Search This Blog

Thursday, February 4, 2010

Netanyahu mahu berbincang dengan Palestin


04/02/2010 2:32am

HERZLIYA, Israel 3 Feb. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hati berkata, beliau menjangkakan rundingan damai dengan Palestin dapat dilakukan dalam masa terdekat.
“Saya berharap, dalam cara yang realistik, bahawa dalam minggu-minggu akan datang, kami akan melaksanakan semula proses damai dengan rakyat Palestin tanpa pra-syarat,” kata Netanyahu dalam satu ucapan dasar persidangan keselamatan kebangsaan. - Reuters

Kes liwat Anwar: Hakim tinjau lokasi kejadian


04/02/2010 11:32am

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini diteruskan dengan keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dibuat secara tertutup mulai 10.30 pagi dan selesai hampir 11 pagi.
Semua pihak dijangka akan ke tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara. - Utusan

Ulama, ilmuwan Islam diminta tangani kekeliruan


04/02/2010 1:16pm

JOHOR BAHARU 4 Feb. - Cabaran besar para ulama dan ilmuwan Islam pada masa ini ialah untuk menangani kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terutamanya berkaitan sensitiviti agama, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau kekeliruan itu berpunca daripada salah faham mengenai Islam disebabkan kecenderungan untuk memahaminya secara cetek tanpa berpandukan pemikiran rasional, rohani dan luhur.
"Dari situ, muncullah fahaman-fahaman ekstrem yang menggugat perpaduan sesama umat Islam dan menjejaskan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya semasa merasmikan Multaqa Ulama dan Imuwan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata bagi menghadapi kemelut itu, ulama dan ilmuan Islam harus memupuk budaya ilmu dan tradisi intelektual umat Islam melalui dakwah dan tarbiyah sebagaimana dilakukan pemikir agung Islam alam Melayu terdahulu.
Mereka juga katanya, perlu mempelopori usaha untuk mewujudkan persefahaman antara masyarakat berbilang kaum dan agama yang amat penting dalam sebuah masyarakat majmuk di negara ini. - Bernama

Pemandu sebabkan kematian tiga beranak dibicara 28 April


04/02/2010 1:28pm

JITRA 4 Feb. – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 28 April ini sebagai tarikh perbicaraan kes membabitkan seorang pemandu lori yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak Disember tahun lepas.
Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas Yusri Ismail, 35, yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan berkenaan.
Yusri dari Taman Bersatu di sini, yang memandu lori muatan tanah ketika kejadian, didakwa melakukan kesalahan itu pada 5.10 petang, 23 Disember tahun lepas di persimpangan lampu isyarat jalan Jitra-Kodiang di sini.
Dalam kejadian itu, Bunyamin Yaakub, 30, dan isterinya Normah Mat Isa, 29, serta anak mereka Ilnur Balqis Bunyamin berusia sembilan bulan, maut di tempat kejadian selepas kereta yang mereka naiki dirempuh lori dipandu oleh Yusri. – Bernama

PM sahkan sudah terima peletakan jawatan Nasir Safar


04/02/2010 2:02pm

MELAKA 4 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan beliau telah menerima peletakan jawatan pegawai khasnya, Datuk Nasir Safar petang semalam.
Beliau berkata, perkara tersebut sewajarnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) semalam mendesak tindakan tegas diambil terhadap Nasir berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka kelmarin.
Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Nasir akan meletakkan jawatan ekoran kenyataannya itu kerana ‘‘dalam keadaan apa cara sekalipun ia tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri.” – Utusan

Bergaduh rebut gelang: Dua ditahan, lapan lagi diburu


04/02/2010 3:08pm

KUANTAN 4 Feb. – Polis menahan dua lelaki dan sedang memburu lapan orang lagi yang disyaki terbabit dalam satu pergaduhan di atas jejantas berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt. Haris Daud berkata, kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 22 tahun itu dipercayai mabuk ketika terbabit dalam pergaduhan pada kira-kira pukul 12.30 malam itu.
Beliau berkata, pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada perebutan seutas gelang tangan perak yang disyaki ditemui mereka di Taman Esplanade.
"Mereka berkejaran di Taman Esplanade di sini sebelum berlaku tumbuk-menumbuk, dan pergaduhan melibatkan senjata pisau di antara mereka kemudiannya berlarutan sehingga ke jejantas berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, berdasarkan maklumat orang awam, polis memberkas dua lelaki berumur 20 tahun yang dipercayai terlibat dengan kejadian itu semasa mereka sedang mendapatkan rawatan di HTAA sebagai pesakit luar. – Bernama

RM89 juta diperuntuk untuk sukan dan kokurikulum di sekolah


04/02/2010 4:13pm

JOHOR BAHARU 4 Feb. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kementerian Pelajaran telah bersetuju untuk memperuntukkan RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan itu akan memastikan kesemua 24 bidang sukan di bawah kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dapat terus dipertandingkan bagi semua peringkat umur.
"Pada peringkat awal, banyak pihak merasa kecewa berikutan keputusan MSSM mengenai pemotongan itu (acara sukan) tetapi saya telah mengeluarkan arahan supaya acara-acara itu dimasukkan semula.
"Peruntukkan RM89 juta itu akan digunakan di setiap sekolah dan acara-acara sukan itu dapat digerakkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah stadium dan kompleks sukan Educity@Iskandar di Nusajaya, hari ini.
Muhyiddin berkata, di antara 24 bidang sukan terbabit termasuklah boling, skuasy, memanah, ping pong, ragbi, kriket, sukan layar, bola lisut, bola baling, merentas desa dan catur. - Bernama

Presiden Afrika mengaku miliki anak luar nikah


04/02/2010 2:32am

JOHANNESBURG 3 Feb. - Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma hari ini mengaku bahawa beliau mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungannya dengan ibu bayi perempuan tersebut, Sonono Khoza.
Para pengkritik telah menuduh Zuma tidak peka untuk mengamalkan seks yang selamat yang sekali gus merosakkan kempen kementerian kesihatan di negara yang mempunyai kadar HIV dan AIDS tertinggi di dunia itu.
Zuma, seorang pengamal tradisi Zulu yang turut mengamalkan poligami dan mempunyai tiga orang isteri serta 20 orang anak berkata dalam satu kenyataan bahawa perkara tersebut `sangat peribadi’ dan beliau telah bertanggungjawab ke atas tindakannya itu.
“Saya mengaku bahawa saya mempunyai hubungan dengan bayi itu dengan Sonono Khoza,” katanya dalam satu kenyataan dalam reaksinya kepada laporan media berhubung kelahiran bayi tersebut. - Reuters

Penganut Kristian tuntut hak bina gereja


04/02/2010 2:32am

KAHERAH 3 Feb. - Golongan aktivis Mesir membuat bantahan di hadapan Parlimen dan memohon supaya undang-undang turut memberi hak sama rata kepada penganut Kristian seperti penganut Muslim untuk membina gereja.
Penunjuk-penunjuk perasaan itu yang terdiri di kalangan penganut Islam dan Kristian, hari ini turut membantah ketegangan antara perbezaan fahaman di dalam negara tersebut, terutama dalam kejadian serangan malam Krismas lalu yang menyebabkan enam penganut Kristian dan seorang pengawal keselamatan Islam terbunuh di luar sebuah gereja di selatan Mesir.
Kerajaan Mesir telah berusaha mengekalkan keharmonian perbezaan fahaman di Mesir selain berkata, serangan pada 6 Januari itu tidak ada kena mengena dengan perbezaan agama.
Penganut Islam perlu memiliki permit perbandaran untuk membina masjid, namun bagi penganut Kristian Qibti, mereka perlu memastikan dokumen mereka ditandatangani oleh presiden. - AP

Kedutaan asing intip maklumat sulit negara - Zahid


04/02/2010 4:16pm

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan, terdapat kedutaan asing di negara ini menggunakan Atase Pertahanan mereka bagi tujuan mengintip maklumat sulit negara terutamanya yang berhubung dengan soal ketenteraan.
Ahmad Zahid ketika mengesahkan perkara itu berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut turut dibantu oleh ‘orang dalam’ Kementerian Pertahanan (Kementah) dan para pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
''Kita mempunyai maklumat bahawa kedutaan asing menggunakan Atase Pertahanan mereka dengan dibantu oleh orang dalam untuk mendapatkan maklumat sulit negara. Orang dalam ini mungkin dibayar dan pihak kami telah kenal pasti pihak yang bertanggungjawab.
''Perkara ini saya akan bawa dan jelaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum tindakan susulan (ke atas kedutaan asing) diambil dan maklumat terperinci mengenainya didedahkan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini. - Utusan

25 saksi akan dipanggil


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Sebanyak 25 saksi akan dipanggil oleh pihak pendakwaan pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.
Mendahului senarai itu ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, selaku pengadu dalam kes tersebut yang menjadi saksi pendakwa pertama.
Turut disenaraikan Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Dr. Nor Aidora Saedon.
Selebihnya, tiga orang pakar forensik akan dipanggil untuk memberi keterangan. Bekas pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan juga antara yang tersenarai.
Selain itu, beberapa anggota polis serta sembilan orang awam akan dipanggil sebagai saksi.
Perbicaraan yang dijangka mengambil masa sebulan setengah itu sekiranya tidak ditangguhkan dan berjalan lancar, akan diakhiri dengan keterangan daripada pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Jude Pereira.

Pas masuk habis, dewan bicara sesak


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Umpama pisang goreng panas! Disebabkan pas masuk untuk mendengar perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd.
Saiful Bukhari Azlan amat terhad, ramai petugas media dan orang awam mengeluh kecewa.Bagaimanapun, beberapa anggota media dikira bernasib baik apabila terdapat beberapa pas tambahan diberikan bagi mereka yang berada dalam senarai menunggu.
Keadaan di dalam dewan juga sesak menyebabkan hampir 10 hingga 15 orang termasuk petugas media dan anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berdiri sepanjang perbicaraan yang berjalan hampir tiga jam itu.
Keadaan juga agak kecoh apabila Mohd. Saiful Bukhari dipanggil sebagai saksi pertama kes itu.
Salah seorang anak perempuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjerit perkataan 'Taubatlah!' kepada bekas pembantu peribadi bapanya.
Anwar turut dilihat tersenyum dan sempat berpaling ke arah ahli keluarganya apabila Mohd. Saiful Bukhari menyenaraikan skop kerjanya sebagai seorang pembantu peribadi.
Reaksi itu bagaimanapun berubah apabila bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional itu dalam keterangannya menyatakan bahawa Anwar bertanya kepadanya: ''Can I f*** you today?''
Riak wajahnya dilihat serius dan marah.
Bagaimanapun, isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan beberapa orang dipercayai penyokong beliau dilihat ketawa apabila mendengar kenyataan tersebut.
Apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Mohd. Saiful Bukhari mengenai reaksinya terhadap pertanyaan 'keramat' Anwar itu, ada suara sumbang dari galeri awam yang sempat membuat lawak dengan menjawab 'saya nak'.

Tarikh semakan ditentukan minggu ini


PUTRAJAYA 3 Feb. - Tarikh pendengaran semakan terhadap keputusan akhir Mahkamah Persekutuan yang menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakses semua dokumen penting pendakwaan sebelum kes liwatnya bermula, akan ditetapkan selewat-lewatnya Jumaat ini.
Sehubungan itu, perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan berjalan seperti biasa dengan memanggil saksi-saksi pendakwaan memberi keterangan.
Peguam Karpal Singh yang mewakilinya memberitahu, jaminan penentuan tarikh semakan itu diberikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff dalam pertemuan hampir sejam di kamar beliau pagi ini.
Menurut Karpal, pihaknya memohon prosiding itu dipercepatkan bagi membolehkan beberapa persoalan undang-undang yang masih tergantung diselesaikan di peringkat tertinggi terlebih dahulu sebelum perbicaraan penuh bermula.
Ujar beliau, pihaknya mahu perbicaraan yang akan ditetapkan kelak berjalan lancar setelah semua perkara berbangkit di peringkat Mahkamah Tinggi dimuktamadkan.
"Saya memohon tarikh semakan ditetapkan awal, jika boleh esok. Buat masa ini, perbicaraan kes berjalan petang ini," ujar beliau ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Kehakiman di sini.
Karpal hadir bersama Datuk Param Cumaraswamy, S.N. Nair, C.V. Prabhakaran dan Ramkarpal Singh Deo bagi memohon tarikh awal ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu menolak rayuan akhir Anwar untuk mengakses semua dokumen penting pendakwaan sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula.
Turut hadir mewakili pihak pendakwaan terdiri daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan-Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dan Wong Chiang Kiat.
Karpal turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan usul selewat-lewatnya esok agar Mahkamah Rayuan mendengar permohonannya untuk menggantung perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan perbicaraan bermula hari ini.
Semalam, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan kes setelah berpendapat, tiada keadaan luar biasa yang memerlukan beliau membenarkan penangguhan.
Anwar sebelum itu memohon penangguhan perbicaraan atas alasan rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat belum didengar di Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, Nair memberitahu petang ini, pihaknya telah memfailkan petisyen rayuan dan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan hari ini sementara menunggu rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak pertuduhan liwat dibatalkan.
Tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan bagi kedua-dua permohonan itu.

Penyokong PKR cuba buat kecoh


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Tindakan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang cuba membuat kecoh di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berjaya digagalkan polis.
Kumpulan penyokong yang hadir untuk mengikuti perbicaraan kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu cuba membawa masuk kain rentang ke lobi mahkamah sebelum dihalang polis.
Berikutan itu, berlaku pergelutan dan tolak menolak antara sebahagian kira-kira 30 penyokong terbabit dengan polis.
Namun tindakan profesional polis yang tidak melayan kerenah penyokong terbabit berjaya memulihkan keadaan.
Keadaan kembali gamat apabila Anwar tiba di mahkamah pada pukul 2.30 petang dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail serta anak perempuan dan menantunya.
Anwar yang masuk ke lobi mahkamah bagaimanapun dilihat tidak ke kamar mahkamah di tingkat lima sebaliknya terus ke kafe di tingkat bawah untuk membincangkan sesuatu dengan salah seorang peguamnya.
Beliau kemudian berada di lobi dan sempat bertemu dengan sebahagian wartawan sebelum naik ke tingkat lima.
Ketika perbicaraan dijalankan dengan mengemukakan saksi pertama, suasana di lobi dan luar kamar mahkamah kelihatan tenang berbanding semalam.
Situasi kembali gamat ketika Anwar hendak keluar dari lobi mahkamah namun sorakan penyokong PKR terhenti apabila dijerkah oleh petugas media yang sedang menemuramah pemimpin mereka itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang ditemui berkata, suasana di Mahkamah Tinggi itu hari ini lebih tenang dan terkawal berbanding semalam.
"Kita berjaya menyekat pihak yang membawa kain rentang dan cuba mewujudkan kekecohan di lobi mahkamah.
"Keadaan lebih tenang terutama di luar kamar dan lobi mahkamah," katanya.

Waris mangsa bas ekspres menangis teresak-esak


IPOH 3 Feb. - Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Majistret (Trafik) di sini hari ini apabila waris 10 penumpang bas ekspres dua tingkat, Sani Ekspres Sdn. Bhd., yang terbunuh dalam kemalangan pada 26 Disember tahun lalu, menangis teresak-esak ketika tampil sebagai saksi.
Mereka tidak dapat menahan kesedihan sejurus melihat gambar mayat saudara mara ketika membuat pengecaman dalam prosiding hari pertama perbicaraan terhadap pemandu bas tersebut, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 37.
Ng Chin Beng tidak dapat menahan kesedihan kerana nahas tersebut telah meragut nyawa dua anaknya, Ng Kah Kit, 12, dan Ng Poh Ngoh, 23.
Saksi lain Mohd. Sukhary Shaharin yang kehilangan ibu bapanya, Shaharin Mohd. Noor, 61, dan Supiah Adam, 46, serta Syed Harun Sa Al Junid yang kehilangan dua anaknya, Sharifah Raheel, 21, dan Sharifah Hasanah, 15, turut kelihatan sugul.
Dalam prosiding hari ini, seramai sembilan saksi yang terdiri daripada tujuh waris mangsa dan dua anggota polis trafik tampil memberi keterangan.
Peguam bela S. Arumugam dan Khairun Niza Husnin ketika menyoal balas dua saksi polis bertanya, sama ada mereka dapat menyatakan dengan tepat lokasi sebenar nahas tersebut berlaku.
Selain itu, peguam turut mempersoalkan kegagalan jurufoto polis trafik merakamkan nombor pendaftaran bas yang terlibat dalam nahas ngeri itu.
Menurut pertuduhan pindaan, Mohd. Kamil didakwa memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian 10 penumpang di Kilometer 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara, pada pukul 1 pagi, 26 Disember 2009. Pertuduhan asal menyatakan, lokasi kejadian, di Kilometer 280.3.
Tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim.
Perbicaraan di hadapan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah bersambung pada 9 Mac ini.

