Search This Blog

Monday, January 25, 2010

Warga Hong Kong dihukum penjara tapi bebas

2010/01/25 SHAH ALAM: Seorang tukang gunting warga Hong Kong dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah ketamin seberat 1,067 gram, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Tsui Chi Wa Joey, 46, dikira selesai menjalani hukuman penjara itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 18 Februari 2005.

Tsui mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki dadah berbahaya itu di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang jam 7.50 malam, 18 Februari 2005.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.


Tertuduh sebelum ini didakwa atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB yang boleh dihukum gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama jika sabit kesalahan. - Bernama

6 GRO nenek

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/01/25 PETALING JAYA: Umur sudah separuh abad dan mempunyai anak serta cucu, tetapi enam wanita yang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini kelmarin, bukan saja sanggup bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan, malah turut menawarkan perkhidmatan seks di ruang terbuka pusat hiburan itu.

PETALING JAYA: Umur sudah separuh abad dan mempunyai anak serta cucu, tetapi enam wanita yang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini kelmarin, bukan saja sanggup bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan, malah turut menawarkan perkhidmatan seks di ruang terbuka pusat hiburan itu.


Kegiatan jijik dan meloyakan GRO tua berpakaian seksi yang layak bergelar nenek itu terbongkar apabila penguat kuasa Jais menyerbu pusat hiburan terbabit yang dipercayai turut menawarkan seks bagi menarik pelanggan bukan Islam ke premisnya jam 11 malam. Apa yang mengejutkan, GRO terbabit yang berpakaian seksi hingga menampakkan payu dara itu bukan saja sanggup tubuh mereka dijamah pengunjung, malah turut sanggup melakukan hubungan seks dengan pelanggan di depan khalayak berdasarkan puluhan kondom terpakai yang ditemui di atas lantai dan sofa.


Kegiatan pusat hiburan dan GRO tua terbabit didedahkan Penolong Pengarah Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, yang mengakui menahan enam GRO Melayu berusia lebih 50 tahun yang melakukan maksiat secara terbuka.


Beliau berkata, serbuan dilberdasarkan laporan yang diterima dan siasatan awal mendapati, GRO terbabit bukan saja rela menyajikan minum keras kepada pelanggan Islam, tetapi sanggup membiarkan tubuh mereka dipegang dan diramas pelanggan tua dan muda.


“Walaupun sudah tua, tetapi penampilan GRO tua itu yang seksi dan sanggup tubuh mereka dipegang menjadi kegilaan pelanggan untuk mengunjungi pusat hiburan terbabit.


“Malah, berdasarkan siasatan awal, pelanggan juga boleh melakukan seks secara terbuka, tanpa perlu mencari lokasi lain untuk melampiaskan nafsu.


“Keadaan lampu yang sengaja disamar-samarkan pengusaha pusat hiburan dipercayai bagi membuka ruang kepada pelanggan untuk ‘menikmati’ pelayan pelanggan terbabit,” katanya.


Shahrom berkata, semua GRO terbabit tidak melarikan diri apabila pusat hiburan itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat mengenai tawaran seks terbuka yang boleh dilakukan di pusat hiburan terbabit.


“Memang kami ada menerima laporan mengenai kegiatan tidak bermoral di pusat hiburan terbabit yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.


“Pusat hiburan terbabit menawarkan GRO tua yang ‘berpengalaman’ bagi melayan kehendak seks kebanyakan pelanggan tua dan muda yang dipercayai menghadapi masalah,” katanya.


Tanpa berselindung, Shahrom berkata, pihaknya juga menjumpai banyak kondom terpakai yang masih basah di kawasan ruang legar pusat hiburan itu yang dipercayai digunakan pelanggan melayani GRO tua terbabit.


Shahrom berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya tidak menolak kemungkinan pusat hiburan itu turut menawarkan khidmat seks secara terbuka kepada pelanggannya.


Menurutnya, enam GRO tua itu dibawa ke Jais untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin.


Katanya, kebanyakan GRO tua terbabit dijamin pemandu teksi yang dipercayai menjadi antara ‘dalang’ yang diupah ibu ayam untuk membawa wanita terbabit ke pusat hiburan itu.


Beliau berkata, semua GRO itu akan disiasat mengikut Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah Selangor, permulaan untuk melakukan pelacuran.


“Mereka akan dipanggil semula ke pejabat Jais untuk diambil keterangan dan jika tidak hadir pemandu teksi yang menjadi penjamin berdepan dengan tindakan tegas.


“Jais juga akan membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai penyalahgunaan lesen pengusaha pusat hiburan terbabit dan akan mencadangkan kepada PBT supaya lesen ditarik balik,” katanya. Shahrom berkata, Jais akan terus memantau dan menyerbu pusat hiburan yang mengalakkan kegiatan tidak bermoral termasuk menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

2 dijel,1 ke hospital bahagia

2010/01/25 KUALA LUMPUR: Seorang daripada tiga bersaudara yang didakwa menyebabkan kematian ahli keluarga sendiri pada hari raya 2008, terlepas dari hukuman penjara apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati beliau mengalami penyakit mental.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah memerintahkan dua lagi dihukum penjara 10 tahun.

Muhammad Ilyas Abdul Razak, 25, diperintah dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan manakala adiknya Muhammad Fauzi, 23, serta sepupunya Muhammad Nizam Mohd Ibrahim, 21, diperintah dipenjara bermula tarikh tangkap.

