Search This Blog

Friday, December 17, 2010

Al-Qaeda mahu serang AS dan Eropah


17/12/2010 2:45am


LYON 17 Dis. – Interpol semalam mengumumkan menerima maklumat dari pejabat di Baghdad mengenai kemungkinan al-Qaeda menyerang Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
“Kami menerima maklumat itu kelmarin dari pejabat Interpol di Baghdad tentang kemungkinan serangan itu, terutamanya di AS dan Eropah ekoran arahan yang diberikan kepada rangkaian al-Qaeda oleh komander kumpulan militan itu,” kata agensi polis global itu.
Seorang jurucakap Interpol berkata, 188 negara yang menjadi anggota kepada agensi itu telah dimaklumkan dengan kemungkinan serangan itu. – AFP

No comments:

Post a Comment