Search This Blog

Loading...

Saturday, February 6, 2010

Media ibarat ‘kerajaan kedua’


| Print |  E-mail
Khairul Azlam Mohmad   
KUALA TERENGGANU, 6 Feb: Media memainkan peranan yang sangat besar dalam masyarakat hingga dianggap sebagai ‘kerajaan kedua’ kerana mereka boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Mohd Salleh berkata, peranan wartawan media seperti sebuah ‘kerajaan’ yang boleh menjatuhkan kerajaan yang sedia ada hari ini.
“Kita menyedari peranan wartawan dalam mencorakkan masyarakat sangat besar dan sebagai kuasa penentu.
“Peranan wartawan juga seperti sebuah kerajaan kedua yang boleh menaik dan menjatuhkan kerajaan sebagaimana yang berlaku dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 lalu,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kewartawan Islam anjuran Jabatan Penerangan PAS negeri di Markas Tarbiah PAS Kawasan Kuala Terengganu, di sini pagi ini.
Tambahnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tumbang di beberapa buah negeri pada PRU ke-12 lepas tetapi menghilangkan kemenangan dua pertiga di peringkat Pusat.
Menurutnya, situasi yang berlaku itu adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh media terutama  media baru dan alternatif yang mendedahkan kepincangan dan penyelewengan BN secara meluas.
“Kami berharap para wartawan media baru dan alternatif ini dapat meneruskan peranan dengan lebih serius agar Pakatan Rakyat memenangi PRU ke-13 nanti di peringkat Pusat dan meruntuhkan kerajaan BN negeri-negeri,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa masyarakat hari ini sudah celik media dan tidak lagi bergantung dengan berita yang disiarkan oleh media arus perdana yang mengampu kerajaan sebaliknya mendapatkan maklumat daripada media baru dan alternatif.
Justeru itu, beliau berharap para wartawan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat berdasarkan sumber yang jelas agar masyarakat mendapat info yang benar-benar sahih.
Ketika berucap merasmikan seminar yang julung kali diadakan itu, beliau berharap para peserta dapat memainkan peranan serta mempunyai tanggungjawab keagamaan.
Menurutnya, ini kerana wartawan Islam juga mempunyai peranan dakwah kepada umum.
“Kita harap peserta kursus atau seminar ini supaya aktif dan maklumat parti dapat disalurkan sebaik mungkin dan berperanan memperkenalkan PAS kepada masyarakat,” ujarnya.
Katanya, banyak isu di peringkat akar umbi perlu disebarkan kepada umum termasuk peranan PAS dalam membina masyarakat dan negara.
Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong turut membentangkan kertas ‘Asas Penulisan Berita’ pada seminar sehari itu yang dikendalikan oleh Ketua Unit Penerbitan PAS negeri, Dr Azman Ibrahim.

Kes Altantuya: Tulisan RPK gambarkan Nasir Safar terbabit?


| Print |  E-mail
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 6 Feb: Belum pun reda isu Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar menggelarkan imigran awal berbangsa Cina dan India di Malaya sebagai ‘pelacur’ dan ‘pengemis’ beberapa hari lalu, pengendali blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) semalam seolah-olah mendakwa Nasir terbabit dalam kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu. “Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar.
"Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?" dipetik dari tulisan RPK yang berjudul Nasir Safar, si 'Lelaki Misteri' pada hari Altantuya meninggal dunia.
Dakwaan RPK itu merujuk pada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah oleh Balasubramaniam a/l Perumal iaitu Penyiasat Peribadi bagi kes pembunuhan mendiang Altantuya.
"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami," dipetik dari blog RPK.
Sehubungan itu, RPK turut mempersoalkan keterlibatan bekas Pegawai Khas bagi Datuk Seri Najib Tun Razak di tempat mendiang Altantuya Shaariibuu diletupkan dengan menggunakan C4.
Pendedahan tersebut, menurut dakwaan RPK sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini; salah seorang daripada dua bekas pembantu peribadi  atau aide-de-camp (ADC) kepada Najib, iaitu Musa Safri terbabit membunuh Altantuya.
"Dengan pendedahan ini, maka dua daripada kakitangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, yang mana seorang lagi adalah ADC-nya, Musa Safri yang tidak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan pembunuhan Altantuya," dipetik dari tulisan RPK.
Menurut dakwaan RPK lagi, pendedahan tersebut juga sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini berhubung posisi sebenar ADC kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur; iaitu Norhayati Hassan.
"Anda masih ingat pada Norhayati Hassan, iaitu ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam angkatan tentera mengesahkan bahawa dia telah melatih pasangan suami isteri itu tentang cara mengendalikan C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti berdasarkan keadaan (circumstantial), ataupun mungkin hanya pembohongan yang diuar-uarkan oleh RPK dan Malaysia Today?" soal RPK.
Dalam tulisan RPK, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tujuan Nasir memandu kereta perlahan-lahan di tempat kejadian sekadar mahu memastikan Altantuyaa ditangkap sahaja.
"Mula-mula sekali, nama ADC Najib, Musa Safri muncul. Selepas tu, timbul pula nama ADC Rosmah, Norhayati Hassan dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Nah, sekarang pula, nama Nasir Safar pula disebut-sebut sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda. Mungkin dia nak pastikan bahawa Altantuya, ‘si pengacau’ tu, ditangkap," jelas.
Bagaimana pun, dilaporkan Nasir sehingga hari ini tidak dipanggil untuk membantu siasatan dan mengenal pasti pembunuh sebenar mendiang Altantuya Shaariibuu.

Dituduh rasuah RM20,000 sekat pesaing bida tanah

MELAKA: Seorang pemaju perumahan di negeri ini dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dakwaan memberi sogokan RM20,000 kepada dua lelaki supaya tidak bersaing membida sebidang tanah bernilai hampir RM1 juta di satu lelongan di Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah (PTDAG), dekat sini.Tertuduh, Teo Boon Hoo, 42, dari Bukit Beruang Heights, di sini, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Mengikut pertuduhan, Teo didakwa memberi rasuah sekeping cek MBB bernombor 703640 bernilai RM20,000 melalui Pang Chai Hin, 46, untuk diberikan kepada Pok Geok Seng, 47, dan Ngo Eng Yu, 49, sebagai upah tidak bersaing sebagai penawar ‘bidder’ berdaftar di lelongan tanah di PTDAG. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 81 & 88, Jalan IKS M/33, Kawasan Perindustrian Malim Jaya, dekat sini, antara jam 8 pagi hingga 6 petang pada 16 Disember lalu. Ia bagi membolehkan tertuduh berjaya dalam lelongan tanah Lot 577, GM 169, Mukim Durian Tunggal, Alor Gajah yang diadakan pada hari sama, iaitu kira-kira jam 10.15 pagi di PTDAG. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10(b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun serta didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi membebaskan tertuduh sementara perbicaraan kes selesai.

Tambah 5 tahun

SHAH ALAM: “Kamu melarikan kanak-kanak. Bayangkan betapa sedihnya ibu bapa apabila anak mereka hilang,” kata Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.Beliau berkata demikian sebelum menambahkan hukuman tiga tahun penjara kepada lima tahun terhadap seorang pembantu rumah, Suparmi Lamidi, 50, yang dituduh menculik anak majikannya pada November tahun lalu. Mokhtarudin membuat keputusan itu selepas mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk menambahkan hukuman yang sebelum ini dibuat Mahkamah Majistret, di sini, pada Disember lalu. Dalam prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya dalam hujahan berkata, Suparmi menyalahgunakan kepercayaan yang diamanah oleh majikan kepadanya. Menurutnya, ketika dilarikan, mangsa adalah seorang kanak-kanak dan dia tidak mampu mempertahan diri sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. “Jika mangsa tidak ditemui oleh seorang yang bertanggungjawab, kanak-kanak itu mungkin jadi mangsa penyeludupan.

Ini masalah sosial kita tak tahu apa tujuan Suparmi membawa kanak-kanak itu dan dia mungkin terbabit dalam aktiviti perdagangan manusia. “Jadi, hukuman penjara tidak patut dikurangkan, tetapi perlu ditambah kerana sebagai seorang yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki, sepatutnya berfikir sebelum melakukan jenayah,” katanya. Bagaimanapun, Suparmi yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman terhadapnya dikurangkan berikutan ibunya sudah tua. Harian Metro pada 3 Disember lalu melaporkan Suparmi dikenakan hukuman penjara 36 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas tuduhan terhadapnya. Wanita terbabit didakwa menculik kanak-kanak perempuan Siti Nurdiana Aung Soe@Husin berumur dua tahun dan tujuh bulan daripada ibunya, Haslinda Damanik, 35. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di apartmen Jalan Yoga 13/42, Seksyen 13, di sini, pada jam 7 pagi, 17 November lalu. Bagi pertuduhan itu, Suparmi didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun serta sebat, jika disabit kesalahan.

Minda: Lelaki tetap ke tali gantung

TINDAKAN sekelip matanya mengakibatkan musibah besar. Bukan satu atau dua, tetapi enam nyawa hilang melayang bersama asap api yang membunuh mereka.Antara kes bunuh membabitkan mangsa paling ramai pernah dibicarakan di negara ini, tragedi yang menimpa pada awal pagi itu hanya membuktikan malapetaka yang menanti seandainya akal dan emosi dibiar dikuasai amarah tidak terbendung.

Tarikh 14 April 1997.

Pada kira-kira jam 2.30 pagi, Yeap Boon Hai pergi ke sebuah stesen minyak untuk membeli petrol.

Dia membawa bersamanya empat bekas plastik kosong.

Selepas mengisi keempat-empat bekas itu, dia membayarnya menggunakan satu not RM50.

Yeap kemudian meminta pertolongan atendan itu menghantar ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.

Atendan menurut kehendak Yeap.

Dia menghantar Yeap menggunakan motosikalnya.

Dua daripada bekas plastik itu diletakkan di raga motor manakala dua lagi dipegang Yeap. Sejam dua puluh minit kemudian, sebuah rumah kedai bernombor 450A Jalan 18/2A di Taman Seri Serdang, Hulu Langat, Selangor terbakar. Apabila api dipadam bomba, enam orang ditemui mati rentung.

Mereka ialah isteri Yeap, Kee Sok Kiang, 34; anaknya, Cheok Wai, 12; ibu mentuanya, Koh Seik Lang, 59; abang iparnya, Kee Kim Hup, 30; bapa saudara Khor Chai Peng, 47, dan anak saudaranya, Khor Khim Im, 38. Yeap diberkas polis.

Dia dikenakan pertuduhan melakukan enam pembunuhan mengikut Seksyen 300 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian mendedahkan apa yang mendorong Yeap, 50, yang merupakan seorang kontraktor, melakukan jenayah yang sedemikian kejam, sekali gus meragut enam nyawa termasuk darah dagingnya sendiri. Sewaktu perbicaraan, pihak pendakwa hanya bergantung kepada bukti keadaan untuk mensabitkan kesalahan Yeap berikutan tidak siapa melihatnya mencetuskan api menggunakan petrol pada pagi kejadian. Pendakwa mengemukakan empat saksi penting untuk memberikan keterangan terhadap Yeap. Pertama, atendan pam.

Dia memberikan keterangan bahawa dia melihat sendiri Yeap membeli petrol menggunakan empat bekas plastik beberapa ketika sebelum kejadian malang itu. Atendan itu secara positif mengecam Yeap.

Kedua, pendakwa menampilkan seorang jururawat yang menetap di sebuah kediaman bertentangan dengan rumah kedai yang dibakar itu. Dalam keterangan, wanita itu memberitahu mahkamah pada kira-kira jam 3.30 pagi kejadian, dia yang bangun untuk ke bilik air, ternampak Yeap yang memakai baju putih. “Saya melihat dia pada jarak tiga hingga empat meter.

Dia sedang menuruni tangga di kanan bangunan rumah kedai dengan tergesa-gesa,” katanya yang bertugas di Hospital Kajang. Menurutnya, pada ketika itu, rumah kedai berkenaan sudah pun dimamah api. “Saya memang cam dia kerana pernah melihatnya sebelum ini,” katanya yang menyifatkan Yeap sebagai ‘orang gila.’ Bagi mengukuhkan kes dan membuktikan motif kejadian, pendakwa turut menampilkan abang ipar dan kakak ipar Yeap. Kedua-dua mereka memberitahu mahkamah pada petang 13 April 1997, Yeap dan isterinya bertengkar selepas mangsa menuntut cerai daripadanya. Yeap, kata mereka, naik berang apabila mangsa cuba menghalaunya dari rumah kedai itu dengan alasan ia hak miliknya. Yeap, kata mereka, berkeras hartanah itu kepunyaannya dan turut bertekak dengan ibu mentuanya serta Kim Hup. “Malah, Yeap mengugut untuk memufliskan Kim Hup apabila Kim Hup memintanya keluar dari rumah kedai itu,” katanya. Yeap terus berkeras enggan keluar dari rumah kedai itu dan sebaliknya memberitahu dia akan terus berada di situ selama tiga hari untuk bersama anak-anaknya. Sewaktu pertengkaran itu, ibu Yeap dan dua kakak serta adik lelakinya turut berada bersama.

Bagaimanapun, mereka meninggalkan premis berkenaan menjelang tengah malam.

“Ibu Yeap menasihatkan dia supaya menyerahkan perniagaannya kepada isterinya sebelum dia (ibu Yeap) keluar dari tempat kejadian,” mahkamah diberitahu. Keterangan kedua-dua saksi ini turut disokong seorang pekedai yang menjalankan perniagaan bersebelahan dengan rumah kedai itu. Dia dalam keterangan berkata, Yeap dan isterinya sering bergaduh dan pada kira-kira jam 3.30 pagi kejadian, dia melihat sebuah kereta meninggalkan tempat kebakaran sebelum mendengar satu letupan kuat serta bunyi cermin pecah. Pakar kimia dan pegawai bomba, yang menganalisis bukti, turut memberikan keterangan kolaborasi dengan memberitahu mahkamah, cecair yang digunakan untuk memulakan api adalah petrol. Pegawai bomba yang bertugas memadam api di rumah kedai itu berkata, cecair itu mengalir menuruni tangga dan ini menyebabkan api merebak dengan pantas. Yeap, sewaktu membela diri mengesahkan bukti yang dikemukakan pendakwa termasuk bergaduh dengan isteri, mak mentua serta abang iparnya pada petang kejadian. Yeap memberitahu mahkamah, dia sedih selepas bergaduh dengan isterinya lalu meminum arak. Kemudian, katanya, dia pergi ke stesen minyak dengan berjalan kaki untuk membeli petrol. Dia seterusnya berjalan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang dan berjumpa dengan seorang pekerjanya berwarga Indonesia bernama Yu.

Sekolah itu terletak lebih kurang satu kilometer dari tempat kejadian. Menurutnya, dia memberitahu Yu mengenai pergaduhan dengan isterinya dan meminta menggunakan petrol yang dibeli untuk memusnahkan mesin penyalin (perniagaan yang dijalankan Yeap bersama isteri) yang berada di rumah kedai berkenaan. Yeap berkata, Yu memandu keretanya menuju ke rumah kedai itu dan turun sebelum kembali semula ke kenderaan berkenaan beberapa ketika kemudian. “Yu memberitahu saya bahawa dia menuang petrol untuk membakar mesin penyalin berkenaan,” katanya.

Yeap memberitahu mahkamah, dia menurunkan Yu di Jalan Puchong dan kembali ke rumahnya di Shah Alam di mana dia menelan 30 biji Panadol dengan arak sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Yeap berkata dia hanya mengetahui kejadian sebenar yang berlaku selepas dimaklumkan kakak dan abangnya pada keesokan harinya. “Saya hanya meminta Yu membakar mesin penyalin itu dan bukan membakar rumah kedai itu,” katanya. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi dalam penghakiman bertarikh 2 November 2001 menolak pembelaan Yeap dan mensabitkan kesalahannya kerana bukti dikemukakan kukuh seraya menjatuhkan hukuman mati. Rayuannya ke Mahkamah Rayuan turut ditolak pada 10 Disember 2008.

Usaha terakhir Yeap untuk menyelamatkan diri daripada tali gantung turut tidak berhasil apabila Mahkamah Persekutuan mengenepikan rayuannya, baru-baru ini. “Perayu (Yeap) memulakan api untuk membakar rumah kedai itu sedangkan dia mengetahui ia dihuni ramai orang termasuk isteri dan anaknya. “Tindakannya meletakkan nyawa ramai orang dalam bahaya.

Perbuatannya berbahaya dan sememangnya boleh menyebabkan kematian. “Kami mendapati perbuatannya menepati tafsiran membunuh mengikut Seksyen 300 Kanun Keseksaan,” kata Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk James Foong. Nyawa Yeap akan berakhir di tali gantung melainkan dia mendapat pengampunan.

Penyokong tak jadi berarak

KUALA LUMPUR: Hanya kira-kira 20 orang yang dipercayai penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Wilayah di Jalan Duta untuk berarak ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.Difahamkan perhimpunan yang diketuai Ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua, sepatutnya berarak dari Masjid Wilayah ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejauh kira-kira 500 meter, bagaimana ditangguhkan pada Isnin ini. Tian Chua yang berucap di luar perkarangan masjid berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan ceramah pada setiap malam di Ibu Pejabat PKR di Damansara termasuk di seluruh negara untuk memberi penerangan kepada penyokong berhubung tuduhan liwat yang dihadapi Anwar. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, turut hadir dalam perhimpunan itu. Sebelum perhimpunan bermula, sekitar kompleks mahkamah itu dikawal anggota polis beruniform dan turut dibantu tiga trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak penyembur air serta dua trak polis sebagai persediaan menghadapi demonstrasi itu. Selain itu, orang awam yang mahu masuk ke dalam kompleks itu turut diperiksa.

Saya maafkan suami'

AMPANG: “Saya maafkan suami. Yang sudah itu lepaslah. Tak nak ingat lagi. Buat apa saya menyimpan dendam kerana ia hanya akan menyakitkan hati dan memudaratkan diri sendiri,” kata Noor Shamila A Majid, 34, wanita hamil lima bulan yang ditetak suami dalam kejadian Selasa lalu.
Dia yang mengalami cedera di kepala dan tangan akibat tetakan pisau pemotong daging digunakan suami dalam kejadian itu turut menyatakan sudah tawar hati untuk kembali bersama lelaki terbabit.


Menurutnya, dia berhasrat membuat tuntutan fasakh berhubung insiden berkenaan.
“Saya sudah memaafkan tindakannya, namun saya tidak akan menerimanya kembali dan akan menuntut fasakh,” katanya ketika ditemui di Hospital Ampang, di sini, semalam.


Noor Shamila berkata, dia juga tidak akan pulang semua ke rumahnya Pangsapuri Sri Ampang, Taman Dagang, tempat kejadian itu kerana enggan menyimpan memori duka akibat kejadian tragik itu.


“Selepas keluar hospital, saya dan anak-anak yang masih dalam trauma akan tinggal bersama ibu di Sungai Buloh.

Saya akan berusaha mencari rumah baru untuk menetap dalam suasana lain bersama empat anak,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Skuad Sayang Wanita Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd Ishak hadir bersama beberapa ahli jawatankuasanya bertemu dengan mangsa.


Reny Rahayu berkata, pihaknya akan membantu membawa anak mangsa bertemu dengan kaunselor bagi menghilangkan trauma.


Katanya, Skuad Sayang juga akan memberi bantuan kepada mangsa jika diperlukan.


Harian Metro kelmarin melaporkan seorang wanita yang mengandung lima bulan menjadi mangsa kekejaman suami sendiri apabila ditetak pisau pemotong daging menyebabkan empat jari tangan kirinya terkulai.


Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu dikatakan berpunca daripada suami mangsa yang berang apabila isterinya pulang lewat walaupun disebabkan keretanya dipecah pencuri.


Berang isterinya yang bekerja di sebuah bank di Jalan Ipoh di sini, pulang lewat, lelaki terbabit menyerang wanita itu menggunakan pisau pemotong daging.


Bagaimanapun, lelaki itu yang menjual pakaian terpakai di Pasar Chow Kit akhirnya menyerah diri di Balai Polis Ampang.

Suap RM50, denda RM10,000

JOHOR BAHRU: Gara-gara memberi suapan RM50 kepada anggota polis Januari lalu, pemandu lori tilam warga Pakistan dijatuhi hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara satu hari oleh Mahkamah Sesyen, semalam.Hakim Aliman Musri membuat keputusan itu selepas Warid Said Zuraish Khan, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan pertuduhan, Warid didakwa memberi suapan RM50 kepada anggota polis Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, Konstabel Mohamad Juzaidi Mahmood sebagai dorongan tidak mengambil tindakan berhubung kesalahannya memandu tanpa lesen. Dia didakwa berbuat demikian di Jalan Indah 5/20, Taman Bukit Indah di sini, kira-kira jam 6.15 petang 28 Januari lalu.

Kahwin untuk enam bulan


Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my
2010/02/06
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA TERENGGANU: “Dia berkahwin dengan saya bukan atas dasar kasih sayang, tetapi bertujuan menipu,” dakwa Daros Harun, 38, selepas kecewa tindakan isteri menuntut cerai, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.
Lebih membingungkan apabila jururawat berusia 32 tahun yang dinikahinya pada Jun 2009 lalu membuat tuntutan itu tanpa sebab. Pekerja chalet di Pulau Kapas dari Kampung Buloh Gading, Manir, berkata hubungan mereka hambar sejak awal perkahwinan apabila wanita berkenaan tidak melayaninya sebagai suami dan sentiasa menjauhkan diri daripadanya sebelum memberitahu mahu berkahwin selama enam bulan saja. “Dia berkata demikian pada hari ketiga perkahwinan dan saya cuba bertanyakan kenapa, tetapi gagal apabila dia sering mengelak bertanyakan hal itu.

“Sama ada benar tujuannya mengambil kesempatan mendapatkan wang mudah melalui perkahwinan itu atau ada muslihat lain di sebalik perkahwinan itu, saya tertipu selepas berbelas ribu wang dihabiskan untuk majlis perkahwinan yang dihadiri 1,000 jemputan termasuk saudara-mara dan rakan,” katanya yang membelanjakan wang lebih RM12,000 termasuk wang hantaran RM6,000. Daros berkata, dia hairan apabila wanita terbabit menuntut cerai kerana sejak berkahwin dia tidak pernah melakukan perbuatan menimbulkan kemarahan isteri dan keluarga mentua. Katanya, sejak mendirikan rumah tangga, dia melayani wanita berkenaan dengan kasih sayang dan menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna. “Namun, kasih sayang diberikannya sia-sia apabila isteri bersikap demikian, malah rumah tangga kami semakin teruk apabila keluarga mentua mencemuh dan menghina saya dengan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk menuduh saya penagih dadah,” katanya. Daros berkata, sebelum berkahwin, dia tidak mengenali dan bertemu wanita berkenaan yang tinggal sekampung dengannya dan perkahwinan mereka dibuat atas pilihan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Sikap dingin isteri menyebabkan saya mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan isteri dan keadaan itu menjadi parah selepas rakan lelakinya meninggal dunia pada hari keempat perkahwinan kami.

