Search This Blog

Tuesday, December 14, 2010

Kes Benjy tangguh 11 Januari


KUALA LUMPUR 13 Dis. – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 11 Januari depan bagi sebutan semula kes pelakon, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim atas dua pertuduhan memiliki dadah pada Mac lalu.
Majistret Hafizza Sauni menetapkan tarikh itu selepas peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy memaklumkan bahawa representasi yang diusulkan oleh pihaknya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum mendapat maklum balas.
Representasi itu mengenai penahanan anak guamnya mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas - LLPK) 1985.
Amer Hamzah ketika ditemui pemberita berkata, pada Jumaat lalu pihaknya dijadualkan berjumpa dengan KDN berhubung perkara tersebut.
Bagaimanapun menurut beliau, perjumpaan itu dibatalkan oleh KDN tanpa memaklumkan alasan pembatalan.
‘‘Berikutan itu, pihak kami memohon satu tarikh sebutan semula sementara menunggu keputusan dan tarikh perbicaraan akan ditetapkan selepas mengetahui status representasi tersebut,’’ ujarnya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurmardiana Mamat.
Benjy, 32, kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor tersebut selama dua tahun bermula 25 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment