Search This Blog

Wednesday, December 22, 2010

Buruh bawa pisau didenda RM2,000



KOTA BHARU – Seorang buruh yang melarikan diri bersama sebilah pisau apabila terkejut dengan serbuan polis di rumahnya pada 14 Disember lalu dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Polis membuat serbuan di rumah tertuduh, Zafrilzam Zakaria, 21 di Jalan Kedai Lalat, Kampung Gertak, di sini pada jam 10.40 pagi, tarikh berkenaan.

Tertuduh yang ketika itu baru menuju untuk masuk ke rumahnya terkejut dengan kehadiran polis lalu melarikan diri walau bagaimanapun cubaannya gagal dan dia di tangkap selepas berlaku pergelutan.

Pemeriksaan polis mendapati tertuduh membawa sebilah pisau bersarung pita pelekat berwarna biru di dalam poket seluar yang dipakai pada hari terbabit.

Semasa prosiding, tertuduh memberi keterangan bahawa pisau tersebut digunakan untuk memancing ikan.

“Pisau tu buat potong ikan atau makanan yang dibawa semasa pergi memancing dan saya lari pada masa itu sebab terkejut dengan kehadiran polis,” katanya.

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata 1958 kerana membawa senjata berbahaya bersama terbabit.

Majistret Norhaslinda Che Seman turut menjatuhkan hukuman dua bulan penjara terhadap tertuduh sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit.

No comments:

Post a Comment