Search This Blog

Loading...

Friday, March 26, 2010

Pak cik panik'

KOTA BHARU: “Pak cik tak mampu berkata-kata dan panik sebaik mendengar berita buruk itu apabila adiknya, Mohd Zulaidi, 38, menghubungi kami di rumah kira-kira jam 11 pagi,” kata Jusof Yasin, 62, bapa Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 40, yang terbunuh apabila pesawat Pilatos PC-7 Mark II dikendalikannya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, jam 10.15 pagi semalam.
Menurut Jusof, arwah anak sulung daripada sembilan beradik berhasrat menjadi juruterbang ketika belajar di sekolah rendah sehingga mula berkhidmat dengan tentera pada 1992.
“Ketika itu, saya pernah berpesan kepadanya kalau ingin menjadi tentera biar pangkatnya lebih tinggi daripada saya.

“Hasratnya tercapai untuk menjadi seorang juruterbang, tapi apakan daya dia pergi jua,” katanya sedih. Jusof berkata, arwah disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berdisiplin dan pemergiannya amat ditangisi mereka sekeluarga. Katanya, berita sedih menimpa arwah dimaklumkan Mohd Zulaidi yang ketika itu berada di Johor Bharu.

“Mohd Zulaidi memberitahu abangnya (arwah) terjatuh ketika memandu pesawat berkenaan. “Isteri, Limah Hassan, 59, terkejut kerana tidak menduga kejadian itu menimpa anak sulung kami,” katanya.

Curi kereta RM600,000

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) muda hanya mampu menepuk dahi apabila kereta mewah Mercedes Benz hitam model S300L yang baru dibelinya tidak sampai sebulan lesap dilarikan penjenayah yang menyamar ‘joki’ kenderaan.
Difahamkan kereta mewah dengan nombor siri cantik berkenaan baru dibeli pengurus syarikat terbabit dengan harga RM600,000.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa bersama isteri pergi ke bangunan pusat beli-belah di Jalan Ampang, untuk menjamu selera.

Difahamkan sebaik sampai ke lokasi, mangsa keluar daripada kenderaan sebelum menyerahkan kunci bersama kenderaan terbabit kepada seorang lelaki dipercayai joki bertugas di pusat beli-belah berkenaan.

“Mangsa yang memperoleh resit meletak kenderaan kemudian menjamu selera di tingkat satu bangunan itu dan selepas selesai makan dua jam kemudian, dia pergi ke pintu masuk utama bangunan untuk mengambil kenderaannya.

“Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila diberitahu kunci keretanya tiada dalam simpanan. Lebih mengejutkan apabila kereta mewah yang berada di bawah jagaan joki turut lesap dilarikan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cuba mendapatkan penjelasan, bagaimanapun diberikan pelbagai alasan oleh kumpulan joki bertugas yang seolah-olah enggan bertanggungjawab.

“Susulan itu, mangsa yang kebingungan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

“Hasil siasatan menerusi kamera litar tersembunyi (CCTV) yang diletakkan di pusat beli-belah itu polis menahan empat lelaki yang juga pekerja joki di pusat beli-belah terbabit yang disyaki ada hubungan dengan sindiket mencuri kereta mewah,” katanya.

Beliau berkata, keempat-empat suspek direman bagi membantu siasatan.

Difahamkan, polis sebelum ini menyedari kegiatan mencuri kereta mewah yang didalangi joki atau penjaga valet tempat meletak kereta bagi mengklon kunci kereta pemilik sebelum kenderaan itu dilarikan. Suspek yang berkomplot dengan sindiket kereta mewah turut dikesan berupaya melakukan ubah suai terhadap kunci kenderaan dicuri.

Mayat lelaki dalam sembilan lapisan plastik

KUALA LUMPUR: Mengerikan apabila mayat seorang lelaki yang dipercayai sudah dibunuh tiga hari ditemui dalam keadaan dibungkus dengan sembilan lapisan plastik pembalut di tebing longkang.
Difahamkan, mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu berlumuran darah kesan tikaman di belakang kepala dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam.
Mayat mangsa yang berbalut plastik tebal itu ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring berhampiran sebuah loji najis di Taman Bersatu Rawang di sini, sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah, berkata pihaknya ke tempat kejadian selepas menerima laporan orang ramai jam 5.50 petang semalam.

“Polis terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengangkat mayat daripada tebing longkang berkenaan.

“Siasatan pasukan forensik mendapati terdapat terdapat kesan tetakan di belakang kepala mangsa sepanjang satu setengah inci dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia tiga hari lalu,” katanya.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak atau balai polis berhampiran.

16 kenderaan dihempap pokok

KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta ribut petir kira-kira jam 5 petang semalam mengakibatkan 16 kenderaan yang diletakkan di tempat meletak kereta awam di dua kejadian berasingan di ibu kota, rosak dihempap pokok, petang semalam.
POTONG...kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memotong pokok yang menghempap kenderaan selepas hujan ribut di Jalan Raja Chulan, semalam.
POTONG...kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memotong pokok yang menghempap kenderaan selepas hujan ribut di Jalan Raja Chulan, semalam.
Selain itu, beberapa jalan utama sesak akibat dihalang rimbunan pohon tumbang yang menghalang lalu lintas selain keadaan menjadi lebih buruk apabila kebanyakan warga kota keluar pejabat.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam dua kejadian berkenaan. Di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, lapan kereta remuk hampir 80 peratus selepas semua kenderaan di tempat meletak kereta awam itu dihempap beberapa pokok dalam tiga kejadian di situ.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.30 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Menurutnya, sebuah jentera dengan lapan anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Terdapat tiga tempat berasingan di Seksyen 1, Wangsa Maju yang membabitkan lapan kenderaan dalam kejadian pokok tumbang ini.


“Kami sudah melakukan kerja pembersihan, memotong serta mengalihkan pokok daripada kenderaan yang dihempap,” katanya di sini, semalam.

Cemas empat anak tercampak

KUALA TERENGGANU: “Sukar untuk saya bayangkan apabila melihat empat anak tercampak ke tengah jalan menerusi tingkap kereta manakala suami, Muhammad Razali Manan, 46, pula berlumuran darah di tempat pemandu.
“Saya bergegas keluar dari kenderaan yang remuk dan mengheret mereka ke bahu jalan,” kata Latifah Majid, 39, menceritakan detik cemas kemalangan yang menimpa suami dan enam anaknya di Kampung Kelulut, Marang, Selasa lalu.
Kejadian kira-kira jam 7 malam itu berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Kuantan dan singgah di Kampung Kelulut, Marang untuk membeli keropok lekor sebelum Proton Wira dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dari belakang ketika membuat pusingan ‘U’.

Ibu kepada enam anak yang tidak cedera dalam kemalangan itu ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata dia tidak menduga percutian ke rumah ibunya di Kampung Badak, Bachok, Kelantan berakhir tragedi.

Menurutnya, suaminya menerima lebih 200 jahitan dan doktor terpaksa menjalankan pembedahan plastik di muka manakala bahu dua anaknya patah serta luka di beberapa bahagian badan.

Katanya, dua anaknya iaitu, Nur Farisa Nadia, 18, dan Muhammad Iqbar, 12, serta suami, kini masih dirawat di HSNZ manakala empat lagi anaknya dirawat sebagai pesakit luar.

Dua pelajar cuba seleweng cek dikenakan bon

KUALA LUMPUR: Dua penuntut kolej dikenakan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah cuba menunaikan cek bukan milik mereka minggu lalu.
Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan Mohamad Shahir Zakaria dan Mubisshafik Mansor, kedua-duanya 21 tahun, dijamin dengan bon bercagar sebanyak RM2,000 selama dua tahun setelah mereka mengaku bersalah cuba menunaikan sekeping cek bernilai RM8,000 yang bukan milik mereka di Maybank Jalan Sungai Besi pada 3.55 petang 15 Mac lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 511 dan Seksyen 34 Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan. Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Naqiah Muda manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aizam Aiza Zamran.

Naqiah, ketika memohon hukuman yang ringan, berkata Mohd Shahir dan Mubisshafik masih menuntut dan sekiranya mereka dihukum penjara, ini akan menjejaskan masa depan mereka.-Bernama

Polis Pulau Pinang lumpuh sindiket pelacuran

GEORGETOWN: Polis melumpuhkan sindiket pelacuran yang mampu mengaut keuntungan RM93,000 sebulan selepas seorang bapa ayam dan lima wanita warga China serta lima pelanggan lelaki dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Baru, Prai malam tadi.

Lelaki maut, rakan wanita cedera parah dalam kemalangan

2010/03/26

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut dan rakan wanitanya cedera parah apabila kereta yang dipandunya terlanggar pembahagi jalan dan terbalik di Jalan Mahameru di sini awal pagi tadi.

Kereta jenis Proton Satria itu dipandu Sulaiman Ibrahim, 23, mati serta-merta di tempat kejadian manakala rakannya, Nur Shahira Abd Rahim, 19, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

"Proton Satria itu dipandu dari arah Pusat Dagangan Dunia Putra menghala ke Istana Negara... kita percaya ia dipandu laju dan gagal dikawal sebelum melanggar pembahagi lorong motosikal di kawasan kejadian.


"Berlaku pelanggaran yang kuat menyebabkan kereta terbabit terbalik," Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Inspektor Md Shahrul Md Salleh memberitahu Bernama.


Kemalangan itu berlaku jam 5.40 pagi. -Bernama

Lima lelaki didakwa culik untuk wang tebusan RM1 juta

JOHOR BAHARU: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang lelaki berusia 22 tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM1 juta dari keluarga mangsa di sini, tiga minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.
Tertuduh R R Thiru Kumaran, 27, seorang penyelia kilang; mekanik V Sivakumar, 24; pemandu lori, M Mohanraj, 19; dan dua penganggur Nagoor Khan Mustafa Khan, 38 serta N Nagulan, 23, didakwa menculik Tuvendran Krishnan di Jalan Kilang Nenas, Batu 8 1/2, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, antara pukul 8 malam, 7 Mac dan 10 malam, 8 Mac, yang lalu.

Kesemua mereka, bersama dua lagi yang masih bebas, didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Fuad Abdul Aziz menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azlina Azamuddin manakala John Fernandez mewakili Nagulan dan Mohanraj.

< Tertuduh yang lain tidak diwakili peguam.-Bernama

Penggodam tahu kata laluan Obama




GAMBAR menunjukkan penggodam Twitter milik Obama yang dikenali sebagai Francois C.


CLERMONT-FERRAND - Seorang penggodam komputer di Perancis berdepan hukuman penjara semalam selepas dia memecah masuk akaun laman jaringan sosial Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan selebriti Britney Spears dengan meneka kata laluan mereka.
Penggodam berusia 23 tahun yang cuma dikenali sebagai Francois C. menggunakan nama anjing kesayangan Obama, Bo sebagai kata laluan akaun Twitter milik presiden AS itu.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dengan bantuan polis Perancis mengambil masa enam bulan menjejaki lelaki itu yang menganggur sebelum menangkapnya di sini, tengah Perancis pada Selasa lepas.
"Saya tidak berniat jahat... Saya cuma mahu memberi amaran kepada mereka bahawa terdapat kelemahan dalam sistem yang digunakan," kata lelaki itu.
Penggodam tersebut yang berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah ditahan di sebuah balai polis di sini sebelum dibebaskan dengan ikat jamin bagi menunggu perbicaraan pada 24 Jun depan. - Agensi

Kemaruk cinta gadis Filipina



Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amirul Haswendy Ashari
am@hmetro.com.my
2010/03/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Akibat kemaruk panahan cinta gadis Filipina, seorang suami sanggup meninggalkan isteri dan enam anaknya lebih empat bulan lalu untuk menetap sebumbung bersama gadis berkenaan secara tidak sah.
Bagaimanapun, lelaki dan gadis Filipina berusia awal 20-an terbabit dicekup ahli jawatankuasa surau dan sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah selepas melakukan intipan lebih sebulan lalu. Difahamkan, lelaki tempatan terbabit berusia 40-an ditangkap kerana bersekedudukan dengan gadis warga asing terbabit di sebuah unit pangsapuri disewa di Damansara di sini, kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu. Isteri lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 40-an, berkata operasi membanteras maksiat itu dilakukan ahli jawatankuasa surau dibantu polis selepas menerima aduan penduduk.
“Suami saya sanggup berhabis ribuan ringgit di samping mengirim wang kepada gadis terbabit di negara asalnya supaya dapat datang ke Malaysia untuk hidup bersama. Perkara ini membuat hati saya dan anak-anak terluka.

“Malah, sejak mengenali gadis Filipina itu, suami saya langsung tidak pulang ke rumah, jauh sekali untuk menjenguk keadaan kesihatan atau makan minum dan anak-anaknya,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan terbabit, pihak berkuasa mengambil masa hampir 10 minit untuk mengetuk rumah pintu rumah didiami suami dan kekasihnya itu.

“Selepas menunggu, suami saya yang hanya berseluar panjang dan tidak berbaju muncul di depan pintu rumah sebelum ahli surau menyatakan tujuan serbuan itu. “Selepas lampu dipasang, didapati wanita terbabit berada dalam sebuah bilik yang agak berselerak dan hanya berpakaian nipis hingga menampakkan susuk tubuhnya,” katanya.


Katanya, hasil soal siasat, suaminya itu mendakwa berehat sambil ‘mengajar’ serba sedikit soal agama berikutan gadis itu dipercayai baru memeluk Islam sebulan lalu.

Berikutan itu, pasport gadis terbabit dirampas dan laporan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara. Bagaimanapun, kedua-dua pasangan terbabit dibebaskan selepas diikat jamin.

Gempa landa barat Filipina

2010/03/25

MANILA: Satu gempa bumi 6.1 pada skala Richter melanda pantai barat Filipina, menggegarkan ibu kota ini serta kawasan kejiranan tengah hari semalam, namun tiada kerosakan atau kematian dilaporkan.

Amaran tsunami juga tidak dikeluarkan. Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa yang berpusat 100 kilometer di barat bandar pelabuhan Batangas, selatan Manila, berlaku pada kedalaman 72 kilometer jam 1.30 tengah hari waktu tempatan.

“Biasanya dengan gempa yang sebegitu kuat, kerosakan akan dilaporkan segera. Sudah hampir sejam sejak ia berlaku dan kami tidak menerima apa-apa laporan lagi,” kata Glenn Rabonza, ketua Majlis Kerjasama Bencana Nasional. Rabonza berkata Datuk Bandar Pulau Lubang di wilayah Mindoro, berhampiran pusat gempa, melaporkan tiada kerosakan berlaku.

“Mereka memeriksa jambatan dan struktur lain yang bergoyang namun tidak rosak,” katanya.

Beberapa penduduk di ibu kota ini, bandar berselerak dengan kira-kira 13 juta penduduk berkata, mereka merasai gegaran itu dan bangunan pejabat bergoyang.

“Saya duduk di depan komputer apabila bumi mula bergoyang. Tiada yang jatuh, namun ia terus bergoyang dalam tempoh yang agak lama,” kata Caloy dela Pasion, seorang kakitangan di akhbar Manila Bulletin.
“Saya berasa pening. Sebaik saja ia berakhir, semua orang keluar dari pejabat dengan perasaan gementar.” Keadaan lalu lintas di daerah perniagaan Makati bergerak seperti biasa dan jumlah pejalan kaki seperti biasa.

“Kami semua turun dari bangunan di tingkat empat. Sesetengah kami ketakutan,” kata Kath de Leon, 24, seorang kakitangan pejabat di Makati.

Devi de Veyra berada di rumahnya di pangsapuri tingkat lima di Bandar Quezon di sini apabila gempa berlaku.

“Gegaran itu berlaku selama 30-40 saat dan beberapa siri gempa susulan dirasai. Ia agak perlahan namun menyeramkan,” katanya. – Reuters

Padah bunuh perancang 9/11: Osama





2010/03/25

DUBAI: Pemimpin pergerakan al-Qaeda, Osama bin Laden, memberi amaran bahawa kumpulannya akan membunuh warga Amerika Syarikat lagi jika negara itu menghukum bunuh perancang serangan 9/11.“Kawan kamu di Rumah Putih masih mengikut jejak langkah pemimpin sebelumnya dalam banyak perkara termasuk perang yang meningkat di Afghanistan dan ‘mendera tahanan’ iaitu wira mujahidin, Khaled al-Sheikh Mohammed.” 

‘Ahli politik Amerika mendera kami dan terus melakukannya khususnya dengan menyokong Israel menduduki tanah Palestin,” kata petugas Obama. – AFP

Penuntut UUM rakam detik terhempas


Penuntut UUM rakam detik terhempas


2010/03/26



KUALA LUMPUR: Detik akhir pesawat Pilatus PC-7 MK II milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus sebelum terhempas di kawasan hutan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, pagi semalam, disaksikan ratusan pelajar yang menghadiri Karnival Konvokesyen Ke-23 universiti itu.

Rakaman video menggunakan telefon bimbit yang diperoleh Berita Harian Online daripada seorang pelajar UUM, menunjukkan pesawat kendalian Allahyarham Muhammed Zulrihan menjunam sambil berpusing-pusing di luar kawalan selepas melintas ruang udara Kompleks Sukan UUM dan melakukan aksi aerobatik pendakian menegak. Pelajar berkenaan yang pada mulanya bersorak gembira kerana menyangka aksi itu sebagai sebahagian daripada pertunjukan udara, tergamam apabila pesawat berkenaan tidak muncul selepas melewati perdu pokok di kawasan hutan itu, diikuti beberapa letupan dan kepulan asap hitam di udara.

Ketika kejadian, pengacara majlis masih lagi membacakan butiran pertunjukan udara itu manakala sebilangan pelajar yang menyedari pesawat malang itu sudah terhempas mula bergegas ke kawasan nahas. 

Suasana yang sebelum itu ceria lantas bertukar cemas apabila ramai pelajar, khususnya wanita, menyedari mereka baru saja menyaksikan tragedi yang mengorbankan nyawa juruterbang TUDM.

Saksikan rakaman detik akhir sebelum nahas itu di Berita Harian Online htttp://www.bharian.com.my. 

2 letupan di bangunan kerajaan

2010/03/25


PASUKAN polis mengawal di luar bangunan parlimen di Bangkok, semalam.
Thailand perketat keselamatan berikutan bantahan antikerajaan meletus bulan ini

BANGKOK: Thailand mengetatkan lagi kawalan keselamatan selepas dua lagi letupan mengenai bangunan kerajaan, insiden terbaru dalam beberapa siri serangan kecil sejak bantahan antikerajaan meletus bulan ini.

Perhimpunan dilancarkan penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra itu menyebabkan kerajaan terpaksa membuat kerahan keselamatan besar-besaran termasuk mengenakan kawalan ketat ke atas bangunan Parlimen yang mencetuskan boikot pembangkang. Pihak berkuasa berkata letupan baru yang melanda dewan wilayah di pinggir utara ibu kota dan sebuah bangunan kerajaan di barat ibu kota kelmarin, dilakukan di kawasan yang kurang diawasi oleh anggota keselamatan.

“Kami perlu membuat perubahan terhadap operasi kami bagi membendung serangan,” kata Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban kepada media di parlimen, sambil menambah beliau sudah mengarahkan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan.

“Laporan perisikan berkata mereka mahu mencetuskan kekacauan bagi menunjukkan kerajaan tidak dapat mengawal situasi, namun saya mahu memberi jaminan kepada rakyat Thailand bahawa keadaan kini terkawal,” katanya.

Letupan itu, menyusuli lapan letupan kecil sejak bantahan bermula 14 Mac lalu, menyebabkan kerosakan kecil namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kebanyakan insiden membabitkan bom tangan, namun polis yang menyiasat letupan dewan wilayah berkata mereka percaya ia adalah peralatan letupan TNT.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva Selasa lalu melanjutkan undang-undang ketat keselamatan yang dikuatkuasakan bagi menangani demonstrasi itu, terutama di Bangkok dan daerah berhampiran untuk tambahan seminggu lagi ketika penunjuk perasaan baju merah berazam untuk melakukan tindakan baru.

Ahli Parlimen pembangkang Puea Thai memboikot parlimen buat hari kedua semalam bagi membantah langkah tegas termasuk halangan konkrit dan wayar tajam mengelilingi bangunan serta ribuan tentera dan polis yang mengawal bangunan itu.

Presiden Senat, Prasobsuk Boondej, juga mengkritik kehadiran tentera sebagai satu tindakan melampau dan berkata sesetengah Senator menghadapi masalah memasuki bangunan terbabit.

Abhisit, yang berkata langkah itu bertujuan mencegah berulangnya rampasan ke atas Parlimen pada 2008, menolak dakwaan pembangkang bahawa tindak balas itu adalah ‘satu versi rampasan’.

Tentera dan polis “tidak datang untuk merampas kuasa, mereka mahu memastikan kita dapat meneruskan tugas, malah mereka melindungi demokrasi,” kata Perdana Menteri di Parlimen. - AFP

Polis Kota Kinabalu cari Raja Sega

r

KOTA KINABALU 25 Mac - Polis mencari seorang lelaki, Raja Segar Alimuthoo, 30, untuk menjadi saksi kes pergaduhan yang akan dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini .

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, kehadiran Raja Segar yang berasal dari Kampung Tupah, Bidong Kedah itu amat diperlukan bagi memastikan proses perbicaraan tersebut berjalan lancar.

''Kita berharap dia atau sesiapa sahaja mengetahui di mana lelaki berkenaan berada menghubungi Inspektor Operasi Jenayah, Inspektor Noor Hazlie Yusoh di talian 013-9975493," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, perbicaraan tersebut membabitkan kes pergaduhan di Kepayan baru-baru ini

Kumpulan samun 4 negeri tumpas

LEDANG 25 Mac - Kelicikan sebuah kumpulan samun dan pecah rumah yang bermaharajalela melakukan jenayah di empat buah negeri berakhir selepas mereka diberkas di Taman Malim Jaya, Melaka, 11 Mac lalu.

Kumpulan samun yang amat dikehendaki serta menjadi buruan polis Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang itu dipercayai menjalankan kegiatan jenayah tersebut sejak tujuh tahun lalu.

Ketua Polis daerah, Supritendan Harun Idris berkata, kesemua mereka terdiri daripada tiga lelaki berusia 28, 44 dan 57 tahun serta seorang wanita warga China berusia 40 tahun.

Menurutnya, serbuan kira-kira pukul 3 pagi itu pada mulanya berjaya memberkas suspek berusia 57 tahun serta wanita berkenaan di dalam sebuah rumah di Taman Malim Jaya.

Susulan daripada itu, pihaknya berjaya menangkap dua lagi suspek kira-kira dua jam kemudian di dalam sebuah kereta di kawasan perumahan tersebut.

"Ketua kumpulan samun dan pecah rumah ini ialah suspek yang berusia 57 tahun, berasal dari Kuala Lumpur. Kumpulan itu dipercayai terlibat dalam 12 kes pecah rumah di Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Dua lagi suspek lelaki berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur dan salah seorang daripadanya dipercayai telah terlibat dalam 15 kes pecah rumah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harun berkata, kejayaan menumpaskan kumpulan penjenayah itu adalah hasil risikan selepas sebuah rumah di Kampung Teratai, Sagil dipecah masuk awal bulan ini.

Mangsa, seorang penoreh getah mengalami kerugian RM2,500 apabila barang kemas dan wang tunai miliknya disamun.

"Modus operandi kumpulan samun ini adalah menyasarkan rumah semasa ketiadaan penghuninya dan mereka juga melakukan kegiatan di luar negeri asal mereka," katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas pelbagai mata wang asing termasuk Rupiah 16,000, barangan kemas dan jam tangan bernilai RM2,000, peralatan pecah rumah serta 60 botol minuman keras.

"Kami masih lagi menyiasat penemuan minuman keras tersebut sama ada melibatkan kes jenayah lain," katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan keempat-empat suspek tersebut kini diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk siasatan kes lain sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkaitan.

Dalam kes berasingan, Harun memberitahu, seorang lelaki berusia 31 tahun diberkas di Parit Bunga, Sungai Mati di sini pada 19 Mac lalu kerana disyaki mengedar ganja mampat seberat 580 gram.

"Suspek yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah dan turut ditemui adalah beberapa peralatan untuk membungkus dadah," katanya.

Seks gereja merebak ke AS

Peter Isley (tengah), John Pilmaier (kiri) dan Barbara Blaine kesemua dari Amerika Syarikat memegang gambar Kardinal Tarcisio Bertone (atas) dan Pope Benedict XVI semasa menyertai demonstrasi membantah skandal seks melibatkan kanak-kanak di hadapan Dataran St. Peter di Vatican, semalam. Isley, Pilmaier dan Blaine didakwa menjadi mangsa seks oleh paderi-paderi di Gereja Roman Katolik. - Reuters

WASHINGTON 25 Mac - Dakwaan terbaru berhubung cubaan menutup kes fidofilia menghantui Pope Benedict XVI semalam apabila seorang paderi Amerika Syarikat (AS) didakwa meliwat hingga 200 budak lelaki cacat pendengaran, menurut fail gereja yang diperoleh oleh The New York Times.

Dokumen mengenainya yang dikemukakan sebagai sebahagian tindakan guaman terhadap sebuah sekolah kanak-kanak pekak di negeri Wisconsin, AS menunjukan hubungan langsung antara paderi yang didakwa itu dengan Kardinal Joseph Ratzinger pada 1996, lapor akhbar berkenaan.

Perbicaraan terhadap Murphy dihentikan selepas beliau menulis terus kepada Ratzinger untuk memprotes sebarang tindakan terhadap perbuatan tersebut.

''Saya hanya mahu menghabiskan baki hidup saya sebagai paderi bermaruah,'' kata Murphy kepada bakal pope itu.

''Beliau juga memohon bantuan jujur Ratzinger terhadap perkara itu.

''Dokumen berkenaan tidak mengandungi sebarang respons daripada Ratzinger dan Murphy meninggal dunia dua tahun kemudian ketika masih menjadi paderi,'' kata akhbar itu.

Murphy bekerja di sekolah tersebut dari 1950 hingga 1974.

Kes berkenaan melibatkan empat saman yang dikemukakan oleh lima orang di mana para peguam mereka menyerahkan dokumen rahsia lama gereja kepada akhbar berkenaan.

Kes berkenaan didedahkan ketika skandal penderaan seks melibatkan ilmuan Katholik di beberapa negara termasuk Ireland, Austria, Belanda dan Switzerland sedang sibuk diperkatakan.

Skandal berkenaan semakin hampir kepada pope sendiri.

Dalam kes di negara asalnya, Pope Jerman berkenaan ketika masih merupakan Biskop di sana pada 1980 telah meluluskan perlindungan di gereja kepada seorang pederi yang disyaki melakukan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak ketika dia menerima terapi.

Pope telah memohon maaf dalam satu surat terhadap penderaan seks oleh paderi Ireland tetapi mangsa berpendapat ia tidak cukup untuk menangani skandal yang semakin menular itu.

Dalam dokumen gereja di Wisconsin, The New York Times berkata, terdapat tiga Biskop diberitahu tentang perbuatan Murphy melakukan penderaan seksual terhadap kanak- kanak, namun insiden berkenaan tidak pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa. - AFP

Akhbar berkenaan memetik jurucakap Vatican, Federico Lombardi sebagai berkata, kes berkenaan adalah sesuatu yang tragik dan Murphy telah menzalimi kanak-kanak malang.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihak berkuasa telah menyiasat kes berkenaan dan menolaknya.

‘Setiausaha Sulit’ Sultan Kelantan ditahan

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
pengarang@utusan.com.my
KOTA BHARU 25 Mac - 'Setiausaha Sulit' Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan pagi ini, dipercayai ditahan polis malam ini.

Difahamkan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu ditahan di rumahnya di Taman Seri Aman kira-kira pukul 8.40 malam untuk siasatan.

Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri. Bagaimanapun setakat tengah malam ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung penahanan itu.

Pelantikan Wan Hashim yang didakwa diputuskan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan kenyataannya sejak seminggu lalu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan apabila beliau mula menyampaikan 'titah' baginda.

Pada 18 Mac lalu, beliau mula mencetuskan kontroversi yang mendapat perhatian umum apabila mengadakan sidang media dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan semua sambutan Hari Keputeraan baginda yang ke-60 pada 30 Mac ini dibatalkan.

Walaupun pelantikannya tidak diiktiraf dan 'titah' itu telah dinafikan kerajaan negeri, Wan Hashim mempertahankan pelantikan dan kenyataannya tersebut.

Pagi ini, beliau membuat kenyataan lebih mengejutkan dengan mendakwa Tengku Muhammad Faris Petra telah dipecat dan digantikan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah berkuat kuasa serta-merta.

Utusan Malaysia difahamkan, penahanannya dibuat bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu mengenai penipuan dengan jalan penyamaran.