“Selepas peristiwa itu saya mendapati dia tidak henti-henti menangis dan keadaan itu mencurigakan saya sebelum mengaku lelaki yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya itu bekas kekasihnya. Menurut Daros, disebabkan perasaan kasih dan sayang mendalam terhadap isteri, dia terus tinggal di rumah berkenaan walaupun dihina keluarga mentua dengan pelbagai tuduhan menyakitkan hati. “Saya tahu isteri dan mentua sengaja menyakitkan hati saya dan mengharapkan saya keluar dari rumahnya selepas tidak tahan tuduhan dan layanan buruk isteri,” katanya. “Selepas hampir sebulan keadaan itu berlarutan, saya membuat keputusan meninggalkan rumah berkenaan dan tinggal bersama keluarga. “Namun, sebagai suami, saya tetap mengunjungi isteri di rumahnya, tetapi kesal apabila dihalau mentua yang tidak membenarkan saya bertemu anaknya,” katanya. Daros berkata, bagi menyelamatkan rumah tangganya, dia membuat aduan dua kali di pejabat agama daerah, tetapi usaha itu sia-sia.


Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Mangsa parah di muka, badan

HULU SELANGOR: Berita menyedihkan apabila hasrat Ketua Penolong Pengarah Siasatan 2, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abd Halim (gambar), 50, untuk pulang ke rumah sejurus menghadiri mesyuarat tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan ngeri tengah malam, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, kereta Proton Perdana dinaiki mangsa terbabas sebelum merempuh bahagian belakang treler membawa muatan tiang lampu di Kilometer 419.7 Lebuh raya Utara-Selatan menghala susur keluar Bukit Tagar, Rawang di sini. Difahamkan, ketika kejadian mangsa baru selesai menghadiri mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Perak di Ipoh, Perak, sebelum berhasrat pulang ke rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan. Bagaimanapun, kereta Proton Perdana yang dipandu pemandunya, Lans Koperal Asminton Salimin dipercayai terbabas dan merempuh bahagian belakang treler yang berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakan. Kemalangan ngeri itu menyebabkan Mohd Hazam maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di muka dan badan.

Suami 'senyap' selepas mengadu letih, sesak nafas

MELAKA: “Selepas menikmati makan tengah hari di restoran ini (Restoran Ikan Bakar Malim), kami berbual seketika tetapi tiba-tiba arwah suami mengadu letih dan kami pun berjalan masuk ke dalam kereta yang diletak berhampiran.
“Bagaimanapun, sebaik memasuki kereta, arwah mengadu sukar bernafas pula dan tidak lama kemudian terus senyap,” kata Norsiah Mohd Isa, 59, dari Kampung Paya Datok, Alor Gajah ketika ditemui di perkarangan restoran terbabit di Ayer Keroh di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.10 petang itu, suaminya, Allahyarham Ahmat Kasim, 66, yang juga pesara guru meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengadu sesak nafas sebaik selesai menikmati makan tengah hari.
Menceritakan kejadian menimpa suaminya, Norsiah berkata, sebelum itu, mereka baru pulang dari Hospital Melaka (HM) selepas arwah menjalani pemeriksaan kesihatan kira-kira jam 11.30 pagi mengikut temu janji ditetapkan.
Katanya, sebaik menjalani pemeriksaan kira-kira jam 1 tengah hari, suaminya tiba-tiba memaklumkan sudah lama tidak menikmati hidangan ikan bakar lalu mengajaknya pergi ke restoran berkenaan sebelum pulang ke rumah.
“Kami kemudian pergi ke restoran itu dan makan tengah hari, malah segala-galanya berjalan seperti biasa sebelum arwah suami tiba-tiba mengadu letih.
“Tidak lama selepas makan, kami terus ke kereta dan apabila berada di dalamnya, arwah tiba-tiba memberitahu sukar bernafas.

Bagaimanapun, sejurus itu arwah terus senyap meskipun saya cuba memanggilnya,” katanya ketika ditemui, di sini.
Katanya, arwah suaminya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan HM yang bergegas ke tempat kejadian.
Sementara itu, seorang pelanggan restoran terbabit yang mahu dikenali sebagai Fairuz, 34, berkata dia kebetulan duduk di meja makan bersebelahan arwah sebelum itu.
“Bagaimanapun, selang beberapa ketika selepas pasangan suami isteri itu masuk ke dalam kereta, saya serta beberapa pelanggan lain perasan isteri arwah menangis sambil mengesat air mata.
“Kami lalu ke keretanya dan bertanyakan isteri arwah apa yang terjadi lalu dimaklumkan suaminya tidak bergerak.

Kami cuba memanggilnya tetapi arwah tidak bertindak balas lalu terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Buaya muncul bawah Jambatan Pulau Gadong

MELAKA: Sekumpulan remaja yang melepak di atas Jambatan Pulau Gadong, dekat sini, terperanjat apabila melihat kepala seekor buaya air masin berukuran lebih satu meter panjang secara tiba-tiba timbul di dalam sebuah kolong di situ, awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, reptilia itu dilihat ‘tenang’ di kolong berkenaan sebelum menyelam apabila melihat orang ramai mula memenuhi kawasan itu. Seorang remaja, Mohd Haikal Hamdan, 15, berkata kemunculan buaya berkenaan disedari rakannya ketika mereka pulang dari program 1Malaysia Bersama Rakyat di Pantai Kelebang, di sini, selepas basikal seorang rakannya mengalami kerosakan.

“Kami berhenti di atas jambatan di situ sambil melihat keadaan persekitaran, tiba-tiba seorang rakan menegur kononnya dia melihat seekor buaya di dalam kolong di Pantai Kelebang. “Saya pada mulanya tidak percaya dan mengatakan apa yang dilihat itu adalah sebatang kayu balak hanyut, bagaimanapun sangkaan meleset apabila pantulan cahaya menunjukkan ia adalah seekor buaya,” katanya ketika ditemui, di sini. Menurutnya, sebelum ini dia bersama rakannya pernah beberapa kali melihat buaya timbul di sungai itu, dan terbaru, kira-kira dua minggu lalu apabila melihat seekor buaya berada di kawasan berlumpur ketika pulang dari sekolah. “Namun, hingga kini belum ada apa-apa berita mengenai penangkapan buaya oleh Perhilitan sekali gus berharap pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu kerana siapa tahu mungkin ia akan mengganas dan menyerang orang terutama pemancing,” katany

Darling didakwa menipu

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali sebagai Darling, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai cagaran berharta, tiga tahun lalu.Darling, 27, yang ditangkap semalam sebelum dihadapkan ke mahkamah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan berkenaan di hadapan hakim Asmadi Hussin. Dia dituduh menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu 'Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd' bertarikh 16 Ogos 2007. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak di sini, pada 16 Ogos 2007. Bagi pertuduhan itu, Darling dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun sama. Jika disabit kesalahan, pelakon jelita itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad, manakala pelakon terbabit diwakili peguam K Khailish. Mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Kakak cekup adik tidur berselimut bersama kekasih

MELAKA: Seorang remaja perempuan sanggup menconteng arang di muka keluarganya apabila membawa teman lelakinya tidur bersama ketika mereka keluar seketika kerana mempunyai urusan di luar.agaimanapun, apa yang dirancang gadis berusia 18 tahun bersama pasangannya berusia 21 tahun untuk mencipta ‘syurga dunia’ akhirnya menjadi perangkap apabila dicekup ahli keluarga pada awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kakak gadis itu yang berusia awal 20-an berasa curiga apabila mendengar bunyi pelik dari bilik adiknya hingga mendorongnya membuka pintu untuk melihat apa berlaku. Apa yang mengejutkan didapati lelaki terbabit tidur satu selimut bersama adiknya. Kejadian yang berlaku di Ayer Keroh, dekat sini, bermula ketika kakak gadis terbabit baru masuk ke dalam biliknya sebelum tiba-tiba terdengar suara lelaki dari bilik adiknya menerusi bilik air berkongsi yang terletak di bahagian tengah. Episod melukakan hati keluarga sendiri itu tidak hanya berakhir di situ, malah sembilan jam selepas kes pertama itu, kira-kira jam 9 pagi seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun turut melakukan perkara sama apabila dicekup ibu dan neneknya ketika sedang memadu kasih di ruang tamu rumah mereka di Bukit Baru, dekat sini. Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata dalam kes pertama berdasarkan siasatan pihaknya mendapati lelaki terbabit datang ke rumah teman wanitanya sejak jam 7 malam. Katanya, ketika itu, ibu dan kakak kepada gadis itu tiada di rumah sehingga mereka pulang kira-kira jam 10.30 malam. “Ketika itu, gadis berkenaan yang berkurung bersama teman lelakinya menyedari kepulangan mereka (ibu dan kakak) menyebabkan pasangan itu terperangkap,” katanya. “gadis berkenaan ‘menyembunyikan’ lelaki terbabit dalam biliknya sementara menunggu masa sesuai untuk membolehkan temannya itu dibawa keluar. “Bagaimanapun, kehadiran lelaki berkenaan dikesan kakaknya yang mendengar suara lelaki dengan jelas dari bilik adiknya itu dan menyebabkan dia membuka pintu untuk membuat pemeriksaan,” katanya, di sini. Rahimin berkata, apa yang mengejutkan, wanita berkenaan adalah dia menemui lelaki terbabit tidur di atas satu katil yang sama bersama adiknya. “Menyedari kehadiran ‘orang asing’ itu, dia memberitahu perkara berkenaan kepada ibunya dan kemudian lelaki terbabit terus dicekup sebelum diserahkan kepada Jaim untuk tindakan lanjut,” katanya. Beliau berkata, pasangan kedua ditahan ketika ibu kepada gadis berkenaan keluar bersama neneknya pada awal pagi untuk menyelesaikan urusan peribadi. Katanya, ketiadaan sesiapa di rumah diambil remaja perempuan berkenaan untuk menghubungi teman lelakinya berusia 20 tahun. “Mereka dicekup ibu dan nenek gadis berkenaan ketika dua wanita terbabit pulang ke rumah pada jam 9 pagi. “Ketika pintu rumah diketuk, ia enggan dibuka anaknya menyebabkan wanita terbabit bertindak mengegarkan pintu dengan kuat sebelum ia dibuka. “Ketika masuk, mereka terkejut apabila melihat seorang lelaki yang berseluar pendek dan berkemeja-t sedang duduk di ruang tamu dengan seluar panjangnya tergantung di situ,” katanya. Katanya, berang melihat anak perempuannya melakukan perbuatan sumbang di rumah menyebabkan wanita terbabit bertindak menghubungi Jaim bagi membolehkan pasangan itu ditahan. “Kedua-dua pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim,” katanya.

