Search This Blog

Thursday, December 9, 2010

Pejabat parti pemerintah dibakar protes keputusan pilihan raya


09/12/2010 2:57am

PORT-AU-PRINCE 9 Dis. – Ibu pejabat parti pemerintah Haiti dibakar semalam ketika protes mempertikaikan keputusan pilihan raya Presiden memuncak di seluruh ibu negara ini.
Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun dijalan-jalan raya, membina sekatan jalan dan mencetuskan kebakaran selepas anak didik Presiden Rene Preval, Jude Celestin di umumkan berjaya melepasi pusingan kedua pilihan raya Presiden negara ini dengan menerima kurang daripada 7,000 undi berbanding pendahulu pada pilihan raya itu.
Wartawan melihat api marak di bumbung bangunan ibu pejabat Parti Perpaduan, iaitu pusat kempen Celestin. – AFP

No comments:

Post a Comment