Nash kemuka pembelaan tuntutan RM1.3 juta

SHAH ALAM 25 Mac - Penyanyi popular, Nash hari ini mengemukakan pernyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini terhadap tuntutan bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya agar wang pemberiannya sebanyak RM1.38 juta dikembalikan.

Beliau melalui peguam syarie, Amli Embong turut menyerahkan salinan dokumen itu kepada peguam yang mewakili Sosilawati, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain pada prosiding hari ini.

Hakim Syarie, Abu Zaky Mohamad kemudian menetapkan 7 April ini untuk sebutan semula bagi membolehkan Sosilawati yang merupakan plaintif dalam kes itu mengemukakan jawapan terhadap pernyataan pembelaan tersebut.

Sosilawati, 46, dan Nash, 50, berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor dan bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini pada 26 Mei tahun lalu.

Berikutan itu, Sosilawati memfailkan tuntutan RM1.38 juta terhadap Nash yang juga vokalis kumpulan Lefthanded di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 21 November tahun yang sama.

Usahawan kosmetik itu menuntut supaya bekas suaminya mengembalikan modal yang pernah dikeluarkannya untuk pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) masing-masing berjumlah RM200,000 serta Public Mutual Berhad (RM500,000).

Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias selaku defendan juga dituntut agar mengembalikan wang RM480,000 yang dikeluarkan oleh Sosilawati bagi menyelesaikan pinjaman bank dan bayaran terhadap sebuah rumah di Seksyen 7 di sini.

Turut dipohon oleh Sosilawati adalah perintah supaya harta yang membabitkan ASB, ASW 2020, Saham Public Mutual Berhad dan rumah terbabit diisytiharkan sebagai harta sepencarian.

Sebelum kes tuntutan itu disebut di mahkamah, kedua-dua pihak cuba menyelesaikan pertikaian melalui kaedah sulh (penyelesaian secara damai) sebanyak dua kali. Bagaimanapun tiada sebarang persetujuan dicapai.

Sosilawati dan Nash hadir bersama peguam masing-masing dan meninggalkan mahkamah secara berasingan sebaik sahaja prosiding selesai.

Hilang RM2.5 juta, kena bayar pula RM50,000

PUTRAJAYA 25 Mac - Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mendakwa didera ketika dalam tahanan polis, hilang ganti rugi berjumlah RM2.5 juta setelah rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya, dibenarkan.

Sebaliknya, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Seri Md. Raus Sharif (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) sebulat suara mengarahkan Abd. Malek Hussin, 53, membayar kos berjumlah RM50,000.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulong Matjeraie dan Hakim Datuk Ahmad Maarop mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang julung kali membenarkan saman tahanan ISA dan ganti rugi dibayar kepadanya.

Perintah Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus bertarikh 18 Oktober 2007 itu merupakan yang pertama memihak kepada tahanan setelah berpuas hati Abd. Malek didera ketika ditahan selama 57 hari, hampir 12 tahun lalu.

Dia dibebaskan pada 21 November 1998.

Hakim Md. Raus dalam penghakiman bertulisnya menekankan, penangkapan Abd. Malek di bawah Seksyen 73(1) ISA bukan tindakan biasa kerana peruntukan itu merupakan undang-undang pencegahan istimewa bagi mengelakkan ketenteraman awam menjadi kacau bilau.

Panel itu sependapat, Abd. Malek tidak perlu dimaklumkan secara terperinci alasan penangkapannya dan memadai dengan diberitahu bahawa polis mempunyai alasan mempercayai dia terlibat dalam aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara.

Ini kerana tiada peruntukan undang-undang memerlukan pihak yang menahannya mengemukakan bukti material dan mencukupi bagi menyakinkan mahkamah bahawa penahanan itu tidak melanggar perlembagaan.

Sehubungan itu, mahkamah berpendapat, penahanannya adalah sah kerana polis telah memberi alasan yang memadai seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan.

Panel tersebut menolak penghakiman Mahkamah Tinggi yang menyatakan penahanan dan soal siasat itu berniat jahat (mala fide) dan bertujuan politik yang tiada kena mengena dengan keselamatan negara.

''ISA merupakan undang-undang istimewa dan ia sah digunapakai walaupun mengandungi peruntukan tertentu yang tidak selari dengan kebebasan asasi di bawah perlembagaan,'' ujar beliau ketika membacakan penghakiman setebal 34 muka surat.

Hakim Md. Raus selanjutnya menyentuh penghakiman Mahkamah Tinggi yang mempertikaikan tindakan pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengambil masa sembilan bulan untuk menolak laporan polis Abd. Malek dan tidak mendakwanya kerana membuat laporan palsu.

Beliau berpendapat, Hakim Hishamudin (kini Hakim Mahkamah Rayuan) terkhilaf ketika mengandaikan wujud kebenaran berhubung kejadian dera seperti yang terkandung dalam laporan polis itu menyebabkan pendakwa raya enggan mendakwanya.

Menurut Hakim Md. Raus, keengganan pendakwa raya mendakwanya tidak boleh digunakan sebagai alasan bahawa DPP dan polis cuba untuk menutup kes tersebut kerana menyedari penglibatan pegawai atasan pasukan itu.

Abd. Malek yang kini merupakan Penyelaras Hal Ehwal Parlimen kepada parti pembangkang ditahan di bawah ISA pada malam 25 September 1998 selepas menghadiri satu demonstrasi di Masjid Negara pada tengah hari sebelumnya.

Bekas Setiausaha Eksekutif Pas itu memfailkan saman pada Mac 1999 bagi menuntut ganti rugi RM30 juta dengan menamakan Asisten Supritendan Borhan Daud dari Cawangan Khas, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Mahkamah Tinggi dalam keputusannya memerintahkan kerajaan membayar RM1 juta kepada Abd. Malek bagi ganti rugi am kerana penahanan secara salah, RM500,000 bagi ganti rugi am kecederaan dan perubatan serta RM1 juta untuk ganti rugi teladan.

