Search This Blog

Loading...

Wednesday, January 6, 2010

Mahathir pembohong nombor satu


Suatu masa dulu iaitu sekitar jam 4.00 pagi aku menaiki teksi dari Stesyen Bas Butterworth untuk  ke rumah aku di Kepala Batas.Dalam perjalanan ke Kepala Batas itu  aku melihat banyak kapal terbang turun naik kat TUDM (RMAF) Butterworth.Dari cerita pemandu teksi aku mendapat tahu bahawa itu adalah kapal terbang Amerika yang transit isi minyak untuk ke Teluk Parsi iaitu untuk menyerang negara Iraq.Terdapat juga kapal terbang jenis Stealt ( pemandu teksi panggil ikan pari). Menurut pemandu teksi ini ia adalah orang kampung Pekan Darat iaitu bersebelahan dengan airport TUDM Butterworth, cucunya asyik menangis kerana tidak dapat tidur sepanjang malam disebabkan oleh bunyi bising dari kapal terbang yang turun naik itu.Banyak kapal terbang turun naik tidak berhenti-henti sejak dari petang lagi mungkin beratus. Sampai dirumah aku di rumah aku di Kepala Batas, aku masih dapat mendengar lagi bunyi kapal terbang turun naik  itu sampai jam lebih kurang 8.00 pagi. Malamnya aku tengok TV berita jam 8.00 malam. Dalam berita itu Mahathir berkata:" Kita tak akan membenarkan Amerika mengisi minyak di Malaysia untuk menyerang negara  Iraq". Sejak hari itu aku tak percaya lagi pada Mahathir.Perkara itu sudah pun berlaku sebelum dia cakap lagi.Takkan lah orang-orang yang tinggal kat airport Butterworth itu pekak semuanya .Sahlah Mahathir ni pembohong nombor satu. Bersekongkol dengan yahudi dan Amerika menyerang Iraq.Lain dia cakap lain dia buat.