Kesemua mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kematian Mohd Ibrahim Kader Mydin, 48, dan Rosina SM Mydin Pillay, 42, di rumah No 5-7C, Blok A, Flat Seri Sarawak, Jalan Kenanga, di sini pada 1 Okt 2008 antara pukul 12 tengah hari dan 8 malam.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun. - Bernama

Bicara kes Roslin secara tertutup

010/01/25 KUALA LUMPUR: Bekas isteri pemain badminton negara, RoBicara kes Roslin secara tertutupslin Hashim, hari ini gagal mengetepikan tuntutan ganti rugi perkahwinan sebanyak RM53,460 yang difailkan bekas suaminya itu selepas Mahkamah Tinggi Syariah menolak bantahan awal wanita itu.

Mahkamah memerintahkan supaya satu perbicaraan diadakan bagi membolehkan Roslin dan bekas isterinya, Faizah Mohamad, mengemukakan keterangan dan bukti berhubung tuntutan itu.

Hakim Syarie Mohd Radzi Abdul Latif menetapkan kes itu dibicarakan pada 23 dan 24 Mac ini serta memerintahkan supaya ia dijalankan secara tertutup.

Pada 12 Ogos tahun lalu, Roslin, atau nama sebenarnya Muhammad Roslin

Hashim, 34, memfailkan tuntutan ganti rugi perkahwinan terhadap Faizah selepas kedua-duanya bercerai 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Roslin yang diwakili peguam Roslizam Rahim, menuntut pembayaran balik kos pembelian cincin, belanja urusan merisik dan pertunangan serta kos perbelanjaan perkahwinan termasuk sewa khemah, video, kasut pengantin, sewa hotel dan lain-lain.

Sindiket judi RM150,000 seminggu t umpas

2010/01/25 BUKIT MERTAJAM: Polis menumpaskan satu sindiket judi tanpa lesen yang mengutip wang pertaruhan mencecah RM150,000 seminggu selepas menyerbu sebuah premis perniagaan di Bandar Perda di sini Rabu lalu.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abdullah, berkata dalam serbuan di premis yang dilengkapi sistem keselamatan pada pukul 7 petang itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 25 dan 35 tahun.

"Premis kedai dua tingkat itu dilengkapi sistem keselamatan yang memerlukan

nombor pengenalan untuk masuk dan ketika serbuan dilakukan tiga lelaki terbabit
sedang sibuk mengira nombor pertaruhan di tingkat atas premis berkenaan,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu berselindung di sebalik
perniagaan lain dan sentiasa berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain
bagi mengelak dikesan polis.


Azman berkata, polis turut merampas 10 mesin faksimili dan sejumlah kertas
catitan nombor dipercayai nombor ekor.

Dalam satu lagi serbuan pada Khamis lepas, polis merampas sembilan unit
komputer yang diubah suai menjadi mesin judi di sebuah kafe siber di Seberang
Jaya.

"Dalam operasi pada pukul 9.30 malam itu, polis menahan seorang lelaki
dipercayai penjaga premis berkenaan dan pelanggan pusat siber itu. Mereka
berusia 24 tahun," katanya.-Bernama

Tindakan pantas redakan keadaan

2010/01/25 PUTRAJAYA: “Tindakan pantas polis menyelesaikan kes (bakar dua surau di Muar, Johor) dalam tempoh 48 jam berjaya menolak pelbagai spekulasi dan meredakan perasaan rakyat pelbagai kaum yang mahu keamanan dan keselamatan dinikmati mereka terus dipertahankan,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.


Menurutnya, penahanan empat lelaki terbabit membuktikan polis memang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, intergriti, adil dan tidak memilih kasih.


“Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menahan empat lelaki berusia di antara 16 hingga 28 tahun termasuk seorang anak anggota polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian cuba membakar dua surau di Muar, Johor, Khamis lalu. “Kita juga dapat melihat bagaimana polis bertindak dengan penuh integriti tanpa perlu berselindung apabila salah seorang daripada empat lelaki yang ditahan itu adalah anak kepada anggota dalam pasukan polis sendiri,” katanya. Hishamuddin berkata, apa yang dilakukan itu jelas membuktikan siasatan dilakukan telus dan tidak mengambil kira latar belakang. Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin, mengenai kejayaan polis menahan empat lelaki berusia di antara 16 hingga 28 tahun termasuk seorang anak anggota polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu. Susulan kejadian itu, Hishammuddin berkata, beliau sudah mengarahkan polis meningkatkan pengawasan bagi memastikan insiden pembakaran surau atau rumah ibadat lain tidak berulang pada masa depan.


Menurutnya, polis juga perlu mengambil kesempatan keadaan semasa bagi mengadakan pertemuan dan kerjasama dengan penduduk setempat dalam usaha berterusan memerangi kegiatan jenayah, sekali gus mampu meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat.

Orang ramai ‘tutup mata’

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
2010/01/25 KUALA LUMPUR: Walaupun tindakan penguatkuasaan sudah dikenakan terhadap orang awam yang enggan menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya di kawasan sekitar Bukit Bintang baru-baru ini, masih ramai yang degil dan tidak mengendahkan amaran diberikan.

KUALA LUMPUR: Walaupun tindakan penguatkuasaan sudah dikenakan terhadap orang awam yang enggan menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya di kawasan sekitar Bukit Bintang baru-baru ini, masih ramai yang degil dan tidak mengendahkan amaran diberikan.


