Search This Blog

Loading...

Sunday, March 14, 2010

Heroin: Wanita kita ditahan di China



KUALA LUMPUR 13 Mac - Bagi mengelak daripada dikesan menyeludup dadah, seorang wanita bertindak menyembur badan dan bagasi berisi dadah yang dibawanya dengan minyak wangi.
Dia berbuat demikian dengan harapan tiada siapa boleh menghidu bau dadah jenis heroin itu semasa melalui pemeriksaan di lapangan terbang.
Namun, taktik digunakan gadis Malaysia berusia 28 tahun itu gagal mengaburi pihak berkuasa di Lapangan Terbang Changsha, China apabila dia akhirnya ditahan bersama dadah seberat satu kilogram (kg) yang cuba diseludup, semalam.
Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berkata, rahsia suspek terbongkar apabila pihak berkuasa di lapangan terbang itu membuat pemeriksaan ke atasnya selepas mendapati dia berkeadaan mencurigakan.
Beliau berkata, suspek yang sebelum itu menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur, cuba menyeludup heroin terbabit dengan menyembunyikannya dalam bagasi pakaian.
Bagaimanapun, katanya, taktik digunakan suspek tidak berkesan apabila bungkusan dadah itu berjaya ditemui oleh pegawai lapangan terbang yang mencurigai bau minyak wangi, selain tindak tanduk aneh wanita berkenaan.

Mungkin bermotif cemburu





MELAKA 13 Mac – Polis tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan seorang remaja lelaki yang mayatnya ditemui disumbat di dalam but sebuah kereta di sini semalam, bermotifkan cemburu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, pihaknya bagaimanapun masih menyiasat kes tersebut.
Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya telah menahan teman wanita mangsa yang berusia 18 tahun dan rakannya, 25 tahun.
Katanya, kedua-duanya yang ditahan di sebuah kawasan perumahan di Semabok, di sini semalam, direman selama seminggu.
“Dengan tangkapan itu, menjadikan enam orang telah ditahan berusia antara 18 dan 25 tahun bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, empat sekawan cuba menyembunyikan kematian Yap Wai Seng, 18, dari Taman Seri Krubong dengan menyumbat mayatnya dalam but sebuah kereta yang mereka naiki.
Namun usaha itu gagal apabila diperiksa unit peronda pada pukul 1.15 pagi selepas mereka memberhentikan kereta tersebut di Jalan Tun Razak, Ayer Keroh, kira-kira 150 meter dari sekatan polis.

Tadika: 3 lelaki ditahan



JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis hari ini menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes serangan tiga murid Tadika Sinario, Muar pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 25 dan 29 tahun itu ditahan di sekitar Muar pada awal pagi ini.
"Polis tidak menolak kemungkinan seorang daripadanya adalah suspek. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pos Polis Komuniti (CPP) di Taman Bestari Indah Ulu Tiram dekat sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Polis Johor Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi Rabu lalu, tiga murid tadika Sinario di Muar, Nur Nadhirah Nabilah Mohd. Yusri, 6, Alex Tan Kar Eik, 6, dan Vincent Tee Hui Seng, 6, cedera di kepala akibat diketuk dengan tukul besi oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman.
Dalam kejadian di tadika yang terletak di Jalan Abdul Rahman itu, pengetuanya, Voon Siew Kuin turut cedera di bahu kanan dan tangan kiri.
Semasa kejadian, suspek dikatakan memanjat pagar tadika sebelum memasuki sebuah kelas lalu memukul dan mencederakan murid terbabit.
Selepas menerima rawatan di hospital, Kar Eik dan Hui Seng dibenarkan pulang ke rumah setelah kecederaan masing-masing bertambah baik.
Bagaimanapun, Nur Nadrah Nabila pula difahamkan masih menunggu laporan kesihatan daripada doktor sebelum menjalani pembedahan dalam waktu terdekat kerana kaki kirinya masih lemah untuk berjalan.
Musa memberitahu, polis masih menyiasat motif sebenar serangan itu dan pada masa yang sama meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.
"Biarlah polis menyiasat terlebih dahulu," katanya.
Sementara itu, sumber memberitahu, lelaki-lelaki berkenaan ditahan secara berasingan pada pukul 12.20 pagi berhampiran Bangunan Mara di Jalan Maharani dan Jalan Daud.
Menurutnya, seorang daripadanya memiliki rekod jenayah berkaitan kes samun manakala seorang lagi suspek berkaitan kes dadah.
"Siasatan awal mendapati dua daripadanya memiliki rekod pesakit mental dan pernah menjalani rawatan di Hospital Muar sebelum ini," katanya.

Pemuda dibuang daerah, sebat kerana tiduri gadis




E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JEDDAH: Seorang hakim di Riyadh semalam menjatuhkan hukuman buang daerah dari ibu negara Arab Saudi itu selama setahun dan sebat 100 kali selepas didapati bersalah menjalinkan hubungan luar nikah.
Lelaki berkenaan ditangkap di Riyadh selepas seorang bapa mengadu kepada polis bahawa dia menggoda anak perempuannya sebelum membawanya ke sebuah apartmen dan tidur bersama.
Hakim itu berkata, lelaki berkenaan dilarang melawat Riyadh selama setahun kerana ia tempat dia melakukan jenayah itu, lapor akhbar Al-Jazirah.


Sementara itu, seorang hakim di Qatif menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan 360 sebatan terhadap seorang lelaki kerana mengancam membunuh bapanya.


Tertuduh membakar kereta bapanya dan mengancam nya dengan senjata. Lelaki berkenaan sebelum itu menuntut bapanya membelikan kereta. Apabila si bapa mengambil masa lama untuk berbuat demikian, dia mengamuk. - Agensi

Kes Hisham dibicara semula



E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KAHERAH: Sebuah mahkamah semalam mengarahkan perbicaraan semula jutawan hartanah Mesir yang dihukum mati atas kesalahan mengupah seorang lelaki membunuh bekas kekasihnya, bintang pop Lubnan.
Hisham Talaat Moustafa, 50, yang mempunyai pengaruh politik yang kuat dan hubungan rapat dengan kerajaan Mesir didapati bersalah Mei lalu kerana mengupah bekas anggota polis AS$2 juta (RM6.8 juta) untuk membunuh Suzanne Tamim di Dubai pada Julai 2008.
Mahkamah Rayuan Tertinggi Mesir membatalkan keputusan bersalah terhadap Talaat dan bekas polis itu, Mohsen al-Sukkary. Keputusan itu bermakna kedua-duanya akan menghadapi perbicaraan baru pada tarikh yang belum ditetapkan.


Pengumuman mengenainya mendapat sambutan daripada penyokong Hisham di dalam dan luar mahkamah.


Dakwaan awal mengejutkan rakyat Mesir yang tidak biasa melihat tokoh berpengaruh yang selama ini dianggap tidak boleh disentuh dihadapkan ke mahkamah.


Keputusan terbaru itu akan meningkatkan kepercayaan bahawa pengaruh Hisham akan mengelaknya daripada dihukum mati.


Bagaimanapun, pakar berkata penemuan satu lagi jenayah berprofil tinggi membabitkan pembunuhan pemimpin kanan Hamas oleh agensi perisikan Israel, Mossad, Januari lalu akan menyukarkan lagi pasukan peguam bela Hisham mencabar bukti yang disokong oleh teknologi baru.

Polis Dubai berkata, wajah pembunuh Suzanne dirakam oleh kamera keselamatan. - AFP