Bekas atlet didakwa miliki dadah

KUALA TERENGGANU 25 Mac - Seorang bekas pemain sepak takraw wanita kebangsaan bersama tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengambil dadah jenis methamphetamine.

Nor Ain Md. Nor , 20, yang pernah mewakili pasukan sepak takraw wanita Terengganu dan Nurul Amirah Kamaruddin, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Bagaimanapun, dua rakan lelaki mereka, Mohd. Suhaimi Mohamad, 26, dan Reinno S Rafiqi, 27, kedua-duanya berasal dari Kuala Terengganu mengaku bersalah atas tuduhan yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh mengambil dadah jenis methamphetamine di sebuah hotel di Jalan Cherong kira-kira pukul 11 malam, Ahad lalu.

Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 3.5 gram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM100,000.

Bagi kesalahan ini, tiada pengakuan direkodkan daripada setiap tertuduh.

Wan Nor Aklima kemudian menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan ujian air kencing.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM2,700 bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Inspektor V. Ravi sementara tertuduh- tidak diwakili peguam bela.

Empat lelaki Indonesia diburu

JOHOR BAHRU 25 Mac - Polis kini sedang memburu empat lelaki warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah di negeri ini sejak awal tahun lalu.

Empat penjenayah berusia lingkungan 20-an itu dikenali sebagai Saipudin, Gandi Mulyono, Peri Padli dan Azhar Awaludin yang kini dipercayai berada di kampung halaman masing-masing.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan keempat-empat lelaki terbabit akan kembali memasuki negeri ini pada bila-bila masa.

"Keempat-empat suspek disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah samun, cabul dan pecah rumah. Mereka juga dipercayai sering melakukan jenayah ke atas rakan senegara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun Hari Peringatan Polis Ke-203 peringkat negeri di Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin memberitahu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kulaijaya telah menahan seorang penunggang motosikal di kawasan tempat letak kereta di Plaza Tol Sedenak kerana memiliki satu ketul daun mampat kering disyaki ganja seberat 460 gram baru-baru ini.

Sebahagian dadah yang disimpan dalam satu bungkusan plastik berwarna merah itu turut dibalut dengan pita pelekat lutsinar dan dibungkus dengan kertas, katanya.

"Ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis ganja. Namun siasatan awal mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan salah seorang pengedar dadah di kawasan Sedenak dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jenayah Pahang turun 20 peratus

KUANTAN 25 Mac - Kadar jenayah di Pahang menurun sebanyak 20 peratus dalam dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, T. Narenasagaran berkata, sebanyak 988 kes dilaporkan antara Januari sehingga Februari tahun ini meliputi 207 kes jenayah kekerasan dan 781 kes jenayah harta benda.

Dalam tempoh sama tahun lalu, menurut beliau, sebanyak 1,326 kes jenayah dilaporkan meliputi 308 jenayah kekerasan dan 1,018 jenayah harta benda.

''Empat kategori jenayah iaitu curi, curi motosikal, pecah rumah dan samun berkawan tanpa senjata api menurun sebanyak 2.49 peratus iaitu 687 kes dalam tempoh itu.

"Sebanyak 206 kes curi, 293 kes curi motosikal, 160 pecah rumah dan 28 kes samun berkawan tanpa senjata api dilaporkan dalam tempoh dua bulan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan peringatan Hari Polis Ke-203 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di hadapan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri.

Polis Kota Kinabalu cari Raja Segar

KOTA KINABALU 25 Mac - Polis mencari seorang lelaki, Raja Segar Alimuthoo, 30, untuk menjadi saksi kes pergaduhan yang akan dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini .

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, kehadiran Raja Segar yang berasal dari Kampung Tupah, Bidong Kedah itu amat diperlukan bagi memastikan proses perbicaraan tersebut berjalan lancar.

''Kita berharap dia atau sesiapa sahaja mengetahui di mana lelaki berkenaan berada menghubungi Inspektor Operasi Jenayah, Inspektor Noor Hazlie Yusoh di talian 013-9975493," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, perbicaraan tersebut membabitkan kes pergaduhan di Kepayan baru-baru ini.

Kumpulan samun 4 negeri tumpas

LEDANG 25 Mac - Kelicikan sebuah kumpulan samun dan pecah rumah yang bermaharajalela melakukan jenayah di empat buah negeri berakhir selepas mereka diberkas di Taman Malim Jaya, Melaka, 11 Mac lalu.

Kumpulan samun yang amat dikehendaki serta menjadi buruan polis Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang itu dipercayai menjalankan kegiatan jenayah tersebut sejak tujuh tahun lalu.

Ketua Polis daerah, Supritendan Harun Idris berkata, kesemua mereka terdiri daripada tiga lelaki berusia 28, 44 dan 57 tahun serta seorang wanita warga China berusia 40 tahun.

Menurutnya, serbuan kira-kira pukul 3 pagi itu pada mulanya berjaya memberkas suspek berusia 57 tahun serta wanita berkenaan di dalam sebuah rumah di Taman Malim Jaya.

Susulan daripada itu, pihaknya berjaya menangkap dua lagi suspek kira-kira dua jam kemudian di dalam sebuah kereta di kawasan perumahan tersebut.

"Ketua kumpulan samun dan pecah rumah ini ialah suspek yang berusia 57 tahun, berasal dari Kuala Lumpur. Kumpulan itu dipercayai terlibat dalam 12 kes pecah rumah di Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Dua lagi suspek lelaki berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur dan salah seorang daripadanya dipercayai telah terlibat dalam 15 kes pecah rumah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harun berkata, kejayaan menumpaskan kumpulan penjenayah itu adalah hasil risikan selepas sebuah rumah di Kampung Teratai, Sagil dipecah masuk awal bulan ini.

Mangsa, seorang penoreh getah mengalami kerugian RM2,500 apabila barang kemas dan wang tunai miliknya disamun.

