2010/03/24
GEORGETOWN: Mahkamah Sesyen Georgetown semalam melepas dan membebaskan seorang penyelenggaraan penghawa dingin daripada tiga tuduhan termasuk memiliki dadah seberat 63.3 gram.
Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dikemukakan pihak pendakwa dan pembela pada akhir kes pendakwaan terhadap tertuduh, Lim Wooi Pin, 23.
Dalam keputusannya, Rosilah berkata, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, G Jaya Prem gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dikemukakan terhadap tertuduh.
“Pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh itu, Lim Wooi Pin dilepas dan dibebaskan mahkamah daripada ketiga-tiga tuduhan itu,’’ katanya.
Mengikut pertuduhan, Wooi Pin didakwa memiliki dadah jenis heroin monoacetylmorphines seberat 12.5 gram dan dadah jenis ketamin seberat 50.8 gram pada kira-kira pukul 10.30 malam, 16 Februari 2009 di No 57, Jalan Khaw Sim Bee, di sini.