Search This Blog

Thursday, March 11, 2010

Mayat bekas presiden Cyprus ditemui semula


NICOSIA (Cyprus): Satu mayat yang ditemui di sebuah tanah perkuburan di Nicosia disahkan mayat bekas Presiden Cyprus, Tassos Papadopoulos yang dicuri daripada kuburnya 11 Disember lalu.
Ujian DNA mengesahkan mayat Papadopoulos ditemui semula selepas polis menerima panggilan memaklumkan mengenai mayat itu yang kemudian ditemui di Strovolos, pinggir Nicosia.


Jurucakap polis, Michalis Katsounotos berkata, panggilan telefon itu dibuat dari sebuah pondok telefon beberapa kilometer dari tanah perkuburan itu.


“Polis memeriksa pondok telefon itu dan mengambil cap jari dan juga bukti lain yang mungkin membantu kami mengenal pasti identiti pemanggil,” katanya.


Mayat Papadopoulos yang meninggal dunia akibat barah paru-paru dicuri dari sebuah tanah perkuburan di selatan Nicosia menjelang sambutan pertama kematiannya.


Sebelum menerima panggilan telefon itu, polis gagal memperoleh sebarang maklumat mengenai kecuriannya.

Kubur Papadopoulos yang diceroboh turut ditabur perahan limau, dipercayai menutup kesan yang mungkin ditinggalkan.


Keluarga, termasuk tiga anak Papadopoulos berkejar ke tanah perkuburan selepas menerima panggilan polis.


Papadopoulos yang menjadi presiden antara 2003 hingga 2008 dianggap sebagai wira berhaluan kanan kerana menentang sebarang perjanjian berat sebelah. - AP

3 sekeluarga bunuh diri kerana tak dapat suaka

2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GLASGOW: Satu keluarga tiga orang yang kecewa selepas hasrat mendapatkan suaka di United Kingdom ditolak, membunuh diri semalam dengan terjun dari flet 15 tingkat mereka di sini.
Sebelum terjun, keluarga itu mencampakkan almari dari balkoni untuk memecahkan penghalang antibunuh diri yang mengelilingi flet mereka.


Pasangan berkenaan yang berusia 40-an, dan anak mereka yang berumur 20-an, dipercayai berasal dari Russia atau sebuah daripada bekas negara anggota Soviet Union.


Mereka dipercayai tiba di United Kingdom pada 2007 setelah berdepan dengan masalah di Kanada. — Agensi

Tangguh kes nikah batin




2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini, semalam, menangguhkan sehingga 6 April ini kes seorang ahli perniagaan membuat permohonan untuk mengesahkan pernikahan yang didakwa berlaku secara batin dan sindiket, empat tahun lalu.
Hakim Syarie Mohamad Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Zaidi Ibrahim yang mewakili Siti Zaharah Zakaria, 44, (pemohon) memberitahu mahkamah bahawa suaminya Mohd Noor Nordin, 41, tidak dapat hadir dalam prosiding dan mengemukakan sijil cuti sakit.
Semalam sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan.

Pada 9 Disember 2009, Siti Zaharah yang curiga dengan kedudukannya sebagai isteri kedua, memfailkan permohonan pengesahan terhadap pernikahannya yang didakwa berlaku secara batin dan sindiket.

Polis Indonesia sahkan tembak Dulmatin




2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JAKARTA: Polis Indonesia hari ini mengesahkan salah seorang daripada tiga suspek pengganas yang ditembak mati unit khas Densus 88 anti pengganas pasukan itu, di Pamulang, daerah Tangerang, Banten semalam ialah Dulmatin, seorang daripada beberapa perancang serangan bom di Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 jiwa.
Dulmatin bukan saja dikehendaki polis Indonesia malah oleh polis Filipina, adalah seorang pakar bom yang dikatakan memiliki kebolehan melebihi Allahyarham Dr Azahari, yang ditembak mati oleh polis Indonesia beberapa tahun lalu.

Beliau adalah salah seorang daripada anggota Jemaah Islamiah (JI), kumpulan yang aktif melancarkan serangan bom di beberapa sasaran di Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Polis Indonesia Jeneral Polis Bambang Hendarso Danuri berkata pengesahan mayat Dulmatin itu dibuat berdasarkan ujian DNA yang sepadan dengan DNA ibunya Maryati dan adik lelakinya Ali Isnan, dengan kemungkinan kesalahan satu berbanding 100,000 trilion.
Selain itu tanda ditubuhnya seperti tahi lalat di dagu sebelah kiri dan persamaan bentuk kening dan dagunya, meyakinkan polis bahawa mayat itu adalah Yahya Ibrahim atau Mansyur atau Joko Pitono atau Dulmatin, katanya dalam media sidang media di sini hari ini. - Bernama

Tukang jahit dakwa ditipu RM100,000


KUALA LUMPUR: Seorang tukang jahit kerugian RM100,000 selepas didakwa ditipu oleh seorang lelaki yang dipercayai dapat membantunya mempermudahkan urusan pembelian tanah dengan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tiga tahun lalu di sini.
Mangsa, Lim Boey, 57 berkata, suspek seorang lelaki yang berusia 40an itu dikenali melalui seorang rakannya yang dikatakan pernah menjadi orang tengah mendapatkan bantuan serupa daripada suspek berkenaan.

Lim mendakwa beliau sudah membuat pembayaran bagi urusan pembelian tanah, pertukaran status tanah daripada persendirian kepada komersial serta cukai-cukai lain.

"Saya sudah membayar secara tunai sebanyak RM15,000 dan cek sebanyak RM85,000 secara beransur-ansur sepanjang tahun 2005 dan 2006 bagi mendapatkan hak milik tanah yang terletak di belakang rumah saya.
"Bayaran juga bagi mendapatkan status tanah jenis komersial bagi membuka premis perniagaan jahitan tapi sampai sekarang tidak dapat apa-apa jawapan," katanya kepada pemberita di Biro Pengaduan MCA di sini hari ini.

9 maut, 19 cedera dalam tanah runtuh di China




2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BEIJING: Sembilan maut sementara 19 yang lain dilaporkan hilang dalam runtuhan sebahagian gunung di utara China, meranapkan berpuluh-puluh kediaman penduduk awal pagi tadi.
Pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menggali kawasan terbabit berjaya menyelamatkan 16 penduduk di wilayah Shaanxi.

Agensi berita Xinhua melaporkan belum ada laporan mengenai sebab berlakunya runtuhan itu. - AFP

AS kutuk Israel bina penempatan haram baru




Seorang lelaki Palestin bekerja di tapak pembinaan penempatan haram Yahudi di Beitar Illit, pinggir Baitulmaqdis di Tebing Barat. Israel meluluskan rancangan untuk membina 1,600 lagi unit rumah baru di penempatan haram di wilayah Palestin di Tebing Barat. – AFP



BAITULMAQDIS 10 Mac – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengutuk rancangan Israel untuk membina 1,600 buah rumah lagi di wilayah Palestin yang diduduki oleh pendatang Yahudi.
Israel mengumumkan rancangan tersebut di tengah-tengah lawatan Biden ke rantau ini bagi membantu memulihkan rundingan damai.
Keengganan Israel untuk menghentikan aktiviti pembinaan di kawasan penempatan Yahudi sekalipun didesak oleh AS menjadi batu halangan utama ke arah menyambung semula rundingan.
Pengumuman Israel mengenai rancangan tersebut meletakkan Biden dalam keadaan tidak selesa menjelang pertemuan beliau dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
“Saya mengutuk keputusan kerajaan Israel untuk meneruskan rancangan bagi membina unit-unit perumahan baru,” kata Biden dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau tiba lewat 90 minit untuk jamuan malam dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Naib Presiden itu berkata, pelan induk untuk kawasan penempatan Yahudi, Ramat Shlomo di sebuah kawasan Tebing Barat yang dirampas oleh Israel ‘menjejaskan keyakinan yang kita perlukan sekarang dan bercanggah dengan perbincangan positif yang saya adakan di Israel’.
Palestin menggugurkan tuntutan agar Israel membekukan semua aktiviti pembinaan perumahan dan bersetuju untuk mengadakan rundingan tidak langsung selama empat bulan selepas mendapat sokongan Liga Arab pada minggu lepas.
“Israel tidak berminat untuk berunding atau berdamai dan projek Ramat Shlomo akan menjejaskan rundingan terhenti,” kata pembantu kanan Abbas, Nabil Abu Rdainah.
Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yishai yang bertanggungjawab mengumumkan rancangan tersebut, menyifatkan pengumuman itu serentak dengan lawatan Biden sebagai satu kebetulan.
“Pastinya tidak ada niat untuk melakukan provokasi terhadap sesiapa dan sudah tentunya tidak ada niat untuk menyinggung perasaan Naib Presiden AS,” kata Yishai di televisyen Israel, Channel One. – Reuters

Wanita AS rancang bunuh kartunis




GAMBAR yang disiarkan oleh stesen televisyen WPVI-TV kelmarin di Philadelphia menunjukkan wajah LaRose.



DUBLIN - Seorang suri rumah rakyat Amerika Syarikat (AS), Colleen LaRose dinamakan sebagai antara perancang satu plot untuk membunuh seorang kartunis Sweden, Lars Vilks yang menghina Nabi Muhammad S.A.W pada 2007 lalu.
Identiti Vilks itu didedahkan pihak berkuasa Ireland kelmarin ekoran penahanan tujuh pendatang Muslim iaitu empat lelaki dan tiga wanita di negara tersebut hasil bantuan siasatan antarabangsa bagi mengesan rancangan pembunuhan Vilks.
LaRose, 57, yang menggelar dirinya sebagai Jihad Jane dari Pennsylvania ditangkap di Philadelphia pada 15 Oktober lalu tanpa ikat jamin selepas pihak berkuasa AS memintas e-mel mengenai rancangan untuk membunuh Vilks kiriman wanita itu.
Dia dilaporkan mengadakan perbincangan secara talian dengan salah seorang suspek di Ireland selain berbalas e-mel dengan beberapa rakannya serta bersetuju melatih anggota-anggota baru untuk menyertai gerakan jihad.
Menurut beberapa dokumen mahkamah di AS, LaRose dikatakan mahu berkahwin dengan seorang suspek pengganas bagi membolehkan dia berpindah ke Eropah dan dia sanggup mati syahid dengan menyahut seruan kumpulan Al-Qaeda untuk membunuh Vilks.
Rangkaian pengganas itu menawarkan ganjaran sehingga £67,000 (RM333,623) bagi mendapatkan kepala Vilks selepas sebuah akhbar Sweden pada 2007 menyiarkan kartun Nabi Muhammad S.A.W. - Agensi

Gempa anjak bandar-bandar di Chile







SANTIAGO - Kesan gempa bumi dahsyat yang berpusat dekat Maule di Chile pada akhir bulan lalu telah menyebabkan keseluruhan bandar raya Concepcion yang paling teruk terjejas berganjak sekurang-kurangnya 304.8 sentimeter (sm) ke arah barat, lapor sebuah akhbar semalam.
Gempa bumi yang berlaku pada 27 Februari lalu dengan kekuatan 8.8 pada skala Richter turut menganjakkan beberapa bahagian lain di benua Amerika Selatan termasuk kepulauan Falkland di Lautan Atlantik dan Fortaleza di Brazil.
Grafik yang dilakar saintis-saintis antarabangsa menerusi Projek Sistem Kedudukan Global (GPS) Banjaran Andes Selatan dan Tengah menunjukkan perbandingan secara tepat sebelum dan selepas 10 hari kejadian itu berlaku.
Kejadian itu menyebabkan ibu negara Chile, Santiago berganjak hampir 28 sentimeter ke barat daya manakala ibu negara Argentina, Buenos Aires terletak 1,287 kilometer dari bandar raya Concepcion berganjak 2.5 sentimeter.
Agensi kajian geologi Amerika Syarikat melaporkan lebih sedozen gegaran susulan dikesan selepas gempa tersebut dengan ukuran 6.0 pada skala Richter manakala sehingga kini jumlah rasmi mangsa korban lebih 800 orang dan dua juta hilang tempat kediaman.
Gempa itu dipercayai kelima paling kuat di dunia. - Agensi

Penduduk belasah tiga Awang Hitam




SALAH satu unit apartmen di Flora Damansara inilah seorang pelajar kolej diperkosa tiga Awang Hitam semalam.



PETALING JAYA - Tiga lelaki warga Afrika sempat dibelasah penduduk apartmen Flora Damansara, Damansara Perdana di sini selepas didakwa memperkosa seorang pelajar kolej swasta di tingkat sembilan apartmen tersebut malam kelmarin.
Ketiga-tiga Awang Hitam itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan parah ketika bergelut dengan penduduk untuk melarikan diri.
Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk apartmen tersebut, Abdul Hakim Abdul Wahab, beberapa penduduk yang menyedari kejadian tersebut pada pukul 11.30 malam bertindak pergi ke rumah suspek dan melihat mangsa sedang menangis.
"Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak berbaju di rumah tersebut dan memberitahu dia telah dirogol sebanyak tiga kali.
"Ketiga-tiga suspek yang takut dengan kehadiran penduduk cuba melarikan diri tetapi sempat dikepung sebelum berlaku pergelutan dengan penduduk dalam usaha menangkap mereka," ceritanya.

Petaka angkara khianat

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat salah seorang daripada empat mangsa kebakaran di Masai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Hajat empat lelaki warga India untuk menjalani temuduga supaya dapat bekerja di sebuah kedai tekstil berkecai apabila kesemua mereka rentung dalam kebakaran yang dipercayai angkara khianat di Jalan Pasar, Masai di sini semalam.
Kejadian pukul 3 pagi itu berlaku apabila kesemua mangsa yang baru tiba ke negara ini Isnin lalu sedang tidur di kedai tekstil dua tingkat, Vengkath Enterprise milik V. Muthu, 40.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan seseorang yang dikatakan telah membakar empat premis di situ berdasarkan penemuan satu bekas minyak petrol di hadapan premis berkenaan.
Dua premis itu merupakan kedai alat tulis manakala dua lagi kedai tekstil.
Kesemua mayat yang dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini sukar dikenalpasti manakala semua dokumen mereka turut hangus.
Muthu yang juga bakal majikan kepada dua daripada empat mangsa itu memberitahu, dia langsung tidak sempat untuk berjumpa dan melihat wajah mangsa ekoran berada di ibu negara sejak beberapa hari lalu atas urusan perniagaan.

Panadol penyebab gadis maut?



AIZADUL SHAFIQAH menemui ajal selepas tiga hari tidak sedarkan diri di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.


KANGAR – Kematian seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini meninggalkan tanda tanya apabila pihak hospital dihalang daripada melakukan bedah siasat penuh selepas bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah mahkamah.
Dengan perintah tersebut, pihak hospital tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar kematian Aizadul Shafiqah Md. Fuzailee, 16, selepas bapanya, Md. Fuzailee Sabu, 46, berjaya mendapat perintah larangan itu beberapa jam selepas anaknya disahkan mati pukul 9.30 malam kelmarin.
Berdasarkan bedah siasat awal, doktor mendapati kematian Aizadul Shafiqah itu berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil panadol secara berlebihan.
Sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa yang tidak sedarkan diri sejak Ahad lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, bedah siasat awal mendapati, kematian mangsa disebabkan kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil tersebut

Tiga maut Avanza rempuh treler



TOYOTA Avanza yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang ditunda pihak berkuasa semalam.


KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang imam bersama tujuh ahli keluarganya untuk membeli barangan persiapan kenduri perkahwinan anak perempuannya tidak kesampaian apabila dia bersama isteri serta seorang anaknya terbunuh dalam satu kemalangan ngeri semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.40 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dipandu mangsa Ghazali Mohd., 63, dikatakan cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat sini.
Dalam kemalangan itu, Ghazali, dari Kampung Temala, Pengkalan Berangan, Marang dan isterinya, Halimah Awang, 56 serta anak ketiga mereka, Radiah, 39, maut sementara seorang lagi anak perempuannya, Nur Faraziela, 22, cedera parah.
Tiga lagi anak mangsa yang berada dalam MPV tersebut ialah Mariani, 29 (bakal pengantin), Mohd. Aidil Ghazali, 15, dan Aiman Syafik Ghazali, 13, serta cucu mangsa Ammar Farhan Mohd. Ariffin, iaitu anak kepada Radiah.
Bagaimanapun mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Nabil, Irma nafi berkhalwat



KEMESRAAN Nabil bersama Irma yang dirakamkan di Kuala Lumpur tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Belum selesai isu disaman RM2 juta oleh syarikat filem SDAF Pictures, pelawak popular, Nabil kini berhadapan pula dengan kontroversi beliau dikatakan berkhalwat dengan kekasihnya yang juga pelakon, Irma Hashmie.
Pasangan itu bercinta sejak akhir 2008 didakwa sering dilihat di apartmen Irma di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 27, tampil menafikan tohmahan itu dengan menegaskan, beliau sama-sekali tidak akan melakukan perbuatan yang memalukan diri dan keluarga.
Juara Raja Lawak musim kedua itu bagaimanapun mengakui beliau sering mengunjungi rumah Irma kerana menghantar makanan atau membawa keluar pelakon itu.

Permohonan Ka Siong didengar 5 April


KUALA LUMPUR 10 Mac - Permohonan injunksi Datuk Dr. Wee Ka Siong bagi menghalang Tan Sri Robert Phang dan penerbit akhbar The Star daripada terus menerbitkan artikel mengaitkannya dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didengar pada 5 April ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan injunksi secara inter parte (antara pihak) yang sepatutnya didengar hari ini ditangguhkan.
Prasad turut menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar permohonan Phang dan Star Publication (M) Berhad selaku pihak defendan bagi mengetepikan perintah ex-parte (sebelah pihak) yang diperoleh Ka Siong pada 21 Januari lalu.
Terdahulu, peguam Ben Chan yang mewakili Ka Siong memaklumkan, pihaknya memerlukan masa untuk menjawab pernyataan pembelaan dan membalas afidavit kedua-dua defendan itu dalam permohonan mereka bagi mengetepikan perintah injunksi ex-parte tersebut.
Phang merupakan anggota jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 22 Januari lalu, Phang mengadakan sidang akhbar bagi menjawab cabaran Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Pemuda MCA.

Bekas ahli Parlimen didenda RM10,000


KOTA KINABALU 10 Mac – Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman hari ini didenda RM10,000 kerana gagal memaklumkan kepada pihak bank yang beliau seorang muflis ketika menjadi penjamin sebuah syarikat yang ingin membuat pinjaman 14 tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Duncan Sikodol turut memerintahkan Suhaili dikenakan hukuman penjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Beliau menjatuhkan hukuman itu selepas ahli politik itu mengaku bersalah atas tuduhan pilihan semalam.
Menurutnya, sebelum hukuman itu dijatuhkan, beliau telah menimbangkan beberapa perkara termasuk ia adalah kesalahan pertama Suhaili selain tertuduh itu pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fariza Hamzah manakala Suhaili diwakili peguam bela Rakbir Singh.
Suhaili yang ditemui selepas prosiding berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya mengemukakan rayuan kerana mendakwa hukuman yang diterimanya agak berat.
Semalam, beliau mengaku atas tuduhan pilihan gagal memaklumkan kepada pegawai Malayan Banking Berhad mengenai status muflisnya ketika bertindak sebagai penjamin kepada syarikat Saraequity Sdn. Bhd. pada 3 April 1996.
Pada tarikh tersebut, Saraequity mengemukakan permohonan pinjaman berjumlah RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000.
Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 109(1)(m)(ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Suhaili diisytiharkan muflis menerusi perintah mahkamah bertarikh 19 Februari 1993 yang hanya ditarik balik pada 9 Mei 1997.
Semalam, Sikodol turut melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Perbadanan Pembangunan Labuan itu daripada dua pertuduhan asal selepas pendakwa raya memaklumkan mereka tidak akan meneruskan kes berkenaan.
Pada April tahun lalu, Suhaili mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu Malayan Banking Berhad cawangan Kota Kinabalu ketika bertindak sebagai penjamin semasa membuat pinjaman RM160,000 untuk membeli sebuah apartmen pada 1996.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya dengan memperdaya pengurus bank tersebut, Ismail Jantan menggunakan nama Ahmad Suhaily Abd. Rahman yang memegang kad pengenalan bernombor H 0552182 yang dipercayai palsu.
Sehari selepas itu, Suhaili turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995.
Beliau dituduh membuat kenyataan palsu tersebut dalam akuan berkanun di hadapan Jaksa Pendamai, Mohd. Naser Mohd. Noor menggunakan nama Ahmad Suhaily Abdul Rahman dengan kad pengenalan bernombor H 0552182.

Kuaci import guna logo halal meragukan


KAJANG 10 Mac - Kuaci jenama ini memang diiktiraf sebagai pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Meskipun makanan ini diimport dari China tetapi pembeli beragama Islam tidak berasa was-was untuk menikmatinya kerana ia mempunyai logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada bungkusannya.
Namun, alangkah mengejutkan kerana setelah 10 tahun berada di pasaran, produk makanan itu didapati menggunakan logo halal Jakim palsu.
Penipuan syarikat itu terbongkar selepas lapan pegawai penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Jakim memeriksa gudang syarikat pengedar kuaci terbabit di Taman Perindustrian Balakong Jaya 2 di sini hari ini.
Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, tindakan pemalsuan atau penggunaan sijil tanpa kebenaran adalah tidak adil kepada pihak industri yang mematuhi syarat memperolehi sijil halal berkenaan.
"Jakim tidak mengatakan bahawa kuaci terbabit haram dimakan tetapi apa yang menjadi persoalan adalah penggunaan logo halal tanpa sijil pada produk itu," katanya ketika ditemui selepas pemeriksaan itu hari ini.
Sehubungan itu, katanya, syarikat terbabit diarahkan membuat permohonan kepada Jakim untuk mendapatkan sijil halal yang sah jika mahu menjual produk tersebut.
Terdahulu, lawatan mengejut pegawai kementerian dan Jakim menyebabkan berlaku kekecohan apabila pihak pengurusan syarikat enggan bekerjasama sebaliknya bertindak mempertikaikan kuasa dan tindakan mereka memeriksa syarikat tersebut.
Lebih mengejutkan, pihak pengurusan syarikat bertindak mengunci pintu pagar dan bangunan kilang menyebabkan pegawai kementerian dan Jakim terkurung dalam pejabat syarikat itu selama lebih 30 minit.
Situasi mencemaskan itu memaksa sepasukan polis dari Balai Polis Taming Jaya bergegas ke kilang itu untuk meredakan ketegangan dan memujuk pengurus syarikat supaya memberi kerjasama.
Selepas diasak pelbagai soalan, lelaki itu akhirnya mendakwa mempunyai sijil halal daripada sebuah syarikat perunding swasta yang menawarkan perkhidmatan memperolehi sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Bagaimanapun, siasatan mendapati sijil halal ditunjukkan itu tidak pernah diiktirafkan oleh JAIP termasuk Jakim berdasarkan maklumat meragukan dan status individu yang menurunkan tandatangan pada sijil berkenaan.
Dalam pemeriksaan itu, 710 kotak berisi lebih 100,000 bungkus kuaci bernilai hampir RM100,000 dirampas untuk siasatan lanjut.

Anak bekas setiausaha sulit lepas tuduhan ugutan bunuh bapa


PETALING JAYA 10 Mac - Anak bekas setiausaha sulit seorang kenamaan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap bapanya selepas dia disahkan tidak waras semasa kejadian.
Majistret Aishah Hijriah Arshad memutuskan demikian selepas meneliti laporan perubatan tertuduh, Muhammad Ezra Rusli, 28, yang dikeluarkan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.
Beliau bagaimanapun memerintahkan tertuduh ditempatkan di sebuah tempat yang selamat dan dihantar ke hospital berkenaan sehingga mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.
Keputusan tersebut dibacakan oleh Pendaftar Mahkamah, Latifah Ibrahim kerana Aishah sedang bercuti.
Muhammad Ezra sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut membunuh dan mencederakan bapanya, Rusli Abd. Malik, 61, menggunakan sepucuk pistol jenis Glock.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di C2-07, D'Shire Villa, Jalan Camar 4/1, Seksyen 4, Kota Damansara di antara pukul 3.30 petang dan 5 petang, 5 September tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Choo Hueay Ting mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kes ugutan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi tuduhan mencederakan, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Sepanjang kes pendakwaan, seramai tiga saksi dipanggil memberi keterangan iaitu pengadu yang merupakan bapa tertuduh, pegawai penyiasat dan seorang anggota polis.
Muhammad Ezra yang diwakili peguam bela, S. Selvi turut menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 di Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa memiliki sebutir bom tangan di rumahnya.

Anwar cabar keputusan akhir


PUTRAJAYA 10 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar kesahihan kuasa Perdana Menteri di sisi perlembagaan bagi mendapat perisytiharan muktamad bahawa pemecatannya daripada semua jawatan dalam kerajaan, 11 tahun lalu sebagai tidak sah dan terbatal.
Ketua Pembangkang itu menggunakan permohonan semakan melalui Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 sebagai peluang terakhir mencabar kuasa Perdana Menteri melantik dan melucutkan jawatan Menteri Kabinet.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan tersebut di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di sini hari ini melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co.
Anwar mengemukakan permohonan itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tertinggi negara pada Isnin lalu yang memutuskan pemecatannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dibuat berlandaskan Perlembagaan.
Dalam afidavit bagi menyokong permohonan itu, Anwar menyatakan, penghakiman tersebut tidak boleh dipertahankan kerana ia bertentangan dengan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, peruntukan itu jelas menyebut bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong berhak melucutkan kedua-dua jawatan itu atas nasihat Perdana Menteri.
Sebaliknya, dakwa beliau, surat bertarikh 2 September 1998 daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepadanya berhubung pemecatan itu menyatakan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Seri Paduka.
Sehubungan itu, Anwar menyatakan, Mahkamah Persekutuan terkhilaf ketika memutuskan bahawa pematuhan kepada Perkara 43(5) berhubung rujukan kepada Agong hanya satu formaliti kerana ia jelas satu penghinaan kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
Pada Isnin lalu, panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff ketika menolak rayuan Anwar memutuskan, pelantikan dan pelucutan jawatan Menteri Kabinet merupakan kuasa Perdana Menteri.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara berpendapat, Seri Paduka langsung tidak mempunyai budi bicara mempertikai atau menolak sebarang pelantikan mahupun pemecatan menteri.
Jelas beliau, ini kerana sistem Raja Berperlembagaan mengehadkan kuasa Seri Paduka berbuat demikian kerana rujukan kepada baginda seperti yang dizahirkan di bawah Perkara 43(5) hanya satu formaliti.
Dengan keputusan itu, Dr. Mahathir selaku responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua bertindak mengikut undang-undang ketika memecat Anwar daripada kedua-dua jawatan itu.

Keputusan notis bantahan awal Qazaf 14 April


KUALA LUMPUR 10 Mac - Keputusan sama ada bantahan awal pihak responden dalam permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan diterima atau ditolak akan diketahui 14 April ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd. Shukor Sabudin menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili responden dan Kamar Ainiah Kamaruzaman mewakili Anwar.
Para responden ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Jamil Khir tidak hadir kerana menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri.
Terdahulu, Zainul Rijal memulakan hujah dengan menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memerintahkan pihak pendakwaan untuk mendakwa sesiapa.
Menurutnya, berdasarkan hukum syarak, seseorang yang mempunyai kuasa atau hak untuk mendakwa tidak boleh dipaksa untuk mendakwa mana-mana individu kerana ia adalah hak mutlak (perogatif) dan tertakluk kepada budi bicara pendakwa.
Beliau turut memaklumkan tidak meneruskan bantahan terhadap pelantikan peguam syarie, Zulkifli Nordin kerana Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu telah pun menarik diri daripada mewakili Anwar.
Kamar Ainiah, ketika membalas hujah menyifatkan, tindakan pihak responden menyentuh isu teknikal permohonan itu adalah satu tindakan drastik untuk membatalkan prosiding mahkamah.
Beliau turut menyatakan, mahkamah mempunyai kuasa untuk mendengar permohonan ini kerana mana-mana perkara yang melibatkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 adalah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Pada prosiding hari ini, hakim berkenaan juga berpesan agar semua pihak hadir pada prosiding akan datang setelah seorang lagi peguam syarie Anwar, Dr. Rafie Mohd. Shafie mempersoalkan ketidakhadiran Jamil Khir.
Sejurus selepas tamat prosiding, Kamar Ainiah yang ditemui memberitahu, penarikan diri Zulkifli tidak memberi sebarang impak besar kerana barisan peguam sedia ada mampu untuk mengendalikan kes tersebut.
Zulkifli bertindak demikian sehari selepas beliau mengkritik Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak mempertahankannya dalam isu kalimah Allah sehingga dipecat daripada parti pada Sabtu lalu.

Didakwa bunuh kekasih Britain


PETALING JAYA 10 Mac - Lima hari selepas seorang warga Britain ditemui mati di kediamannya, seorang guru muzik wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman lelakinya itu.
Karen Khaw Phaik Ean, 36, didakwa membunuh Andrew Michael Murchie, 46, seorang penganggur di rumah No. 161 SS2/2 Sea Park di sini antara pukul 8 dan 9 pagi, 5 Mac lalu.
Tertuduh yang yang merupakan seorang janda didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam bela, Chan Weng Keng.
Majistret Ho Kwong Chin menetapkan 13 April ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah.
Menurut laporan akhbar, mayat mangsa yang tidak berbaju ditemui di atas lantai dan pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang pecah masuk di rumah mangsa.
Dalam kejadian itu, teman wanita mangsa dikatakan menghubungi polis kononnya dia menemui mayat dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar di leher.
Polis turut menemui sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter berhampiran mangsa.
Pasangan tersebut dilaporkan tinggal bersama sejak dua tahun lalu.

Search tidak puas hati sistem audio



Amy Search ketika hadir sebagai saksi pada prosiding perbicaraan tuntutan saman syarikat Tiga Event Sdn. Bhd., di Mahkamah Sivil Shah Alam, semalam. - utusan/ Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 10 Mac - Penyanyi rock terkenal, Amy Search memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa kumpulan Search menarik diri daripada membuat persembahan pada Konsert S2 Celebration kerana tidak berpuas hati dengan sistem audio dan set pentas yang disediakan penganjur.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, yang memberi keterangan dalam kes saman Tiga Events Sdn. Bhd., terhadap Citra Kharisma Enterprise berkata, plaintif juga tidak mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memenuhi perkara-perkara yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.
Berikutan itu, jelas beliau, Search terpaksa menarik diri kerana tidak mahu mengambil risiko sekiranya timbul masalah teknikal ketika persembahan pada konsert tersebut.
''Sebagai sebuah kumpulan rock legenda tempatan yang mampu bertahan selama 25 tahun, sudah menjadi tanggungjawab Search untuk memberi persembahan terbaik buat para peminat,'' katanya.
Sebaik sahaja Amy yang merupakan saksi terakhir selesai memberi keterangan, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 20 April ini untuk membuat keputusan.
Tiga Events selaku syarikat penganjur menyaman pengurus kumpulan Search, Norzaiha Mohamad Ilias dan Sharifah Suraya Syed Mahadzir daripada Citra Kharisma Enterprise bagi menuntut ganti rugi RM261,442.
Saman itu difailkan pada 27 Jun 2007 ekoran pengunduran Search daripada Konsert S2 Celebration-Ulang Tahun Ke-25 Search bersama kumpulan rock Indonesia, Slank, tiga tahun lalu.
Mengikut pernyataan tuntutan, defendan didakwa gagal mematuhi perjanjian bahawa kumpulan Search akan menghadiri semua aktiviti promosi dan iklan selain membuat persembahan pada konsert yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 7 Januari 2007.
Selain itu, plaintif mendakwa defendan gagal memastikan pemuzik undangan hadir pada konsert berkenaan.

Elia Suhana ragui lafaz cerai Sultan


KOTA BHARU 10 Mac – Isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana Ahmad, 31, musykil dengan kesahihan lafaz cerai yang difailkan oleh peguam suaminya semalam kerana beliau mendakwa pada ketika itu Tuanku Ismail Petra sedang gering.
Peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan berkata, perkara tersebut disampaikan oleh anak guamnya itu selepas permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan dilaporkan secara meluas oleh media hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima salinan permohonan tersebut walaupun telah menghubungi peguam yang dilantik baginda.
“Saya telah memberitahu anak guam saya mengenai permohonan itu selepas membaca laporan akhbar pagi ini.
“Beliau musykil dengan kesahihan lafaz cerai ini kerana pada ketika itu baginda sedang gering dan dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar yang menyatakan Tuanku Ismail Petra telah menitahkan peguam yang dilantiknya, Zainul Rijal Abu Bakar memfailkan permohonan bagi pengesahan lafaz cerai talak tiga terhadap isteri keduanya itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Dalam kenyataan kepada Bernama, Zainul dilaporkan berkata, beliau telah dititahkan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai antara baginda dan Elia Suhana.
Berdasarkan permohonan tersebut Tuanku Ismail Petra telah menceraikan Elia Suhana pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) mengesahkan Tuanku Ismail Petra telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 23 Disember 2007.

Tiada kesan lemas, sesak nafas


SHAH ALAM 10 Mac – Pakar Forensik Patologi, Dr. Shahidan Md. Noor hari ini mengesahkan tiada sebarang kesan lemas atau sesak nafas akibat dicekik ditemui pada mayat Teoh Beng Hock semasa lelaki itu dibedah siasat untuk kali kedua pada 22 November tahun lalu.
Shahidan yang juga Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh berkata, walaupun terdapat kesan merah akibat tekanan pada leher Setiausaha Politik Exco Selangor itu, namun kesan sesak nafas iaitu lebam kebiruan pada bibir dan kuku serta bintik-bintik merah di muka tidak ditemui.
‘‘Secara keseluruhan, kecederaan dalaman adalah berkaitan dengan peristiwa jatuh dan mendarat di aras lima. Saya juga katakan keseluruhan kecederaan adalah disebabkan jatuh.
‘‘Walaupun terdapat kesan kecederaan yang sedikit pada otot platisma di leher yang menunjukkan ada sedikit tekanan di situ, tetapi secara keseluruhan ia tidak menyebabkan kematian,’’ katanya.
Shahidan berkata demikian semasa menjawab soalan peguam yang dilantik oleh kerajaan, Tan Hock Chuan dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Beng Hock di Mahkamah Koroner di sini.
Beliau yang bertanggungjawab mengendalikan bedah siasat kedua juga berpendapat, Beng Hock masih hidup serta tidak pengsan semasa jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam dekat sini berdasarkan corak kecederaan yang dialaminya.
Jelas Shahidan, ia berikutan cara badan mangsa mendarat iaitu kaki kanan mencecah lantai aras lima sebelum diikuti bahagian lain selain kecederaan lebih banyak pada bahagian kanan badan.
‘‘Jika Beng Hock sudah mati atau dalam keadaan pengsan semasa jatuh, corak kecederaan akan bergantung kepada bagaimana badannya dapat dikeluarkan dari tingkat 14.
‘‘Jika itu yang berlaku, saya andaikan kemungkinan besar Beng Hock tidak mendarat dengan kaki. Sekiranya badannya yang sudah tidak bernyawa mendarat dengan kaki dahulu, kecederaan akan lebih ketara,” jelas beliau.
Mengenai kecederaan pada bahagian dubur yang didakwa disebabkan tusukan objek tumpul, Shahidan menolak berlaku perbuatan tersebut berikutan kecederaan itu berlaku serentak dengan bahagian kaki.
Sebaliknya, beliau berpendapat kesan tersebut berlaku apabila tulang bahagian punggung patah dan terkeluar serta masuk semula semasa Beng Hock terhempas ke lantai.
Menjawab pertanyaan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, Shahidan turut menegaskan beliau serta mana-mana pakar patologi forensik tidak akan bertindak menyembunyikan hasil bedah siasat.
Sebaliknya, mereka akan mengambil kira semua faktor dan fakta-fakta berkaitan kematian mangsa sebelum menjalankan bedah siasat untuk membantu mendapatkan jawapan.
Pada prosiding hari ini, Abdul Razak turut memohon agar dua pakar patologi yang menjalankan bedah siasat pertama, Dr. Khairul Azman Ibrahim dan Dr. Prashant Naresh Samberkar dipanggil semula untuk memberi keterangan.
Katanya, ia bertujuan membolehkan kedua-duanya memberi penjelasan berhubung kecederaan pada leher Beng Hock yang dikatakan tidak disebut dalam laporan bedah siasat mereka.
Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.
Prosiding inkues bersambung pada 20 April ini dengan pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand dijangka memberi keterangan untuk kali kedua.

Hareswarral: Laporan jiran timbul tanda tanya


PETALING JAYA 10 Mac - Siasatan kes kematian K. Hareswarral belum lagi selesai, namun tindakan jirannya membuat laporan polis terhadap ibu bapa kanak-kanak malang itu menimbulkan tanda tanya.
Mengapa selepas seminggu kematian kanak-kanak berusia setahun enam bulan itu, baru penghuni Pangsapuri Seri Ara, Damansara (tempat tinggal kanak-kanak itu dan keluarga suspek) membuat 16 laporan polis?
Salah satu daripada laporan itu mendakwa, pernah ternampak ibu kanak-kanak malang itu menghayun mangsa di luar koridor pangsapuri tersebut pada Mac tahun lalu.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed memberi jaminan, pihaknya akan tetap menyiasat laporan yang dibuat itu.
Namun beliau mempersoalkan kelewatan pengadu membuat laporan itu, hanya beberapa hari selepas kejadian yang meragut nyawa kanak-kanak itu. Jika laporan dibuat sebelum kejadian, mungkin kanak-kanak itu dapat diselamatkan, katanya.
"Malah sehingga kini, tiada seorang pun saksi yang tampil memberi maklumat sebaliknya mula membuat laporan polis sejak semalam," katanya.
Hareswarral merupakan anak sulung kepada pasangan A. Karigalan, 42, seorang penerbit filem bebas dan K. Thilagawathy, 23.
Dia disahkan mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 12 tengah malam Rabu lalu dan pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan yang serius di seluruh badan.
Arjunaidi berkata, 15 laporan lagi hanya menyentuh mengenai peribadi serta personaliti suspek yang didakwa baik dan menyangkal kemungkinan dia dan isterinya terlibat dalam pembunuhan kanak-kanak itu.
Tegas beliau, siasatan polis tidak boleh dilakukan dengan menilai sentimen atau menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya dilakukan berdasarkan fakta serta bukti kes.
Beliau menegaskan, sehingga kini polis mempunyai asas yang kukuh untuk terus menahan pasangan suami isteri yang merupakan suspek utama kes kematian kanak-kanak malang itu.
Mengulas lanjut, katanya, walaupun ada laporan yang mendakwa kanak-kanak itu 'didera' oleh ibunya namun kematiannya adalah disebabkan kecederaan baru.
Sehubungan itu, Arjunaidi memberitahu, polis akan memanggil kesemua 16 pengadu yang membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Simpan RM500, tinggal RM2


KUALA LUMPUR 10 Mac - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati jumlah wang simpanan dalam akaun bank yang sepatutnya berbaki RM500 hanya tinggal RM2 baru-baru ini.
Kejadian itu disedari mangsa, Mohd. Sukri Hussein, 37, ketika dia ingin mengeluarkan wang menerusi mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah cawangan bank itu di Taman Maluri, Cheras, kelmarin.
Tiga hari sebelum itu, mangsa mendakwa dia telah memasukkan wang tunai berjumlah RM500 iaitu sebahagian daripada duit gajinya ke dalam akaun menerusi mesin deposit di cawangan bank yang sama.
Mohd. Sukri ketika datang membuat aduan itu di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, selepas menyedari kehilangan wang simpanannya, dia segera membuat laporan rasmi kepada seorang pegawai bank wanita di pejabat bank itu di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
"Selepas dibuat semakan, pegawai itu memaklumkan bahawa wang saya telah dikeluarkan menerusi transaksi perbankan Internet. Malangnya, pihak bank tidak dapat mengenal pasti ke mana dan oleh siapa wang itu disalurkan.
"Saya hairan mengapa wang simpanan saya boleh hilang sedangkan saya tidak pernah mengaktifkan atau memiliki akaun perbankan Internet," katanya.
Lebih mengecewakan Mohd. Sukri, pegawai bank itu turut mengaku bahawa ini bukan insiden pertama dan pernah berlaku beberapa kes yang hampir serupa sebelum ini.
"Pegawai bank itu juga memberitahu saya bahawa wang simpanan saya tidak dapat dikembalikan dan mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa.
"Saya amat marah kerana pihak bank seolah-olah mengambil sikap lepas tangan. Walaupun hanya RM500, tetapi wang itu adalah hasil titik peluh dan rezeki halal dan ia lesap begitu saja," jelasnya kecewa.
Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Cheras pada sebelah malam hari yang sama.

Pelajar lari ikut kekasih



Siti Roswane Mohamad


KUANTAN 10 Mac - Dia sepatutnya berada di sekolah untuk mengulang kaji pelajaran kerana akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
Namun disebabkan mencintai seorang lelaki yang lebih tua, pelajar berusia 15 tahun itu sanggup melarikan diri dari asrama untuk ke Kuantan bersama-sama kekasihnya.
Lebih mengejutkan, pelajar terbabit sanggup melarikan barangan kemas milik keluarganya bernilai kira-kira RM10,000, selain membawa segala dokumen penting dirinya termasuk kad pengenalan, surat beranak dan gambar miliknya.
Kisah percintaan mereka dikatakan bermula sejak pelajar terbabit, Siti Roswane Mohamad (gambar) atau dikenali sebagai Wanie berusia 13 tahun lagi.
Tetapi pada 1 Mac lalu, teman lelakinya itu telah datang ke asrama Sekolah Menengah Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan untuk membawa gadis tersebut lari.
Bapa saudaranya, Mokhtar Harun, 51, berkata, kehilangan gadis itu hanya disedari bapanya, Mohamad Hanif, 51, ketika dia ingin menghantar kuih kepada anak perempuannya di asrama berkenaan.
"Apabila sampai ke asrama, saudara saya mendapati anak perempuannya itu tiada di asrama. Apabila bertanya kepada guru dan rakannya, mereka juga tidak tahu ke mana Siti menghilang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Berikutan itu, Mokhtar berkata, bapa mangsa bertindak pulang ke rumahnya di Kampung Selising, Pasir Puteh, Kelantan yang terletak kira-kira lima kilometer dari sekolah dan mendapati dokumen penting anaknya turut hilang bersama barangan kemas milik keluarga.
"Kami percaya sebelum lari bersama teman lelakinya, Siti telah pulang ke rumah dan mengambil dokumen tersebut semasa ketiadaan orang.
"Dia mungkin mengambil barangan berharga milik keluarganya untuk dijual bagi menampung perbelanjaan ketika lari dari rumah," katanya.
Sebagai saudara terdekat, Mokhtar memberitahu, dia turut berusaha mengesan Siti Roswane selepas memperoleh maklumat bahawa calon peperiksaan PMR itu melarikan diri ke bandar ini.
"Berdasarkan maklumat, Siti dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Jamian, berusia 20-an ke sini.
"Semasa dua hari meninjau di sekitar bandar ini, saya terserempak dengannya tetapi dia sempat melarikan diri," ujarnya.
Tambah Mokhtar, dia percaya anak bongsu daripada dua beradik itu masih berada di sini dan mungkin menyewa bilik bersama teman lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
Lebih menyedihkan, katanya, kejadian itu menyebabkan penyakit strok yang dihidapi oleh ibunya, Wan Gayah Wan Mohd. Nor, 49, semakin parah.
"Saya berharap dia dapat pulang segera ke kampung untuk melihat ibunya yang sedang sakit itu," ujarnya.
Katanya, bapa pelajar terbabit juga telah membuat laporan polis di Kelantan pada 7 Mac lalu.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai gadis terbabit boleh menghubungi Mohamad Hanif di talian 019-9634755.

Remaja OKU dirantai 2 bulan

MELAKA 10 Mac – Bagi mereka yang bernasib malang sama ada orang kurang upaya (OKU) atau yang tiada tempat bergantung, hanya pusat-pusat kebajikan menjadi tempat mereka bergantung harapan meneruskan kehidupan.Bagi golongan itu, dunia mereka hanyalah di pusat jagaan tersebut yang menjadi tempat berkongsi cerita dan kasih sayang sementara menghabiskan sisa-sisa hidup.
Namun, siapa sangka pusat yang sepatutnya memberi layanan mesra itu, menjadi ‘penjara’ buat salah seorang penghuninya – seorang remaja OKU berusia 19 tahun sejak dua bulan lalu.
Ketika ditemui, keadaan remaja bertubuh kurus itu berbaju lusuh dan berseluar pendek amat menyedihkan. Tubuhnya penuh kudis manakala kaki kanannya dirantai pada besi tingkap.
Tanpa alas, dia cuma dibiarkan terbaring di lantai dan ketika diberi sebotol air, dia meneguk dengan rakus seperti sudah lama tidak diberi minum.
Perkara itu didedahkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah yang melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah pusat jagaan di sini yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pegawai Operasinya, Saidatul Aini Jafri berkata, penemuan itu amat mengejutkan pihaknya sambil mengutuk perbuatan tersebut kerana memperlakukan remaja itu seperti haiwan.
“Ketika ditanya, pihak pengurusan pusat jagaan itu memberi alasan remaja tersebut bertindak agresif jika tidak dirantai tetapi apa yang saya lihat, dia cuma kelaparan dan tidak terurus.
“Apa pun alasan mereka, remaja itu tidak patut dirantai seperti haiwan. Kami akan membawa pulang remaja ini dan menghubungi keluarganya untuk ditempatkan di bawah penjagaan JKM sekiranya perlu,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai operasi penguatkuasaan di beberapa buah taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan kanak-kanak dan orang tua-tua di sini hari ini.
Saidatul Aini berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada pusat jagaan itu supaya mendaftar dengan JKM untuk memudahkan jabatan itu melakukan pemantauan.
“Apabila mereka tidak berdaftar, inilah yang kita bimbangkan. Mereka tidak mendapat garis panduan cara terbaik menguruskan penghuni,” katanya.
Tinjauan mendapati, pusat jagaan orang tua itu beroperasi sejak setahun lalu di sebuah rumah dua tingkat empat bilik.
Ia mempunyai 17 penghuni wanita dan tujuh penghuni lelaki berusia antara 18 hingga 90 tahun.

Lelaki ceroboh tadika ketuk kepala tiga murid






Seorang pegawai polis mengawal Tadika Sinario, tempat lelaki tidak siuman mengamuk dan mencederakan pelajar di Muar, semalam - UTUSAN/ISHAK RAHMAD



MUAR 10 Mac - Ketika beberapa orang guru sibuk menyediakan sarapan pagi di Tadika Sinario di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman di sini, suasana tiba-tiba menjadi kecoh dengan jeritan kanak-kanak.
Seramai 20 orang murid dalam sebuah kelas di tadika itu ketakutan, melihat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam, berkaca mata dan bertopi keledar tiba-tiba muncul dalam sekolah mereka.
Lelaki itu yang dipercayai kurang siuman menggunakan tukul besi dan bertindak di luar batasan apabila mengetuk kepala tiga orang murid yang berada dalam kelas itu.
Dia sebelum itu dikatakan memanjat pagar tadika tersebut kira-kira pukul 10 pagi untuk menceroboh masuk ke dalam tadika berkenaan.
Berikutan kejadian itu, tiga kanak-kanak berusia enam tahun terpaksa dirawat akibat dicederakan oleh lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri tidak sampai beberapa minit selepas mengamuk di tadika tersebut.
Dua daripada mereka, Alex Tan Kar Eik dan Nur Nadhrah Nabila Mohd. Yusri mengalami kecederaan retak tempurung kepala manakala seorang lagi mangsa, Vincent Tay Hui Seng hanya mengalami luka.
Malah, pengetua tadika itu, Voon Siew Kion, 45, turut cedera di bahu kanan dan tangan kiri akibat diketuk dengan tukul ketika cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan.
Menceritakan semula kejadian tersebut, Siew Kion memberitahu, dia nampak suspek masuk ke dalam tadika selepas memanjat pagar.
"Saya kemudian bertanya lelaki itu tujuan dia masuk ke dalam tadika, namun dia kemudian melemparkan serbuk lada putih ke muka saya.
"Dalam keadaan kelam-kabut, lelaki itu menendang pintu kelas untuk masuk dan bertindak memukul kepala tiga anak murid saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, dia cuba menghalang tindakan suspek itu namun dicederakan dengan tukul yang dibawanya.
Sebaik sahaja lelaki itu melarikan diri, guru-guru tadika yang lain membantu menghantarnya serta tiga murid yang cedera ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk rawatan.
Difahamkan, kesemua mangsa serangan lelaki kurang siuman itu dalam keadaan stabil di wad hospital manakala Siew Kion hanya menerima rawatan pesakit luar.
Keretakan yang berlaku di kepala dua kanak-kanak terbabit dianggarkan sepanjang 3 sentimeter dan mereka kini dipantau secara serius oleh pihak hospital.
Kejadian serangan terhadap kanak-kanak seperti ini bukan pertama kali berlaku di daerah ini. Pada tahun lalu, tiga kanak-kanak berusia antara 5 hingga 9 tahun parah ditikam oleh seorang lelaki yang juga dipercayai kurang siuman.
Kejadian pada 12 Januari tahun lalu berlaku di hadapan sebuah rumah di Jalan Bakariah, Taman Muar dan di hadapan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Sakeh, Sungai Abong.
Sementara itu, bapa kepada Nur Nadhrah Nabila, Mohd. Yusri Mukhlis, 33, berkata, dia pada mulanya terkejut selepas dimaklumkan bahawa anaknya terbunuh dalam serangan di tadika tersebut.
"Saya terus bergegas ke hospital selepas dimaklumkan. Syukur Alhamdullilah, anak saya selamat dan tiada siapa yang kehilangan nyawa," katanya.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff pada sidang akhbar tergempar di sini petang ini mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat dan memberkas suspek kes tersebut.
"Kita telah menghantar tambahan pegawai dan anggota dari Ledang, Batu Pahat dan IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Johor untuk terbabit sama dalam kes ini.
"Saya sendiri akan memantau perkembangan kes ini supaya suspek yang tidak berperikemanusiaan dan dipercayai tidak siuman ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline IPK Johor di 07-2212999 atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di 06-9526001.

Cari suspek, jumpa anak koma


SEREMBAN 10 Mac - Lain yang dicari lain pula yang dijumpai. Itulah kejadian yang berlaku apabila sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri yang ingin memburu suspek kes dadah dalam satu operasi pada Khamis lalu.
Mereka bukannya menemui lelaki terbabit, sebaliknya menemui seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam keadaan koma di rumah suspek di Taman Tasik Jaya Paroi di sini.
Difahamkan, kanak-kanak malang yang merupakan anak suspek itu koma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya lima bulan lalu.
Pengarah AADK Negeri Sembilan, Abdul Rahman Hamid berkata, bertindak atas maklumat orang ramai, sepasukan anggotanya menyerbu rumah berkenaan kira-kira pukul 4 pagi Khamis lalu.
Katanya, dalam serbuan itu, suspek tiada di rumah namun pihaknya menemui kanak-kanak itu yang sedang terbaring atas sebuah katil.
"Suspek lelaki berusia 48 tahun ini dipercayai terlibat dengan aktiviti penagihan dadah jenis heroin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahman, ketika serbuan hanya isteri suspek yang berusia lingkungan 40-an berada bersama anak lelakinya itu.
Katanya lagi, anggota AADK yang bimbang dan prihatin terhadap nasib malang kanak-kanak itu kemudian mengarahkan isteri suspek mendapatkan bantuan sewajarnya.
"Hasil siasatan awal, keluarga terbabit termasuk kanak-kanak itu terlibat dalam kemalangan jalan raya lima bulan lalu di Port Dickson. Anak perempuan suspek dikatakan terkorban dalam nahas itu.
"Berikutan itu, kita mengarahkan isteri suspek supaya mendapatkan bantuan rawatan sewajarnya," katanya.