Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 7, 2010

60 pusat urut batin di Sungai Petani


SUNGAI PETANI 6 Dis. - Sama ada disedari atau tidak, kewujudan pusat urut di bandar ini diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ia menjadi zon pusat urut terbesar di negeri ini dengan hampir 60 pusat urut sudah dibuka.
Ia disahkan sendiri oleh Penyelaras Sekretariat Menangani Gejala Sosial di negeri ini, Kamaruddin Kassim mengenai kegiatan tidak bermoral itu.
Dengan berlindung di bawah perkhidmatan urut tradisional berlesen, pemilik premis berkenaan cuba mengaburi mata pihak berkenaan yang hampir kesemua pusat urut tersebut menjalankan khidmat urut batin.
Bahkan, ada papan iklan syarikat lain terpampang di premis tersebut namun kegiatan di dalamnya pula lain.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, wanita yang bekerja di premis urut itu terdiri daripada rakyat Thailand dan segelintir warga tempatan.
Mereka didapati memakai pakaian yang menjolok bagi menggoda pelanggan sehinggakan bukan sahaja mampu menawan hati anak muda malah kebanyakan pelanggan turut terdiri daripada mereka berusia dalam lingkungan 50-an hingga 70-an.
Sebagai contoh, di Taman Sejati sahaja terdapat hampir 20 premis urut dengan lima daripadanya menyediakan khidmat seks.
Wartawan Utusan Malaysia yang menyamar sebagai pelanggan terkejut apabila sebuah premis hanya menawarkan khidmat seks semata-mata kerana wanita yang bekerja di premis itu tidak tahu mengurut.
Dalam penyamaran itu, didapati seorang lelaki berusia lebih setengah abad yang dipercayai 'menjaga' wanita berkenaan akan cepat memantau pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat.
Paling mengejutkan apabila premis terbabit didapati berkunci tetapi apabila dihampiri, lelaki yang menyandang beg hitam tersebut dengan cepat membuka pintu sambil memperkenalkan gadis urut berpakaian seksi dan menawan.
"Awak boleh pilih yang mana awak suka dengan hanya bayaran RM120 sahaja," katanya sambil menunjuk bilik kepada wartawan yang melakukan penyamaran baru-baru ini.
Wanita tersebut pula mendakwa kononnya mereka hanya tahu memberi khidmat seks sahaja kerana tidak pandai mengurut.
Difahamkan, premis tersebut dibuka bermula 11 pagi dan ditutup 11 malam setiap hari.
Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Zai, 47, mendakwa, kebanyakan premis itu turut dikunjungi pelanggan beragama Islam.
Menurutnya, premis berlesen rumah urut berkenaan pernah diserbu pihak berkuasa namun ia dibuka semula.
Tinjauan Utusan Malaysia sejak beberapa hari lalu turut mendapati lelaki yang sama mengendalikan beberapa pusat urut.
"Awak boleh pergi itu kedai, sebuah lagi pusat urut jika mahu itu perempuan lagi cantik," katanya.
Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati sebuah premis di pusat perniagaan yang sama turut menawarkan urut batin dengan hanya bayaran sebanyak RM20 sahaja bagi 30 minit.
Bukan itu sahaja, didapati pelanggan boleh mendapat khidmat lain termasuk memegang bahagian sulit wanita terbabit hanya dengan bayaran RM10.
Dalam pada itu, Kamaruddin meminta pihak bertanggungjawab dalam meluluskan lesen perniagaan tersebut supaya turun padang menyiasat kegiatan itu.
"Exco berkenaan perlu turun padang dalam menangani gejala tidak bermaruah itu," tegasnya.
Beliau turut meminta Majlis Perbandaran Sungai Petani agar menyemak semula status lesen dan tidak membenarkan pengeluaran lesen baru.

No comments:

Post a Comment