Tinjauan Harian Metro di beberapa jejantas di sekitar kawasan berkenaan mendapati orang ramai seolah-oleh menutup mata dengan amaran ditetapkan penguat kuasa apabila selamba melintas jalan raya walaupun kenderaan bergerak laju. Pengawal keselamatan pusat beli-belah terkemuka berhampiran, Loh Rahman, 45, berkata sepanjang perkhidmatannya di situ segelintir orang ramai dilihat tidak langsung mempunyai kesedaran terhadap keselamatan diri apabila enggan menggunakan jejantas.


“Tidak kira orang tempatan atau pelancong asing, mereka lebih senang melintas jalan raya yang sesak daripada menggunakan jejantas kerana sikap malas dan menganggap ia melecehkan.


“Walaupun ada tanda amaran larangan melintas jalan raya, mereka langsung tidak takut. Bagaimanapun, mereka akan menggunakan jejantas apabila menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Katanya, tindakan itu menunjukkan masyarakat hanya akan mematuhi peraturan jika ada penguat kuasa atau selepas dikenakan tindakan.


Bagi Maria Yap Lou Mei, 27, tindakan pejalan kaki yang melintas jalan tanpa menggunakan jejantas sudah menjadi budaya yang sukar dikikis.


“Lebih mengecewakan apabila ada ibu bapa yang melintas jalan sambil memimpin anak kecil tanpa memikirkan tindakan ini sebenarnya mengancam nyawa.


Baru-baru ini, pihak berkuasa mengumumkan akan mengenakan tindakan terhadap orang ramai yang tidak menggunakan jejantas dan lintasan di 10 jalan yang dikenal pasti di sekitar Bukit Bintang sebanyak RM300, berkuat kuasa hari ini.

Diperdaya 'gayboy'

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/01/25 KUALA LUMPUR: Mengidamkan layanan panas daripada `gay- boy' tempatan menyebabkan beberapa pelancong asing homoseksual yang datang ke negara ini dengan niat serong akhirnya menjadi mangsa permainan licik sebelum dirompak.


Dalam kes terbaru, seorang lelaki warga emas dari United Kingdom kerugian lebih RM15,000 selepas disamun dua lelaki gay tempatan dikenali di pusat hiburan.

Difahamkan lelaki gay terbabit berpura-pura mahu menjalin hubungan intim dengan mangsa bagi mencari peluang terbaik melarikan barang berharga milik mangsa selepas melakukan hubungan ranjang.


Sumber polis berkata. mangsa sebelum ini datang ke Malaysia untuk melancong dan tinggal di pangsapuri mewah di jalan Pinang di sini, sejak awal Januari lalu.

Menurutnya, mangsa, 62, pergi ke sebuah kelab malam menjadi tumpuan golongan gay atau homoseksual di Bukit Bintang pada 19 Januari lalu.

"Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki bernama Aril sebelum mereka saling berbual dan minum bersama di pusat hiburan berkenaan.


"Difahamkan, beberapa jam kemudian, seorang lagi lelaki gayboy muncul di pusat hiburan terbabit sebelum turut sama menyertai mangsa untuk minum bersama," katanya.

Menurutnya, selepas kira-kira 30 minit berkenalan, pelancong warga asing itu kemudian mempelawa dua lelaki gay berusia awal 20-an terbabit untuk pergi ke pangsapuri disewanya itu.

"Kedua-dua gay boy terbabit lantas bersetuju sebelum mengikut mangsa pulang ke pangsapuri mewahterbabit untuk melakukan hubungan terlarang beramai-ramai.

"Berdasarkan maklumat, salah seorang gay terbabit tidur bersama mangsa di dalam bilik manakala seorang lagi tidur di ruang tamu pangsapuri berkenaan selepas masing-masing selesai memuaskan nafsu,' katanya.

Menurutnya, mangsa yang bangun dari tidur sekitar jam 10 pagi keesokan harinya bagaimanapun terkejut apabila mendapati dua lelaki gay berkenaan sudah tiada di dalam biliknya.

"Malah mangsa mula merasai sesuatu tidak kena apabila tiga telefon bimbit dan wang tunai RM600 miliknya lesap dari atas meja di dalam pangsapuri berkenaan.

"Selain itu, sekeping kad kredit yang disimpan di dalam poket seluar ketika mangsa sedang tidur turut dicuri," katanya.

Difahamkan mangsa kemudian pergi semula ke pusat hiburan gay berkenaan sekitar jam 11 malam sebelum bertemu salah Aril.

"Aril kemudian menyerahkan semula telefon bimbit mangsa dengan alasan ia diarahkan supaya dipulangkan seorang rakannya itu.

"Pada masa sama, lelaki gay tempatan itu berjanji menyerahkan kembali baki dua telefon bimbit dan kad kredit kepada mangsa dalam tempoh masa terdekat," katanya.

Menurutnya, dua hari selepas kejadian, mangsa yang tidak sabar berhubung dengan bank bagi mengetahui status kad kredit miliknya yang hilang sebelum ini.

Mangsa bagaimanapun, terkejut mendapati lebih RM15,000 dibelanjakan menggunakan kad kreditnya bagi membuat transaksi pembelian barangan.

"Mangsa yang sedar dipermain-mainkan lelaki gay terbabit membuat laporan polis di atas kerugian itu," katanya.

