Search This Blog

Thursday, December 9, 2010

Seorang suspek dikenal pasti


BATU GAJAH 8 Dis. - Polis telah mengenal pasti salah seorang daripada dua suspek yang melepaskan 11 das tembakan ke arah sebuah kereta sehingga mengakibatkan pemandu dan seorang penumpangnya cedera di Taman Sri Wangsa kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Najib Mohamad berkata, perkembangan terbaru itu memberi keyakinan kepada pihak polis bahawa kedua-dua suspek akan berjaya ditangkap dalam tempoh terdekat.
"Kita yakin suspek akan ditangkap dalam masa terdekat. Polis mendapat maklumat bahawa motif kejadian itu adalah kerana dendam," katanya di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 11.45 malam Isnin lalu, pemandu kereta, K. Raja, 31, cedera di bahu kanan manakala rakannya, M. Paramsivan, 24, yang duduk sebelahnya cedera di paha kiri.
Difahamkan, sebelum kejadian, dua kumpulan yang dianggotai suspek dan mangsa, bergaduh.
Siasatan awal juga mendapati, salah seorang mangsa mempunyai rekod jenayah lampau.
Najib berkata, kedua-dua mangsa masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan keadaan mereka adalah stabil.

No comments:

Post a Comment