga Indonesia dikenali sebagai Tatik kira-kira pukul 3 pagi, 9 September 2008 di Lot 7906, Jalan Balakong, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dekat sini.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.
Sebaik sahaja mahkamah merekodkan penarikan diri tersebut, Suzana terus bangkit dan menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
''Saya peguam, dia peguam. Seorang peguam tidak boleh menjadi terlalu memilih, sekurang-kurangnya apa yang dia boleh lakukan ialah kata akan balik ke pejabat dan cuba dapatkan arahan daripada ketua atau cuba berbuat sesuatu dan bukannya bertindak demikian,'' kata Suzana.
Hakim Rozina Ayob kemudian menjelaskan kepada Suzana bahawa tindakan Soon Sin adalah disebabkan terdapat batasan dalam Akta Bantuan Guaman.
Beliau juga sempat bertanya kepada Suzana adakah dia berminat untuk mengambil kes itu secara pro bono.
''I have too (saya perlu berbuat demikian)," ujarnya.
Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan selama dua hari bermula 25 Mei ini.
Soon Sin ketika ditemui pemberita selepas prosiding memberitahu, berdasarkan akta tersebut, peguam mempunyai bidang kuasa yang terhad dalam mewakili seseorang tertuduh.
Ini kerana jelasnya, dalam kes jenayah yang membabitkan tertuduh dewasa, Jabatan Bantuan Guaman boleh mewakili mereka bagi tujuan membuat rayuan sahaja manakala bagi perbicaraan, kebenaran perlu diperoleh daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu.
Tambahnya, bidang kuasa mereka lebih tertumpu kepada kes-kes membabitkan remaja yang berumur di bawah 18 tahun atau mereka yang dinyatakan dalam Akta Kanak-Kanak dan kes-kes lain seperti perceraian, tuntutan hak pengguna serta kemalangan.
Selain itu, peguam yang memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah (Sivil) di Jabatan Bantuan Guaman Selangor menyatakan, jabatan itu hanya mengenakan bayaran RM2 sebagai yuran guaman bagi mereka yang berpendapatan RM25,000 setahun.

Mahkamah tolak tangguh perintah hak penjagaan anak



IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang bapa untuk menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsu yang diperoleh oleh bekas isterinya, M. Indira Gandhi bulan lepas.
Peguam kepada Indira Gandhi, M. Kulasegaran berkata, Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim membuat keputusan berkenaan di kamar beliau selepas mendapati tiada keistimewaan dalam permohonan yang dikemukakan oleh bekas suami wanita itu, Mohd. Ridzuan Abdullah.
Katanya, mahkamah juga memerintahkan Mohd. Ridzuan supaya segera menyerahkan Prasana Diksa, yang akan genap usia dua tahun Khamis depan kepada guru tadika berusia 35 tahun itu.
Pada 11 Mac lalu, Hakim Wan Afrah memerintahkan hak penjagaan anak bongsu itu diserahkan kepada Indira Gandhi selepas kes perebutan hak penjagaan itu berlarutan sejak tahun lepas.
Kulasegaran berkata, sekiranya Mohd. Ridzuan gagal menyerahkan anak itu maka dia akan memulakan prosiding menghina mahkamah yang memperuntukan hukuman penjara.
Dalam pada itu, peguam kepada Mohd. Ridzuan, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, pihaknya telah memfailkan rayuan penangguhan pelaksanaan perintah itu pada 11 Mac lalu dan sedang menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
Pada 24 April 2009, mahkamah membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) oleh Indira Gandhi untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka. - BERNAMA

Pengurusan kes Anwar saman Khairy, 12 Mei



KUALA LUMPUR 1 April - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh akhir bagi pengurusan kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Wan Nursalena Wan Abdullah di kamar beliau hari ini.
Peguam S. Prakash hadir mewakili Anwar manakala Khairy diwakili peguam A. Sarah Maalini.
Prakash berkata, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.
Pada 7 September 2007, Anwar, 63, memfailkan saman itu dengan mendakwa bahawa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak pada Ogos tahun yang sama.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa kenyataan fitnah yang dibuat oleh Khairy disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.

Permohonan Khalid Ibrahim didengar 6 April



KUALA LUMPUR 1 April - Permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mendapatkan dokumen dalam kes samannya terhadap Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) akan didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 6 April ini.
Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu di kamar beliau hari ini dengan kehadiran peguam M. Thomas Philip yang mewakili Abdul Khalid dan peguam Tommy Thomas bagi pihak BIMB.
Menurut Thomas Philip, pihaknya mengemukakan permohonan tersebut memandangkan dokumen yang dikehendaki berada dalam simpanan BIMB selaku defendan.
Dalam prosiding yang sama, Hakim Rohana menetapkan 4 Mei ini untuk mendengar perbicaraan kes saman Abdul Khalid.
Pada 21 Ogos tahun lalu, Hakim Rohana telah memerintahkan supaya Abdul Khalid melunaskan pinjaman berjumlah AS$18.52 juta (RM66.67 juta) kepada BIMB.
Ia merupakan pinjaman pembelian saham Guthrie Berhad pada 2001 selepas mahkamah membenarkan permohonan BIMB mendapatkan penghakiman terus ke atas Abdul Khalid setelah berpuas hati bahawa isu yang dibangkitkan tidak perlu melalui perbicaraan.
Abdul Khalid bagaimanapun tidak perlu menjelaskan jumlah tersebut setelah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 3 Mac lalu bagi membatalkan penghakiman terus yang diperoleh BIMB.
Dengan pembatalan itu bermakna kes perlu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk diadili menerusi perbicaraan penuh.
Selain saman yang dikemukakan oleh plaintif terhadap bank tersebut, BIMB turut mengemukakan saman balas terhadap beliau.
Abdul Khalid menyaman bank itu pada 18 Mei 2007 dengan mendakwa, terdapat penjualan secara salah saham-saham miliknya dalam Guthrie di bawah kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April 2001.
Beliau memohon diisytiharkan terdapat kontrak kolateral antara beliau dan bank berkaitan dengan kemudahan pinjaman BBA.

Eksekutif Bank Negara diarah bela diri kes rasuah



KUALA LUMPUR 1 April - Seorang eksekutif Bank Negara Malaysia (BNM) diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM26,985.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat mengarahkan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mahathir Shahabudin, 54, yang merupakan eksekutif di Unit Pembersihan, Jabatan Harta dan Perkhidmatan BNM.
Menurut Mohamad Sekeri, berdasarkan keterangan, dua saksi pendakwaan mengesahkan bahawa mereka telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank tertuduh atas permintaannya.
Saksi pertama yang juga pengadu, Anuar Paharudin menyatakan, tertuduh meminta imbuhan sebanyak 10 peratus daripada nilai sebuah kontrak yang diperoleh saksi itu pada 2005 dibayar kepadanya setiap bulan.
Menurut Mohd. Sekeri, Anuar juga mendakwa dia pernah memasukkan RM800 ke dalam akaun tertuduh apabila tertuduh meminta wang menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Beliau turut merujuk keterangan saksi kelapan, M. Azhar Ibrahim yang menyatakan dia memasukkan wang ke dalam akaun Mahathir menerusi dua keping cek selepas tertuduh memberitahunya pembayaran kontrak daripada BNM akan ditahan sekiranya gagal menjelaskan bayaran itu.
Mahathir didakwa menerima rasuah berjumlah RM1,400 menerusi tiga transaksi berasingan ke dalam akaun miliknya di Tingkat 1, Menara Maybank, Jalan Tun Perak di sini antara pukul 1 petang, 20 Oktober dan 4.47 petang 2 Disember 2005.
Dia didakwa menerima wang tersebut daripada Anuar yang merupakan pengarah syarikat pembersihan sampah, First Choices Services Sdn. Bhd. sebagai upah mengekalkan kerja kontrak pelupusan sampah yang dilakukan oleh syarikat itu untuk BNM.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, di tempat yang sama Mahathir didakwa menerima dua keping cek masing-masing bernilai RM8,575 dan RM17,010 daripada M. Azhar yang merupakan pengarah syarikat mencuci permaidani, Indramuz Sdn. Bhd. pada 30 Disember 2005 dan 16 Februari 2006.
Dia didakwa di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta itu yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bekas setiausaha politik ke penjara



KUALA LUMPUR 1 April - Bekas setiausaha politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, Matthias Chang Wen Chieh hari ini dihantar ke Penjara Kajang setelah enggan membayar denda RM20,000 yang perlu dilunaskan dalam masa seminggu ekoran kesalahan menghina mahkamah.
Matthias yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini dibawa pergi oleh Timbalan Pegawai Penjaga Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Zulkifi Osman selepas perintah penyerahan ke penjara disampaikan kepadanya oleh Timbalan Pendaftar K. Pavani.
Pada 25 Mac lalu, Hakim Noor Azian Shaari mensabitkan Matthias, 60, atas kesalahan di bawah Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.
Matthias pada mulanya enggan memohon maaf setelah berlakunya pertikaman lidah semasa kes saman yang dikemukakannya terhadap American Express (Malaysia) Sdn. Bhd. didengar oleh hakim berkenaan pada tarikh tersebut.
Dia yang ketika itu sedang memberi keterangan turut bertindak meninggalkan kotak saksi sambil berkata terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan tindakan selanjutnya seperti membatalkan samannya.
Matthias sebenarnya telah hadir ke mahkamah pada pukul 3 petang semalam agar perintah untuk menyerahkannya ke penjara dapat dilaksanakan.
Namun dia dimaklumkan bahawa tempoh seminggu yang ditetapkan oleh Hakim Noor Azian hanya tamat lewat petang semalam.
Sungguhpun begitu berdasarkan prosedur dan amalan yang ditetapkan, perintah untuk menyerahkan tahanan kepada pihak penjara hanya boleh dikeluarkan pagi ini.
Seperti yang dijanjikan, Matthias yang memakai suit kelabu hadir ke mahkamah pada pukul 9.10 pagi dengan ditemani rakan-rakan.
Raut wajahnya nampak tenang dan bersahaja sejak mula sehinggalah dia diletakkan di bawah kawalan polis.
Matthias menyaman American Express kerana mendakwa defendan telah menyekat kad miliknya.
Defendan dalam pernyataan pembelaan mendakwa, plaintif telah gagal membuktikan berlakunya pelanggaran kontrak dan fitnah.
Sehari selepas disabitkan menghina mahkamah, Hakim Noor Azian telah membatalkan saman Matthias setelah mendapati plaintif gagal membuktikan kes terhadap defendan selepas dipanggil memberikan keterangan.
Peguam Manjit Singh Saini yang mewakili Matthias memberitahu, pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah yang membatalkan saman anak guamnya pada 26 Mac lalu.
''Atas dasar prinsip, Matthias mahu menjalani hukuman penjara. Tetapi saya menerima arahan daripada anak guam supaya mengemukakan rayuan berhubung saman yang ditolak oleh mahkamah. Kami akan merayu terhadap keseluruhan keputusan mahkamah,'' kata Manjit.

