Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 9, 2010

Perkhidmatan PayPal di India digantung sementara

WASHINGTON: Syarikat bayaran dalam talian Amerika Syarikat, PayPal, menggantung buat sementara waktu perkhidmatan pembayaran peribadi ke dan dari India serta pemindahan kepada bank tempatan India.

Syarikat itu yang mengeluarkan kenyataan blog pada hujung minggu lalu dengan dipaparkan pada laman webnya, berkata operasinya ditangguh bagi membolehkan PayPal berurusan dengan rakan perniagaan mereka dan pemegang saham yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berhubung perkhidmatan yang ditawarkan

PayPal yang dimiliki gergasi lelong dalam talian, eBay, tidak memberikan maklumat lanjut berhubung langkah itu.
Katanya, pelanggan masih boleh membuat bayaran komersial ke India, tetapi peniaga tidak dibenarkan mengeluarkan dana mereka dalam mata wang rupee bagi membuat bayaran untuk bank tempatan India.

“Kami sedang mencari jalan menyelesaikan situasi itu secepat mungkin dan kami memohon maaf di atas kesulitan kepada pelanggan di India dan seluruh dunia,” kata syarikat itu. - AFP

Tujuh suspek perompak ditembak mati: Polis Filipina



MANILA: Tujuh suspek perompak ditembak mati selepas mereka bertindak melanggar satu pusat kawalan keselamatan di sini, menurut polis Filipina.

Pengarah Polis wilayah Quezon, Elmo Sarona, berkata lapan suspek dirawat di hospital susulan kejadian berdarah itu di mana pegawainya terbabit dalam adegan kejar mengejar dengan kenderaan suspek.

Beliau berkata, senjata ditemui daripada kereta curi yang digunakan termasuk 16 cek bernilai lebih AS$17,000 (kira-kira RM58,542.90) yang dipercayai daripada rompakan baru-baru ini.
Kes hari ini, sama seperti kejadian dua tahun lalu, apabila pegawai polis menembak mati 14 suspek dan dua orang awam di Manila, di mana Suruhanjaya Hak Asasi manusia mengecamnya sebagai pembunuhan sewenang-wenangnya. - AP

Kontraktor Melayu dapat 44 kontrak di Pulau Pinang



GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata daripada 66 projek kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun lalu, 44 daripadanya bernilai RM68 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

“Projek itu adalah berkaitan dengan kerja pemasangan paip oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA),” katanya hari ini.

Lim juga berkata, sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan projek Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga diberikan kepada kontraktor Melayu.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebut nilai projek-projek itu.

Katanya, dengan amalan sistem tender terbuka, kontraktor yang mempunyai kebolehan tidak perlu lagi ke luar negara untuk mendapatkan projek. - Bernama

Kelancaran pilihan raya automasi pertama Filipina diragui pelbagai pihak

MANILA: Lebih daripada 50 juta pengundi di Filipina akan memilih pemimpin baru di peringkat kebangsaan dan tempatan menerusi pendekatan baru, iaitu pilihan raya automasi yang berasaskan komputer pada Mei ini.

Pilihan raya berasaskan sistem automasi itu adalah kaedah baru yang masih belum diuji.

Penggubal undang-undang, parti politik dan pakar teknologi maklumat (IT) meragui proses yang akan diguna pakai, kerana bimbang kerosakan mesin, kelewatan atau kegagalan penghantaran keputusan yang boleh menyebabkan pilihan raya itu gagal.

Keadaan itu mengakibatkan pasaran kewangan asing dan tempatan gemuruh.

Penganalisis memberi amaran kadar faedah mungkin melonjak, melemahkan peso dan pasaran saham merudum apabila pelabur bertindak menjual saham mereka akibat ketidakstabilan politik negara itu. - Reuters

Umno Pulau Pinang bantah pelantikan Mansor sebagai Pengerusi PUZ



BUKIT MERTAJAM: Umno Pulau Pinang membantah cadangan kerajaan negeri supaya Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, dilantik sebagai Pengerusi As Sahabah Urus Zakat (PUZ) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Bantahan diputuskan pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri kelmarin kerana berpandangan cadangan itu bertujuan memanipulasi hal ehwal zakat untuk kepentingan politik, bukannya golongan asnaf.

Sehubungan itu, Umno negeri menuntut supaya jawatan Pengerusi PUZ yang disandang Yang Dipertua (YDP) Maipp, Ellias Zakaria, yang mempunyai latar belakang dan pengalaman menguruskan institusi zakat.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu yang berakhir tengah malam tadi, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan itu tidak munasabah dan bertentangan dengan amalan pentadbiran yang sihat.

"Pada hemat Umno Pulau Pinang ini adalah satu perkara yang memanipulasi hal ehwal zakat untuk kepentingan politik, bukannya untuk kepentingan asnaf yang ditentukan oleh syariat," katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Setiausaha Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim serta ketua Umno bahagian.
Isu pelantikan Pengerusi PUZ mendapat perhatian selepas YDP Maipp, Shabudin Yahaya, yang turut menjawat berkenaan, tamat tempoh tauliah pada 31 Disember lalu.

Ellias, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), dilantik menggantikan Shabudin tetapi kerajaan negeri mencadangkan Mansor sebagai Pengerusi baru PUZ.

Surat cadangan pelantikan Mansor dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim, bulan lalu.

Abdul Malik juga adalah Ahli Majlis Maipp.
Difahamkan, perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Majlis Maipp dan dibantah oleh beberapa ahli.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, berkata kerajaan negeri tiada hak untuk membuat cadangan pelantikan Pengerusi PUZ kerana Maipp yang mempunyai kepentingan 100 peratus dalam agensi pengurusan zakat itu.

Sehubungan itu, katanya, pelantikan Pengerusi PUZ tidak sepatutnya ditentukan oleh mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Laporan siasatan tragedi perahu naga dikemuka kepada pihak pendakwaan

GEORGETOWN: Laporan siasatan mengenai kejadian perahu naga terbalik di pantai Lebuh Macallum, dekat sini, 17 Januari lalu yang menyebabkan enam orang terkorban sudah dikemukakan kepada pihak pendakwaan negeri, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob.

"Kami telah kemukakan laporan siasatan kepada pihak pendakwaan negeri dan difahamkan laporan ini akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Dalam laporan itu, polis mencadangkan inkues dilakukan untuk menentukan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemakaian pangkat ACP kepada Supt Gan Kong Meng di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.
Beliau berkata dalam melakukan siasatan itu, polis merakamkan percakapan 26 orang saksi yang termasuk pasukan penyelamat, pihak sekolah, penganjur dan Jabatan Pelajaran.

"Siasatan ini tertakluk kepada apa juga penghalusan oleh pihak pendakwaan dan mungkin mereka memerlukan maklumat tambahan yang lain, kita bersedia untuk bertindak kepada apa juga arahan yang dikeluarkan," katanya.

Pada 17 Januari lalu, seorang guru dan lima pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling di sini, lemas apabila perahu naga yang dinaiki terbalik dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang di perairan dekat Lebuh Macallum di sini.
Mereka adalah antara 18 pendayung kelab sekolah itu yang akan menyertai Lumba Perahu Antarabangsa Pulau Pinang pada Julai ini.

Seramai 12 pelajar lain terselamat dengan berenang dan dibantu oleh bot-bot berhampiran di tempat kejadian. - Bernama

Malaysia sasar tidak import beras menjelang 2015



KOTA BHARU: Malaysia mensasarkan untuk tidak lagi mengimport beras menjelang tahun 2015, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharum.

Bagi merealisasikan objektif itu, beliau berkata, usaha sedang giat dilakukan bagi meningkatkan hasil di dua kawasan jelapang padi negara iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), masing-masing antara 5 hingga 10 peratus.

“Selain itu, kerajaan juga akan membuka lebih luas kawasan tanaman padi berkonsepkan mini estet bagi memberi peluang kepada petani mendapat pulangan lebih lumayan,” katanya selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Kada 2010 di sini, hari ini.
Ketika ini, katanya, Malaysia mengimport 30 peratus atau 700,000 metrik tan beras setiap tahun bagi menampung keperluan dalam negara.

"Jika kita mampu meningkatkan pengeluaran padi di dua kawasan iaitu Mada dan Kada antara 5 hingga 10 peratus mulai tahun ini, kita yakin tidak akan lagi mengimport beras pada 2015,” katanya.

Beliau berkata, tahun lalu, Kada mengeluarkan kira-kira 230,000 metrik tan padi dan dijangka meningkat sehingga 260,000 metrik tan tahun ini.
Kementerian, katanya sedang menyiapkan kertas Kabinet mengenai langkah-langkah pencegahan dan membendung musuh tanaman yang boleh mengancam pengeluaran padi negara. - Bernama

Tiga tidak mengaku salah bakar gereja, sekolah



TAIPING: Tiga lelaki hari ini masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan api ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Gereja Katolik St Louis dan Gereja All Saints pada 10 Januari lalu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Andidi Rosidi, 22, Abdul Fattah Shaharuddin, 29 dan Muhamad Ab. Wahab, 20, semuanya dari Kamunting dekat sini, sebelum ini telah menghadapi tiga pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret di sini.

Andidi didakwa melakukan kesalahan itu di SMK Convent di Jalan Convent di sini antara antara jam 12.01 pagi dan 3.30 pagi, manakala Abdul Fattah dan Muhamad didakwa melakukan khianat di Gereja All Saints, di Jalan Taming Sari di sini, juga pada masa yang sama.
Bagi kesalahan itu, kesemua mereka yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Fattah dan Muhamad turut didakwa mengikut Seksyen 34 kanun yang sama.

Pada 2 Februari lalu, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi setiap pertuduhan itu.
Pada prosiding hari ini, semua tertuduh diwakili peguam Naran Singh yang memohon mahkamah mengurangkan wang ikat jamin RM30,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin yang diputuskan Mahkamah Majisret sebelum ini.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan mereka melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada setiap Sabtu.

Meor Sulaiman juga menetapkan 9 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kesemua tertuduh dibebaskan selepas anggota keluarga membayar wang jaminan.
Sementara itu seorang lagi tertuduh, Muhammad Azreen Rosli, 18, tidak dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini sebaliknya dia akan dihadapkan ke Mahkamah Juvana Taiping pada 24 Mac ini.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah.

- Bernama

38 warga asing ditahan disyaki terbabit aktiviti perdagangan manusia

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan seorang lelaki warga Singapura dan 37 warga asing lain, termasuk dua kanak-kanak daripada Filipina dan Vietnam, dua hari lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perdagangan manusia.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata anggota polis telah menyerbu sebuah rumah di Taman Universiti, Skudai, yang menempatkan kesemua warga asing itu.

"Warga Singapura yang ditahan itu telah ditahan reman lima hari untuk siasatan, manakala semua 37 warga asing lain negara termasuk dua kanak-kanak itu telah dihantar ke rumah perlindungan di Kuala Lumpur.
"Polis masih lagi menyiasat peranan yang dimainkan oleh warga Singapura itu," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melakukan rondaan jalan kaki bersama pegawai kanan polis Johor di sekitar Jalan Meldrum, di sini hari ini.

