Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Pesawat Israel serang Gaza





2010/12/21

JERUSALEM: Pesawat Israel dilaporkan melakukan empat serangan udara ke atas Gaza dalam tempoh semalaman hari ini, menyebabkan dua pejuang Palestin cedera. 

Serangan itu berlaku selepas pejuang Palestin menembak sembilan peluru mortar di selatan Israel tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
Tiga serangan udara Israel itu mensasarkan Bandar Khan Younes di selatan wilayah yang dikuasai Hamas, menyebabkan dua pejuang cedera dengan salah seorangnya parah.
Sumber berkata, satu lagi serangan berlaku di bandar bahagian utara tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan. 

Tentera Israel tidak menafikan serangan ini. - AFP

No comments:

Post a Comment