Search This Blog

Friday, December 10, 2010

Kereta Putera Charles diserang pelajar bantah kenaikan yuran




2010/12/10

LONDON: Perusuh bertempur dengan polis di luar Parlimen dan menyerang kereta yang membawa pewaris takhta, Putera Charles, ketika kerajaan campuran Britain melepasi ujian besar pertama dalam undian untuk menaikkan yuran universiti. 

Berpuluh pegawai polis dan penunjuk perasaan cedera apabila bantahan pelajar di tengah London itu bertukar ganas ketika kerajaan menang tipis undian di Parlimen.
Charles dan isteri, Camilla, terperangkap dalam protes itu apabila kereta mereka diserang dan dilempar cat ketika melalui kawasan itu untuk ke sebuah pawagam. Pasangan diraja itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.Keputusan undian ialah 323 menyokong dan 302 membantah usul menaikkan had maksimum yuran tahunan di universiti mulai 2012. 

Yuran asas kini akan meningkat kepada 6,000 pound (AS$9,460) dengan had maksimum 9,000 pound berbanding 3,290 pound sekarang. - AFP. 

No comments:

Post a Comment