"Warga asing itu mahu di bawa ke sebuah negara lain," katanya sambil menambah polis Johor tidak akan membenarkan negeri ini dijadikan pusat transit oleh mana-mana pihak yang terlibat di dalam aktiviti jenayah perdagangan manusia.

Beliau berkata siasatan awal polis menunjukkan kesemua warga Filipina dan Vietnam terbabit memiliki passport dan telah memasuki negara ini menggunakan pintu masuk negara yang sah.
Polis Johor katanya akan menyiasat kes berkenaan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Sementara itu, Mohd Mokhtar turut mengumumkan kejayaan polis menumpaskan kumpulan samun berikutan tertangkapnya empat lelaki berusia lingkungan 26 hingga 37 tahun di Kampung Majidee, Johor Baharu Jumaat lalu.

"Dengan tertangkapnya lelaki terbabit yang kini direman sehingga 12 Februari depan," katanya polis berkeyakinan ia telah menyelesaikan 28 kes samun di kawasan-kawasan taman di Johor Baharu.

Mohd Mokhtar berkata polis merampas empat bilah parang, satu set telefon bimbit dan satu beg sandar daripada suspek yang turut disahkan positif penagih dadah. - Bernama

Empat radar di perairan Sabah sudah beroperasi

SEMPORNA: Empat daripada lapan unit radar yang dirancang dipasang di sepanjang perairan pantai timur Sabah bagi memantau keselamatan kawasan berkenaan sudah beroperasi, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata, empat unit radar lagi akan dipasang di lokasi strategik di sepanjang perairan negeri itu dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

"Saya sudah menyaksikan sendiri pusat operasi Angkatan Tugas Bersama di sini yang dilengkapi dengan peralatan daripada Amerika. Jadi kita mempunyai keupayaan untuk menyelia, memantau sepenuh masa keadaan persekitaran sempadan kita.

"Ini termasuk kerjasama dengan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pasukan Gerakan Marin, Imigresen dan Kastam. Ini sebenarnya menjadi contoh terbaik bagaimana koordinasi menjaga keselamatan (negara)," katanya.

Abdul Latiff berkata demikian selepas melawat Kem Sri Wangsa dekat seni serta menyaksikan demonstrasi operasi model pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) yang sedang dibina dan diuji bagi membantu mengawasi perairan negara.

Katanya, ia adalah kali pertama tentera Malaysia menggunakan aset Amerika bersama dengan aset tempatan sedia ada tanpa perlu menambah perbelanjaan kerajaan namun pada masa yang sama berupaya meningkatkan keberhasilan penggunaan aset berkenaan.
Abdul Latiff berkata, dakwaan sesetengah pihak kononnya perairan Sabah tidak selamat adalah spekulasi semata-mata dan berpendapat amaran perjalanan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat di sini diperbesar-besarkan oleh media, tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke Sabah.

Katanya, Ops Pasir yang dilancarkan sejak 2000 berikutan insiden penculikan di Pulau Sipadan berjaya meningkatkan keyakinan pelancong untuk terus datang ke Sabah khususnya di kawasan pantai timur dan ia terus bertambah setiap tahun.

“Jika adapun berlaku penurunan kehadiran pelancong, ia bukanlah berpunca daripada masalah keselamatan di kawasan sempadan perairan negara sebaliknya disebabkan wabak H1NI dan kemelesetan ekonomi dunia,” katanya.

Projek pemasangan unit radar di pantai timur Sabah itu adalah kerjasama Amerika dan Malaysia di bawah Program Inisiatif 1206.
Ia adalah bantuan Amerika kepada negara sahabat bagi menghadapi ancaman pengganas. - Bernama

Tanah runtuh Kashmir: 6 tentera terbunuh, 60 terperangkap



SRINAGAR (India): Sekurang-kurangnya enam askar terbunuh manakala 60 yang lain terperangkap berikutan kejadian tanah runtuh besar di pusat latihan tentera India di bandar peranginan ski terkenal, Kashmir yang dikawal India.

Jurucakap tentera India di Srinagar, Kolonel Vineet Sood, berkata operasi menyelamat dijalankan di Gilmarg, peranginan ski yang berada 50 kilometer barat laut Srinagar, iaitu bandar utama Kashmir India.

Sood berkata, tanah runtuh di pusat peranginan tentera, Sekolah Altitud Tinggi Perang atau HAWS, awal hari ini menimpa askar yang sedang mengadakan sesi latihan.
“Kami menggunakan semua sumber yang ada bagi menyelamat anggota tentera yang tertimbus. - AP

Iran lancar pesawat tanpa pemandu



TEHRAN: Televisyen Iran melaporkan bahawa negara itu sudah melancarkan pengeluaran dua pesawat tanpa pemandunya sendiri.

Laporan itu yang memetik Menteri Pertahanannya, Jeneral Ahmad Vahidi, berkata pesawat terbabit mampu melaksanakan tugasan pemantauan termasuk melakukan serangan tepat.

Negara itu berkata, pihaknya sudah membangunkan pesawat pemantauan tanpa pemandu sejak setahun lalu dengan keupayaan melebihi 1,000 kilometer, iaitu cukup jauh untuk sampai ke Israel.
Hari ini, seorang Komander Kanan Tentera Udara, Jeneral Heshmatollah Kasiri, memberitahu agensi berita rasmi IRNA, Iran akan memperkenalkan sistem pertahanan udara peluru berpandu yang lebih bertenaga berbanding sistem S-300 Russia yang sudah ditempah daripada Moscow, tetapi masih belum menerimanya. - AP

Iran lancar pesawat tanpa pemandu



TEHRAN: Televisyen Iran melaporkan bahawa negara itu sudah melancarkan pengeluaran dua pesawat tanpa pemandunya sendiri.

Laporan itu yang memetik Menteri Pertahanannya, Jeneral Ahmad Vahidi, berkata pesawat terbabit mampu melaksanakan tugasan pemantauan termasuk melakukan serangan tepat.

Negara itu berkata, pihaknya sudah membangunkan pesawat pemantauan tanpa pemandu sejak setahun lalu dengan keupayaan melebihi 1,000 kilometer, iaitu cukup jauh untuk sampai ke Israel.
Hari ini, seorang Komander Kanan Tentera Udara, Jeneral Heshmatollah Kasiri, memberitahu agensi berita rasmi IRNA, Iran akan memperkenalkan sistem pertahanan udara peluru berpandu yang lebih bertenaga berbanding sistem S-300 Russia yang sudah ditempah daripada Moscow, tetapi masih belum menerimanya. - AP

Sekeluarga rentung


Oleh Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
bhnews@bharian.com.my


Mangsa kemalangan.
SEREMBAN: Pengasas minuman herba Air Fadhilat, Suhaimi Ghazali, 41, rentung bersama isteri dan semua empat anaknya apabila kereta BMW 5 Series yang dinaiki terbakar selepas merempuh treler di Kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Senawang di sini, semalam.
Dalam nahas kira-kira jam 1.30 pagi itu, isteri Suhaimi, Nor Fadilah Isnin, 32, ditemui berpelukan dengan anak bongsu mereka, Adi Putra, dua tahun, manakala Suhaimi putus sebelah tangan dan kaki.
Tiga lagi anak pasangan berkenaan, Nurul Natasha Huda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, 6, turut rentung dalam nahas yang berlaku ketika enam beranak itu dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, Perak.
Kereta itu dipercayai terbabas sebelum merempuh treler membawa pasir yang ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan kerana rosak. Rempuhan itu turut menyebabkan enjin kereta berkenaan tercabut dan tercampak sejauh kira-kira 40 meter.
Seorang saksi, Rashid Razali, 38, yang tinggal di Taman Seremban Selatan, kira-kira 150 meter dari lebuh raya itu, berkata beliau terdengar bunyi letupan kuat sebelum melihat api menjulang.
Katanya, beliau dan beberapa jiran bergegas ke lebuh raya itu dan ketika cuba menghampiri kereta yang sedang terbakar, satu lagi letupan berlaku.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta BMW yang terperosok di bawah treler di KM252.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Senawang, awal pagi semalam.
Mayat enam beranak itu hanya dapat dikeluarkan pasukan bomba hampir tiga jam kemudian selepas dua kren digunakan untuk mengangkat treler berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Penguasa Bomba Jaafar Yusof, berkata ketika tiba di tempat kejadian, api masih marak menyebabkan pihaknya terpaksa mengawal kebakaran itu sebelum dapat menghampiri kenderaan berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.
"Bagaimanapun, selepas api berjaya dikawal kira-kira lima minit kemudian, semua mangsa didapati sudah rentung dan usaha mengeluarkan mereka menghadapi masalah kerana tersepit dalam kereta yang terperosok di bawah treler.
"Kita terpaksa menggunakan dua kren untuk mengalihkan treler itu sebelum dapat mengeluarkan mayat mereka, kira-kira jam 4 pagi," katanya.
Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung mereka di Bukit Pegoh, Pernu, Melaka. Allahyarham Suhaimi adalah Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd, manakala isterinya pengarah kewangan syarikat itu, yang mempunyai kilang di Teluk Mas, Melaka.
Sementara itu, Ketua Pasukan Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri Sembilan, Superintendan Junaidi Bujang, berkata siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh treler terbabit.
"Kita menemui kesan brek dari lorong kanan melintang ke lorong kecemasan ketika memeriksa tempat kejadian.
"Ketika kejadian, pemandu lori tiada di kawasan itu, tetapi kita akan memanggilnya untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, siasatan pihaknya turut mendapati pemandu treler itu sudah mengambil tindakan sewajarnya dengan meletakkan kon amaran dan menyalakan lampu kecemasan sebelum meninggalkan kenderaan itu di bahu jalan.

Padah kendali laman lucah

BEIJING: Seorang pengendali laman lucah dihukum penjara 13 tahun dan didenda YEN100,000 (RM50,443), semalam.
Mahkamah Guangdong di selatan China mendapati Huang Yizhong bersalah menciplak dan menyiarkan kandungan rakaman video berunsur lucah di laman web yang diuruskannya.

Agensi berita Xinhua melaporkan, laman web Huang memiliki 4,300 ahli berdaftar dan beliau memperoleh pendapatan YEN3.414 juta (RM1.7 juta) sejak mula beroperasi pada 2005 dengan menggunakan pelayar beribu pejabat di Amerika Syarikat.

Beliau dilapor memuat turut 1,000 filem lucah dan menyunting filem-filem itu kepada 3,600 klip video yang kemudian dimuatkan di laman webnya.
 

Polis berjaya menahan Huang Julai tahun lalu dan perbicaraan terhadap kesnya itu bermula 6 Januari lalu.

Menurut statistik, 5,394 pemilik laman web lucah berjaya ditahan pihak berkuasa pada tahun lalu dalam usaha kerajaan membanteras operasi laman web lucah di seluruh China.

Hingga kini 9,000 laman web lucah yang diharamkan disekat daripada beroperasi.

China melaksanakan undang-undang ketat terhadap laman web, termasuk lucah, judi dan ganas yang didakwa membawa kesan negatif terhadap rakyatnya.