Sekeluarga menyisih diri

KUALA LUMPUR: Tragis apabila seorang gadis berusia 20 tahun diperlakukan bagai haiwan oleh tiga lelaki durjana yang memperkosanya bergilir-gilir sebelum aksi itu dirakam dan kini diedar secara meluas melalui telefon bimbit dengan judul ‘Kena Rogol’.Lebih malang, bukan saja gadis terbabit yang juga graduan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengalami tekanan perasaan, malah perlakuan tiga lelaki berhati binatang itu turut menyebabkan seluruh anggota keluarganya kini menyisihkan diri daripada masyarakat kerana malu selepas aksi kejadian dipercayai berlaku Oktober tahun lalu, tersebar melalui telefon bimbit. Kisah hitam gadis berkenaan didedahkan kenalannya hanya mahu dikenali sebagai Laili, 25, yang bersimpati, namun buntu untuk memujuk remaja terbabit membuat laporan polis. “Ketika pulang ke kampung di Negeri Sembilan baru-baru ini, saya bercadang mengunjungi mangsa, namun dihalang anggota keluarganya yang tidak mahu anak gadis mereka diganggu. “Kerana tidak puas hati, saya bertanya kepada adik gadis itu sebelum ditunjukkan satu klip video selama dua minit di telefon bimbitnya menunjukkan aksi kakaknya ‘dikerjakan’ tiga lelaki,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, klip video itu tersebar di kampungnya menyebabkan anggota keluarga mangsa malu lalu mengasingkan diri dari masyarakat. “Dalam video terbabit, mangsa tanpa seurat benang dipaksa tiga lelaki melakukan seks dengan tangannya dipegang.

Dia yang bertubuh kecil hanya mampu menjerit dan meraung meminta tolong, namun tidak dihiraukan. “Walaupun cuba melarikan diri, dia diheret dua lagi lelaki.

Tak tergamak saya melihat dia menangis meminta simpati, tetapi ketiga-tiga ‘binatang’ itu seolah-olah hilang akal,” katanya. Ketika ‘aktiviti’ jahat itu dilakukan, mereka memasang lagu dengan kuat bagi memastikan jeritan mangsa tidak didengari orang lain. “Saya difahamkan kejadian berlaku di Kuala Lumpur kerana ketika itu, mangsa masih bekerja di sini.

Selepas itu, mangsa pulang ke kampung dan enggan keluar rumah. “Dia lebih banyak bersendirian dalam biliknya, begitu juga ahli keluarganya yang tidak banyak bercakap berbanding sebelum ini,” katanya. Laili berkata, perasaan benci bercampur geram melihat keadaan mangsa membuatkan dia ingin menemui gadis terbabit, namun keluarganya bertegas memintanya jangan mencampuri urusan mereka. Lebih menyakitkan hati apabila keluarga gadis itu enggan membuat laporan polis kerana malu. “Saya pernah bertanyakan keluarga mengapa mereka tak mahu membuat laporan polis, namun ibu saya menyatakan mereka malu dan tidak mahu apa yang berlaku menjadi bualan lebih ramai penduduk kampung. “Mereka lebih rela mendiamkan perkara ini kerana bimbang diketahui.

Saya simpati dengan apa yang berlaku, namun tidak tahu cara terbaik yang perlu dilakukan bagi membantunya,” katanya. Menurutnya, dia berharap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu untuk membantu mangsa kerana bimbang perkara itu menjejaskan masa depan mangsa atau lebih malang gadis lain pula menjadi mangsa tiga syaitan bertopengkan manusia itu.

Penyewa dajal

AMPANG: “Disebabkan penyewa saya yang terpaksa menanggung bebannya,” kata Jaafar Abdul Aziz, 69, pemilik rumah teres setingkat di Ampang Jaya, dekat sini, yang menanggung akibat apabila diminta membayar bil elektrik rumah sewa miliknya berjumlah hampir RM10,000.
TERTUNGGAK
...Jaafar menunjukkan bil elektrik hampir RM10,000 lebih yang tidak mampu dilangsaikan.
TERTUNGGAK ...Jaafar menunjukkan bil elektrik hampir RM10,000 lebih yang tidak mampu dilangsaikan.Menurut Jaafar, bil elektrik terakhir pada November lalu RM9,650.05 dan sekarang dijangka semakin bertambah.

Katanya, rumah yang disewakan sejak lebih 10 tahun lalu kini dipotong bekalan elektrik sejak Ogos tahun lalu selepas penyewa berpindah empat bulan sebelum itu.

“Penyewa sekarang menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.

“Saya tidak sangka akan jadi begini kerana penyewa bayar sewa tiap-tiap bulan tanpa tertunggak dan saya yakin dia membayar bil lain tanpa masalah,” katanya.

Jaafar berkata, dia bertanggungjawab untuk melangsaikan tunggakan bil berkenaan, tetapi ia membebankan kerana pendapatan yang tidak seberapa sebagai pesara kakitangan awam.

“Pencen kerani RM800 sebulan tidak cukup untuk menampung kehidupan harian saya sekeluarga apatah lagi untuk membayar jumlah sebanyak itu,” katanya.

Jafaar mempersoalkan tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik rumah terbabit hanya selepas lebih 10 tahun ia tertunggak dan tidak memotongnya sebelum tunggakan mencecah ribuan ringgit. “Kalau TNB ambil tindakan dari awal keadaan ini tidak akan berlaku dan setahu saya paling lama pun bil tertunggak tiga bulan sebelum bekalan dipotong,” katanya.

Menurutnya, bagi menyelesaikan masalah terbabit dan bekalan elektrik disambung semula untuk penyewa baru dia ke TNB Kuala Lumpur di Menara THSelborn.

Dalam perbincangannya dengan TNB, dia membuat perjanjian untuk membayar secara ansuran 10 bulan bagi menyelesaikan segala tunggakan, namun tidak berkemampuan untuk membayar bil berkenaan.

Katanya, selepas membuat perjanjian terbabit, bekalan elektrik disambung semula pada September lalu dan penyewa baru hanya membayar bil semasa.

“Walaupun berjanji nak bayar ansuran, saya masih tidak mampu melaksanakannya dan saya khuatir bekalan akan dipotong semula serta jumlah tertunggak semakin bertambah.

“Saya minta TNB untuk selesaikan masalah ini secara baik dan mempertimbangkan untuk beri sedikit kelonggaran atau diskaun,” katanya.

Sementara itu, jurucakap TNB, berkata pihak ibu pejabat maklum mengenai perkara terbabit dan menjalankan siasatan.

“Mengikut siasatan awal dan rekod kami, bekalan ke rumah pengguna itu pernah dipotong pada 2007, namun pengguna membuat penyambungan semula secara haram. “Pengguna juga membuat pertukaran nama bagi akaun yang dimaksudkan dan tunggakan bagi akaun lama dipindahkan ke akaun baru terbabit,” katanya.

Katanya, pihak TNB akan melakukan siasatan mengenai masalah terbabit.

Menurutnya, terbaru pengguna ada datang berjumpa pegawai Kawalan Kredit TNB KL Pusat bagi tujuan pembayaran secara ansuran.

Ejen along makin galak edar risalah ke rumah

SEREMBAN: Tidak cukup iklan bersaiz kertas A4, ejen pinjaman wang dan along kini semakin galak memperluaskan empayar dengan mengedarkan kad atau risalah mereka dari rumah ke rumah di taman perumahan sekitar bandar ini dan Senawang, dekat sini.Kebanyakan penduduk di taman perumahan itu kesal dengan tindakan kumpulan terbabit kerana turut menyumbang kepada keadaan persekitaran yang kotor.

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata selain mengalami sendiri, pihaknya turut menerima banyak aduan mengenai kegiatan ejen along yang mengedarkan risalah atau kad dari rumah ke rumah.

Beliau berkata, dalam seminggu, tidak kurang tiga risalah along diselitkan dalam peti surat, malah ada juga diselitkan di pagar rumah.

“Jika dulu mereka menampal poster di bangunan atau tiang elektrik, namun kini mereka mengedarkannya dari rumah ke rumah bagi mempengaruhi orang ramai.

“PPIM berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat bertindak segera terhadap ejen along terbabit ,” katanya.

Kereta berpusing sebelum terbalik

RAWANG: ”Saya terperanjat apabila dirempuh kuat menyebabkan kereta saya berpusing dua kali sebelum terbalik,” kata Chong Kean Ming, 49, selepas keretanya dirempuh sebuah lori di Jalan Batu 16 berhampiran sebuah pasar raya di sini, semalam.
BANTU...orang ramai membantu menyelamatkan mangsa, semalam.
BANTU...orang ramai membantu menyelamatkan mangsa, semalam.TERBALIK...lori yang terbabit kemalangan, semalam.
TERBALIK...lori yang terbabit kemalangan, semalam.
Kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu berpunca dari sebuah lori satu tan yang membawa gas memasak yang mengalami kebocoran tayar sebelum merempuh kereta mangsa.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari Rawang ke Kepong.

“Tiba-tiba kereta saya dirempuh lori yang hilang kawalan selepas tayarnya meletup menyebabkan kereta saya terbalik.

“Lori itu terbalik di lorong arah bertentangan menyebabkan gas memasak yang dibawa bertaburan atas jalan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mangsa yang patah tangan kanan dihantar ke Hospital Selayang kira-kira 20 minit selepas kejadian dengan bantuan orang awam.

Pemandu lori yang dikenali sebagai Praba, 30-an tidak cedera.

Menurutnya, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rawang selepas mengambil muatan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, tayar belakang lorinya meletup menyebabkan dia gagal mengawal lalu melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta.

Umpan rokok cekup pencuri

MUADZAM SHAH: Jemaah surau ar-Raudah di Bandar Tun Razak di sini, yang kerap kehilangan barangan berharga termasuk telefon bimbit ketika bersolat, mencekup penjenayah terbabit dengan mengumpan sekotak rokok, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, dua remaja berusia 14 tahun diberkas ketika cuba mengambil sekotak rokok yang sengaja ditinggalkan dalam raga sebuah motosikal milik seorang jemaah di luar surau berkenaan. Berikutan tertangkapnya dua ‘penyangak cilik’ itu, ia secara tidak langsung membongkar kes kecurian lain di surau berkenaan yang berlaku sebelum ini sehingga membingungkan jemaah surau. Malah, dua remaja terbabit turut mendedahkan dalang kegiatan jenayah di surau itu iaitu seorang lagi rakan sebaya yang dianggap sebagai ketua kerana lebih licik mencuri barang berharga. Mangsa, Suhaimi Mat Salim, 36, berkata dia baru saja kehilangan telefon bimbit ketika bersolat di surau itu baru-baru ini menyebabkan seorang rakannya mengumpan rokok yang diletakkan dalam raga motosikalnya bagi menangkap penjenayah terbabit.

Tangisan anak panggil ibu, ayah

RAWANG: “Jika terlewat beberapa minit, saya, isteri dan bayi kami berusia setahun sudah pasti lemas atau terbakar hidup-hidup selepas hampir 20 minit terperangkap dalam rumah dipenuhi asap,” kata Rosdi Ahmad, 42, sejurus diselamatkan anggota bomba selepas rumah kedai tiga tingkat didiami terbakar awal pagi semalam.Dalam drama cemas kira-kira 9.40 pagi semalam, mangsa bersama isterinya, Rosnani Hashim, 39, hanya mampu menjerit dan melambai meminta tolong dari tingkap bilik tidur selepas terperangkap dalam rumah yang ketika itu dipenuhi asap tebal akibat kebakaran berpunca dari kedai membaiki motosikal di tingkat bawah premis.

