Search This Blog

Saturday, January 23, 2010

Nombor wanita bawa musibah

Oleh Sarah Zulkifli

2010/01/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup menganiaya rakan baiknya sendiri dengan memberi nombor telefon seorang wanita kononnya untuk berkenalan, sedangkan ia perangkap untuk menjadikannya sebagai 'kambing hitam'.


Tindakan lelaki berusia 20-an itu berkenalan dengan wanita diperkenalkan rakannya itu menyebabkan dia bukan saja dibelasah beramai-ramai, malah diugut telinga dan tangannya akan dipotong selain dibunuh serta mayatnya akan dimasukkan ke dalam guni.

Ugutan itu dibuat sekumpulan lelaki samseng yang dipercayai rakan wanita berkenaan yang salah faham kerana menganggap mangsa adalah 'sasaran', namun mereka sebenarnya mencari rakan baiknya itu kerana dikatakan mengganggu wanita terbabit sebelum ini.


Selain dibelasah, mangsa mendakwa dikurung di dalam bilik di sebuah flet di Petaling Jaya, sebelum 'disoal siasat' ahli kumpulan berkenaan sebelum mereka menyedari tersalah orang.

Kumpulan berkenaan akhirnya membebaskan mangsa selepas beberapa jam dikurung, namun dengan syarat membawa rakannya itu bertemu mereka.

Sebelum itu, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu itu, mangsa yang tinggal di Bangsar, gembira selepas rakannya memberikannya nombor telefon seorang wanita untuk berkenalan.

Menurut sumber, mangsa yang naif bersetuju menjalinkan persahabatan dengan wanita terbabit sebelum mula menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) selain menelefon wanita itu.

"Dia mahu bertemu dengan wanita terbabit buat pertama kali di Bukit Jalil kira-kira jam 11 malam hari sama," katanya, semalam.

Apabila tiba di tempat dijanjikan, mangsa ternampak seorang wanita berdiri berhampiran sebuah kondominium sebelum menghubunginya, namun wanita berkenaan berjalan ke arah lain.

Pada masa sama, beberapa kereta secara tiba-tiba mengepung kenderaan mangsa sebelum lebih 10 lelaki keluar.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit menghampiri keretanya sebelum mereka membuka pintu dan kemudian mencekak baju mangsa sebelum memukulnya beramai-ramai.

"Tanpa sempat bercakap apa-apa, ahli kumpulan itu dengan segera mengambil telefon bimbit dan dompet mangsa sebelum menariknya masuk semula ke dalam keretanya.

"Keretanya kemudian dipandu seorang ahli kumpulan itu dan dia dibawa ke ke kawasan perumahan di Bandar Sunway," katanya.

Sepanjang berada di dalam kereta, mangsa mendakwa dipukul,termasuk dengan buku lima oleh beberapa ahli kumpulan samseng itu.

Namun, apabila sampai di sebuah flet di Bandar Sunway, mangsa terkejut selepas mendapati ada kira-kira 30 lagi lelaki dipercayai ahli kumpulan sama menunggunya di situ.

"Lelaki terbabit kemudian dibawa ke sebuah rumah di flet di situ, sebelum ternampak wanita sama yang ditemui sebelum itu di Bukit Jalil di dalam rumah berkenaan.

"Mangsa yang tidak tahu mengapa dia dibelasah dan dikurung kemudian menjelaskan perkara sebenar kepada kumpulan lelaki terbabit sebelum mereka akhirnya tersedar salah 'sasaran' orang," katanya.

Mangsa akhirnya dibebaskan selepas beberapa jam dikurung.

sebelum menyerahkan semula barang berharga milik mangsa yang disamun.

Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan mengalami kecederaan teruk di kedua-dua belah mata, sakit di bahagian leher dan badan.