Beijing mendakwa pelaksanaan polisi itu bertujuan mengekalkan kestabilan negara dan juga memerangi jenayah yang berlaku di alam maya.

Bagaimanapun, sesetengah pihak mendakwa tindakan ini hanyalah sebagai helah buat China memantau dan menyekat laman web yang menyiarkan maklumat sensitif atau mengkritik kerajaan.

Tindakan itu yang dilabel Tembok Firewall China bertanggungjawab memantau 384 juta pelayar Internet tempatan, jumlah terbesar di dunia. - AFP

Kes cerai meningkat

JEDDAH: Pasangan suami isteri Arab Saudi didakwa menganggap perceraian sebagai satu-satunya jalan menyelesaikan masalah perkahwinan mereka.
Hakikatnya, mereka tidak faham tanggungjawab yang perlu dipikul apabila bergelar suami isteri. Banyak pihak kini menggesa supaya pasangan muda dididik memahami erti sebenar perkahwinan.

Kaji selidik 2008 menunjukkan, dalam tempoh 20 tahun, kadar perceraian Saudi meningkat daripada 25 peratus ke 60 peratus.

Jumlah perceraian di kalangan pasangan muda paling tinggi dengan ada yang yang bercerai selepas hanya setahun atau dua tahun.
 

Profesor Psikologi Universiti Raja Abdul Aziz, Dr Samir Arar yang turut berkhidmat sebagai jururunding di Pusat Maharat berkata, kadar perceraian tinggi di kalangan pasangan baru berkahwin berpunca daripada kesan psikologi, sosial dan juga ekonomi.

Namun, beliau percaya paling utama adalah tindakan terburu-buru keluarga mempelai untuk mengahwinkan anak mengikut tradisi lama.

"Majoriti keluarga menganggap anak lelaki atau perempuan yang berusia 20 atau 22 tahun sudah bersedia untuk berkahwin," katanya.

Lebih malang, perkahwinan golongan muda kini tidak lagi sama seperti lalu.

"Ramai anggap perkahwinan adalah hubungan minat yang sama dan bukan untuk hubungan sepanjang hayat.

"Sebaik sahaja pasangan berasa mereka tidak memperoleh apa diinginkan, perceraian menjadi jalan penyelesaian terbaik.

"Saudi yang kini menjadi antara negara memiliki kadar perceraian paling tinggi perlu mewujudkan lebih banyak pusat membimbing muda-mudi yang ingin berkahwin," katanya lagi.

Pegawai Perkahwinan Jeddah, Ibrahim Al-Jadaani pula percaya punca utama adalah akibat tindakan memaksa anak berkahwin dan muda-mudi pula tidak dibenar memilih pasangan mereka.

"Hakikatnya, mereka perlu kembali kepada sunnah Rasulullah," katanya. - Agensi

15,000 diharam kerja di Arab Saudi

JEDDAH: Lebih 15,000 pegawai perubatan diharamkan bekerja di Arab Saudi kerana gagal melepasi ujian kelayakan atau memiliki sijil palsu.
Setiausaha Agung Suruhanjaya Pakar Kesihatan Saudi, Dr Hussein Al-Firaiji berkata, 15,202 diharamkan bekerja di Saudi dan 1,093 daripadanya disahkan memiliki sijil palsu.

"Tahun lalu, 129 kematian berlaku akibat kesilapan perubatan.

"Majoriti pemilik sijil palsu bertuga sebagai jururawat dan farmasi. Hanya 57 doktor memiliki sijil palsu," katanya. - Agensi

Lebih 3,000 tapak kaki dinasor ditemui

BEIJING: Pakar arkeologi China menemui lebih 3,000 tapak kaki haiwan purba di kawasan terbesar menyimpan tulang haiwan itu, semalam.
Tapak kaki dipercayai berusia lebih 100 juta tahun ditemui selepas pencarian di Zhucheng, Shandong di timur China dilaksanakan sejak tiga bulan lalu.



Agensi berita Xinhua melaporkan, saiz tapak kaki itu berukuran antara 10 hingga 80 sentimeter panjang dan berasal daripada sekurang-kurangnya enam spesies berlainan, termasuk tyrannosaur.
 

Jurutera kanan Akademi Sains, Wang Haijun berkata, arah tapak kaki itu menuju ke satu hala.

"Kemungkinan ia berpunca daripada penghijrahan atau kumpulan haiwan memakan tumbuhan melarikan diri daripada haiwan yang memburu mereka," katanya.

Hingga kini, pakar arkeologi menemui tulang haiwan purba di lebih 30 kawasan di Zhucheng yang dikenali sebagai bandar dinasor.

Sejak 1964, dua penggalian besar-besaran berlangsung di bandar itu.

Pakar mendakwa penemuan begitu banyak tulang haiwan purba itu mungkin membantu menceritakan punca kepupusan spesies itu berjuta tahun lalu.

Kerajaan turut merancang mendirikan taman dinasor di bandar itu. - AFP

Lagi kecurangan Terry dibongkar

LONDON: John Terry dilapor meniduri bintang siri Big Brother, Orlaith McAllister ketika isterinya hamil anak kembar mereka.
LONDON: John Terry dilapor meniduri bintang siri Big Brother, Orlaith McAllister ketika isterinya hamil anak kembar mereka. Akhbar News of The World semalam mendedahkan, kejadian berlaku selepas sambutan Krismas pada 2005.
Menurut akhbar itu, 24 jam sebelum meniduri Orlaith, bintang bola sepak England itu memberitahu mengenai kehamilan Toni dengan berkata: “Ia berita paling menggembirakan. Hadiah Krismas paling baik di dunia.

“Seorang anak sudah cukup hebat. Tetapi dua, sungguh menakjubkan. Ia seperti mencapai dua kemenangan.” Dia seolah-olah terlupa mengenai ‘berita terbaik’ ketika bercumbu dengan Orlaith di depan rakan sepasukannya.

Terry mula menemui wanita itu di kelab malam Cafe Royal di West End, London, tempat kelab itu menyambut Krismas.

Apabila pemain itu beralih ke kelab Elsium, Orlaith, model kelahiran Belfast, mengekori mereka.

 
satu sumber berkata: “Orlaith kelihatan begitu menakjubkan dan bukan setakat Terry sahaja yang tergoda. “Terry cuba berhati-hati tetapi dia tidak dapat berhenti daripada memerhati Orlaith.

“Dia begitu bersemangat apabila skuad Chelsea tiba di kelab berkenaan, selepas memenangi 200,00 paun (RM1 juta) di sebuah kasino sebelum itu.

Apabila beberapa wanita berkumpul di luar bilik VIP, tempat Terry dan rakannya minum, kapten Chelsea itu memberitahu pengawal supaya membenarkan mereka masuk. “Tetapi tumpuan Terry pada malam itu hanya seorang - Orlaith.” Pasangan itu kemudian meninggalkan kelab berkenaan pada awal pagi. Mereka dipercayai menuju ke sebuah hotel mewah di tengah London. - Agensi

Padah belasah isteri

AMPANG: Seorang anggota polis wanita yang tidak tahan kerana sering dipukul dan dibelasah suami hingga lebam seluruh badan hanya kerana kesilapan kecil bertindak nekad membuat laporan polis bagi mengakhiri penderitaannya.
AMPANG: Seorang anggota polis wanita yang tidak tahan kerana sering dipukul dan dibelasah suami hingga lebam seluruh badan hanya kerana kesilapan kecil bertindak nekad membuat laporan polis bagi mengakhiri penderitaannya.
Wanita berusia 20-an itu nekad selepas menerima satu lagi ugutan akan dibelasah suaminya menyebabkan dia membuat laporan polis Rabu lalu.

Akibatnya, suami wanita terbabit yang pernah bertugas sebagai pegawai berpangkat leftenan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diberkas dan terpaksa bermalam dalam lokap untuk membantu siasatan.

Difahamkan, lelaki terbabit ditahan ketika berada di balai polis kerana mahu membuat laporan selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang ketika itu mahu membuat laporan polis terhadapnya. Menurut sumber polis, wanita malang terbabit dikatakan kerap dibelasah suami hanya kerana kesalahan kecil dan sering berlaku perbalahan antara mereka.

“Pasangan itu dikatakan kerap bergaduh dan setiap kali berlaku pertengkaran, suami mangsa yang panas baran akan memukulnya.
“Difahamkan dalam pertengkaran baru-baru ini, suami mangsa bertindak mengugut akan memukul mangsa jika dia pulang ke rumah,” katanya.

Sumber terbabit berkata, kerana takut dengan ugutan itu dan sudah tidak tertahan menjadi belasahan suami, mangsa akhirnya nekad membuat laporan polis.

“Ketika bertengkar dalam telefon, mangsa memberitahu suaminya dia akan membuat laporan polis selepas menerima ugutan itu.

“Mendengar mangsa mahu membuat laporan polis, lelaki terbabit bertambah berang dan memberitahu akan membuat satu laporan polis lain dengan mendakwa mangsa sengaja mahu mereka-reka cerita,” katanya.

Bagaimanapun, polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa mempunyai kesan lebam dan bekas kecederaan lama dipercayai akibat dipukul suaminya sebelum ini.

“Bertindak daripada laporan dibuat mangsa, polis menahan lelaki terbabit yang berusia 29 tahun ketika dia berada di balai polis.

“Lelaki berkenaan direman empat hari untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin, namun dia tidak boleh menghampiri dan mengganggu mangsa,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada pertengkaran dan salah faham selain suami mangsa berang apabila mangsa sering curiga yang dia mungkin mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Difahamkan, suami mangsa sebelum ini bertugas sebagai pegawai berpangkat leftenan dalam TLDM namun dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin dan kini bertugas sebagai jurulatih keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan.

Tersepit dalam kereta terbalik

MUADZAM SHAH: “Saya cuba menarik keluar mangsa namun gagal kerana bahunya tersepit akibat dihempap keretanya,” kata Ali Yazid Chik, 44, saksi awal kemalangan membabitkan dua kereta mengakibatkan seorang lelaki rentung, di sini, malam kelmarin.
MUADZAM SHAH: “Saya cuba menarik keluar mangsa namun gagal kerana bahunya tersepit akibat dihempap keretanya,” kata Ali Yazid Chik, 44, saksi awal kemalangan membabitkan dua kereta mengakibatkan seorang lelaki rentung, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa Amiruddin Abd Rahman, 31, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Mazda dipandunya bertembung sebuah Proton Waja dipandu seorang lelaki di Jalan Bahau-Kuantan berdekatan simpang Bukit Serok, dekat sini, sebelum terbabas dan terbakar.

Ali berkata, ketika melalui jalan terbabit, dia ternampak dua kereta tersadai di tepi jalan secara berasingan akibat bertembung sesama sendiri.

“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa masih hidup sebelum dia pengsan ketika cuba merangkak keluar dari kenderaan, namun gagal kerana bahunya tersepit dihempap keretanya.

“Api masih kecil ketika saya cuba membantunya bersama seorang lagi orang awam, namun cubaan kami gagal kerana api marak dengan cepat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa tidak menjerit meminta pertolongan, namun cuba merangkak keluar dari kenderaannya melalui belakang kereta yang terbalik.

