Search This Blog

Wednesday, December 22, 2010

Lapan tertuduh didakwa jual vaksin palsu



BEIJING - Seramai lapan orang dijatuhi hukuman penjara selama dua setengah tahun di atas kesalahan menjual vaksin palsu untuk penyakit anjing gila yang turut menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, menurut agensi berita di China.

Agensi berita rasmi Xinhua mengeluarkan kenyataan bahawa, mahkamah di wilayah barat daya Guangxi menjatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan terhadap Zhang Dazhi manakala tujuh lagi tertuduh menerima hukuman penjara selama setahun.

Kesemua lapan defendan didakwa menjual lebih daripada 530 botol vaksin palsu tersebut antara Ogos dan Disember pada tahun lalu.

Vaksin palsu untuk penyakit anjing gila itu dihasilkan hanya daripada air biasa.

Polis memulakan siasatan selepas seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun meninggal dunia akibat penyakit anjing gila selepas menerima enam suntikan vaksin palsu itu, pada Disember tahun lalu.

No comments:

Post a Comment