2 suspek pecah rumah ditahan

2010/01/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Umpama di dalam filem, satu adegan polis mengejar dua suspek pecah rumah berlaku di tengah-tengah ibu negara hari ini di mana kereta suspek merempuh kereta peronda polis dan hampir melanggar orang awam dan pembahagi jalan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Sulaiman Salleh berkata kedua-dua suspek berumur lingkungan 20-an itu yang terkejut dengan kehadiran polis segera bertindak memecut kereta sehingga melanggar kereta peronda polis.

Katanya pihak polis bertindak balas dengan memburu suspek yang memandu laju di tengah-tengah orang ramai di sekitar pusat membeli-belah itu.


Beliau berkata suspek memecut hingga hampir melanggar orang ramai dan pembahagi jalan, dari Jalan Imbi melalui jalan pintas hingga ke Jalan Cheras berdekatan Taman Maluri.

Anggota peronda polis akhirnya berjaya menghalang dan menahan suspek serta menemui beberapa peralatan memecah rumah termasuk pengumpil dan pemutar skru dalam kereta berkenaan.

Sulaiman berkata polis masih menyiasat penglibatan mereka dalam kes pecah rumah di sekitar ibu negara sebelum ini. - Bernama

Budak maut dirempuh kereta tiada pengenalan diri

23/01/2010 4:37pm

ALOR SETAR 23 Jan. – Seorang budak lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya, berusia kira-kira 12 tahun, maut akibat dirempuh sebuah kereta semasa melintas di Jalan Kuala Kedah, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, dekat sini kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Ketua Trafik Daerah Kota Setar, DSP Mohd. Sham Abdullah berkata, sebuah kereta dari arah Kuala Kedah menuju ke Alor Setar, yang dipandu laju tidak sempat mengelak kanak-kanak yang dipercayai berbangsa Melayu itu, lalu merempuh sebelum menyeret mangsa kira-kira 10 meter.

"Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7321222 atau 012-2891024 untuk memberi maklumat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa atau waris kanak-kanak itu diminta tampil dan menuntut segera mayat mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. - Bernama
Add to Google

Mayat lelaki dengan tangan, kaki terikat ditemui di ladang

23/01/2010 3:37pm

BATANG KALI 23 Jan. – Seorang lelaki ditemui mati dibunuh dengan keadaan tangan dan kakinya diikat di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Remok, Jalan Batang Kali-Genting Highland, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. Norel Azmi Affandi Yahya berkata, lelaki tempatan berumur 40 tahun itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

"Selain tangan dan kaki diikat, terdapat kesan lebam di bahagian muka lelaki itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

"Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan ladang,” tambahnya.

Beliau berkata, polis turut menjumpai sekeping getah lapik bonet kereta yang mempunyai kesan tompokan darah dipercayai darah lelaki tersebut.

Norel berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama

Empat ditahan bantu siasatan kes bakar surau di Muar

23/01/2010 2:04pm

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Polis menahan empat lelaki, termasuk seorang anak anggota polis yang berusia 18 tahun, bagi membantu siasatan kes kebakaran kecil yang berlaku di dua buah surau di Muar, Johor kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kesemua mereka ditahan kelmarin dan awal pagi semalam.

Polis telah mendapat perintah tahanan reman terhadap mereka yang berusia antara 16 hingga 28 tahun, mulai hari ini. – Utusan

Amah mati dipercayai didera: Enam ditahan bantu siasatan

23/01/2010 6:07pm

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA 23 Jan. – Pasangan suami isteri adalah antara enam yang direman bermula hari ini selepas dipercayai mendera sehingga menyebabkan kematian pembantu rumah mereka, kelmarin.

Turut ditahan ialah anak kepada pasangan tersebut, kenalan keluarga berkenaan yang merupakan seorang pemandu teksi serta seorang kakitangan sebuah agensi pekerja asing dan rakannya.

Pasangan suami isteri itu yang merupakan pengusaha kantin sebuah kolej perubatan di sini bersama anaknya dan pemandu teksi ditahan polis di rumah mereka di Taman Peringgit Jaya, Peringgit petang semalam.

Seorang lagi suspek iaitu kakitangan agensi pekerjaan itu dan rakannya ditahan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, kesemua suspek ditahan apabila bedah siasat pada tubuh mangsa menemui beberapa kesan kecederaan dan lebam dipercayai akibat dihentak dengan benda tumpul.