Dua lagak cari orang

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

2010/01/25 BALIK PULAU: Lagak dan gaya seperti mahu mencari seseorang, tetapi selepas loceng ditekan beberapa kali tanpa jawapan, dua lelaki bersenjatakan sebatang pengumpil besi memecah masuk sebuah rumah teres dua tingkat sebagai sasaran aktiviti haram mereka.


Taktik licik sindiket pecah rumah itu dikesan polis apabila sebuah rumah teres di Jalan Pantai Jerejak, Bayan Lepas di sini, dipecah masuk mengakibatkan pemilik rumah berusia 30-an itu kerugian kira-kira RM12,000.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata dalam kejadian jam 7 malam Isnin lalu, sebuah rumah teres dua tingkat dipecah masuk dua lelaki selepas mangsa seorang penyelia sebuah kilang perindustrian di Bayan Lepas ketika pulang dari kerja.


Beliau berkata, dalam kejadian itu mangsa mendapati pintu pagar automatik serta pintu utama rumah terbuka, manakala kunci mangga dipotong sebelum mendapati keadaan dalam rumah berselerak.

Katanya, siasatan mendapati barang kemas, wang tunai kira-kira RM3,000 dan komputer riba hilang dengan anggaran nilai kerugian kira-kira RM12,000.

"Hasil siasatan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran bersebelahan mendapati kelibat dua lelaki menaiki sebuah kereta jenis Daihatsu berwarna putih terbabit dalam kes pecah rumah ini.


"Suspek bertubuh gempal dan berusia antara 30 ke 50 tahun didapati memotong kunci mangga pagar sebelum masuk ke rumah," katanya.

Mohd Hatta berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan identiti suspek dan ia dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah siang hari dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Boby Tamat di talian 04-8662222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Curi beg tangan jemaah wanita

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
2010/01/25 DUNGUN: Lagaknya seperti mahu menunaikan solat, namun sebenarnya pencuri yang mengambil kesempatan melarikan beg tangan jemaah wanita ketika mereka sedang khusyuk menunaikan solat Isyak, di Masjid Pak Sabah, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8,30 malam selepas seorang penjenayah menceroboh masuk ruang solat wanita dalam masjid itu selepas melihat mangsa meletakkan beg tangan di sisinya sebelum menunaikan solat.

Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata kehilangan beg tangan itu disedari mangsa sebaik selesai menunaikan solat sebelum bertanyakan anaknya.

Menurutnya, selepas dijelaskan keadaan yang berlaku, mangsa bersama anak lelakinya kemudian cuba mengesan pencuri terbabit sekitar kawasan berhampiran masjid tetapi gagal.


Katanya, berikutan itu, mangsa berusia 45 tahun kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, kira-kira jam 9.15 malam.

Beliau berkata, susulan laporan diterima, dua anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan.

Polis menahannya dan pemeriksaan menemui beg tangan mangsa yang masih digenggam.


Hasil pemeriksaan, polis menemui semula kad pengenalan serta dokumen penting mangsa tetapi wangnya didapati berkurangan selepas dibelanjakan, katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek memberi alasan beg berkenaan diberikan rakannya dan ditugaskan untuk dijaga.

Katanya, siasatan turut mendapati suspek berusia 16 tahun dari Alur Tembusu dekat sini, sudah tidak bersekolah dan dipercayai menggunakan wang mangsa untuk membeli gam.

Beliau berkata, suspek direman di lokap IPD Dungun dua hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tunggang motor curi

Oleh Ibrahim Isa

2010/01/25 KLUANG: Sikap tidak ambil tahu ibu bapa dipercayai turut menjadi penyumbang kepada peningkatan kegiatan mencuri motosikal membabitkan pelajar ditumpaskan polis sepanjang Januari ini.


Difahamkan, ibu bapa langsung tidak ambil peduli atau curiga apabila melihat anak yang masih di bangku sekolah membawa pulang motosikal berlainan, apatah lagi menyiasat punca kenderaan itu diperoleh.

Keadaan itu terbukti melalui Ops Lejang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang sepanjang Januari hingga kelmarin apabila lima pelajar antara 30 individu ditahan kerana kesalahan mencuri motosikal.


Malah, tiga daripada lima remaja berkenaan ditahan ketika menunggang motosikal curi dalam beberapa siri tangkapan sekitar bandar itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad, berkata semua individu ditangkap itu membabitkan dua kumpulan curi kenderaan sekitar daerah ini turut merampas 10 motosikal daripada pembeli, dua enjin serta satu rangka ditemui di satu lokasi menjadi tempat persembunyian suspek.

"Siasatan lanjut mendapati, kumpulan berkenaan menjual motosikal dicuri pada harga antara RM300 dan RM400 kepada pembeli.


"Tangkapan juga membabitkan individu mempunyai kemahiran meleraikan motosikal mendapatkan alat ganti bagi kegunaan sendiri atau dijual kepada pelanggan," katanya.

Menurutnya, Ops Lejang itu akan diteruskan termasuk memberi tumpuan di kawasan awam seperti masjid, pusat beli-belah serta taman perumahan.

Selain itu, katanya, ibu bapa perlu lebih prihatin dengan menyiasat kenderaan dibawa pulang anak kerana tidak masuk akal seseorang yang masih bersekolah dan tidak mempunyai wang mampu membeli motosikal tanpa sebarang dokumen jual beli.