Kartika Sari tidak jadi disebat





KUANTAN 1 April - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman sebat terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, kerana kesalahan minum arak yang digantikan dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah bertitah, Sultan Pahang yang menggunakan budi bicara baginda meringankan hukuman itu selepas mengambil kira kesalahan tersebut merupakan kali pertama dilakukan oleh Kartika Sari.
Tengku Abdullah juga tidak menolak kemungkinan Sultan Ahmad Shah membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan juga hasil pertemuan baginda dengan Kartika Sari di Pekan bulan lalu.
Baginda bertitah demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan hoki Piala Razak antara Pahang dengan Selangor di Stadium Hoki Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), Indera Mahkota di sini hari ini.
Ibu dua anak itu pada Julai tahun lalu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang.
Isu hukuman sebat terhadap bekas model itu menjadi hangat apabila terdapat pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mempertikaikan hukuman itu yang dikatakan agak kejam untuk dijatuhkan ke atas seorang wanita.
Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bertitah, baginda telah dimaklumkan kira-kira 10 hari lalu mengenai keputusan Sultan Pahang itu dan arahan telah diberikan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya.
Menjawab satu soalan, Tengku Abdullah bertitah, keputusan tersebut bukan satu prosedur baru, sebaliknya ia dibuat atas ihsan Sultan Pahang yang menggunakan kuasa baginda mengikut peruntukan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002.
Sementara itu ketika dihubungi, Kartika Sari berkata, dia diperintah menjalani kerja-kerja khidmat komuniti di Rumah Anak-anak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang selama tiga minggu bermula esok.
Menurut wanita itu, beliau dimaklumkan tentang perkara itu menerusi surat oleh Muip yang diterima semalam.
"Mengikut surat itu, Sultan Pahang memutuskan sebagai ganti hukuman sebat, saya diperintah menjalani kerja-kerja kemasyarakatan selama tiga minggu bermula esok," katanya.
Ditanya tentang perasaannya menerima perintah tersebut, Kartika Sari berkata, beliau reda dan bersedia menjunjung titah Sultan Pahang walaupun jauh di sudut hatinya sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak.
"Sebagai ibu, saya tentunya akan merindui anak-anak tetapi dalam masa sama saya perlu menjunjung titah Sultan," ujarnya.
Bapanya, Shukarnor Abd. Mutalib pula berharap dia dapat bertemu dengan anaknya itu pada setiap hujung minggu.
"Kartika Sari tidak pernah berpisah dengan anak-anaknya. Kalau boleh, saya mohon beliau dibenarkan berjumpa dengan keluarga dalam tempoh pelaksanaan perintah tersebut," katanya.

Sindiket edar dadah warga Iran kini peralat budak





KUALA LUMPUR 1 April - Sindiket pengedaran dadah didalangi warga Iran kini dikesan menggunakan kanak-kanak sebagai kurier membawa dadah ke negara ini selepas pelbagai taktik yang digunakan sebelum ini berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa.
Eksploitasi kanak-kanak bawah umur sebagai keldai dadah itu berjaya dibongkar dengan penangkapan seorang wanita Iran bersama anaknya berusia 9 tahun di sebuah kawasan di Bukit Bintang di sini semalam.
Sumber polis Bukit Aman berkata, dua beranak terbabit ditangkap semasa cuba menyerahkan dadah jenis syabu yang diseludup ke negara ini kepada pengedar dadah tempatan.
Beliau berkata, suspek yang baru turun dari sebuah teksi diberkas oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selepas dilihat membawa satu bagasi dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan ke atas bagasi yang dibawa menemui ruang sulit dijadikan tempat menyembunyikan syabu seberat kira-kira tiga kilogram bernilai RM750,000," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber itu memberitahu, siasatan mendapati wanita terbabit menyeludup dadah ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyamar sebagai pelancong beberapa hari lalu.
"Suspek berjaya meloloskan diri ketika pemeriksaan kerana lakonan berkesannya sambil membawa anak kecil.
"Dadah itu sepatutnya diserahkan kepada rakan senegaranya di Bukit Bintang," katanya.
Hasil siasatan lanjut, katanya, polis kemudian menahan seorang lelaki warga Iran dipercayai dalang utama kepada sindiket terbabit.
Beliau berkata, lelaki terbabit difahamkan memainkan peranan sebagai perancang utama kepada sindiket pengedaran syabu di Malaysia dan turut dibantu oleh beberapa rakan senegaranya yang lain.
"Kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya.
Menurutnya, terdahulu pada malam Isnin lalu, polis memberkas dua lelaki Iran di KLIA bersama syabu bernilai RM375,000.
Beliau berkata, suspek yang baru tiba dari Dubai menyembunyikan dadah terbabit dalam bagasi yang dibawanya.
Sepanjang minggu lalu pula, katanya, dua lelaki Iran turut ditahan kerana cuba menyeludup syabu ke Malaysia.
"Seorang suspek berusia 41 tahun ditahan di KLIA selepas dikesan menyembunyikan syabu seberat 2.2 kilogram bernilai RM550,000 dalam bengkung yang diikat di pinggangnya.
"Pada hari sama, seorang penjual karpet juga warga Iran turut ditahan kerana memiliki lapan botol kecil berisi 170 gram syabu bernilai RM51,000," katanya.