Search This Blog

Sunday, March 21, 2010

Warga emas kena samun RM15,000


Oleh RASHIDI KARIM
am@hmetro.com.my
2010/03/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KANGAR: Sepasang warga emas disamun RM15,000 oleh dua lelaki ketika mahu menunaikan solat Subuh di sebuah masjid.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata pasangan berusia 70-an itu adalah pengusaha restoran makanan kampung terkenal, di sini, tidak mampu melawan kerana terkejut selepas diserbu dua penyamun sebaik membuka pintu rumah, kira-kira jam 5.30 pagi.

Katanya, wang dilarikan itu adalah gaji pekerja serta modal pusingan perniagaan yang disimpan di dalam rumah.

“Dua lelaki bertopi keledar dan bersenjatakan pisau tiba-tiba muncul dan terus menerpa masuk sebaik pasangan terbabit membuka pintu rumah untuk ke masjid berhampiran.

“Penjenayah menarik kedua-dua mangsa masuk ke rumah dan seorang yang bersenjatakan pisau meminta menyerahkan semua wang tunai,” katanya ketika ditemui pada Kempen Pencegahan Jenayah bersama masyarakat di pasar pagi Beseri, dekat sini, semalam.
Beliau berkata, isteri yang ketakutan menyerahkan beg berisi wang tunai berjumlah RM15,000 kepada penjenayah terbabit sebelum kedua-duanya melarikan diri.

Che Man berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyamun mengenali mangsa dan tahu pasangan berkenaan ada banyak wang untuk membayar gaji pekerja.

Beliau berkata, polis mengambil keterangan daripada semua pekerja mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Siasat kumpulan tabligh Sudin Ajaib

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa diminta menyiasat kumpulan jemaah tabligh yang diketuai Sudin Ajaib, yang menjanjikan balasan syurga kepada ibu bapa jika kanak-kanak perempuan mereka dikahwinkan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata: “Satu siasatan yang terperinci perlu dilakukan pihak berkaitan kerana janji mereka itu akan menarik hati ibu bapa yang tidak berfikir panjang seterusnya memperjudikan masa depan kanak-kanak tersebut.” “Selain itu, ‘suami’ kanak-kanak itu yang disifatkannya sebagai melampau yang menjadi punca kepada dua kes perkahwinan paksa kanak-kanak perempuan di Kelantan itu perlu dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Siti Zubaidah Hussin, 11, yang dipaksa berkahwin dengan lelaki tabligh berusia 41 tahun itu di Hospital Sungai Buloh semalam.
Siti Zubaidah yang tidak dapat dijejaki sejak keluar dari rumah bersama bapanya dan Shamsudin pada 20 Februari lalu ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera dekat Batu Caves Jumaat lepas oleh lelaki yang tidak dikenali.

“Saya gesa agar tindakan undang-undang diambil ke atasnya jika penyiasatan menunjukkan berlaku pelanggaran undang-undang sama ada mengikut Kanun Keseksaan atau di bawah Akta Syariah kerana berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran,” kata Shahrizat.

“Dia tidak bertanggungjawab... sudahlah melarikan kanak-kanak itu selama dua minggu dari keluarganya, kemudian ditinggalkan berseorangan tanpa sebarang rasa kasihan dan tanggungjawab. Mujurlah mangsa dapat diselamatkan,” katanya.

Shahrizat berkata beliau turut menghantar surat kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agar kes tersebut disiasat segera dalam memastikan tiada kejadian serupa berulang.


“Kita tidak boleh berdiam kerana kanak-kanak ini masih kecil dan perlu dilindungi. Kita juga minta Jabatan Kebajikan Masyarat memberikan rawatan dari segi perubatan dan kaunseling,” katanya.
Dalam pada itu, sumber berkata kanak-kanak malang itu mengaku tidur sebilik dengan suaminya di sebuah hotel di ibu negara selama dua atau tiga hari selepas dinikahkan.

Bagaimanapun, mengikut sumber, kanak-kanak itu mendakwa mereka bagaimanapun tidak melakukan sebarang hubungan seksual dan suspek cuma menyentuh di bahu. “Itu diceritakan mangsa kepada seorang doktor yang memeriksanya di sini. Banyak yang dia tidak ingat, malah dia sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh berada di surau,” katanya.- Bernama

Pengurup wang dirompak RM357,000




KLANG: Sebuah syarikat pengurup wang beroperasi dalam pusat beli-belah di Bukit Tinggi kerugian RM357,000 apabila premis mereka dirompak dua lelaki di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi, dua pekerja premis terbabit, warganegara India dikatakan baru memulakan perniagaan terletak di tingkat dua pusat beli-belah itu.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata sejurus membuka perniagaan, seorang pekerja pengurup wang itu ke tandas, manakala seorang lagi berada di premis.

“Ketika berada dalam tandas, mangsa ditahan dua suspek sebelum salah seorang daripadanya membawa mangsa ke premis.

“Dia memaksa mangsa membuka peti besi dan diugut ditembak sekiranya cuba melawan. Salah seorang daripada pekerja terbabit turut diikat,” katanya.

Pada masa sama seorang pencuci warga Nepal yang membersihkan tandas turut menerima nasib malang apabila diikat sebelum dikawal salah seorang suspek.

Merajuk kerana abang



Oleh Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my
2010/03/15
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: “Memang hati saya ketika keluar rumah awal bulan lalu berbelah bagi, namun disebabkan berkecil hati dan merajuk dengan abang akibat perselisihan faham maka saya tetap meneruskan niat meninggalkan rumah sewa keluarga pada masa itu.”
Begitu kata pelajar tingkatan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung, Zaidura Zainuddin, 19, mengenai tindakan nekad keluar rumah meninggalkan keluarganya yang menetap di Klebang Kecil, di sini, sejak lebih sebulan lalu.
Zaidura yang pulang ke pangkuan keluarganya pada pagi Khamis lalu, keluar dari rumah sewa keluarganya sejak 6 Februari lalu.

Menurutnya, sepanjang meninggalkan rumah, dia mengambil keputusan menumpang di rumah ibu saudara seorang rakan perempuannya di Ampang, Selangor dan bekerja menjual tudung di kedai milik wanita terbabit.

Menurutnya, dia hanya mengetahui berita mengenai kehilangannya tersiar di dada akhbar selepas seorang rakan di Melaka memaklumkan perkara terbabit.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak dapat pulang ketika itu memandangkan masih baru bekerja membantu ibu saudara rakannya di Ampang dan belum menerima gaji.


“Ketika keluar dulu, saya hanya berbekalkan beberapa puluh ringgit saja sebagai wang tambang serta kegunaan perbelanjaan ketika menaiki bas bersama rakan di Terminal Melaka Sentral.
“Punca saya keluar dari rumah hanya kerana perselisihan kecil dengan abang yang sebelum itu mahu meminjam komputer riba saya lalu disebabkan itulah saya bertekad meninggalkan rumah, malah ketika itu fikiran agak bercelaru,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, di sini, kelmarin.

Harian Metro sebelum ini melaporkan anak ketiga daripada empat beradik itu didapati tidak pulang ke rumah selepas dijemput seorang rakan perempuan yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 kira-kira jam 10.30 pagi awal Februari lalu.

Selepas puas mencari, ibunya, Rashidah Alias, 44, membuat laporan polis berhubung kehilangan Zaidura dan gadis berkenaan sempat membalas beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar kakaknya, Zainasruha, 20.

Zaidura berkata, dia turut berasa terkilan dengan tindaka meninggalkan keluarga yang turut menyusahkan mereka sebelum ini.

Malah, katanya, dia turut berasa kerugian apabila tindakannya itu menyebabkan ketinggalan pembelajaran di sekolah.

“Apa pun, saya berasa lega kerana sudah pulang ke rumah dan bersama keluarga semula dan saya bertekad untuk meneruskan persekolahan semula jika diberi peluang pihak pengurusan sekolah,” katanya.

Sementara itu, Rashidah berkata, dia berasa sangat lega, malah terharu apabila Zaidura menepati janjinya untuk pulang ke rumah sekitar bulan ini.

Katanya, dia dan suaminya, Abdul Rashid Awang, 49, (bapa tiri Zaidura) terlalu gembira kerana anak mereka pulang dengan selamat seperti dijanjikan.

“Hati saya begitu lapang apabila mengetahui cerita sebenar sepanjang tempoh anak perempuan saya meninggalkan rumah kerana ketika itu (sepanjang menumpang) dia berada dalam keadaan selamat,” katanya.



Dihentak geng telefon



 
JOHOR BAHRU: Pada mulanya mereka bersahabat, namun gara-gara telefon bimbit, pelajar tingkatan dua bukan saja dibelasah menggunakan topi keledar, malah diugut konco rakan baiknya yang konon menghantar Geng 77 bagi memporak-perandakan keluarganya.
Semuanya bermula dengan perbuatan menukar telefon bimbit suka sama suka antara mangsa dengan seorang remaja lelaki dikenalinya ketika bermain futsal pada Disember tahun lalu.
Namun, seminggu selepas itu, mangsa, Muhammad Amirul Rashid Mohd Razip, 14, memulangkan telefon bimbit milik kenalannya itu sebelum meminta rakannya itu memulangkan semula telefon miliknya.

Bagaimanapun, selepas itu, rakannya meminta ganti rugi apabila mendakwa telefon miliknya rosak ketika berada dalam jagaan mangsa.

“Sejak itu, suspek sering meminta ganti rugi RM80, namun saya tidak melayan permintaannya hingga dia meminta bantuan pihak lain menuntut wang daripada saya,” katanya.

Berikutan itu, kira-kira jam 7.40 malam kelmarin, Muhammad Amirul mendakwa dibelasah empat remaja bermotosikal di Jalan Bayu 38, Bandar Seri Alam, selepas gagal menyerahkan wang RM80 seperti dituntut rakannya itu.


Menurutnya, dalam kejadian itu, dia mendakwa ditendang dan ditumbuk di muka selain badannya dihentak dengan topi keledar hanya kerana mampu memberikan wang RM20.
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, pelajar tingkatan lima itu mengugutnya menerusi SMS membabitkan ‘Geng 77’.

“Jika gagal memberikan wang seperti diminta, saya dipukul, selain diugut dengan SMS di mana dia menghantar ‘Geng 77’ ke rumah saya,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Razip Ahmad, 37, berkata dia kesal dan tidak berpuas hati dengan tindakan pelajar itu yang menyebabkan anaknya cedera pada mata dan badan.

Katanya, ketika kejadian, dia bersiap untuk solat, namun terkejut apabila anaknya berlari masuk dalam rumah selepas mendakwa dipukul empat remaja terbabit. “Pada mulanya, saya tidak mahu memanjangkan isu terbabit kerana berpendapat hanya pergaduhan biasa. Namun, selepas melihat keadaannya yang lebam, saya membawanya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut.

“Biarpun kecederaan anak saya itu tidak teruk tetapi tetap memandang serius perkara ini kerana percaya tindakan agresif pelajar berkenaan berkemungkinan didalangi kumpulan samseng dan berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini. “Yang membimbangkan, anak saya kini trauma berikutan takut kejadian sama berulang selain turut diugut dengan pelbagai ugutan menakutkan,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Saifi Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.


Pengurup wang dirompak RM357,000

KLANG: Sebuah syarikat pengurup wang beroperasi dalam pusat beli-belah di Bukit Tinggi kerugian RM357,000 apabila premis mereka dirompak dua lelaki di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi, dua pekerja premis terbabit, warganegara India dikatakan baru memulakan perniagaan terletak di tingkat dua pusat beli-belah itu.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata sejurus membuka perniagaan, seorang pekerja pengurup wang itu ke tandas, manakala seorang lagi berada di premis.

“Ketika berada dalam tandas, mangsa ditahan dua suspek sebelum salah seorang daripadanya membawa mangsa ke premis.

“Dia memaksa mangsa membuka peti besi dan diugut ditembak sekiranya cuba melawan. Salah seorang daripada pekerja terbabit turut diikat,” katanya.

Pada masa sama seorang pencuci warga Nepal yang membersihkan tandas turut menerima nasib malang apabila diikat sebelum dikawal salah seorang suspek.

'Eksekutif' pecah rumah



Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee

2010/03/15
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Lagak seperti eksekutif kononnya bekerja lima hari seminggu, namun tembelang sekumpulan lelaki pecah apabila dicekup kerana terbabit melakukan pecah rumah pada siang hari.
RAMPAS...Abdul Jalil menunjukkan set walkie-talkie digunakan ahli Geng Botak untuk berkomunikasi ketika melakukan pecah rumah.
RAMPAS...Abdul Jalil menunjukkan set walkie-talkie digunakan ahli Geng Botak untuk berkomunikasi ketika melakukan pecah rumah.
Kumpulan dikenali sebagai Geng Botak itu bijak mengatur waktu rompakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang bagi mengelak dicekup.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat, geng yang aktif sejak setahun lalu itu akhirnya tumpas selepas tiga daripada mereka termasuk ketua geng berkenaan ditahan, Jumaat lalu.
Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, bertindak atas maklumat awam, Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) mengesan tiga suspek di sebuah pangsapuri di Jalan Pasar Baru, Pudu di sini.

“Ketika serbuan kira-kira jam 6.15 petang, mereka yang berusia antara 38 hingga 55 tahun termasuk ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Botak’ sedang menyusun barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah pada hari itu.

“Siasatan mendapati semua mereka memiliki pelbagai rekod jenayah lampau antaranya kes senjata api, samun dan dadah serta dua daripada mereka termasuk dalam senarai individu dikehendaki polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan juga mendapati geng terbabit bergerak menggunakan dua kenderaan setiap kali memecah masuk rumah yang dijadikan sasaran.

Lelaki maut motosikal rempuh tiang

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Batu 3, Kampung Seri Cheeding, dekat Banting, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.10 malam, penunggang motosikal, Zulkifli Hassan, 25, mati serta merta, manakala pembonceng, Rajab Rudin Iman, 15, cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Banting.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh tiang elektrik.

Juruteknik TNB maut

KUANTAN: “Kali terakhir saya berjumpa suami ketika dia keluar bekerja kira-kira jam 9 pagi tadi. Hancur luluh hati saya apabila dua jam kemudian saya menerima berita kematiannya,” kata Nor Hazlina Yusni Mat Husin, 32, isteri mangsa kemalangan yang meragut satu nyawa di Kilometer 210, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, di sini, semalam.
Difahamkan, ketika kemalangan, mangsa dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Stor TNB Semambu, di sini, selepas melakukan pemeriksaan rutin di pencawang sekitar kawasan itu.

Setibanya di tempat kejadian, kereta Proton Satria dipandu mangsa dari arah Pelabuhan Kuantan menuju Bukit Rangin dipercayai gagal dikawal akibat dipandu laju sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Doktor mati lemas



Oleh ZAID SALIM
am@hmetro.com.my
2010/03/14

BESUT: Impian seorang doktor menghabiskan cuti bersama rakan di Pulau Perhentian tidak kesampaian berikutan lemas di Pantai Pasir Panjang, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Zakaria, berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang bertugas di Hospital Klang bersama rakan perempuan yang juga doktor di hospital sama minum pagi di kafe tempat mereka menginap.

Katanya, ketika minum, mangsa yang bercuti di pulau berkenaan sehingga Isnin ini dikatakan bersendirian ke pantai berkenaan tanpa disedari rakannya.

“Rakan mangsa masing-masing berusia 27 tahun mendakwa mangsa tiba-tiba hilang dan tidak menyedari bila dia ke tepi pantai berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui terdampar di kawasan pantai berdepan Lili Chalet, kira-kira 50 meter dari chalet disewa kumpulan doktor berkenaan.

“Rakan mangsa tidak pasti sama ada mangsa ke tepi pantai untuk mandi atau sebaliknya dan terkejut selepas mayatnya ditemui pengunjung pantai berkenaan,” katanya.

Kamaruddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan hasil pembedahan yang dilakukan, mangsa dipercayai mati akibat lemas.

Lari tanpa seurat benang




PASIR GUDANG: Seorang pegawai kanan kerajaan berusia separuh abad berlari keluar dari bilik tidur dalam keadaan berbogel ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).
Dalam kejadian mengaibkan itu, lelaki terbabit nekad berlari keluar dari bilik tidur tanpa seurat benang di tubuhnya sebaik pasukan penguat kuasa JAJ mengetuk pintu sebuah rumah untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa JAJ bersama polis menyerbu rumah flet itu di Jalan Harmoni, Kangkar Pulai, di sini, jam 3.30 pagi Khamis lalu.

“Hasil siasatan awal, lelaki terbabit adalah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan. Kes disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997,” katanya.

Sementara itu, keasyikan membuat percaturan terakhir serta sibuk mengambil pesanan nombor ramalan daripada rakan melalui telefon bimbit menjerat sekumpulan ‘kaki ekor’ apabila dicekup pasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) di premis judi nombor ekor di sekitar bandar raya ini, semalam.

Akibat malu dengan perbuatan sendiri, ada di kalangan kumpulan terbabit meronta-ronta untuk melepaskan diri, mengakibatkan berlaku pergelutan kecil antara suspek dan pegawai JAJ.

Operasi membabitkan 24 pegawai dan anggota penguat kuasa JAJ di Taman Air Biru, di sini, bermula jam 5 petang hingga 7 malam itu turut disertai 16 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Menurut jurucakap JAJ, dalam operasi khas di kawasan berkenaan, seramai 22 individu beragama Islam, termasuk warga emas yang layak digelar datuk, dicekup kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti perjudian.

Penjenayah latih remaja cicir


IPOH: Mengejutkan apabila wujud sekumpulan penjenayah di negara ini yang dikesan melatih golongan remaja bermasalah untuk melakukan jenayah, termasuk membunuh dan mencederakan mangsa selain menawarkan upah lumayan setiap bulan.
Kegiatan itu didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, yang mendapat maklumat daripada segelintir remaja yang mengadu mereka dalam ketakutan apabila diburu pihak berkuasa selain ketua kumpulan gengster akibat terbabit dalam jenayah serius.

Beliau yang Pengerusi Biro Pengaduan Awam mengakui turut terkejut apabila didatangi seorang remaja yang mengaku terbabit menerima upah melakukan jenayah.

“Baru-baru ini seorang remaja berusia 19 tahun dari Taiping mengadu kepada saya mengenai pembabitannya dalam dunia jenayah.

“Dakwanya, dia menerima gaji bulanan daripada kumpulan gengster yang mengupahnya untuk melakukan pelbagai jenayah, termasuk bunuh, rompak dan mencederakan mangsa.

“Remaja itu yang ketakutan kerana menjadi buruan mengaku menerima gaji RM3,000 sebulan dan melakukan keganasan terhadap mangsa melalui gambar sebagai petunjuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah, di sini, semalam.

Bapa dakwa anak trauma



Oleh ISMA ISMAIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
am@hmetro.com.my
2010/03/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Ferris Mokhtar van de Ven, 7, yang menjadi rebutan antara ibunya, Elis Syuhaila Mokhtar, 35, dan bapanya warga Belanda, Frank Theodorus van de Ven @ Firdaus, 40, kini didakwa bahagia dengan kehidupan barunya di Belgium selepas setahun dibawa keluar dari Malaysia.
Menurutnya, dia juga mendakwa Ferris mengalami trauma selepas melalui detik perebutan antaranya dan isteri dan kini terpaksa membawa anaknya bertemu pakar psikologi bagi membantu mengatasi rasa takut.

Ditanya mengapa dia kini bersembunyi dan tidak mahu berhubung dengan Elis, Firdaus berkata, dia dan anaknya tidak bersembunyi, cuma isterinya tidak mencari sejak mereka dipisahkan.

Sebaliknya, lelaki itu mendakwa isterinya banyak memberi kenyataan bohong kepada media dan menuduh Elis berkemungkinan menderita ‘arcissistic personality disorder’.

Bagaimanapun, Firdaus tidak memberi jawapan sama ada dia dan Ferris masih mengamalkan ajaran Islam atau kanak-kanak itu diberi pendidikan Islam di Belgium.

Sementara itu, Elis menyatakan, dia sedih dan kecewa dengan kenyataan Firdaus kerana pelbagai usaha dibuatnya untuk berhubung dengan Ferris, termasuk hampir setiap hari menghantar e-mel kepadanya.

Menurutnya, dia bukan dapat berhubung dengan anaknya tetapi hanya menerima maki hamun daripada Firdaus hinggakan suaminya tidak memberi maklum balas.

“Paling saya sedih, kenapa dia bawa anak saya bertemu pakar psikologi, tentu Ferris tertekan dengan keadaan sekarang kerana sebagai anak, pasti dia merindui saya dan kenapa kami berdua dipisahkan,” katanya.

Sebab itu dia mohon kepada pihak berkaitan supaya membantunya demi Ferris.

Sebelum ini, Metro Ahad melaporkan, Elis berusaha menubuhkan tabung khas dalam usaha membawa pulang Ferris kembali ke Malaysia selepas didakwanya dibawa lari oleh Firdaus sejak setahun lalu.

Enam ditahan



Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
mriduwan@hmetro.com.my
2010/03/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: Penahanan seorang wanita berusia 18 tahun dan abangnya berusia 22 tahun kelmarin menjadikan enam suspek ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat mekanik motosikal, Yap Wai Seng, 18, yang disumbat di dalam but kereta, awal pagi kelmarin.
Katanya, laporan bedah siasat oleh doktor pakar patologi Hospital Melaka (HM) mendapati mangsa mati selepas kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan objek keras.

“Bedah siasat menunjukkan mangsa cedera teruk di kepala akibat dipukul dengan kuat menggunakan objek keras,” katanya.

