Search This Blog

Monday, January 11, 2010

Bakar gereja kerja bodoh




Siapapun yang membakar gereja itu memang bodoh dan kurang pengetahuan agamanya.Menjatuhkan imej islam ,melayu dan negara Malaysia dimata dunia.
Nabi Muhammad solallahu alaihi wassallam pernah bersabda:
" Jika kamu memaki bapa orang lain, samalah seperti memaki bapa kamu sendiri.
Ini adalah kerana orang yang kamu maki itu akan membalas kembali dengan memaki bapa kamu".
begitu juga dengan membakar gereja , mereka akan membalas kembali dengan membakar masjid
lebih parah lagi jika sampai tahap membunuh seperti yang pernah berlaku di Ambon,Indonesia yang mana majoritinya kristian membakar dan membunuh orang-orang islam. Saya penah pergi ke Ambon sebelum berlaku pergaduhan itu masyarakatnya sangat baik ,saya dilayan dengan baik oleh orang kampung.Kampung itu adalah kampung
penyanyi terkenal Broery Marantika. Yang lelakinya dipanggil Nyong & yang perempuannya dipanggil Nona.Mereka membahasakan diri mereka 'beta' seperti dipakai oleh raja-raja melayu di Malaysia.Tapi sekarang saya takut nak pergi Ambon!