"Selain tidak mampu, nilai motosikal dijual terlalu murah juga tidak masuk akal iaitu antara RM300 hingga RM400 sedangkan harga pasaran dalam lingkungan RM4,000 hingga RM6,000.

"Malah, dalam tiga tangkapan membabitkan pelajar, kami mendapati mereka berani menunggang motosikal curi ke bandar menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Ajal di garisan berkembar

2010/01/25 KUANTAN: Gara-gara memotong di garisan berkembar, seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 337 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, dekat Kampung Ajai, Raub, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, mangsa, Tengku Mohamad Onn Tengku Adnan, 24, dari Kawasan Perumahan Kelompok, Kampung Pintu Padang, Raub meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Ketua Polis daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman, berkata mangsa yang dalam perjalanan dari Lipis ke Raub cuba memotong sebuah kenderaan lain di depan sebelum bertembung sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun.


“Ekoran perlanggaran itu, mangsa tercampak ke tepi jalan dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya.

Nyaris langgar polis

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim

2010/01/25 KUALA LUMPUR: Tindakan nekad seorang lelaki berusia 27 tahun yang cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya di Dataran Merdeka nyaris mencederakan anggota polis yang cuba menghalangnya dalam satu operasi di Dataran Merdeka malam kelmarin.


Namun tindakan beraninya itu tidak memberi apa-apa makna berikutan ketika kejadian, beberapa anggota dari Unit Kuat Kuasa Khas (KKK) Bahagian Trafik Kuala Lumpur berpakaian preman terus mengejar Proton Wira dipandu sebelum ditahan.

Sebaik dihampiri, pemandu lelaki terbabit enggan memberikan kerjasama namun tindakan cekap pihak berkuasa menahan pemandu itu sebelum diarah memandu semula kenderaannya ke bahagian pemeriksaan dengan diiringi anggota polis.


Malah, ketika siasatan awal lelaki berkenaan memberikan alasan dia tidak tahu diberikan arahan berhenti di sekatan jalan raya berkenaan oleh anggota bertugas.

Pegawai Turus Penguat Kuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Ng Fook Long, berkata itu antara adegan yang dapat dilihat dalam 'Ops Tutup' itu yang membabitkan 63 anggota termasuk pegawai dari Trafik Kuala Lumpur.

"Operasi dijalankan bermula jam 12 tengah malam itu turut dibantu beberapa agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Bahagian Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


"Selain agensi itu, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Curi Kenderaan (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut membantu melancarkan operasi," katanya ketika ditemui di lokasi operasi.

Kerjasama pelbagai pihak itu membabitkan 135 anggota terdiri daripada 12 pegawai dan 123 anggota dan Ops Tutup berkenaan turut dijalankan di dua lagi lokasi berlainan termasuk Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut.

Dalam operasi itu, sejumlah 83 saman dikeluarkan polis bagi pelbagai kesalahan manakala JPJ mengeluarkan 40 notis kesalahan teknikal selain 10 notis bagi pelbagai kesalahan dan tiga saman dikeluarkan JAS.

Jatuh ke sungai ketika menjala

2010/01/24 KUANTAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika mengikut bapanya menjala ikan di Sungai Batu Bor, Kuala Bera, Bera, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Mohd Khalil Khanudin, 23, mengekori bapanya dari belakang sambil memegang jaring berjalan di tepi tebing sungai berkenaan sebelum terjatuh ke dalam sungai.


Ketua Polis Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor, berkata dua beranak itu berasal dari Kampung Kening, Maran. Ketika kejadian, air di sungai berkenaan hanya separas lutut namun arusnya kuat.


Katanya, bapa mangsa cuba mencarinya di kawasan berkenaan tapi gagal lalu membuat laporan kira-kira sejam kemudian di Balai Polis Chenor.


Menurutnya, usaha mencari mangsa turut dibantu bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan polis marin serta Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dengan kekuatan 51 anggota yang menggunakan 15 bot.


Bagaimanapun, sehingga jam 7 petang kelmarin mangsa belum ditemui dan usaha mencari disambung semalam.


Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Dedah skandal guna papan iklan

Dedah skandal guna papan iklan


2010/01/24 NEW YORK: Bekas wanita simpanan Penasihat Ekonomi Presiden Barack Obama membalas dendam dengan menyiarkan hubungan sulit mereka di papan iklan di tiga bandar besar Amerika Syrikat (AS).


SATU daripada papan iklan dibeli YaVaughnie Wilkins untuk membalas dendam terhadap Phillips.
PHILLIPS kini menetap bersama isteri, Karen di New York. NEW YORK: Bekas wanita simpanan Penasihat Ekonomi Presiden Barack Obama membalas dendam dengan menyiarkan hubungan sulit mereka di papan iklan di tiga bandar besar Amerika Syrikat (AS).


YaVaughnie Wilkins dilapor membayar £150,000 (RM820,554) untuk mendedahkan hubungan sulit dengan Charles Phillips selepas beliau kembali kepada isterinya.


Papan iklan sama tinggi dengan bangunan tiga tingkat itu menunjukkan YaVaughnie, 41, begitu mesra dengan ahli jawatankuasa Penasihat Ekonomi Obama.


Selain itu, alamat sebuah laman web turut dinyatakan untuk mendedahkan dengan terperinci hubungan mereka.


