Search This Blog

Loading...

Monday, February 8, 2010

6 mayat tanpa kepala ditemui, 5 polis maut

MORELIA: Pihak berkuasa Mexico semalam menemui mayat enam lelaki tanpa kepala di negeri Michoacan, kawasan utama keganasan dadah negara itu.
Kira-kira 15,000 orang terbunuh di seluruh Mexico akibat keganasan dadah sejak 2006. - AP

Rempuh sebelum larikan kereta

2010/02/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Seorang pengurus bank kehilangan kereta mewah BMW 5 series miliknya selepas dilarikan tiga lelaki yang bertindak melanggar kenderaan itu dari belakang ketika dia melalui kawasan bawah restoran jejantas Sungai Buloh, di Lebuh Raya Utara Selatan, kelmarin.

Lelaki tak serik keluar penjara

2010/02/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEGAMAT: Seorang lelaki yang baru beberapa bulan dibebaskan daripada penjara masih tidak serik apabila cuba mengedar dadah sebelum ditahan dalam sekatan jalan raya di sekitar Batu Anam, di sini.


Nilai dadah dipercayai jenis heroin yang dirampas ialah kira-kira RM19,000,” katanya. Majid berkata, pemeriksaan mendapati lelaki yang tidak mempunyai kerja tetap itu berasal dari Felda Pemanis 2, di sini, dan pernah dua kali ditahan atas kesalahan dadah. Katanya, suspek juga mempunyai dua rekod jenayah dadah dan baru dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, dekat sini.

Kejar pengedar 60km

2010/02/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SUNGAI PETANI: Selepas dikejar kira-kira 60 kilometer hampir sejam, dua lelaki berusia 20-an dipercayai pengedar dadah akhirnya tewas di tangan polis apabila ditahan di Sungai Lalang, dekat sini, malam kelmarin.
TAHAN... salah seorang suspek dipercayai pengedar ditahan polis selepas mengejar dari Prai hingga ke Sungai Petani.
TAHAN... salah seorang suspek dipercayai pengedar ditahan polis selepas mengejar dari Prai hingga ke Sungai Petani.

Empat wanita tayang payu dara

BEBERAPA aktiviti menunjuk perasaan tanpa memakai baju di sebuah pusat pengundian di Kiev semalam.

KIEV - Empat wanita muda sanggup mendedahkan payu dara mereka dalam satu tunjuk perasaan di sebuah pusat pengundian di sini semalam.

Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP, wanita itu yang merupakan anggota kumpulan pergerakan kewanitaan kemudian ditarik keluar oleh pengawal-pengawal keselamatan sebelum seorang calon pilihan raya, Viktor Yanukovich tiba.

"Cukuplah merogol demokrasi kami," kata wanita-wanita tersebut yang membawa poster yang tertera ayat seperti 'tolong, rogol.'

SEORANG anggota keselamatan menarik keluar seorang wanita yang tidak berbaju di sebuah pusat pengundian di Kiev semalam.

Keempat-empat wanita itu tidak memakai baju cuma seluar jean dan pelekat di bahagian payu dara mereka.

Wanita-wanita itu memberitahu pemberita bahawa mereka menunjuk perasaan bagi menunjukkan bahawa demokrasi sudah mati di Ukraine tetapi ia tidak ditujukan kepada Yanukovich dan Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko. - AFP

Gadis mahu wajah macam Alba

XIAOQING sanggup menjalani pembedahan plastik supaya wajahnya kelihatan seperti Alba.

PANTAI MIAMI - Pelakon terkenal, Jessica Alba menyatakan dia berasa sedih apabila mendapati terdapat seorang wanita China yang sanggup menjalani pembedahan plastik supaya wajahnya sama seperti aktres itu.

Wanita China itu yang mahu dikenali sebagai Xiaoqing sebelum memberitahu agensi berita Reuters bahawa dia mahu wajahnya kelihatan mirip Alba dengan tujuan untuk memenangi hati kekasihnya.

