Search This Blog

Thursday, December 9, 2010

Luna tidak stres

LUNA...sulit jalani hidup seharian.
LUNA...sulit jalani hidup seharian.


JAKARTA: Walaupun berdepan dengan perbicaraan yang boleh mendedahkan pelbagai rahsia peribadinya, Luna Maya menganggap isu klip video lucah bersama Ariel Peterpan tidak membebankan.
Bagi Luna, dia melihat dirinya sebagai mangsa dalam kes berkenaan dan bukan sebagai individu yang bertanggungjawab menyebarkannya kepada pihak lain.
“Saya hanya mangsa, justeru tiada rasa bebanan ketika ini,” katanya.

Walaupun begitu, menurut bekas model iklan sabun Lux itu, dia mengakui kes berkenaan sangat mempengaruhi rutin hariannya.


Selain berdepan dengan persepsi orang ramai, Luna berkata, dia semakin sulit untuk meneruskan kegiatannya seperti biasa.

“Saya terpaksa melapor diri kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa, selain pelbagai kekangan peraturan,” katanya.

Di sebalik kesukaran itu, Luna kelihatan tabah dan tidak banyak merungut.

Sebagai warga negara yang taat kepada hukum, katanya, dia akan mematuhi peraturan yang dikenakan kepadanya.

“Ia bukan masalah besar,” katanya.

Ditanya jika dia diarah hadir di mahkamah sebagai saksi perbicaraan Ariel, Luna berkata, dia sentiasa bersedia memberi kerja sama.

“Saya bersedia dan lebih suka ia berakhir segera.

“Cuma, perkembangan perbicaraan menunjukkan saya semakin jauh daripada kes berkenaan,” katanya.

Luna adalah seorang daripada selebriti terkenal yang dikaitkan dengan klip video vokalis Peterpan itu.

Seorang lagi adalah pengacara stesen televisyen, Cut Tari. - Agensi

No comments:

Post a Comment