Difahamkan, mangsa terpaksa bergantung pada kain tuala yang dibasahkan bagi menutup muka dan kepala akibat bahang api yang ‘memanggang’ rumah mereka itu. Lebih mendebarkan apabila dua anak pasangan berkenaan, Mohd Alif Rosdi, 17, dan Siti Balqish, 13, hanya mampu menangis dari tingkat bawah rumah sambil merayu supaya ibu bapa mereka segera diselamatkan dari mati terbakar hidup-hidup. Alif yang ketika itu mengikut sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Puteri di sini, tidak henti-henti melaung nama ibu dan bapanya sambil cuba menghubung mereka menggunakan telefon bimbit. Keadaan cemas berakhir apabila beberapa anggota bomba dan penyelamat lengkap dengan alat bantuan pernafasan naik ke tingkat atas rumah kedai terbabit untuk menyelamatkan tiga sekeluarga berkenaan.

Sementara itu, ketua operasi Bomba dan Penyelamat, Norizan Saad yang ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.44 pagi sebelum jentera bomba sampai ke lokasi kejadian di jalan 7/2, Bandar Tasik Puteri, pada jam 9.50 pagi.

Menurutnya, empat jentera bomba dari Batu Arang, Bestari Jaya, Rawang dan Sungai Buloh bersama 30 anggota mengawal kebakaran terbabit dari merebak pada jam 10.10 pagi.

Hati pilu dikhianati rakan

SOALAN



SAYA mempunyai sahabat baik dan bekerja di syarikat yang sama. Kami seperti adik-beradik, malah keluarga saya menerimanya sebagai anak angkat.

Keakraban kami tidak disenangi segelintir rakan sepejabat. Namun, tidak mempedulikan perkara itu walaupun kadangkala tertekan dengan sindiran mereka.
Teman saya banyak menimbulkan masalah di pejabat dan nyaris diberhentikan kerana kurang produktif serta tidak menunjukkan minat dalam kerja.

Saya berusaha membantunya supaya dia tidak diberhentikan walaupun terpaksa menerima cacian (ramai tahu sikapnya yang pemalas).

Entah di mana silapnya, dia berubah sikap dan apabila di bawa berbincang, dia menengking, memaki-hamun dan menuduh saya macam-macam. Dia mendakwa saya menyebabkannya tertekan.

Apabila disiasat, ia berpunca daripada orang yang tidak menyenangi persahabatan kami. Bila diberitahu, dia tidak mempercayainya, malah menuduh saya mereka-reka cerita.

Lebih menyakitkan hati, dia mengaku berkawan dengan saya semata-mata untuk kepentingan dirinya, malah dia mendoakan kematian saya.

Justeru, saya membawa diri kerana terlalu tertekan sehingga jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Sepanjang tempoh itu, saya banyak menerima SMS daripada orang tidak dikenali berbentuk ugutan dan cacian.

Apabila disiasat, SMS itu daripada teman saya, malah saya mendapat tahu dia sudah melakukan perbuatan itu dengan ramai orang. Ini membuatkan saya sukar untuk percaya.

Sehingga kini, dia masih menyalahkan saya tanpa sebarang perbincangan. Perbuatannya itu turut menjejaskan persahabatan saya dengan rakan lain.

Kini, saya lebih gemar menyediri kerana terlalu sakit hati dengan perbuatan kawan baik saya itu.

Saya cuba melupakannya tetapi gagal. Apa pun, saya tidak dapat memaafkan perbuatannya walaupun suatu hari nanti dia memohon maaf.

Bantulah saya bagaimana mahu menghadapi keperitan hidup ini. Saya masih menyayanginya tetapi amat tertekan kerananya.

INSAN TERLUKA,
Dya

JAWAPAN


MELALUI kepahitan persahabatan memang menyakitkan dan melukakan. Apatah lagi, hubungan persahabatan yang dibina dengan kawan baik bagaikan adik-beradik.

Namun, persahabatan sama seperti hubungan lain iaitu perlu melalui banyak pahit manisnya. Kata-kata 'sahabat pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok' bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Adik sendiri melaluinya.

Ada ahli psikologi mengatakan walaupun mempunyai kawan baik adalah penting untuk kesejahteraan kesihatan mental dan fizikal, persahabatan juga boleh membawa kepada perasaan tertekan jika bertukar menjadi permusuhan.

Andaian dan pemikiran bahawa persahabatan antara kawan baik akan kekal selama-lamanya adalah permulaan kepada kegagalan dalam persahabatan.

Adik memulakan persahabatan dengan pemikiran dan jangkaan tinggi hubungan ini akan berjalan manis berjaya.

Justeru, tidak hairanlah adik sanggup berkorban masa, tenaga serta emosi untuk kawan adik itu. Sebagai balasannya, adik inginkan sahabat berkorban untuk adik. Realitinya, apa yang berlaku tidak memenuhi jangkaan.

Itulah permulaan kepada segala tekanan adik. Sahabat yang dijangka membawa sinar dalam hidup rupa-rupanya khianati adik sehingga membawa begitu banyak penderitaan.

Kata-kata bahawa 'persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman' tidak lagi wujud dalam kamus persahabatan adik.

Sikap suka membantu memang baik, tetapi adik perlu bertanya sama ada kawan baik adik selesa dengan pengorbanan dan sikap ambil berat itu.

Kawan adik perlu bertanggungjawab di atas sikapnya di tempat kerja. Terlalu melindungi dan mempertahankan kawan adik boleh memberi persepsi yang salah di pihaknya.

Anggapan bahawa adik sengaja membuatnya tertekan dan mahu memusnahkan hidupnya mungkin datang dari peristiwa di mana adik sendiri tidak tahu puncanya.

Perubahan sikap kawan adik tidak semestinya datang daripada kesilapan mana-mana pihak. Setiap masa dan saat manusia boleh berubah.

Sikap kawan baik yang mengakui mengambil kesempatan dalam persahabatan kalian demi kepentingan dirinya serta mendoakan kematian adik memang sikap tidak bertanggungjawab.

Ketika ini, adik dan kawan baik dipenuhi dengan emosi. Jadi, berilah masa dan ruang untuk adik berdua melihat serta menilai semula persahabatan itu.

Dalam permasalahan diri adik, apa yang perlu dilakukan ialah melihat kepada persoalan serta isu sebenar. Sikap terlalu mengambil berat boleh diakibatkan dari sikap tidak percaya, ingin mengawal dan mengatur persahabatan seperti yang diinginkan.

Persoalan, dalam hubungan persahabatan kalian berdua, adakah apa yang diinginkan oleh adik selari dengan apa yang diinginkan kawan baik adik itu?

Penyelesaian kepada masalah adik berdua adalah satu proses yang berterusan. Akan wujud tangisan dan tawa dalam proses ini. Bersedialah untuk memaafkan dan tidak salah menyalahkan.

Adik juga perlu bersedia berkawan dengan orang lain. Bersahabat dengan ramai orang dan mencari rakan baru mungkin mengubat kesedihan adik.

Dr memahami mengapa adik tidak mungkin dapat memaafkannya sehingga akhir hayat. Tiada siapa yang boleh menangani masalah adik kerana sebagaimana bersedianya adik untuk meneruskan kehidupan, adik akan berasa kepedihannya.

Justeru, adik perlu lalui kesakitan dan kepedihan ini dengan penuh tabah. Dapatkan khidmat kaunseling bagi mengurangkan tekanan atau luahkan kepada orang yang adik percaya.

Apabila hati dan emosi tenang, cuba maafkan kawan adik itu. Kesediaan adik untuk memaafkan kawan baik sesuatu yang mulia kerana Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudaranya.

Namun, jika adik masih gagal memaafkan dia, anggaplah apa yang berlaku mengajar adik menjadi lebih matang dan berhati-hati memilih sahabat.

Dibelenggu Mr E

SOALAN:
SAYA berusia 23 tahun dan menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Saya seorang gay.
Saya berkenalan dengan seorang duda berusia 39 tahun melalui lama sosial bernama Mr E. Tujuan berkenalan untuk memuaskan nafsu semata-mata tetapi Mr E mahu saya menjadi pasangannya.

Mulanya saya enggan tetapi pujukan Mr E, akhirnya saya bersetuju dan bermula episod baru dalam hidup saya.

Saya berpindah dari kolej ke rumah Mr E. Dia menghantar dan menjemput saya di kampus setiap hari.

Mr E menganggap saya seperti perempuan dan isterinya manakala dia pula suami. Saya memasak, membasuh, mengemas rumah dan memuaskan nafsu bersama Mr E.

Mr E seorang yang romantis tetapi mudah panas baran dan cemburu buta. Dia pernah menengking saya kerana menyimpan nombor telefon kawan-kawan sekuliah.
Dia menyuruh saya memadam nombor itu dan melarang bercampur dengan mereka, takut nanti mereka mempengaruhi saya. Ini menyebabkan saya kehilangan kawan-kawan.

Saya turut dilarang belajar secara berkumpulan kononnya takut saya menggatal. Ini menyebabkan tugasan saya lewat dan tertangguh.

Saya malu dengan kawan-kawan dan masalah ini berlaku selepas berkenalan dan tinggal bersama Mr E.

Saya pernah terfikir untuk berpisah dengan Mr E kerana bimbang masa depan saya musnah tetapi saya amat sayangkannya.

Apa patut saya lakukan kerana buntu memikirkan masalah ini?

Gay tertekan,
Kuala Lumpur

JAWAPAN:

AL-Quran dan hadis mengutuk tindakan seksual di antara sesama jantina. Al-Quran memetik cerita "umat Nabi Lut a.s." (juga dikenali sebagai Bani Sodom) yang dibinasakan dengan kemurkaan Allah kerana mereka terbabit dalam tindakan homoseksual.

Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan hina. Firman Allah, maksudnya, "... dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas." (Surah Al-'Araf : 80 - 81).

Perhubungan adik dan Mr E berdosa dari segi agama.

Mr E mungkin dapat mengisi keperluan serta keinginan seks, emosi, kewangan dan keselesaan kehidupan adik tetapi bagaimana dengan masa depan adik dalam pelajaran.

Untuk berpisah dengan Mr E, adik perlu mencari punca mengapa memilih dia menjalinkan hubungan songsang. Jika serius mahu berpisah, pastikan adik dapat menghilangkan keinginan seksualiti terhadap Mr E.

Adik juga perlu melihat faktor-faktor penyebab kenapa adik terlalu sayang kepada Mr E dan seronok (jika ya) dengan perhubungan itu.

Apakah keistimewaan Mr E? Kenal pasti sebabnya kerana semua itu perlu dibuang jika adik mahu berpisah.

Memang, untuk meninggalkan seseorang yang kita sayangi bukan mudah. Jika mahu meneruskan pelajaran tanpa gangguan, jalan terbaik ialah berpisah dengan Mr E dan membina kekuatan baru untuk masa depan yang cemerlang.

Jika adik tetap memilih hidup terikat dengan naluri seks Mr E, adik perlu bersedia dengan kesannya nanti. Ini termasuklah kesan menjadi milikan dan rasa cemburu buta Mr E.

Sepatutnya adik menjelaskan kepada Mr E bahawa pelajaran dan kawan adalah penting dalam hidup. Jika tidak, adik akan kehilangan sesuatu yang disayangi iaitu pelajaran di tangan lelaki yang bersifat terlalu ingin mengawal dan cemburu buta.