"Modus operandi kumpulan samun ini adalah menyasarkan rumah semasa ketiadaan penghuninya dan mereka juga melakukan kegiatan di luar negeri asal mereka," katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas pelbagai mata wang asing termasuk Rupiah 16,000, barangan kemas dan jam tangan bernilai RM2,000, peralatan pecah rumah serta 60 botol minuman keras.

"Kami masih lagi menyiasat penemuan minuman keras tersebut sama ada melibatkan kes jenayah lain," katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan keempat-empat suspek tersebut kini diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk siasatan kes lain sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkaitan.

Dalam kes berasingan, Harun memberitahu, seorang lelaki berusia 31 tahun diberkas di Parit Bunga, Sungai Mati di sini pada 19 Mac lalu kerana disyaki mengedar ganja mampat seberat 580 gram.

"Suspek yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah dan turut ditemui adalah beberapa peralatan untuk membungkus dadah," katanya.

Mahkamah tolak saman Tengku Fakhry terhadap dua pegawai istana Kelantan

2010/03/25

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra terhadap dua pegawai Istana Kelantan berhubung masalah rumahtangganya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Nik Mahmud Nik Jaafar, 32, seorang pegawai tadbir di Pejabat Sultan Kelantan, dan Datuk Abdul Halim Hamad, 58, Pengelola Istana Kelantan, supaya saman itu ditolak.

Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, memberitahu pemberita bahawa saman itu ditolak dengan alasan ia cacat daripada segi undang-undang kerana tidak menjelaskan sepenuhnya kandungan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.


Mahkamah juga mengarahkan putera Sultan Kelantan itu membayar kos RM5,000 kepada Nik Mahmud dan Abdul Halim.


Mohd Haaziq berkata, beliau akan mendapatkan arahan daripada Tengku Muhammad Fakhry sama ada akan membuat rayuan atau mengemukakan semula saman itu kerana ia ditolak tanpa kes itu didengar.


Peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham mewakili Nik Mahmud dan Abdul Halim.


Pada 10 Ogos 2009, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua defendan itu bertarikh 15 Jun 2009, yang didakwanya menyentuh masalah rumahtangganya dengan isterinya Manohara Odelia Pinot, seorang model dari Indonesia.


Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang yang mendera isterinya dan beliau juga disisih oleh ayahandanya dan juga Istana Kelantan.


Dalam kenyataan pembelaan mereka pula, Nik Mahmud dan Abdul Halim berkata mereka sekadar menjalankan tugas istana selepas menerima perintah Pemangku Raja Kelantan.


Menurut mereka, masalah rumahtangga antara Tengku Muhamad Fakhry dan isterinya adalah urusan peribadi pasangan itu dan tidak ada kaitan dengan urusan Pejabat Sultan Kelantan.-Bernama

Juruterbang TUDM maut pesawat terhempas di UUM

2010/03/25

ALOR SETAR: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulrihan Jusoh terbunuh apabila pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya
terhempas di kawasan dekat kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok kira-kira jam 10 pagi ini.

Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang membuat persembahan sempena perasmian Ekspo Konvokesyen universiti itu pagi ini.

Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu sudah ditemui dan dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM.


Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas di sini.-Bernama

Maut ditikam rakan senegara

2010/03/25

AMPANG: Hanya kerana bertengkar, seorang lelaki warga Myanmar maut dalam keadaan mengerikan selepas diserang dua rakan senegaranya yang menikamnya bertubi-tubi, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 30-an mati akibat pendarahan teruk berpunca kesan tetakan dan tikaman pada badannya selepas diserang di rumah sewanya di taman Putra Ampang si sini.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa ditemui seorang jirannya dalam keadaan berlumuran darah di depan rumahnya beberapa minit kemudian.


“Dia melihat kelibat dua lelaki melarikan diri manakala mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di depan rumahnya,” katanya.

Mayat berulat ditemui enam hari selepas nahas

2010/03/25

BUKIT TAGAR: Mayat dua beranak yang sudah berulat selepas dipercayai terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 417.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar plaza tol Bukit Tagar di sini pada 18 Mac lalu ditemui semalam.


REMUK...kereta mangsa yang ditemui di KM 417.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Tagar, semalam.
Kereta yang dinaiki mangsa terjunam dalam gaung sedalam 50 meter menyebabkan mereka gagal dikesan.

Kedua-dua beranak terbabit yang dikenali sebagai Margerat Maniam, 34, dan bayinya, Ezekiel Shammah John Robert, berusia setahun ditemui seorang pekerja pembersihan yang menjalankan kerja membersihkan semak di kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis kira-kira jam 3.30 petang.


Turut ditemui pakaian, cerek elektrik, dokumen pengenalan diri dan lampin pakai buang dipercayai milik mangsa.


Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang berasal dari Taman Bukit Cheras ditemui kira-kira 13 meter dari kenderaan yang dipercayai digunakan mereka dalam perjalanan ke utara. “Polis menerima maklumat petugas lebuh raya yang ketika itu menjalankan kerja pembersihan.


“Hasil maklumat itu sepasukan polis tiba dan menemui dua rakan manusia yang sudah berulat dan berbau busuk, “ katanya. Norel berkata, sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Sivakumar Thangarajo, 23, berasal dari Sungai Besi, dipercayai pemandu kereta itu ditemui oleh petugas pembersihan lebuh raya pada 20 Mac lalu kira-kira jam 7 malam sebelum menghantarnya ke Hospital Slim River (HSR) untuk rawatan. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan dan sehingga kini polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah. Sehingga jam 8.25 malam semalam, Unit Forensik masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Benjy mengaku tidak bersalah miliki dadah

2010/03/25

KUALA LUMPUR: Pelakon Benjy dhadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki dadah metapithamine berjumlah 0.24 gram.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim,31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Majistret Hafizza Sauni kemudian membenarkan ikat jamin RM2,000 dan menetapkan 8 April untuk sebutan.