Search This Blog

Friday, December 24, 2010

Askar AS gaduh tuntut keldai





2010/12/24

WASHINGTON: Seekor keldai di Baghdad mendapat tumpuan selepas seorang anggota marin Amerika Syarikat, seorang lelaki tempatan dan satu keluarga Iraq menuntut bayaran AS$30,000 (RM93,480) untuk melepaskannya. 

Keldai diberi nama Smoke itu masuk ke dalam pangkalan tentera Amerika di Baghdad dua tahun lalu dan disukai anggota tentera asing terbabit.
Seorang kolonel bersara ketika ini mahu membawa Smoke ke Nebraska untuk menghabiskan masa dengan anak-anak askar yang dibunuh atau cedera, lapor akhbar Christian Science Monitor. Tidak jelas milik siapa sebenarnya pemilik keldai itu.
Marin semuanya lelaki gagah dengan hati keras, namun kami agak baik dengan kanak-kanak dan haiwan, kata Kolonel Marin bersara, John Folsom, yang juga komandan Kem Taquddam di wilayah Anbar apabila Smoke muncul. 

Smoke diserahkan kepada satu lagi unit marin apabila unit Folsom pulang. Agensi

No comments:

Post a Comment