Hubungan gay dilarang dalam Islam. Justeru, elak perlakuan songsang ini daripada menjadi lebih serius. Banyak membaca buku agama dan berjumpa kaunselor jika gagal meninggalkan tabiat buruk itu.

Adik juga perlu memikirkan kesan dijangkiti penyakit Aids atau penyakit kelamin lain jika terus tinggal dan melakukan perhubungan seks songsang dengan Mr E.

Buah hati bukan Islam

SAYA berkawan dengan seorang kawan yang lebih mesra dipanggil Ti. Kami sebaya dan mengenali satu sama lain sejak sekolah tadika. Bagaimanapun, kami berpisah sebelum masuk zaman persekolahan dan bertemu semula di tingkatan tiga.
SAYA berkawan dengan seorang kawan yang lebih mesra dipanggil Ti. Kami sebaya dan mengenali satu sama lain sejak sekolah tadika. Bagaimanapun, kami berpisah sebelum masuk zaman persekolahan dan bertemu semula di tingkatan tiga.

Dia tinggal dengan keluarga angkat kerana mempunyai masalah dengan keluarganya. Keluarga angkatnya sangat baik menganggapnya seperti keluarga sendiri. Pada mulanya, kami sekadar kawan biasa tetapi lama kelamaan kami menjadi sangat rapat. Dia banyak mengubah saya yang dulunya seorang panas baran kepada penyabar. Saya tenang ketika bersamanya.

Kami sentiasa berkongsi cerita dan memperbaiki kelemahan masing-masing. Saya terpikat dengannya kerana dia adalah kawan yang paling mengambil berat serta memahami saya. Perbezaan jantina tidak penghalang. Ti banyak menolong saya dalam pelajaran dan bantu membantu.

Satu hari, dia memberitahu dia bukan Islam. Katanya, hanya keluarganya dan saya yang tahu perkara itu. Mulanya saya tidak percaya, mungkin dia bergurau tapi bila ternampak rantai tanda salib, saya mempercayainya.

Saya sangat berdebar kerana tidak pernah ada kawan bukan Islam.

Saya pernah mendengar mengenai orang bukan Islam menyamar sebagai Islam untuk memurtadkan orang Islam. Tetapi Ti bukan orangnya kerana dia seorang yang baik dan banyak bertanya mengenai agama Islam kepada saya. Dia juga nampak sungguh berminat dengan agama Islam. Dari itu, saya berazam supaya dia memeluk agama Islam. Saya mahu bersama Ti selamanya.

Pada akhir bulan Mac tahun lalu, Ti berpindah ke Kedah. Kami tidak mahu berpisah dan merancang berjumpa setiap bulan tetapi lama-kelamaan, kami jarang berjumpa. Ia membuatkan fikiran saya terganggu kerana terlalu merinduinya. Keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga sangat teruk kerana perkara itu.

Saya risau masa depan saya gelap dan dia juga begitu. Saya tidak mahu kerana perkara ini kami hilang masa depan.

Dr, bagaimana caranya untuk menyelesaikan perkara ini? Saya mahu memperkenalkannya pada keluarga tapi kemungkinan mereka tidak dapat terima Ti dan mungkin saya akan berpisah dengannya.

Saya tidak mahu kehilangan dia kerana terlalu menyayanginya tetapi jika tidak berterus terang dengan keluarga, fikiran saya semakin kacau. Saya juga menjadi tidak tentu hala serta tidak boleh fokus kepada pelajaran. Saya sedar, satu hari nanti saja harus memberitahu perkara ini kepada keluarga tetapi tidak tahu bila. Saya tidak mahu melukakan hati mak dan ayah. Saya meminta pendapat seorang kawan dan dia mahu saya berterus terang dengan keluarga. katanya, kalau tiada jodoh antara kami, carilah yang lain.
Saya tidak puas hati dengan jawapannya kerana merasa masih ada cara lain tapi saya tak tahu apa dan sangat buntu.

Justeru, saya berharap doktor dapat menunjukkan cara terbaik menyelesaikan masalah ini.

Majik,
Kuala Terengganu
JIKA ingin banyak perkara dalam satu masa memang membuatkan adik menderita. Justeru, jika adik menginginkan semua perkara yang diinginkan, adik perlu fokus, beremosi tenang dan menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Perkara ini termasuklah mempunyai keberanian untuk memberitahu perhubungan adik dengan Ti yang bukan beragama Islam kepada orang yang rapat dengan adik terutamanya ibu bapa. Sokongan mereka dalam menjayakan perhubungan adik dengan Ti dan menyelesaikan masalah berlainan agama amat penting.

Cinta berlainan agama dan bangsa bukan lagi perkara biasa dikalangan masyarakat sekarang. Apa yang penting kini adalah perkara yang harus dilakukan sekiranya pasangan itu mahu meneruskan perhubungan lebih serius seperti mengikat tali perkahwinan.

Adik, jarak bukan penghalang kepada rasa cinta kerana hubungan cinta boleh disuburkan melalui kaedah lain seperti telefon, internet dan SMS. Jika mencintai seseorang, kita perlu sentiasa mendoakannya.

Justeru, untuk mengurangkan rasa rindu itu, adik perlu mengorientasikan pemikiran bahawa percintaan bukanlah mengenai kekerapan bertemu, tetapi berkaitan soal hati dan keikhlasan. Jika adik dapat menerima kenyataan bahawa cinta kalian tetap wujud walaupun jarang berjumpa, tekanan yang adik rasai akan berkurangan.

Seperti Dr katakan, jika adik ikhlas bercinta dengan Ti, adik perlu bertanggungjawab atas cinta ini. Ini termasuk memberitahu ibu bapa bahawa adik mempunyai hubungan istimewa dengan Ti yang bukan beragama Islam. Mainan fikiran bahawa mereka mungkin akan membantah hubungan ini menambahkan bebanan adik. Jika adik tidak mencuba, adik tidak akan pernah tahu penerimaan mereka terhadap perhubungan ini. Mereka juga mungkin boleh membantu adik membimbing Ti.

Gunakan kata-kata yang lemah lembut dan beradab ketika memberitahu mereka mengenai hubungan adik dengan Ti. Profesor Hamka mengatakan kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Seorang Muslim atau muslimah perlu berhati-hati dalam persoalan hati yang membabitkan seorang yang berlainan agama. Sistem perundangan syariah di Malaysia menyatakan bahawa tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang ‘Kitabiyah’. Surah Al-Baqarah pada ayat 221 menyatakan bahawa; “Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).'' Ti nampak sungguh berminat dengan agama Islam dan bimbingan adik untuk Ti memeluk agama Islam penting. Untuk melakukan ini, adik sendiri perlu mempunyai keyakinan dapat membimbing dia dan berani bertanggungjawab atas perhubungan ini.

Adik juga perlu bijak meletakkan keutamaan kehidupan. Tanya diri adik, apakah perkara yang paling adik utamakan? Fokus dulu kepada perkara itu. Seterusnya pergi kepada perkara kedua yang menjadi pilihan adik. Perencanaan begini lebih memudahkan adik mencapai apa yang adik inginkan. Namun, ini tidak bermakna adik tidak boleh mendapat semua yang adik inginkan dalam sesuatu masa. Cuma, ia memerlukan komitmen dan sokongan yang amat tinggi. Jika apa yang adik rencanakan tidak berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Bersyukurlah kerana kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan Allah buat kita, itulah yang terbaik (Hamka). Dr doakan adik berjaya mencapai apa yang adik inginkan.

Gadis urut pun ada pembantu peribadi


PEGAWAI penguat kuasa JAIS dan MPK menyoal siasat dua gadis urut di sebuah pusat urut di Klang, kelmarin.
KLANG - "Awak tidak boleh tahan dan bawa saya pergi, awak kena tunggu dahulu PA (pembantu peribadi) saya."
Itulah kata-kata seorang gadis urut tempatan beragama Islam kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika dia ditahan dalam operasi mengejut Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sebuah pusat urut di Bukit Tinggi di sini kelmarin.
Alasan itu membuatkan anggota penguat kuasa tertawa seketika kerana kebiasaan hanya orang kenamaan (VIP) yang mempunyai PA dan tidak pernah pula terdengar gadis urut juga menggunakan khidmat tersebut.
Dalam serbuan itu, dia ditahan bersama seorang lagi rakannya ketika mengurut seorang lelaki bukan Islam di dalam sebuah ruang khas yang ditutup dengan kain langsir.

Seluar dalam Saiful ditayang di mahkamah


KUALA LUMPUR - Orang awam yang memenuhi Mahkamah Tinggi di sini semalam tersenyum simpul apabila Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengemukakan kepada mahkamah sehelai seluar panjang berwarna hitam pemberian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dipakai ketika berlaku kejadian liwat terhadapnya di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.
Dua helai seluar dalam jenama Levi's milik Mohd. Saiful, 25, dengan satu daripadanya turut dipakai pada hari kejadian juga ditunjukkan kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sebagai bahan bukti kes.
Lebih lucu lagi, saksi itu mendakwa, dia tidak membuang air besar selama dua hari iaitu sejak dia diliwat oleh Anwar sehinggalah laporan polis dibuat pada 28 Jun 2008.
Demikian antara isi keterangan bekas pembantu peribadi Anwar selaku saksi pertama pendakwaan pada hari ketiga perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.


MOHD. SAIFUL yang memberi keterangan pada hari ketiga semalam menunjukkan pakaian yang dipakai sebelum kejadian dia diliwat.


Mohd. Saiful menyambung keterangan di peringkat pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.
Dalam keterangannya, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu memberitahu, dia diminta menyerahkan semua pakaian tersebut kepada pegawai penyiasat polis pada 29 Jun 2008 ketika masih berada di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Saiful: Saya ada serahkan sehelai kemeja warna biru muda jenama Ralph Lauren yang dipakai pada hari kejadian.
Yusof: Selain pakaian, ada serahkan yang lain?
Saiful: Ada, saya juga serahkan KY Jelly (sejenis gel pelincir organ seks) kepada polis.
Yusof: Berapa helai baju dan seluar yang diserah?
Saiful: Seingat saya di hospital hanya sehelai.
Mohd. Saiful kemudian diminta membacakan borang menyerah barang bukti tersebut yang telah ditandatanganinya dan dengan bersahaja saksi pertama itu menunjukkan semua bahan bukti tersebut kepada Hakim Mohamad Zabidin.
Saiful: Lain-lain pakaian yang saya serahkan ialah sehelai baju kemeja lengan panjang berwarna hijau muda jenama G2000 yang dipakai ketika membuat laporan polis.
Sehelai seluar panjang berwarna hitam tiada jenama yang saya pakai pada waktu kejadian dan ketika membuat laporan polis pada 28 Jun 2006.
Seluar panjang ini sebenarnya dihadiahkan oleh Anwar kepada saya.
Orang awam yang melihat barang bukti itu dilihat berbisik-bisik sambil tersenyum manakala ahli keluarga Anwar pula berpandangan sesama sendiri seolah-olah tidak percaya.
Anwar yang sedang khusyuk menulis di dalam kandang pesalah pula memandang Mohd. Saiful sebelum berpaling ke arah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan berkata sesuatu.
Saiful: Selain itu, dua helai seluar dalam jenama Levi's, masing-masing berwarna kelabu dan biru tua, yang dipakai pada waktu kejadian dan ketika membuat laporan polis.