Tiga daripada papan iklan itu diletakkan New York, satu daripadanya di Broadway, berhampiran Times Square manakala dua lagi diletakkan di Atlanta dan San Francisco.


Tindakannya memberi kesan serta merta apabila Phillips terpaksa mengaku terhadap hubungan sulitnya itu.


Phillips, 50, yang juga Presiden syarikat Internet, Oracle berkata: “Saya mengadakan hubungan sulit selama lapan setengah tahun dengan YaVaughnie.


“Perceraian saya pula hanya bermula pada 2008. Namun kini, saya dan YaVaughnie sudah berpisah.” Phillips sudah berbaik semula dengan isterinya, Karen dan kini menetap di New York bersama anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun. - Agensi


Kongsi artikel ini menerusi media sosial

'Datuk’ dadah ditahan

'Datuk’ dadah ditahan
Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
anbia@hmetro.com.my
2010/01/24 KUALA LUMPUR: Di kalangan penagih dadah, dia terkenal dengan jolokan nama ‘Datuk’ berikutan licik menghidu pergerakan polis yang cuba menahan penagih di kawasan Pantai Dalam, di sini.


TAHAN... dalang pengedaran dadah kawasan Pantai Dalam ditangkap bersama 15 penagih.
KUALA LUMPUR: Di kalangan penagih dadah, dia terkenal dengan jolokan nama ‘Datuk’ berikutan licik menghidu pergerakan polis yang cuba menahan penagih di kawasan Pantai Dalam, di sini.


Malah, lelaki berusia 35 tahun itu yang juga pengedar dadah utama di kawasan terbabit dianggap berbahaya kerana gemar membaling batu bata dari atas kondominium rakyat ke arah anggota polis semata-mata untuk menggagalkan operasi narkotik.


Namun, dia berjaya ditumpaskan semalam selepas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields melakukan operasi sebaik mengenal pasti sarang persembunyiannya yang turut digunakan sebagai lokasi mengintip kehadiran polis.


Operasi terbabit disertai 16 anggota polis diketuai Ketua JSJN Brickfields, Asisten Superintendan Suzalani Shafie.


Sumber polis berkata, dalam operasi seawal jam 5 pagi semalam, polis menyusup masuk ke kawasan kondominium rakyat terbabit yang dijadikan ‘pintu masuk’ utama penagih untuk mendapatkan bekalan dadah sebelum pergi ke puncak bukit berhampiran untuk menghisap dadah beramai-ramai.


Menurutnya, operasi sebelum ini menghadapi kesukaran berikutan penagih dadah seolah-olah diberi amaran oleh ‘tonto ghaib’ sebaik menyedari kehadiran polis.


“Golongan penagih ini yang menjadikan puncak bukit yang ditutupi belukar sebagai markas penagihan beramai-ramai pada waktu pagi akan bertempiaran melarikan diri bagi mengelak ditahan.


“Ada orang membaling batu dari unit pangsapuri ke arah anggota polis bagi menggagalkan operasi sebelum ini,” katanya.


Susulan itu, kata sumber itu, polis sengaja memilih waktu gelap sebelum subuh untuk menyusup ke kawasan berkenaan sebelum mengepung kawasan bukit berhampiran sambil menanti kedatangan gerombolan penagih dadah.


Perangkap itu menjadi apabila beberapa penagih dadah dilihat muncul menaiki kereta atau motosikal sebelum meletakkan kenderaan berhampiran kawasan kondominium rakyat terbabit.


Sebaik mereka memanjat bukit untuk menuju ke pondok yang dijadikan pusat penagihan dadah, polis menyerang hendap sebelum menangkap mereka satu persatu.


Dalam operasi sehingga jam 1 tengah hari semalam, seramai 15 penagih dadah tempatan berusia antara 25 hingga 65 tahun berjaya ditahan. Walaupun ada yang cuba melarikan diri selain melawan polis, mereka berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk menjalani ujian air kencing.


Sumber itu menyatakan, hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui dadah jenis ganja, heroin dan syabu daripada kebanyakan penagih dadah terbabit.


Semua dadah itu dipercayai baru dibeli daripada pembekal yang tinggal di kondominium berhampiran.


Menurutnya, antara penagih yang ditahan itu bekerja sebagai pemandu teksi, penjual besi buruk dan penghantar surat.


“Polis yang menyoal siasat semua suspek berjaya mengenal pasti ‘dalang’ yang menjadi pembekal dadah utama di kawasan Pantai Dalam yang turut bertindak sebagai ‘alat amaran awal’ jika mengetahui kehadiran polis.


“Susulan maklumat itu, polis menyerbu satu unit rumah di kondominium terbabit sekitar jam 12.50 tengah hari sebelum menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun. Sewaktu ditahan polis, suspek yang juga penganggur didapati lena tidur,” katanya.


Suspek dikatakan membuat tempahan pembelian dadah menggunakan telefon bimbit sebelum menggunakan pengantara bagi menghantar dadah terbabit ke sarang dadah di bukit berkenaan.


“Penangkapan suspek adalah kejayaan terbesar polis daerah Brickfields dalam menumpaskan aktiviti penagihan dadah yang kerap dilaporkan penduduk sekitar Pantai Dalam,” katanya.