“Mangsa berasal dari Bogak, Indonesia dikenali sebagai Nurul Aida, 31, dan sudah bekerja dengan majikan terbabit sejak lima bulan lalu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah hari ini. – Utusan

Sembilan pelajar IPT ditahan sertai perhimpunan haram

23/01/2010 7:09pm

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sembilan pelajar dari lima buah institut pengajian tinggi (IPT) ditahan di ibu negara hari ini kerana mengadakan perhimpunan haram dan enggan bersurai walaupun diminta berbuat demikian oleh polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, mereka yang ditahan ialah empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dua pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dan masing-masing seorang dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Mereka ditahan kerana ingkar arahan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan kira-kira 200 pelajar dari beberapa buah universiti menyertai bantahan itu yang bermula di Menara Tun Razak di Jalan Raja, sebelum berarak ke sebuah kompleks beli-belah bagi menyebarkan risalah kepada orang ramai.

Kumpulan itu turut membawa kain rentang dan sepanduk yang antaranya bertulis “Kembalikan Demokrasi Kampus”. – Bernama

myMetro | Rakyat Johor berdukacita

myMetro | Rakyat Johor berdukacita

Upah tembak gagak RM12,000

Upah tembak gagak RM12,000


2010/01/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukan RM12,000 untuk Kempen Tembak Gagak sepanjang tahun lalu.


Jumlah peruntukan yang meningkat hampir RM3,000 berbanding dua tahun lepas kerana pertambahan jumlah wang saguhati menembak gagak daripada RM2.50 kepada RM3 bagi seekor gagak yang ditembak.

Pengerusi Jawatan Kuasa Kempen Tembak Gagak MBPJ 2009, Halimey Abu Bakar, berkata kempen itu mendapat sambutan yang menggalakkan sejak ia diperkenalkan kepada orang awam.


"Pertambahan wang saguhati itu juga bertujuan menggalakkan penyertaan mereka.

"Bagaimanapun, hanya mereka yang mempunyai lesen menembak yang sah dibenarkan menyertai kempen ini," katanya ketika ditemui di Majlis Penutupan Kempen Tembak Gagak 2009 di Bilik Gerakan, ibu pejabat MBPJ di sini, semalam.

Sebanyak 3,041 ekor gagak ditembak di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan unggas itu bersarang.

Empat ‘call girl’ gagal lolos

Empat ‘call girl’ gagal lolos


2010/01/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Cubaan empat wanita warga asing dipercayai 'call girl' melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa yang melakukan serbuan tidak berhasil apabila ditahan di kawasan tempat letak kereta berdekatan sebuah hotel di sekitar Jalan Alor di sini, malam tadi.


Difahamkan, serbuan hasil maklumat dan risikan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di spa sebuah hotel di kawasan berkenaan, kira-kira jam 9.30 malam.

Hasil pemeriksaan, polis mendapati dua wanita warga asing dalam spa berkenaan dipercayai sedang menunggu pelanggan manakala empat bertempiaran lari dan cuba meloloskan diri.


Tindakan nekad keempat-empat wanita berkenaan bagaimanapun tidak berhasil apabila diberkas polis ketika melalui kawasan tempat letak kereta dan semua mereka berusia 20 dan 25 tahun dibawa ke IPKKL untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata siasatan awal pihaknya mendapati wanita warga asing berkenaan masing-masing lima warga China dan seorang warga Indonesia menjalankan kegiatan 'call girl' dan pelacuran di spa terbabit.

myMetro | Siapa suruh pakai baju ‘pink’?

myMetro | Siapa suruh pakai baju ‘pink’?

Tiada unsur perkauman

2010/01/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

Polis menolak unsur perkauman sebagai punca dalam kejadian dua serangan berulang di Surau Taman Menara Maju di Kampung Jawa di sini sebaliknya ia mungkin dilakukan individu yang disifatkan 'kurang siuman'.

