Search This Blog

Wednesday, December 22, 2010

Indonesia, Iran dilanda gempa bumi



YOGYAKARTA 21 Dis. - Satu gempa bumi kuat berlaku di perairan Pulau Jawa menyebabkan beratus-ratus penduduk lari meninggalkan tempat tinggal mereka, tetapi tidak ada sebarang kemalangan jiwa dan kemusnahan bangunan dilaporkan setakat ini.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku di kedudukan 140 kilometer dari Yogyakarta yang masih trauma dengan bencana pada 2006 yang mengorbankan 5,700 nyawa.
Beberapa minggu lalu, bandar ini diselubungi abu tebal akibat letusan Gunung Merapi yang turut mengorbankan lebih 386 nyawa sejak ia mula melanda pada 26 Oktober lalu.
Indonesia sering dilanda gempa bumi ekoran kedudukannya yang terletak di kawasan lingkaran Pasifik.
Di Iran, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan banyak bangunan rosak apabila gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter melanda kawasan pergunungan tenggara negara itu, semalam.
"Seramai tujuh orang terbunuh, ramai lagi orang cedera, beratus-ratus orang pula masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan," kata Gabenor wilayah Kerman, Esmail Najjar kepada agensi berita Mehr.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan gempa itu pada kekuatan 6.3 skala Richter. - Agensi
utusan

No comments:

Post a Comment