Search This Blog

Wednesday, December 22, 2010

Pesawat tentera Thai bawa pulang mayat nahas bas


ANGGOTA Tentera Udara Diraja Malaysia mengusung keranda mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lalu ke dalam pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand di Pangkalan TUDM Subang hari ini untuk dibawa pulang ke Thailand. - Foto Aizuddin Saad



2010/12/22

KUALA LUMPUR: Mayat 25 pelancong Thai yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lalu, dibawa pulang dengan dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand hari ini.

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan TUDM Subang di sini pada 5 petang tadi.
Seorang daripada 10 pelancong Thai yang cedera dalam kejadian itu juga dibawa pulang ke Bangkok menerusi penerbangan itu.
Semua mayat itu dibawa dengan sebuah treler dan sebuah van dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan tiba di Subang pada 3.30 petang.

Tiga mangsa yang cedera dibawa dengan ambulans ke Bukit Kayu Hitam hari ini untuk dihantar ke Haadyai manakala enam lagi masih menerima rawatan di Ipoh.

Kemalangan terburuk dalam sejarah negara itu turut mengorbankan pemandu bas dan pemandu pelancong, kedua-dua warga Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment