Search This Blog

Sunday, January 24, 2010

Macam-macam bapa ada......

pilihlah yang mana satu anda suka
1. Bapa Pembohong
2. Bapa Penipu
3. Bapa Penyamun
4. Bapa Perompak
5. Bapa Pembelit
6. Bapa Pelingkup
7. Bapa Penjahanam
8. Bapa Perosak
9. Bapa Pengacau
10. Bapa Yahudi
11. Bapa Songlap
12. Bapa Sapu licin
13. Bapa Penzalim
14. Bapa Penjahat
15. Bapa Dajal
16. Bapa Putaq belit
17. Bapa putaq alam
18. Bapa Lanun
19. Bapa Pencuri
20. Bapa Pengkhianat
21. Bapa Penderhaka
22. Bapa Pembelot
23. Bapa pendengki
24. bapa Takbur
25. Bapa Angkuh
26. Bapa Sombong
27. Bapa kepala bapak
28. Bapa kepala hotak
29. Bapa Samseng
30. Bapa Iblis
31. Bapa Setan
32. Bapa Jin
33. Bapa Haruan
34. Bapa Jembalang
36. Bapa Berok
37. Bapa Ungka
38. Bapa Monyet
39. Bapa Ular
40. Bapak Beruang
41. Bapak Unta
42. Bapak kaldai
43. Bapak Ayam
44. bapak Lembu
45. Bapak kerbau
46. Bapak Badak
47. Bapak Gajah
48. Bapak Hantu
49. Bapak Pontianak
50. Bapak pocong
51. Bapak Mawas
52. Bapak Kambing
53. Bapak Buaya
54. Bapak Jerung
55. Bapak Kuda
56. Bapak Anjing
57. Bapak hantam sajalah
55. Bapak bedal pun bedallah

Mat rempit hampir pengsan dihukum penjara

SEREMBAN 22 Jan. - Dahulu dia 'jaguh' di atas jalan raya tetapi hari ini dia hampir pengsan selepas mendengar hukuman yang dikenakan terhadapnya kerana kesalahan merempit sembilan tahun lalu.

Senario itu berlaku di Mahkamah Majistret di sini apabila seorang tukang masak tidak dapat menerima hakikat yang dia baru saja dijatuhi hukuman penjara 20 bulan dan denda RM8,000.

Mohd. Sukiman Maidin (gambar) , 29, yang kelihatan longlai selepas mendengar hukuman itu juga dilarang mengambil lesen memandu selama dua tahun selain hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Majistret Mohd. Izuddin Zulkefly memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini setelah mendapati lelaki itu bersalah atas tuduhan menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ secara berbahaya pada 29 April 2001.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran lampu isyarat Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohd. Izuddin berkata, beliau berharap tertuduh insaf dan menjadikan hukuman tersebut sebagai satu pengajaran.

"Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran terhadap kamu dan pelesit jalanan di luar sana," katanya.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Jusman Ahmad mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd. Sukiman diwakili peguam bela Tengku Amirudin Tengku Yusof.

Lima pelatih Puspen lari dihukum penjara

Anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis membawa tiga daripada lima pelatih Puspen Bukit Chabang selepas dijatuhi hukuman penjara antara sembilan hingga 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di Kangar, semalam.

KANGAR 22 Jan. - Lima pelatih Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang yang melarikan diri dari pusat tersebut hujung tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara antara sembilan hingga 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Dua daripada mereka iaitu Mohd. Shahrizan Abdullah, 28, dan Azami Abu Bakar, 36, masing-masing turut dikenakan hukuman sebatan sekali oleh Majistret M. Mageshwary.

Mageshwary menjatuhkan hukuman sekali sebatan dan penjara 24 bulan terhadap kedua-dua lelaki itu setelah mereka mengaku bersalah atas tuduhan melarikan diri dari Puspen pada pukul 2.30 pagi, 17 Disember tahun lalu.

Hukuman tersebut diperintahkan berkuat kuasa mulai tarikh mereka ditangkap.

Mohd. Shahrizan ditangkap di rumahnya di Yan, Kedah pada 19 Disember tahun lalu manakala Azami ditangkap di rumah keluarganya di Langkawi pada 24 Disember tahun lalu.

Di sebuah mahkamah lain, Majistret Noorhisham Mohd. Jaafar menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap Fauzi Yusof, 34, Awang Taufik Awang Sahari, 27, dan Rahilmi Maslan, 23, mulai tarikh tangkapan setelah masing-masing mengaku salah atas tuduhan yang sama.

Fauzi ditangkap di Kuala Perlis, Awang Taufik diberkas di rumahnya di Balik Pulau, Pulau Pinang sementara Rahilmi pula di rumah keluarganya di Grik, Perak antara 18 hingga 22 Disember tahun lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Noorhisham sempat menegur ketiga-tiga pelatih itu supaya insaf dengan perbuatan mereka walaupun ia merupakan kesalahan pertama mereka.

Kesemua pelatih berkenaan dituduh di bawah Seksyen 19(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau tiga kali sebatan atau kedua-duanya.