Katanya, dia menyuruh anaknya memadamkan kebakaran kecil itu, namun tidak sampai beberapa saat api menyambar keseluruhan kenderaan menyebabkan mereka hanya mampu melihat saja sebelum meminta pertolongan.

Seorang lagi saksi, Zubaidah Abdullah, 42, berkata dia bersama suami dan anak lelakinya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kota Perdana, di sini, selepas selesai kerja menyelenggara elektrik di Felda Keratong sebelum terlihat kejadian ngeri itu.

Menurutnya, angin kuat menjadi punca api merebak dan menyukarkan usaha memadamkan kebakaran.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Mohd Norhafizi Jalil, 22, berasal dari Felda Keratong 3 yang memandu Proton Waja cedera di lutut.

Katanya, dia terlihat lampu kereta memancar ke arahnya sebelum bertembung mengakibatkan keretanya terbabas di longkang besar tepi jalan.

“Ketika itu saya hanya memandu pada kelajuan 70 hingga 80 kilometer sejam, namun tidak menyangka akan bertembung dengan kenderaan itu,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bapa mangsa, Abd Rahman Kechut, 55, berkata mangsa anak sulung daripada empat beradik dan bekerja di Kuantan sebagai kontraktor pembinaan jambatan di sebuah syarikat swasta.

“Kali terakhir dia pulang ke kampung seminggu lalu dan kami sekeluarga tidak menyangka itu kali terakhir bertemu arwah,” katanya ketika ditemui di Hospital Muadzam Shah, semalam.
Ibu mangsa, Hamimah Wahab, 55, berkata pada pertemuan terakhir itu anaknya memintanya memasak lauk udang untuk dia dan rakan.

“Saya minta dia mengajak rakannya datang makan pada cuti Tahun Baru Cina akan datang.

“Sayu hati apabila semuanya kini tinggal kenangan,” katanya sebak.

Bapa pengantin pengsan

BATU PAHAT: Bapa pengantin pengsan manakala pengantin perempuan berkurung dalam bilik selama tiga hari. Semuanya gara-gara SMS pembatalan majlis pernikahan pada saat akhir.
Bagaimanapun, keluarga Nor Adriana Hairudin, 25, tetap meneruskan majlis kelmarin walaupun ia dilangsungkan dalam keadaan suram dengan kehadiran kira-kira 800 tetamu yang turut bersimpati dengan nasib menimpa keluarga berkenaan.

Menurut adik pengantin perempuan, Nor Azman, 23, keluarganya terutama kakak dan bapa paling tertekan dengan kejadian itu akibat sikap tidak bertanggungjawab teman lelaki kakaknya yang berasal dari Sarawak membatalkan pernikahan pada saat akhir hanya menerusi SMS.

“Sebagai adik, saya turut bersedih dengan kejadian ini ditambah pula melihat keadaan kakak. Dia hanya mengurungkan diri dalam bilik sejak Rabu lalu.

“Dia tidak mahu makan atau minum dan hanya akan keluar bilik apabila tiada orang dalam rumah atau selepas semua tidur pada lewat malam. Namun syukurlah, semalam (kelmarin) dia sudah keluar dari bilik dan tersenyum kepada kami selain keluar dari rumah bersama rakan sekolahnya untuk mententeramkan diri,” katanya.

 
menurutnya, bakal suami kakaknya itu tidak sepatutnya hanya menggunakan SMS untuk membatalkan pernikahan, apatah lagi dia seorang anggota tentera yang terkenal dengan disiplin tinggi.

Katanya, selain sedih melihat kakaknya yang mengurungkan diri, dia sedih melihat bapanya yang sering termenung mengenangkan kejadian itu.

“Ayah terlalu tertekan dengan kejadian itu hingga pengsan ketika menyambut tetamu. Sebagai anak, saya hanya boleh membantu apa yang terdaya dan berharap semua akan pulih secepat mungkin,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang berada pada majlis persandingan yang bertukar kepada majlis tahlil dan doa selamat itu mendapati sebahagian tetamu memberikan kata semangat kepada keluarga berkenaan.


‘Hanya Tuhan tahu betapa malu kami’

BATU PAHAT: “Hanya Tuhan yang tahu perasaan kami...dia sepatutnya membahagiakan anak perempuan saya, sebaliknya dia menghancurkan harapan kami sekeluarga,” luah bapa pengantin perempuan, Hairudin Ahmad, 50, apabila bakal menantunya yang juga seorang anggota tentera membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu.
Sepatutnya, Nor Adriana Hanim, 25, yang juga seorang anggota tentera di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, bergembira menantikan saat bahagia bergelar raja sehari, namun semua itu menjadi sejarah hitam dalam hidupnya apabila perbuatan bakal suaminya menggunakan sijil kursus perkahwinan palsu didedahkan.
Hairudin berkata, dia dan keluarga tidak menyangka lelaki yang dianggap sebagai seorang yang baik serta bertimbang rasa itu akhirnya menjadi lelaki yang melukai hati dan memalukan keluarganya.
Malah, katanya, ketika masuk merisik pertengahan tahun lalu, lelaki itu menawarkan wang hantaran RM8,000, namun mereka menolak tawaran itu dan hanya menetapkan RM6,000.
“Saya berpendapat, lebih baik dia menggunakan wang itu untuk perbelanjaan mereka selepas mendirikan rumah tangga.
“Tiada gunanya mengadakan majlis perkahwinan besar tetapi selepas majlis mereka hidup susah. Jadi lebih baik saya mengeluarkan belanja lebih untuk kebahagiaan anak dan suaminya,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu sudah memasukkan wang RM4,000 sebagai wang hantaran, manakala bakinya dijanjikan sebelum majlis pernikahan.
Malangnya, hanya beberapa hari sebelum tarikh pernikahan, mereka mendapat cerita sebenar daripada pegawai agama kem tempat lelaki itu bertugas bahawa bakal menantunya itu belum pernah menghadiri sebarang kursus praperkahwinan, selain tidak memohon cuti untuk majlis pernikahannya.
“Saya berniat menjamu semua keluarga dan rakan selepas majlis pernikahan Jumaat lalu selain mengedarkan 1,500 kad jemputan bagi majlis persandingan, Sabtu lalu.
“Semua perbelanjaan sudah dilangsaikan tunai membabitkan makanan, khemah, andaman dan beberapa persiapan lain berjumlah lebih RM15,000.
“Kami bukan saja rugi, malah malu apabila diperlakukan begini. Kami hanya berharap kejadian ini dijadikan iktibar dan jangan sesiapapun lakukan perkara sama kepada mana-mana pihak,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu dan selepas mengadakan perbincangan terpaksa menukar majlis perkahwinan Sabtu lalu kepada majlis doa selamat dan tahlil.

>Tembelang palsukan sijil kursus kahwin terbongkar

BATU PAHAT: Selepas tembelangnya memalsukan sijil kursus perkahwinan terbongkar, seorang anggota tentera hanya menghantar SMS kepada bakal ibu mentuanya bagi membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu di rumah pengantin perempuan di Kampung Baru di sini.
Rahsia lelaki berusia 26 tahun yang bertugas di Kem Rejimen Pertama Armor Diraja, Kuantan, Pahang itu pecah apabila dia menghantar SMS meminta majlis pernikahan dan persandingan ditunda kepada 7 Februari berikutan kegagalannya menyerahkan sijil kursus perkahwinan dan beberapa dokumen lain yang tulen kepada bakal isterinya.
Ibu pengantin perempuan, Ramiton Maidin, 47, berkata dia menerima SMS daripada bakal menantunya itu ketika berada di tempat kerjanya di sebuah di kilang di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 1 Februari lalu.
Menerusi SMS berkenaan, bakal menantunya itu meminta majlis pernikahan yang dijadualkan pada 5 Februari dan persandingan pada 6 Februari ditunda kepada 7 dan 8 Februari dengan alasan tidak dapat menghantar dokumen yang diperlukan kerana masih berada dalam pegangan pegawai atasannya.
“Saya memberitahunya majlis pernikahan dan persandingan itu tidak boleh ditunda kerana banyak masalah akan timbul berikutan tarikhnya sudah terlalu hampir selain pelbagai persediaan sudah dilakukan.
“Namun dia menyuruh saya pulang ke rumah untuk menenangkan anak saya yang ketika itu sudah mengetahui hasrat bakal suaminya lebih awal menyebabkannya bersedih dan menangis,” katanya.
Ramiton berkata, pada keesokannya (2 Februari), dia bersama anak, Nor Adriana Hanim Hairudin, 25, dan suami, Hairudin Ahmad, 50, bertolak ke Kuantan bagi menemui lelaki terbabit pada jam 5.30 pagi dan tiba di kem berkenaan pada jam 9.30 pagi.
Bagaimanapun, katanya lelaki itu tidak membenarkan mereka masuk ke dalam kem bagi menemui pegawai atasannya yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama.
Katanya, dia kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai agama kem berkenaan dan mengatakan dia sibuk menguruskan kes perceraian.
Gagal menemui kedua-dua pihak terbabit, Ramiton kembali ke Batu Pahat dengan hampa dan tiba kira-kira jam 6 petang sebelum menerima satu lagi SMS daripada lelaki itu yang berjanji akan menghantar dokumen diperlukan keesokan harinya.
“Bagaimanapun, tiada sebarang faksimili diterima sebaliknya, kami menerima panggilan daripada seorang pegawai tentera kem di Kuantan, bertanyakan pernahkah lelaki itu meminta majlis ditangguhkan sejak Januari lalu.
“Saya menjawab tiada dan menghantar SMS yang dihantar bakal menantu sebelum ini kepada pegawai berkenaan sebagai bukti.
“Keesokannya (3 Februari), kami sekali lagi ke Kuantan bagi menemui pegawai terbabit dan menerusi perbincangan kami dapati bakal menantu saya itu tidak pernah mengikuti kursus perkahwinan mahupun memohon cuti untuk bernikah,” katanya.
Menurut Ramiton, perkara itu turut dibuktikan dengan salinan sijil kursus perkahwinan yang pernah dikemukakan bakal menantunya itu kepada anaknya yang bertugas di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.
“Salinan sijil kursus kahwin itu sebenarnya palsu dengan tarikh pada 2003 dan ada kesan tampal pada nama peserta,” katanya.
Ramiton berkata, berikutan pendedahan itu, lelaki berkenaan sehingga kini gagal dihubungi selepas dia tidak menjawab panggilan dan SMS yang dibuat melalui telefon bimbitnya bagi mendapatkan penjelasan sebenar.
“Kami benar-benar kecewa, malah anak saya sendiri sudah tawar hati untuk berharap dan meneruskan hidup bersama lelaki itu sebagai suami isteri.
“Semuanya sudah dibatalkan, tiada majlis pernikahan, cuma kami mengadakan majlis doa selamat dan tahlil kerana tidak mahu membazir semua perbelanjaan yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Tragedi jantina ketiga

RAWALPINDI: Mohammed Zafar Iqbal pernah menggunakan kecantikan wajah dan kelembutannya untuk mencari rezeki.
Di Pakistan golongan khunsa dan pondan dianggap objek seks semata-mata. Bagaimanapun, mereka kini bangkit tuntut hak

Tetapi seperti kebanyakan khunsa dan pondan di Pakistan, golongan yang menjadi bahan cacian dan dipulaukan masyarakat, kehidupannya berdepan dengan kesukaran dan penderitaan yang akhirnya memuncak tujuh tahun lalu apabila diserang secara kejam.

