Search This Blog

Friday, December 10, 2010

Klinik industri pornografi LA diarah tutup





2010/12/10

LOS ANGELES: Sebuah klinik untuk pelakon industri pornografi Amerika Syarikat yang bernilai berbilion dollar diarah tutup sehari selepas seorang pelakon positif HIV membidas klinik itu kerana gagal membantu beliau dengan sempurna. 

Pejabat Kesihatan Awam Los Angeles menyatakan The Adult Industry Medical Healthcare Foundation (AIM) tidak memiliki lesen untuk beroperasi sebagai sebuah klinik perubatan.
Pengumuman itu dibuat selepas pelakon berusia 24 tahun, Derrick Burts, bercakap untuk kali pertama selepas ujian di AIM Oktober lalu mendapati beliau positif HIV, sekali gus memaksa beberapa penerbitan filem pornografi digantung.Sekurang-kurangnya empat penerbit filem utama menggantung produksi pada Oktober lalu sementara AIM melakukan ujian terhadap pelakon yang diketahui berpasangan dengan Burts yang hanya mula berlakon tujuh bulan lalu. 

Produksi disambung semula selepas beberapa minggu kemudian. 

Kes HIV itu adalah yang pertama dalam industri itu sejak lebih setahun lalu. Enam tahun lalu 14 pelakon diuji positif HIV, memaksa beberapa syarikat filem ditutup. - AFP 

No comments:

Post a Comment