JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Boediono mengisytiharkan harta mereka di Istana Negara semalam dan meminta gabenor dan datuk bandar mengambil tindakan yang sama.
Susilo berkata, perisytiharan aset oleh pegawai kerajaan ialah tradisi politik yang perlu dikekalkan dan perlu digalakkan di kalangan kerajaan tempatan.
“Saya berharap semua gabenor, pegawai daerah dan datuk bandar mengisytiharkan kekayaan mereka kepada rakyat sebagai usaha untuk mengekalkan kebertanggungjawaban dan ketelusan.” kata Susilo.
Beliau berkata, kerajaannya akan terus memerangi rasuah dan berharap Suruhanjaya Penghapusan Rasuah (KPK) mengekalkan kempen antirasuahnya walaupun berdepan dengan cabaran getir.
Kekayaan Susilo sehingga 23 November 2009 berjumlah 7.61 bilion rupiah (RM2.7 juta) meningkat daripada 6.85 billion (RM2.48 juta) sejak 14 Mei 2009.
Boediono pula mengisytiharkan hartanya berjumlah 28.08 bilion rupiah (RM10.2 juta) sehingga 30 Disember 2009, daripada 22.07 bilion (RM8 juta) yang diisytiharkannya pada 30 April 2009. - Agensi