Faizah mohon semakan kehakiman bantah perbicaraan


KUALA LUMPUR 3 Feb. – Isteri bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim hari ini memfailkan semakan kehakiman mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Syariah minggu lalu yang menolak bantahan awalnya berhubung tuntutan ganti rugi perkahwinan RM53,460 oleh bekas suaminya.
Faizah Mohamad, 34, hadir bersama peguam syarie, Amir Hussin di pejabat pendaftar, mahkamah tersebut hari ini.
Pada 25 Januari lalu, Hakim Syarie Mohd. Radzi Abdul Latif menolak bantahan awal Faizah dan menetapkan perbicaraan secara tertutup bermula pada 23 Mac ini.
Faizah dalam permohonannya menyifatkan, hakim melakukan kekhilafan kerana terlepas pandang selain dibuat secara tergesa-gesa tanpa menghalusi setiap isu dibangkitkan.
Pemohon juga sekali lagi membantah tuntutan ganti rugi tersebut atas alasan Roslin atau nama penuhnya Muhammad Roslin Hashim, 34, tiada locus dan merit di sisi undang-undang dan hukum syarak.
Dia turut membangkitkan isu sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan ganti rugi perkahwinan di bawah Seksyen 46 (2)(b)(i) dan (ii) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
Pemohon menyatakan sekiranya permohonan Roslin didengar dan diputuskan, ia akan membudayakan tindakan seseorang suami yang menceraikan isteri menuntut sesuatu secara tidak bermaruah.
Selain itu, menurutnya ia juga berlawanan dengan semangat sulh walhal Faizah bersedia memulangkan barang-barang responden pada bila-bila masa.
Bagi Faizah, tuntutan Roslin terhadapnya suatu yang mengaibkan, menzalimi dirinya, remeh, menyusahkan dan ia menyalah gunakan proses mahkamah.
Dia juga melahirkan rasa terkilan dengan keputusan mahkamah terdahulu kerana terpaksa mengikuti prosiding kes yang panjang, keluarganya terpaksa menanggung malu akibat diceraikan oleh responden tanpa sebab.
Pada 12 Ogos lalu, Roslin memfailkan tuntutan ganti rugi perkahwinan yang merangkumi perbelanjaan yang dikeluarkan ketika merisik dan berkahwin.
Pasangan yang menikah pada 31 Januari tahun lalu disahkan bercerai pada 12 Mei tahun yang sama oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya menerusi talak bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).
Roslin dalam prosiding pengesahan perceraiannya turut bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin berlaku dalam tempoh 12 hari perkahwinan mereka.

Dua beranak dituduh bunuh amah


MELAKA 3 Feb. - Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pembantu rumah warga Indonesia di sebuah rumah di Taman Peringgit Jaya, Januari lalu.
Ibu bersama anak lelakinya itu K. Letchmy, 55 dan K. Kannan, 26 didakwa membunuh dengan niat Nurul Aida M. Nur, 31, di sebuah rumah No.143-J Jalan Mawar 6 Taman Peringgit Jaya pada pukul 5.30 pagi 21 Januari lalu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shashi Kannan.
Namun tiada pengakuan direkodkan terhadap kedua-dua tertuduh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Majistret Muhamad Faizal Ismail yang mendengar pertuduhan itu kemudian menetapkan 6 April ini bagi sebutan semula kes kerana masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat mangsa daripada Timbalan Pendakwa Raya.
Sementara itu, empat lagi suspek yang sebelum ini ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan kes itu telah dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.
Utusan Malaysia pada 23 Januari lalu melaporkan mengenai penahanan dua wanita kerana dipercayai cuba menyorok kematian seorang amah warga Indonesia, sejurus selepas mereka membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi 21 Januari.
Mangsa dikatakan meninggal dunia di rumah majikannya di Taman Peringgit Jaya pagi 21 Januari lalu.
Ekoran kematian tersebut, majikan mangsa kemudiannya mengadu kepada agensi pekerja asing yang kemudiannya bergegas ke rumah majikan terbabit bersama rakannya yang juga merupakan seorang jururawat.
Bagaimanapun akibat panik, kedua-dua suspek kemudiannya memasukkan mayat mangsa ke dalam but kereta dan menuju ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur untuk urusan penghantaran mayat mangsa ke Indonesia.
Bagaimanapun, pihak kedutaan meminta mereka terlebih dahulu membuat laporan polis sebelum mayat tersebut diuruskan pihak kedutaan.
Mereka akhirnya membuat laporan polis di pondok polis HKL pada pukul 2 pagi, tetapi ditahan untuk membantu siasatan kerana tindakan yang mencurigakan.

Bekas pembantu tadbir JAIS dipenjara sehari, denda


SHAH ALAM 3 Feb. - Seorang pekerja cemerlang di Unit Kewangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengambil bahagian dalam perniagaan.
Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Raja Nor Hisham Raja Hizat, 54, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan pilihan.
Beliau turut memerintahkan bekas pembantu tadbir kanan itu dipenjarakan selama empat bulan lagi jika gagal menjelaskan denda.
Raja Nor Hisham sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menggunakan kedudukannya dengan memilih syarikat milik bersama untuk membekalkan peralatan pejabat tiga tahun lalu.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama. Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana satu yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun sebelum perbicaraan bermula hari ini, tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah.
Dia mengaku mengambil bahagian dalam perniagaan sebagai rakan kongsi syarikat Warisan NDE Enterprise yang membekalkan peralatan pejabat kepada JAIS.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Unit Kewangan JAIS pada 28 September dan 6 November 2006.
Dia dituduh mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainal Ayob.
Terdahulu, Peguam M. Reza Hassan memohon agar mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana anak guamnya akan hilang pekerjaan serta pencen sebaik sahaja disabitkan dengan kesalahan.
Katanya, selain pernah diberi penghargaan sebagai seorang pekerja cemerlang, tertuduh juga menerima Pingat Pekerti Terpilih daripada Sultan Selangor pada 2005.

Nordin Kardi diperintah bayar denda


ALOR SETAR 3 Feb. - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi hari ini diperintahkan supaya membayar RM5,000 kepada KIC Management Sdn. Bhd. setelah didapati menghina perintah Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan sebelum ini.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati pihak UUM gagal mematuhi perintah injunksi yang menghalang universiti itu daripada meneruskan program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) yang dijalankan oleh KIC Management Sdn. Bhd.
Zamani yang membuat keputusan itu di dalam kamar memberikan tempoh dua minggu bermula hari ini untuk Nordin menjelaskan denda. Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau boleh dihukum penjara selama sebulan.
Sementara itu, peguam C.V. Krishnadevan yang mewakili KIC Management Sdn. Bhd., berkata, Nordin telah menghina mahkamah kerana gagal mematuhi perintah injunksi tersebut.
"KIC Management Sdn. Bhd. memperoleh injunksi secara ex-parte (sebelah pihak) dalam kamar daripada Mahkamah Tinggi pada 8 Julai tahun lalu.
"Permohonan injunksi tersebut dibuat setelah pihak UUM melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, membatalkan perjanjian usahasama dengan syarikat untuk mengendalikan program ini berkuat kuasa 1 Jun," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr. Nordin yang ditemui berkata, pihaknya menghormati keputusan mahkamah tersebut.
"Saya akan berbincang dengan peguam saya, Datuk Hashim Jahaya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Laporan stadium belum dapat didedahkan


KEMAMAN 3 Feb. – Kerajaan negeri belum berhasrat mendedahkan hasil siasatan insiden bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh, meskipun laporan lengkap mengenainya telah diperoleh.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, keputusan itu diambil kerana wujud aspek perundangan yang memerlukan laporan berkenaan disiasat dengan teliti agar tidak timbul sebarang komplikasi undang-undang kelak.
Justeru beliau meminta semua pihak yang terlibat tidak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri mengambil masa yang lama untuk mendedahkan laporan terbabit.
Katanya, pagi ini beliau telah mendengar taklimat Pengarah Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur dan Jambatan, Ir. Dr. Ab. Aziz Arshad berhubung laporan siasatan itu.
‘‘Banyak persoalan yang ditimbulkan ketika taklimat tadi... bagaimanapun saya tidak boleh memberi sebarang komen bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
‘‘Laporan tersebut perlu diteliti sebelum didedahkan kerana banyak pihak terlibat. Justeru kita akan dapatkan pandangan Penasihat Undang-Undang negeri sama ada laporan ini akan didedahkan atau tidak,” katanya selepas menyampaikan dana Tahun Baru Cina 2010 di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman di sini hari ini.
Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata, kerajaan negeri bersedia mendedahkan laporan penuh mengenai kejadian itu bagi menjamin integriti dan imejnya terus terpelihara.
Menurut beliau, pihaknya akan berbuat demikian sebaik sahaja laporan tersebut diterima kerana tidak mahu menyembunyikan perkara itu.
Arkitek prinsipal stadium berkenaan, Senibahri Arkitek, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pernah menyarankan supaya pihak berkuasa menyiarkan laporan penuh berhubung kejadian itu agar rakyat tidak tertanya-tanya mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Dua beranak dituduh bunuh amah


MELAKA 3 Feb. - Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pembantu rumah warga Indonesia di sebuah rumah di Taman Peringgit Jaya, Januari lalu.
Ibu bersama anak lelakinya itu K. Letchmy, 55 dan K. Kannan, 26 didakwa membunuh dengan niat Nurul Aida M. Nur, 31, di sebuah rumah No.143-J Jalan Mawar 6 Taman Peringgit Jaya pada pukul 5.30 pagi 21 Januari lalu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shashi Kannan.
Namun tiada pengakuan direkodkan terhadap kedua-dua tertuduh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Majistret Muhamad Faizal Ismail yang mendengar pertuduhan itu kemudian menetapkan 6 April ini bagi sebutan semula kes kerana masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat mangsa daripada Timbalan Pendakwa Raya.
Sementara itu, empat lagi suspek yang sebelum ini ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan kes itu telah dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.
Utusan Malaysia pada 23 Januari lalu melaporkan mengenai penahanan dua wanita kerana dipercayai cuba menyorok kematian seorang amah warga Indonesia, sejurus selepas mereka membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi 21 Januari.
Mangsa dikatakan meninggal dunia di rumah majikannya di Taman Peringgit Jaya pagi 21 Januari lalu.
Ekoran kematian tersebut, majikan mangsa kemudiannya mengadu kepada agensi pekerja asing yang kemudiannya bergegas ke rumah majikan terbabit bersama rakannya yang juga merupakan seorang jururawat.
Bagaimanapun akibat panik, kedua-dua suspek kemudiannya memasukkan mayat mangsa ke dalam but kereta dan menuju ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur untuk urusan penghantaran mayat mangsa ke Indonesia.
Bagaimanapun, pihak kedutaan meminta mereka terlebih dahulu membuat laporan polis sebelum mayat tersebut diuruskan pihak kedutaan.
Mereka akhirnya membuat laporan polis di pondok polis HKL pada pukul 2 pagi, tetapi ditahan untuk membantu siasatan kerana tindakan yang mencurigakan.
Add to Google  

Waris mangsa bas ekspres menangis teresak-esak


IPOH 3 Feb. - Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Majistret (Trafik) di sini hari ini apabila waris 10 penumpang bas ekspres dua tingkat, Sani Ekspres Sdn. Bhd., yang terbunuh dalam kemalangan pada 26 Disember tahun lalu, menangis teresak-esak ketika tampil sebagai saksi.
Mereka tidak dapat menahan kesedihan sejurus melihat gambar mayat saudara mara ketika membuat pengecaman dalam prosiding hari pertama perbicaraan terhadap pemandu bas tersebut, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 37.
Ng Chin Beng tidak dapat menahan kesedihan kerana nahas tersebut telah meragut nyawa dua anaknya, Ng Kah Kit, 12, dan Ng Poh Ngoh, 23.
Saksi lain Mohd. Sukhary Shaharin yang kehilangan ibu bapanya, Shaharin Mohd. Noor, 61, dan Supiah Adam, 46, serta Syed Harun Sa Al Junid yang kehilangan dua anaknya, Sharifah Raheel, 21, dan Sharifah Hasanah, 15, turut kelihatan sugul.
Dalam prosiding hari ini, seramai sembilan saksi yang terdiri daripada tujuh waris mangsa dan dua anggota polis trafik tampil memberi keterangan.
Peguam bela S. Arumugam dan Khairun Niza Husnin ketika menyoal balas dua saksi polis bertanya, sama ada mereka dapat menyatakan dengan tepat lokasi sebenar nahas tersebut berlaku.
Selain itu, peguam turut mempersoalkan kegagalan jurufoto polis trafik merakamkan nombor pendaftaran bas yang terlibat dalam nahas ngeri itu.
Menurut pertuduhan pindaan, Mohd. Kamil didakwa memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian 10 penumpang di Kilometer 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara, pada pukul 1 pagi, 26 Disember 2009. Pertuduhan asal menyatakan, lokasi kejadian, di Kilometer 280.3.
Tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim.
Perbicaraan di hadapan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah bersambung pada 9 Mac ini.

Tarikh semakan ditentukan minggu ini


PUTRAJAYA 3 Feb. - Tarikh pendengaran semakan terhadap keputusan akhir Mahkamah Persekutuan yang menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakses semua dokumen penting pendakwaan sebelum kes liwatnya bermula, akan ditetapkan selewat-lewatnya Jumaat ini.
Sehubungan itu, perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan berjalan seperti biasa dengan memanggil saksi-saksi pendakwaan memberi keterangan.
Peguam Karpal Singh yang mewakilinya memberitahu, jaminan penentuan tarikh semakan itu diberikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff dalam pertemuan hampir sejam di kamar beliau pagi ini.
Menurut Karpal, pihaknya memohon prosiding itu dipercepatkan bagi membolehkan beberapa persoalan undang-undang yang masih tergantung diselesaikan di peringkat tertinggi terlebih dahulu sebelum perbicaraan penuh bermula.
Ujar beliau, pihaknya mahu perbicaraan yang akan ditetapkan kelak berjalan lancar setelah semua perkara berbangkit di peringkat Mahkamah Tinggi dimuktamadkan.
"Saya memohon tarikh semakan ditetapkan awal, jika boleh esok. Buat masa ini, perbicaraan kes berjalan petang ini," ujar beliau ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Kehakiman di sini.
Karpal hadir bersama Datuk Param Cumaraswamy, S.N. Nair, C.V. Prabhakaran dan Ramkarpal Singh Deo bagi memohon tarikh awal ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu menolak rayuan akhir Anwar untuk mengakses semua dokumen penting pendakwaan sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula.
Turut hadir mewakili pihak pendakwaan terdiri daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan-Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dan Wong Chiang Kiat.
Karpal turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan usul selewat-lewatnya esok agar Mahkamah Rayuan mendengar permohonannya untuk menggantung perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan perbicaraan bermula hari ini.
Semalam, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan kes setelah berpendapat, tiada keadaan luar biasa yang memerlukan beliau membenarkan penangguhan.
Anwar sebelum itu memohon penangguhan perbicaraan atas alasan rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat belum didengar di Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, Nair memberitahu petang ini, pihaknya telah memfailkan petisyen rayuan dan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan hari ini sementara menunggu rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak pertuduhan liwat dibatalkan.
Tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan bagi kedua-dua permohonan itu.

Pas masuk habis, dewan bicara sesak


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Umpama pisang goreng panas! Disebabkan pas masuk untuk mendengar perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd.
Saiful Bukhari Azlan amat terhad, ramai petugas media dan orang awam mengeluh kecewa.Bagaimanapun, beberapa anggota media dikira bernasib baik apabila terdapat beberapa pas tambahan diberikan bagi mereka yang berada dalam senarai menunggu.
Keadaan di dalam dewan juga sesak menyebabkan hampir 10 hingga 15 orang termasuk petugas media dan anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berdiri sepanjang perbicaraan yang berjalan hampir tiga jam itu.
Keadaan juga agak kecoh apabila Mohd. Saiful Bukhari dipanggil sebagai saksi pertama kes itu.
Salah seorang anak perempuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjerit perkataan 'Taubatlah!' kepada bekas pembantu peribadi bapanya.
Anwar turut dilihat tersenyum dan sempat berpaling ke arah ahli keluarganya apabila Mohd. Saiful Bukhari menyenaraikan skop kerjanya sebagai seorang pembantu peribadi.
Reaksi itu bagaimanapun berubah apabila bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional itu dalam keterangannya menyatakan bahawa Anwar bertanya kepadanya: ''Can I f*** you today?''
Riak wajahnya dilihat serius dan marah.
Bagaimanapun, isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan beberapa orang dipercayai penyokong beliau dilihat ketawa apabila mendengar kenyataan tersebut.
Apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Mohd. Saiful Bukhari mengenai reaksinya terhadap pertanyaan 'keramat' Anwar itu, ada suara sumbang dari galeri awam yang sempat membuat lawak dengan menjawab 'saya nak'.

25 saksi akan dipanggil


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Sebanyak 25 saksi akan dipanggil oleh pihak pendakwaan pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.
Mendahului senarai itu ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, selaku pengadu dalam kes tersebut yang menjadi saksi pendakwa pertama.
Turut disenaraikan Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Dr. Nor Aidora Saedon.
Selebihnya, tiga orang pakar forensik akan dipanggil untuk memberi keterangan. Bekas pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan juga antara yang tersenarai.
Selain itu, beberapa anggota polis serta sembilan orang awam akan dipanggil sebagai saksi.
Perbicaraan yang dijangka mengambil masa sebulan setengah itu sekiranya tidak ditangguhkan dan berjalan lancar, akan diakhiri dengan keterangan daripada pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Jude Pereira.

'Saiful marah dan takut'


KUALA LUMPUR 3 Feb. - "Can I f**k you today?" Pertanyaan langsung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyebabkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, menjadi marah dan takut.
Saksi pendakwa pertama itu memberitahu, dia menolak pelawaan bekas majikannya itu untuk melakukan perbuatan tersebut tetapi Anwar dengan nada marah berkata: "What!"
Menurut pemuda itu, kejadian berlaku di meja makan semasa dia mengunjungi Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara atas arahan Anwar pada 26 Jun 2008.
MOHD. YUSOF (MY): Apa yang kamu buat selepas masuk ke unit berkenaan?
MOHD. SAIFUL BUKHARI (MSB): Saya duduk bertentangan dengan Datuk Seri di meja makan dan biarkan dia semak dokumen.
MY: Apa buat lepas duduk, dan beri dokumen?
MSB: Selepas saya serahkan dokumen, kami bincang tentang jadual kerja dan tak lama lepas itu beliau ada tanya saya satu soalan.
MY: Apa soalan tu?
MSB: Dengan izin yang Arif, soalan dalam bahasa Inggeris. Dia tanya, Can i f**k you today?
MY: Apa reaksi awak bila ditanya?
MSB: Marah dan takut.
Mohd. Saiful Bukhari menyatakan demikian ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada hari pertama perbicaraan kes liwat dihadapi Anwar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Menurutnya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudian mengarahkannya masuk ke bilik tidur utama dan sejurus masuk ke bilik berkenaan, Anwar telah menutup langsir sebelum menutup lampu bilik berkenaan.
MY: Jadi bilik gelap?
MSB: Ada cahaya dari tandas dan celah-celah langsir.
MY: Lepas itu apa berlaku?
MSB: Datuk Seri arahkan saya untuk bersihkan diri dalam tandas.
MY: Tandas atau bilik mandi, bilik air?
MSB: Tandas, ada shower (air pancut) semua.
MY: Kemudian?
MSB: Jadi saya pun masuk tandas tersebut...
MY: Awak berpakaian masa tu?
MSB: Ya, berpakaian. Lepas tu saya bilas badan, tak mandi.
MY: Masa tu dah buka pakaian?
MSB: Ya.
MY: Kemudian?
MSB: Lepas bilas saya ambil tuala yang tersedia dalam tandas dan saya keluar.
MY: Dan?
MSB: Saya keluar dengan bawa baju kemeja dan gantung pada pemegang pintu almari.
MY: Masa tu kamu bertuala?
MSB: Ya.
MY: Masa keluar dari bilik air, Datuk Seri berada di mana?
MSB: Beliau di hujung penjuru katil bahagian kaki sebelah kanan.
MY: Dia tengah buat apa? Duduk ke berdiri ke?
MSB: Berdiri dan memakai tuala putih.
MY: Selepas itu apa berlaku?
MSB: Dia arahkan saya untuk pergi ke arah dia.
MY: Apa jadi selepas itu?
MSB: Beliau memeluk saya dalam keadaan saya berdiri.
Sepanjang Mohd. Saiful Bukhari memberi keterangan, Anwar pada mulanya kelihatan biasa dan sempat tersenyum apabila bekas pembantu peribadinya itu menyenaraikan skop kerjanya.
Bagaimanapun, air mukanya dilihat berubah marah apabila Mohd. Saiful Bukhari yang juga pengadu dalam kes itu menceritakan kejadian di kondominium tersebut.
Terdahulu, Mohd. Saiful Bukhari menyatakan dia pernah ke unit kondominium itu beberapa kali. Sehari sebelum kejadian, Anwar memintanya ke kondominium itu atas alasan kerja.
Kondominium tersebut, kata saksi itu, dimiliki seseorang bernama Hasanudin yang turut memiliki Unit 11-5-2. Ia dijadikan rumah tetamu oleh pemilik berkenaan.
Pada hari kejadian, kira-kira pukul 10.30 pagi, di pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya, Ketua Pembangkang itu mengingatkan bekas pembantunya untuk ke kondominium itu bagi berbincang mengenai pertemuannya dengan seseorang bernama Profesor Ariff dan jadual kerja.
Kira-kira 15 minit sebelum meninggalkan pejabat untuk bertemu dengan bekas majikannya, Mohd. Saiful Bukhari diminta Ketua Staf, Ibrahim Yakob untuk menyerahkan satu dokumen kepada Anwar, kata saksi itu.
Menceritakan perjalanannya dari pos pengawal ke Unit 11-5-1, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu, dia perlu menyebut 'Mokhtar' sebelum dibenarkan melepasi kawalan keselamatan untuk memasuki premis itu dan menaiki lif ke unit terbabit.
MY: Masa tiba di kondo tersebut, ada lalu pos pengawal atau terus sahaja?
MSB: Saya perlu melalui pos pengawal.
MY: Perlu berhenti di pos pengawal?
MSB: Ya.
MY: Ada pengawal tanya apa-apa?
MSB: Ada.
MY: Apa yang kamu jawab bila pengawal tanya?
MSB: Saya tak jawab mana nak pergi, saya cuma kata 'Mokhtar'.
MY: Kenapa sebut 'Mokhtar? Apa signifikan, kaitannya untuk masuk?
MSB: Saya dah datang beberapa kali dan pernah diberitahu oleh staf lain untuk cakap macam tu. Saya tak pernah tanya kenapa.
MY: Apa jadi bila sebut 'Mokhtar'?
MSB: Pengawal akan beri laluan.
MY: Kemudian terus ke mana?
MSB: Lepas pos pengawal, kena lalu macam bukit dan saya terus ke visitor parking (tempat letak kenderaan pelawat) di P4.
MY: Lepas itu?
MSB: Saya keluar kereta, pergi ke lif di P4, naik lif ke P2. Dari P2 saya perlu jalan ke blok satu lagi, tak pasti blok apa. Jalan ke satu pintu. Pintu tersebut untuk pergi ke blok unit Encik Hasanudin.
MY: Apa yang lepas pintu tersebut?
MSB: Bila lepasi pintu, ada lif.
MY: Pintu berkunci?
MSB: Pintu berkunci secara magnet.
MY: Jadi macam mana lepasi pintu?
MSB: Sebelah pintu ada interkom berhubung dengan tuan rumah. Saya masukkan nombor 1151, bila Encik Hasanudin jawab, saya cakap 'Mokhtar' dan pintu akan dibuka.
MY: Suara yang jawab suara lelaki?
MSB: Ya.
MY: Adakah setiap kali ke sana, kena sebut 'Mokhtar'?
MSB: Ya?
MY: Suara yang jawab setiap kali ke sana, adakah suara yang sama atau lain-lain?
MSB: Suara sama.
MY: Apa yang lelaki itu jawab?
MSB: Dia cakap 'Ya'. Saya cakap 'Mokhtar' dan pintu dibuka.
Sementara itu, sebaik saja 'adegan peluk' disebut oleh Mohd. Saiful Bukhari, peguam bela, Karpal Singh memohon agar keterangan selanjutnya dibuat secara tertutup.
Mohd. Yusof tidak membantah permohonan tersebut tetapi menyatakan, mahkamah telah diperuntukkan dengan kuasa untuk memutuskan sama ada hendak meneruskan perbicaraan secara tertutup atau sebaliknya.
Selepas mempertimbangkan hujah dan peruntukan sedia ada, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan keterangan lanjut Mohd. Saiful Bukhari yang akan menjuruskan kepada perbuatan liwat itu dibuat secara tertutup.
Perbicaraan bersambung pagi esok.

Nama Saiful jadi sebutan sejak pendedahan berani


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Nama Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiba-tiba menggegar negara apabila bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa dirinya diliwat oleh ketua pembangkang tersebut.
Mohd. Saiful Bukhari, 24, hari ini memberi keterangan sebagai saksi pertama dalam perbicaraan kes pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi di sini bermula hari ini.
Bekas pembantu peribadi Anwar itu memfailkan laporan polis di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008 lalu dengan menyatakan dirinya telah beberapa kali diliwat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu secara paksa dan menurutnya kejadian terakhir berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Kuala Lumpur.
Mohd. Saiful Bukhari yang dilahirkan pada 6 Julai 1985 merupakan anak kelahiran Johor Bahru, Johor yang dibesarkan dan bersekolah di Damansara di sini.
Beliau merupakan bekas penuntut jurusan kejuruteraan elektrik Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi, Selangor tetapi gagal menamatkan pengajian.
Semasa di Uniten, beliau telah terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2006/2007 selain dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006.
Setelah berhenti belajar di Uniten tanpa segulung ijazah kejuruteraan, Mohd. Saiful Bukhari menjadi sukarelawan di pejabat PKR di Petaling Jaya sebagai pembantu khas Anwar selain membantu ketua staff, Ibrahim Yaacob untuk menguruskan jadual Anggota Parlimen Permatang Pauh itu.
Menurut Mohd. Saiful Bukhari dalam blognya, antara tugasnya ialah mengatur pertemuan sulit dengan anggota Parlimen yang ingin melompat parti di mana pertemuan itu diadakan di Kondominium Desa Damansara tersebut yang dakwanya milik teman rapat Anwar.
Sepanjang bertugas bersama Anwar, beliau pernah mengikut majikannya itu ke luar negara termasuk ke Hong Kong (awal Mei 2008), Bangkok (akhir Mei 2008) dan Singapura (16 dan 18 Jun 2008).
Pada 15 Ogos lalu, Mohd. Saiful Bukhari telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.
Kemudian, dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel, yang merupakan pertama kali beliau muncul sejak membuat laporan polis itu, Mohd. Saiful Bukhari menafikan tindakannya itu bermotifkan politik.
Pada 3 Mac tahun lepas, beliau membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang mendakwa beliau kini tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya dengan memfitnahnya bahawa beliau terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah.
Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Mohd. Saiful Bukhari menyewa Unit 1151, Kondominium Desa Damansara tersebut yang sewa bulanannya adalah antara RM7,500 dan RM15,000 memandangkan beliau tercicir dalam pelajaran dan jenis pekerjaannya.
Beliau turut mewujudkan blog mohdsaifulbukhari.blogspot.com pada Jun 2008 dan penulisan pertamanya pada 7 Julai bertajuk 'Buat Rakyat Malaysia' telah mencabar Anwar untuk bermubahalah di hadapan ulamak manakala penulisan kedua bertarikh 20 Julai telah menyentuh tentang fitnah berkaitan dengan tunangnya.
Mohd. Saiful Bukhari telah bertunang dengan penyampai berita sambilan di sebuah stesen televisyen swasta, Janna Syariza Mohd. Zaki, yang juga mempunyai blog A Step In My Pink Mary Janes yang menyatakan memberi sokongan penuh kepada tunangnya itu. - BERNAMA

