Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Banjir makin pulih, 974 mangsa dibenar pulang





2010/12/21

KEADAAN jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan yang mendap akibat banjir di Kerteh, semalam.
KEADAAN jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan yang mendap akibat banjir di Kerteh, semalam.
KERTEH: Keadaan banjir melanda pekan Kemasek dan Kerteh berikutan hujan lebat tiga hari lalu kini kembali pulih apabila 974 daripada 1,029 mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sudah pulang ke rumah masing-masing bermula jam 3 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata sehingga jam 5.30 petang semalam, hanya tinggal 55 mangsa banjir membabitkan 15 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan.
Katanya, daripada jumlah itu, 11 keluarga membabitkan 42 orang di Dewan Orang Ramai Kampung Baru manakala empat keluarga lagi membabitkan 13 orang di Pusat Sumber Kampung Chabang.
Beliau berkata, jalan di Kilometer 116 Kuala Terengganu-Kuantan yang ditutup kepada kenderaan ringan kelmarin kerana dinaiki air sedalam hampir satu meter, kini dibuka kepada semua lalu lintas apabila air surut sejak malam kelmarin. 

Bagaimanapun, jalan di Kilometer 115 yang menghala ke Kuala Terengganu selepas jalan itu mendap sedalam kira-kira dua meter malam semalam masih ditutup. 

“Keadaan Balai Polis Kerteh kembali pulih apabila air juga sudah surut,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Malam kelmarin sehingga awal pagi semalam, seramai 1,029 mangsa banjir di daerah Kemaman dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan banjir di pekan Kemasek dan Kerteh, di sini. 
Katanya, gerakan memindahkan mangsa di dua pekan itu dilakukan pasukan keselamatan membabitkan polis, anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA serta agensi kerajaan berkaitan.

No comments:

Post a Comment