Pencuri kabel terhumban ke tali air

Pencuri kabel terhumban ke tali air

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat suspek kes curi kabel yang mati terjatuh ke dalam tali air ketika dikejar peronda polis di Jalan Sungai Jagong, Sungai Petani, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



SUNGAI PETANI 24 Jan. – Akibat cuba melarikan diri dari dikejar polis peronda, seorang pencuri kabel menemui ajal apabila tercampak keluar dari keretanya yang terbabas dan terbalik di Jalan Sungai Jagong, Semeling dekat sini awal pagi ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohd. Kasini, 21, cedera parah selepas terhumban ke dalam tali air di tepi bahu jalan terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi, ketika Mohd. Kasini bersama dua rakannya dipercayai baru selesai mencuri kabel di sekitar kawasan Kota Sarang Semut, dekat Alor Setar.

Mereka bagaimanapun terserempak dengan sebuah kereta peronda polis lalu melarikan diri menaiki kereta jenis Perodua Kembara ke arah Lebuh Raya Utara Selatan.

Anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar lalu mengejar mereka sehingga ke Plaza Tol Pendang sebelum turun di Plaza Tol Sungai Petani Selatan dengan jarak melebihi 50 kilometer.

Suspek kemudian menggunakan laluan Jalan Lencongan Barat menghala ke arah Semeling sebelum dikejar sebuah lagi kereta peronda dari IPD Kuala Muda.

Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta suspek cuba menghimpit kenderaan polis tetapi hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Akibat rempuhan berkenaan, kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik beberapa kali.

Malangnya, Mohd. Kasini yang duduk di belakang tempat duduk pemandu tercampak keluar dan terhumban ke dalam tali air.

Polis kemudian berjaya menahan pemandu dan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan.

Mayat Mohd. Kasini ditemui kira-kira pukul 5 pagi ini selepas gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, kedua-dua suspek berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan kerana mencuri dan cuba melarikan diri dari pemeriksaan polis.

“Polis akan menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti sama ada mereka turut terlibat dalam kejadian pecah rumah di sekitar daerah Kota Setar,” katanya.

“Selain itu, polis turut menemui beberapa peralatan digunakan suspek untuk memecah rumah dan mencuri kabel seperti parang dan gergaji di dalam kereta terbabit,” katanya.

Guru saman malu RM1.5 juta

Guru saman malu RM1.5 juta

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 24 Jan. - Sepasang suami isteri memfailkan saman malu berjumlah RM1.5 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga kakitangan awam kerana didakwa melakukan konspirasi menganiaya pasangan tersebut.

Kedua-dua plaintif, Mohd. Afandi Abd. Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd. Rozi, 38 adalah seorang guru.

Mohd. Afandi dan Roziaini menamakan Munajat Tamrin selaku defendan pertama yang merupakan pegawai bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta terlibat dalam menyelenggarakan pertukaran guru-guru sekolah.

Defendan kedua ialah, Noriah Murad, merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Alor Setar, Jalan Langgar, tempat Roziaini mengajar pada tahun 2004.

Defendan ketiga pula Abdul Aziz Hanifa, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar yang merupakan sekolah Mohd. Afandi bertugas pada 2004.

Mohd. Afandi memberitahu, dia memfailkan saman itu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mereka mengakibatkan tekanan perasaan kepadanya dan isteri.

"Saya dan isteri dilemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga menyebabkan kami menghadapi tekanan.

"Akibat tekanan yang timbul saya terpaksa mengambil cuti mengajar selama satu tahun setengah bermula awal 2005 hingga 2006," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, konspirasi ketiga-tiga defendan mengaibkan dia dan isterinya bermula apabila isterinya yang menghadapi masalah tekanan mental dan fizikal berjumpa defendan pertama untuk membincangkan hal pertukaran isterinya ke sekolah lain yang dekat dengan rumah mereka.

Ujarnya, selepas isterinya dapat bertukar ke sekolah yang dipohon bermulalah konspirasi antara defendan pertama dan kedua terhadap isterinya.

"Pertukaran isteri saya tidak disenangi defendan pertama kerana isteri saya dapat bertukar sekolah dengan sedikit bantuan pihak pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Saya juga turut menjadi mangsa apabila defendan pertama membuat pakatan dengan defendan ketiga," katanya.

Beliau mendakwa, akibat pelbagai tekanan serta konspirasi yang dibuat ketiga-tiga defendan itu, dia dan isteri mengalami kemurungan yang dahsyat.

Mohd. Afandi kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Perdana di sini manakala Roziaini mengajar di Sekolah Kebangsaan Tengku Raudzah

Lelaki Haiti tertimbus 11 hari

Lelaki Haiti tertimbus 11 hari


Wismond Exantus dibawa dengan pengusung keluar daripada runtuhan bangunan oleh pasukan penyelamat setelah 11 hari terperangkap dalam kedai semasa gempa bumi melanda Haiti 12 Januari lalu. - AFP

--------------------------------------------------------------------------------



PORT-AU-PRINCE 24 Jan. - Pasukan penyelamat antarabangsa berjaya mengeluarkan seorang lelaki yang masih hidup dari bawah runtuhan sebuah kedai runcit semalam, 11 hari selepas gempa bumi dahsyat melanda Haiti.

Kejayaan itu meningkatkan harapan untuk menemui mangsa lain yang masih selamat sekalipun kerajaan sudah menghentikan operasi mencari dan menyelamat.

Wismond Exantus, 25, berkata, dia dapat bertahan ketika terperangkap di bawah runtuhan kedai runcit tempat dia bekerja dengan minum Coca-Cola dan makan makanan ringan.

Kisah lelaki itu memberi sedikit sinar harapan dalam bencana yang disahkan telah meragut lebih 112,000 nyawa.

"Saya berasa sihat. Saya bertahan dengan minum Coca-Cola setiap hari dan makan beberapa makanan ringan," kata Exantus di hospital selepas pasukan mencari dan menyelamat dari Perancis, Amerika Syarikat (AS) dan Greece membawanya keluar dari runtuhan dengan pengusung.

Adik lelaki Exantus berkata, dia tidak dapat menghampiri kedai yang terletak di kawasan tumpuan penyamun itu kerana dihalang oleh polis.

Keluarganya memberitahu sepasukan penyelamat Greece mengenai teriakan yang didengar oleh penduduk tempatan dari bawah runtuhan kedai berkenaan.

"Kami boleh mengatakan penemuannya adalah satu keajaiban dan kami berharap ini bukanlah yang terakhir," kata komander pasukan penyelamat Perancis, Leftenan Kolonel Christophe Renou.

Beberapa jam sebelum itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan, kerajaan Haiti kelmarin mengisytiharkan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan supaya pekerja bantuan boleh menumpukan usaha kepada penyaluran bekalan bantuan kepada kira-kira 600,000 penduduk yang hilang tempat tinggal akibat gempa bumi.

Bagaimanapun lebih 60 pasukan penyelamat antarabangsa tidak menghiraukan keputusan itu dan sebaliknya meneruskan operasi untuk mencari mangsa yang masih hidup, setelah menyelamatkan 132 orang di serata bandar raya yang musnah ini sejak malapetaka pada 12 Januari lalu.

Mangsa terbaru yang diselamatkan sebelum ini ialah seorang wanita berusia 84 tahun dan seorang lelaki berumur 22 tahun yang dikeluarkan dari runtuhan kelmarin. Kedua-duanya beransur-ansur pulih di hospital. - AFP

Juruterbang pesawat terbunuh

Juruterbang pesawat terbunuh

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my



ANGGOTA bomba mengangkat bangkai pesawat kapal terbang jenis PELICAN yang jatuh ke tanah di kawasan hutan paya gambut, Kampung Sungai Ladong, Sebuyau, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

--------------------------------------------------------------------------------



SAMARAHAN 24 Jan. - Sebuah pesawat ringan peribadi jenis Pelican terhempas di kawasan hutan paya gambut di Kampung Sungai Ladong dekat Simunjan hari ini, mengakibatkan juruterbangnya maut manakala penumpangnya cedera parah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Stanley Tiong, 61, maut ketika sedang dalam perjalanan ke hospital manakala rakannya, Dr. Ngu Siu Kong, 58, dirawat di Pusat Pakar Perubatan Normah (PPN) di sini dan keadaannya kini dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Supritendan Choo Yin Kok berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada penduduk kampung kira-kira pukul 9 pagi dan menubuhkan pasukan mencari dan menyelamat.

Katanya, pasukan itu yang dibantu kira-kira 50 penduduk kampung bagaimanapun terpaksa memasuki jalan berpaya sejauh empat kilometer selama sejam sebelum berjaya menemui pesawat berkenaan tersangkut di atas dahan pokok ara setinggi 30 meter.

Katanya lagi, ketika ditemui, Stanley terbaring di atas tanah manakala Siu Kong yang juga doktor pakar di PPN tersangkut di dalam kokpit dengan kedua-duanya dilaporkan masih hidup.

"Namun secara tiba-tiba Siu Kong terjatuh dari pesawat berkenaan ketika usaha menyelamat sedang dilakukan.

"Mereka kemudian diterbangkan dengan dua buah pesawat Nuri ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya di sini hari ini.

Difahamkan pesawat malang itu dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu terbang ketika cuaca mendung.

Yin Kok memberitahu, operasi mencari dan menyelamat membabitkan 18 anggota dan dua pegawai dari Balai Polis Simunjan selain Unit Udara Polis Diraja Malaysia yang menggunakan sebuah pesawat Cessna dan dua buah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ujarnya, mayat Stanley ditempatkan di rumah mayat Hospital Umum Sarawak manakala Siu Kong kini dirawat di PPN atas permintaan keluarganya.

Tambah beliau, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut manakala pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menyiasat punca nahas berkenaan.

Hina raja Melayu: Laporan polis dibuat

Hina raja Melayu: Laporan polis dibuat
JOHOR BAHRU 24 Jan. - Pemuda UMNO Johor hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina institusi raja-raja Melayu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Fadhil Maskon menyifatkan tindakan penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna itu sebagai biadab kerana tidak menghiraukan sensitiviti rakyat Johor yang masih bersedih dengan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan penulis blog itu dan berharap pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit.

"Rakyat Johor masih lagi dalam keadaan berdukacita dan perasaan itu bertambah apabila seorang penulis blog yang sanggup mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

"Kemajuan teknologi hari ini dan kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalah guna sehingga membolehkan kita menggugat keharmonian negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, lebih 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Gerakan Belia 4B Johor berhimpun di luar Istana Besar di sini bagi membantah kenyataan penulis terbabit di dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.

Selepas menerima banyak komen pengunjung blog yang mengkritik tulisan itu, penulis terbabit memohon maaf namun tetap mempertahankan ideologinya.

Utusan Malaysia yang cuba melayari blog itu mendapati tulisan tersebut telah ditarik balik.