Kekasihnya itu berharap supaya Xiaoqing akan kelihatan seperti seorang bintang Hollywood.

Sebuah hospital di Shanghai bersetuju untuk membedah wanita itu tanpa sebarang bayaran.

Tawaran percuma itu dilakukan bagi membuktikan doktor di hospital tersebut mempunyai kemahiran membuat pembedahan plastik seperti dikehendaki Xiaoqing.
Peak job hunting season is on! Act now! Sign up @ JobStreet.

"Saya berpendapat, anda sepatutnya tidak perlu mengubah diri anda.

"Jika seseorang menyintai anda, dia (kekasih) akan menyintai anda tanpa mengambil peduli perkara lain," kata Alba yang kini sedang berlakon dalam filem terbarunya Valentine's Day kepada agensi berita AP. - Agensi

Penduduk Washington gali salji


BEBERAPA penduduk merakamkan gambar bangunan Capitol di Washington kelmarin.


WASHINGTON - Pendudukdi ibu negara Amerika Syarikat (AS), Washington dan negeri-negeri berdekatan semalam menggali salji yang setebal 60 sentimeter di beberapa buah kawasan.
Beberapa batang jalan raya sudah dibuka tetapi pegawai-pegawai memberi amaran bahawa keadaan jalan raya mungkin berais dan berbahaya.
Ratusan ribu penduduk dari Pennsylvania sehingga ke New Jersey dan Virginia mengalami masalah bekalan elektrik terputus.
Bandar raya keenam terbesar di AS, Philadelphia, mencipta rekod apabila terdapat salji setebal hampir 69 sentimeter.
Salji tebal itu melanda sejak kelmarin yang dianggap sebagai cuaca bersalji paling buruk pernah berlaku dalam sejarah bandar raya berkenaan.
"Saya berpendapat ia menyeronokkan," kata seorang penduduk, Jayla Burgess di Arlington, Virginia.
"Perkara yang paling baik ialah membaling bola salji ke arah bapa saya," katanya.
Ratusan penduduk lagi berkumpul di Dupont Circle, Washington untuk menyertai pertarungan balingan bola salji.
Presiden AS, Barack Obama menggelar kejadian itu sebagai snowmageddon.
Satu dahan pokok terjatuh ke atas sebuah kereta yang membawa wartawan ketika mengekori konvoi Barack tetapi tidak ada seorang pun yang mengalami kecederaan.
Salji itu melanda kurang dua bulan selepas ribut salji melanda Washington dengan ketebalan sehingga 40 sentimeter. - AP

Letupan besar di loji tenaga AS


08/02/2010 2:44am

NEW YORK 7 Feb. - Sebuah letupan besar di sebuah loji tenaga di Connecticut di Amerika Syarikat (AS) hari ini menyebabkan beberapa orang cedera dan mungkin membawa maut, menurut pegawai kecemasan kepada AFP.
“Terdapat satu letupan besar, dan beberapa orang telah mengalami kecederaan dan mungkin boleh membawa maut,” kata pegawai polis Middletown, George Yepes.
Media AS melaporkan, jumlah mereka yang terbunuh adalah besar dalam kejadian di loji tenaga yang berpunca daripada letupan gas di Middletown itu.
“Terdapat satu letupan di loji Tenaga Kleen,” kata Komisioner Jabatan Bomba Middletown, Bill Gregorio kepada AFP.
“Terdapat segelintir daripada mereka yang terlibat,” katanya ketika ditanya mengenai jumlah mereka yang cedera dalam kejadian itu. - AFP