Polis menolak unsur perkauman sebagai punca dalam kejadian dua serangan berulang di Surau Taman Menara Maju di Kampung Jawa di sini sebaliknya ia mungkin dilakukan individu yang disifatkan 'kurang siuman'. Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian pagi semalam dan awal pagi tadi beberapa tompokan najis dan air kencing dipercayai milik seorang lelaki ditemui di tepi pintu masuk surau berkenaan. "Kita mendapat maklumat dari penduduk setempat semalam dan melakukan perbincangan dan rondaan sehingga lewat tengah malam namun kejadian sama berulang lagi awal pagi tadi dan disedari oleh seorang jemaah yang hendak membuka surau untuk solat subuh," katanya kepada ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini. Bagaimanapun, beliau berkata dalam dua kejadian itu, suspek tidak memasuki kawasan dalam surau berkenaan seperti kejadian pertama sebelum ini. "Saya menolak kemungkinan kejadian ini berlaku atas rasa tidak puas hati penduduk berbilang bangsa di kawasan ini memandangkan mereka hidup harmoni selama ini malah kadar jenayah di kawasan ini juga terkawal," katanya. - Bernama

Spa tawar seks diserbu

2010/01/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

Polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa di sebuah hotel di Jalan Alor di sini kerana disyaki menawarkan khidmat seks dan menahan enam pelacur warga asing.

Polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa di sebuah hotel di Jalan Alor di sini kerana disyaki menawarkan khidmat seks dan menahan enam pelacur warga asing.


Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) DSP Razali Abu Samah berkata lima pelacur dari China dan seorang warga Indonesia yang berumur antara 20 hingga 25 tahun ditahan di hotel itu dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 9.30 malam tadi.


"Empat daripada wanita itu ditahan di tempat letak kereta hotel itu ketika cuba melarikan diri manakala dua lagi di dalam bilik ketika sedang menunggu pelanggan di spa itu," katanya kepada selepas serbuan itu.


Beliau berkata kesemua mereka mempunyai pas lawatan sosial yang sah, tetapi disalahgunakan.


"Kita percaya spa berlesen itu ada menerima pelacur, perempuan pelayan yang dibawa dari luar, namun tiada bukti menyatakan mereka menjalankan kegiatan haram berkenaan malah tiada bahan bukti digunakan bagi perkhidmatan seks," katanya. Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke IPKKL mengikut Akta Imigresen dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengurus spa itu diambil keterangan bagi membantu siasatan. - Bernama

Polis rampas lembing tiga mata di rumah tertuduh

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utsuan.com.my

SHAH ALAM 22 Jan. - Sebatang lembing besi bermata tiga bengkok adalah antara barang yang ditemui dan dirampas dari rumah seorang penjual air tebu, A. Murugan yang dibicarakan atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani.

Cif Inspektor Azman Tubin, 34, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, lembing besi yang juga dikenali sebagai 'salem' itu ditemui di atas rak berhampiran peralatan sembahyang agama Hindu dalam sebuah bilik.

''Sepanjang pengetahuan saya, lembing mata tiga itu adalah satu senjata berbahaya dan bukan peralatan untuk upacara sembahyang bagi penganut agama Hindu,'' katanya.

Pegawai risikan dan operasi, Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd, Dusuki Mokhtar semasa sesi pemeriksaan utama.

Menurut Azman yang merupakan saksi pendakwa ke-15, sebatang penyapu bengkok, seberkas penyapu lidi dan satu getah paip pula ditemui di dapur rumah tersebut.

Beliau bersama tujuh lagi pegawai dan anggota polis yang membuat pemeriksaan ke rumah Murugan pada 26 Oktober 2009 turut menjumpai dua batang kayu berbentuk bulat dan sebatang rotan di luar pagar hadapan rumah tertuduh.

Jelasnya, beliau turut hadir dalam pemeriksaan di rumah tertuduh bagi membantu pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Azan Radzali untuk mendapatkan bukti-bukti yang boleh dikaitkan dengan kecederaan dialami Mantik.