Seorang peminat yang berang kerana cintanya melontar asid pada mukanya.Lelaki itu, Shabir, sebelum ini ialah rakan baiknya.

"Saya sayang dia seperti adik sendiri. Tetapi satu hari, dia meluahkan rasa cintanya pada saya. Dia mahu saya melayaninya saja.

"Tidak ada orang yang menghormati anda. Bagi mereka, kehadiran kami di sini hanya untuk seks. Kaum lelaki mengganggu kami lebih teruk berbanding apa yang mereka lakukan pada wanita," katanya dengan suaranya yang nyaring.

Zafar, 22, berkata, satu-satu cara yang membolehkan dia melupakan penderitaan masa lalunya ialah dengan menari.

Dengan berpakaian coklat muda, dia menari mengikut rentak muzik India di asrama Yayasan Mangsa Asid di Islamabad.

Rambut panjang dan halus serta cermin mata gelap melindungi matanya yang buta dan sebahagian mukanya yang cacat.

Gambarnya ketika berusia 15 tahun menjadi bukti dia dulunya cantik.
Sudah menjadi kebiasaan khunsa sepertinya dibayar untuk membantu menjayakan sambutan hari jadi atau menari di majlis perkahwinan.

Kerana nasib malang dilahirkan dalam keadaan lelaki bukan dan perempuan pun bukan, kepercayaan tradisi di Pakistan ialah Tuhan lebih cenderung untuk memakbulkan doa golongan seumpama itu.

Tetapi, keadaan itu juga yang menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan, termasuk menjadi pengemis jalanan dan ramai yang berakhir dengan menjadi pelacur.

Di Pakistan, khunsa dilayan sebagai objek seks dan sering menjadi mangsa serangan ganas.

"Setiap khunsa melacur," kata Reshma, 22, yang memperdagangkan tubuhnya untuk seks dengan bayaran 200 rupee (RM15) bagi setiap sesi.

"Memang mengaibkan. Tetapi saya memperoleh pendapatan lebih banyak berbanding bekerja biasa," katanya, sambil menanti pelanggan di Benazir Bhutto Avenue di Rawalpindi.

Dia yang melacur sejak berusia lapan tahun dirogol setiap setiap hari.
Tetapi kerana dia menjadi satu-satunya yang mempunyai pendapatan dalam keluarganya, Reshma tidak ada pilihan.

Kini, dalam usaha memberi hak kepada kira-kira 500,000 khunsa, hakim kanan Pakistan mengarahkan kerajaan mengiktiraf mereka sebagai jantina berasingan.
Bagaimana ia akan dilaksanakan, masih tidak diketahui.

Di India, kaum khunsa dan pondan menang dalam kempen yang sudah sekian lama diperjuangkan untuk disenaraikan sebagai 'lain-lain,' membezakan mereka daripada lelaki dan wanita dalam senarai dan kad pengenalan pengundi.

"Ia baik untuk khunsa kerana selama ini tidak ada orang menghormati kami," kata Almas Bobby, jurucakap masyarakat khunsa Pakistan.

"Ramai penjahat memuaskan nafsu mereka dengan merogol khunsa. Untuk berseronok, mereka mencucuh puntung rokok pada mereka," katanya.

Almas, 45, yang terkenal di Rawalpindi kerana kebolehannya menari, membantu menggerakkan kaum khunsa sejak beberapa tahun lalu untuk berkempen bagi mendapatkan hak mereka.

Tunjuk perasaan menentang kegiatan merogol dan memeras ugut oleh polis menarik perhatian meluas di kalangan media Pakistan.

Peguam, Mohammad Aslam Khaki memfailkan petisyen untuk hak asasi khunsa di Mahkamah Agung yang bulan lalu mengarahkan ruang ketiga untuk jantina pada kad pengenalan.

Hakim juga mendesak supaya lebih banyak bantuan dihulurkan kepada kaum itu dalam memperoleh bahagian mereka menurut undang-undang mewarisi harta serta perlindungan daripada gangguan polis.

Akibat tidak diakui anak atau anggota keluarga apabila mencecah belasan tahun, golongan khunsa berakhir dengan hidup sesama mereka dan diketuai seorang guru yang bertindak sebagai pembimbing dan kaunselor. Malangnya, kebanyakan guru itu terdiri daripada ibu ayam.

"Dalam masyarakat kami, untuk menjalinkan hubungan dengan wanita tanpa ikatan perkahwinan adalah terlalu terhad. Tidak ada kebebasan. Ini yang meningkatkan pelacuran. Sedikit sebanyak, golongan khunsa ada kaitan dengan pelacuran," kata Aslam.

Walaupun giat berkempen, tidak banyak peluang bagi kehidupan kaum itu berubah dalam masa terdekat ini. Seperti kebanyakan khunsa, Reshma tidak pernah mengetahui arahan baru daripada hakim kanan itu. Lebih buruk lagi, keputusan itu masih belum dilaksanakan.

"Keadaan akan tetap sama. Saya tidak fikir birokrasi akan meningkatkan kehidupan kami," katanya.

Penyewa dajal

AMPANG: “Disebabkan penyewa saya yang terpaksa menanggung bebannya,” kata Jaafar Abdul Aziz, 69, pemilik rumah teres setingkat di Ampang Jaya, dekat sini, yang menanggung akibat apabila diminta membayar bil elektrik rumah sewa miliknya berjumlah hampir RM10,000.
TERTUNGGAK
...Jaafar menunjukkan bil elektrik hampir RM10,000 lebih yang tidak mampu dilangsaikan.
TERTUNGGAK ...Jaafar menunjukkan bil elektrik hampir RM10,000 lebih yang tidak mampu dilangsaikan.
Menurut Jaafar, bil elektrik terakhir pada November lalu RM9,650.05 dan sekarang dijangka semakin bertambah.
Katanya, rumah yang disewakan sejak lebih 10 tahun lalu kini dipotong bekalan elektrik sejak Ogos tahun lalu selepas penyewa berpindah empat bulan sebelum itu.

“Penyewa sekarang menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.

“Saya tidak sangka akan jadi begini kerana penyewa bayar sewa tiap-tiap bulan tanpa tertunggak dan saya yakin dia membayar bil lain tanpa masalah,” katanya.

Jaafar berkata, dia bertanggungjawab untuk melangsaikan tunggakan bil berkenaan, tetapi ia membebankan kerana pendapatan yang tidak seberapa sebagai pesara kakitangan awam.“Pencen kerani RM800 sebulan tidak cukup untuk menampung kehidupan harian saya sekeluarga apatah lagi untuk membayar jumlah sebanyak itu,” katanya.

Jafaar mempersoalkan tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik rumah terbabit hanya selepas lebih 10 tahun ia tertunggak dan tidak memotongnya sebelum tunggakan mencecah ribuan ringgit. “Kalau TNB ambil tindakan dari awal keadaan ini tidak akan berlaku dan setahu saya paling lama pun bil tertunggak tiga bulan sebelum bekalan dipotong,” katanya.

Menurutnya, bagi menyelesaikan masalah terbabit dan bekalan elektrik disambung semula untuk penyewa baru dia ke TNB Kuala Lumpur di Menara THSelborn.

Dalam perbincangannya dengan TNB, dia membuat perjanjian untuk membayar secara ansuran 10 bulan bagi menyelesaikan segala tunggakan, namun tidak berkemampuan untuk membayar bil berkenaan.

Katanya, selepas membuat perjanjian terbabit, bekalan elektrik disambung semula pada September lalu dan penyewa baru hanya membayar bil semasa.

“Walaupun berjanji nak bayar ansuran, saya masih tidak mampu melaksanakannya dan saya khuatir bekalan akan dipotong semula serta jumlah tertunggak semakin bertambah.

“Saya minta TNB untuk selesaikan masalah ini secara baik dan mempertimbangkan untuk beri sedikit kelonggaran atau diskaun,” katanya.

Sementara itu, jurucakap TNB, berkata pihak ibu pejabat maklum mengenai perkara terbabit dan menjalankan siasatan.

“Mengikut siasatan awal dan rekod kami, bekalan ke rumah pengguna itu pernah dipotong pada 2007, namun pengguna membuat penyambungan semula secara haram. “Pengguna juga membuat pertukaran nama bagi akaun yang dimaksudkan dan tunggakan bagi akaun lama dipindahkan ke akaun baru terbabit,” katanya.

Katanya, pihak TNB akan melakukan siasatan mengenai masalah terbabit.
Menurutnya, terbaru pengguna ada datang berjumpa pegawai Kawalan Kredit TNB KL Pusat bagi tujuan pembayaran secara ansuran.

Loji elektrik AS meletup - Angka kematian sebenar tidak diketahui



SATU pemandangan dari udara menunjukkan kawasan letupan di loji Kleen Energy kelmarin.


MIDDLETOWN - Penduduk Connecticut di Amerika Syarikat (AS) gempar apabila satu letupan kuat berlaku di sebuah loji tenaga di sini kelmarin.
Beberapa pegawai berkata, pasukan penyelamat masih menjalankan usaha mencari mangsa yang hidup dan maut di bawah runtuhan loji Kleen Energy yang masih lagi dalam pembinaan selepas letupan berlaku pada pukul 11.17 pagi waktu tempatan.
Menurut beberapa pegawai mereka tidak tahu berapa ramai orang yang berada di dalam loji itu semasa kejadian berlaku.
"Setakat ini 12 orang cedera dan lima orang telah meninggal dunia," kata Datuk Bandar Middletown, Sebastian Giuliano pada satu sidang akhbar dan memberitahu, letupan itu menyebabkan banyak tingkap rumah pecah dan kediaman di sekitar loji tersebut bergegar.
Api yang marak mengakibatkan asap tebal menyelubungi langit manakala seorang penduduk, Scott Harmann mendakwa letupan itu menghasilkan satu bola api yang kuat sehingga banyak tingkap pecah.

GAMBAR menunjukkan loji Kleen Energy selepas letupan di Middletown kelmarin.


Seorang lagi penduduk, Mike Woronoff berkata, dia terdengar satu letupan kuat walaupun rumahnya terletak 3.2 kilometer dari loji itu.
Menurutnya, beberapa rakannya yang tinggal 24 kilometer dari situ turut mengakui mendengar letupan itu.
Seorang pegawai bomba tempatan berkata, dianggarkan 50 pekerja berada di loji itu.
Namun Giuliano mendakwa pada kebiasaannya hampir 200 orang bekerja di loji berkenaan pada setiap hari. - AFP

Lima maut loji tenaga meletup



LOJI Kleen Energy mengalami kerosakan teruk selepas kejadian letupan gas yang mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang di Middletown, Connecticut, kelmarin. - AFP


MIDDLETOWN, Connecticut 8 Feb. - Sekurang-kurangnya lima orang disahkan terbunuh manakala 12 cedera dalam satu kejadian letupan gas kuat semalam yang memusnahkan loji tenaga Amerika Syarikat (US), Kleen Energy.
Bagaimanapun, sumber rasmi menegaskan, jumlah sebenar pekerja yang berada di dalam Kleen Energy ketika kejadian itu berlaku masih tidak diketahui.
Datuk Bandar Middletown di Connecticut, Sebastian Giuliano berkata, hasil siasatan awal memungkinkan kejadian itu berpunca daripada perlakuan jenayah.
"Dengan menggunakan bantuan anjing pengesan, anggota penyelamat mendapati letupan juga menyebabkan loji itu menjadi serpihan batu, terbakar dan mengeluarkan asap tebal ke udara," katanya pada sidang akhbar.
Selain itu, penduduk berhampiran, Scott Harmann, 44, berkata, percikan api kelihatan dan banyak putung rokok dilihat di situ akibat kejadian.
"Letupan itu amat kuat hingga memecahkan tingkap rumah beberapa penduduk di sekitar kawasan itu," ujarnya.
Seorang penduduk lain, Mike Woronoff berkata, dia terdengar bunyi kuat dari rumahnya yang terletak kira-kira 3.2 kilometer dari loji tenaga berkenaan.
"Rakan-rakan saya yang tinggal 24 kilometer dari loji ini menelefon saya untuk mengetahui apa yang berlaku kerana mereka terdengar bunyi letupan yang sama dan terlihat asap tebal.
Sementara itu, hasil maklumat beberapa pihak termasuk polis penyiasat dan individu terselamat, kemungkinan sekurang-kurangnya 50 pekerja bekerja di loji itu semasa kejadian.
Loji Kleen Energy yang masih dalam proses pembinaan itu dikatakan antara bangunan untuk kemudahan dan kelengkapan tenaga terbesar di New England yang sudah dirancang sejak beberapa tahun lalu. - AFP

7 mati bas dan SUV berlanggar di China


09/02/2010 2:53am

BEIJING 9 Feb. - Tujuh orang terbunuh dan 50 lagi cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) dan terhumban ke dalam gaung di selatan China semalam, lapor media negeri.
Pegawai agensi berita Xinhua yang memetik laporan polis di tempat kejadian di bandaraya Hechi berkata, bas yang membawa tidak kurang 53 penumpang itu sedang dalam perjalanan di lebuh raya daerah Guangxi terlah terhumban ke dalam gaung sedalam 100 meter
Kenderaan pelbagai guna itu dikatakan mengandungi empat orang.
Laporan itu menyebut, 33 orang termasuk pemandu SUV cedera parah. Kemalangan jalan raya perkara biasa di China akibat lebih muatan, kenderaan uzur dan keadaan jalan serta budaya buruk para pemandu. - AP

Tentera Sri Lanka Tahan Fonseka


09/02/2010 3:25am

COLOMBO, Sri Lanka 9 Feb. - Calon utama pembangkang untuk jawatan presiden Sri Lanka, Sarath Fonseka telah di tahan oleh polis tentera semalam, ketika beliau sedang bekerja, kata partinya.
Fonseka yang bersara dari jeneral tentera untuk bertanding dalam pemilihan presiden tewas kepada presiden Mahinda Rajapakse dalam pemilihan pada 26 Januari, di tahan oleh pasukan tentera yang menyerbu ke pejabat parti pembangkang, kata Barisan Pembebasan Rakyat (JVP).
“Mereka telah mengheret Fonseka secara kekerasan ketika beliau sedang mengadakan perbincangan dengan tiga pemimpin kanan parti itu,” kata jurucakap JVP kepada AFP. - AFP

Polis Pakistan tahan 6 pengebom berani mati


09/02/2010 2:53am

LAHORE, Pakistan 9 Feb. - Polis Pakistan berkata, mereka telah menahan enam orang dipercayai militan pengebom berani mati Taliban bersama bom tangan ketika sedang menuju ke sebuah hotel lima bintang untuk membunuh warga Amerika Syarikat yang menyertai kebudayaan di ibu kota Pakistan.
Pegawai polis, Zulfikar Hameed berkata, pihak berkuasa telah merampas bahan peledak dalam vest yang dipakai salah seorang daripada enam lelaki berkenaan di timur pinggir bandar Lahore semalam.
Menurutnya, polis juga turut merampas 26 biji bom tangan dan lima peledak. Remaja lelaki berusia 14 tahun dan imam sebuah masjid di kawasan puak Khyber, Pakistan antara anggota dalam kumpulan berkenaan.
Zulfikar berkata, kumpulan militan itu merancang untuk menyerang hotel Pearl Continental Lahore tetapi tidak pasti apakah terdapat warga Amerika Syarikat yang tinggil di situ. - AP

Isteri ketua PKR mohon cerai


BANTING 8 Feb. - Isteri kepada Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Langat, Norazmi Mohamed Tahir telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat di sini untuk bercerai secara baik dengan suaminya itu.
Kamsa Jamil (gambar), 43, memfailkan permohonan tersebut pada 22 Januari lalu setelah merasakan tiada persefahaman lagi antara dia dan Norazmi, 45, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Langat.
Kamsa hadir semasa kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Syarie, Mohamad Fauzi Ismail hari ini.
Mahkamah bagaimanapun menyatakan saman tersebut belum disampaikan kepada Norazmi yang menyebabkan lelaki itu tidak hadir hari ini.
Mohamad Fauzi kemudiannya menetapkan 15 Mac ini untuk memberi peluang terakhir kepada Norazmi selaku defendan untuk hadir ke mahkamah.
Permohonan cerai tersebut dikemukakan oleh wanita berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Peguam syarie, Suriati Ab. Ghani yang mewakili Kamsa menyatakan sekiranya defendan gagal hadir pada sebutan akan datang, anak guamnya berhasrat meneruskan dengan permohonan cerai fasakh.
Kamsa dan Norazmi yang sudah mendirikan rumahtangga selama 20 tahun dikurniakan empat cahaya mata berusia antara tujuh dan 19 tahun.
Ketika ditemui media di luar mahkamah, Kamsa menyatakan dia dan anak-anaknya kini tidak tinggal bersama dengan suaminya sejak seminggu lalu.

Injunksi atas NSTP, SKMM dibatal


SHAH ALAM 8 Feb. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membatalkan perintah injunksi yang diperoleh pengacara TV3, Zakiah Anas (gambar) terhadap The New Straits Times Press (NSTP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Hakim Syarie, Abu Bakar Daud memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal NSTP dan SKMM dengan kos setelah Zakiah menarik balik permohonan cerai daripada suaminya, Mohamed Yusof Mohamed Taib.
Pada 9 April tahun lalu, Zakiah memperoleh perintah injunksi sebelah pihak (ex parte) agar SKMM menghalang penyebaran, pengeluaran informasi dan gambar dalam bentuk penyiaran serta terbitan kecuali mendapat kebenaran pengacara itu.
NSTP dan SKMM kemudiannya memfailkan bantahan awal memohon supaya perintah injunksi itu dibatalkan dengan serta merta kerana ia tidak lagi berkuat kuasa berikutan Zakiah sudah menarik balik keseluruhan kes cerainya.
Zakiah, 42, sebelum ini memfailkan permohonan cerai taklik terhadap suaminya, Mohamed Yusof Mohamed Taib, 46, mengikut Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Dalam tempoh itu, dia turut memfailkan permohonan injunksi terhadap SKMM, NSTP dan beberapa media yang lain bagi menghalang penyiaran berita tentangnya.
Namun setelah hampir setahun berulang-alik ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, wartawan penyiaran yang juga pengacara rancangan 999 terbitan TV3 itu menarik balik permohonan cerai tersebut pada 1 September tahun lalu.

Keputusan suami Elis hina mahkamah 3 Mac


SHAH ALAM 8 Feb. - Permohonan bekas pensyarah, Elis Syuhaila Mokhtar (gambar) agar suaminya, Frank Theodorus Ven De Ven @ Firdaus yang gagal menyerahkan semula anak mereka dikenakan tindakan menghina mahkamah akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 3 Mac ini.
Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menetapkan tarikh tersebut selepas beliau selesai mendengar hujahan peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili Elis.
Elis memfailkan permohonan pada 24 Mac 2009 agar Firdaus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana gagal memulangkan anak mereka, Ferris Mokhtar Van De Ven, 7, sebagaimana yang diperintah oleh mahkamah.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 229(3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.
Firdaus, 40, yang merupakan pengaturcara komputer didakwa gagal menyerahkan Ferris kepada Elis pada Mac tahun lalu sebagaimana perintah sementara mahkamah supaya kanak-kanak itu dipelihara secara bergilir-gilir sehingga hak penjagaan kekal diputuskan.
Walaupun mahkamah tersebut telah memutuskan hak penjagaan Ferris diserahkan kepada Elis, namun Firdaus memaklumkan dia enggan memulangkan anak yang kini berada bersamanya di Belgium selepas dilarikan hampir setahun lalu.
Terdahulu, Fakhrul Azman berhujah bahawa Firdaus bukan sahaja tidak memulangkan Ferris pada tarikh yang ditetapkan tetapi juga tidak pernah lagi hadir ke mahkamah untuk sebarang prosiding selepas anak itu dilarikan.
Katanya, permohonan itu dibuat memandangkan Firdaus gagal mematuhi perintah mahkamah berupa hak lawatan anak secara bergilir-gilir selama tujuh hari mengikut persetujuan bersama yang dimeterai sebagai perintah mahkamah bertarikh 22 Februari 2009.
Menurut beliau, lelaki itu bukan sahaja gagal menyerahkan Ferris selepas tujuh hari, malah dia juga tidak membuat laporan di balai polis setiap tiga hari selama tempoh anak itu berada dalam jagaannya sebagaimana yang dipersetujui bersama.
Elis berkahwin dengan Firdaus yang merupakan warga Belanda pada 15 Disember 2001 di Selangor.
Bagaimanapun Firdaus memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan Ferris selepas kedua-duanya dalam proses bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang.

Mahkamah benar Eye On Malaysia dipindah


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pemilik asal Eye On Malaysia, Fitraco NV dari Belgium untuk mengeluar dan memindahkan roda gergasi itu dari Muara Sungai Melaka.
Dengan perintah tersebut bermakna, Fitraco NV selaku plaintif boleh membuat apa sahaja termasuklah menjual roda gergasi itu selepas mengambilnya balik daripada pemilik roda itu di negara ini, Eye On Malaysia Sdn. Bhd. (EOM).
Peguam Leonard Yeoh yang mewakili Fitraco NV memaklumkan keputusan itu kepada pemberita sejurus selesai prosiding yang didengar oleh Hakim Anantham Kasinather di kamar beliau.
Leonard memberitahu, plaintif dibenarkan memasuki tanah yang didaftarkan atas nama EOM selaku pemilik bagi melaksanakan dan menguatkuasakan sebarang hak serta sekuriti seperti yang diperuntukkan dalam gadaian dan perjanjian jualan.
Mahkamah juga, kata Leonard yang dibantu oleh Cheah Soon Chuan, membenarkan plaintif memeriksa, memindah keluar atau mengambil roda gergasi tersebut.
Hakim itu juga, kata peguam itu, memerintahkan supaya syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda gergasi itu ke Malaysia pada 2006, MST Ad Suria Sdn. Bhd. (MST) selaku defendan pertama, membayar kos guaman RM35,000.
Syarikat itu diwakili peguam Aziriza Mohd. Zaid.
Sementara EOM selaku defendan kedua yang diwakili peguam Adilah Ahmad Nordin dikehendaki membayar kos sebanyak RM10,000.
Pada 15 September 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu memfailkan saman terhadap EOM dan MST selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.
Roda Eye On Malaysia merupakan sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007.
Ia telah dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.

Pemuda didakwa bunuh bapa


KUALA TERENGGANU 8 Feb. - Peristiwa seorang bapa yang mati akibat ditikam anaknya sendiri setelah mangsa cuba menyelamatkan seorang lagi anak lelakinya, telah mengheret pemuda itu ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh.
Shahrul Azmi Che Mat (gambar), 20, didakwa membunuh Che Mat Nik, 51, di rumah bernombor 3635 di Kampung Pulau Duyung Besar, Duyung, di sini kira-kira pukul 2 pagi, 3 Februari lalu.
Dia yang bekerja sebagai pembaiki bot didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan, Shahrul Azmi kelihatan terpinga-pinga sehingga menyebabkan jurubahasa terpaksa mengulangi soalannya sama ada tertuduh benar-benar faham mengenai pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad yang mengendalikan pendakwaan terdahulunya memohon tempoh dua bulan sebelum kes disebut semula sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia berhubung kejadian itu.
Majistret Nor Azizah Yusof menetapkan 6 April ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Berdasarkan laporan akhbar, tertuduh dikatakan mendengar 'bisikan' sebelum bertindak menikam abangnya, Irwan Affandi, 30, ketika sedang tidur dengan sebilah pisau ala rambo sebelum senjata itu cuba dirampas bapanya.
Bagaimanapun ketika warga emas itu cuba merampas senjata tersebut, tertuduh bertindak menikam bapanya menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di perut.

Terima keputusan dengan tenang


KUALA KLAWANG 8 Feb. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakyat hendaklah menerima keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung dengan kedudukan Menteri Besar Perak dengan tenang.
"Kita sebagai rakyat harus bertenang apabila menerima keputusan hakim itu esok.
''Oleh itu, adalah fungsi keadilan kita, jadi kita tidak harus menterjemahkan keputusan itu sekiranya tidak menepati perasaan kita kepada perbuatan yang kasar atau mengkasari atau mewujudkan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sepetang Bersama Pemimpin di Titi dekat sini hari ini.
Esok, Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan sama ada Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai Menteri Besar Perak atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan pembangkang mendapat semula jawatan itu.
Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu, berkata, keputusan mahkamah adalah keputusan penghakiman dan rakyat harus akur terhadap apa jua keputusan.
Sementara itu, beliau berkata, kementerian akan menganjurkan sambutan besar-besaran Tahun Baru Cina di Pandamaran, Klang pada 20 Feb ini.
Katanya, program itu lebih menegaskan kepada kebajikan, persahabatan di samping menjalin silaturrahim.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta para pemimpin masyarakat Cina akan menghadiri program tersebut.
"Kali ini terdapat kelainan yang mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan pergi rumah ke rumah. Di situ, kita akan mengamalkan minum teh petang di samping memberi bantuan seperti komputer, makanan dan kewangan kepada masyarakat sekitar," katanya. - BERNAMA

Kes bunuh anak disebut semula 8 Februari


KANGAR 8 Feb. - Kes seorang penganggur yang dituduh membunuh anak perempuannya berusia satu tahun 10 bulan, akan disebut semula di Mahkamah Majistret di sini pada 8 Mac ini.
Majistret Noorhisham Mohd. Jaafar menetapkan tarikh itu sementara menunggu kes dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan lanjut.
Pada 11 Disember tahun lalu, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh Mohd. Nizam Mohamad, 31, untuk mendapat rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak.
Mahkamah itu pada 7 Januari lalu, telah dimaklumkan oleh pihak pendakwa bahawa tertuduh telah selesai menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital berkenaan.
Tertuduh yang berasal dari Kampung Binjal Utama, Utan Aji di sini itu, dituduh membunuh Nur Azlina Abdullah antara pukul 9 pagi, 23 November tahun lalu dan 12 tengah hari, keesokkan harinya di rumah No. 8H, Jalan Tok Dewa, Repoh di sini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aisyaf Falina Abdullah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mohd. Nizam bersama teman wanitanya yang berusia 23 tahun, iaitu ibu kepada mangsa, diberkas 27 November tahun lalu selepas kanak-kanak malang terbabit meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dipercayai akibat didera.
Polis menahan lelaki terlibat setelah pakar bedah mendapati kanak-kanak tersebut mati akibat kecederaan serius di bahagian usus perut serta mempunyai kesan lebam di kepala dan badan.

Seludup pasir: Tiga penjawat awam didakwa rasuah


JOHOR BAHRU 8 Feb. - Tiga penjawat awam masing-masing mengaku tidak bersalah di dua buah Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan aktiviti penyeludupan pasir ke Singapura.
Mereka ialah Penguasa Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Suhaimi Abdul Wahab, 36; Penolong Pegawai Tanah dan Galian Kota Tinggi, Abdul Ghani Hitam, 37, dan Pembantu Penguasa KDRM, Md. Noor Md. Yatim, 54.
Suhaimi didakwa atas satu pertuduhan, Abdul Ghani empat pertuduhan dan Md. Noor dua pertuduhan.
Kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Aliman Musri.
Suhaimi didakwa memperoleh suapan wang tunai RM2,000 daripada Sendry Anak Ugi sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas empat buah lori yang menyeludup pasir ke Singapura.
Dia yang bertugas di Cawangan Eksport Sultan Abu Bakar Gelang Patah didakwa menerima wang suapan itu di bilik No. 1003 Hotel Grand Blue Wave, Bukit Meldrum di sini pada pukul 5.20 petang, 28 Mei tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen (13)(1)(C) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Abdul Ghani pula dituduh menerima rasuah RM500 untuk Ali Hafiz Naimat kira-kira pukul 8.45 malam, 10 September lalu di hotel yang sama.
Suapan daripada Zacharias Kho tersebut didakwa sebagai dorongan untuk mempercepat dan mempermudahkan permohonan tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di Lot Kawasan Sungai Lebam Mukim Pengerang, Kota Tinggi.
Abdul Ghani turut didakwa atas tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,400 bagi dirinya daripada Zacharias bagi tujuan sama iaitu dua kali di hotel tersebut dan sekali di SDS Cake House Sdn. Bhd. antara 23 Jun dan 15 Oktober tahun lalu.
Md. Noor yang bertugas di di Cawangan Marin dan Khidmat Sokongan Tanjung Surat Kota Tinggi pula didakwa menerima rasuah RM2,000 daripada Wong Yun Fui di hotel yang sama pada pukul 6.40 petang, 9 September tahun lalu.
Dia turut didakwa menerima suapan wang tunai RM2,000 lagi daripada Yun Fui di Maybank Berhad, 4-5 Jalan Raya, Taman Tiram Baru, Ulu Tiram kira-kira pukul 8.30 malam, 18 Januari lalu.
Kedua-dua suapan itu didakwa diterima sebagai dorongan agar Md. Noor tidak mengambil tindakan terhadap sebuah kapal membawa pasir yang digunakan oleh Ong Chee Boon.
Abdul Ghani dan Md. Noor didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Di bawah seksyen itu, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Suhaimi dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000, Abdul Ghani (RM10,000) dan Md. Noor (RM13,000) masing-masing dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 8 dan 26 Mac ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Ridzuan Abdul Malik. Suhaimi diwakili peguam Rosli Kamaruddin manakala Abdul Ghani diwakili peguam Aziz Shukor.
Md. Noor tidak diwakili peguam bela.

Darah dicadar sepadan Mantik


SHAH ALAM 8 Feb. - Hasil analisis yang dijalankan menerusi kaedah profil asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati kesan darah yang ditemui pada sehelai cadar adalah sepadan dengan spesimen darah milik pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani.
Ahli kimia, P. Revathi yang bertugas di Makmal Serologi/DNA, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia berkata, keputusan itu diperoleh menerusi teknik Polymerase Chain Reaction-Short Tandem Repeat (PCR-STR).
Katanya, kaedah pengesanan yang diguna pakai oleh makmal DNA di serata dunia itu mematuhi garis piawaian antarabangsa.
''Menerusi analisis yang dijalankan, saya mendapati satu profil DNA perempuan telah diperoleh daripada kesan darah yang diambil pada cadar.
''Hasil perbandingan, saya mengesahkan profil DNA itu adalah sepadan dengan profil DNA daripada spesimen darah berlabel Mulkuty@ Muntik Hani," kata Revathi.
Revathi, 30, berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini pada perbicaraan kes penjual air tebu, A. Murugan, 35, yang didakwa membunuh Mantik, 36.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang dekat sini antara 18 dan 20 Oktober tahun lalu.
Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 26 Oktober tahun lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.
Menurut Revathi, profil DNA yang diperoleh daripada kesan darah pada calitan lain pula adalah lemah dan tidak sesuai untuk perbandingan.
Katanya, profil DNA yang diambil daripada rambut dan kesan darah pada satu lagi calitan tidak berjaya diperoleh atas sebab yang sama.
Ini kerana ujar Revathi, kadar kandungan DNA spesimen tersebut berada di bawah paras yang ditetapkan oleh garis panduan.
Selain daripada itu, menurut Revathi, terdapat juga sampel bahan bukti yang tidak menyumbangkan profil DNA selepas dianalisis kerana kandungannya terlalu lemah.
Jelas saksi, 26 bahan bukti yang diserahkan kepadanya untuk dianalisis telah diberikan kepada rakan setugasnya, Abdul Hai Tarmizi untuk dikembalikan kepada pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP) Ahmad Tarmudi pada 26 Oktober 2009.
Dalam keterangan sebelum ini, Asisten Supritendan (ASP) Zainol Hisham Abu iaitu Juruanalisis Tempat Kejadian Jenayah dari Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras memberitahu, beliau menemui kesan darah di atas lantai tandas serta kerangka pintu serta beberapa helai rambut di rumah tertuduh.
Sementara cadar pula diambil dari rumah bekas majikan Mantik, Puah Hooi Sueew di No. 2, Jalan Datuk Shahbudin 5, Taman Sentosa.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Yazid Mustafa bersambung esok.

Permohonan atas dasar tidak puas hati - Mohd. Yusof


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah membuat keputusan dengan bebas dan berdasarkan fakta serta undang-undang ketika menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden turut mendakwa tidak ada sebarang tindakan beliau yang boleh membawa kepada kesimpulan bahawa hakim Mahkamah Tinggi tersebut tersilap dalam keputusannya.
Justeru, dakwa beliau, permohonan Ketua Pembangkang itu agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwatnya dibuat atas dasar tidak puas hati dengan keputusan hakim tersebut.
Dengan itu, Mohd. Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan memohon supaya permohonan Anwar itu ditolak dengan alasan ia tidak mempunyai merit dan kewajaran, remeh serta penyalahgunaan proses mahkamah.
Perkara itu terkandung dalam afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Mohd. Yusof terhadap permohonan Anwar tersebut. Afidavit jawapan itu difailkan petang ini.
Perbicaraan kes liwat yang sepatutnya bersambung hari ini dengan sesi soal balas terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan terpaksa ditangguhkan kerana Anwar mengemukakan permohonan supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar kes itu atas dakwaan wujudnya elemen berat sebelah
Permohonan Anwar itu dibuat berdasarkan keputusan hakim tersebut yang tidak mengambil tindakan menghina mahkamah atau memberi amaran terhadap Utusan Malaysia.
Mohd. Yusof dalam afidavit jawapannya juga mendakwa, Karpal membuat kesimpulan yang salah atas ajakan beliau untuk bertemu dengan hakim tersebut.
Ini kerana, menurutnya, ajakan tersebut adalah untuk meminta hakim tersebut memberi ingatan kepada para wartawan berhubung laporan akan datang.
"Saya mengakui ada bertemu dan bercakap dengan Karpal apabila hakim menangguhkan prosiding dan menyatakan tiada unsur menghina mahkamah dalam laporan yang dinyatakan.
"Karpal menyatakan beliau bukan mahukan wartawan Utusan Malaysia berkenaan didapati menghina mahkamah tetapi cuma mahu wartawan berkenaan diberi teguran.
"Saya bersetuju hakim wajar memberi ingatan kepada wartawan untuk bertanggungjawab dan berhati-hati dalam laporan. Saya selanjutnya menyatakan perjumpaan dengan hakim bukanlah untuk mengubah keputusan tetapi untuk meminta hakim memberi ingatan,'' katanya.
Dalam afidavit jawapan itu, beliau turut menafikan 'timbul rasa kurang selesa dan khuatir' kerana membantah pada awalnya tetapi lebih kepada keprihatinannya tentang perlu laporan dibuat dengan betul.
Mohd. Yusof turut menyatakan, sepanjang ingatannya, Mohd. Saiful Bukhari dalam keterangannya ada menyebut bahawa dia tidak rela diliwat lagi.
Perkara tersebut juga telah dinyatakan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu sewaktu membalas hujah Karpal sebelum ini.
Beliau turut menyatakan, sebelum wartawan Utusan Malaysia boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah, hakim perlu memutuskan sama ada laporan tersebut 'terjumlah kepada menganggu proses keadilan yang menjurus kepada perbicaraan yang adil'.
Selain itu, mahkamah perlu memutuskan sama ada laporan tersebut dibuat dengan niat jahat.
Beliau turut menafikan bahawa keputusan-keputusan hakim tersebut membawa kepada elemen berat sebelah dan menyimpang jauh daripada tahap yang diperlukan oleh undang-undang dalam memastikan keadilan.

SPRM bertindak jika pengadu tarik diri


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Bagi meningkatkan usaha membanteras rasuah, orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun, awas jika mereka yang berbuat demikian hanya mahu bekerjasama dengan suruhanjaya itu separuh jalan dan menarik diri apabila kes dibawa ke mahkamah.
Itu amaran Panel Penilaian Operasi SPRM yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap golongan terbabit pada masa depan.
Pengerusinya, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, sebahagian besar kegagalan pendakwaan SPRM tahun lalu adalah disebabkan saksi-saksi enggan memberi keterangan di mahkamah.
"Ada di antara kes turut melibatkan individu berprofil tinggi. Terdapat beberapa peringkat hukuman, tetapi kita akan mengenakan denda maksimum terhadap saksi yang berpatah balik itu (enggan beri kerjasama)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tahunan Panel Penilaian Operasi SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Duta di sini hari ini.
Turut hadir Peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.
Hadenan memberitahu, secara keseluruhan, pihaknya berpuas hati dengan pencapaian SPRM sepanjang tahun lalu yang mencatatkan tiada kes tertunggak.
Katanya, dalam tempoh itu, sebanyak 939 kes telah disiasat dan 633 daripadanya diserahkan kepada Jabatan Undang-Undang SPRM untuk pendakwaan.
"Sebanyak 133 kes lagi diputuskan tiada tindakan lanjut selepas mesyuarat diadakan," ujar beliau.
Beliau berkata, pihaknya juga menerima sebanyak 12,300 maklumat sepanjang tempoh sama, tetapi hasil penelitian hanya separuh sahaja mempunyai elemen rasuah.
"Sebahagian lagi sama ada berunsur surat layang atau tiada elemen rasuah," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, SPRM akan menubuhkan Bahagian Operasi Khas yang bakal memberi tumpuan terhadap kes-kes berprofil tinggi.
Katanya lagi, bahagian itu menyasarkan untuk melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh enam bulan berbanding setahun bagi kes biasa.
"Namun, semuanya bergantung kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya.
habis

Sedaq: Polis akan ambil tindakan


PULAU PINANG 8 Feb. - Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Sedaq yang diadakan Jumaat lalu kerana melanggar syarat permit perhimpunan.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, tindakan itu bagi memastikan semua pihak di negeri ini mematuhi peraturan sebelum mengadakan sebarang perhimpunan.
Katanya, dalam perhimpunan itu, penganjur didapati mengadakan perhimpunan di tempat yang lain daripada yang telah ditetapkan dalam syarat permit.
"Siasatan mengenai perkara itu masih berjalan. Apabila selesai, kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Siasatan mengenainya dibuat mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana melanggar syarat permit. Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ikrar dan Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Pada Jumaat lalu, lebih 3,000 peserta Perhimpunan Sedaq anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam berkumpul mengadakan perhimpunan berdekatan Masjid Simpang Enam, tidak jauh dari Komtar.
Mereka kemudian menunaikan solat Jumaat dan solat hajat di masjid berkenaan sebelum berarak ke Komtar bagi menyampaikan memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng

Ambil tindakan terhadap doktor gigi 'palsu'


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Beberapa persatuan pengguna menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap doktor gigi 'palsu' yang tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC).
Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan, Tuan Ahmad Tuan Othman berkata, penguatkuasaan lebih tegas perlu bagi menangani isu berkenaan kerana ia membahayakan keselamatan pengguna.
Menurut beliau, sebelum ini, masalah doktor palsu pernah dilaporkan kepada persatuan tersebut, tetapi belum lagi menerima aduan mengenai doktor gigi 'palsu'.
"Bagaimanapun, demi keselamatan pengguna, pihak Kementerian Kesihatan perlu memantau perkara ini.
''Kita bimbang doktor yang terlibat ini turut menggunakan ubat-ubatan yang tidak sah, malah diragui sama ada ia halal digunakan oleh umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, laporan penyiasatan muka depan Mingguan Malaysia mendedahkan mengenai siasatan Unit Khas Utusan Malaysia yang mendapati 28 orang atau 30 peratus daripada 95 doktor gigi yang disiasat tiada dalam senarai terkini dikeluarkan MDC.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan telah mengarahkan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican melakukan pemeriksaan bagi memastikan doktor yang bertugas di situ berdaftar dengan MDC.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Pulau Pinang, K. Koris Atan berkata, pemantauan berterusan serta penguatkuasaan yang lebih tegas amat perlu bagi memastikan keselamatan pengguna di negara ini.
"Tindakan tegas perlu diambil serta merta kerana berdasarkan laporan akhbar ini, ia boleh membahayakan keselamatan pengguna yang mengunjungi klinik tersebut.
"Klinik-klinik gigi palsu yang didapati menggunakan perkhidmatan warga asing yang diupah oleh pemilik klinik gigi haram perlu dikesan kerana mereka mungkin menggunakan alat dan ubatan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, pengguna yang menghadapi masalah ini perlu tampil memberi laporan lengkap bersama bukti yang kukuh.
Selepas itu, katanya, barulah Kementerian Kesihatan dapat bertindak untuk memastikan kewujudan doktor gigi 'palsu' ini dapat disekat.
"Boleh jadi permohonan untuk membuka klinik tersebut telah dibuat kepada Majlis Perbandaran tempatan, tetapi mereka tidak menghantar permohonan kepada Kementerian Kesihatan.
"Itu yang terjadi masalah klinik tersebut tiada dalam senarai terkini Majlis Pergigian Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, beliau memuji Kementerian Kesihatan yang cepat bertindak menangani masalah tersebut selepas laporan mengenainya dibuat.

2 rakyat tempatan hilang pelantar rumpai laut dirompak


KOTA KINABALU 8 Feb. - Dua rakyat tempatan hilang selepas pelantar di pusat pembiakan rumpai laut di Pulau Sebangkat dekat Semporna dirompak sekumpulan lelaki bersenjatakan raifal awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 40 tahun itu hilang selepas ditahan lima lelaki bersenjata yang melakukan rompakan di pusat pembiakan rumpai laut seluas 20 hektar itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis percaya kejadian itu didalangi penduduk tempatan dan tidak melibatkan sebarang jaringan kumpulan pengganas luar negara.
"Siasatan awal mendapati tujuan kumpulan ini menceroboh masuk adalah untuk merompak kerana berdasarkan maklumat, gaji 34 pekerja pusat pembiakan rumpai laut itu akan dibayar hari ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.
Noor Rashid berkata, dua lelaki yang hilang itu merupakan pengurus dan pekerja pusat pembiakan terbabit.
''Kumpulan lelaki itu berjaya meloloskan diri menggunakan dua bot pancung," katanya.
Menurut beliau lagi, polis percaya kesemua suspek masih berada di kawasan perairan negeri ini dan semua pasukan penguat kuasa sudah digerakkan mengesan kumpulan terbabit.
Beliau menambah, polis percaya kumpulan itu didalangi oleh individu yang biasa dengan selok belok kawasan itu.
''Kawasan laut yang cetek itu dipenuhi tali tempat pembiakan rumpai laut dan hanya ada dua laluan masuk. Hanya mereka yang mahir sahaja boleh keluar dari kawasan itu lebih-lebih lagi pada waktu malam," katanya
Dalam pada itu katanya, tiga bot peronda polis yang sedang meronda di sekitar pulau itu bergegas ke kawasan kejadian sebaik menerima laporan pukul 1.30 pagi tetapi gagal kerana air cetek.
Menurutnya, kedalaman air kawasan berkenaan pada masa kejadian hanya 0.7 meter dan ini menyebabkan bot besar tidak dapat rapat ke pelantar pusat pembiakan rumpai laut itu.
Dalam pada itu Noor Rashid berkata, tahap keselamatan negeri adalah baik dan orang ramai tidak perlu berasa bimbang dengan apa- apa ancaman.
Jelasnya, pihak polis sentiasa melakukan rondaan termasuk di kawasan sempadan negara