Polis tumpaskan Geng Fatah, tahan 4 orang termasuk ketua


KOTA BHARU 7 Feb. - Polis berjaya menumpaskan 'Geng Fatah' yang amat dikehendaki selepas menahan empat lelaki termasuk ketuanya dalam dua serbuan di sekitar daerah ini, malam semalam dan awal pagi ini.
Kumpulan yang aktif sejak tahun lalu itu disifatkan polis sebagai berbahaya kerana dikatakan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh anggota polis jika terdesak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, siasatan mendapati geng itu terbabit dalam beberapa kes pecah rumah, samun dan curi kenderaan di negeri ini.
Menurutnya, polis pernah cuba untuk memberkas ketuanya yang berusia 21 tahun dalam satu kejadian pada 3 November lalu namun gagal.
"Ini kerana suspek yang berasal dari Pulau Gajah di sini telah melepaskan diri pada ketika itu apabila bertindak nekad melanggar anggota dan pegawai kanan polis.
"Bagaimanapun berdasarkan hasil risikan yang dilakukan, kita berjaya menahan ketua geng ini pada pukul 11.30 malam tadi di Gong Jerak, Pengkalan Chepa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Mazlan berkata, susulan penahanan suspek, polis menahan tiga lagi anggota geng itu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Belukar, Bukit Marak, pada pukul 3.30 pagi.
Katanya, polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira, sebilah pedang samurai, sebilah parang dan beberapa peralatan yang digunakan untuk memecah rumah.
"Siasatan mendapati seorang daripada anggota geng itu yang berusia 25 tahun berasal dari Kampung Belukar. Dua lagi berusia 25 dan 29 tahun berasal dari Kuantan, Pahang dan Taman Cheras, Kuala Lumpur.
"Hasil pemeriksaan, tiga termasuk ketua geng itu mempunyai rekod jenayah lampau manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod," katanya.
Tambahnya, semua suspek yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ditahan sejam lepas curi kereta


SUBANG JAYA 7 Feb. - Dua penjenayah berputih mata apabila ditahan bersama-sama kereta yang baru dicuri di tepi jalan di Seri Kembangan malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam iaitu sejam selepas mereka mencuri kereta Perodua Kelisa itu dari sebuah rumah di Kota Perdana, Taman Equine di sini.
Mereka berhenti di kawasan itu semata-mata untuk berbual selepas yakin mereka tidak diekori oleh sesiapa.
Namun, sebuah kereta peronda polis yang curiga dengan kehadiran kedua-dua suspek di kawasan itu telah memeriksa mereka.
Hasilnya, polis mendapati kedua-dua suspek menggunakan dua buah kereta curi iaitu Kelisa dan Toyota Wish.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, hasil soal siasat, polis menemui dua lagi kereta curi di dua lokasi di Serdang Raya.
"Polis menghubungi pemilik Kelisa itu dan memaklumkan keretanya telah dicuri dan berjaya ditemui semula," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, suspek dipercayai saki baki anggota geng GTI yang pernah ditumpaskan sebelum ini.
"Modus operandi mereka ialah mencuri kereta tetapi tidak melakukan samun. Kita menyiasat kemungkinan mereka menjual kereta kepada bengkel untuk dileraikan," katanya.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 397A kerana mencuri kenderaan.

Lagi wanita ditahan minum arak di Pahang


KUANTAN 7 Feb. - Dua wanita antara 15 orang Islam yang ditahan kerana meminum arak dalam operasi Ops Taubat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di beberapa buah pusat hiburan dan hotel di sekitar bandar ini, tengah malam tadi.
Dalam operasi selama dua jam bermula pukul 12 tengah malam itu, enam pasangan turut ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Ketua Penguat Kuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab. Malek berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 dan 55 tahun dengan sebahagian daripada mereka berasal dari luar bandar ini.
Katanya, semua yang ditahan kerana minum arak akan didakwa di Mahkamah Syariah di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).
"Sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM3,000 atau tiga tahun penjara dan enam kali sebatan atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Operasi itu disertai 40 kakitangan JAIP dengan kerjasama polis.
Ahmad Raffli menambah, bagi kesalahan berkhalwat, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 145 (1) dan (2) enakmen sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
"Semua pesalah khalwat dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin.
"Bagi pesalah minum arak pula, masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM3,000 disertai dua penjamin bagi setiap pesalah," katanya.
Tambahnya, pihaknya akan meneruskan operasi seumpama itu bagi membendung gejala tidak bermoral tersebut daripada terus berleluasa.
Beliau menyifatkan penahanan tersebut sebagai memalukan kerana hampir semua pelanggan di pusat-pusat hiburan terbabit adalah orang Islam.
"Hanya dua tiga orang sahaja yang bukan beragama Islam. Perbuatan mereka ini memang keterlaluan, mahukan keseronokan hingga lupa batas-batas agama," katanya.

Suami isteri dirujuk ke psikiatri


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki meliwat anak tunggal lelaki mereka yang berusia lima bulan akan dirujuk kepada pakar psikiatri dalam waktu terdekat.
Langkah tersebut bertujuan bagi menentukan tahap kesihatan mental kedua-dua suspek.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah untuk membolehkan kedua-duanya menjalani ujian itu.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya telah merakam keterangan semua pihak yang diperlukan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan butiran mereka terbabit kerana bimbang menganggu siasatan.
"Kita akan jalankan siasatan terperinci meliputi pelbagai sudut bagi melengkapkan siasatan. Ini termasuk dari sudut perubatan seperti pakar psikiatri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian 31 Januari lalu, bayi itu disahkan meninggal dunia sejurus selepas dibawa oleh pasangan terbabit untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh di sini.
Siasatan mendapati, mangsa mempunyai kesan-kesan kecederaan di bahagian duburnya dan ia dipercayai adalah kesan liwat.
Laporan doktor juga mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan cedera pada tubuh bayi malang itu.
Berikutan itu, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut.
Menurut Arjunaidi, pasangan itu ditahan sehari selepas kejadian, iaitu 1 Februari lalu selepas majlis pengkebumian anaknya di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh di sini.
Tempoh tahanan reman kedua- duanya sepatutnya tamat semalam tetapi telah dilanjutkan sehingga 12 Februari depan bagi melengkapkan siasatan.

Raja Petra: Anuar diminta salur maklumat kepada polis


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari supaya menghubungi polis jika mempunyai maklumat mengenai pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (gambar).
Beliau berkata, tindakan beliau yang membuat pendedahan secara terbuka kepada mana-mana bentuk sumber termasuk media hanya akan menganggu dan merumitkan siasatan polis.
"Kalau benar dia (Anuar) mempunyai maklumat, sila tampil kepada polis dan bagi maklumat secara rasmi. Mana tahu maklumat itu boleh membantu polis sehingga tertangkapnya pengendali portal itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Anuar mendedahkan seorang individu bernama Aasil Kazi Ahmad iaitu warganegara Amerika Syarikat (AS) berketurunan Pakistan dipercayai mampu membantu polis mengesan Raja Petra.
Pada sidang akhbarnya, Anuar mendakwa, lelaki terbabit, dipercayai masih berhubung dengan Raja Petra yang telah melarikan diri ke luar negara.
Anuar juga sedia menyalurkan segala maklumat mengenai Aasil kepada polis bagi mengesan Raja Petra.
Ismail berkata, pihaknya sedang menyiasat semua petunjuk baru serta maklumat yang ada dalam memburu Raja Petra.
Ditanya mengenai Aasil, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang maklumat kerana dikhuatiri menganggu siasatan.
"Biar kami siasat dulu. Buat masa ini terlalu awal untuk saya mendedahkan apa-apa maklumat," jelas beliau.
Sebelum ini, Raja Petra dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan ke atasnya pada 23 April dan 25 Mei tahun lalu, kerana gagal mengikuti perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau dituduh menerbitkan artikel Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam laman www.malaysia-today.net bertarikh 25 April 2008, selain dituduh memfitnah Rosmah dan dua yang lain dalam akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta 18 Jun tahun lalu.