ANWAR hadir pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


Ketika seluar dalam tersebut ditayangkan di mahkamah, kelihatan beberapa wanita menutup mata dan ada yang menundukkan muka kerana tidak selesa dengan suasana tersebut.
Yusof: Di mana kamu serahkan semua barang itu kepada polis?
Saiful: Di tepi mesin basuh di rumah tunang saya.
Ditanya sama ada Dr. Mohd. Osman Abdul Hamid yang memeriksanya di Hospital Pusrawi memberikan sebarang hasil pemeriksaan, Mohd. Saiful menjawab tidak.
Mohd. Saiful juga berkata, dia tidak membuang air besar dalam tempoh masa dia diliwat selama dua hari sehinggalah dia membuat laporan polis.
Keterangan saksi tersebut disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang berada di galeri mahkamah manakala sesetengah yang lain turut tersenyum simpul.
Pada awal keterangan, pihak pendakwaan mengemukakan 10 sampel yang diambil daripada Mohd. Saiful untuk dibuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA), antaranya calitan yang diambil di bahagian bawah lidah, tubuh dan dubur serta sampel darah mangsa liwat itu.
Perbicaraan bersambung Isnin ini.

10 mubaligh AS didakwa culik 33 kanak-kanak

PORT-AU-PRINCE: Sepuluh mubaligh Amerika, semalam dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menculik apabila cuba membawa 33 kanak-kanak keluar dari Haiti ketika kerajaan berusaha melindungi warganya daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab sewaktu negara itu dilanda gempa bumi dahsyat.
Peguam Haiti, Edwin Coq yang mewakili 10 rakyat Amerika itu berusaha membuktikan sembilan orang anak guamnya tidak bersalah dan terperangkap dalam keadaan yang tidak mereka fahami.
Beliau bagaimanapun tidak mempertahankan tindakan pemimpin kumpulan itu, Laura Silsby, walaupun terus mewakilinya.
“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membebaskan sembilan mubaligh itu. Mereka tidak memahami apa yang berlaku dan kumpulan itu tidak tahu bahawa dokumen rasmi diperlukan untuk menyeberang sempadan, tetapi Laura mengetahuinya,” katanya.
Anggota keluarga mubaligh itu mengeluarkan kenyataan lewat kelmarin menyatakan kebimbangan mengenai nasib kumpulan itu yang dipenjarakan di luar negara.
“Secara jelas kami tidak mengetahui apa yang terjadi kepada kumpulan itu. Namun yang pasti kami yakin mereka yang direkrut untuk menyertai misi itu pergi ke Haiti untuk membantu bukan menganiaya kanak-kanak itu,” kata kenyataan berkenaan. - AP

Remaja ditanam hidup-hidup




LUBANG yang digali saudara-mara mangsa di perkarangan rumahnya di wilayah tenggara Adiyaman, Turki. - Foto Reuters
Saudara-mara kambus mangsa gara-gara berbual dengan lelaki

ISTANBUL: Polis Turki menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dikatakan ditanam hidup-hidup oleh saudara maranya semata-mata kerana dilihat berbual dengan remaja lelaki.

Mangsa ditemui dalam keadaan duduk dengan tangannya diikat di dalam lubang sedalam dua meter yang digali di bawah reban ayam di luar rumahnya di Kahta di wilayah tenggara Adiyaman.
Polis menemui mayat itu Disember lalu selepas mendapat maklumat daripada orang ramai, lapor akhbar Turki, Hurriyet semalam.

Budak perempuan itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Polis berkata mangsa dibunuh selepas satu mesyuarat 'majlis' keluarga.
Bapa dan datuk mangsa ditahan selepas penemuan itu, manakala ibu remaja itu yang pada mulanya ditahan sudah dibebaskan.

Media melaporkan bapa mangsa memberitahu saudara maranya bahawa beliau kurang senang dengan pergaulan bebas anak perempuannya itu.

Datuk mangsa didakwa memukul remaja itu kerana pergaulan berkenaan.

Bedah siasat mendapati paru-paru dan perut mangsa penuh dengan tanah, menandakan remaja itu mungkin dalam keadaan hidup ketika ditanam.
Polis tidak menemui sebarang kesan pukulan pada badan mangsa. � Agens

Tunjuk perasaan bantah filem hantu 'lucah'

JAKARTA: Beratus-ratus anggota Front Pembela Islam (FPI), mengadakan tunjuk perasaan di bangunan pejabat Lembaga Penapis Filem (LSF) di ibu negara Indonesia itu bagi membantah penayangan filem Hantu Puncak Datang Bulan yang dianggap lucah.

Tiga orang ketua pertubuhan itu menemui salah seorang anggota LSF, Anwar Fuadi untuk menyampaikan bantahan mereka.

“Pertubuhan itu membantah tayangan Hantu Puncak Datang Bulan yang mereka anggap lucah. Bagaimanapun kumpulan itu hanya melihat gambar, rakaman video dan risalah yang belum ditapis,” kata Anwar selepas perbincangan dengan FPI.
Anwar berkata Hantu Puncak Datang Bulan sudah diluluskan untuk tayangan dan semua babak berunsur lucah dan keteraluan sudah ditapis.

“Jika ada pun gambar yang berunsur lucah ia adalah kesilapan penerbit yang menggunakannya untuk tujuan promosi filem,” katanya.

Anwar berkata beliau juga sudah mengarahkan semua pawagam agar menangguhkan tayangan filem terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini termasuk rusuhan.
“FPI berkata mereka tidak membantah tayangan filem itu asalkan tiada unsur lucah di dalamnya,” katanya. - Agensi

cara lawan anjing dibom

KANDAHAR: Sebutir bom kawalan jauh meletup pada satu acara perlawanan anjing di selatan Afghanistan semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terkorban dan 26 lain cedera, kata pegawai kanan kesihatan.
Bom berkenaan ditempatkan di atas sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran tempat perlawanan anjing itu diadakan di Lashkar Gah, ibu negeri wilayah bergolak Helmand, dan diletupan dari jauh ketika semakin ramai berhimpun untuk menonton perlawanan itu, kata timbalan ketua polis wilayah, Kamaludin Khan.
"Letupan itu mengorbankan dua dan mencederakan 20 orang," kata Kamaludin.
Dua mayat dan 26 yang cedera itu dibawa ke hospital utama wilayah di bandar berkenaan, kata ketua kesihatan Helmand, Anayatullah Ghafari.
"Mereka tidak henti-henti membawa mangsa yang cedera," katanya, dan menambah setakat ini pihak hospital menerima 26 mangsa cedera dan dua mangsa maut.
Serangan itu berlaku dua tahun selepas lebih 80 orang maut dan berpuluh-puluh cedera dalam pengeboman pada acara perlawanan anjing di Kandahar, yang bersempadan dengan Helmand.
Perlawanan anjing, sukan musim sejuk popular di Afghanistan, diharamkan oleh kerajaan Taliban ketika ia me
Helmand adalah antara kawasan di bawah pengaruh Taliban dan dijangka menjadi tumpuan operasi tentera Afghanistan dan antarabangsa bagi membersihkan kubu kuat Taliban. � AFP

Taliban tolak tawaran Karzai

Ganjaran beratus juta dolar gagal pikat pejuang
KABUL: Puak Taliban berkata ia tidak akan bersekongkol dengan kerajaan Afghan atau Barat bagi membawa keamanan ke Afghanistan, dan berikrar akan terus berjuang bagi memperoleh kejayaan tidak lama lagi.
Presiden Afghan, Hamid Karzai baru-baru ini ketika menghadiri satu persidangan mengenai negara berkenaan di London, mengajak Taliban menganggotai majlis perdamaian dan menyediakan rancangan bagi menarik pejuang berkenaan supaya meninggalkan perjuangan mereka, dengan diberikan ganjaran wang dan pekerjaan.
Dalam kenyataan disiarkan pada laman web Alemarah kelmarin, puak Taliban berkata ia tidak akan bersekongkol dengan sesiapa pun.
Kenyataan itu tidak merujuk secara khusus kepada rundingan yang dicadangkan oleh Karzai. Pihak Taliban sebelum ini pernah memberitahu Reuters mereka akan memutuskan secepat mungkin sama ada akan menyertai perbincangan itu.
"Dalam tempoh lapan tahun lalu, negara Islam berkenaan tidak menunjukkan sebarang kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak," kata Taliban.
"Kini, ia menyatakan kesanggupannya pula untuk mengadakan perjanjian tidak sah dan tidak bernilai mengenai kejayaan, yang akan kami capai tidak lama lagi." Kenyataan itu bertajuk 'Keputusan tidak praktikal persidangan di London' dan ditujukan kepada penganjur dan penyumbangnya.
Sekutu Afghanistan menyokong usaha untuk memulakan perbincangan dengan Taliban dan beberapa pihak sudah pun muncul bagi menjanjikan beratus juta dolar bagi membayar pejuang yang meninggalkan perjuangan mereka.
Negara Barat, yang berharap dapat keluar daripada peperangan berusia lapan tahun itu di Afghanistan, yang mereka percaya tidak dapat diatasi secara ketenteraan, ingin melihat peranan Taliban yang dipulihkan.
Rabu lalu, menteri pasukan keselamatan Britain, Bill Rammell berkata kira-kira 20 peratus daripada Taliban adalah 'anggota jihad ideologikal yang berpendirian kuat', sementara 80 peratus sudah pun menyertai masyarakat dan bekerja untuk menyara hidup. � Reuters

Imej Toyota, Jepun terus tercalar

TOKYO: Imej firma pengeluar kereta terkenal Jepun, Toyota, terus tercalar apabila ia kini menimbang untuk menarik balik kereta keluarannya Prius hibrid di Amerika dan Jepun, kenderaan yang menjadi simbol kehebatan teknologi dan cita-cita melahirkan 'kereta hijau'.
Syarikat yang dilanda pelbagai masalah itu terpaksa menjalankan siasatan masalah brek dengan model Prius di Jepun dan Amerika tetapi terus membisu mengenai tambahan gas-elektrik hibrid pada berjuta-juta kereta yang ditarik balik.
Toyota juga akan menjalankan siasatan mengenai kemungkinan berlaku masalah brek dengan kereta mewah Lexus Hibrid.
Akhbar perdagangan terkenal Jepun Nihon Keizai, berkata Toyota Motor Corp akan memaklumkan kepada kementerian pengangkutan Jepun dan Jabatan Pengangkutan Amerika untuk menarik balik 270,000 Prius Hibrid.
Toyota dilaporkan sedang menimbang untuk menarik balik kenderaan berkenaan tetapi tiada keputusan rasmi dibuat setakat ini.
"Tiada keputusan dibuat sama ada kami akan menarik balik kenderaan berkenaan atau tidak," kata jurucakap Toyota, Ririko Takeuchi. � AP

12 maut motosikal rempuh bas




PENDUDUK Pakistan melihat bas yang musnah selepas motosikal dipasang bahan letupan merempuhnya di Karachi, semalam. - Foto AFP
Serangan kedua di hospital tempat mangsa dirawat korbankan 11 lagi

KARACHI: Dua pengebom bunuh diri yang menunggang motosikal merempuh sebuah bas dan menyerang hospital di Karachi semalam, mengorbankan 23 orang dan menyasarkan Muslim Syiah di sini buat kali kedua dalam tempoh enam minggu.