''Murugan yang ketika itu suspek dalam kes tersebut turut hadir untuk menyaksikan pasukan polis membuat pemeriksaan dan rampasan barang-barang kes di rumahnya.

''Pada hari tersebut juga saya dimaklumkan mangsa telah meninggal dunia. Semua barangan itu dirampas kerana Inspektor Azan memberitahu kecederaan yang dialami mangsa adalah disebabkan objek tumpul,'' ujar beliau.

Menurut Azman, kesemua butiran barang yang dirampas dicatat dalam borang geledah dan salinannya diserahkan kepada Murugan untuk ditandatangan.

Katanya lagi, kesemua barangan itu disimpan oleh beliau sebelum diserahkan kepada pemangku Asisten Supritendan (ASP) Ahmad Tarmudi yang kemudiannya mengambil alih siasatan kes itu daripada Mohd. Azan.

Murugan, 35, didakwa membunuh Mantik, 36, di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang dekat sini antara 18 dan 20 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 26 Oktober tahun lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Yazid Mustafa bersambung Isnin ini

Dadah: Anggota FRU dipenjara 6 bulan

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memiliki 0.12 gram dadah tahun lalu.

Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasmadi Ismail, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Hasmadi disabitkan atas tuduhan memiliki satu peket plastik lutsinar mengandungi 0.12 gram methamphetamine di Lorong Haji Taib 2, 23 Februari tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Lelaki itu yang ditahan reman sejak ditangkap Februari tahun lalu diperintahkan menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.

Dalam rayuan Hasmadi yang diwakili peguam bela Haris Salleh, tertuduh mendakwa sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak berusia antara tiga bulan dan lapan tahun.

Menurutnya, kesemua anaknya kini berada di Kelantan dan dipelihara isterinya yang tidak bekerja.

Dia turut merayu dikenakan hukuman ringan memandangkan selama berkhidmat dengan FRU sejak 2000, dia tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan tatatertib.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jamaliah Abdul Manap.
Add to Google

Hasil operasi polis, kastam( rampas dadah)

Oleh ASSIM HASSAN
assim.hassan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kegiatan penyeludupan dadah yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai transit.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun (gambar) berkata, peningkatan mendadak nilai rampasan dadah sebanyak RM62 juta tahun lalu itu perlu dilihat dari sudut positif.

Menurutnya, PDRM bersama beberapa agensi lain seperti Kastam Diraja Malaysia (KDRM) sentiasa meningkatkan penguatkuasaan dan operasi bagi mengesan dadah yang dibawa masuk melalui KLIA.

Beliau berkata, nilai rampasan yang meningkat secara mendadak itu menunjukkan satu fenomena positif dalam penguatkuasaan dan operasi pihaknya memerangi dadah.

"Peningkatan nilai rampasan dadah yang dikatakan naik mendadak itu adalah hasil kejayaan penguatkuasaan dan operasi yang berterusan antara polis dengan kastam.

"Nilai rampasan yang meningkat itu juga membuktikan segala penguatkuasaan dan tindakan bersama kami membuahkan hasil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Mohamed Khalid Yusuf mendedahkan kegiatan penyeludupan dadah menggunakan KLIA sebagai transit kini di tahap menakutkan.

Menurut Mohamed Khalid, ini berikutan peningkatan nilai rampasan dadah di lapangan terbang itu begitu mendadak sebanyak RM62 juta tahun lalu berbanding RM17.6 juta pada 2008.

Tambah Othman, apa yang dilakukan oleh pihaknya dan juga kastam adalah meneliti modus operandi selain menyiasat sama ada sindiket itu menjadikan Malaysia sebagai transit atau membekalkan bekalan tersebut ke negara ini.

Katanya, kerjasama antara kedua- dua agensi penguatkuasaan itu amat penting bagi mengekang kegiatan penyeludupan dadah daripada terus berleluasa.

"Kita perlu faham dengan kegiatan ini. Ada sindiket yang menjadikan negara ini sebagai transit untuk membawa bekalan dadah itu ke negara lain.

"Ada juga yang bolos pemeriksaan di KLIA iaitu sindiket yang membekalkan dadah di negara ini, namun tumpas di beberapa tempat di sekitar Lembah Klang," katanya yang menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penguatkuasaan lemah mendorong kepada peningkatan kegiatan itu.

Dalam pada itu, Othman memberitahu, sepanjang tahun lalu, pihaknya berjaya menahan 169 individu yang terdiri daripada warganegara Pakistan, Iran, India dan Amerika Selatan.

Katanya, 20 orang ditahan ketika pemeriksaan di KLIA manakala yang selebihnya ditahan di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, sebanyak 261 kilogram dadah berjaya dirampas pihaknya termasuk 1.9 juta pil Eramin 5 dan 8,477 pil ekstasi.

Jelas Othman, trend penyeludupan dadah dan transit itu bukan hanya berlaku di Malaysia, namun ia dilihat lebih membimbangkan di negara lain.
Add to Google

Enam nelayan ditahan di perairan Indonesia

Mohamad Hidhir Abu Hasan (kiri) bertanyakan sesuatu kepada beberapa nelayan mengenai enam rakan mereka yang ditahan Polis Marin Indonesia di Melaka, semalam.

MELAKA 22 Jan. - Enam nelayan dari Tanjung Keling di sini ditahan Polis Marin Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan Pulau Rupat di Utara Bengkalis, kelmarin.

Mereka yang ditahan ialah Muhammad Safar Muhammad, 40, dari Pantai Kundur Tanjung Keling; Mahad Jantan, 52, dari Kampung Tanah Merah Jaya dan Badiuszaman Ahmad, 31, dari Taman Tanah Merah Jaya.

Turut ditahan, Abu Bakar Gani, 54, dan Anwar Kamis, 27, kedua-duanya dari Pantai Putri Bukit Darat serta Abdullah Safri Abdul Gani, 45, dari Tangga Batu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, kejadian tersebut dimaklumkan oleh salah seorang mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang rakan mereka pada petang Rabu lalu.

Menurutnya, tujuh buah bot pancung termasuk yang dinaiki tujuh nelayan itu keluar menangkap ikan ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia kira-kira pukul 7 pagi, kelmarin.

"Rakan kepada nelayan yang ditangkap itu memaklumkan, mereka ternampak tiga buah bot pancung dipercayai milik Indonesia cuba menghampiri sewaktu menurunkan pukat rawai di perairan itu kira-kira pukul 1 petang.

"Sebaik sahaja menyedari kehadiran bot itu, sebahagian daripada mereka terus mengangkat semula pukat rawai sebelum beredar meninggal kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menemui keluarga mangsa di Pantai Puteri di sini hari ini.

Katanya, empat buat bot lain berjaya melepaskan diri tetapi tidak menyedari tiga lagi bot milik rakan mereka telah ditahan oleh Polis Marin Bengkalis.

"Mereka yang terselamat hanya menyedari enam rakan mereka ditahan pihak berkuasa Indonesia apabila menerima SMS daripada salah seorang mangsa sejurus tiba di darat," katanya.

Sementara itu, Portal Riau Terkini melaporkan, enam nelayan Malaysia itu ditahan ketika menangkap ikan di perairan Kuala Simpang Boya Kador di Desa Kador Kecamatan, Rupat Utara.

Laporan itu menyebut, selain menahan enam nelayan, tiga buah bot pancung yang digunakan termasuk pelbagai peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan turut disita oleh pihak berkuasa Indonesia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, kes ini telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Enam nelayan ditahan di perairan Indonesia

Mohamad Hidhir Abu Hasan (kiri) bertanyakan sesuatu kepada beberapa nelayan mengenai enam rakan mereka yang ditahan Polis Marin Indonesia di Melaka, semalam.

MELAKA 22 Jan. - Enam nelayan dari Tanjung Keling di sini ditahan Polis Marin Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan Pulau Rupat di Utara Bengkalis, kelmarin.