Beliau mengulas penemuan mayat Yap yang dipercayai dibunuh bermotifkan cemburu oleh sepasukan polis peronda ketika pemeriksaan terhadap sebuah kereta dinaiki empat lelaki berusia 18 hingga 25 tahun di Jalan Tun Abdul Razak, Ayer Keroh dekat sini, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, mangsa sempat memberitahu sepupunya pada petang sehari sebelum kejadian, dia mempunyai masalah dengan bekas teman wanitanya.

Sementara itu, nenek mangsa, Lau Koon Chan, 60, berkata mangsa tinggal bersamanya sejak berusia tiga tahun selepas bapanya meninggal dunia.

Dia mendakwa, kira-kira tiga minggu lalu mangsa mengadu hubungannya dengan seorang gadis berusia 18 tahun putus selepas sebulan berkenalan.

“Pada majlis Tahun Baru Cina lalu, Yap membawa wanita itu berjumpa saya di rumah di Taman Seri Krubong. Selepas dia putus hubungan, saya cuba hubungi wanita itu dan bertanya masalahnya. Saya tanya adakah harapan untuk mereka berbaik semula. Wanita itu beritahu Yap melayan dia dengan baik, sebaliknya dia yang mahu putuskan hubungan.

“Saya difahamkan petang Khamis lalu, Yap minum dengan kawannya di Jelutong. Kawannya beritahu, Yap terima panggilan daripada abang wanita terbabit meminta dia datang ke Semabok untuk berbincang.

“Kawan Yap melarang dia pergi kerana takut sesuatu berlaku, namun dia tetap pergi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, yang dihubungi enggan mengulas kenyataan keluarga mangsa kerana kes masih dalam siasatan.


Isteri kedua Sultan Kelantan dihalang lagi







KOTA BHARU: Isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, sekali lagi dihalang ketika cuba melawat suaminya di Istana Mahkota, Kubang Kerian, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Elia Suhana melahirkan rasa kecewa apabila tidak dibenarkan masuk dan dihalang pengawal peribadi di istana terbabit, menyebabkan mereka beredar 15 minit kemudian.

“Sebagai isteri, saya sepatutnya berada di sisinya ketika baginda sakit. Bagaimanapun, saya akan terus berdoa untuk kesihatan baginda. Saya terpaksa mendapatkan perintah mahkamah memandangkan tiada jalan lain,” katanya.

Pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu mengeluarkan perintah membenarkan Elia Suhana sebagai plaintif melawat suaminya setiap Sabtu sehingga Isnin setiap minggu, namun perintah itu gagal dilaksanakan kerana halangan tiga individu yang juga responden dalam kes itu.

Selain Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, dua lagi responden yang dinamakan adalah pengawal peribadi baginda, Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan pekerja istana, Zaiton Hussien Merican.

Jumpa di surau







KUALA KRAI: Kanak-kanak perempuan, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan lelaki tabligh berusia 41 tahun sebelum dilarikan, ditemui di sebuah surau berhampiran Batu Caves, Selangor, kelmarin.
“Kira-kira jam 6.30 petang kelmarin saya terima satu panggilan daripada seorang lelaki yang memberitahu anak saya berada di sebuah surau di Batu Caves.

“Mulanya saya ragu-ragu kerana tidak mungkin anak saya dibawa hingga ke Selangor tetapi apabila dibenarkan bercakap dengan anak saya, baru saya percaya,” katanya.

Siti Sarnan berkata, sebaik mengetahui anaknya ditinggalkan di surau terbabit, beliau segera menghubungi seorang saudaranya yang menetap berhampiran Batu Caves supaya pergi menemui Siti Nur Zubaidah.

“Saudara kakak kemudian menemui Siti Nur Zubaidah dalam keadaan lemah dan tidak bermaya lalu membawanya ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan penemuan sebelum membawanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan separuh sedar di surau terbabit oleh bapa saudaranya, kira-kira jam 7.15 malam.

Siti Sarnan berkata, sehingga kini anaknya masih dirawat di hospital dan beliau dimaklumkan saudaranya, Siti Nur Zubaidah dalam keadaan stabil tetapi enggan bercakap kerana masih dalam keadaan trauma.

“Mungkin dia lemah kerana tidak makan dan trauma apabila dilarikan lelaki itu sehingga ke Selangor. Saya tidak sabar-sabar mahu berjumpa anak saya selepas 20 hari dia hilang,” katanya.

