Search This Blog

Saturday, December 25, 2010

24 anggota Taliban tumpas



DUA anggota tentera Amerika Syarikat dari Platoon Kedua Infantri Bravo Company 2-327 membalas tembakan ke arah kedudukan militan Taliban di atas bukit yang menyerang kubu AS di timur Afghanistan dekat sempadan Pakistan, semalam. – AP


PESHAWAR 24 Dis. – Sekurang-kurangnya 11 anggota separa tentera dan 24 militan Taliban maut dalam satu pertempuran bersenjata yang berlaku di sebuah wilayah puak Pakistan selepas militan menyerang pos kawalan pasukan separa tentera, lapor pegawai.
“Kira-kira 150 anggota Taliban menyerang pos kawalan pasukan Rejimen Tentera Sempadan di Kampung Baidnami berhampiran sempadan Afghanistan.
“Serangan itu mengakibatkan 24 militan mati dan tiga anggota separa tentera,” kata seorang pegawai keselamatan kanan kepada AFP.
Pegawai pentadbiran tempatan di bandar Ghalanai di daerah puak Mohmand dan pasukan separa tentera turut mengesahkan kejadian tersebut serta jumlah kematian.
“Anggota militan lari dan meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan. Seramai 12 tentera turut cedera dalam pertempuran itu,” katanya.
Dalam satu panggilan kepada AFP, jurucakap militan di Mohmand, Sajjad Mohmand mendakwa, pihaknya berjaya membunuh 12 tentera dan menawan satu pos kawalan.
Dia turut mendakwa telah menculik dua anggota separa tentera tetapi kenyataan itu dinafikan pasukan keselamatan yang mengatakan hanya seorang anggotanya hilang.
“Anggota keselamatan telah mengepung kawasan tersebut dan sedang menjejak militan yang lari.
“Tentera tambahan turut dihantar ke tempat kejadian bagi memperteguhkan keselamatan di pos kawalan,” kata pegawai tersebut. – AFP

No comments:

Post a Comment