Search This Blog

Saturday, December 18, 2010

Salji tebal, 200 penerbangan tergendala


BERLIN 17 Dis. - Salji tebal menyebabkan lebih 200 penerbangan di lapangan-lapangan terbang di seluruh Jerman tergendala hari ini, selain kesesakan lalu lintas di lebuh-lebuh raya.
Jurucakap lapangan terbang Frankfurt, Timo Ross berkata, sebanyak 160 penerbangan terpaksa dibatalkan dan jumlahnya dijangka meningkat.
Jelasnya, lapangan terbang itu yang juga hab pengangkutan udara kedua terbesar di Eropah, terpaksa ditutup selama satu jam lewat malam tadi menyebabkan kira-kira 1,000 penumpang terkandas.
Sebanyak 86 lagi penerbangan turut dibatalkan di lapangan terbang Munich, lapangan terbang kedua terbesar di Jerman. - AP

No comments:

Post a Comment