Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Queensland dilanda banjir besar


MUSIBAH JEJAS RIBUAN PENDUDUK: Beginilah keadaan bandar Chinchilla, Queensland, yang dilanda banjir. -- Foto REUTERS



BRISBANE: Ribuan penduduk di wilayah timur laut Australia semalam bersiap sedia berpindah ekoran banjir besar yang menyebabkan kerugian bernilai berbilion dolar.Perdana Menteri Queensland, Cik Anna Bligh, memberi amaran krisis itu bakal berlanjutan selama sekurang-kurangnya 10 hari atau mungkin berminggu.'Ini merupakan satu bencana besar yang tidak pernah kita alami sebelum ini,' kata Cik Bligh.Ribut taufan Tasha yang melanda pada Hari Krismas lalu dan hujan lebat yang berlarutan menyebabkan kawasan tengah dan selatan Queensland ditenggelami air.Hujan lebat hanya berhenti semalam tetapi paras air di sungai terus meningkat.Timbalan datuk bandar Encik Tony Ricciardi, berkata polis telah menyelamatkan dua penduduk yang terkandas atas bumbung rumah mereka.'Ini satu kejadian yang berlaku sekali dalam 100 tahun. Kita tidak akan melihat kejadian serupa ini lagi sepanjang hidup kita,' kata beliau.Di bandar Theodore, pihak tentera terpaksa memindahkan kesemua 300 penduduk dengan helikopter, kelmarin.Cik Bligh berkata jumlah kerugian mungkin mencapai berbilion dolar tetapi kemusnahan sebenar hanya akan dapat dilihat apabila banjir surut.'Ketika itu ramai penduduk akan kembali ke rumah masing-masing dan baru mereka mengetahui berapa banyak harta benda keluarga mereka telah dihanyutkan buat selama-lamanya,' kata Cik Bligh.Banjir yang melanda telah turut menyebabkan kerosakan serius ke atas prasarana, landasan kereta api dan jalan raya.Sementara itu, pegawai kaji cuaca meramalkan satu lagi ribut bakal melanda di barat Australia, sementara cuaca panas yang melampau boleh mencetuskan kebakaran di Selatan Australia. -- AFP, AP.
cyberita

No comments:

Post a Comment