Usaha Anwar tangguh bicara gagal


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Walaupun berulang kali ditolak, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap berusaha menangguhkan perbicaraan kes liwatnya di saat-saat akhir sebelum perbicaraan bermula hari ini.
Namun kesudahannya, usaha beliau tetap gagal dan perbicaraan yang sepatutnya bermula semalam diteruskan dengan saksi pendakwa pertama yang juga pengadu kes, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipanggil memberi keterangan.
Terdahulu, peguam Karpal Singh memohon penangguhan dengan alasan pihak pembelaan sedang berusaha memfailkan notis usul di Mahkamah Rayuan agar perbicaraan itu digantung sehingga rayuan membatalkan pertuduhan liwat didengar.
Peguam itu turut memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bahawa pihaknya akan menemui Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff esok pagi bagi mendapatkan tarikh awal pendengaran rayuan tersebut.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden mengesahkan apa yang dimaklumkan oleh Karpal. Beliau juga menyatakan bahawa selagi tiada arahan penangguhan dikeluarkan, perbicaraan tersebut perlu diteruskan.
Mohd. Yusof turut mengulangi kesediaan pihak pendakwa untuk memulakan perbicaraan tersebut.
Karpal yang masih tidak berpuas hati mengulangi permohonan beberapa minit sebelum pihak pendakwaan membaca kenyataan pembukaan perbicaraan.
Beliau menyatakan, mahkamah perlu memberi peluang kepada Anwar untuk menggunakan semua ruang rayuan yang ada bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.
"Perbicaraan ini tidak wajar diteruskan. Mahkamah sepatutnya membenarkan penangguhan bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mendengar permohonan untuk membatalkan pertuduhan. Perbicaraan ini tidak wajar dipercepatkan," katanya.
Hakim Mohamad Zabidin selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, berpendapat tiada sebab perbicaraan tersebut perlu ditangguhkan dan mengarahkan kes diteruskan.
Kira-kira setengah jam kemudian, semasa Mohd. Saiful Bukhari memberi keterangan, Karpal sekali lagi mengemukakan bantahan.
Kali ini bantahan dibuat terhadap laporan polis Mohd. Saiful Bukhari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi gambaran bahawa kejadian liwat telah berlaku beberapa kali.
Bantahan tersebut diterima oleh mahkamah yang kemudiannya memerintahkan beberapa perkataan dalam laporan tersebut dipadam daripada keterangan saksi.

Kesan air mani didakwa milik Anwar


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah disahkan Jabatan Kimia sebagai kepunyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden ketika membuka tirai pendakwaan menyatakan, pengesahan itu dibuat selepas sampel-sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur bekas pembantu Anwar itu diambil oleh doktor untuk pemeriksaan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Menurut beliau, pihak pendakwaan juga akan membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah melalui keterangan langsung daripada pemuda itu sendiri.
Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu turut menyatakan, pembuktian juga akan dibuat melalui keterangan forensik daripada doktor-doktor dan ahli kimia di samping keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentari.
Terdahulu, ucapan pembukaan pendakwaan itu menyentuh keterangan mengenai arahan tertuduh di pejabatnya kira-kira pukul 10.30 pagi, 26 Jun 2008 yang meminta Mohd. Saiful Bukhari pergi ke Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.30 petang hari yang sama.
Mohd. Saiful Bukhari yang ketika itu merupakan pembantu khas tertuduh telah keluar dari pejabat kira-kira pukul 1.45 petang dan tiba di kondominium berkenaan kira-kira pukul 3 petang.
Menurut Mohd. Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan, ketika di kondominium tersebut, Mohd. Saiful Bukhari telah menuju ke unit 11-5-1 yang terletak di tingkat lima.
"Apabila Mohd. Saiful Bukhari masuk ke dalam unit kondominium tersebut, dia melihat tertuduh sedang duduk di meja makan seorang diri.
"Di unit kondominium ini, Mohd. Saiful Bukhari telah diliwat oleh tertuduh. Mohd. Saiful Bukhari meninggalkan unit tersebut kira-kira pukul 4 petang," katanya.
Seterusnya, kata beliau, pada 28 Jun 2008, pemuda itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung kejadian liwat tersebut.
Pada hari yang sama juga, menurut Mohd. Yusof, Mohd. Saiful Bukhari telah membuat pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Selepas selesai membacakan ucapan pembukaan tersebut, Mohd. Yusof meminta izin supaya pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa kepada tertuduh.
Ketika diminta pengakuannya, Anwar yang berdiri di kandang tertuduh dengan nada tegas menyatakan:
"Tuduhan jahat, fitnah Yang Arif, evil frivoluos lies by those in power, they are using the prosecution for the purpose (penipuan remeh oleh mereka yang berkuasa, mereka menggunakan pihak pendakwaan untuk tujuan tertentu)."
Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu menghadapi tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini dibebaskan dengan jaminan RM20,000.
Lebih 20 saksi disenaraikan oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi


KUALA LUMPUR 3 Feb. – Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberitahu bahawa dia berhenti bekerja dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu diliwat lagi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
‘‘Saya tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan,’’ katanya yang dipanggil sebagai saksi pertama memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Anwar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Menurutnya, ia adalah sebab sebenar dia berhenti kerja sebagai pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu walaupun perkara tersebut tidak dinyatakan dalam e-mel yang dihantarnya kepada Anwar.
Kata anak sulung daripada dua beradik itu, e-mel yang menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan dihantar melalui telefon bimbit Blackberry miliknya kepada e-mel Anwar ketika dia berada di ibu pejabat PKR di Tropicana Square, di sini.
Dalam e-mel itu, menurutnya, dia menyatakan alasannya untuk berhenti kerja ialah dia seorang yang tidak berdisiplin kerana sering datang lewat ke pejabat sehingga menyebabkan Anwar selalu memarahinya.
Selain itu, kata Mohd. Saiful Bukhari, 25, dia berasa tertekan kerana diberikan sebuah bilik di pejabat baru PKR itu walaupun berasa kurang berkelayakan berbanding pekerja-pekerja lain yang tidak diberikan bilik.
Menceritakan bagaimana boleh bekerja dengan Anwar, saksi itu berkata, dia telah dijemput oleh rakannya untuk bekerja dengan Penasihat PKR itu pada awal Mac 2008.
Disoal oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sama ada dia boleh mengecam bekas majikannya itu, Mohd. Saiful Bukhari lantas menoleh ke galeri awam lalu menunjuk dengan ibu jari ke arah Anwar di kandang tertuduh.
Anwar tunduk tanpa memandang Mohd. Saiful Bukhari.
Menurut pemuda yang menyatakan statusnya sebagai penganggur kini, dia mula bekerja dengan Anwar sebagai sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum pada 1 Mac 2008.
‘‘Banyak kerja yang perlu saya buat seperti mengatur jadual perjalanan program ceramah pilihan raya. Adakalanya saya ikut beliau ke program-program ceramah,’’ katanya.
Menurutnya, dia bekerja sebagai sukarelawan kira-kira dua bulan sahaja dan pada penghujung April, Anwar sendiri melantiknya sebagai pembantu peribadi walaupun tiada surat-menyurat bagi pelantikan tersebut.
Sebagai pembantu peribadi, katanya, dia ditugaskan untuk mengatur pertemuan sulit Anwar seperti ketika itu untuk berkomunikasi dengan ejen-ejen Ahli Parlimen yang ingin melompat parti dan membantu Ketua Staf, Ibrahim Yaacob dalam mengatur jadual Anwar.
‘‘Di samping itu, saya juga membuat pemfailan dokumen-dokumen sulit Anwar seperti akaun-akaun bank dan kawal selia telefon bimbit peribadi beliau. Setiap pagi, beliau akan bagi telefon bimbitnya dan suruh saya semak khidmat pesanan ringkas (SMS) dan highlight atau cetak mana-mana yang penting,’’ katanya.
Menurut Mohd. Saiful Bukhari, secara rasmi dia dibayar gaji RM1,000 dan secara tidak rasmi, diberi elaun sebanyak AS$1,000 (RM3,400) dan 10,000 dolar Hong Kong (RM4,300) bergantung pada perjalanannya ke luar negara.
Saksi itu berkata, dia hanya bekerja sekitar empat bulan dengan Anwar iaitu mulai awal Mac hingga 28 Jun 2008.
Terdahulu, dalam keterangannya, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu, selepas belajar di tiga buah sekolah rendah, dia meneruskan pembelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama sebelum melanjutkan pelajaran di Taylor’s College.
Menurutnya, pada 2004, dia ditawarkan mengikuti kursus Asas Kejuruteraan Kuasa Elektrik di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah di universiti itu dalam bidang yang sama.
Walaupun pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti itu, katanya, dia tidak menamatkan pengajiannya setelah berasa malu apabila mendapat keputusan peperiksaan yang teruk.
Terdahulu, semasa Mohd. Saiful Bukhari menuju ke kandang saksi sewaktu dipanggil memberi keterangan, terdengar jeritan ‘‘Taubatlah !’’ dari galeri awam. Jeritan itu tidak dihiraukan olehnya.
Perbicaraan bersambung esok.

Gula dijual melebihi harga kawalan dirampas

Gula dijual melebihi harga kawalan dirampas


PEGAWAI PPDNKK melihat sebahagian daripada lima tan gula yang dirampas di sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan, semalam. - MD SHAHJEHAN MAAMIN


NILAI 3 Feb. - Gara-gara menjual gula pada harga RM1.80 sekilogram, stok gula sebanyak lima tan milik seorang peniaga dirampas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri di sini hari ini.
Pembongkaran aktiviti peniaga berkenaan adalah hasil risikan anggota penguat kuasa PPDNKK negeri yang bertindak menyamar sebagai pembeli sebelum serbuan dijalankan.
Timbalan Pengarahnya, Mohd. Nor Musa berkata, hasil daripada aduan orang ramai, pihaknya telah menghantar dua anggota untuk menyamar sebagai pelanggan ke premis tersebut bagi menjalankan siasatan.
''Kami menerima maklumat bahawa peniaga tersebut sememangnya menjual gula pada harga RM1.80 sekilogram, melebihi harga siling yang ditetapkan iaitu RM1.65.
''Justeru, kami telah menjalankan serbuan kira-kira pukul 1 petang ke premis berkenaan dan dalam serbuan ini kita bertindak merampas stok gula yang terdapat di premis itu yang dianggarkan sebanyak lima tan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjalankan rampasan di premis peniaga itu di sini hari ini.
Selain menjual secara runcit, peniaga terbabit juga merupakan pembekal gula kepada peniaga kecil di sekitar bandar ini.
Katanya, selain rampasan, peniaga tersebut juga akan dikenakan kompaun di bawah Seksyen 5, Akta Kawalan Harga 1946.
''Ketika serbuan dibuat, pemilik perniagaan itu memberi alasan bahawa anaknya yang ditugaskan menjaga kedai tersebut tidak tahu kadar harga gula yang ditetapkan.
''Itu sebenarnya alasan yang sama diberikan kepada kami di mana premis ini merupakan kes kelima di negeri ini yang menjual gula melebihi harga yang ditetapkan bagi tahun ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd. Nor berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras peniaga yang mencabul hak pengguna negara ini.

Sindiket tipu gas subsidi tumpas


JOHOR BAHRU 3 Feb. - Satu sindiket penipuan gas subsidi berjaya ditumpaskan dalam serbuan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Taman Tan Sri Yaakob, Skudai di sini hari ini.
Sindiket itu dipercayai melakukan penipuan dengan mengurangkan kandungan gas asli cecair (LPG) di dalam tong untuk kegunaan domestik sebelum diedarkan kepada peruncit di bandar raya ini.
Serbuan pukul 10.30 pagi oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri itu berjaya merampas 220 tong berisi gas subsidi dan 300 tong tanpa isian gas bernilai RM40,000.
Pengarahnya, Che Halim Ab. Rahman berkata, siasatan awal mendapati kilang itu dijadikan markas memindahkan kandungan gas subsidi dari tong 14 kilogram ke tong 50 kilogram secara tidak sah sejak lebih tiga bulan lalu.
Beliau berkata, semasa diserbu, terdapat empat pekerja warga asing sedang memindahkan gas subsidi dari tong gas 14 kilogram ke dalam tong 50 kilogram di dalam premis kilang itu.
"Siasatan juga mendapati, pemilik premis menggunakan taktik kotor iaitu setiap tong gas berisi 14 kilogram dikurangkan sebanyak dua kilogram sebelum dibekalkan kepada peruncit di sekitar bandar raya ini," katanya.
Che Halim berkata, gas LPG dalam tong berisi 14 kilogram adalah bahan kawalan bersubsidi untuk kegunaan domestik manakala gas LPG dalam tong berisi 50 kilogram adalah untuk kegunaan industri.
"Harga bagi gas LPG yang disubsidi adalah RM1.76 sekilogram, manakala harga bagi gas LPG untuk kegunaan industri adalah RM3.30 sekilogram," katanya.

RM7.4j dadah dirampas Januari


PADANG BESAR 3 Feb. - Meskipun baru sebulan berlalu tahun ini namun Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.4 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini.
Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) KDRM, Datuk Md. Hassim Pardi berkata, kesemua dadah tersebut dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Daripada lima kes itu pula, empat kes melibatkan tangkapan di KLIA dan satu lagi kes rampasan di Pusat Mel Kurier Pos Malaysia KLIA," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar sempena majlis penyerahan anjing pengesan dadah di pejabat Kastam Unit Narkotik di sini hari ini.
Mengenai kejayaan KDRM sepanjang 2009, Md. Hassim berkata, pihaknya berjaya merampas dadah bernilai RM62 juta iaitu meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM17.62 juta.
Jelasnya, daripada 54 pengedar yang ditahan sepanjang 2009, paling ramai ialah warga India iaitu 28 orang, Malaysia (13 orang), Iran (sembilan), Pakistan (tiga) dan seorang rakyat Jepun

Cubaan seludup diesel tumpas


KANGAR 3 Feb. - Bukan sekali tetapi tiga kali sehari. Ia dilakukan seorang warga Thailand yang sanggup menyeludup diesel subsidi ke negaranya tiga kali dalam sehari.
Namun kegiatan suspek memakan diri apabila dia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam.
Siasatan mendapati suspek menyeludup bahan api tersebut pada pagi, petang dan malam.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek menyeludup diesel pada 7 pagi sebelum diberkas pukul 5.20 petang.
Katanya, ketika ditahan, suspek cuma berada kira-kira 400 meter dari perairan Thailand.
"Pemeriksaan terhadap bot berkenaan mendapati ada dua tangki diisi dengan 1,200 liter diesel subsidi.
"Diesel ditemui di dalam tangki pertama di petak belakang dan tangki kedua di dalam petak ikan yang diubah suai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam kejayaan lain, Abdul Rahim berkata, pihaknya menahan sebuah lagi bot kerana cuba menyeludup diesel subsidi pada 5.45 petang semalam.
Katanya, turut ditahan dua warga emas rakyat Thailand berusia 71 dan 73 tahun.
Menurut Abdul Rahim, pemeriksaan mendapati bot itu mengandungi 850 liter diesel yang dimuatkan dalam dua buah tong.
"Kedua-dua bot nelayan itu berasal dari Jeti Pangkalan Sungai Baru Perlis dan Kuala Perlis manakala nilai diesel dirampas kira-kira RM5,740," katanya.
Kata beliau, ketiga-tiga rakyat Thailand itu akan didakwa kerana cuba menyeludup keluar diesel tanpa kebenaran di bawah Seksyen 21 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.
Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kegiatan menyeludup diesel subsidi melalui jalan laut meningkat, dipercayai ekoran kawalan ketat pihak berkuasa terhadap penyeludupan di jalan darat.
"Dalam tempoh seminggu kita membuat empat tangkapan penyeludupan diesel subsidi hasil maklumat awam," katanya.
Beliau berkata, penyeludup juga cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menukar strategi penyeludupan iaitu menggunakan bot kelas A iaitu bot nelayan lebih kecil berbanding bot kelas B yang lebih besar.
Katanya, ini kerana setelah menyedari banyak bot kelas B yang telah disenaraihitamkan pihak berkuasa.

Seludup dadah dari India guna TV rosak


PADANG BESAR 3 Feb. - Pelik tetapi benar. Televisyen model lama berukuran 35 sentimeter (14 inci) yang kononnya rosak di New Delhi, India 'diterbangkan' ke Malaysia dengan alasan untuk diperbaiki di Kuala Lumpur.
Hairan dengan perkara itu, anggota kastam melakukan imbasan dan terkejut mendapati televisyen tersebut sebenarnya berisi dadah.
Modus operandi terbaru itu dikesan kastam yang melakukan pemeriksaan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang baru-baru ini.
Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Md. Hassim Pardi berkata, ia antara modus operandi terbaru digunakan penjenayah untuk menyeludup dadah ke negara ini melalui udara.
Katanya, dadah yang dikesan diseludup menggunakan cara tersebut adalah ketamin, Eramin 5 dan ekstasi.
"Pelbagai modus operandi digunakan untuk menyeludup dadah. Salah satu daripadanya ialah dengan mengisi dadah dalam televisyen lama yang dibawa ke sini.
"Kononnya, TV itu rosak dan mahu dibaiki. Alasan itu tidak logik dan kami melakukan pemeriksaan dan imbasan ke atas TV tersebut dan menemui dadah di dalamnya," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar sempena majlis penyerahan anjing pengesan dadah di pejabat Kastam Unit Narkotik di sini hari ini.
Md. Hassim berkata, selain dadah dibawa masuk dari India, taktik serupa turut digunakan penyeludup dari Pakistan, Iran, Jepun dan Malaysia sendiri.
"Selain menggunakan TV lama mengisi dadah, penjenayah memuatkan bahan tersebut di dalam bingkai gambar. Dadah juga turut diisikan dalam pemanas air.
"Satu lagi taktik ialah memuatkan dadah dalam makanan, termasuk diisi dalam bungkusan serbuk kunyit," ujarnya.
Mengenai persiapan KDRM membanteras penyeludupan mercun sempena Tahun Baru Cina, beliau berkata, pihaknya telah bersedia berhubung perkara itu.

Polis hantar anjing pengesan jalani latihan di Finland


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Taktik penjenayah untuk 'menghilangkan' bahan-bahan bukti seperti mayat ke dalam sungai, tasik atau laut, mungkin tidak lagi berkesan pada masa depan.
Ini kerana dengan bantuan anjing pengesan polis yang bakal dilatih oleh Kerajaan Finland, bahan bukti itu tidak mustahil dapat ditemui.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan pakar dari Finland untuk melatih Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tujuan itu.
Katanya, ini penting kerana semakin ramai penjenayah suka membuang bahan-bahan bukti termasuk mayat ke dalam air bagi mengelak daripada dikesan.
Tambahnya, usaha mengesan bahan bukti itu sukar kerana PDRM mempunyai kemampuan terhad dalam operasi mengesan di sungai, tasik atau laut.
"Sebab itu, kita minta bantuan Finland untuk menghantar tenaga pengajar bagi melatih anggota polis dan anjing K9 dengan kemahiran mengesan mayat manusia dalam air," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pemakaian lencana baru K9 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini hari ini.
Menurut Mohd. Bakri, penggunaan anjing-anjing pengesan jenis 'Cadaver' itu diharap dapat memantapkan lagi pasukan polis dalam menyelesaikan kes-kes jenayah khususnya dalam tugas pemeriksaan di tempat kejadian.
Beliau berkata, K9 ketika ini mempunyai 145 ekor anjing terlatih yang berkebolehan mengesan penjenayah, dadah, mayat, senjata api dan bahan letupan.
Katanya, 30 ekor merupakan anjing baru yang dibeli dari Jerman dan Chezkoslovakia pada Disember lalu iaitu 18 ekor jenis 'German Shepherd' dan 12 ekor jenis 'Labrador'.
Bagi memantapkan lagi kemampuan K9, beliau berkata, PDRM merancang menambah 40 ekor lagi anjing baru pada tahun depan.
Selain mengesan mayat dalam air, beliau berkata, K9 juga diarah untuk membantu dalam tugas rondaan cegah jenayah khususnya di kawasan panas yang kerap berlaku jenayah jalanan.
"Anggota K9 bersama anjing mereka akan menjalankan rondaan berjalan kaki di kawasan perumahan, perindustrian dan perniagaan.
"Semoga dengan kehadiran K9 di tempat-tempat yang sering berlaku jenayah akan mendatangkan kegerunan kepada penjenayah, di samping memberi keyakinan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian tanpa perasaan takut," ujarnya.
Mohd. Bakri berkata, kaji selidik yang dijalankan ke atas 2,000 responden menunjukkan 80 peratus daripada mereka bersetuju dengan cadangan polis menggunakan anjing untuk menjalankan tugas rondaan mencegah jenayah.

Dua lagi kakitangan kerajaan direman kes jual pasir


IPOH 3 Feb. - Dua lagi kakitangan agensi kerajaan yang disyaki terlibat dalam skandal kelulusan permit mengeluarkan pasir di Kuala Kangsar, ditahan reman di sini hari ini.
Penahanan kali ini melibatkan seorang Juruteknik Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar (PTDKK) dan Pembantu Teknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Kangsar.
Perintah tahanan reman selama lima hari sehingga 7 Februari ini terhadap dua lelaki tersebut dikeluarkan oleh Majistret Fauziah Hani Ahmad Fauzi pada pukul 11 pagi ini.
Juruteknik PTDKK berusia 50 tahun itu ditahan penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak pada pukul 4.30 petang semalam manakala seorang lagi suspek berumur 52 tahun ditahan 10 minit kemudian.
Kedua-duanya ditahan ketika berada di pejabat masing-masing.
Menurut jurucakap SPRM Perak, mereka ditahan kerana disyaki meminta dan menerima suapan sebanyak RM1,000 daripada pengadu sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan kelulusan mengeluarkan pasir di Sungai Menora, Sayong di Kuala Kangsar.
Dengan penahanan terbaru itu, bilangan kakitangan awam yang terlibat dalam skandal tersebut kini sebanyak empat orang termasuk seorang yang telah dijatuhkan hukuman dan seorang lagi sudah didakwa.
Pada 20 Januari lalu, bekas Pembantu Am Rendah JPS Perak, Noorazhar Azlan, 48, dipenjara lima bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku menerima suapan RM6,000 melibatkan kelulusan permit mengeluarkan pasir.
Enam hari kemudian, seorang pelukis pelan di Jabatan Mineral dan Geosains Perak didakwa di mahkamah sama atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM1,000 bagi membantu pengadu mendapatkan kelulusan permit mengeluarkan pasir.

Nipah selindung balak haram



MOHD. Razlin Abd. Manaf (kiri) bersama dengan pegawai Sarawak Forestry Corporation (SFC) membuat pemeriksaan ke kem pembalakan yang beroperasi secara haram dalam operasi di Sungai Loga Bunut, di Sarikei, Sarawak, semalam.


SARIKEI 3 Feb. - Pokok nipah biasanya ditanam untuk menjaga tebing sungai dan ekologi sistem di kawasan tersebut.
Namun lain pula berlaku di Loba Bunut dekat daerah Meradong, apabila pokok itu yang tumbuh merimbun sebenarnya digunakan untuk melindungi kegiatan pembalakan haram.
Perkara itu didedahkan Pasukan Gerakan Marin (PGM) yang menjalankan operasi kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin.
Hasilnya, PGM menemui kira-kira 250 batang kayu balak pelbagai jenis dan dua jengkaut yang dianggarkan mencecah nilai RM600,000 .
Ketua Bahagian Risikan dan Operasi PGM Wilayah 5, Deputi Supritendan Mohd Razlin Abdul Manaf berkata, lapan lelaki warga asing yang dipercayai mendalangi kegiatan itu bagaimanapun berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran penguat kuasa.
Beliau berkata, operasi dijalankan Pegawai Pemerintah Markas Taktikal Sarikei, Cif Inspektor Enturan Lageh bersama dua anggota.
"Kita hanya berjaya menemui kem pembalakan dengan kayu balak dan jengkaut yang ditinggalkan mereka.
"Kumpulan pembalak itu terpaksa berputih mata kerana kita percaya kayu balak itu dikumpulkan sejak seminggu lalu.
"Kayu-kayu itu sedia untuk diisi ke dalam tongkang sementara menunggu air pasang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Mohd Razlin memberitahu, rampasan itu adalah kali keempat sejak awal tahun ini yang kesemuanya membabitkan nilai rampasan sebanyak RM1.28 juta.
Katanya, serbuan pertama dan kedua dilakukan di kawasan perairan Loba Semareng membabitkan nilai RM600,000 pada 1 dan 7 Januari lalu.
Tambahnya, serbuan ketiga pula di kawasan perairan Batang Igan pada 30 Januari lalu dengan membabitkan nilai rampasan berjumlah RM80,000.
"Kesemua mereka menggunakan modus operandi yang sama iaitu menyorokkan kegiatan haram berkenaan di sebalik pokok nipah dan licik untuk melepaskan diri.
"Kesemua balak dan jengkaut yang dirampas itu kemudian diserahkan kepada pihak Sarawak forestry Corporation (SFC) dan disiasat mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak," jelas beliau.