Siti Sarnan berkata, beliau dan suaminya meneruskan perjalanan ke Selangor pagi semalam untuk menemui Siti Nur Zubaidah.

Sebelum ini Siti Nur Zubaidah dikahwinkan bapanya Hussin Mat Salleh, 54, dengan lelaki tabligh berusia 41 tahun, Shamsuddin Che Derahman, selepas diperdaya bahawa perbuatan itu mengikut Sunnah Nabi Muhammad. Enakmen Keluarga Islam Kelantan menetapkan syarat umur berkahwin bagi perempuan minimum 16 tahun ke atas.

Siti Sarnan kemudian membuat laporan polis pada 25 Februari lalu.

Sementara itu, isteri pertama lelaki terbabit, Rohana, 33, berkata sehingga kini suaminya yang dikenali sebagai ‘Sudin Ajaib’ tidak menghantar berita atau menghubunginya. - Bernama

Enam terbunuh

BETONG: Enam orang terbunuh manakala empat lagi cedera parah dalam dua kemalangan yang berlaku malam kelmarin dan awal pagi semalam.
Bagaimanapun, kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinaiki bapa saudara mangsa, Omar Ilu, 67, yang ditemani empat saudara mara bagi menghantar mayat Zainul ke Hospital Betong, yang terletak kira-kira 53 kilometer dari tempat kejadian, bertembung pula dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 100 Jalan Sri Aman-Sarikei pada jam 2.15 pagi.

Dalam kemalangan itu Omar, pemandu kenderaan polis, Lans Koperal Lee Kiu San, 57, pemandu kereta jenis Naza Citra; Chaong Ranggau, 39; adiknya, Ngalambong, 30, dan penumpang kenderaan itu Robert Unya Mathew Intai, 33, terbunuh.

“Tiga lelaki dalam kereta jenis Naza Citra, Lans Koperal Lee dan Omar yang duduk di belakang kenderaan polis meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Mohd Bukhori ketika dihubungi semalam.

Mohd Bukhori berkata, empat lelaki yang duduk di belakang kenderaan polis cedera parah akibat dihimpit antara satu sama lain dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.

Menurutnya, seorang lagi anggota polis, Lans Koperal Chenancoe David Daud, 25, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki yang menaiki kereta Naza Citra dari Betong ke Sarikei itu dipercayai memandu dengan cuai, laju dan dalam keadaan mabuk,” katanya. — Bernama

Lelaki mati bakar rumah sendiri





2010/03/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
NEWPORT (Wales): Seorang lelaki yang membakar rumahnya demi menghalang isterinya memperoleh hakmilik rumah itu terbunuh dalam kebakaran itu.
Bapa anak tiga itu dilapor berjalan terhoyong-hayang ketika cuba memadamkan api dengan air tadahan hujan di dalam satu tong di taman rumah jirannya.

Meskipun kesan melecur hingga 90 peratus, beliau masih sedar ketika pegawai perubatan tiba.

Flood, 42, meninggal dunia dua hari kemudian di hospital selepas keluarganya membenarkan mesin sokongan dimatikan.

Inkues dimaklumkan tindakan Flood membakar rumah bertujuan menghalang isteri, Catherine, 39, diberikan hakmilik rumah itu sebagai pampasan perceraian mereka.

Mereka masih tinggal bersama di rumah £250,000 (RM1.24 juta) di Undy, Monmouthshire, ketika tragedi itu berlaku.

Namun, Flood bimbang kehilangan hak ke atas hartanah itu selepas isterinya mula menjalin hubungan dengan bekas rakan sekolahnya.

Catherine mendakwa meskipun tinggal sebumbung, mereka seperti orang asing.

“Kami hanya bercakap jika perlu. Rumah itu menjadi kebanggaan kami dan Flood enggan keluar,” katanya. Perkahwinan mereka dikurnia dua anak, Bethan, 13 dan Tomas, 12. Flood turut memiliki seorang lagi anak perempuan, Danielle

Padah bela tanpa permit



Oleh HADZLIHADY HASSAN
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/03/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki menyimpan dan memelihara haiwan dilindungi membawa padah apabila semua 14 ekor hidupan liar miliknya dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah premis di Johor Bahru, Khamis lalu.
SALAH...turut dirampas sepasang tanduk kambing gurun, satu tengkorak haiwan yang belum dikenal pasti, tanduk rusa dan kulit kijang yang diawet.
SALAH...turut dirampas sepasang tanduk kambing gurun, satu tengkorak haiwan yang belum dikenal pasti, tanduk rusa dan kulit kijang yang diawet.
LAPAR...antara binatang yang dirampas Perhilitan daripada seorang lelaki.
LAPAR...antara binatang yang dirampas Perhilitan daripada seorang lelaki.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Perhilitan, Saharudin Anan, berkata dalam serbuan jam 5 petang itu, selain 14 ekor hidupan liar terbabit, turut dirampas ialah anggota badan haiwan yang diawet.

