Search This Blog

Friday, December 10, 2010

Kastam tahan wanita Zambia



MATRANG (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan bungkusan plastik dipercayai mengandungi syabu yang disembunyikan di dalam salah satu bagasi di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Taktik licik seorang wanita warga Zambia menyembunyikan dua kilogram syabu bernilai RM500,000 di celah bagasi mengundang padah apabila dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas dekat sini kelmarin.
Tangkapan pada pukul 10 malam itu dilakukan oleh pegawai Kastam dari Cawangan Narkotik, Jabatan Kastam Diraja Pulau Pinang sebaik pesawat yang dinaiki pendandan rambut berusia dalam lingkungan 30-an itu mendarat di lapangan terbang tersebut.
Pengarahnya, Datuk Matrang Suhaili berkata, sebaik pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui dua bungkusan plastik mengandungi ketulan kristal di dua ruang tersembunyi dalam salah satu daripada tiga bagasi yang dibawanya.
“Selepas diteliti, kita dapati ketulan itu dipercayai syabu bernilai RM500,000 yang diletakkan di bahagian berasingan di dalam beg tersebut.
“Siasatan awal mendapati wanita tersebut menaiki pesawat dari Johannesburg, Afrika Selatan pada 7 Disember lalu dan tiba di Hong Kong pada hari sama sebelum tiba di sini,” katanya kepada pemberita di Wisma Kastam di sini semalam.

No comments:

Post a Comment