Serangan bom kedua berlaku di hospital tempat mangsa letupan pertama dirawat, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang.
Menteri Kesihatan di wilayah Sindh, Saghir Ahmad, berkata beberapa mangsa maut di tempat kejadian manakala 10 lain orang cedera.

Dalam kejadian pertama, 11 orang mati dan 40 cedera. Kanak-kanak dan wanita antara mereka yang terbunuh dan cedera," kata Ketua Hospital Jinnah di Karachi, Dr Seemi Jamal.

Bas berkenaan membawa jemaah Syiah yang dalam perjalanan untuk menyertai perarakan bagi menandakan berakhirnya Muharam di Karachi.
"Motosikal itu musnah manakala bas terbabit rosak teruk," kata pegawai polis, Shahid Hasan.

Ketua polis bandar raya, Waseem Ahmad memberitahu pemberita motosikal itu dipasang alat letupan yang diubah suai. Adalah tidak jelas sama ada motosikal itu dipandu oleh sesiapa apabila ia melanggar bas berkenaan.

Serangan itu berlaku di atas jambatan lebuh raya utama Faisal di pusat bandar Karachi, menyebabkan tingkap di bangunan berhampiran pecah.

Ambulans berkejar melalui jalan raya ketika anggota sukarela membantu menyelamatkan mereka yang cedera sementara anggota keselamatan bersenjata mengawal kawasan terbabit, menurut gambar televisyen.
Pada 28 Disember lalu, satu letupan besar menyebabkan 43 terbunuh pada perarakan bagi menandakan hari Asyura pada awal Muharam.

Pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Karachi berikutan keganasan politik yang mengorbankan sekurang-kurangnya 37 aktivis parti lawan sejak lima hari lalu dan 48 pembunuhan sama bulan lalu.

Parti Nasional Awami (ANP) dan Pergerakan Qaumi Muttahida (MQM) yang ada sejarah hubungan tidak baik, masing-masing mendakwa pekerja mereka ditembak mati.

Kedua-dua parti menganggotai gabungan kerajaan peringkat tempatan di wilayah selatan Sindh, diketuai Parti Rakyat Pakistan pimpinan Presiden Asif Ali Zardari. � AFP

Dua enjin F-5E yang dicuri ditemui semula

KUALA LUMPUR: Dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicuri ditemui semula hasil kerjasama dengan kerajaan Uruguay, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia kini meneruskan prosedur bagi mendapatkan semula enjin berkenaan selepas menerima pemberitahuan mengenai penemuan enjin berkenaan daripada kerajaan Uruguay.
"Kejayaan yang menjurus kepada penemuan dua enjin jet TUDM yang dicuri itu adalah hasil usaha dan kerjasama rapat di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay.
"Dalam hal ini, saya ingin menyatakan penghargaan kepada Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur, terutama Duta Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberikan kepada Polis DiRaja Malaysia sehingga membawa penemuan kedua-dua enjin jet TUDM yang dicuri itu," katanya dalam satu kenyataan media lewat petang tadi.

Anwar pujuk Saiful

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Norhashimah Mohd Radzali
bhnews@bharian.com.my


MOHD SAIFUL tiba di di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, selepas hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan mengadakan lawatan kali kedua ke kondominium itu, semalam.
Tawar biayai pengajian jika tarik balik keputusan letak jawatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan untuk membiayai pengajian bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di mana-mana universiti secara sepenuh masa dengan diberikan gaji penuh bagi memujuknya supaya tidak meletak jawatan selepas didakwa diliwat.

Mohd Saiful, yang memberikan keterangan pada hari ketiga di Mahkamah Tinggi di sini semalam, mendakwa Anwar kelihatan agak kesal dan sedih apabila beliau menyuarakan hasratnya untuk meletak jawatan.
"Seperti biasa beliau memujuk saya supaya tidak letak jawatan dan suruh saya lebih berdisiplin. Beliau buat tawaran balas kepada saya dengan menyatakan dia ingin membiayai pengajian saya tidak kira di mana-mana universiti pun dan saya boleh belajar sepenuh masa.

"Pada masa sama, saya juga akan mendapat gaji penuh dan elaun yang pernah saya dapat sebelum itu," katanya menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin.

Mohd Saiful yang memberikan keterangan sebagai saksi pertama pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar, berkata beliau setuju dengan tawaran itu kerana takut untuk membantah kehendak Anwar.
ANWAR diiringi peguamnya, Param Cumaraswamy (kanan) dan SN Nair (kiri) keluar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas perbicaraan, semalam.
"Di depan dia, saya takut nak buat bantahan sebab itu saya setuju. Beberapa jam selepas itu, dia ada membalas e-mel yang saya hantar (untuk meletak jawatan) dan seingat saya, dia kata terima kasih kerana sudi menyambung kembali perkhidmatan," katanya.

Terdahulu, Mohd Saiful berkata, beliau menghantar e-mel melalui telefon bimbit Blackberry kepada Anwar bagi menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan.

Mohd Yusof: Kamu hantar e-mel melalui Blackberry untuk maklumkan kamu hendak meletak jawatan?

Mohd Saiful: Saya menghantar e-mel itu kepada Anwar pada pagi Jumaat 27 Jun 2008. Selang beberapa jam beliau telefon saya, marah dan suruh saya berjumpanya pada sebelah petang di pejabatnya di Seksyen 16 Petaling Jaya. Saya rasa takut, namun saya pergi juga berdepan dengannya.
Mohd Yusof: Dalam pertemuan apa terjadi?

Mohd Saiful: Beliau bertanyakan kembali mengapa saya ingin meletak jawatan. Saya cakap saya kurang berdisiplin, datang lewat ke pejabat dan beliau selalu marah saya. Yang kedua, saya ini kurang berkelayakan dan takut dipertikai kerana saya diberi keistimewaan oleh Anwar lebih daripada staf lain. Contohnya, saya diberi bilik pejabat sendiri yang baru pada ketika itu di Tropicana Merchant Square (Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat). Namun asas sebenar yang

saya nak berhenti adalah kerana saya tidak rela diperlakukan sedemikian lagi seperti mana dalam pertudu-han.

Pada peringkat itu peguam Anwar, Karpal Singh bangun dan membantah penggunaan perkataan 'lagi' kerana ia boleh menggambarkan berlaku beberapa siri kejadian liwat sebelum itu.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin menolaknya dan memutuskan perkataan itu boleh digunakan kerana ia bermaksud "tidak mahu kejadian sama berlaku pada masa hadapan".

Beliau berkata, tidak timbul persoalan sama ada perkataan itu bersifat prejudis dalam perbicaraan berkenaan.

Menceritakan detik pertemuan pertamanya dengan Anwar di pejabat Penasihat PKR itu, Mohd Saiful berkata, dia diperkenalkan dengan Anwar oleh rakannya, Rahimi Osman pada awal Mac 2008.

"Pada hari itu, Rahimi ada menelefon saya untuk datang ke pejabat Anwar untuk berborak sebab sudah lama tidak berjumpa. Rahimi bertanya sama ada saya sudah bekerja atau ada membuat apa-apa aktiviti, saya jawab tidak.

"Rahimi kemudian tanya sama ada saya berminat menjadi pembantu di pejabat Anwar kerana ada kekurangan kakitangan disebabkan pada masa itu ada tiga calon bertanding (pilihan raya umum), termasuk Nurul Izzah (anak sulung Anwar).

"Pada mulanya saya 50-50 bersetuju dengan tawaran itu dan Rahimi jemput saya ke bilik untuk bermesyuarat bersama Anwar mengenai program ceramah pilihan raya.

"Itu kali pertama saya berjumpa Anwar. Rahimi memperkenalkan saya kepada Anwar dan selepas itu perbincangan diteruskan dengan program pilihan raya. Selesai perbincangan, Anwar mengucapkan penghargaan atas pertolongan, seolah-olah isyarat beliau menerima saya sebagai sukarelawan di pejabatnya," katanya.

Mohd Yusof: Ada pada bila-bila masa Anwar menyoal latar belakang dan kelulusan kamu?

Mohd Saiful: Ada. Saya berterus terang padanya, saya keluar daripada universiti (berhenti) dan seorang bekas pelajar.

Mohd Yusof: Kamu berminat bekerja dengan Anwar?

Mohd Saiful: Ya, saya berminat sebab dia adalah idola saya. Pertama kali jumpanya, saya teruja kerana beliau adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya sejak kecil.

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan pada Isnin ini, selepas hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan melawat Kondominium Desa Damansara bagi kali kedua, tempat kejadian Mohd Saiful mendakwa diliwat.

Pemeriksaan di Unit 11-5-1 di kondominium yang turut disertai Mohamad Zabidin, Anwar dan Mohd Saiful dilakukan mulai jam 12 tengah hari hingga 12.50 tengah hari. Ia adalah pemeriksaan kedua selepas pihak pembelaan memohon mengunjungi unit itu selepas berbuat demikian, kelmarin.

Tak sangka hantar SMS kepada rakan maut nahas


Datuk Mohd Hazam Abdul Halim
SEREMBAN: Apabila wartawan jurukamera TV3, Shamsul Liani Abas mendapat maklumat kematian seorang pegawai polis dalam nahas jalan raya malam kelmarin, beliau menghantar SMS memberitahu kejadian itu kepada kawan rapatnya, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim.
Ketika dalam perjalanan untuk membuat liputan nahas itu, beliau sekali lagi menghantar SMS kepada Mohd Hazam apabila menerima maklumat pegawai polis terbabit berpangkat Senior Asisten Komisioner II (SAC II) dan bergelar Datuk.
Namun, Shamsul Liani, 45, terkejut apabila mendapati mangsa yang dirakam di tempat kejadian adalah rakan rapatnya itu.
Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi semalam, Shamsul Liani berkata, sebelum tiba di tempat kejadian, beliau mendapat maklumat ada seorang pegawai polis terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan baginya berita itu akan menjadi antara tajuk berita utama keesokannya.
"Ketika menghampiri plaza tol Jalan Duta, sekali lagi saya menerima maklumat pegawai yang terbunuh berpangkat SAC II dan berpangkat Datuk.
"Saya terfikir dalam hati, Datuk mana yang meninggal dunia. Memandangkan saya dan Allahyarham sering bertukar maklumat, saya menghantar satu laporan ringkas mengenai kemalangan itu ke telefon bimbit Allahyarham.
"Apabila tiba di tempat kejadian dan menghalakan lensa kamera ke dalam kereta yang dinaiki mangsa, saya terkejut kerana mendapati yang terbunuh itu adalah Mohd Hazam. Saya hampir tidak dapat menjalankan tugas kerana seluruh badan menggeletar," katanya.
Mohd Hazam, 52, terbunuh apabila kereta yang dipandu pemandunya, Lans Koperal Asminton Salimin, terbabas melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di susur keluar ke Bukit Tegar, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kuala Lumpur tengah malam kelmarin.
Di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, di sini puluhan orang termasuk ahli keluarga, kenalan, pegawai serta anggota polis hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham yang dikebumikan sebelum solat Jumaat semalam.
Antara yang hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Salleh Osman dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
Mohamad berkata, pemergian Mohd Hazam adalah kehilangan besar kepada negara kerana usianya yang masih muda.
Mohd Hazam meninggalkan isteri Datin Siti Norziah Abdullah, 42, dan anak Ahmad Muhaimin, 19; Ahmad Muhazran, 17; Najwa Hasmidar, 16; Najwa Hazwani, 14; Najwa Haziqah, 8; dan Mohd Amirul Irfan, 5 tahun. � Bernama