Menurutnya, antara hidupan liar yang dirampas ialah tiga burung Tiong Mas yang tidak matang, lima burung Tanau, dua burung Serindit, burung Rose-Ringed Parakeet, burung Electus Parrot betina, beruk tidak matang dan seekor anak ungka.

“Turut dirampas sepasang tanduk kambing gurun, satu tengkorak haiwan yang belum dikenal pasti, tanduk rusa dan kulit kijang yang diawet,” katanya.

Menurutnya, beberapa jenis hidupan liar itu dilindungi sepenuhnya dan memerlukan permit khas daripada pihak berkuasa untuk memiliki dan memeliharanya.

Beliau berkata, pemilik premis didapati mengurung hidupan berkenaan dalam sangkar berasingan yang disembunyikan di stor di rumah dan juga premisnya.

“Kita menjalankan siasatan terhadap lelaki itu dan jika di dapati bersalah dia akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

“Selain itu, jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan boleh didenda tidak lebih RM37,000 atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam serbuan berasingan, seorang wanita berusia lingkungan 40-an ditahan selepas Perhilitan merampas seekor burung Lang Siput yang dipeliharanya.

Serbuan dilakukan jam 3 petang kelmarin di sebuah premis mencuci kereta milik wanita terbabit di Johor Bahru.

Hidupan liar terbabit yang dilindungi sepenuhnya ditemui tersimpan dalam sangkar dibina khas oleh pemiliknya yang diletakkan di kawasan premis berkenaan.

Menurut Saharudin, wanita itu juga disiasat mengikut akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Bantah pembinaan Israel







JAKARTA: Lebih seribu penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi menyelar rancangan Israel membina penempatan di timur Baitulmaqdis di Jakarta, semalam.
Tunjuk perasaan dianjur Parti Keadilan Sejahtera (PKS), satu daripada parti gabungan kerajaan.

“Kami turut menuntut kerajaan Indonesia supaya membantu Palestin” kata Triwisaksana lagi.

Tindakan Israel menyebabkan pihak berkuasa Palestin menolak rundingan damai baru. - AFP

Kekasih Dicaprio diancam militan




E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BAITULMAQDIS: Militan Yahudi memberi amaran dan mengarahkan supaya model Israel, Bar Refaeli tidak mengahwini kekasihnya, aktor, Leonardo Dicaprio.
DICAPRIO dan Bar kembali bersama selepas berpisah tahun lalu.
DICAPRIO dan Bar kembali bersama selepas berpisah tahun lalu.
Dalam surat dikirim kepada model itu, kumpulan aktivis Lehava menegaskan, kelahirannya sebagai bangsa Yahudi bukan berlaku secara kebetulan.

“Nenek awak pastinya tidak pernah mengimpikan cucunya menghitamkan masa depan bangsa Yahudi.

“Sedarlah dan jangan kahwini DiCaprio,” tegas pengirim suraty itu.

Bulan lalu, Bar menyebabkan peminatnya gempar apabila memakai cincin di jari manisnya.

Model bikini itu dilihat memakai cincin itu di Festival Filem Antarabangsa Berlin ketika duduk di samping Dicaprio pada majlis itu.

Lebih buruk lagi, media Jerman mendakwa bintang Titanic itu melamar Bar pada sambutan Hari Valentine.

Namun sumber rapat dengan pasangan itu menafikan mereka sudah bertunang.

Bar turut ditemani ibu Dicaprio, Irmelin pada majlis itu yang didakwa menggesa anaknya untuk melamar model itu.

Mereka turut dilihat berpelukan dan kelihatan begitu gembira pada majlis itu.

DiCaprio dan Bar yang mula bercinta pada 2005 kini kembali bersama selepas mereka dilapor berpisah tahun lalu.

Perpisahan itu dilapor berpunca daripada sikap Dicaprio yang sangsi untuk berkahwin. Namun, jika berterusan, larangan militan itu mungkin dilaksanakan Bar. - Agensi