Mereka yang ditahan ialah Muhammad Safar Muhammad, 40, dari Pantai Kundur Tanjung Keling; Mahad Jantan, 52, dari Kampung Tanah Merah Jaya dan Badiuszaman Ahmad, 31, dari Taman Tanah Merah Jaya.

Turut ditahan, Abu Bakar Gani, 54, dan Anwar Kamis, 27, kedua-duanya dari Pantai Putri Bukit Darat serta Abdullah Safri Abdul Gani, 45, dari Tangga Batu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, kejadian tersebut dimaklumkan oleh salah seorang mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang rakan mereka pada petang Rabu lalu.

Menurutnya, tujuh buah bot pancung termasuk yang dinaiki tujuh nelayan itu keluar menangkap ikan ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia kira-kira pukul 7 pagi, kelmarin.

"Rakan kepada nelayan yang ditangkap itu memaklumkan, mereka ternampak tiga buah bot pancung dipercayai milik Indonesia cuba menghampiri sewaktu menurunkan pukat rawai di perairan itu kira-kira pukul 1 petang.

"Sebaik sahaja menyedari kehadiran bot itu, sebahagian daripada mereka terus mengangkat semula pukat rawai sebelum beredar meninggal kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menemui keluarga mangsa di Pantai Puteri di sini hari ini.

Katanya, empat buat bot lain berjaya melepaskan diri tetapi tidak menyedari tiga lagi bot milik rakan mereka telah ditahan oleh Polis Marin Bengkalis.

"Mereka yang terselamat hanya menyedari enam rakan mereka ditahan pihak berkuasa Indonesia apabila menerima SMS daripada salah seorang mangsa sejurus tiba di darat," katanya.

Sementara itu, Portal Riau Terkini melaporkan, enam nelayan Malaysia itu ditahan ketika menangkap ikan di perairan Kuala Simpang Boya Kador di Desa Kador Kecamatan, Rupat Utara.

Laporan itu menyebut, selain menahan enam nelayan, tiga buah bot pancung yang digunakan termasuk pelbagai peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan turut disita oleh pihak berkuasa Indonesia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, kes ini telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Tujuh ditahan bantu siasatan bom gereja

TAIPING 22 Jan. - Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian melempar bom petrol dan batu di dua gereja serta sebuah pondok pengawal sekolah di sini pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, ketujuh-tujuh mereka ditangkap dalam empat serbuan berasingan di sekitar Kamunting lewat malam semalam dan awal pagi ini.

Menurut beliau, tiga daripada lelaki itu ditangkap di rumah mereka manakala empat lagi ditahan di kawasan sekitar.

Katanya, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 29 tahun dan polis mendapatkan perintah tahanan reman terhadap mereka selama enam hari mulai hari ini sehingga Rabu depan.

"Kita percaya dengan tertangkapnya ketujuh-tujuh suspek ini kita dapat melengkapkan siasatan kes itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini hari ini.

Pada 10 Januari lalu, Gereja St. Louis di Jalan Convent dan Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dilaporkan dilempar dengan bom petrol manakala salah sebuah cermin pondok pengawal Sekolah Menengah Convent di sini dibaling batu.

Menurut Zulkifli, siasatan polis bagaimanapun mendapati, hanya Gereja All Saints dan pondok pengawal sekolah terbabit yang terlibat dalam perbuatan khianat tersebut.

Kesemua suspek akan didakwa di bawah dua seksyen iaitu Seksyen 436 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat dengan api dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan untuk kesalahan mendatangkan bencana di tempat ibadat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, kesemua lelaki tersebut tidak menganggotai mana-mana kumpulan terancang atau pertubuhan politik.

Menurutnya, dua daripada mereka mempunyai pekerjaan tetap tiga bekerja sendiri manakala dua lagi menganggur.

"Mereka ini tidak terlibat dalam mana-mana kumpulan. Tindakan mereka dibuat secara spontan selepas membaca berita-berita yang keluar di media tempatan. Mereka juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau," katanya.