Search This Blog

Saturday, December 18, 2010

Tiga sahabat dituduh bunuh suami isteri


BUKIT MERTAJAM - Tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh sepasang suami isteri dalam satu kejadian pada Oktober tahun lalu.
Tertuduh, A. Sri Viknesan, 37, dan N. Sritheren, 40, dari Simpang Ampat serta N. Visvalingam, 48, dari Permatang Batu, di sini dituduh membunuh P. Alagarsamy, 67, seorang broker tanah dan isterinya, M. Kanamah, 63, bekas guru sekolah di sebuah rumah di Lengkok Betik, Taman Seri Jaya, Sungai Rambai di sini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Sri Viknesan yang merupakan anak kepada pasangan mangsa terbabit bersama dua lagi tertuduh yang merupakan rakannya dituduh melakukan kesalahan itu antara pukul 12 tengah malam dan 9 pagi 31 Oktober 2009.

No comments:

Post a Comment